Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH: NO.J-05(SH)-457-09/2018
J-05(SH)-457-09/2018 & J-05(SH)-594-12/2018
Court of Appeal of Malaysia25 Sept 2020
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pemakaian seksyen 300(c) ini, Public Prosecutor v Visvanathan [1978] 1 MLJ 159, peruntukkan ini dijelaskan seperti berikut : “ In our judgment for the application of clause (c) of section 300 of the Penal Code, all that the prosecution need to prove is –”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH: NO.J-05(SH)-457-09/2018
1
MOHD NOIN BIN SARPIN … PERAYU-
2
UMARAZHAR BIN MOHD NOIN PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH: NO. J-05(SH)-594-12/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU
1
MOHD NOIN BIN SARPIN … RESPONDEN-
2
UMARAZHAR BIN MOHD NOIN RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Bahru
1
Lawan
2
Mohd Noin bin Sarpin Umarazhar bin Mohd Noin] 2 KORAM : HAS ZANAH BINTI MEHAT, HMR LEE SWEE SENG, HMR NORDIN BIN HASSAN, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Mohd Noin bin Sarpin (“Perayu Pertama”) dan Umarazhar bin Mohd Noin (“Perayu Kedua”), iaitu bapa dan anaknya, telah dituduh di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi kesalahan membunuh iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama kerana melakukan kesalahan berkenaan dengan niat bersama. [2] Pertuduhan di mana kedua-dua perayu dibicarakan adalah seperti berikut : “ Bahawa kamu bersama-sama pada 26.2.2016 jam lebih kurang 6.30 petang hingga 10.20 malam pada 27.2.2016 bertempat di Ladang Kelapa Sawit Boniseng, Jalan Loji Air Sultan Iskandar, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, dalam mencapai niat bersama kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap penama Muhammad bin Madari (No. K/P: 630805- 01-5215) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Di akhir kes perbicaraan, hakim bicara mendapati kedua-dua perayu hanya melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan mensabitkan mereka dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap kedua-dua mereka dari tarikh mereka ditangkap. [4] Kedua-dua perayu yang tidak berpuashati dengan keputusan hakim bicara tersebut telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan. [5] Pendakwa Raya juga telah memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim bicara yang hanya mensabitkan kedua-dua perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) dan bukan atas kesalahan yang kedua-dua perayu dituduh iaitu dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes Pendakwaan [6] Berdasarkan saksi-saksi pihak pendakwaan yang memberi keterangan di mahkamah dan diterima oleh hakim bicara, kes pendakwaan dapat diringkaskan seperti berikut. Pada 26.2.2016, lebih kurang jam 4.00 petang, kedua-dua perayu bersama Mohd Fikri bin Mohd Zabri (SP4), 4 menaiki sebuah kereta proton saga nombor pendaftaran JHT 8433, yang dipandu oleh perayu kedua, telah menuju ke Jalan Kampong Sentosa, Johor Bahru. Di tepi Jalan Kampong Sentosa berkenaan mereka melihat Muhammad bin Madani (“simati”) berada di situ lalu perayu kedua memberhentikan kereta yang dipandunya. Setelah itu, perayu pertama telah menarik simati masuk ke dalam kereta berkenaan. Seterusnya, simati telah dibawa ke sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Loji Sultan Iskandar, Ulu Tiram, Johor Bahru. [7] Apabila sampai di ladang kelapa sawit tersebut, simati telah ditarik keluar dari kereta oleh perayu kedua dan dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit berkenaan. Selanjutnya, kedua-dua perayu telah memukul simati bertubi-tubi dengan tangan dan menyepak simati dengan kaki pada bahagian badan, muka, kepala dan kaki simati dengan kuat dan selama hampir setengah jam. Walaupun simati telah terbaring di tanah, perayu-perayu terus memukul dan menyepak simati. Keadaan simati ketika itu adalah lemah dan tidak bermaya. Simati kemudiannya disandarkan di sebatang pokok sebelum perayu-perayu dan SP4 meninggalkan simati di tempat tersebut. [8] Semasa kejadian kedua-dua perayu memukul simati, SP4 ada merakamkan video kejadian tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya selama lebih kurang 5 minit dari belakang kereta proton saga yang mereka naiki. Rakaman video ini ada dilihat oleh Wan Nur Sakinah binti Muhammad Tawpik (SP19) iaitu anak tiri kepada perayu pertama semasa SP19 dan SP4 berada di rumah perayu pertama. 