Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN)
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2017/1a5bb9e2-7b0c-4915-a89a-1cc794c6bd97
Court of Appeal of Malaysia14 Aug 2017W-05(SH)-193-05/2016
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“umen penting untuk membuktikan kes. Ini diputuskan oleh Makamah Agung dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 ML 492 seperti berikut :- “(1) It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act 1950 lest be carried to far outside its limit. Adverse inference under the illustration can only be drawn, i”
“jenayah ini boleh dibuat secara nyata atau tersirat dan kesalahan ini boleh dibuktikan melalui inferen dari keadaan sekeliling dan tindakan tertuduh. Ini dinyatakan dalam buku Ratanlal & Dhirajlal ‘The Indian Penal Code 32nd Edition’ seperti berikut : “The essence of the offence of conspiracy is the fact of combination”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN)
1
1.
2
MOHD ANWAR BIN AZMI MOHD NURKAMAL BIN AZMI … PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DI DENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO. W-05(SH)-203-06/2016
3
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ABDUL AZIZ ... PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA .... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No. 45S0-46-06/2015 Antara Pendakwa Raya Melawan 2
1
Mohd Anwar bin Azmi
2
Mohd Nurkamal bin Azmi
3
Abdullah bin Apandi
4
Izwan Shameer bin Suzaimi
5
Muhammad Luqman Hakim bin Abdul Aziz) KUORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR ZAKARIA SAM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Rayuan ini dikemukakan oleh kelima-lima tertuduh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mensabitkan dan menghukum mereka atas pertuduhan bagi kesalahan pakat jahat jenayah (criminal conspiracy) untuk mempromosikan suatu perbuatan keganasan di bawah s. 120(B)(1) Kanun Keseksaan. Pertuduhan terhadap mereka menyatakan: “Bahawa kamu bersesama di antara tarikh 24 April 2015 hingga 25 April 2015, di antara jam 7.00 malam hingga jam 1.00 pagi, di No 2, Lot 3917, Kg Bistari, Sg Michu, Bt 13, dalam daerah Hulu Langat dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, adalah pihak suatu pakat jahat dan berikutan dengan itu, dan dengan tujuan untuk melakukan pakat jenayah tersebut telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu mempromosikan suatu perbuatan keganasan di Malaysia yang bertentangan dengan seksyen 130G(a) 3 Kanun Keseksaan dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan” [2] Pada asalnya enam orang telah dituduh dengan kesalahan di atas. Bagaimanapun, sebelum perbicaraan dimulakan, tertuduh Mohd Hafifi bin Tarmizi (tertuduh ketiga ketika itu) telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap. Mohd Hafifi bin Tarmizi kemudiannya menjadi saksi pendakwaan (SP1) bagi kes ini. Manakala tertuduh yang lain tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan. [3] Di akhir perbicaraan, Hakim bicara mendapati kelima-lima tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana dalam pertuduhan. Susulan itu, mereka telah dijatuhkan hukuman seperti yang berikut:
a
(a) Mohd Anwar bin Azmi (tertuduh pertama) : 25 tahun penjara dari tarikh tangkap;
b
(b) Mohd Nurkamal bin Azmi (tertuduh kedua) : 25 tahun penjara dari tarikh tangkap;
c
(c) Abdullah bin Apandi (tertuduh ketiga) : 12 tahun penjara dari tarikh tangkap;
d
(d) Izwan Shameer bin Suzaimi : 20 tahun penjara dari (tertuduh keempat) tarikh tangkap; dan
e
(e) Muhammad Luqman Hakim bin Abdul : 20 tahun penjara dari Aziz (tertuduh kelima) tarikh tangkap. [4] Terkilan, kesemua tertuduh telah mengemukakan rayuan-rayuan ini iaitu W-05(SH)-193-05/2016 (rayuan pertama), dan W-05(SH)-203- 4 06/2016 (rayuan kedua), yang telah didengar secara bersama. Di akhir pendengaran rayuan tersebut, dan setelah meneliti keseluruhan penghujahan pihak-pihak, kami mendapati rayuan perayu pertama dan perayu kedua (rayuan pertama) terhadap sabitan adalah tidak bermerit dan ditolak. Bagaimanapun berkenaan hukuman pula, kami sebulat suara membenarkan rayuan mereka tetapi setakat mengurangkan hukuman itu kepada dua puluh tahun penjara dari tarikh ditangkap. Manakala bagi rayuan perayu ketiga, keempat dan kelima pula (rayuan kedua), kami mendapati rayuan mereka tidak bermerit dan ditolak. [5] Sekarang kami akan memperincikan sebab-sebab kami memutuskan sedemikian. Bagi tujuan penghakiman ini, kesemua tertuduh akan dirujuk sebagaimana mereka digelar di Mahkamah Tinggi. Latar Belakang Kes [6] Bagi tujuan penghakiman ini, memadai kami nyatakan fakta kes seperti mana yang ditemui oleh Hakim bicara iaitu:
i
(i) Kelima-lima tertuduh dalam kes ini bersama-sama Mohd Hafifi bin Tarmizi (SP1), Muhammad Shahrain bin Suhaiman (SP3), Muzaffar Syah bin Umar (SP4) dan Faizul Arif bin Ahmad (SP5) telah mengadakan beberapa perjumpaan yang antaranya pada 3.4.2015 dan 10.4.2015 di Restoran Mahie, Serdang, Selangor dan juga pada 17.4.2015 dan 24.4.2015 di rumah Tertuduh Kedua di Hulu Langat, Selangor. 5
Subparagraph
(ii) Dalam perjumpaan-perjumpaan tersebut, perkara-perkara yang dibincangkan melibatkan antaranya isu-isu agama, jihad, perjuangan di Syria dan Islamic State (IS).
Subparagraph
(iii) Pada 3.4.2015 lebih kurang pukul 9.45 malam, semasa di Restoran Mahie, Serdang, mereka, termasuk kelima-lima tertuduh, ada berbincang mengenai cadangan memusnahkan pusat-pusat hiburan, tempat maksiat dan tempat perjudian di Kuala Lumpur. Cadangan ini dipersetujui oleh kesemua yang hadir dalam perbincangan tersebut.
Subparagraph
(iv) Seterusnya pada 10.4.2015 di restoran yang sama, dengan kehadiran SP1, SP4 dan kelima-lima tertuduh, terdapat perbincangan mengenai cadangan untuk membuat uji kaji bom. Uji kaji bom ini adalah bagi persediaan untuk meletupkan tempat-tempat maksiat, tempat pelacuran dan tempat perjudian seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
v
(v) Selanjutnya, pada 17.4.2015, di rumah tertuduh kedua, yang turut dihadiri oleh SP1, tertuduh pertama, tertuduh keempat dan rakan-rakan lain iaitu Ahmad Nafiz bin Alzam, Alif dan Kalam bin Wahid, tertuduh pertama dan tertuduh kedua telah membuat cadangan untuk membuat uji kaji bom di Gunung Nuang.
Subparagraph
(vi) Tertuduh pertama juga ada bertanyakan tentang sesiapa yang hendak turut serta dengan cadangan membuat uji kaji bom 6 tersebut. SP4 dan Alif tidak turut serta dengan rancangan berkenaan.
Subparagraph
(vii) Dalam perbincangan di rumah tertuduh kedua ini, tertuduh pertama juga ada bertanyakan tentang ada sesiapa yang mengetahui mengenai penyambungan wayar.
Subparagraph
(viii) Selain itu, di rumah tertuduh kedua tersebut ada terdapat bendera “IS”, kain lilit kepala (head band) dan baju revolusi Islam.
