Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
3
Earlier cases and laws this decision relies on
Refers toEvidence ActExternal
“rned trial judge believed PW5 and as such his evidence was sufficient to establish the case for the prosecution. Any requirement for PW5’s evidence to be corroborated will conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses 1040 shall in any case be required for proof of”
Cites[1962] CLJU 129External
“a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons,and it is not a 1060 judicial approach to distrust and suspect him without good grounds". - PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257, Thompson CJ menyatakan seperti yang berikut: 1065 "When a Police witne”
Cites[1962] MLJ 257External
“uch in favour of a police officer as of other persons,and it is not a 1060 judicial approach to distrust and suspect him without good grounds". - PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257, Thompson CJ menyatakan seperti yang berikut: 1065 "When a Police witness says something that is not inher”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
586-12/2024 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-580-12/2024, J-05(SH)-582- 12/2...
586-12/2024 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-580-12/2024, J-05(SH)-582- 12/2024, J-05(SH)-584-12/2024 DAN J-05(SH)-586-12/2024 5
section
1. ANTARA
1. ANTARA
section
2. ABDUL AZIZ BIN YAHYA RAMIZAH BINTI RAHMAT ...PERAYU-PERAYU DAN 10 PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Johor Bah...
2. ABDUL AZIZ BIN YAHYA RAMIZAH BINTI RAHMAT ...PERAYU-PERAYU DAN 10 PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia [Perbicaraan Jenayah No: JA-45A-7-03/2021, JA-45A-9-03/2021, JA-45A-10- 15 03/2021 dan JA-45A-11-03/2021] ANTARA PENDAKWA RAYA 20 DAN
section
1. ABDUL AZIZ BIN YAHYA
1. ABDUL AZIZ BIN YAHYA
section
2. RAMIZAH BINTI RAHMAT) 25 KORUM: AZMI BIN ARIFFIN, HMR HAYATUL AKMAL BINTI ABDUL AZIZ, HMR MEOR HASHIMI BIN ABDUL HAMID, HMR 30 30/06/202...
2. RAMIZAH BINTI RAHMAT) 25 KORUM: AZMI BIN ARIFFIN, HMR HAYATUL AKMAL BINTI ABDUL AZIZ, HMR MEOR HASHIMI BIN ABDUL HAMID, HMR 30 30/06/2026 09:47:15 J-05(SH)-582-12/2024 Kand. 45 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 2 PENGHAKIMAN
a
(A) MUKADIMAH [1] Perayu Pertama iaitu Abdul Aziz Bin Yahya (‘Perayu 1’) dan 35 Perayu Kedua iaitu Ramizah Binti Rahmat (‘Perayu 2’), dirujuk sebagai Perayu-Perayu secara kolektif, adalah pasangan suami isteri yang telah dituduh secara berasingan/bersama atas beberapa kesalahan memiliki dan mengedar dadah berbahaya iaitu suatu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB 1952’), 40 seperti berikut:
i
(i) Kes No: JA-45A-7-03/2021 terhadap Perayu 1: Pertuduhan 45 "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahya jenis Methamphetamine seberat bersih 4.10 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta 50 Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.”
subparagraph
(ii) Kes No: JA-45A-9-03/2021 terhadap Perayu 1 dan Perayu 2 (bersama-sama): 55 Pertuduhan "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4....
(ii) Kes No: JA-45A-9-03/2021 terhadap Perayu 1 dan Perayu 2 (bersama-sama): 55 Pertuduhan "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-8, Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 3 dalam Negeri Johar Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahya 60 jenis Methamphetamine seberat bersih 4.75 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” 65
subparagraph
(iii) Kes No: JA-45A-10-03/2021 terhadap Perayu 1 dan Perayu 2 (bersama-sama): Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih ku...
(iii) Kes No: JA-45A-10-03/2021 terhadap Perayu 1 dan Perayu 2 (bersama-sama): Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, 70 Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati mengedar dadah berbahya jenis Methamphetamine seberat bersih 415.06 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 75 seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, 80 Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati mengedar dadah berbahya jenis Methamphetamine seberat bersih 92.90 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 85 seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 4 Pertuduhan Ketiga 90 "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negerl Johor Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Heroin seberat bersih 3.23 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta 95 Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
subparagraph
(iv) Kes No: JA-45A-11-03/2021, terhadap Perayu 1: 100 Pertuduhan "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, Feld...
(iv) Kes No: JA-45A-11-03/2021, terhadap Perayu 1: 100 Pertuduhan "Bahawa kamu pada 24/04/2021 jam lebih kurang 4.55 pagi di No.363-B, Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi di dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 2.58 gram. Oleh yang 105 demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan dan di akhir kes 110 pembelaan, pada 12.12.2024, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana (‘HMT’) telah memutuskan bahawa Perayu-Perayu didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dan dijatuhi hukuman seperti berikut: 115
i
(i) Kes No: JA-45A-7-03/2021 (Perayu 1) dihukum: Pemenjaraan selama 4 tahun dari tarikh sabitan. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 5
subparagraph
(ii) Kes No: JA-45A-9-03/2021 (Perayu 1 dan Perayu 2) dihukum: 120 Dihukum pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh sabitan dan 5 sebatan.
(ii) Kes No: JA-45A-9-03/2021 (Perayu 1 dan Perayu 2) dihukum: 120 Dihukum pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh sabitan dan 5 sebatan.
subparagraph
(iii) Kes No: 45A-10-03/2021(Perayu 1 dan Perayu 2) dihukum: 125 Pertuduhan Pertama: Dihukum pemenjaraan seumur hidup dari tarikh sabitan d...
(iii) Kes No: 45A-10-03/2021(Perayu 1 dan Perayu 2) dihukum: 125 Pertuduhan Pertama: Dihukum pemenjaraan seumur hidup dari tarikh sabitan dan 12 sebatan. 130 Pertuduhan Kedua: Dihukum pemenjaraan seumur hidup dari tarikh sabitan dan 12 sebatan. Pertuduhan Ketiga: 135 Dihukum pemenjaraan 3 tahun dari tarikh sabitan dan 3 sebatan.
subparagraph
(iv) Kes no: JA-45A-11-03/2021 (Perayu 1): Dihukum pemenjaraan 3 tahun dari tarikh sabitan. 140 Hukuman pemenjaraan terhadap Perayu (1) dan...
(iv) Kes no: JA-45A-11-03/2021 (Perayu 1): Dihukum pemenjaraan 3 tahun dari tarikh sabitan. 140 Hukuman pemenjaraan terhadap Perayu (1) dan Perayu (2) berjalan serentak. Walaubagaimanapun, hukuman sebatan dikecualikan terhadap Perayu 1 dan Perayu 2 bersandarkan pengecualian yang dibenarkan di bawah peruntukan s. 145 Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’). S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 6
b
(B) FAKTA KES PENDAKWAAN SECARA RINGKAS [3] Pada 24.04.2020 jam 2.00 pagi, SP4 (pengadu) menerima 150 maklumat berhubung pengedaran dadah lalu memberi taklimat serbuan di IPD Kota Tinggi. Pada jam lebih kurang 4.00 pagi, SP4 bersama SP6 (Pegawai Serbuan) dan 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kota Tinggi, menyerbu rumah di No. 363-B, Felda Bukit Aping Timur, 81900 Kota Tinggi, Johor (‘rumah tersebut’). 155 [4] Sebelum serbuan, SP4 dan pasukannya membuat pemerhatian dari jarak kira-kira 50 meter selama 10–15 minit dan mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk di rumah tersebut. Selepas itu, tiga kenderaan polis tidak bertanda bergerak ke lokasi kejadian. 160 [5] SP4 mendapati pintu gelongsor hadapan rumah tersebut tertutup tetapi tidak berkunci. Apabila memasuki rumah tersebut, SP4 dan anggota serbuan mendapati beberapa individu berada di ruang tamu, termasuk Perayu
section
1. Mereka kelihatan berkumpul sambil 165 menghisap sesuatu. Pemeriksaan awal menemui bahan disyaki syabu di atas meja ruang tamu. [6] Hasil...
