(ii) Manakala dalam kes Koh Heng Jin Holdings Sdn Bhd v. Phuah Beng Chooi & Anor [2016] 3 CLJ 837, Mahkamah Rayuan juga melalui penghakiman Alizatul Khair Osman HMR (pada ketika itu) memutuskan seperti berikut:- “[25] On this issue, it was the defendants’ submission that as the power of the court to terminate the co-proprietorship under s. 145 of the NLC only arises if any of the co-proprietors refuses to join in or to consent to an application for partition. No such issue arises here as the plaintiff had never requested the defendants to consent to the partitioning of the property. The plaintiff did not adduce any evidence by way of correspondence between the parties or of any meeting or discussion to prove that such request for partition was made to the defendants. [26] We agreed with the submission of learned counsel for the defendants that the plaintiff's reliance on s. 145 of the NLC to terminate the co-proprietorship is misconceived as firstly, there is no evidence of any request by the plaintiff to the defendants for the said property to be partitioned let alone evidence of any S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 14 refusal by the defendants to consent to the partition.” [penekanan ditegaskan] [26] Dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, adalah jelas bahawa Plaintif-Plaintif telah melalui peguamcara mereka menulis kepada Defendan untuk memohon kerjasama dan keizinannya bagi tujuan pecah bahagian hartanah-hartanah tersebut. Defendan melalui surat peguamcaranya membalas dengan menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju terhadap proses penamatan perkongsian hakmilik. Fakta ini adalah tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak. [27] Maka, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif telah memenuhi kehendak Seksyen 145(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 memandangkan Plaintif-Plaintif sebelum memfailkan permohonan ini telah melalui peguamcara mereka menghantar notis kepada Defendan untuk meminta persetujuannya bagi menamatkan pemilikan bersama hartanah-hartanah tersebut. [28] Selanjutnya Mahkamah Rayuan dalam kes Young Yean Chin & Ors v Quek Yak Kang & Ors [2016] 6 CLJ 860 memutuskan bahawa sekiranya pra syarat di bawah Seksyen 145 (1) (a) KTN 1965 dipenuhi, Mahkamah mempunyai budibicara untuk membenarkan permohonan. Ini boleh dilihat dalam penghakiman Abdul Aziz Abdul Rahim HMR seperti berikut :- “(1) Under s. 145 of the National Land Code, the court is empowered with a discretion to order the partition of any land owned under a co-proprietorship or to make S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 15 any order that the court thinks just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated. This provision is available to any of the co-proprietors who wanted to terminate the proprietorship but is facing a problem when any of the co-proprietors will neither join in nor consent to the making of the application for partition jointly owned by them as in the case herein.” [penekanan ditegaskan] [29] Budibicara Mahkamah samada untuk membenarkan atau menolak sesuatu permohonan di bawah Seksyen 145(1) KTN, 1965 tertakluk kepada fakta sesuatu kes tersebut. Alasan Bantahan Defendan Dalam Perenggan-Perenggan a, b Dan c [30] Mahkamah berpendapat ketiga-tiga alasan ini adalah berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, Mahkamah akan menimbangkannya sekaligus. [31] Menurut hujahan lisan peguam terpelajar Defendan sewaktu pendengaran, bekas peguamcara Defendan iaitu Tetuan Aimi Osman & Co ada menerima pelan cadangan untuk pecah bahagian tetapi bekas peguamcara Defendan tersebut tidak menjelaskan pelan tersebut secara menyeluruh kepada Defendan. [32] Adalah pendapat Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif tidak boleh ditanggungjawabkan ke atas kegagalan bekas peguamcara Defendan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada Defendan sebagai anakguam. S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 16 [33] Selanjutnya Mahkamah mendapati Defendan sendiri gagal untuk menghantar surat-menyurat kepada Plaintif-Plaintif atau peguamcara mereka mahupun menghubungi mereka untuk menanyakan mengenai pelan cadangan tersebut sekiranya Defendan kurang memahami atau memerlukan penjelasan mengenai pelan-pelan tersebut. [34] Nampaknya Defendan hanya mendiamkan diri sebelum permohonan ini difailkan di Mahkamah. [35] Faktor penting di sini adalah Defendan tidak mengemukakan sebarang cadangan balas kepada Plaintif-Plaintif dengan mengemukakan pelan cadangan pecah bahagaiannya sendiri. [36] Menurut hujahan lisan peguam terpelajar Plaintif-Plaintif sewaktu pendengaran, jenis kegunaan hartanah-hartanah tersebut adalah untuk penanaman kelapa sawit dan pada ketika ini ianya adalah ladang kelapa sawit dan hasilnya dikongsi bersama antara Plaintif-Plaintif dan Defendan mengikut bahagian masing-masing. [37] Menurut hujahan peguam terpelajar Plaintif-Plaintif lagi, Plaintif-Plaintif dan Defendan masing-masing tidak menghuni di atas hartanah tersebut yang hanya adalah ladang kelapa sawit. [38] Plaintif-Plaintif juga telah menyediakan dan mengemukakan pelan cadangan pecah bahagian hartanah-hartanah tersebut. [39] Pelot A dan Pelot B dalam pelan cadangan dicadangkan kepada Plaintif-Plaintif. Manakala Pelot C dicadangkan kepada Defendan. S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 17 [40] Ketiga-tiga pelan cadangan tersebut menunjukkan wujudnya rizab jalan bagi tujuan akses untuk ketiga-tiga pelot tersebut untuk keluar masuk ke jalan utama. [41] Defendan langsung tidak mengemukakan sebarang pelan cadangan balas untuk dipertimbangkan oleh Plaintif-Plaintif dan dibincangkan bersama Defendan. [42] Malah tiada keterangan langsung dikemukakan oleh Defendan untuk menunjukkan beliau ada menulis kepada Plaintif-Plaintif atau peguamcara mereka untuk memaklumkan keinginannya untuk memilih lokasi mana bagi bahagiannya dalam pelan cadangan Plaintif-Plaintif tersebut. [43] Nampaknya Defendan hanya mendiamkan diri selepas membalas notis tuntutan peguamcara Plaintif-Plaintif yang memintanya untuk berikan kerjasama bagi pecah bahagian hartanah-hartanah tersebut melalui notis bekas peguamcaranya. [44] Defendan juga tidak menghuraikan dalam Afidavitnya menentang permohonan Plaintif-Plaintif ini kenapa Defendan menyatakan Pelot C dalam hartanah-hartanah tersebut tidak strategik dan jauh daripada kemudahan fasiliti. [45] Hujahan Defendan bahawa cadangan lokasi yang diberikan kepada Defendan dalam pelan cadangan Plaintif-Plaintif tersebut adalah tidak strategik dan jauh daripada kemudahan fasiliti juga tidak berasas. Ini adalah kerana hartanah-hartanah tersebut adalah hanya ladang kelapa sawit sahaja yang lazimnya tidak mempunyai kemudahan fasiliti memandangkan ianya belum dibangunkan lagi. S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 18 [46] Menurut hujahan lisan peguam Defendan terpelajar sewaktu pendengaran, Defendan inginkan Pelot C bagi Lot 3820 dilokasi bahagian hadapan lot tersebut iaitu menghadap ke jalan utama. Manakala bagi Lot 8456 dan Lot 3858, Defendan juga inginkan Pelot C dilokasi hadapan kedua-dua lot ini dan bukannya di lokasi belakang. [47] Defendan langsung tidak mengemukakan keinginan ini dalam mana-mana Afidavitnya dengan menyatakan alasan-alasan kenapa Defendan inginkan lokasi di bahagian hadapan bagi ketiga-tiga lot tersebut. [48] Mahkamah mendapati keinginan Defendan ini tidak munasabah kerana sekiranya Plaintif-Plaintif ingin membangunkan Pelot dalam Lot 3820, adalah wajar pembangunan