(e) gagal memanggil Lans Koperal Ismail Bin Din untuk memberi keterangan tentang usaha dan tindakannya untuk menyerahkan sapina kepada Fatimah. [27] Dapat kami perhatikan bahawa penerimaan masuk P19 tidak dicabar oleh peguam bela Perayu-Perayu di peringkat perbicaraan di hadapan hakim bicara. Bagaimanapun, peguam bela terpelajar menghujahkan ianya tidak melepaskan peranan dan tugas Mahkamah untuk memastikan dan berpuas hati bahawa pra-syarat di bawah seksyen 32(1) Akta 1950 telah dipenuhi. Dihujahkan, hakim bicara dengan sepintas lalu telah menerima masuk P19 sebagai keterangan dan tindakan ini telah memprejudiskan Perayu-Perayu. Peguam bela berpegang kepada nas-nas Kobra Taba Seidali v. PP [2014] 2 CLJ 12, Ho Tze Kean v. PP & Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 17 Another Appeal [2018] 2 MLJ 721 dan Thivasalim a/l Abdul Majeed v. PP [2014] 3 MLJ 124. [28] Kami telah meneliti rekod rayuan dan kami sebulat suara tidak bersetuju dengan penghujahan peguam bela terpelajar mengenai isu penerimaan masuk P19 oleh hakim bicara dalam kes ini. Kami merujuk kepada keterangan berkaitan usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengesan Fatimah. Untuk itu kami merujuk kepada keterangan SP7 di muka surat 80-83, Rekod Rayuan, Jilid 2 seperti berikut: “S: Berkenaan dengan kedudukan Fatimah pula, ada kamu siasat di mana Fatimah? Selepas kejadian tempoh hari, selepas saya memanggil untuk mengambil statement, selepas daripada itu, saya cuba berhubung dengan Fatimah dan tidak dihubungi. Dan saya cuba mencari dan bertanya kepada jiran-jiran. Mereka semua tidak tahu sebab Fatimah meninggalkan rumah itu tanpa memberikan notis. Ada apa-apa usaha lain yang kamu buat untuk mengesan Fatimah? Ya, ada. Saya meminta bantuan daripada Detektif IPD Kangar untuk cuba mengesan Fatimah di Kuala Perlis dan Sungai Baru serta Kangar. Dan Fatimah gagal dikesan. Dalam siasatan kamu, Fatimah ini sudah berkahwin atau belum? Fatimah sudah berkahwin. Semasa kejadian suami Fatimah berada di dalam penjara. Adakah Fatimah mempunyai anak? Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 18 Ya, Fatimah mempunyai anak. Semasa tangkapan dilakukan, Fatimah masih di dalam pantang. Apa lagi usaha yang kamu lakukan untuk mengesan Fatimah? Ya, ada. Saya telah meminta Koperal Ismail untuk cuba mengesan Fatimah. Dan saya juga memberi maklumat-maklumat apa yang saya tahu, tetap gagal dikesan. Ada kamu semak dengan sanak-saudara? Ada, tetapi semuanya tidak tahu. Berkenaan dengan sapina kepada Fatimah ini, adakah kamu tahu sama ada sapina pernah diserahkan atau pun tidak? Sapinah telah dikeluarkan dan tidak dapat diserahkan sebab Fatimah gagal dikesan. Ada kamu diserahkan dengan ID berkenaan dengan cubaan penyerahan sapina kepada Fatimah? Ya, ada. Kalau saya rujuk ID dan sapina tersebut, boleh kamu camkan? Ya, saya boleh camkan. Saya mohon rujuk saksi kepada tiga ID dan dua sapina. Adakah itu merupakan ID-ID yang diserahkan kepada kamu dalam usaha penyerahan sapina kepada saksi iaitu Fatimah? Ya, betul. - Saya kemukakan ID dan sapina tersebut sebagai eksibit pihak pendakwaan. Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 19 Mahkamah: - ID dan sapina ditandakan sebagai eksibit “P18 A-C”. Selain carian di Perlis, ada buat carian Fatimah di tempat-tempat lain? Ya, ada. Saya mohon kerjasama daripada KBND Langkawi untuk cuba mengesan Fatimah sebab last maklumat saya terima Fatimah berada di Langkawi tetapi gagal juga. - Pada peringkat ini pihak pendakwaan berhasrat untuk menggunapakai peruntukan s.32(1) (i) Akta Keterangan dan tertakluk kepada mungkin atas pihak peguam. Dan jika ada bantahan, pihak-pihak boleh berhujah pada akhir kes pendakwaan nanti. Kamu ada beritahu yang kamu ada rekod statement daripada Fatimah? Ya, ada rekod statement daripada Fatimah. Kalau saya rujuk statement tersebut adakah kamu boleh camkan? Ya, saya boleh camkan. Satu rakaman percakapan dirujuk kepada saksi? Ya, betul dan mempunyai tandatangan saya sendiri. Kalau rujuk kepada Fatimah ini, ada nombor telefon Fatimah di bahagian maklumat, ada kamu cuba menelefon nombor ini? Ya, saya ada cuba menelefon nombor tersebut tetapi tidak dapat dihubungi. Adakah alamat ini alamat yang sama seperti mana alamat rumah kejadian? Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 20 Ya, betul. Adakah Fatimah menurunkan tandatangan pada setiap helaian muka surat rakaman percakapan beliau? Ya, ada. Adakah percakapan beramaran dibacakan kepada Fatimah di bawah s.112? Ya, ada. Adakah setelah rakaman percakapan diambil, keterangan ini dibacakan semula dan diakui oleh Fatimah? Ya, ada. - Daripada peringkat ini pihak pendakwaan mengemukakan keterangan rakaman percakapan ini sebagai eksibit pihak pendakwaan. Mahkamah: - Keterangan rakaman percakapan Fatimah ditandakan sebagai eksibit “P19.” [29] Mengenai isu kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Fatimah sebagai saksi dan penerimaan masuk percakapan P19, hakim bicara telah mempertimbangkan bantahan peguam bela di muka surat 30- 32, Rekod Rayuan, Jilid 1, penghakiman hakim bicara tersebut seperti berikut: “36. Mahkamah akan menyentuh isu kegagalan pihak pendakwaan memanggil Fatimah yang dibangkitkan oleh pembelaan dan dihujahkan menimbulkan ketidakadilan terhadap pembelaan. Pendakwaan telah mengemukakan “Percakapan Dalam Pemeriksaan” [P19] saksi yang Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 21 bernama Fatimah Binti Ahmad bergantung kepada peruntukan s.32 (1) Akta Keterangan 1950. Saya telah meneliti usaha-usaha yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat [SP:7] untuk mengesan saksi ini bagi membolehkan hadir ke Mahkamah. SP:7 telah mengemukakan Investigation Diary dan sepina [P18 A, B dan C]. SP:7 telah bertanyakan saudara mara Fatimah namun tidak mengetahui dimana Fatimah berada. Saya juga telah meneliti pemeriksaan balas yang dilakukan oleh pembelaan, nampaknya pihaknya tidak begitu serius mempertikaikan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh SP:7. Sehubungan itu saya membenarkan “Percakapan Dalam Pemeriksaan” dijadikan eksibit P19. Saya telah meneliti kandungan P19, ia sekadar mengesahkan Fatimah yang menyewa rumah dengan bayaran RM270.00 sebulan. Fatimah baru menyewa 12 hari sebelum SP:4 membuat serbuan dimana dadah dijumpai di atas lantai rumah berkenaan berdekatan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2. Saya telah meneliti P19, Fatimah telah meninggalkan rumah pada hari kejadian seawal 9.30 pagi untuk ke Klinik Kuala Perlis. Saya berpendapat apa yang penting semasa SP:4 membuat serbuan hanya Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 berada di dalam rumah tersebut dan tiada orang lainnya. Tambahan pula, barang kes dadah berada di hadapan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 yang sedang duduk bersila atas lantai di ruang tamu rumah berkenaan.” [30] Kami telah berpeluang meneliti rekod rayuan dan kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan hakim bicara menerima masuk P19 sebagai keterangan melalui seksyen 32(1)(i) AK 1950. Kami tidak mendapati sebarang kekhilafan oleh hakim bicara dalam membuat dapatan dan keputusan yang tersebut. Fakta dan keadaan kes di hadapan kami dapat dibezakan dengan tiga nas yang dirujuk oleh peguam bela terpelajar. Dalam kes Kobra Taba Seidali, penama Maryam tidak dipanggil dan percakapan Maryam gagal dikemukakan ke mahkamah. Dalam kes Ho Tze Kean, isteri perayu bernama Virgie Tesara Calsena Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 22 gagal dipanggil ke mahkamah dan pengemukaan rakaman percakapan penama itu ditolak oleh hakim bicara kerana usaha untuk memanggil penama itu sebagai saksi hanya satu kali cubaan untuk menyerahkan sapina di alamat rumah kediaman penama itu. Manakala dalam kes Thivasalim a/l Abdul Majeed, hakim bicara gagal membuat sebarang dapatan mengenai permohonan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman percakapan penama Azli. [31] Peguam bela terpelajar turut menghujahkan bahawa sekiranya pun P19 diterima masuk sebagai sebahagian keterangan kes pendakwaan, hakim bicara telah gagal untuk mengingatkan dirinya