Subparagraph
(ix) Selanjutnya, pada hari yang sama iaitu 17.4.2015 di Gerai Satay Pak Ali, ada cadangan dikemukakan untuk membuat huru-hara kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan di Malaysia.
x
(x) Seterusnya pada 24.4.2015, di rumah tertuduh kedua, dengan kehadiran SP1, SP3, SP4 dan tertuduh lain, tertuduh kedua ada mengeluarkan satu bendera dan menyatakan boleh untuk membuat “baiah”. Tertuduh kedua juga menyatakan hasrat untuk menjalankan uji kaji bahan letupan di Gunung Nuang. Berhubung perkara ini, apabila SP3 rasa gementar dengan cadangan tertuduh kedua tersebut, tertuduh pertama memaklumkan agar SP3 tidak perlu risau kerana tertuduh pertama pernah membuat cubaan bahan letupan. Mereka kemudiannya bersetuju untuk ke Gunung Nuang pada keesokan harinya iaitu pada 25.4.2015. 7
Subparagraph
(xi) Pada 25.4.2015, berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak polis berhubung kumpulan militan yang disyaki ke Gunung Nuang untuk membuat uji kaji bahan letupan, pegawai serbuan, Inspektor Mohd Shukri bin Ismail (SP9), dan pasukannya telah pergi membuat pemantauan dan pemerhatian di kaki Gunung Nuang iaitu pada lebih kurang pukul 10.00 pagi.
Subparagraph
(xii) Seterusnya, pada pukul lebih kurang 4.10 petang, SP9 dan pasukannya telah membuat serbuan terhadap suspek-suspek yang disyaki dan telah membuat 11 tangkapan termasuk kelima-lima tertuduh.
Subparagraph
(xiii) Kelima-lima tertuduh didapati membawa beg galas dan apabila diperiksa lanjut di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, barang-barang yang ditemukan di dalam beg galas masing-masing adalah seperti yang berikut:
a
(a) Tertuduh Pertama-
Subsection
(1) 1 plastik serbuk putih yang kemudiannya disahkan oleh ahli kimia (SP8) sebagai 2 kilogram Amonium Nitrate (P21);
Subsection
(2) 4 biji bateri 9 volt (P26 (A-D));
Subsection
(3) Alat Penimbang (P29);
Subsection
(4) 4 wayar penutup bateri (P32 (A-D));
Subsection
(5) Alarm motosikal (P35);
Subsection
(6) 2 remotes (P38 (A-B)); 8
Subsection
(7) 2 penyukat (P41 (A-B));
Subsection
(8) 1 pemotong wayar (P44);
Subsection
(9) 1 Test Pen (P47).
b
(b) Tertuduh Kedua- gelung wayar berkembar (P50).
c
(c) Tertuduh Ketiga- 1 kotak lampu kelip-kelip (P68 (1-70)).
d
(d) Tertuduh Keempat- 3 batang paip PVC (P62 (a-c)).
e
(e) Muzaffar Shah bin Umar (SP4) 1 botol cecair yang kemudiannya disahkan oleh ahli kimia (SP7) sebagai minyak diesel.
f
(f) Muhammad Sharani bin Suhaimen (SP3)
Subsection
(1) 1 kotak besar mancis (P53 (A-I));
Subsection
(2) 1 tape hitam (P56);
Subsection
(3) 1 bungkus kapas (P59).
g
(g) Kalam bin Wahid 1 kotak Aluminium foil (P65).
Subparagraph
(xiv) Kesemua barang yang dirampas daripada tertuduh pertama hingga tertuduh keempat dan tangkapan lain telah disahkan oleh pakar bahan letupan Polis Diraja Malaysia, iaitu ASP Sharizal bin Razali (SP8), sebagai barang-barang yang boleh dibuat bahan letupan.
Subparagraph
(xv) SP8 menjelaskan bahawa daripada bahan-bahan yang dirampas itu, bahan letupan iaitu Amonium Nitrate Fuel Oil 9 (ANFO) boleh dihasilkan. Dijelaskan bahawa asas bahan letupan ANFO itu ialah kombinasi Amonium Nitrate dengan diesel atau petrol.
Subparagraph
(xvi) SP8 juga telah menjalankan uji kaji menggunakan bahan yang dirampas dan hasil ujian yang dibuat seperti yang dinyatakan dalam Laporan Pakar SP8 (P23) menunjukkan bahawa bahan letupan boleh dihasilkan. Selain itu, dengan nisbah campuran yang tertentu serta penggunaan ‘booster’, bahan dengan campuran tersebut boleh menghasilkan bahan letupan kategori ‘High Explosive’. ‘Booster’ ini dijelaskan boleh dibuat dengan memasukkan kepala mancis yang hancur ke dalam batang PVC untuk meningkatkan kuasa letupan.
Subparagraph
(xvii) SP8 juga menjelaskan bahawa letupan ANFO ini boleh menyebabkan kemusnahan dan kematian. SP8 telah memberikan contoh penggunaan ANFO yang telah menyebabkan kemusnahan besar dan kehilangan nyawa yang ramai iaitu seperti yang berlaku di JW Marriot di Indonesia dan juga di Boston, Amerika Syarikat. Dapatan Hakim Bicara di Akhir Kes Pendakwaan [7] Di akhir kes pendakwaan, Hakim bicara telah menentukan bahawa pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen yang berikut untuk membuktikan satu kes prima facie:
i
(i) Tertuduh-tertuduh telah terlibat dalam satu pakat jahat jenayah; 10
Subparagraph
(ii) Tujuan pakat jahat jenayah tersebut adalah untuk mempromosi suatu perbuatan keganasan di Malaysia iaitu yang bertentangan dengan seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan. Setelah mempertimbangkan peruntukan perundangan yang mengawal iaitu s. 120B(1), s. 120A, s. 130G (a), s. 130 (3), s. 43 Kanun Keseksaan dan nas autoriti yang dirujuk, Hakim bicara antaranya memutuskan: “[21] Setelah dihuraikan kedudukan undang-undang yang relevan berkaitan kes ini, kembali kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, saya dapati, berdasarkan keterangan langsung dari saksi-saksi yang turut sama dalam pertemuan dan perbincangan dengan tertuduh-tertuduh iaitu SP1, SP3, SP4 dan SP5, elemen ‘persetujuan’ untuk melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang iaitu mempromosi atau menggalakkan perbuatan keganasan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kesemua tertuduh bersetuju untuk memusnahkan tempat-tempat hiburan, tempat maksiat dan tempat perjudian di Kuala Lumpur. Mereka juga bersetuju untuk membuat ujikaji bom di Gunung Nuang. [22] Saya juga tidak lihat sebarang alasan untuk SP1, SP3, SP4 dan SP5 yang merupakan rakan-rakan tertuduh-tertuduh untuk mereka-reka cerita dan menganiaya kelima-lima tertuduh. Tambahan pula SP1 telah disabitkan dengan kesalahan terhadap pertuduhan ini dan telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun. Oleh itu tiada sebab SP1 mengada-adakan cerita untuk mengenakan Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini. Disamping itu, berdasarkan ‘demenour’ saksi-saksi ini dan keterangan yang diberikan, saya dapati mereka adalah saksi yang boleh dipercayai (credible). [23] Dalam kes ini, tindakan membuat ujikaji bahan letupan sebagai persediaan untuk meletupkan tempat-tempat maksiat atau perjudian di sekitar Kuala Lumpur jelasnya merupakan tindakan mempromosi perbuatan keganasan seperti yang dijelaskan di 11 bawah subseksyen 130(2) dan subseksyen 130(3) Kanun Keseksaan ... [25] Selain itu, dalam kes ini, tindakan untuk menjalankan ujikaji-ujikaji bahan letupan bagi persediaan meletupkan tempat-tempat maksiat atau perjudian di sekitar Kuala Lumpur pastinya menyumbang kepada perkembangan perbuatan keganasan di Malaysia. [26] Seterusnya, penemuan bahan-bahan yang boleh membuat bahan letupan dari beg Tertuduh Pertama hingga Tertuduh Keempat merupakan keterangan sokongan bagi kesalahan perbuatan keganasan yang akan dilakukan. [27] Selanjutnya, walaupun tiada bahan-bahan yang boleh membuat bahan letupan ditemui dari Tertuduh Kelima semasa ditangkap, ini tidak bermakna Tertuduh Kelima tidak terlibat dalam kesalahan pakatjahat jenayah ini. Apa yang penting bagi kesalahan ini adalah persetujuan untuk melakukan pakatjahat jenayah dan ini telah dapat dibuktikan terhadap kelima-lima tertuduh.” [8] Hakim bicara dengan itu memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie dan mengarahkan kesemua tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan. Kes Pembelaan [9] Kesemua tertuduh telah memberikan pernyataan tidak bersumpah. Masing-masing telah memberikan dan membacakan pernyataan mereka seperti mana yang tertulis dalam: ekshibit D74 (tertuduh pertama); ekshibit D75 (tertuduh kedua); ekshibit D76 (tertuduh ketiga); ekshibit D78 (tertuduh keempat): dan, ekshibit D79 (tertuduh kelima). Di samping itu, Perayu 12 pertama dan perayu kedua ada juga memanggil seorang saksi iaitu bapa mereka iaitu Azmi bin Mohd Ishak (SD6). [10] Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas dan keterangan lain yang dikemukakan, teras pembelaan tertuduh-tertuduh seperti mana yang disimpulkan oleh Hakim bicara adalah seperti yang berikut:
a
(a) Kelima-lima tertuduh menafikan tujuan ke Gunung Nuang pada 25.4.2015 tersebut adalah untuk melakukan uji kaji bahan letupan tetapi untuk berkhemah dan beriadah.