5 [9] Berhubung dengan simati, pada 27.2.2016 iaitu sehari selepas kejadian simati dipukul dan disepak oleh perayu-perayu, lebih kurang jam 6.10 petang, simati telah ditemui oleh seorang pengawal keselamatan (SP1) dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” iaitu dalam keadaan kritikal lalu perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis. Simati seterusnya dibawa ke Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang dan dirawat oleh Dr. Max Muluan bin Muliadi (SP13) yang menyatakan bahawa simati ketika itu dalam keadaan nazak dan bernafas perlahan. Simati kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Sulaiman tetapi didapati telah meninggal dunia. [10] Bedah siasat terhadap simati telah dijalankan oleh Dr. Rahayu binti Shahar Adnan (SP12) dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail. SP12 mendapati antara lain berlaku pendarahan selaput otak (subarachnoid haemorrages), lebam-lebam pada otot pernafasan, lebam pada organ pankreas dan lebam pada jantung simati. Tulang rusuk kanan ke 7 hingga 9 dan tulang rusuk kiri yang ke 9 juga patah. Terdapat juga kesan lebam-lebam pada badan, tangan dan kaki simati dan juga kesan terbakar pada tubuhnya. SP12 seterusnya memutuskan sebab kematian simati adalah “Multiple blunt force trauma” yang boleh disebabkan oleh objek tumpul termasuk kaki, tangan atau objek yang mempunyai permukaan keras. SP12 seterusnya menjelaskan bahawa kecederaan pada kepala dan badan simati adalah bersifat fatal dan kematian simati dikategorikan sebagai “immediate death” iaitu kematian yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam. SP12 juga menyatakan bahawa walaupun simati dibawa ke hospital untuk rawatan, simati tidak akan dapat diselamatkan. Ini disebabkan terdapatnya lebam pada jantung simati. 6 Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [11] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat dapatan-dapatan berikut berdasarkan keterangan dan kredibiliti saksi-saksi :
i
simati disahkan adalah Muhammad bin Madari;
II
(ii) kematian simati adalah disebabkan oleh kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati;
III
(iii) kecederaan-kecederaan terhadap simati tersebut adalah dilakukan oleh perayu-perayu;
IV
(iv) kecederaan-kecederaan terhadap simati iaitu pendarahan pada selaput otak dan lebam pada jantung dan organ pankreas tersebut adalah fatal dan menyebabkan kematian pada simati. Sehubungan itu peruntukan seksyen 300(c) Kanun Keseksaan adalah terpakai dalam kes ini.
v
Kedua-dua perayu mempunyai niat bersama dalam menyebabkan kematian simati. [12] Berdasarkan dapatan-dapatan fakta yang dinyatakan, hasil dari penilaian maksima keterangan pihak pendakwaan, hakim bicara memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap kedua-dua perayu bagi kesalahan membunuh simati seperti pertuduhan yang dikemukakan terhadap mereka. Selaras dengan itu juga, kedua-dua perayu telah dipanggil untuk membela diri bagi kesalahan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. 7 Pembelaan perayu pertama [13] Perayu pertama memberi keterangan secara bersumpah dan pembelaannya dapat diringkaskan seperti berikut. Pada petang 26.2.2016, perayu pertama yang memandu kereta proton saga bersama-sama perayu kedua dan SP4 sebagai penumpang, telah memberhentikan kereta tersebut di tepi Jalan Kampong Sentosa lalu perayu kedua dan SP4 telah turun dan menarik masuk simati yang berada di tepi jalan berkenaan ke dalam kereta. Perayu pertama kemudian membawa kereta tersebut ke sebuah ladang kelapa sawit. Apabila sampai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan, perayu pertama telah memberhentikan kereta lalu perayu kedua dan SP4 menarik simati keluar dari kereta. Seterusnya, perayu kedua dan SP4 telah memukul simati dengan tangan dan menyepaknya dengan kaki. Perayu pertama hanya menendang simati dua kali iaitu di belakang dan peha simati dan semasa kejadian, perayu pertama hanya banyak bertanya simati mengenai tindakan simati memecah masuk rumah perayu kedua. Perayu pertama kemudian terus ke kereta dan melihat perayu kedua dan SP4 menarik simati dan disandarkan di sebatang pokok. Mereka kemudian beredar dari tempat tersebut. Pembelaan perayu kedua [14] Pembelaan perayu kedua pula adalah seperti berikut. Pada tarikh 26.2.2016 tersebut, perayu pertama, perayu kedua dan SP4 menaiki kereta proton saga menuju ke Jalan Kampong Sentosa dan apabila sampai di tepi jalan berkenaan, SP4 telah keluar dan bergelut dengan 8 simati. Perayu kedua kemudian keluar dan menarik masuk simati ke dalam kereta dan membawanya menuju ke sebuah ladang kelapa sawit. Kereta tersebut dipandu oleh perayu pertama. Di kawasan ladang kelapa sawit tersebut, perayu kedua dan SP4 telah menarik simati keluar dari kereta. Seterusnya, perayu kedua telah memukul simati dan diikuti oleh SP4 yang turut sama memukul simati. Mereka memukul simati lebih kurang satu hingga dua minit dan kemudian