1. Mereka kelihatan berkumpul sambil 165 menghisap sesuatu. Pemeriksaan awal menemui bahan disyaki syabu di atas meja ruang tamu. [6] Hasil pemeriksaan, SP4 dan pasukan serbuan turut menahan beberapa individu lain di bilik-bilik dalam rumah tersebut, termasuk 170 Perayu 2 yang ditemui di bilik belakang. Dalam pemeriksaan lanjut, SP4 menemui pelbagai barang kes yang disyaki dadah di beberapa tempat, antaranya:
i
(i) Beg berzip hitam bertulis Sony di ruang tamu. 175 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 7
subparagraph
(ii) Botol plastik berpenutup biru dan merah di bawah sinki dalam bilik belakang.
(ii) Botol plastik berpenutup biru dan merah di bawah sinki dalam bilik belakang.
subparagraph
(iii) Beg berzip hitam/oren di atas meja solek di bilik belakang. 180
(iii) Beg berzip hitam/oren di atas meja solek di bilik belakang. 180
subparagraph
(iv) Satu paket Teh Cina bertulis Refined Chinese Tea di bawah mozek, ditemui dengan bantuan anjing pengesan K9 bernama Silver. [7] Pada 24...
(iv) Satu paket Teh Cina bertulis Refined Chinese Tea di bawah mozek, ditemui dengan bantuan anjing pengesan K9 bernama Silver. [7] Pada 24.04.2020, jam lebih kurang 1540 petang, SP4 telah 185 menyerahkan semua tangkapan dan rampasan barang kes kepada pegawai penyiasat (SP7) dan ianya berada dalam keadaan baik dan terkawal. Sebagai bukti penyerahan, SP4 telah serahkan borang serah menyerah (eksibit P10) antara beliau dan SP7 dan telah diakui penerimaannya. 190 [8] Pada 05.05.2020, SP7 telah menghantar semua barang kes yang dirampas ke Jabatan Kimia Malaysia, Johor untuk dianalisa. Hasil analisa dari Jabatan Kimia Malaysia melalui Laporan Kimia (eksibit P11) yang disediakan oleh ahli kimia (SP3) mengesahkan 195 barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti berikut:-
i
(i) Methamphetamine berat bersih 4.10 gram
subparagraph
(ii) Heroin berat bersih 3.23 gram 200
(ii) Heroin berat bersih 3.23 gram 200
subparagraph
(iii) Mononacetlymorphines berat bersih 4.75 gram S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality...
(iii) Mononacetlymorphines berat bersih 4.75 gram S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 8
subparagraph
(iv) Methamphetamine berat bersih 92.90 gram
(iv) Methamphetamine berat bersih 92.90 gram
v
(v) Methamphetamine berat bersih 2.58 gram 205
subparagraph
(vi) Methamphetamine berat bersih 415.06 gram
(vi) Methamphetamine berat bersih 415.06 gram
subparagraph
(ii) Dapatan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan 210 [9] HMT, atas penilaian maksimum, telah memutuskan seperti berikut (Nota Keterangan di Ka...
(ii) Dapatan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan 210 [9] HMT, atas penilaian maksimum, telah memutuskan seperti berikut (Nota Keterangan di Kand. 10, m.s pdf 23): “(a) Pendakwaan telah berjaya membuktikan OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan, jagaan dan kawalan ke atas dadah dibawah 215 pertuduhan kes 45A-9-03/2021, 45A-10-03/2021 terhadap pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga.
b
(b) Pendakwaan telah berjaya membuktikan OKT1 mempunyai milikan jagaan dan kawalan ke atas dadah dibawah pertuduhan case 220 number 45A-07-03/2021 dan 45A-11-03/2021. Sebaik pemilikan berjaya dibuktikan anggapan berjaya dibawah seksyen 37DA Akta Dadah Berbahaya 1990 diaktif terhadap OKT1 dan OKT2 iaitu terhadap kes 45A-10-03/2021 terhadap pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Pada akhirnya pihak pendakwaan berjaya 225 membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan tersebut OKT1 dan OKT2 adalah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan itu.” Mahkamah telah menjelaskan kepada Perayu-Perayu mengenai hak memilih antara tiga (3) pilihan dalam memberi keterangan dan 230 Perayu-Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 9
subparagraph
(iii) Pembelaan Perayu-Perayu Secara Ringkas [10] Pembelaan telah memanggil 4 orang saksi iaitu Perayu 1 235 (SD1), Perayu 2 (SD2), Abdul S...
(iii) Pembelaan Perayu-Perayu Secara Ringkas [10] Pembelaan telah memanggil 4 orang saksi iaitu Perayu 1 235 (SD1), Perayu 2 (SD2), Abdul Shafiq Ridwan bin Abd Aziz (SD3 – anak Perayu 1) dan Suhaniza binti Baseran (SD4 – pekerja firma guaman yang mewakili Perayu-Perayu pada masa tersebut). [11] Perayu 1 menyatakan rumah tersebut adalah milik arwah orang 240 tuanya sejak tahun 1974. Perayu 1 mula tinggal di tempat kejadian sejak umur 2 tahun sehinggalah pada tahun 2004 bila Perayu 1 telah pindah keluar kerana bernikah dengan isteri pertama. Kemudian pada tahun 2015, Perayu 1 pindah masuk semula ke rumah tempat kejadian. 245 [12] Pada 28.07.2017, Perayu 1 telah berkahwin dengan Perayu 2 dan mula tinggal di rumah tersebut. Perayu-Perayu setuju mereka tinggal di bilik belakang (bilik 5) di mana dadah dijumpai. Perayu 1 menyatakan kesemua adik-beradiknya mempunyai akses kepada 250 rumah tersebut kerana rumah tersebut bukan miliknya dan sesiapa yang datang ke rumah tidak memerlukan kebenaran Perayu 1. [13] Perayu 1 menyatakan rumah tersebut telah diubahsuai oleh adik-beradiknya sebelum tahun 2015. Di rumah tersebut hanya ada 255 1 tandas iaitu di bahagian bilik belakang di mana dadah dijumpai. Terdapat 1 lagi tandas di luar rumah tetapi sudah tidak boleh digunakan kerana telah rosak. Merujuk gambar eksibit P21(28-30), Perayu 1 mengakui ialah pintu menghala ke bilik tidur dan bilik tidurnya. Di bahagian belakang bilik merupakan laluan ke tandas di 260 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 10 mana barang kes dijumpai. Perayu-Perayu menyatakan semua orang mempunyai akses ke tandas di mana dadah dijumpai. [14] Perayu-Perayu mendakwa ketika ditangkap kesemua tangkapan telah dikumpulkan di ruang tamu tengah rumah. Semasa 265 pemeriksaan dibuat, Perayu-Perayu tidak dibawa bersama dan sehingga barang kes dijumpai. Perayu-Perayu juga tidak dibawa bersama apabila anjing K9 sampai, Perayu-Perayu menyatakan mereka masih di ruang tamu tengah rumah dan tidak ada wakil yang ikut polis semasa anjing membuat pencarian. 270 [16] SD3 iaitu anak Perayu 1 mengatakan dia juga turut ditangkap pada tarikh kejadian semasa di bilik tidurnya. SD3 memberi keterangan semua pakcik dan makcik juga tinggal di rumah tempat kejadian dan ramai orang mempunyai akses ke tandas di mana 275 dadah dijumpai. SD3 menyatakan tandas di luar rumah sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. [17] SD4 hadir untuk mengemukakan 2 keping gambar yang diambil oleh peguam Perayu-Perayu di rumah tersebut. SD4 setuju telah 280 terima gambar eksibit D39 dan D40 melalui Whatsapp pada 03.09.2024 dan SD4 setuju bahawa gambar D39 dan D40 diambil sekitar tahun 2023.
subparagraph
(iv) Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan 285 [18] HMT yang bijaksana telah memutuskan seperti berikut: S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Not...