b
(b) Kelima-lima tertuduh juga menafikan terlibat dalam apa-apa rancangan, tindakan atau mempromosi keganasan termasuk melakukan huru-hara di Kuala Lumpur. Sebaliknya tindakan untuk melakukan huru-hara ini dikatakan dicadangkan oleh SP1 tetapi tidak dipedulikan oleh tertuduh-tertuduh.
c
(c) Tertuduh-tertuduh juga menafikan ada berbincang dalam perjumpaan-perjumpaan mereka mengenai cadangan melakukan uji kaji bom atau melakukan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur.
d
(d) Tertuduh pertama juga menafikan ada membawa Amonium Nitrate semasa ditangkap oleh pihak polis di kaki Gunung Nuang berkenaan tetapi Amonium Nitrate ada dirampas dari kedai bapa tertuduh pertama selepas tertuduh pertama ditangkap. 13
e
(e) Tertuduh ketiga yang ditahan di tempat kejadian dan didapati antara lain membawa sekotak lampu kelip-kelip (x-mas light) dan tertuduh keempat yang didapati membawa 3 batang paip PVC menjelaskan bahawa mereka hanya menolong tertuduh pertama untuk membawa barang-barang ke Gunung Nuang seperti yang diminta oleh tertuduh pertama.
f
(f) Tertuduh kelima pula menjelaskan bahawa dia telah membeli minyak diesel untuk dibawa ke Gunung Nuang atas permintaan tertuduh kedua untuk menghidupkan unggun api semasa berkhemah. [11] Di akhir kes, hakim bicara mendapati pembelaan kesemua tertuduh telah gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Kesemua tertuduh dengan itu didapati bersalah, disabitkan dan dihukum seperti mana yang dinyatakan di atas tadi. Rayuan Ini [12] Di hadapan kami, peguam tertuduh pertama dan tertuduh kedua mengemukakan lima isu (isu kepakaran SP8 digugurkan) yang berikut dalam mencabar keputusan Hakim bicara. Isu tersebut merangkumi kekhilafan fakta dan undang-undang oleh Hakim bicara dalam perkara-perkara yang berikut:
a
(a) gagal untuk meneliti keterangan SP8 dan SP9 yang dengan jelas menimbulkan keraguan terutamanya percanggahan 14 mengenai tarikh pemeriksaan beg tertuduh-tertuduh pada 24.4.2015 oleh SP8 dengan 25.4.2015, yang dikatakan tarikh tertuduh ditangkap oleh SP9;
b
(b) barangan yang dirampas diputuskan boleh menghasilkan bom sedangkan setiap uji kaji yang dilakukan ke atas barangan itu adalah negatif dan gagal untuk menghasilkan letupan;
c
(c) gagal mengambil kira atau menilai pembelaan tertuduh-tertuduh yang mereka tidak melakukan kesalahan yang dituduh;
d
(d) kecacatan pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh;
e
(e) gagal untuk mengambil kira faktor mitigasi tertuduh-tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman yang amat berat. Manakala di pihak peguam bagi tertuduh ketiga, keempat dan kelima, isu-isu berikut diberikan fokus iaitu:
a
(a) Ketiadaan atau kekurangan keterangan mengenai elemen pakat jahat untuk mengaitkan tertuduh ketiga, keempat dan kelima dengan kesalahan yang dituduh;
b
(b) Salah arah apabila memerlukan penjelasan daripada tertuduh-tertuduh mengenai 13 barangan yang dirampas sedangkan tiada beban tersebut dalam undang-undang ke atas tertuduh;
c
(c) Ketiadaan penilaian ke atas pembelaan tertuduh; 15
d
(d) Kredibiliti saksi-saksi pendakwaan iaitu tiadanya alasan mengapa saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP1, SP3, SP4 dan SP5 boleh dipercayai;
e
(e) Pemakaian anggapan bertentangan di bawah s 114 (g) Akta Keterangan 1950. [13] Timbalan Pendakwa Raya menyokong penghakiman Hakim bicara dan menghujahkan bahawa Hakim bicara telah tidak khilaf atau tersalah arah dirinya dalam membuat dapatan dan keputusan tersebut. Keputusan Kami [14] Diperhatikan kesemua isu di atas bertindan-tindih antara satu sama lain. Kami akan mempertimbangkan isu-isu tersebut bersekali untuk menggelakkan daripada pengulangan. Susulan itu, kami telah menghayati dan menilai hujahan kesemua pihak serta keterangan dalam rekod dalam mempertimbangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan ini. Atas dasar tersebut, kami memutuskan sepertimana yang akan dinyatakan selepas ini. Isu (i) : Percanggahan Keterangan SP8 dan SP9 Mengenai Pemeriksaan Beg Rampasan [15] Mengenai isu percanggahan tarikh pemeriksaan oleh SP8 dengan SP9, peguam menghujahkan isu ini amat kritikal kerana percanggahan tersebut menimbulkan keraguan mengenai beg mana dan beg siapa yang diperiksa oleh SP8 pada tarikh 24.4.2015 itu, walhal beg-beg tersebut dihujahkan dirampas selepas kesemua tertuduh ditangkap oleh SP9 pada 16
25
25.4.2015. Hakim bicara, di akhir kes, berpendapat isu tersebut adalah kecil dan tidak signifikan. Kami bersetuju dengan pandangan Hakim bicara. Sebenarnya, setelah disemak nota prosiding, kesilapan ini, jika boleh dianggap sebagai kesilapan, merupakan sesuatu yang kecil dan telah dibaiki oleh SP8 semasa dia diperiksa semula. Semasa diperiksa semula, SP8 telah ditanya dan menyatakan (itu pun setelah ditimbulkan semasa diperiksa balas oleh peguam tertuduh keempat!) di muka surat 252: Rekod Rayuan: Jilid 2b, begini: “PEMERIKSA SEMULA Q: Semalam, peguambela ada menyoal kepada kamu berkenaan dengan tarikh kamu ke Bukit Aman untuk tujuan membantu di dalam pemeriksaan. Kamu nyatakan kamu telah pergi di atas arahan daripada E8 berkenaan dengan maklumat tangkapan di dalam kes ini iaitu melibatkan bom. Pada tarikh bila kamu diberikan maklumat tersebut? A: Pada tarikh 25.04.2015. Q: Bila kamu pergi ke Bukit Aman untuk jalankan pemeriksaan? A: Pada tarikh 25.04.2015 saya telah ke Bukit Aman.” Kedudukan ini disokong lanjut daripada keterangan yang telah dibentangkan dalam kes ini inter alia: SP8 telah ke Bukit Aman bagi tujuan tersebut dan berjumpa dengan beberapa orang pegawai termasuk kesemua tertuduh (ms 171:RR:Jild 2b). SP8 tidak mungkin berjumpa dengan kesemua tertuduh dan pegawai berkenaan pada 24.4.2015. Ini disahkan oleh SP9 dan kesemua tertuduh sendiri iaitu mereka hanya ditangkap pada 25.4.2015. Dilihat secara tuntasnya, tiada percanggahan dalam keterangan SP8 dan SP9 dan jika ada sekalipun, itu merupakan 17 sesuatu yang kecil dan telah dibaiki oleh SP8 dan diperjelaskan juga daripada keterangan yang lain. Hujahan peguam atas isu ini tidak bermerit dan seharusnya ditolak in limine. Isu (ii) : Pertuduhan Cacat [16] Mengenai pertuduhan yang dikatakan cacat, peguam menghujahkan bahawa pertuduhan adalah tidak jelas dan mengelirukan kerana tiada sebarang perbuatan spesifik dinyatakan berkaitan dengan mempromosikan keganasan (perbuatan yang menyalahi undang-undang) dan identiti siapakah yang mempromosikan perbuatan keganasan tersebut. Kami tidak bersetuju dengan hujahan ini. Harus dicatatkan bahawa kesemua tertuduh telah dituduh dengan kesalahan pakat jahat jenayah (sepertimana yang ditakrifkan di bawah s 120A) yang boleh dihukum di bawah s 120B(1) Kanun Keseksaan (elemen-elemen kesalahan akan disentuh kemudian). Kami mendapati kehendak-kehendak am s. 152 dan s. 153 Kanun Prosedur Jenayah telah dipatuhi dan pertuduhan adalah jelas. Berdasarkan kesalahan yang dituduh, kehendak bentuk pertuduhan yang khas