perayu pertama dan perayu kedua menyoal simati mengenai kejadian simati memecah masuk rumah perayu kedua. Semasa simati disoal, perayu kedua ada menumbuk simati dan begitu juga SP4. Mereka berhenti memukul simati selepas 5 hingga 10 minit. Kemudiannya, perayu kedua dan SP4 menarik simati dan disandarkan ke sebatang pokok. Mereka bertiga kemudian beredar dari tempat berkenaan. Dapatan hakim bicara di akhir kes pembelaan [15] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara sebaliknya mendapati bahawa kedua-dua perayu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada simati yang membolehkan seksyen 300(c) Kanun Keseksaan terpakai. Justeru itu, kedua-dua tertuduh hanya disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dari tarikh mereka ditangkap. 9 Rayuan perayu-perayu Perayu pertama [16] Alasan-alasan yang dikemukakan oleh peguam perayu pertama bagi menyokong rayuan yang difailkan adalah seperti berikut:
i
Keterangan SP19 semasa disoal balas tidak memihak kepada pihak pendakwaan dan ini gagal dipertimbangkan oleh hakim bicara. Selain itu, hakim bicara tersalah arah dari segi prosedur apabila membenarkan pihak pendakwaan menyoal balas SP19 tanpa dirujuk terlebih dahulu pernyataan bertulis SP19 bagi maksud menyoal balas saksi di bawah seksyen 154 Akta
II
(ii) Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mohd Norhaizan bin Mohd Noh iaitu pemilik kereta proton saga JHT 8834 yang digunakan dalam kejadian pada 26.2.2016 berkenaan dan telah ditawarkan kepada pihak pembelaan telah menimbulkan suatu inferen yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950;
III
(iii) Hukuman 14 tahun penjara yang dijatuhkan oleh hakim bicara terhadap perayu pertama adalah terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan trend hukuman berdasarkan fakta yang hampir sama. 10 Perayu kedua [17] Selanjutnya, perayu kedua pula mengemukakan alasan-alasan berikut dalam menyokong rayuan terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya :
i
Hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19 semasa pemeriksaan utama berhubung rakaman video dalam telefon bimbit SP4 yang menunjukkan kedua-dua perayu memukul simati sedangkan rakaman video tersebut tidak dikemukakan sebagai eksibit di mahkamah;
II
(ii) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal membuat inferen yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan yang gagal mengemukakan rakaman video berkenaan;
III
(iii) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal menolak keterangan SP19 yang keterangannya semasa pemeriksaan balas tidak memihak kepada kes pendakwaan;
IV
(iv) Hakim bicara telah gagal memberi amaran kepada dirinya berhubung penerimaan keterangan SP19 yang ketika itu merupakan seorang saksi kanak kanak yang berumur 16 tahun semasa perbicaraan;
v
Hakim bicara gagal mengambilkira bahawa SP19 tidak pernah mengesahkan bahawa orang yang dipukul dalam rakaman video yang dilihat adalah simati; 11
VI
(vi) Hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19 sebagai keterangan sokongan SP4 yang merupakan rakan sejenayah dalam kes kematian simati; dan
VII
(vii) Hakim bicara terkhilaf apabila membenarkan permohonan pihak responden di bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950 untuk menyoal balas SP19. Pertimbangan dan keputusan mahkamah ini [18] Dalam mempertimbangkan rayuan perayu-perayu dalam kes ini, isu-isu yang bertindih iaitu isu sama yang dibangkitkan oleh kedua-dua perayu akan diputuskan bersekali di samping isu-isu lain yang berbeza. Isu keterangan SP19 [19] Berhubung isu ini, perayu-perayu telah membangkitkan isu bahawa hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19 semasa peringkat pemeriksaan utama tetapi menolak keterangan SP19 semasa di peringkat soal balas. Selain itu, hakim bicara juga dikatakan tersalah arah berhubung prosedur menyoal balas saksi di bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950 dan terkhilaf apabila membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk menyoal balas SP19. 12 [20] Berkaitan perkara ini, pertamanya, adalah undang-undang yang mantap bahawa hakim bicara boleh menerima sebahagian dan menolak sebahagian keterangan seseorang saksi berdasarkan alasan yang munasabah dan keseluruhan keterangan yang ada. Ini telah dijelaskan dalam keputusan-keputusan mahkamah atasan termasuk dalam kes Mahkamah Persekutuan Amri Ibrahim & Anor v PP [2017] 1 CLJ 617 di mana dinyatakan seperti berikut : “[62] It is important to note that every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reason, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other (see: PP v Datuk Harun Haji Idris (No.2) 1976] 1 LNS 184; [1977] 1 MLJ 15)” (penekanan ditambah) [21] Berhubung perkara ini juga, adalah bersesuaian diteliti keterangan SP19 semasa di peringkat pemeriksaan utama yang antara lain menyatakan :