tersebut mengadap jalan utama dan bukan berada di bahagian belakang tanah Defendan yang masih kekal sebagai ladang kelapa sawit. [49] Begitu juga dengan Pelot B dalam Lot 8456 dan Lot 3858, adalah wajar untuk berada di bahagian hadapan memandangkan Plaintif-Plaintif juga berniat untuk membangunkannya pada masa akan datang. [50] Defendan pula setakat ini tiada cadangan untuk membangunkan hartanah-hartanah tersebut. [51] Malah sewaktu penghujahan, peguam terpelajar Plaintif-Plaintif ada maklumkan bahawa Plaintif-Plaintif bersetuju untuk Pelot C dalam Lot 8456 berada di bahagian hadapan supaya dapat dicantumkan bersama Pelot C Defendan dalam Lot 3820 untuk menjadikannya S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 19 sebagai satu bahagian hartanah Defendan yang lebih besar. Namun Defendan tidak bersetuju dengan cadangan ini. [52] Lebih-lebih lagi Defendan adalah hanya pemilik bahagian minoriti jika dibandingkan dengan pemilikan bahagian oleh Plaintif-Plaintif yang adalah pemilik majoriti. [53] Maka Defendan terpaksa akur dengan keputusan pemilik majoriti berkenaan lokasi bahagiannya sekiranya tiada persetujuan dicapai. [54] Mahkamah mendapati berdasarkan alasan-alasan ini, hujahan Defendan bahawa beliau tidak diberi pilihan untuk memilih lokasi yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan fasiliti harus ditolak. Alasan Bantahan Defendan Dalam Perenggan d [55] Defendan selanjutnya berhujah bahawa memandangkan Defendan akan diberikan Pelot C dalam pelan cadangan tersebut, maka nilai pasaran bahagian ini akan berbeza dengan bahagian-bahagian yang lain dan tidak adil bagi Defendan. [56] Dalam membuat bantahan ini, Defendan tidak menjelaskan dalam Afidavitnya samada nilai tersebut akan berbeza akibat saiz atau lokasi. [57] Dari segi saiz, sudah pasti apabila hartanah-hartanah tersebut dipecah bahagian, Defendan sebagai pemilik 1/9 bahagian hartanah-hartanah tersebut akan hanya berhak kepada nilai Pelot S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 20 C dalam hartanah-hartanah tersebut kerana Defendan tidak berhak kepada baki 8/9 bahagian lagi. [58] Sekiranya pun keseluruhan hartanah-hartanah tersebut dijual tanpa dipecah bahagian, Defendan masih hanya berhak kepada 1/9 bahagian hasil jualan nilai pasaran sahaja. [59] Selanjutnya nilai pasaran Pelot A dan Pelot B sudah pasti lebih tinggi memandangkan ianya adalah pelot-pelot yang lebih besar daripada Pelot C. [60] Manakala perbezaan nilai dari segi lokasi, Defendan langsung tidak mengemukakan sebarang keterangan penilaian dari jurunilai untuk menyokong hujahannya bahawa nilai bahagiannya akan berbeza dibandingkan dengan bahagian-bahagian yang lain. [61] Memandangkan hartanah-hartanah tersebut adalah ladang kelapa sawit dan belum dibangunkan lagi, maka Mahkamah percaya nilai Pelot-Pelot A, B dan C pada ketika ini adalah samarata atau tidak banyak berbeza. [62] Malah sekiranya Pelot-Pelot A dan B dalam hartanah-hartanah tersebut dibangunkan, sudah pasti nilai bahagian tanah Defendan dalam Pelot C akan naik dan ini akan manfaatkan Defendan. Alasan-Alasan Bantahan Dalam Perenggan Defendan e Dan f [63] Defendan berhujah bahawa sekiranya pembangunan pesat berlaku setelah proses pecah bahagian, ini akan membawa kepada S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 21 gangguan awam, gangguan kesihatan, pencemaran atau lain-lain faktor dan ini akan menjejaskan Defendan. [64] Tambahan Defendan lagi, perkara ini tidak pernah dibincangkan bersamanya. [65] Mahkamah mendapati bahawa sekiranya Defendan khuatir berkenaan kesan-kesan pembangunan, Defendan seharusnya menghantar notis kepada Plaintif-Plaintif mengenai isu ini dengan mengemukakan cadangan balas. Tiada sebarang notis langsung dihantar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif atau pun peguamcara mereka. [66] Selanjutnya, Mahkamah ambil maklum bahawa dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, pembangunan dan kesan-kesan pembangunan tidak dapat dielakkan. [67] Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi Defendan sebagai pemilik minoriti untuk menyekat Plaintif-Plaintif dari membangunkan hartanah-hartanah tersebut pada masa akan datang sekiranya pembangunan tersebut akan membawa manfaat, kemajuan dan menaikkan taraf kehidupan Plaintif-Plaintif dan keluarga mereka. [68] Plaintif-Plaintif yang telah pun menjangkau usia dalam lingkuan 50an dan 60an berhak untuk menikmati pembangunan hartanah-hartanah tersebut sewaktu riwayat hidup mereka. S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 22 Alasan Bantahan Defendan Dalam Perenggan g [69] Adalah nyata bahawa Defendan membantah permohonan ini sebagai pemilik berdaftar bersama. Namun bantahannya adalah tertakluk kepada budibicara Mahkamah menurut Seksyen 145(1) Kanun Tanah Negara 1965. Hujahan Undang-Undang Defendan [70] Sebagai menggulung hujahan, peguam terpelajar Defendan mengemukakan otoriti Mahkamah Tinggi iaitu kes Aishah Mohd Saman & yang lain v Kalsom Hj Mohamad Nor [2000] 2 CLJ 592 untuk meyakinkan Mahkamah supaya menolak permohonan Plaintif-Plaintif di sini memandangkan fakta kesnya serupa dengan fakta kes di hadapan Mahkamah dan Mahkamah Tinggi telah tidak membenarkan permohonan untuk penamatan pemilikan bersama. [71] Mahkamah tidak dapat menerima hujahan peguam terpelajar Defendan ini kerana kes Aishah Mohd Saman telah tidak dirujuk dan diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Datin Sohaila Adom (supra) dan Young Yan Chin (supra). Mahkamah ini adalah terikat dengan prinsip yang diputuskan dalam kedua-dua kes Mahkamah Rayuan tersebut. Keputusan [72] Walaupun Defendan gagal menghuraikan beberapa bantahan secara terperinci dalam Afidavitnya sebagaimana yang dinyatakan di atas, namun Mahkamah masih menimbangkannya untuk tujuan keadilan. S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 23 [73] Mahkamah mendapati bahawa daripada hujahan kedua-dua pihak, wujud satu kebuntuan antara Plaintif-Plaintif dan Defendan mengenai hala tuju hartanah-hartanah tersebut untuk masa akan datang. [74] Setelah menimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati Defendan tidak dapat meyakinkan Mahkamah kenapa Mahkamah tidak harus membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif. [75] Manakala Plaintif-Plaintif pula berjaya membuktikan bahawa berdasarkan fakta kes di hadapan Mahkamah, Mahkamah harus melaksanakan budi bicaranya untuk memberikan satu perintah di bawah Seksyen 145(1) Kanun Tanan Negara 1965 untuk menamatkan pemilikan bersama hartanah-hartanah tersebut. [76] Oleh yang demikian, permohonan Plaintif-Plaintif di sini dibenarkan. [77] Plaintif-Plaintif bersetuju untuk tidak memohon kos. Oleh yang demikian, Mahkamah memrintahkan tiada perintah terhadap kos. Bertarikh pada 4 April 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR A/L DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q April 4, 2023 24 Kaunsel : Bagi pihak Perayu/Defendan : Mohd Syafiq bin Datuk Bahtiar Bagi pihak Responden-Responden /Plaintif-Plaintif : Abdul Hadi bin Omar Peguamcara : Bagi pihak Perayu/Defendan Tetuan Syafiq Bahtiar & Co. Peguambela dan Peguamcara 26-2 (2nd Floor), Jalan 28/70A Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur [No. Ruj.: MSB/LAND/ROHANA/2021] Bagi pihak Responden-Responden/Plaintif-Plaintif Tetuan Hamdan Indah & Associates Peguambela dan Peguamcara No. 17, Tingkat 1, Jalan Perniagaan 1 Taman Pusat Perniagaan Jalan Bakri 84000 Muar Johor [No. Ruj.: HIA/CONV/LIT.01/10/2020/Su] Tarikh Pendengaran : 15 Disember 2023 Tarikh Keputusan : 4 April 2023 S/N c0hEg7/9hU2370jOujcf/Q