berkenaan cara mana kesalahan itu dilakukan sepertimana yang dinyatakan dalam s. 154 KPJ tidak diperlukan. Kami tidak nampak bagaimana bentuk pertuduhan yang dikemukakan boleh menimbulkan kekeliruan atau memudaratkan pembelaan kesemua tertuduh memandangkan pembelaan yang dikemukakan adalah jelas, terperinci dan agak menyeluruh. Atas dasar ini, kami bersetuju dengan pandangan Hakim bicara atas isu ini seperti mana yang berikut: 18 “Pertuduhan Defektif [30] Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa tujuan sesuatu pertuduhan adalah bagi memaklumkan tertuduh secara jelas dan tepat berhubung perkara dalam pertuduhan terhadap tertuduh tersebut. Ini bagi membolehkan tertuduh untuk mengemukakan pembelaannya dengan sempurna dan adil. [31] Thompson CJ dalam kes Teng Kum Seng v Public Prosecutor [1960] 1 MLJ 509 di mukasurat 518 menyatakan : “The real test in all these cases is whether the accused person gets sufficient certain notice of what is charged against him.” [32] Berkaitan dengan statut pula, seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah menggariskan apa yang perlu ada dalam sesuatu pertuduhan iaitu seperti berikut : (Hakim bicara menggariskan peruntukan s 152, 153 dan 154 KPJ). [33] Kembali kepada pertuduhan yang dikemukakan terhadap Tertuduh-Tertuduh seperti yang dinyatakan di awal alasan penghakiman ini, saya dapati perkara-perkara berikut telah dinyatakan iaitu : “(i) Tarikh, masa dan tempat.
Subparagraph
(ii) Tertuduh-Tertuduh adalah pihak satu pakatjahat.
Subparagraph
(iii) Pakatjahat jenayah ini bertujuan untuk melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Subparagraph
(vi) Perbuatan yang menyalahi undang-undang tersebut adalah mempromosikan suatu perbuatan keganasan di Malaysia.” [34] Di sini saya dapati pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh-tertuduh telah memenuhi kehendak undang-undang dibawah seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah dan memberi maklumat yang mencukupi untuk Tertuduh-Tertuduh mengetahui perkara dalam pertuduhan terhadap Tertuduh-Tertuduh bagi menyediakan pembelaan mereka. 19 [35] Selebihnya, seperti bagaimana Tertuduh-Tertuduh mempromosi keganasan di Malaysia adalah merupakan keterangan yang dibawa oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan seperti yang telah dilaksanakan di dalam kes ini. [36] Oleh yang demikian, saya dapati, pertuduhan yang dikemukakan terhadap Tertuduh-Tertuduh adalah teratur dan tidak defektif.” Isu (iii) : Uji kaji Ke Atas Barangan Rampasan Yang gagal menghasilkan bom atau letupan; dan, Isu (iv) : Ketiadaan atau kekurangan keterangan mengenai elemen kesalahan untuk mengaitkan kesemua tertuduh dengan kesalahan yang dituduh [17] Peguam menghujahkan bahawa uji kaji yang dilakukan oleh SP8 sepertimana yang dilaporkan dalam ekshibit P23 telah gagal menghasilkan bom atau letupan. Tanpa kewujudan bom atau letupan tersebut, peguam menghujahkan pendakwaan telah gagal membuktikan elemen perbuatan pengganas yang dilakukan oleh perayu-perayu. Pada hemat kami hujahan ini amat meleset sekali kerana peguam seolah-olah menghendaki elemen 130G (a) benar-benar telah dilakukan bagi pelekatan pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh. Ini menyimpang dan bertentangan dengan pertuduhan di bawah s.120B Kanun yang dikenakan terhadap kesemua tertuduh. [18] Bagi tujuan memahami isu ini, kesalahan pakat jahat jenayah dan skema perundangan berkaitan dengan pertuduhan di sini perlulah dibentangkan. Sebagai titik permulaan, s. 120B Kanun memperuntukkan: “120B. Hukuman bagi pakat jahat jenayah.
Subsection
(1) Barang siapa menjadi satu pihak dalam satu pakat jahat jenayah untuk melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mati, pemenjaraan 20 selama tempoh dua tahun atau lebih hendaklah, jika tiada apa-apa peruntukan yang nyata ditetapkan oleh Kanun ini berkenaan dengan hukuman bagi pakat jahat itu, dihukum sama seperti seolah-olah dia telah menyubahati kesalahan itu.” Pakat jahat jenayah telah ditakrifkan seperti yang berikut: “120A. Takrif pakat jahat jenayah. Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju untuk melakukan, atau menyebabkan supaya dilakukan -
a
(a) suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang (illegal act); atau
b
(b) suatu perbuatan, yang tidak menyalahi undang-undang, dengan cara yang menyalahi undang-undang, maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakat jahat jenayah: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua persetujuan, kecuali suatu persetujuan untuk melakukan sesuatu kesalahan, hendaklah terjumlah kepada suatu pakat jahat jenayah melainkan sesuatu perbuatan selain daripada persetujuan itu dilakukan oleh satu atau beberapa pihak kepada persetujuan itu menurut persetujuan itu. Huraian 1 – Tidak penting sama ada perbuatan yang menyalahi undang-undang itu merupakan objek muktamad perjanjian sedemikian itu, atau cuma bersangkutan sahaja dengan objek itu. Huraian 2 – Di mana liabiliti bagi apa-apa kesalahan boleh berlaku tanpa diketahui pihak orang yang melakukan kesalahan itu apa-apa fakta atau hal keadaan tertentu yang perlu bagi perlakuan kesalahan itu, seseorang hendaklah namun tidak bersalah untuk pakat jahat melakukan kesalahan itu melainkan jika dia dan sekurang-kurangnya satu pihak lain kepada perjanjian itu berhasrat atau tahu bahawa fakta atau hal keadaan itu hendaklah atau akan wujud pada masa perlakuan yang mewujudkan kesalahan itu akan berlaku.” Perbuatan ‘menyalahi undang-undang’ pula telah ditakrifkan di bawah s. Kanun Keseksaan seperti yang berikut : 21 “Perkataan “menyalahi undang-undang” dipakai kepada segala sesuatu yang menjadi kesalahan atau yang dilarang oleh undang-undang atau yang menyediakan alasan untuk suatu tindakan sivil’.” Harus dicatatkan di peringkat ini bahawa kesalahan pakat jahat jenayah di bawah s. 120B (dibaca bersama s.120A) ialah satu kesalahan substantif. Kesalahan ini memperuntukkan dua jenis kesalahan pakat jahat: pakat jahat jenis (a) iaitu bersetuju untuk melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang; atau jenis (b)- suatu perbuatan, yang tidak menyalahi undang-undang, tetapi dengan cara yang menyalahi undang-undang. Pemahaman akan perbezaan ini adalah penting memandangkan bagi kesalahan jenis (a), pendakwaan tidak perlu membuktikan apa-apa perbuatan overt (overt act), manakala faktor perbuatan overt itu diperlukan bagi kesalahan daripada jenis (b). Dengan pembuktian kesemua elemen tersebut, kesalahan pakat jahat jenayah telah termaktub (complete) dan tiada pembuktian lanjut diperlukan daripada pihak pendakwaan.( Dalam konteks ini, kami bersetuju dengan nas autoriti yang dirujuk dan diguna pakai oleh Hakim bicara untuk menyokong saranan di atas). [19] Selanjutnya, seksyen 130G (a) Kanun memperuntukkan: “Barang siapa yang dengan pengetahuan –
a
(a) menghasut atau mempromosi perlakuan (commission) suatu perbuatan pengganas.