i
SP19 ada melihat rakaman video dalam telefon bimbit SP4 selama lebih kurang 3 minit yang menunjukkan kedua-dua perayu memukul seseorang dan berhenti melihat video tersebut kerana kasihan melihat orang yang dipukul; 13
II
(ii) Dalam rakaman video tersebut, SP19 melihat kedua-dua perayu memukul seseorang yang dalam keadaan mencangkung hingga orang tersebut terbaring;
III
(iii) Kedua-dua perayu memukul orang tersebut dengan tangan dan kaki;
IV
(iv) SP19 juga melihat sebuah kereta dalam rakaman video tersebut dan apabila dirujuk gambar kereta proton saga yang dikemukakan sebagai eksibit P6, SP19 mengesahkan ianya seperti gambar kereta yang dilihat dalam rakaman video berkenaan; dan
v
Apabila ditunjukkan gambar simati, SP19 mengecam bahawa ianya adalah gambar orang yang dipukul oleh kedua-dua perayu. [22] Keterangan SP19 di peringkat pemeriksaan utama ini adalah terperinci dan selaras dengan keterangan yang diberikan oleh SP4 berhubung fakta-fakta penting. [23] Sehubungan itu, hakim bicara dalam kes ini yang telah meneliti keterangan keseluruhan yang ada, boleh menerima keterangan SP19 di peringkat pemeriksaan utama dan menolak keterangan SP19 di peringkat soal balas apabila menyatakan yang memukul simati adalah SP4 dan kawannya. Keterangan SP19 di peringkat soal balas ini, jelasnya, bertentangan dengan fakta dalam kes ini. Antaranya, yang ada di tempat kejadian hanya perayu pertama, perayu kedua, SP4 dan simati. Ini disahkan juga oleh perayu-perayu, malahan perayu perayu dalam pembelaannya mengaku ada memukul simati. Oleh itu keterangan SP19 di 14 peringkat soal balas bahawa simati dipukul oleh SP4 dan kawannya adalah ditolak dengan betul oleh hakim bicara. [24] Di samping itu juga dapatan fakta oleh hakim bicara dalam kes ini tidak sewajarnya diganggu tanpa alasan yang kukuh dan dalam kes ini tiada alasan yang kukuh untuk kami berbuat demikian memandangkan dapatan tersebut juga disokong oleh keterangan saksi-saksi. Berhubung perkara ini adalah relevan dirujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 yang menyatakan : “It is an established principle of law that when dealing with finding of facts, the trial judge is more often than not, in a better position to decide. The appellate court must be reluctant to interfere with such findings, unless the facts obviously disclose the court below had clearly and wrongly evaluated the facts. In Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 this court held : The approach to be taken by an appellate court when dealing with a trial court’s assessment on credibility of witness is well established by high authorities. The credibility of a witness is primarily for the trial judge. An appellate court should always be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge who had audio-visual advantage of the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. Discrepancies will always be found in the evidence of a witness but what a judge has to determine is whether they are minor or material discrepancies. It would be wrong to say just because a witness may have contradicted in his evidence or even told lies on one or two points, his evidence should be totally rejected. In the final analysis it is for the trial judge to determine which part of the evidence of a witness he is to accept and which to reject….” (penekanan ditambah) 15 [25] Seterusnya adalah berhubung isu kesilapan prosedur oleh hakim bicara dalam pemakaian seksyen 154 Akta Keterangan 1950 apabila pernyataan saksi tidak dirujuk semasa permohonan menyoal balas saksi oleh pihak pendakwaan. Peruntukan ini sering digunapakai terhadap saksi yang didapati belot (hostile) dan bertujuan untuk menentukan kebenaran keterangan yang diberikan di mahkamah. (lihat Public Prosecutor v Tan Chye Joo & Anor [1989] 2 MLJ 253) [26] Berkaitan perkara ini, seksyen 154 memberi budibicara kepada mahkamah untuk membenarkan saksi-saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan, disoal balas oleh pihak yang memanggilnya. Tiada sebarang prosedur yang ditetapkan dalam peruntukan ini tetapi nas undang undang yang digariskan oleh mahkamah atasan memerlukan pernyataan atau rekod terdahulu saksi tersebut dirujuk. ( lihat Muniandy & Anor v Public Prosecutor [1973] 1 MLJ 179 1 MLJ 179(FC)). Prosedurnya adalah apabila hakim bicara berpuashati bahawa terdapat percanggahan yang material berdasarkan pernyataan saksi dan keterangan saksi tersebut di mahkamah, kebenaran boleh diberikan untuk saksi disoal balas. Percanggahan material