(iv) Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan 285 [18] HMT yang bijaksana telah memutuskan seperti berikut: S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 11 “[65] Kesimpulannya, setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pembelaan dan 290 setelah menghalusi hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, Mahkamah ini memutuskan Pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pihak Pendakwaan, natijahnya satu kes melangkaui keraguan munasabah ('beyond reasonable doubt?’) terhadap OKT 1 dan OKT 2 telah dibuktikan atas semua 295 pertuduhan. [66] Oleh itu, OKT 1 dan OKT 2 dengan ini di dapati bersalah dan disabitkan dengan semua pertuduhan...” 300
c
(C) ALASAN-ALASAN UTAMA RAYUAN [19] Peguam Perayu-Perayu menghujahkan bahawa Mahkamah Rayuan seharusnya campur tangan terhadap dapatan Mahkamah perbicaraan apabila jelas terdapat sebab-sebab yang kukuh dan 305 menyakinkan untuk tidak bersetuju dengan dapatan tersebut. Peguam perayu merujuk kes Hasinah Meera Maidin v Tetuan Rajinder & Goh & ORS [2025] 2 MLRH 690, memutuskan:- "[23] There is a high threshold for appellate intervention, requiring 310 evidence of "serious misdirection" by the trial judge that renders the decision ''plainly wrong". However, there are several established circumstances where intervention is warranted. The Federal Court in Gan Yook Chin (supra) established that "insufficient judicial appreciation of evidence” constitutes grounds for intervention when 315 it aligns with the "plainly wrong" test. This focusesd on how the trial judge evaluates evidence....Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng & Ors [2020] 6 MLRA 193; [2020] 12 MLJ 67; [2020) 10 CLJ S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 12 1, specific identification of the trial judge's failure to consider material evidence can justify intervention ." 320 [20] Pihak Perayu-Perayu telah memfailkan beberapa alasan di dalam Petisyen Rayuan, namun semasa pendengaran rayuan di Mahkamah Terbuka, Peguam yang bijaksana menyatakan bahawa rayuan adalah terhadap sabitan sahaja dan beliau hanya akan 325 berhujah pada 2 alasan utama rayuan sahaja, seperti berikut:
i
(i) Kepincangan dalam pergerakkan dan identiti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan yang menjadi intipati pertuduhan. 330
subparagraph
(ii) Milikan dan akses.
(ii) Milikan dan akses.
d
(D) ANALISA DAN DAPATAN KAMI
i
(I) KEPINCANGAN DALAM PERGERAKAN DAN IDENTITI 335 EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN YANG MENJADI INTIPATI PERTUDUHAN. [21] Pihak Perayu telah berhujah bahawa HMT telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa pihak 340 Pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah serta memutuskan bahawa tiada kepincangan dalam pergerakan ekshibit, khususnya barang kes yang menjadi subjek pertuduhan. 345 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 13 [22] Pihak Perayu menyatakan bahawa cara pengendalian ekshibit menyebabkan wujudnya satu serious gap dalam kes pendakwaan yang tidak dijelaskan, sekali gus menimbulkan inferens yang tidak memihak kepada pendakwaan. Kepincangan yang diketengahkan ialah (secara ringkas):
i
(i) terdapat perbezaan berat ekshibit daripada masa rampasan sehingga diserahkan kepada Ahli Kimia;
subparagraph
(ii) terdapat tandaan yang bertindih dan berbeza;
(ii) terdapat tandaan yang bertindih dan berbeza;
subparagraph
(iii) terdapat ekshibit yang tidak mempunyai tandaan langsung, khususnya dirujuk sebagai P24B;
(iii) terdapat ekshibit yang tidak mempunyai tandaan langsung, khususnya dirujuk sebagai P24B;
subparagraph
(iv) pergerakan barang kes berdasarkan keterangan saksi tidak 360 selaras dengan rekod daftar barang kes. Beban pembuktian pendakwaan terje...
(iv) pergerakan barang kes berdasarkan keterangan saksi tidak 360 selaras dengan rekod daftar barang kes. Beban pembuktian pendakwaan terjejas kerana identiti dan kesinambungan eksibit tidak dapat dipastikan dengan selamat. 365 [23] Pihak Perayu berhujah bahawa tarikh 24.04.2020 ialah tarikh yang sama dengan tarikh tangkapan, dan catatan dalam eksibit P23 menunjukkan barang-barang kes telah direkodkan di stor pada hari tersebut. SP2 di dalam keterangan menyatakan bahawa pada 24.04.2020, beliau menerima 4 barang kes, iaitu satu beg kertas 370 warna coklat bertanda SJ4, satu kotak A4 bertanda SJ2, satu sampul kecil warna coklat bertanda SJ1 dan satu sampul kecil warna coklat bertanda SJ3 bernombor kimia 20FRJ0199. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 14 [24] Seterusnya, melalui pemeriksaan balas dan merujuk kepada buku daftar barang kes eksibit P23 (POL261), SP2 mengesahkan 375 bahawa barang-barang tersebut diterima pada 24.04.2020 dan tidak pernah keluar dari stor sehinggalah 05.11.2023, kecuali untuk tujuan perbicaraan. Fakta ini sangat penting kerana tarikh 24.04.2020 juga merupakan tarikh tangkapan tertuduh. Catatan ini menunjukkan barang kes telah dimasukkan ke stor pada hari tangkapan dan kekal 380 di situ tanpa dikeluarkan, yang kemudiannya bercanggah dengan versi saksi lain. [25] SP3 (ahli Kimia) pula memberi keterangan bahawa pada 05.05.2020 jam 9.56 pagi, beliau menerima 3 beg barang kes 385 bertanda SJ1, SJ3, SJ4, dan satu kotak bertanda SJ2, daripada SP7. SP3 juga menerangkan berat kasar item-item yang diterimanya, antaranya SA1: 6.87 gram, SB: 299.23 gram, SC1: 135.55 gram, SD1 hingga SD35: 35.49 gram dan SE: 611.57 gram. Keterangan SP3 ini bertentangan secara langsung dengan rekod stor P23 dan 390 keterangan SP2. [26] Ini bercanggah dengan rekod eksibit P23 yang menunjukkan barang kes tidak keluar daripada stor sehingga 05.11.2023. Perayu berhujah bahawa percanggahan ini menunjukkan rantaian 395 pergerakan barang kes tidak jelas dan tidak selaras. Jika barang kes direkodkan tidak pernah keluar dari stor, maka timbul persoalan bagaimana barang kes yang sama boleh diserahkan kepada Ahli Kimia pada 05.05.2020 dan dikembalikan pada 10.08.2020. 400 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 15 [27] Pihak Perayu-Perayu berhujah bahawa terdapat juga percanggahan timbangan berat eksibit. Di sini, beberapa perbezaan ketara ditonjolkan:
i
(i) P25A (SB). Menurut SP3, 299.23 gram, menurut SP4, 192 405 gram. Ini menunjukkan perbezaan sebanyak 107 gram.
subparagraph
(ii) P34A (1-35) / tandaan SD. Menurut SP3, 35.49 gram, menurut SP4, 21 gram. 410 [28] Ini menunjukkan pertambahan sebanyak lebih kurang 14...