tentang bahayanya sabitan terhadap Perayu-Perayu dengan hanya bergantung kepada P19 yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas. Oleh itu dihujahkan bahawa P19 tidak wajar diberi nilai keberatan keterangan yang cukup untuk mensabitkan Perayu-Perayu. Peguam bela berpegang kepada keputusan dalam kes PP v. Mohd Jamil Bin Yahya & Anor [1993] 3 MLJ 702, Abdullah Zawawi v. PP [1985] 2 MLJ 16, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Thivasalim a/l Abdul Majeed v. PP (supra). [32] Kami tidak bersetuju dengan hujahan peguam bela terpelajar bahawa P19 perlukan kepada keterangan sokongan. Tidak ada keterangan kukuh menunjukkan penama Fatimah seorang rakan jenayah dan yang mewajarkan P19 perlukan kepada keterangan sokongan. Pada pandangan kami P19 boleh diterima oleh hakim bicara sebagai keterangan walaupun tanpa keterangan sokongan. Isu yang timbul hanyalah tentang keberatan keterangan P19 yang harus dinilaikan oleh hakim bicara. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya, hakim bicara tidak terkhilaf Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 23 dalam penilaiannya terhadap P19. Hakim bicara juga membuat dapatan bahawa ada keterangan lain yang kredibel dan cukup untuk mensabitkan Perayu-Perayu atas pertuduhan. Kami mendapati tiada sebarang kekhilafan telah dilakukan oleh hakim bicara dalam dapatan dan keputusannya yang memerlukan campur tangan kami di peringkat rayuan ini. Masa serbuan dan tangkapan, Fatimah tiada di rumah tersebut. Hanya Perayu-Perayu berada di ruang tamu duduk bersila menghadap dadah-dadah yang dipertuduhkan. Keterangan itu cukup kukuh dan tanpa P19 kes prima facie telah dapat dibuktikan terhadap Perayu-Perayu. Pembelaan Perayu-Perayu hanya menyatakan mereka tidak tahu kewujudan barang kes dadah telah ditolak oleh hakim bicara sebagai satu pemikiran yang terkemudian kerana tidak pernah dicadangkan pada peringkat kes pendakwaan. [33] Kami sekarang pergi kepada alasan rayuan di (b), alasan rayuan berasaskan kepada dakwaan bahawa hakim bicara tidak jelas dalam dapatannya sama ada pemilikan terus (direct possession) atau anggapan pemilikan (presumed possession). Kami telah meneliti dapatan hakim bicara yang terkandung dalam penghakiman bertulisnya dan nota prosiding, dan kami mendapati tidak terdapat sebarang kekeliruan di pihak hakim bicara seperti didakwa oleh peguam bela terpelajar. Jelas kepada kami bahawa untuk elemen milikan, hakim bicara telah mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta setelah berpuas hati Perayu-Perayu dibuktikan mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah-dadah berbahaya yang dipertuduhkan. [34] Kami perhatikan, hakim bicara telah mengguna pakai dua anggapan serentak, iaitu anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) Akta dan juga Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 24 anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta. Kami tidak mendapati bahawa hakim bicara telah melanggar prinsip yang telah diputuskan dalam kes Muhammed Hassan v. PP [1998] 2 CLJ 170 oleh kerana pertuduhan terhadap Perayu-Perayu selepas kuat kuasa seksyen 37A yang baru melalui Akta A1457/2014 pada 15.2.2014 yang membenarkan pemakaian lebih dari satu anggapan di bawah Akta. Kesimpulan [35] Berdasarkan alasan-alasan yang kami nyatakan di atas, kami dengan sebulat suara mendapati sabitan terhadap Perayu-Perayu adalah selamat dan disokong oleh keterangan yang mencukupi dan kredibel. Kami juga mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu-Perayu. Oleh itu rayuan Perayu-Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 30 November 2018 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Rayuan Jenayah No: R-05(M)-277-07/2017 & R-05(M)-279-07/2017 25 Peguam Cara Bagi Pihak Perayu-Perayu: Hisyam Teh Poh Teik Tetuan Teh Poh Teik & Co Suite 11.08, Tingkat 11 Menara TJB No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru JOHOR Bagi Pihak Responden: Mohamad Faizal Bin Mohamad Fedder Muhammad Azmi Bin Mashud Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara PUTRAJAYA