tersebut bukan percanggahan dalam satu sesi perbicaraan seperti dalam kes ini. Rujukan kepada pernyataan atau rekod keterangan terdahulu perlu dijadikan asas untuk permohonan menyoal balas saksi sendiri. [27] Kembali kepada kes ini, permohonan untuk menyoal balas saksi SP19 boleh dibuat pada mana-mana peringkat perbicaraan tetapi 16 hendaklah dengan menggunakan pernyataan terdahulu atau rekod keterangan terdahulu dan ini telah gagal dilaksanakan. [28] Walau bagaimanapun, kami mendapati kegagalan ini tidak menimbulkan sebarang ketidakadilan kepada pihak pembelaan. Ini adalah kerana hasil soal balas yang dilakukan terhadap SP19 tidak memberi apa-apa hasil yang dapat membantu pihak pendakwaan, malahan lebih memihak kepada pihak pembelaan. Sehubungan itu, kami berpendapat, kekhilafan hakim bicara berkaitan perkara ini adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan atau memprejudis kes pembelaan. [29] Selanjutnya, keterangan SP19 dihujahkan merupakan keterangan dari saksi kanak-kanak dan amaran bagi penerimaan keterangan saksi ini tidak dilakukan oleh hakim bicara. Di sini, SP19 memberi keterangan bersumpah di mahkamah dan ketika itu, SP19 berumur 16 tahun. Dalam perkara ini, keterangan menunjukkan bahawa SP19 memahami sumpah yang diambilnya iaitu untuk bercakap benar. SP19 juga bukan saksi “tender years” bagi pemakaian seksyen 133A Akta Keterangan 1950. Apa yang penting adalah saksi kanak-kanak ini mempunyai keterangan sokongan dari saksi lain dan dalam hal ini adalah keterangan dari SP4. Tambahan pula, keterangan SP19 hanya berkisar kepada rakaman video yang dilihat dalam telefon bimbit SP4. SP19 tidak berada ditempat kejadian dan keterangan sokongan beliau hanya terhad kepada rakaman video yang dilihatnya sahaja. Keterangan utama dalam kes ini adalah dari saksi mata yang melihat dan mengalami sendiri keseluruhan perkara yang berlaku yang membawa kepada kematian simati iaitu SP4. Sehubungan itu, 17 ketiadaan amaran yang dibuat oleh hakim bicara tidak fatal kepada kes pendakwaan. [30] Berhubung perkara ini juga, adalah relevan dirujuk kes Mahkamah Persekutuan, Tham Kai Yau & Ors v Public Prosecutor [1977] 1 MLJ 174 yang menyatakan seperti berikut : “ In the present case, however, the learned trial judge did not consider PW8, a child of ‘tender years’ and he was satisfied that he possessed sufficient intelligence to understand the meaning and significance of an oath. The absence of such warning therefore was not fatal as there was in fact substantial corroboration of the boy’s evidence. The appeal on this ground, we thought , must therefore fail.” (penekanan ditambah) [31] Selanjutnya, SP19 adalah sorang saksi bebas dan bukan rakan sejenayah dalam kes ini. Justeru itu, keterangan SP19 boleh menyokong keterangan SP4. Penerimaan keterangan SP4 yang merupakan rakan sejenayah dalam kes ini [32] Isu selanjutnya adalah berhubung penerimaan keterangan SP4 yang diputuskan oleh hakim bicara adalah rakan sejenayah dalam kes ini. Undang-undang adalah jelas bahawa seorang rakan sejenayah adalah saksi yang kompeten terhadap tertuduh dan suatu sabitan berdasarkan 18 keterangan rakan sejenayah yang tidak mempunyai keterangan sokongan adalah sah di sisi undang-undang. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 133 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan : “An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice” (emphasis added) [33] Walau bagaimanapun, prinsip undang-undang melalui keputusan mahkamah atasan juga adalah mantap bahawa hakim bicara hendaklah memberi amaran atau mengingatkan dirinya akan bahaya mensabitkan seseorang tertuduh berdasarkan keterangan rakan sejenayah yang tidak mempunyai keterangan sokongan. Selanjutnya, hakim bicara perlu mempertimbangkan sama ada keterangan yang diberikan tersebut adalah kredibel dan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh. (lihat Dalip Bhagwan Singh v PP [1997] 4 CLJ 645 (FC), Ng Yau Thai v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 214; Nathan v Public Prosecutor [1972] 2 MLJ 101) [34] Kembali semula kepada kes ini, hakim bicara dalam alasan penghakimannya telah dengan jelas memberi amaran pada dirinya atau mengingatkan dirinya mengenai bahaya mensabitkan perayu-perayu berdasarkan keterangan rakan sejenayah iaitu SP4 tanpa keterangan sokongan yang lain. Ini dilihat pada perenggan 59, alasan penghakiman hakim bicara seperti berikut : 19 “ 59] Oleh itu adalah penting bagi Mahkamah ini mengingatkan diri dan memberi amaran kepada diri akan bahaya mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan yang tidak disokong” [35] Hakim bicara dalam kes ini juga mendapati bahawa SP4 adalah saksi yang kredible, bercakap benar, boleh dipercayai dan keterangannya adalah kukuh seperti dinyatakan di perenggan 57, alasan penghakiman hakim bicara : “ 57] ….Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP4 di dalam kes ini adalah kredible dan SP4 bercakap benar sepanjang memberi keterangan kepada Mahkamah. SP4 adalah saksi yang boleh dipercayai, yang mana keterangannya adalah kukuh dan tidak tergugat walaupun berhadapan dengan pemeriksaan balas yang bertubi-tubi.” [36] Sehubungan itu, sabitan terhadap kedua-dua perayu berdasarkan keterangan SP4 sahaja adalah mencukupi dan sah di sisi undang-undang. Ini juga selaras dengan peruntukan seksyen 134 Akta Keterangan yang menyatakan bahawa tiada bilangan saksi tertentu yang diperlukan untuk membuktikan sebarang fakta. Ini bermakna keterangan seorang saksi sahaja jika dipercayai mencukupi untuk membuktikan sesuatu fakta. (lihat Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 AMR 321; Md Zainuddin Raujan v Public Prosecutor [2013] 4 MLJ 596). [37] Walau bagaimanapun, keterangan SP4 ini juga disokong secara tidak langsung dengan keterangan SP6, SP12, SP19 dan SP21. SP6 iaitu saudara simati, mengesahkan adanya pergaduhan antara simati dan perayu kedua beberapa hari sebelum tarikh kejadian. Punca pergaduhan 20 adalah perayu kedua pernah hampir melanggar simati dengan kereta yang dipandunya. Ini menyokong keterangan SP4 yang menyatakan bahawa simati dipukul kerana perayu kedua yang hampir terlanggar simati dan menyebabkan anak kecilnya terjatuh di tempat kaki penumpang hadapan. Seterusnya, keterangan SP4 bagaimana simati dipukul dengan kuat menggunakan tangan dan kaki selama hampir 30 minit selaras dengan keterangan SP12 mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati. SP19 pula dalam pemeriksaan utamanya ada menyatakan bahawa beliau melihat rakaman video dalam telefon bimbit SP4 yang menunjukkan simati dipukul oleh kedua-dua perayu. Selanjutnya, SP21 dalam siasatannya mengesahkan bahawa kenderaan proton saga JHT 8433 digunakan oleh perayu pertama 6 bulan sebelum tarikh kejadian. [38] Keterangan sokongan yang menyokong keterangan SP4 ini ada dinyatakan dalam alasan penghakiman hakim bicara di perenggan 61, 62 dan 63. Di perenggan 61 tersebut dinyatakan : “ 61] Malahan Mahkamah ini mendapati keterangan SP4 bukanlah tanpa sokongan. Terdapat sokongan keterangan keadaan sekeliling yang telah disokong (corroborated) oleh saksi-saksi bebas (independent) serta kredibel…” [39] Jelas di sini, walaupun keterangan SP4 sahaja mencukupi untuk mensabitkan perayu-perayu, dalam kes ini keterangan SP4 juga disokong dengan keterangan saksi-saksi lain seperti yang dinyatakan terdahulu. 21 Isu Inferen yang bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [40] Pihak pembelaan juga membangkitkan isu bahawa kegagalan memanggil pemilik kereta proton saga JHT 8834 iaitu Mohd Norhaizan bin Mohd Noh dan kegagalan mengemukakan rakaman video dalam telefon bimbit SP4 telah menimbulkan inferen bertentangan terhadap kes pendakwaan. [41] Undang-undang adalah jelas bahawa inferen bertentangan di bawah seksyen 114(g) hanya terpakai apabila pihak-pihak menyembunyikan atau gagal mengemukakan dokumen atau saksi yang material dalam sesuatu kes. (lihat Amri Ibrahim v PP [2017] 1 CLJ 617(FC); Munusamy v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 (SC)) [42] Dalam kes ini, pemilik kereta proton saga, Mohd Norhaizan bin Mohd Noh bukan merupakan saksi penting dalam kes pembunuhan simati. Kereta proton tersebut, dalam kes pembunuhan ini, hanya digunakan untuk mengambil dan membawa simati ke tempat kejadian. Keterangan SP21 juga telah menunjukkan bahawa perayu pertama menggunakan kereta tersebut 6 bulan sebelum kejadian dan keterangan ini tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Seterusnya, saksi kes pembunuhan yang utama dalam kes ini adalah SP4 yang merupakan saksi mata yang melihat kejadian kedua-dua perayu memukul simati dengan kuat selama hampir 30 minit. Di sini tiada sebarang kelompangan pada kes pendakwaan jika pemilik kereta tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Oleh itu 22 hakim bicara tidak terkhilaf apabila tidak mengunapakai inferen bertentangan terhadap pihak pendakwaan dalam isu ini. [43] Begitu juga dengan rakaman video dalam telefon bimbit SP4. Keterangan dari SP4 jelas menyatakan bahawa telefon bimbit tersebut ditinggalkan di rumah perayu pertama semasa SP4 ditangkap oleh pihak polis. Apabila SP4 kembali semula untuk mendapatkan telefonnya itu, ianya telah tiada di rumah berkenaan. Di sini tiada sebarang tindakan untuk menyembunyikan rakaman video tersebut oleh pihak pendakwaan. Justeru itu juga, tiada inferen