(ii) P34A (1-35) / tandaan SD. Menurut SP3, 35.49 gram, menurut SP4, 21 gram. 410 [28] Ini menunjukkan pertambahan sebanyak lebih kurang 14 gram. Perbezaan ini bukan kecil atau remeh, tetapi cukup besar untuk menggugat identiti barang kes. Tambahan pula, SP4 sendiri mengakui bahawa beliau hanya menandatangani dan meletakkan tarikh, tanpa membuat tandaan khusus pada barang tersebut. Malah 415 dalam satu bahagian keterangan, SP4 bersetuju bahawa beliau tidak dapat mengesahkan secara terperinci bahawa item yang diserahkan adalah item yang sama seperti yang dirampas. [29] Keterangan saksi lain dan cabaran terhadap identiti barang kes. 420 Merujuk kepada keterangan pada muka surat 88, 89 dan 145, di mana pihak Perayu-Perayu secara jelas mencabar bahawa eksibit-eksibit yang dikemukakan di Mahkamah bukan barang yang dirampas di rumah tersebut. Walaupun saksi pendakwaan seperti SP4 dan SP6 tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun tiada 425 penjelasan konkrit diberikan untuk menjawab percanggahan yang telah dibangkitkan. Dengan kata lain, penafian saksi semata-mata tidak mencukupi untuk menutup jurang dalam rantaian barang kes, S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 16 khususnya apabila bercanggah dengan rekod bertulis dan ukuran fizikal seperti berat. 430 [30] SP7, memberi keterangan bahawa beliau menyerahkan barang kes kepada SP3 pada 05.05.2020 dan kemudian menerimanya semula pada 10.08.2020. Menurut SP3, selepas analisis dilakukan, semua item telah ditandakan dengan nombor makmal 20-FR-J- 435 01995, dan kemudian dikembalikan semula kepada SP7. Walau bagaimanapun, sekali lagi timbul percanggahan besar, SP7 dan SP3 menyatakan barang telah bergerak ke makmal dan kembali semula, tetapi SP2 dan rekod eksibit P23 menyatakan barang kes tidak pernah keluar dari stor hingga 05.11.2023. Rangkaian pergerakan 440 barang kes yang tidak selaras, malah hampir mustahil untuk didamaikan tanpa penjelasan lanjut daripada pihak pendakwaan. Peguam Perayu-Perayu berhujah oleh sebab tiada penjelasan memuaskan diberikan, maka keraguan munasabah timbul terhadap integriti barang kes tersebut. 445 [31] Selain isu pergerakan dan berat, dokumen turut membangkitkan isu tandaan pada eksibit, khususnya berhubung item P24A/P24B (SE). Dinyatakan bahawa terdapat plastik lutsinar di dalam P24A, namun plastik tersebut di dalam P24B didakwa tidak 450 mempunyai apa-apa tandaan sama ada oleh SP4 mahupun SP6. Ketiadaan tandaan pada item ini dilihat sebagai satu lagi kelemahan serius kerana penandaan ialah mekanisme penting untuk memastikan sesuatu barang kes dapat dikenal pasti dari saat rampasan sehingga dikemukakan di mahkamah. 455 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 17 [32] SP6 menyatakan barang kes diterima pada 24.04.2020 sekitar 4.15 pagi daripada SP4 dan disimpan di dalam peti berkunci di pejabat beliau di IPD Kota Tinggi, sebelum hanya dikeluarkan semula pada 05.05.2020. Namun keterangan ini sekali lagi bercanggah 460 dengan buku daftar stor barang kes (P23) yang menunjukkan barang telah direkodkan dalam stor pada 24.04.2020 dan tidak pernah keluar selepas itu. Percanggahan antara keterangan lisan saksi dan rekod rasmi bertulis ini menjadi asas utama hujahan bahawa rantaian jagaan ekshibit telah terputus. 465 [33] Secara keseluruhan, terdapat percanggahan nyata pada tarikh pergerakan barang kes, perbezaan ketara pada berat ekshibit antara masa rampasan dan masa analisis kimia, kelemahan pada penandaan identiti ekshibit dan pihak pendakwaan gagal 470 memberikan penjelasan yang memuaskan terhadap semua percanggahan ini. [34] Kegagalan HMT menilai isu-isu ini, terutama perbezaan berat, ketidakselarasan rekod pergerakan, serta ketiadaan tandaan pada 475 item tertentu merupakan satu kegagalan material. Percanggahan tersebut cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap identiti sebenar barang kes dan seterusnya melemahkan asas pertuduhan. Pihak Perayu-Perayu telah merujuk beberapa kes, antaranya: 480 - PP V LWN KHOO CHONG BAN (2015) MLRAU 6 :- S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 18 “[9] No break in the movement of exhibits must not be equated with no break in the chain of evidence. They are two different propositions 485 altogether. There may be no break in the movement of the exhibits but if there was tampering of the exhibits at any stage of the movement, the integrity of the exhibits would have been compromised. That will constitute a break in the chain of evidence affecting the identity of the exhibits. 490 [10] Evidence of tampering whenever detected must be held against the prosecution unless satisfactorily explained. There are no two ways about it as the accused person leaves it entirely in the hands of the investigating the case. It demands from him the 495 highest degree of integrity, honestly and professionalism. Lest it be forgotten it is a person's life that is at stake.” - LIM PAH SOON V PP (20131 8 CLJ:- 500 "...Now, in the context of the present case, it is trite law that one of the essential ingredients of the offence which the prosecution must proved is that the offending drugs exhibits that were actually seized from the car were the very same exhibits that were analysed by SP1 and confirmed to be dangerous drugs and it was for the trafficking of 505 the same drugs that the appellant was charged with... " PP V MOHD RADZI BIN ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457: “Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the 510 evidence. If the evidence admits of two or more inference, then draw the inferences that is most favorable to the accused...” S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 19 [35] Pihak Responden berhujah bahawa tiada kepincangan dalam rantaian keterangan. SP4 telah memberikan keterangan bahawa 515 anggaran berat dadah yang dijumpai adalah konsisten dengan Borang Senarai Geledah dan borang serah menyerah. Barang kes juga telah ditandatangani dan ditandakan dengan tarikh, serta diserahkan kepada SP7 dalam keadaan baik. 520 [36] SP7 pula mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes daripada SP4 pada hari yang sama, membuat tandaan sendiri, menyimpannya dalam peti berkunci di pejabatnya, dan hanya beliau mempunyai akses kepada peti tersebut. Barang kes kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia dalam keadaan bermeterai. 525 [37] SP3 mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes daripada SP7, mengeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia, dan menggunakan nombor makmal yang unik bagi kes tersebut. SP3 juga mengecam barang kes semasa perbicaraan dan menjelaskan 530 bahawa nombor makmal tidak boleh digunakan untuk kes lain. Pihak Responden menegaskan bahawa rangkaian pergerakan barang kes tidak terputus dari SP4 kepada SP7 dan seterusnya kepada SP3. [38] Berkenaan perbezaan berat dadah antara anggaran berat 535 dadah oleh SP4 dan berat bersih/kasar yang dianalisis oleh SP3. Pihak Responden berhujah bahawa perbezaan tersebut tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana:
i
(i) Berat oleh SP4 hanyalah anggaran kasar semasa rampasan. 540 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 20
subparagraph
(ii) Berat oleh SP3 ialah hasil analisis makmal menggunakan peralatan yang lebih tepat dan berkaliberasi. Perkara utama ialah identiti bara...
