Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
BA-16-19-04/2024
High Court of Malaysia4 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
1
ANTARA ABDUL RAZAK BIN ABDUL AZIZ
2
SYED SALLEHUDDIN BIN SYED MOHAMAD
3
NAGARAH A/L SATHASIVAM
4
MOHD HARDI BIN MISWAN (NO. K/P: 740527-08-6407) -PERAYU DAN RAI UTILITY SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 1179221-X) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan terhadap keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja di Mahkamah Buruh, Pejabat Tenaga Kerja, Subang Jaya yang telah diberikan pada 4 April 2024. 10/04/2025 09:15:28 Kand. 23 Fakta Kes [2] Fakta kes adalah sepertimana dokumen yang telah difailkan di mahkamah. [3] Perayu Pertama, Abdul Razak Bin Abdul Aziz (No. K/P.: 790712- 10- 5425) telah dilantik ICT Manager dalam syarikat Responden melalui suatu Perjanjian Pekerjaan bertarikh 13 Disember 2019. [4] Perayu Kedua, Syed Sallehuddin Bin Syed Mohamad (No. K/P.: 780331-02-5123) telah dilantik ICT Project Specialist dalam syarikat Responden melalui suatu Perjanjian Pekerjaan bertarikh 30 Disember 2020. [5] Perayu Ketiga, Nagarajah a/l Sathasivam (No. K/P.: 820706-14- 5759) telah dilantik Finance dan Account Manager dalam syarikat Responden melalui suatu Perjanjian Pekerjaan bertarikh 13 Disember 2019. [6] Perayu Keempat, Mohd Hardi bin Miswan (No. K/P.: 740527-08- 6407) telah dilantik Head of Department melalui suatu Perjanjian Pekerjaan bertarikh 11 Mei 2020. [7] WBG Water Sdn. Bhd (No. Syarikat.: 1452573- telah membeli saham sebanyak 80% di dalam syarikat Responden melalui suatu Perjanjian Jual Saham (share sale agreement) bertarikh 25 Februari 2022. [8] Pemilikan syarikat Responden adalah seperti berikut:
i
WBG Water memiliki 80% saham Responden; dan
II
(ii) Qarnine Resources Sdn. Bhd. (No. Syarikat.: 1340252- saham Responden. [9] Perayu-perayu telah kemudiannya memfailkan Pernyataan Tuntutan Pengadu bertarikh 19 Oktober 2023 dan Borang A Saman Defendan bertarikh 9 November 2023 di mana Perayu-perayu telah menuntut seperti berikut:
i
Perayu Pertama menuntut jumlah sebanyak RM63,000.00 yang merangkumi gaji daripada bulan Januari 2023 sehingga
II
(ii) Perayu Kedua menuntut jumlah sebanyak RM72,000.00 yang merangkumi gaji daripada bulan Januari 2023 sehingga September 2023;
III
(iii) Perayu Ketiga menuntut jumlah sebanyak RM121,500.00 yang merangkumi gaji daripada bulan Januari 2023 sehingga September 2023; dan
IV
(iv) Perayu Keempat menuntut jumlah sebanyak RM121,500.00 yang merangkumi gaji daripada bulan Januari 2023 sehingga September 2023. [10] Tidak berpuashati dengan keputusan Pengarah Tenaga Buruh, Perayu-perayu telah merayu kepada mahkamah ini. Analisa dan Dapatan [11] Setelah meneliti hujahan pihak-pihak, mahkamah mendapati isu di hadapan mahkamah ini adalah:
i
sama ada Perayu-perayu merupakan pekerja responden setelah pengurusan responden diambil alih oleh WBG Water
II
(ii) sama ada Responden perlu mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan Perayu-perayu apabila Perayu-perayu gagal melaporkan diri di pejabat di Alor Setar; dan
III
(iii) sama ada Perayu-perayu telah melakukan kerja-kerja untuk Responden dari Januari 2023 hingga September 2023.
i
sama ada Perayu-perayu merupakan pekerja responden setelah pengurusan responden diambil alih oleh WBG Water Sdn Bhd; [12] Secara ringkasnya, Perayu-perayu menyatakan bahawa mereka masih bekerja untuk projek di Kelantan dan bukannya di Kedah. Oleh itu, Perayu-perayu telah menuntut gaji dari bulan Januari 2023 sehingga September 2023. [13] Pihak Responden pula berhujah bahawa berdasarkan perjanjian penjualan syer bertarikh 25 Februari 2022, Perayu-perayu bukan lagi di bawah seliaan Rai Utility Sdn Bhd mulai Januari 2023. Tiada dokumen Perayu-perayu yang diperolehi oleh Qarnine Resources Sdn Bhd (pemegang syer 20%). Juga, adanya perjumpaan di Alor Setar pada Disember 2022. [14] Setelah meneliti rekod rayuan, mahkamah ini mendapati tiada dokumen bertulis bagi membuktikan kehadiran serta tugasan Perayu-perayu di Kedah dari tempoh Januari 2023 hingga September 2023. Malah rekod rayuan turut menunjukkan bahawa Perayu-perayu tidak bekerja di Kedah dan meneruskan kerja di Kelantan walaupun tidak di selia dan adalah secara whatsapp. Dalam erti kata lain, tiada bukti bahawa Perayu-perayu telah berkerja di Kedah bagi tempoh Januari 2023 sehingga September 2023 bagi membolehkan Perayu-perayu menuntut gaji bagi tempoh tersebut daripada Responden.