b
(b) …. (c ) …. 22 Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh yang boleh sampai tiga puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.” Perkataan ‘mempromosi’ (promote) ini telah dijelaskan dalam ‘Judicial Dictionary – K I Aiyar 14th Edition’ seperti yang berikut : “Promote. The word ‘promote’ has been defined in Black’s Law Dictionary to mean: ‘to contribute to growth, enlargement; to forward to further; to encourage; to advance’. [Birenda Singh v State of Bihar 91989) 2 Crimes 418, p421 (Pat)(DB)].” Akhirnya, ungkapan ‘perbuatan pengganas’ pula telah ditakrifkan di bawah seksyen 130B(2) dan (3) seperti yang berikut: “130B (2) Bagi maksud Bab ini, ‘perbuatan pengganas’ bermaksud suatu perbuatan atau ugutan tindakan di dalam atau luar Malaysia di mana –
a
(a) perbuatan atau ugutan itu jatuh di bawah subseksyen (3) dan tidak jatuh di bawah subseksyen (4);
b
(b) perbuatan itu dilakukan atau ugutan dibuat dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan politik, agama atau ideologi; dan
c
(c) perbuatan atau ugutan berniat atau yang boleh semunasabahnya dianggap sebagai berniat untuk –
i
(i) menakutkan orang awam atau sebahagian daripada orang awam; atau
Subparagraph
(ii) mempengaruhi atau memaksa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia, mana-mana Kerajaan lain, atau mana-mana organisasi antarabangsa untuk membuat atau menahan daripada melakukan apa-apa perbuatan.”
Subsection
(3) Suatu perbuatan atau ugutan jatuh di bawah subseksyen ini jika ia – 23
a
(a) melibatkan cedera parah pada tubuh seseorang;
b
(b) membahayakan nyawa seseorang; (c ) menyebabkan kematian seseorang;
d
(d) mewujudkan risiko yang serius pada kesihatan atau pada keselamatan awam atau sebilangan orang awam;
e
(e) melibatkan kerosakan serius pada harta benda;
f
(f) melibatkan penggunaan senjatapi, bahan letupan atau alat berbahaya yang lain;” [20] Daripada peruntukan di atas, dapat disimpulkan bahawa apa yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk membangkitkan kesalahan pakat jahat jenayah ialah adanya persetujuan antara tertuduh-tertuduh, yang di sini melebihi dua orang, untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang iaitu mempromosi suatu perbuatan keganasan di Malaysia bertentangan dengan s 130G(a) Kanun Keseksaan. Apa yang jelas, teras bagi kesalahan ini ialah persetujuan untuk melakukan kesalahan. Di sini kesalahan daripada jenis (a). Sepertimana yang telah diperkatakan dalam catatan kami di atas, dengan pembuktian elemen persetujuan untuk melakukan kesalahan jenis (a) di atas, kesalahan pakat jahat jenayah telah terlaksana sepenuhnya dan dibuktikan. Adakah perlu dibuktikan mesti adanya bom atau letupan terjadi untuk pembuktian kesalahan di sini? Pada hemat kami itu tidak diperlukan kerana sepertimana yang telah disimpulkan, apa yang perlu dibuktikan ialah persetujuan untuk melakukan sesuatu kesalahan, di sini s. 130G(a) dan bukan telah melakukan kesalahan itu. Itu bukan kehendak kesalahan di bawah s 120B dibaca bersama s. 120A Kanun Keseksaan. Jika adanya perkara-perkara tersebut, itu boleh mengukuhkan lagi pembuktian elemen 24 kesalahan jenis (a) berkenaan. Atas dasar ini, penghujahan peguam mengenai isu ini tidak bermerit dan ditolak. [21] Isu (iv) adalah saling berkait dengan isu (iii) dan akan diperjelaskan bersekali. Peguam menghujahkan bahawa elemen meeting of the mind dan elemen pakat jahat jenayah yang lain tidak disentuh oleh Hakim bicara dan gagal dibuktikan oleh pendakwaan. Sepertimana yang telah kami huraikan di atas, kesalahan substantif pakat jahat jenayah ini, di sini daripada jenis
a
(a), akan termaktub apabila pendakwaan berjaya membuktikan elemen persetujuan untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang berkenaan. Dalam kes ini, adanya keterangan langsung daripada SP1, SP3, SP4 dan SP5 tentang perjumpaan di dua buah tempat berasingan iaitu Restoran Mahie pada 3.4.2015 dan di rumah tertuduh kedua pada 17.4.2015 yang menghasilkan persetujuan mengenai cadangan untuk memusnahkan pusat-pusat hiburan, tempat maksiat dan tempat perjudian di Kuala Lumpur. Selanjutnya, keterangan telah menunjukkan pada 10.4.2015 telah dipersetujui lanjut tentang cadangan untuk membuat uji kaji bom sebagai persediaan untuk meletupkan tempat-tempat maksiat, pelacuran dan perjudian sepertimana dipersetujui dalam perjumpaan terdahulu. Tambahan lagi, persetujuan juga telah dicapai pada 17.4.2015 untuk membuat uji kaji bom di Gunung Nuang. Keterangan di atas merupakan keterangan langsung yang kes-kes begini biasanya agak sukar untuk dibuktikan kecuali melalui keterangan ikut keadaan. Hakim bicara telah berpuas hati dengan kredibiliti saksi-saksi SP1, SP3, SP4 dan SP5 dan selanjutnya telah juga mendapati adanya keterangan sokongan daripada keterangan ikut keadaan yang melimpah ruah seperti, antaranya, 25 penangkapan kesemua tertuduh di Gunung Nuang, penemuan barang-barang kes di dalam beg-beg yang dibawa oleh mereka, keterangan pakar SP8 dan laporan ekshibit P23 nya. Semua dapatan itu merupakan keistimewaan yang diberikan kepada Hakim bicara untuk menilai dan menimbangkan keterangan di hadapannya dan kami tidak nampak adanya kekhilafan atau salah arah yang nyata untuk kami mengganggu dapatan Hakim bicara tentang terbuktinya persetujuan dan meeting of the mind antara kesemua tertuduh untuk melakukan perbuatan jenayah yang dipersetujui itu. Penemuan meeting of the mind itu disokong lanjut daripada perbuatan-perbuatan tertuduh menuju ke Gunung Nuang dengan barangan yang ternyata untuk digunakan bagi tujuan uji kaji bom di situ. Kombinasi tindakan mereka tidak terputus sehingga mereka ditangkap semasa sedang hendak melaksanakan tujuan pemergian ke Gunung itu iaitu untuk uji kaji bom bagi tujuan cadangan yang dipersetujui. Dalam keadaan ini, pendakwaan telah berjaya membuktikan terlaksananya kesalahan pakat jahat jenayah kesemua tertuduh. Hujahan peguam tentang isu ini juga tidak bermerit. [22] Susulan itu, kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara yang memutuskan, antara lainnya: “[11] Seterusnya, berkaitan intipati pakatjahat jenayah ini Hakim Mortimer dalam kes Public Prosecutor v Khoo Ban Hock & Ors [1998] 2 MLJ 217 di mukasurat 221 ada menjelaskan : “Section 120(A) is also drafted in plain ordinary language. It is clear on the plain and ordinary meaning of that language and on principle and on authority, although there is no authority in Brunei, that by its nature a criminal conspiracy within the section is a continuing offence from the time when two or more agree to the purpose 26 until the time when they cease to agree. By this, I mean that all the ingredients of the offence will be present once the parties agree (the very gist of the offence) and the offence will have been committed, but it is not concluded. The offence continues to be committed as long as the parties continue to agree to carry out the plot. Further, the parties may agree in one place and continue to agree in another, although this will depend on the evidence. Therefore, in order to prove the commission of the offence, it is necessary for the prosecution to prove that at the material time and, more importantly, for these purposes at the material place, the parties were agreeing to do the illegal act.” [12] Berdasarkan nas undang-undang ini juga, jelasnya, kesalahan pakatjahat jenayah adalah terbukti sebaik sahaja ada persetujuan untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. [13] Selain itu juga, adalah tidak menjadi keperluan