(ii) Berat oleh SP3 ialah hasil analisis makmal menggunakan peralatan yang lebih tepat dan berkaliberasi. Perkara utama ialah identiti barang kes, bukan semata-mata 545 perbezaan berat dan barang kes yang dirampas, dihantar untuk analisis, dan dikemukakan di Mahkamah adalah barang yang sama. [39] Pihak Responden merujuk beberapa kes (antaranya): 550 - Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345, Mahkamah Persekutuan telah menggariskan seperti berikut: “It can be seen from the above that there was no break in the chain of evidence regarding the exhibits. The identity of the exhibits was well 555 established. Thus, on the facts of this case, the difference in the weight of the exhibits as found by the police and the chemist, by itself cannot be said to have created doubt as to the identity of the exhibits. The real question is whether the exhibits recovered by the police is the same exhibits sent to and examined by the chemist and subsequently 560 produced in court as evidence. We have no doubt that it was the same exhibits.” - Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah ini memutuskan: 565 “First, by way of a general observation, I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc. 570 and it is in respect of that substance that an accused is charged with S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 21 trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, everyone of them must be called to give evidence 575 of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc., and it is for the trafficking 580 of that same substance that the accused is charged with.” [40] Berkenaan isu bahawa SP4 tidak membuat tandaan khusus pada setiap eksibit. Pihak Responden berhujah bahawa isu ini tidak berasas kerana SP4 telah mengecam semua barang kes secara 585 positif semasa perbicaraan. SP4 juga menyatakan bahawa beliau telah menandatangani dan meletakkan tarikh rampasan pada barang kes menggunakan penanda berwarna biru. Walaupun SP4 tidak menggunakan tandaan huruf khusus bagi setiap item, beliau menyatakan bahawa beliau dapat mengingati barang kes tersebut. 590 Malahan gambar barang kes menunjukkan tandatangan dan tarikh SP4 dengan jelas. Oleh itu, tiada keraguan mengenai identiti barang kes. [41] Kami dapati bahawa HMT telah secara jelas di perenggan [26- 595 28] di dalam Alasan Penghakiman telah menilai keterangan terhadap rantaian jagaan dan keselamatan barang-barang kes berdasarkan keterangan beberapa saksi penting, termasuk SP2 selaku Jurustor, SP4 selaku Pengadu, SP1 sebagai Pemegang Anjing K9 (Silver), SP3 sebagai Ahli Kimia, dan SP7 sebagai Pegawai Penyiasat. 600 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 22 [42] Kami dapati di perenggan-perenggan tersebut, HMT mendapati bahawa keterangan saksi-saksi Pendakwaan telah mencukupi untuk mengesahkan bahawa barang-barang kes telah dijaga dengan baik. Berdasarkan keterangan mereka, HMT berpuas hati bahawa tidak wujud kemungkinan munasabah barang-barang kes tersebut boleh 605 diakses oleh pihak lain yang tidak berkaitan. Ini menunjukkan bahawa akses kepada barang-barang kes adalah terhad kepada saksi-saksi yang berkenaan sahaja, sekali gus menyokong keterangan bahawa tiada terdapat sebarang pecahan pada rantaian pergerakkan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dalam kes ini. 610 [43] Kami mendapati keterangan yang paling penting datang daripada SP4, SP1, SP3 dan SP7 adalah konsisten, tidak tergugat semasa soal balas serta menyokong antara satu sama lain, seperti berikut:
i
(i) SP4 menerangkan bahawa barang kes dirampas dari beberapa lokasi dalam rumah, termasuk beg berzip hitam bertulis Sony di ruang tengah, bekas plastik di bawah sinki, beg berzip hitam/oren di atas meja solek bilik belakang, dan paket Teh 620 Cina Hijau bertulis ‘Refined Chinese Tea’ di bawah mozek pintu belakang bilik belakang. Antara dadah yang disyaki semasa rampasan ialah syabu, heroin dan pil yaba, dengan anggaran berat kasar seperti 6 gram, 192 gram, 136 gram, 21 gram atau 175 biji pil, serta 611 gram. 625 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 23
subparagraph
(ii) Borang Senarai Geledah (eksibit P9) yang disediakan oleh SP4 turut menunjukkan maklumat yang sama dan telah ditandatangani oleh Perayu...
(ii) Borang Senarai Geledah (eksibit P9) yang disediakan oleh SP4 turut menunjukkan maklumat yang sama dan telah ditandatangani oleh Perayu-Perayu pada 24.04.2020. 630
subparagraph
(iii) SP4 memberikan keterangan bahawa beliau menyerahkan tangkapan dan barang kes kepada SP7, pada hari yang sama iaitu 24.04.2020. Menuru...
(iii) SP4 memberikan keterangan bahawa beliau menyerahkan tangkapan dan barang kes kepada SP7, pada hari yang sama iaitu 24.04.2020. Menurut SP4, barang kes berada dalam keadaan baik dan terkawal semasa diserahkan kepada SP7. 635
subparagraph
(iv) Penyerahan antara SP4 dan SP7 disokong oleh Borang Akuan Penyerahan Barang Kes (eksibit P10), yang ditandatangani oleh SP4 dan SP7. SP...
(iv) Penyerahan antara SP4 dan SP7 disokong oleh Borang Akuan Penyerahan Barang Kes (eksibit P10), yang ditandatangani oleh SP4 dan SP7. SP7 menolak cadangan pembelaan bahawa barang kes tidak dijumpai di rumah tempat kejadian. 640
v
(v) SP4 juga mengecam secara positif kesemua barang kes di Mahkamah dan menolak cadangan pembelaan bahawa barang-barang tersebut bukan rampasan dari rumah berkenaan. 645
subparagraph
(vi) SP7 mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes daripada SP4 pada kira-kira jam 3.20 petang pada 24.04.2020.
(vi) SP7 mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes daripada SP4 pada kira-kira jam 3.20 petang pada 24.04.2020.
subparagraph
(vii) SP7 membuat tandaan sendiri pada barang kes, termasuk tandaan SA, SA1, SB, SC, SC1, SD, SD1 hingga SD35, dan 650 SE, serta menurunkan...
(vii) SP7 membuat tandaan sendiri pada barang kes, termasuk tandaan SA, SA1, SB, SC, SC1, SD, SD1 hingga SD35, dan 650 SE, serta menurunkan tandatangan dan tarikh 24.04.2020 pada barang kes tersebut. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 24
subparagraph
(viii) Barang kes kemudiannya dimasukkan ke dalam beg barang kes PDRM bertanda SJ1, SJ2, SJ3 dan SJ4 dan disimpan di 655 dalam peti berkunc...
(viii) Barang kes kemudiannya dimasukkan ke dalam beg barang kes PDRM bertanda SJ1, SJ2, SJ3 dan SJ4 dan disimpan di 655 dalam peti berkunci di pejabat dan hanya beliau mempunyai kunci peti dan kunci pejabat tersebut, serta barang kes tidak bercampur dengan barang kes lain. SP7 juga mengesahkan barang kes berada dalam keadaan baik, tidak diganggu dan bermeterai semasa dalam simpanannya.
subparagraph
(ix) Pada 05.05.2020 kira-kira jam 9.15 pagi, SP7 mengeluarkan beg barang kes SJ1, SJ2, SJ3 dan SJ4 dari peti berkunci dan menghantarnya se...
(ix) Pada 05.05.2020 kira-kira jam 9.15 pagi, SP7 mengeluarkan beg barang kes SJ1, SJ2, SJ3 dan SJ4 dari peti berkunci dan menghantarnya sendiri ke Jabatan Kimia. Penyerahan kepada ahli kimia, SP3, dibuat pada jam 9.56 pagi 05.05.2020 bersama 665 Borang POL.31 (ekshibit P26), dan barang kes masih dalam keadaan baik serta bermeterai.
x
(x) SP3 mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes SJ1, SJ2, SJ3 dan SJ4 daripada SP7 dalam keadaan baik serta 670 bermeterai serta mengeluarkan resit rasmi Jabatan Kimia yang berkaitan. SP3 mengenal pasti kesemua barang kes yang dihantar kepada beliau semasa bicara di Mahkamah Tinggi.
subparagraph
(xi) SP3 menjelaskan bahawa nombor makmal yang digunakan 675 adalah unik dan hanya digunakan untuk satu kes sahaja, sekali gus menolak kemu...