bertentangan terhadap pihak pendakwaan kerana tidak mengemukakan rakaman video tersebut. [44] Berkaitan dengan keterangan SP19 yang melihat rakaman video tersebut pula, ianya boleh diterima sebagai keterangan berdasarkan apa yang SP19 lihat dan dengar seperti diperuntukkan di bawah seksyen 60 Akta Keterangan 1950. Keterangan ini boleh diterima oleh mahkmah walaupun rakaman video tersebut tidak dijadikan eksibit di mahkamah. Nilai keterangan SP19 ini adalah dipertimbangkan dengan keseluruhan keterangan terutama keterangan SP4. Oleh itu hakim bicara tidak terkhilaf apabila menerima keterangan SP19 di peringkat pemeriksaan utama, yang melihat rakaman video perayu-perayu memukul simati. Isu sabitan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan [45] Akhir sekali adalah berhubung keputusan mahkamah mensabitkan perayu-perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun 23 Keseksaan di akhir kes pembelaan. Isu ini adalah berhubung rayuan pihak Pendakwa Raya yang tidak berpuashati dengan keputusan hakim bicara tersebut. [46] Sebelum penilaian lanjut dibuat, adalah bersesuaian diteliti alasan-alasan hakim bicara mensabitkan perayu-perayu di bawah seksyen 304(a) tersebut walaupun di akhir kes pendakwaan, perayu-perayu telah dipanggil untuk membela diri bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Malahan, hakim bicara telah membuat dapatan pada peringkat itu bahawa elemen seksyen 300(c) telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [47] Alasan-alasan yang diberikan dalam alasan penghakiman hakim bicara untuk keputusan yang dibuat tersebut adalah seperti berikut :
i
Hakim bicara percaya bahawa kedua-dua perayu tidak mempunyai mens rea bahawa mereka ingin mendatangkan bencana tubuh pada simati sebagaimana kehendak seksyen 300(c) Kanun Keseksaan.
II
(ii) Kesalahan di bawah seksyen 302 dan 304 Kanun keseksaan memerlukan pembuktian niat dan pengetahuan untuk menyebabkan kematian.
III
(iii) Kedua-dua perayu menyangkal dan menafikan bahawa mereka sengaja mahu membunuh simati tetapi sekadar mahu ‘mengajar’ simati. 24
IV
(iv) Hakim bicara percaya bahawa kedua-dua perayu hanya berniat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan simati yang tidak diketahui oleh tertuduh berkemungkinan menyebabkan kematian simati.
v
Keterangan SP4 dan perayu-perayu menunjukkan bahawa simati hanya dipukul dengan tangan dan disepak dengan kaki tanpa apa-apa senjata lain dan ini mengenepikan kes membunuh yang dikemukakan terhadap perayu-perayu oleh pihak pendakwaan. [48] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh hakim bicara, adalah jelas sekali bahawa hakim bicara terkhilaf dalam interpretasi dan pemakaian seksyen 300(c) Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut : “ 300. Membunuh orang. Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang –
a
(a)…..
b
(b)…..
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan bencana tubuh yang dumaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian;
d
(d)……” (penekanan ditambah) 25 [49] Di bawah peruntukkan seksyen 300(c) ini, apa yang perlu dibuktikan adalah niat untuk menyebabkan bencana tubuh atau kecederaan terhadap simati dan bukan untuk membuktikan niat untuk membunuh. Seterusnya jika bencana tubuh tersebut pada lazimnya, boleh menyebabkan kematian, ianya adalah suatu kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. [50] Pembuktian niat untuk membunuh adalah di bawah seksyen 300(a) Kanun Keseksaan dan pembuktian niat menyebabkan bencana tubuh yang diketahui mungkin menyebabkan kematian pula, adalah di bawah seksyen 300(b) Kanun yang sama. [51] Seterusnya, di bawah seksyen 300(c), niat untuk membunuh tidak perlu dibuktikan dan hanyalah niat untuk menyebabkan bencana tubuh dan bencana tubuh tersebut pada lazimnya menyebabkan kematian yang perlu dibuktikan. [52] Dalam kes yang sering dirujuk berhubung pemakaian seksyen 300(c) ini, Public Prosecutor v Visvanathan [1978] 1 MLJ 159, peruntukkan ini dijelaskan seperti berikut : “ In our judgment for the application of clause (c) of section 300 of the Penal Code, all that the prosecution need to prove is –
1
that the accused did an act which caused the death of the deceased;
2
the said act was done with the intention of causing bodily injury;
3
that the injury caused – 26
a
was intended and was not accidental or otherwise unintentional; and;
b