untuk membuktikan bahawa setiap ahli dalam pakatjahat jenayah tersebut perlu mengetahui secara terperinci berhubung pakatjahat berkenaan dan adalah tidak material juga sama ada perbuatan menyalahi undang-undang tersebut adalah objektif utama kesalahan tersebut atau sebaliknya. [14] Prinsip ini dijelaskan oleh Mahkamah Agong India dalam kes Saju v State of Karala [2001] 1 SCC 378 di mukasurat 383 yang menyatakan : “7. To prove the charge of criminal conspiracy the prosecution is required to establish that two or more persons had agreed to do or caused to be done, an illegal act or an act which is not legal, by illegal means. It is immaterial whether the illegal act is the ultimate object of such crime or is merely incidental to that object. To attract the applicability of Section 120-B it has to be proved that all the accused had the intention and they had agreed to commit the crime. There is no doubt that conspiracy is hatched in private and in secrecy for which direct evidence would rarely be available. It is also not necessary that each member to a conspiracy must know all the details of the conspiracy. This Court in Yash Pal Mittal v. State of Punjab held: (SCC pp. 543-44, paragraph 9).” 27 (rujuk juga Huraian 1, Section 120A Kanun Keseksaan). [15] Seterusnya, adalah bukan menjadi keperluan untuk dibuktikan bahawa setiap ahli dalam pakatjahat jenayah tersebut telah melakukan tindakan terbuka (overtact) dalam melaksanakan pakatjahat jenayah berkenaan. Ini telah dijelaskan dalam kes yang sama seperti berikut :- “9. In Suresh Chandra Bahri v. State of Bihar this Court reinterated that the essential ingredient of criminal conspiracy is the agreement to commit an offence. After referring to the judgements in Noor Mohd. Mohd. Yusuf Momin v. State of Maharashtra and V.C. Shukla v. State (Delhi Admin.) it was held in S.C. Bahri case as under: (SCC p. 134 paragraph 96) : ‘[A] cursory look to the provisions contained in Section 120-A reveals that a criminal conspiracy envisages an agreement between two or more persons to commit an illegal act or an act which by itself may not be illegal but the same is done or executed by illegal means. Thus the essential ingredient of the offence of criminal conspiracy is the agreement to commit an offence. In a case where the agreement is for accomplishment of an act which by itself constitutes an offence, then in that event no overt act is necessary to be proved by the prosecution because in such a fact-situation criminal conspiracy is established by proving such an agreement. In other words, where the conspiracy alleged is with regard to commission of a serious crime of the nature as contemplated in Section 120-B read with the proviso to sub-section (2) of Section 120-A IPC, then in that event mere proof of an agreement between the accused for commission of such a crime alone is enough to bring about a conviction under Section 120-B and the proof of any overt act by the accused or by any one of them would not be necessary. The provisions in such a situation do not require that each and every person who is a party to the conspiracy must do some overt act towards the fulfilment of the object of conspiracy, the essential ingredient being an agreement between the conspirators to commit the crime and if these requirements and ingredients are established the act would fall within the trapping of the provisions contained in Section 120-B since from its very nature of conspiracy must be conceived and hatched in complete secrecy, because 28 otherwise the whole purpose may be frustrated and it is common experience and goes without saying that only in very rare cases one may come across direct evidence of a criminal conspiracy to commit any crime and in most of the cases it is only the circumstantial evidence which is available from which an inference giving rise to the conclusion of an agreement between two or more persons to commit an offence may be legitimately drawn’.” [16] Selain itu, persetujuan untuk melakukan pakatjahat jenayah ini boleh dibuat secara nyata atau tersirat dan kesalahan ini boleh dibuktikan melalui inferen dari keadaan sekeliling dan tindakan tertuduh. Ini dinyatakan dalam buku Ratanlal & Dhirajlal ‘The Indian Penal Code 32nd Edition’ seperti berikut : “The essence of the offence of conspiracy is the fact of combination of agreement. The agreement maybe express or implied, or in part express or in part implied. The conspiracy arises and the offence is committed as soon as the agreement is made; and the offence continues to be committed so long as the combination persist… In a criminal conspiracy of minds of two or more persons for doing an illegal act is sine qua non but proving this by direct proof is not possible. Hence conspiracy and its objective can be inferred from the surrounding circumstances and conduct of the accused.” [17] Bagi kesalahan pakatjahat jenayah dalam kes ini, perbuatan yang menyalahi undang-undang adalah mempromosi perbuatan keganasan di Malaysia iaitu kesalahan di bawah seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan. ....... [21] Setelah dihuraikan kedudukan undang-undang yang relevan berkaitan kes ini, kembali kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, saya dapati, berdasarkan keterangan langsung dari saksi-saksi yang turut sama dalam pertemuan dan perbincangan dengan tertuduh-tertuduh iaitu SP1, SP3, SP4 dan SP5, elemen ‘persetujuan’ untuk melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang iaitu mempromosi atau menggalakkan perbuatan keganasan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kesemua tertuduh bersetuju untuk memusnahkan tempat-tempat 29 hiburan, tempat maksiat dan tempat perjudian di Kuala Lumpur. Mereka juga bersetuju untuk membuat ujikaji bom di Gunung Nuang. [22] Saya juga tidak lihat sebarang alasan untuk SP1, SP3, SP4 dan SP5 yang merupakan rakan-rakan tertuduh-tertuduh untuk mereka-reka cerita dan menganiaya kelima-lima tertuduh. Tambahan pula SP1 telah disabitkan dengan kesalahan terhadap pertuduhan ini dan telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun. Oleh itu tiada sebab SP1 mengada-adakan cerita untuk mengenakan Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini. Disamping itu, berdasarkan ‘demenour’ saksi-saksi ini dan keterangan yang diberikan, saya dapati mereka adalah saksi yang boleh dipercayai (credible). [23] Dalam kes ini, tindakan membuat ujikaji bahan letupan sebagai persediaan untuk meletupkan tempat-tempat maksiat atau perjudian di sekitar Kuala Lumpur jelasnya merupakan tindakan mempromosi perbuatan keganasan seperti yang dijelaskan di bawah subseksyen 130(2) dan subseksyen 130(3) Kanun Keseksaan. [24] .... [25] Selain itu, dalam kes ini, tindakan untuk menjalankan ujikaji-ujikaji bahan letupan bagi persediaan meletupkan tempat-tempat maksiat atau perjudian di sekitar Kuala Lumpur pastinya menyumbang kepada perkembangan perbuatan keganasan di Malaysia. [26] Seterusnya, penemuan bahan-bahan yang boleh membuat bahan letupan dari beg Tertuduh Pertama hingga Tertuduh Keempat merupakan keterangan sokongan bagi kesalahan perbuatan keganasan yang akan dilakukan. [27] Selanjutnya, walaupun tiada bahan-bahan yang boleh membuat bahan letupan ditemui dari Tertuduh Kelima semasa ditangkap, ini tidak bermakna Tertuduh Kelima tidak terlibat dalam kesalahan pakatjahat jenayah ini. Apa yang penting bagi kesalahan ini adalah persetujuan untuk melakukan pakatjahat jenayah dan ini telah dapat dibuktikan terhadap kelima-lima tertuduh.” 