(xi) SP3 menjelaskan bahawa nombor makmal yang digunakan 675 adalah unik dan hanya digunakan untuk satu kes sahaja, sekali gus menolak kemungkinan barang kes bercampur dengan kes lain. [44] Pada hemat kami, bermula daripada saat barang-barang kes 680 tersebut dirampas oleh SP4 sehinggalah ia diserahkan kepada pihak-S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 25 pihak yang berkaitan untuk tujuan siasatan, analisis, dan penyimpanan. Barang kes tersebut kemudiannya dianalisis oleh SP3 sebagai Ahli Kimia, dan selepas analisis selesai, ia diserahkan semula untuk disimpan. Akhirnya, barang kes tersebut diserahkan 685 kepada SP2 selaku Jurustor untuk disimpan di dalam stor sehingga diperlukan semasa perbicaraan. Kami dapati HMT telah secara tepat mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa rantaian jagaan barang kes adalah berterusan, selamat dan tidak terputus. Oleh itu, kami dapati isu ini tiada merit dan tiada terdapat 690 pecahan pada rantaian keterangan terhadap ekshibit dan barang kes.
subparagraph
(II) MILIKAN DAN AKSES [45] Perayu berhujah bahawa sebelum elemen milikan boleh 695 dianggap terbukti, pihak pendakwaan terlebih dahulu per...
(II) MILIKAN DAN AKSES [45] Perayu berhujah bahawa sebelum elemen milikan boleh 695 dianggap terbukti, pihak pendakwaan terlebih dahulu perlu membuktikan kewujudan kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap barang kes. Hanya selepas elemen-elemen tersebut dibuktikan secara afirmatif barulah apa-apa anggapan undang-undang, termasuk anggapan di bawah peruntukan berkaitan 700 pengedaran dadah, boleh digunakan terhadap tertuduh. Prinsip ini disokong melalui rujukan kepada kes PP v Kang Ho Soh [1991] 2 MLRH 216, yang menegaskan bahawa dapatan positif berhubung milikan mesti dibuat sebelum anggapan pengedaran boleh beroperasi. 705 [46] Fakta utama yang diketengahkan oleh Perayu adalah bahawa rumah tersebut merupakan rumah pusaka keluarga yang asalnya berada di penempatan Felda dan telah diubah suai daripada rumah S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 26 asal. Pemilik asal rumah tersebut ialah arwah bapa kepada Perayu 1. 710 Walaupun Perayu 1 menggunakan namanya bagi akaun elektrik TNB dan tinggal di rumah tersebut, keterangan menunjukkan bahawa rumah tersebut pernah dihuni atau digunakan oleh ahli keluarga lain. Keterangan SP5 turut menyokong bahawa sebelum Perayu 1 tinggal di situ, adik-beradik atau ahli keluarga lain pernah menduduki rumah 715 tersebut. Keterangan SP5 adalah seperti berikut (RR Jilid 2(1) m/s106): “S : Encik Arif tahu tak rumah tu rumah siapa? 720 Setahu saya rumah tu rumah arwah ayah Abdul Aziz tapi selepas arwah ayah dia meninggal Abdul Aziz yang duduk situ lah. S : Semasa arwah bapanya meninggal sebelum itu orang-orang lain dah duduk rumah tu dulu adik beradik dia yang lainlah sebelum 725 Encik Aziz datang duduk. Boleh setuju dengan saya ke tidak setuju? Setuju 730 S : Ada keluarga lain, adik beradik dia lah? Ya” [47] Isu utama adalah sama ada kawasan tempat dadah ditemui 735 berada dalam kawalan eksklusif Perayu-Perayu. Pihak Perayu menegaskan bahawa dadah-dadah ditemui di kawasan laluan ke tandas, termasuk belakang pintu, bawah sinki dan longgokan baju, iaitu ruangan yang dikatakan bukan khusus kepada bilik Perayu-S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 27 Perayu tetapi merupakan laluan yang digunakan oleh penghuni 740 rumah dan ahli keluarga. Rajah kasar eksibit P42 adalah dicabar kerana dikatakan tidak lengkap, khususnya berkaitan kedudukan pintu ‘A’, laluan ke dapur, ruangan belakang dan akses ke bengkel kereta. 745 [48] Keterangan saksi-saksi menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada satu laluan ke kawasan sinki dan tandas. SP4 mengakui bahawa beliau tidak membezakan dua ruangan dalam borang geledah atau laporan polis dan menerima bahawa terdapat orang dewasa lain semasa tangkapan yang mungkin mempunyai akses 750 keluar masuk ke bilik hadapan dan bilik belakang rumah. SP6 pula bersetuju bahawa terdapat akses melalui pintu tertentu ke kawasan sinki dan tandas, serta menerima bahawa terdapat dua laluan akses ke tempat tersebut. SD3 turut mengesahkan bahawa P42 tidak tepat, bahawa ekshibit D38 dan D39 menunjukkan pintu ‘A’ menuju ke 755 ruangan tandas, dan bahawa semua penghuni serta ahli keluarga yang singgah menggunakan tandas tersebut. [49] HMT telah khilaf apabila membuat dapatan bahawa tandas luar tidak rosak dan boleh digunakan oleh pekerja bengkel, serta bahawa 760 tiada barang peribadi pekerja atau sanak saudara yang menyokong penggunaan tandas oleh orang lain. Perayu berhujah bahawa dapatan tersebut dibuat tanpa asas keterangan yang jelas, tanpa gambar tandas dikemukakan, dan tanpa penjelasan sumber fakta berkenaan. Tambahan pula, keterangan pembelaan menunjukkan 765 bahawa tandas bertanda ‘P’ adalah tandas yang digunakan oleh S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 28 semua penghuni rumah, dan dadah tidak ditemui di dalam tandas itu sendiri tetapi di kawasan laluan. [50] Perayu berhujah bahawa beban untuk menolak kemungkinan 770 akses oleh orang lain terletak pada pihak pendakwaan, bukan pada pembelaan. Jika wujud kemungkinan munasabah bahawa orang lain mempunyai akses kepada tempat dadah ditemui, maka keraguan tersebut hendaklah diputuskan memihak kepada tertuduh. Prinsip ini berkait rapat dengan keperluan membuktikan kawalan, jagaan, 775 pengetahuan dan penggunaan eksklusif terhadap kawasan atau barang kes. Pihak Perayu merujuk otoriti berikut (antaranya): - Lean Siew Boon & Anor v PP [2013] 7 MLRA 509, Mahkamah ini memutuskan: 780 "In the circumstance, we agree with the appellants that there is a gap in the prosecution's case which had not been bridged (see Abdullah Zawawi v Public Prosecutor [1985] 2 MLJ 16). The onus is not on the defence to prove the possibility of others having access to the said unit but on the 785 prosecution to exclude such possibility (see Abdullah Zawawi Bin Yusof v PP [1993] 3 MLJ 1).” - Husin Sitorus v PP [2012] 7 CLJ 205, Mahkamah ini memutuskan: 790 "[15] there is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution (PP v Kang Ho Soh [1991] 3CLJ 2914; [1991] 3 CLJ (REP) 557 HG, PP v, Tang Chew Weng [1969] 1 LNS 141 HG. The 795 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 29 onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered on favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed such as in the present case, implicating the 800 appellant or the other person who were present in the boat. (Abdullah Zawawi Yusoff v PP [1993] 4 CLJ 1 SC). In other words exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution." 