was sufficient in the ordinary course of nature to cause death.” (penekanan ditambah) [53] Dalam kes yang sama juga diputuskan seperti berikut : “[42] under cl.(c) once the intention to cause bodily injury actually found to be present is proved, the rest of the enquiry ceases to be subjective and becomes purely objective and the only question is, whether, as matter of purely objective inference,the injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. It is irrelevant and totally unneccesary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental.” (penekanan ditambah) [54] Mahkamah ini juga dalam kes Mohd Yasser bin Shaik Mahmad v Public Prosecutor [2017] 4 MLJ 250 telah menjelaskan isu yang sama seperti berikut : “ [14] From the bare reading of s 300(c) of the Penal Code,it is clear that murder may also be committed if the accused intentionally causes an injury to a person which injury, in the ordinary course of nature, is sufficient to to cause death. Under the limb (c) to s 300 of the Penal Code , an intention to kill on the part of an accused person is not a pre-requisite which the prosecution would otherwise have to prove in order to secure a conviction for a murder charge.” 27 [15] Therefore, to sustain a charge of murder under limb (c) to s 300 of the Penal Code, the prosecution must lead evidence from a medical doctor to testify in court that the injury sustained by the accused and intentionally caused by the accused, was sufficient in the ordinary of nature to cause death to the victim. The test is an objective test.” (penekanan ditambah) [55] Dalam kes ini, Dr Rahayu binti Shahar Adnan (SP12) yang melakukan bedah siasat terhadap simati memberi keterangan bahawa sebab kematian simati adalah Multiple Blunt Force Trauma yang disebabkan oleh benda tumpul termasuk pukulan dengan tangan dan kaki. Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati adalah didapati fatal kerana terdapat pendarahan pada selaput otak, lebam pada jantung dan organ pankreas. SP12 juga menjelaskan bahawa simati tidak akan dapat diselamatkan walaupun dibawa ke hospital untuk rawatan. SP12 seterusnya mengkategorikan kematian simati sebagai ‘immediate death’ iaitu kematian dalam tempoh 24 jam dari kecederaan-kecederaan yang dialami. Dalam keterangannya SP12 dengan jelas menyatakan : “S : Sekiranya simati tersebut setelah dicederakan segera dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan adakah beliau boleh diselamatkan? J : Disebabkan terdapatnya lebam pada jantung, jika dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan simati tetap akan mati Yang Arif.” [56] Di samping itu juga Dr. Max Muluan bin Muliadi (SP13) iaitu doktor dari Hospital Wakaf An-Nur, Pasir Gudang yang mula-mula memeriksa 28 simati memberi keterangan bahawa keadaan simati ketika itu adalah nazak dan bernafas perlahan. [57] Berdasarkan keterangan doktor-doktor yang dinyatakan di atas, terutama SP12, jelas menunjukkan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati pada lazimnya, akan menyebabkan kematian. Kecederaan-kecederaan tersebut berdasarkan keterangan dan diakui oleh perayu-perayu adalah disebabkan oleh perayu-perayu yang dikatakan untuk ‘mengajar’ simati. [58] Bertentangan dengan pandangan peguam perayu dalam kes ini, kami berpendapat doktor-doktor yang memberikan keterangan tidak semestinya secara spesifik, mengunakan ayat “dalam keadaan lazim akan menyebabkan kematian” atau perkataan yang serupa dengannya. Ini bukan kehendak undang-undang. Apa yang penting adalah dari keterangan doktor yang memeriksa simati atau yang melakukan bedah siasat terhadap simati dapat dibuat kesimpulan bahawa kecederaan yang dialami tersebut pada lazimnya atau dalam keadaan biasa boleh menyebabkan kematian seperti dalam kes ini. [59] Sehubungan itu, adalah jelas bahawa seksyen 300(c) Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan oleh itu hakim bicara terkhilaf apabila memutuskan untuk mensabitkan perayu-perayu di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. 29 Kesimpulan [60] Berdasarkan huraian di atas, rayuan perayu-perayu adalah ditolak dan rayuan Pendakwa Raya adalah dibenarkan. Sabitan terhadap perayu-perayu oleh hakim bicara bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama digantikan dengan sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. Sehubungan itu juga, hukuman 14 tahun penjara yang dijatuhkan oleh hakim bicara terhadap kedua-dua perayu diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung di leher sehingga mati. Bertarikh 27 November 2020 (Dato’ Nordin bin Hassan) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bagi pihak Perayu Pertama: Mohd Daud bin Ismail (Hang Lee Ying bersamanya) (Tetuan Daud & Co.) Bagi pihak Perayu Kedua: Mohd Fazaly Ali (Atuffah bin Said bersamanya) (Tetuan The Chambers of Fazali Ali) Bagi pihak Responden: Nik Shahril bin Nik Ab Rahman Timbalan Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) 30
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.