30 Isu (v) : Ketiadaan Penilaian Pembelaan, Kekhilafan beban Pembelaan, dan Anggapan s 114 (g) Akta Keterangan 1950 [23] Setelah disemak dan dipertimbangkan alasan penghakiman Hakim bicara dan penghujahan kesemua pihak, kami mendapati Hakim bicara tidak terkhilaf atau tersalah arah dirinya sehingga boleh menyebabkan ketidakadilan yang substantif dan yang memudaratkan. Dicatatkan kesemua tertuduh memberikan pernyataan tidak bersumpah. Walaupun pernyataan itu tidak mempunyai nilai yang setanding dengan keterangan bersumpah namun Hakim bicara, berdasarkan nas autoriti yang betul, masih mempertimbangkan secara terperinci untuk menentukan sama ada pernyataan itu mampu menimbulkan keraguan yang munasabah. Cabaran peguam haruslah dilihat dalam konteks tersebut dan pada kami, bukan menghendaki atau meletakkan beban kepada kesemua tertuduh untuk membuktikan kes mereka. Penjelasan yang diminta oleh Hakim bicara, setelah merujuk kepada kes PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16, dalam konteks kes ini hanyalah merujuk kepada kehendak keterangan (evidential burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Tambahan lagi, Hakim bicara telah menimbangkan dan menilai pembelaan kesemua tertuduh dengan teliti sepertimana terdapat di perenggan 63 hingga 93 . Ini menafikan hujahan peguam bahawa itu tidak dilakukan. [24] Mengenai pemakaian anggapan bertentangan di bawah s 114 (g), Akta Keterangan 1950, kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara sebagaimana yang berikut: “Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [48] Pihak pembelaan juga berhujah bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi yang dinyatakan di bawah ini 31 telah membangkitkan inferen bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114(g). Saksi-saksi tersebut adalah :-
i
(i) Ahmad Nafis bin Azlam rakan Tertuduh-Tertuduh yang telah sama-sama ditangkap di kaki Gunung Nuang.
Subparagraph
(ii) Kalam bin Wahid rakan Tertuduh-Tertuduh yang ditangkap sama di kaki Gunung Nuang.
Subparagraph
(iii) Pegawai Medan Azawan Nizam Pegawai yang dihujahkan boleh memberi keterangan terperinci mengenai operasi dalam kes ini dan juga keahlian Tertuduh-Tertuduh dalam kumpulan IS Malaysia.
Subparagraph
(iv) DSP Raby Dihujahkan oleh pihak pembelaan iaitu peguam Tertuduh Kelima bahawa DSP Raby boleh memberi keterangan tentang keahlian Tertuduh-Tertuduh dalam ‘Kumpulan Islamic State (IS) Malaysia’. [49] Berhubung seksyen 114(g) ini, undang-undang mantap adalah jelas bahawa ianya terpakai apabila berlaku kegagalan memanggil saksi-saksi yang penting atau dokumen-dokumen penting untuk membuktikan kes. Ini diputuskan oleh Makamah Agung dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 ML 492 seperti berikut :- “(1) It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act 1950 lest be carried to far outside its limit. Adverse inference under the illustration can only be drawn, if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just only document, but a material document by a party in his possession or for non production of just any witness but only an important and material to the case.” [50] Berkaitan isu ini, pihak pendakwaan mempunyai budibicara untuk memanggil saksi-saksi yang diperlukan bagi membuktikan kes pendakwaan tetapi perlu memastikan tiada apa-apa kelompangan pada kes pendakwaan. 32 [51] Dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] 27 MLJ 195 di mukasurat 109, Thompson CJ menyatakan : “It is, of course, well settled that in a criminal case prosecuting counsel, provided there is no wrong, has a discretion as to whether or not to call any particular witness and in particular has a discretion not to call in support of his case a witness whom he does not believe to be a witness of truth. In the case of Reg v Woodhead Alderson B. referred to : ‘the rule which the Judges have lately laid down, that a prosecutor is not bound to call witnesses merely because their name are on the back of the Indictment.’ He went on to say: ‘the witness, however, should be here,because the prisoner might otherwise be misled, he might, from their name being on the bill, have relied on your bringing them here and have neglected to bring them himself. You ought therefore, to have them in court but they are to be called by party who wants their evidence.’ Again, in the case of Reg. v Cassidy, Parke B. said that he considered the correct principle was: ‘that counsel for the prosecution should call what witnesses he thought proper, and that, by having had certain witnesses examined before the grand jury whose name were on the back of the indictment, he only impliedly undertook to have them in court for prisoner to examine them, as his witness’.” [52] Berkaitan penama-penama yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan ini, pertamanya, keterangan Ahmad Nafis bin Azlam dan Kalam bin Wahid adalah seperti keterangan rakan-rakan Tertuduh-Tertuduh yang lain yang telah memberi keterangan di mahkamah iaitu SP1, SP3, SP4 dan SP5 yang turut serta dalam beberapa perbincangan dan SP3, SP4 dan SP5 juga ditangkap bersama-sama Ahmad Nafis dan Kalan di kaki Gunung Nuang. Oleh itu tanpa keterangan Ahmad Nafis dan Kalam ini tidak menimbulkan sebarang kelompangan pada kes pendakwaan. [53] Bagi penama Azawan Nizam dan DSP Raby pula, kedua-dua saksi ini bukan merupakan saksi yang material bagi kes pendakwaan. Keterangan mereka dikatakan untuk menjelaskan 33 operasi kes ini dan keahlian anggota IS Malaysia. Tanpa keterangan kedua-dua mereka ini juga tidak menyebabkan kelompangan pada kes pendakwaan. [54] Sehubungan itu, seksyen 114(g) adalah tidak terpakai kerana kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi ini.” [25] Secara keseluruhan, dan berdasarkan huraian kami di atas, kami mendapati tiada merit dalam cabaran kesemua tertuduh dalam rayuan ini ke atas keputusan dan dapatan Hakim bicara. Dengan itu sabitan adalah selamat dan rayuan mereka ditolak. Rayuan Terhadap Hukuman [26] Persoalan utama yang harus kami tentukan adalah sama ada hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim bicara yang bijaksana merupakan satu hukuman yang terlampau berat (manifestly excessive) atau telah tidak menurut undang-undang lantas terkhilaf sehingga membolehkan kami campur tangan dan mengubah hukuman yang telah dijatuhkan. Dalam membuat penentuan ini, kami merujuk prinsip am yang telah diperjelaskan oleh YA Azahar Mohamed, HMR (sekarang HMP) dalam kes PP v Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443 yang menyatakan: “[17] Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukannya. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang hendak mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan 34 menukar hukuman melainkan ia berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah ataupun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa mahkamah tersebut jelas tersalah di dalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457.” [27] Berdasarkan prinsip di atas dan kecuali terhadap tempoh tahun pemenjaraan ke atas tertuduh pertama dan kedua, kami mendapati Hakim bicara telah menjalankan budi bicaranya dengan berpandukan prinsip hukuman yang betul. Peguam terpelajar mengatakan Hakim bicara telah tidak mengambil faktor mitigasi dalam menjatuhkan hukuman berkenaan. Kami mendapati penghujahan itu tidak tepat. Daripada fakta primer yang dibentangkan, tidak boleh dipertikaikan bahawa kesalahan yang dilakukan adalah amat serius dan jika tidak dikesan dan dihalang, pasti akan mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta yang besar. Perbuatan seperti ini harus dibendung dengan hukuman yang keras agar sesiapa jua yang mempunyai kecenderungan sedemikian dapat dihalang dan, diharapkan juga, dapat menyedarkan mereka supaya menghindarkan diri daripada pengaruh anasir sedemikian. Mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan kesalahan seperti ini yang, jika dipandang ringan dan remeh, boleh meranapkan keamanan masyarakat dan boleh menjejaskan kestabilan ekonomi rakyat dan negara. Dalam keadaan sebegini, faktor peribadi sebagai mitigasi tidak mempunyai kesan yang tinggi atau tidak bernilai langsung. (rujuk kes Pendakwa Raya v Muamar Gadaffi 35 Mohamad Shafawi [2017] 1 LNS 516 (MR); Kesavan Baskaran v PP