805 [51] Kesimpulannya, pihak Perayu berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kawasan tempat dadah ditemui berada dalam kawalan dan penggunaan eksklusif Perayu-Perayu. Kewujudan rumah pusaka, kehadiran dan penggunaan oleh ahli keluarga lain, laluan alternatif ke tandas dan sinki, serta 810 kelemahan rajah kasar eksibit P42 menimbulkan keraguan munasabah terhadap elemen milikan. Oleh itu, dapatan milikan tidak boleh dibuat semata-mata berdasarkan kehadiran Perayu-Perayu di rumah tersebut atau penggunaan nama Perayu 1 pada bil elektrik, tanpa bukti kukuh bahawa Perayu-Perayu mengetahui dan mengawal 815 dadah tersebut secara eksklusif. [52] Pihak Responden berhujah balas bahawa HMT tidak khilaf dan membuat dapatan kerana HMT telah membuat penilaian yang sewajarnya terhadap pembelaan dan semua keterangan yang 820 dikemukakan oleh pihak pembelaan. Tiada kekhilafan di pihak HMT apabila memutuskan keputusan di akhir kes pembelaan, memandangkan versi pembelaan telah dibandingkan dengan S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 30 keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan. 825 [53] Berkenaan isu exclusive possession/akses kepada rumah tersebut oleh orang lain yang mana dadah telah ditemui oleh polis, pihak Responden merujuk kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2019] 6 MLJ, Mahkamah Persekutuan menggariskan bahawa tiada 830 keperluan untuk terdapatnya “exclusive possession” dan berkata: “[36] In our judgment, all this admissible evidence when taken together lead to the conclusion that at all material time, the offending drugs were in the custody and control of the appellant. The irresistible 835 inference that must be drawn in the circumstances was that the appellant all along knew about the drugs found in the said premises.” [54] Berkenaan dengan dadah yang ditemui di ruang tamu, pihak 840 Responden berhujah dan menghuraikan fakta-fakta yang menyokong kedudukan bahawa Perayu 1 mempunyai kaitan yang rapat dengan dadah yang dirampas semasa serbuan polis di rumah tersebut. Perayu 1 berada di ruang tamu, iaitu tempat dadah ditemui, dan berada dalam jarak fizikal yang dekat dengan barang kes tersebut. 845 Dadah berkenaan ditemui di dalam sebuah beg berzip berwarna hitam bertulis SONY yang terletak di atas meja ruang tamu. [55] SP4 mengesahkan penemuan beg SONY tersebut di atas meja ruang tamu, termasuk keadaan beg yang tidak berzip atau terbuka 850 ketika ditemui. Gambar meja dan beg tersebut turut dirujuk melalui eksibit-eksibit (eksibit P7, P21 dan P22). Selain itu, laporan polis yang S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 31 dibuat oleh SP4 sejurus selepas penahanan menyokong fakta bahawa Perayu 1 berada berdekatan dengan dadah yang dirampas. 855 [56] Rumah tersebut dihuni oleh Perayu-Perayu bersama anak-anak mereka pada masa rampasan dibuat. Berdasarkan siasatan SP7, bil elektrik rumah tersebut didaftarkan atas nama Perayu 1. Semasa pemeriksaan balas, SP7 turut menjelaskan bahawa hasil siasatannya menunjukkan Perayu 1 merupakan pemilik rumah 860 tersebut. Fakta ini digunakan untuk menyokong inferens bahawa Perayu 1 mempunyai kawalan atau kuasa terhadap premis tempat dadah ditemui. [57] Konsep “close physical proximity”. Perayu 1 yang berada di 865 ruang tamu yang sama dengan tempat dadah ditemui, dan fakta ini dianggap relevan dalam menentukan pengetahuan serta milikan. Rujukan dibuat kepada kes Khairuddin bin Hassan v Public Prosecutor [2010] 6 MLJ 145, yang menyokong bahawa kedekatan seseorang dengan dadah boleh menjadi fakta relevan dalam 870 pembuktian kes berkaitan dadah. [58] Selain itu, Borang Senarai Geledah (eksibit P9) yang ditandatangani oleh Perayu 1 turut dirujuk sebagai pengesahan bahawa dadah dijumpai di atas meja di ruang tamu. Perkara ini 875 diterangkan oleh SP4 dalam keterangannya. Gabungan keterangan saksi, ekshibit gambar dan borang geledah digunakan untuk menunjukkan bahawa lokasi penemuan dadah adalah jelas dan berkait secara langsung dengan kedudukan Perayu 1 semasa serbuan. 880 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 32 [59] Walaupun terdapat dua individu lain di ruang tamu, iaitu Mohd Sharizan bin Saradi@Mesari dan Hafizal bin Tukiat, namun kehadiran mereka tidak menafikan kemungkinan Perayu 1 mempunyai milikan terhadap dadah tersebut. Kedua-dua individu tersebut telah dituduh dan mengaku salah terhadap kesalahan berkenaan, namun hal itu 885 tidak semestinya mengecualikan Perayu 1 daripada milikan atau kawalan ke atas barang kes yang ditemui di ruang tamu rumahnya. Rujukan dibuat kepada kes Nagalingam P Vellupillay v PP [2015] 1 CLJ 1086 bagi menyokong prinsip bahawa kehadiran orang lain di lokasi tidak secara automatik menolak milikan seseorang tertuduh. 890 [60] Responden berhujah bahawa gabungan fakta-fakta diatas dan semua faktor ini menunjukkan bahawa Perayu 1 memenuhi kriteria milikan, khususnya dari segi kuasa untuk mengawal atau berurusan dengan dadah tersebut. 895 [61] Berkenaan isu dadah yang ditemui di atas meja solek di bilik tidur belakang, Responden berhujah bahawa Perayu-Perayu mempunyai kaitan rapat dengan bilik tersebut dan dengan dadah yang ditemui di dalamnya. Perayu 2 berada di dalam bilik belakang 900 rumah semasa serbuan dilakukan. Bilik belakang itu dikenal pasti sebagai bilik tidur Perayu-Perayu. Perkara ini disokong melalui laporan tangkapan yang dibuat oleh SP4 (eksibit P6). Selain itu, semasa pemeriksaan balas, Perayu 1 mengakui tinggal di bilik belakang tersebut bersama Perayu 2. 905 [62] SP4 semasa dalam pemeriksaan balas mengatakan bahawa bilik belakang tersebut tidak mempunyai akses kepada bilik lain. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 33 Fakta ini penting kerana ini menunjukkan bahawa bilik itu merupakan ruang yang tersendiri dan berkait secara langsung dengan Perayu- 910 Perayu. Seterusnya, atas meja solek, dadah dijumpai di dalam sebuah beg berzip bercorak hitam/oren, yang ditandakan sebagai eksibit P34A. [63] Semasa serbuan dilakukan, hanya Perayu 2 berada di bilik 915 belakang tersebut. Memandangkan dadah itu dijumpai di dalam bilik tidur Perayu-Perayu, maka terdapat “proximity of drugs” antara Perayu-Perayu dengan dadah tersebut dan sebagai sokongan, merujuk kes Mahkamah Persekutuan di dalam Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 6 MLJ. Selanjutnya Responden berhujah 920 bahawa Perayu-Perayu mempunyai kuasa untuk mengurus atau berurusan dengan barang dadah tersebut seolah-olah sebagai pemilik, dengan mengecualikan orang lain iaitu Perayu-Perayu mempunyai pemilikan atau kawalan terhadap dadah yang ditemui. 925 [64] SP7 juga mengesahkan bilik belakang ini merupakan bilik tidur Perayu-Perayu dan adalah mustahil bagi Perayu-Perayu untuk tidak mengetahui kewujudan beg berzip hitam/oren itu, memandangkan beg tersebut berada di atas meja solek di dalam bilik tidur mereka dan diletakkan di tempat terbuka. Lebih-lebih lagi pemeriksaan bilik 930 belakang disaksikan sendiri oleh Perayu-Perayu dan disokong oleh laporan polis (eksibit P6)). Pada pandangan kami, adalah tidak munasabah untuk mengatakan bahawa Perayu-Perayu tidak mengetahui kewujudan beg berzip hitam/oren tersebut, memandangkan beg itu berada di atas meja solek di dalam bilik tidur 935 mereka dan diletakkan secara terbuka. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 34 [65] Responden berhujah bahawa Perayu-Perayu mempunyai pengetahuan, kawalan, dan hubungan fizikal yang rapat dengan dadah yang ditemui. Fakta-fakta seperti keberadaan Perayu 2 di bilik tersebut, pengakuan bahawa bilik itu didiami oleh Perayu-Perayu, 940 lokasi dadah di atas meja solek, serta keadaan beg yang berada di tempat terbuka digunakan untuk menyokong inferens bahawa Perayu-Perayu mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut dengan mengecualikan orang lain. Dalam keadaan tersebut, mereka boleh dianggap mempunyai niat untuk berbuat 945 demikian jika diperlukan. [66] Berkenaan dengan dadah yang berada di dalam botol plastik yang berpenutup merah dan biru di atas lantai di bawah sinki di hadapan tandas yang berada di dalam bilik belakang. SP4 dalam 950 laporan polis menyatakan sedemikian dan semasa memberi keterangan, SP4 menyatakan bahawa tandas tersebut memang terletak di dalam bilik belakang. Dalam pemeriksaan balas, SP4 bersetuju bahawa ruang di bilik belakang itu hanya mempunyai akses kepada ruang tersebut. Ruang itu juga dikenal pasti sebagai kawasan 955 yang mempunyai sinki, sebagaimana dirujuk dalam gambar rajah kasar eksibit P42. Semasa pemeriksaan semula, SP4 menjelaskan bahawa ruangan tersebut termasuk dalam bilik belakang yang sama, dalam erti kata ruang itu dan bilik belakang berada dalam “compound” atau kawasan yang sama. Malahan Perayu-Perayu sendiri telah 960 menandatangani Borang Senarai Geledah (eksibit P9), yang menyatakan bahawa dadah tersebut ditemui di dalam bilik belakang. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 35 [67] Responden berhujah bahawa dakwaan Perayu-Perayu bahawa orang lain mempunyai akses kepada dadah yang dijumpai di bawah 965 sinki ini adalah tidak berasas. Dakwaan bahawa tandas luar rosak dan penghuni lain menggunakan tandas bilik belakang tidak pernah diletakkan kepada saksi pendakwaan maka ini terjumlah sebagai pembelaan fikir semula (an afterthought). Walaupun orang lain mungkin mempunyai akses, hal itu tidak menafikan bahawa Perayu- 970 Perayu mempunyai milikan/ “possession” terhadap dadah yang ditemui di tandas dalam bilik tidur mereka sendiri. Sebagai sokongan, Responden merujuk kes Mahkamah Persekutuan PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 dan kes Mahkamah ini di dalam Roichan Maasum v PP [2022] 1 LNS 129. 975 [68] SP4 di dalam laporan tangkapannya telah menyatakan dadah telah dijumpai di bawah mozek di pintu belakang bilik tersebut dengan bantuan anggota K9. Dadah telah dijumpai oleh anjing K9 Silver. Keterangan ini disokong oleh anggota K9 iaitu SP1. Keterangan SP1 980 menyokong lokasi, indikasi positif oleh anjing Silver serta SP1 juga telah mengecam barang kes yang dijumpai oleh anjing Silver. [69] Pada hemat kami, dakwaan Perayu-Perayu bahawa orang lain mempunyai akses kepada dadah yang dijumpa di bawah mozek ini 985 adalah tidak berasas kerana tidak diletakkan kepada saksi pendakwaan semasa pemeriksaan balas siapakah yang mempunyai akses kepada bilik belakang yang terdapat mozek tersebut. Nama-nama tidak dinyatakan kepada saksi pendakwaan oleh peguam Perayu. Pada hemat kami, sekiranya benar sekalipun terdapat akses 990 kepada tempat mozek tersebut oleh orang lain, ianya tidak S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 36 menidakkan fakta bahawa Perayu-Perayu ada “possession” terhadap dadah-dadah yang dijumpai tersebut yang berada di dalam tandas yang berada di dalam bilik tidur mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, kami berpendapat isu yang dibangkitkan oleh Perayu-Perayu ini 995 adalah tidak bermerit. [70] Kami mendapati HMT telah dengan teliti menilai keterangan-keterangan saksi-saksi pembelaan seperti yang boleh dilihat di perenggan 49-57 berkenaan dengan isu pemilikan dan akses ini. 1000 Kami meneliti keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan berhubung rumah tersebut, akses kepada tandas belakang, serta dakwaan bahawa dadah yang dijumpai bukan milik Perayu-Perayu tetapi diletakkan oleh orang lain. Walaupun Perayu-Perayu menyatakan rumah dan tandas tersebut boleh diakses oleh saudara- 1005 mara dan pekerja bengkel, kami mendapati penjelasan tersebut hanyalah penafian kosong tanpa bukti kukuh. Pada hemat kami keterangan berkaitan tandas luar yang rosak kerana hanya disokong oleh dua keping gambar yang diambil beberapa tahun selepas kejadian oleh SD4. Sebaliknya, kami mendapati rajah kasar ekshibit 1010 P42 dan ekshibit P42A yang dibuat lebih awal kerana menggambarkan keadaan sebenar semasa serbuan. Keterangan Perayu-Perayu mengenai kewujudan pakcik dan makcik yang tinggal di rumah juga tidak disokong oleh sebarang bukti lain kerana individu tersebut tidak ditahan semasa kejadian. Oleh itu, kami bersetuju 1015 dengan dapatan HMT bahawa pembelaan yang dikemukakan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes prima facie pihak Pendakwaan. S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 37 [71] Kami juga mendapati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya keterangan SP1, SP4, SP6 dan SP7, pada 1020 pandangan kami, setelah kami menilai keseluruhan keterangan mereka secara mendalam, kami berpuashati bahawa keterangan yang diberikan SP4 dan SP6 sebagai saksi-saksi utama dan disokong keterangan SP1 dan SP7, adalah benar, tidak tergugat semasa soal balas serta boleh dipercayai. Tiada sebab untuk kami 1025 meragui dan menolak keterangan mereka di dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota/pegawai polis. Dapatan ini bersandarkan kepada nas-nas berikut : - Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21, Mahkamah 1030 Pesekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[55] PW5 was a police witness. The learned trial judge found him to be a credible witness. It is true that the prosecution's case rested solely on the evidence on PW5. However, under the law there is no 1035 requirement for his evidence to be corroborated. The learned trial judge believed PW5 and as such his evidence was sufficient to establish the case for the prosecution. Any requirement for PW5’s evidence to be corroborated will conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses 1040 shall in any case be required for proof of any fact (see Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). (Penekanan ditambah) - PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut : 1045 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 38 "It must be borne in mind that s. 114 illustration (g) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1975] Cri LI 1630, the Punjabi & Haryana Court held at p. 1631 as follows: 1050 It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance 1055 of their official duties merely because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of other persons,and it is not a 1060 judicial approach to distrust and suspect him without good grounds". - PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257, Thompson CJ menyatakan seperti yang berikut: 1065 "When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of 1070 Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however,and 1075 in the absence of any element of inhere improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not who given evidence on affimation, should normally be accepted". S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 39
e
(E) KESIMPULAN 1080 [72] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pendakwaan dan juga di peringkat kes pembelaan, kami mendapati bahawa perayu telah gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran dadah di atas imbangan kebarangkalian seperti kehendak di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 bagi 1085 pertuduhan pengedaran dalam kes ini. Kami juga mendapati pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Adalah dapatan kami bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Dengan itu kami sebulat suara mendapati 1090 tiada merit di dalam rayuan terhadap sabitan ini bagi mewajarkan kami campur tangan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh HMT yang bijaksana. [73] Sabitan adalah selamat untuk dikekalkan. Kami sebulat suara 1095 menolak rayuan Perayu-Perayu terhadap sabitan bagi kesemua pertuduhan dihadapi. Mengenai hukuman, kami dapati hukuman yang dijatuhkan terhadap Perayu-Perayu adalah adil dan wajar, oleh itu hukuman terhadap Perayu-Perayu dikekalkan. 1100 Tarikh: 26 Jun 2026 (HAYATUL AKMAL ABDUL AZIZ) HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA 1105 S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 586-12/2024 40 Kaunsel: Bagi Perayu-Perayu : Shaik Saleem Tetuan Shaik Adam & Co. 1110 Bagi Responden : Shamala a/p Jagantahn Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara S/N u4t47jevnEedMyfZtqJdQA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.