II
(ii) Sama ada Responden perlu mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan perayu-perayu apabila Perayu-perayu gagal melaporkan diri di pejabat di Alor Setar; [15] Perayu-perayu berhujah bahawa tiada notis penamatan telah dikeluarkan kepada Perayu-perayu oleh Responden. Fakta rayuan ini menunjukkan bahawa Perayu-perayu telah gagal untuk hadir bekerja di Kedah selama 9 bulan. [16] Untuk ini, mahkamah telah merujuk kepada klausa 12 surat pelantikan Perayu-perayu yang menyatakan bahawa: Notwithstanding any other terms contained herein, the Company reserves the right at all times to terminate your service forthwith by giving rk for more than two (2) consecutive working sats without obtaining prior leave from your superior or without unreasonable excuse, or without informing the Superior of your absence or if you are found guilty of misdemeanour, misconduct, insubordination, dishonesty, negligence or breach of any of the existing terms and conditions of this letter or rules and regulations [17] Berdasarkan klausa 12 ini, Responden boleh menamatkan perkhidmatan Perayu-perayu sekiranya didapati Perayu-perayu telah tidak hadir bertugas untuk 2 hari berturut-turut. [18] Dalam rayuan ini, Perayu-perayu telah tidak hadir di Kedah untuk tempoh 9 bulan. Persoalannya adakah Responden perlu memberikan notis penamatan kepada Perayu-perayu? [19] Mahkamah telah merujuk kepada seksyen 13 Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan:
13
(1) Either party to a contract of service may terminate such contract of service without notice or, if notice has already been given in accordance with section 12, without waiting for the expiry of that notice, by paying to the other party an indemnity of a sum equal to the amount of wages which would have accrued to the employee during the term of such notice or during the unexpired term of such notice.
2
Either party to a contract of service may terminate such contract of service without notice in the event of any wilful breach by the other party Berdasarkan seksyen 13 (2) ini, perkhidmatan perayu-perayu boleh ditamatkan tanpa notis sekiranya berlakunya wilful breach of a condition of the contract of service. [20] Adakah telah berlaku perlanggaran kontrak dalam rayuan ini? Bagi menjawab persoalan ini, Mahkamah telah merujuk kepada subseksyen 15(2) Akta Kerja 1955 yang memperuntukkan: shall be deemed to have broken his contract of service with the employer if he has been continuously absent from work for more than two consecutive working days without prior leave from his employer, unless he has a reasonable excuse for such absence and has informed or attempted to inform his employer of such excuse prior to or [21] Berdasarkan subseksyen 15(2) Akta Kerja 1955 adalah jelas Perayu-perayu telah melanggar kontrak perkhidmatan apabila tidak hadir bertugas untuk lebih 2 hari berturut-turut. Dalam kes ini, Perayu-perayu telah tidak hadir bertugas untuk tempoh 9 bulan, dan oleh itu adalah jelas telah berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan oleh pihak Perayu-perayu. [22] Apabila berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan oleh Perayu-perayu menurut subseksyen 15(2) Akta Kerja 1955, maka dengan sendirinya subseksyen 13(2) Akta Kerja 1955 adalah terpakai terhadap Perayu-perayu. Oleh itu, berlandaskan peruntukkan Akta Kerja 1955 yang tersebut di atas, Responden tidak perlu untuk memberikan Perayu-perayu notis penamatan kerja atau perkhidmatan.
III
(iii) Sama ada Perayu-perayu telah melakukan kerja-kerja untuk Responden dari Januari 2023 hingga September 2023. [23] Menurut Perayu-perayu, mereka telah melakukan kerja bagi tempoh Januari 2023 sehingga September 2023 di Projek Responden di Kelantan. Fakta keterangan dalam rayuan ini menunujukkan bahawa Perayu-perayu tiada bukti berhubung pekerjaan di Kelantan ini melainkan mesej whatsapp yang mana Perayu-perayu juga menyatakan bahawa klien telah merujuk kepada beliau. Namun, adalah jelas dari keterangan Perayu-perayu sendiri bahawa Perayu-perayu tidak di selia oleh sesiapa. Bagaimanakah Perayu-perayu dikatakan bekerja dengan Repsonden sekiranya tidak diselia dan tiada bukti dokumen? [24] Sekiranya benar Perayu-perayu telah bekerja untuk projek di Kelantan, mahkamah berpandangan seharusnya ada laporan atau surat menyurat bagi membuktikan perkara ini. [25] Mahkamah juga mendapati bahawa pada masa tuntutan Perayu-perayu dibuat, Responden telah dimiliki oleh WBG Water Sdn Bhd dan Qarnine Resources Sdn Bhd. [Lihat: Dinacraft Industries Sdn Bhd v Kamaruddin bin Kana Mohd Sharif & Ors [2012] 4 ILJ 334 berhubung kesinambungan perkhidmatan]. [26] Tanpa bukti untuk menunjukkan bahawa Perayu-perayu telah bekerja di Kelantan untuk Responden, dan mengambil kira Perayu-perayu tidak bekerja di Kedah juga, mahkamah ini mendapati Perayu-perayu telah tidak bekerja dengan Responden bagi tempoh Januari 2023 sehingga September 2023. Kesimpulan [27] Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan di pihak Ketua Pengarah Tenaga Kerja. Oleh itu, rayuan ini adalah ditolak. Keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja adalah disahkan. (Affirmed and upheld) Kos sebanyak RM500 hendaklah dibayar oleh setiap Perayu kepada Responden, tertakluk kepada alokator. Tarikh: 9 April 2025 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Counsel: Bagi pihak Perayu-Perayu: Arvind Dhanesha A/L K Bargavan Tetuan Fawwaz & Co. Advocates & Solicitors E-B3-05, Block E, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor fawwaz.company@gmail.com +6012 9884066 Bagi pihak Responden: Sofiyyah binti Nizar Tetuan Harmy Yusoff & Azli Advocates & Solicitors Pekeliling Business Centre, 18, Jalan 65C Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.