Subsection
(2008) 6 CLJ 390, dan Bachik Abdul Rahman v PP (2004) 2 CLJ 572. Namun begitu, Hakim bicara, dalam melaksanakan budi bicaranya, telah mempertimbangkan faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesemua tertuduh. Kami tidak nampak kelemahan atau kekhilafan dalam pelaksanaan kuasa tersebut dan bersetuju dengan penghakiman Hakim bicara seperti mana yang berikut: “Hukuman [94] Hukuman maksima bagi kesalahan terhadap Tertuduh-Tertuduh yang terlibat dalam pakatjahat jenayah untuk melakukan perbuatan mempromosi keganasan di Malaysia adalah 30 tahun penjara. [95] Saya mengambil maklum bahawa perbuatan mempromosi keganasan oleh Tertuduh-Tertuduh ini iaitu antaranya untuk meletupkan tempat-tempat maksiat dan perjudian di sekitar Kuala Lumpur adalah perbuatan keganasan yang amat serius. [96] Kesan tindakan Tertuduh-Tertuduh sekiranya gagal dikesan dan dihalang oleh pihak polis, pasti mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta yang besar. Ini juga akan menimbulkan keadaan huru-hara dan boleh menjejaskan kestabilan ekonomi rakyat dan negara. [97] Kepentingan awam perlu dilindungi dan diberi pertimbangan utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh-Tertuduh. [98] Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini bukan sahaja telah berpakat jahat jenayah, tetapi juga telah mengambil tindakan yang aktif dengan membawa bahan-bahan untuk membuat ujikaji bom ke Gunung Nuang. Ini adalah bagi persediaan mereka untuk melaksanakan rancangan bagi meletupkan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur berkenaan. 36 [99] Bagi saya, tindakan Tertuduh-Tertuduh ini amat serius dan perlu dibendung agar ianya tidak berlaku di Malaysia yang merupakan sebuah negara yang aman dan stabil. [100] Sehubungan itu juga, mahkamah mempunyai tanggungjawab dalam bidangkuasa yang ada, untuk membantu memastikan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh-Tertuduh ini tidak berulang atau dilakukan oleh orang lain. Satu isyarat yang kuat perlu diberikan bukan sahaja kepada Tertuduh-Tertuduh tetapi kepada masyarakat di luar sana bahawa kesalahan yang dilakukan ini adalah amat serius dan akan berhadapan dengan hukuman yang tinggi. Oleh itu juga, satu bentuk hukuman yang deteren sahaja dapat mencapai objektif ini. [101] Saya juga mengambil maklum tren hukuman bagi kes-kes yang melibatkan perbuatan keganasan di Malaysia iaitu seperti berikut :-
i
(i) Pendakwa Raya v Muamar Gadafi (Kes No. W-05-4-87-02/2016) Dalam kes ini tertuduh telah mengaku salah bagi kesalahan di bawah seksyen 130F Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara tetapi hukuman ini telah ditingkatkan kepada 15 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan.
Subparagraph
(ii) Pendakwa Raya v Murad Halimmuddin bin Hassan dan Abu Daud bin Mudad Halimuddin. (Kes No : 45(SO)-35-06/2015) Dalam kes ini kedua-dua tertuduh telah mengaku salah bagi kesalahan di bawah seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dan Hakim Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara bagi Tertuduh Pertama dan 12 tahun penjara bagi Tertuduh Kedua. [102] Kedua-dua kes yang disebutkan ini adalah kes dimana Tertuduh-Tertuduh telah mengaku salah dan tidak melibatkan tindakan untuk membuat bom dan untuk meletupkan tempat-tempat awam. Dalam 37 kes terhadap Tertuduh-Tertuduh, ianya melibatkan perbicaraan penuh dan suatu kesalahan yang amat serius. [103] Saya juga berpendapat, dengan satu bentuk hukuman yang deteren akan membantu matlamat Kerajaan untuk mencegah pihak-pihak ekstremis dari melakukan keganasan di Malaysia yang telah mula dirancang oleh pihak-pihak seperti dalam kes ini. Ini adalah untuk kepentingan masyarakat dan juga negara Malaysia. [104] Walau apa pun, saya juga mempertimbangkan kepentingan Tertuduh-Tertuduh dalam kes ini berdasarkan hujahan mitigasi yang dibuat oleh peguam-peguam bagi setiap Tertuduh. [105] Setelah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor dan prinsip undang-undang yang relevan dalam menjatuhkan hukuman, saya menjatuhkan hukuman seperti berikut :-
i
(i) Tertuduh Pertama dikenakan 25 tahun penjara dari tarikh tangkap.
Subparagraph
(ii) Tertuduh Kedua dikenakan 25 tahun penjara dari tarikh tangkap.
Subparagraph
(iii) Tertuduh Keempat dikenakan 20 tahun penjara dari tarikh tangkap.
Subparagraph
(iv) Tertuduh Kelima dikenakan 20 tahun penjara dari tarikh tangkap. [106] Seterusnya bagi Tertuduh Ketiga yang berumur 17 tahun iaitu di bawah kategori kanak-kanak semasa kejadian, saya telah meneliti laporan akhlak ‘D84’ yang dikemukakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan laporan akhlak D84 ini, saya dapati Tertuduh Ketiga adalah seorang yang sangat degil dan sukar dikawal dan ada kalanya mengirim bahan berunsurkan agama yang radikal dan tidak selari dengan ajaran Islam yang sebenar. [107] Saya juga telah mempertimbangkan mitigasi yang dibuat oleh peguam Tertuduh Ketiga dan laporan akhlak D84 serta hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwaraya. [108] Saya juga mengambil maklum peruntukan seksyen 96(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan memutuskan bahawa memandangkan 38 kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh Ketiga adalah amat serius, tiada hukuman lain yang lebih sesuai kecuali hukuman penjara. [109] Oleh itu, Tertuduh Ketiga dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dari tarikh tangkap.” [28] Dalam keadaan yang dihuraikan di atas, kami mendapati perintah hukuman yang dijatuhkan tidak lah terlalu rendah atau terlampau tinggi kecuali hukuman ke atas tertuduh pertama dan kedua. Kami perhatikan tiada alasan yang diberikan oleh Hakim bicara tentang perbezaan tempoh pemenjaraan tertuduh pertama dan kedua dengan tertuduh ketiga dan keempat memandangkan mereka telah dituduh secara bersama bagi kesalahan pakat jahat jenayah. Tempoh hukuman ke atas mereka seharusnya sama. Oleh itu, kami membenarkan rayuan tertuduh pertama dan kedua setakat mengurangkan tempoh pemenjaraan 25 tahun kepada 20 tahun. Bagaimanapun, rayuan terhadap hukuman oleh tertuduh ketiga, keempat dan kelima ditolak. Perintah hukuman Hakim bicara terhadap tertuduh ketiga, keempat dan kelima dengan itu disahkan dan dikekalkan. t.t (ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh : 23 Oktober 2018 39 Bagi pihak Perayu-Perayu: Mohd Fadhly bin Yaacob Tetuan Fadhly Yaacob & Co. Faizal Rahman (bersama K.F. Wong, Nik Zarith Nik Moustpha, Farida Mohammad dan Adi Zulkarnain) Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co. Bagi pihak Responden: Wan Shaharuddin Wan Ladin (bersama Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Zhafran Rahim Hamzah) Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.