Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-20-07/2020, WA-45A-21-07/2020 & WA-45A-3-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45A-3-01/2021
High Court of Malaysia10 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA **Note : Serial number will be”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-20-07/2020, WA-45A-21-07/2020 & WA-45A-3-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
ABDUL WAHAB
2
KARIKHLAN A/L DORAISAMY
3
MUHAMMAD RAFIQ
4
MOHAMED ALI ZINNAH MD SAFI (NO. PASSPORT: TIADA) ALASAN PENGHAKIMAN S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA PENGENALAN [1] Pada 25.3.2019, bertindak atas maklumat, satu operasi telah dijalankan di Unit LG56 & 58 Kompleks Wilayah, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur (premis tersebut) oleh pasukan serbuan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Nilai Negeri Sembilan. Setelah pemerhatian dibuat, Pegawai Serbuan telah menahan seorang lelaki iaitu OKT1 di dalam premis tersebut yang sedang membuka gulungan kain berwarna ungu muda yang diambil dari sebuah kotak berbalut guni putih bernombor 624. Hasil pemeriksaan ke atas gulungan kain berwarna ungu muda tersebut, dijumpai bungkusan plastik lutsinar yang dilekatkan dengan pita pelekat berwarna kuning mengandungi serbuk putih disyaki dadah. Hasil ujian awal ke atas serbuk putih tersebut menunjukkan positif dadah jenis Ketamine. [2] Hasil pemeriksaan premis tersebut, menjumpai satu bag berwarna hitam merah bertulis Behlum Express yang didalamnya mengandungi dua bungkus plastik lutsinar yang dilekatkan dengan pita pelekat berwarna kuning mengandungi serbuk putih disyaki dadah dan passport milik OKT1. Hasil ujian awal ke atas serbuk putih tersebut menunjukkan positif dadah jenis Ketamine. [3] Kemudiannya, pasukan operasi telah mengeluarkan kesemua kotak yang berada di dalam premis tersebut dan dimuatkan ke dalam Lori Jabatan. Pegawai Serbuan bersama OKT1 telah menaiki Lori Jabatan tersebut menuju ke Gudang PioneerPac. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [4] Pada waktu yang sama, pasukan serbuan dari Polis Diraja Malaysia telah melakukan tangkapan terhadap OKT2, OKT3 dan OKT4 yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah ini di sekitar Kawasan Masjid India, Kuala Lumpur. [5] Selanjutnya, di gudang tersebut, OKT1 telah memberitahu bahawa kotak bernombor 599 hingga 679 telah diasingkan di bahagian tengah gudang. Pegawai Serbuan telah mengarahkan OKT1 untuk membuka mana-mana kotak di kalangan kotak yang telah diasingkan itu dan OKT1 telah memilih untuk membuka kotak bernombor 612. [6] Hasil pemeriksaan ke atas kotak bernombor 612 tersebut, terdapat bungkusan plastik lutsinar yang dilekatkan dengan pita pelekat berwarna kuning mengandungi serbuk putih disyaki dadah. Hasil ujian awal ke atas serbuk putih tersebut menunjukkan positif dadah jenis Ketamine. [7] Seterusnya, Pegawai Serbuan telah mengarahkan kesemua kotak milik OKТ1 yang berada di dalam gudang tersebut untuk dimuatkan ke dalam Lori Jabatan. Kedua-dua lori besama OKT1 telah dibawa ke Cawangan Narkotik, Kastam Diraja Malaysia, Kampung Jijan Tengah, Nilai, Negeri Sembilan. PERTUDUHAN [8] Orang Kena Tuduh (OKT) Abdul Wahab [OKT1], telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) kerana telah mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 987.6 gram. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [9] OKT1 juga bersama-sama Karikhlan a/l Doraisamy [OKT2], Muhammad Rafiq [OKT3] dan Mohamed Ali Zinnah Md Safi [OKT4] telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 126,502 gram dan 63,790 gram. [10] Bagi kes WA-45A-20-07/2020, OKT1 mempunyai satu pertuduhan seperti berikut:- (tuduhan pertama) “Bahawa kamu pada 25 Mac 2019, jam lebih kurang 4.30 petang di premis tanpa nama beralamat di LG 56 & 58, Kompleks Wilayah, Jalan Munshi Abdullah di dalam Daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 987.6 gram dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [11] Bagi kes WA-45A-21-07/2020, OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 mempunyai satu pertuduhan seperti berikut:- (tuduhan kedua) "Bahawa kamu dengan niat bersama pada 25 Mac 2019, jam lebih kurang 4.30 petang di premis tanpa nama beralamat di LG 56 & 58, Kompleks Wilayah, Jalan Munshi Abdullah di dalam Daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 126,502 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [12] Bagi kes WA-45A-3-01/2021 pula, OKT1, OKT2, OKT3 dan OKT4 mempunyai satu pertuduhan seperti berikut:- (tuduhan ketiga) “Bahawa kamu dengan niat bersama pada 25 Mac 2019, jam lebih kurang 10.30 malam di premis Gudang PioneerPac Sdn. Bhd. beralamat di No. 15, Jalan Sungai Sama Gagah 18E/KS5, Taman Teluk Gedung Indah di dalam Daerah Klang dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 63,790 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [13] Bagi membuktikan tuduhan pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT1 mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT1 telah mengedar dadah berbahaya tersebut. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [14] Bagi membuktikan tuduhan kedua dan ketiga, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. Kesemua OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut: iii. Kesemua OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut; dan iv. Kesemua OKT mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [15] Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas dari OKT dan disahkan dadah berbahaya oleh ahli kimia yang menjalankan analisis. KES PENDAKWAAN Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya [16] Untuk membuktikan elemen ini pihak pendakwan telah mengemukakan SP8 ahli kimia yang telah menjalankan analisis terhadap semua bahan di dalam 77 bekas plastik yang diterima dari SP19 pegawai penyiasat. [17] Melalui keterangan lisan dan Penyataan Saksi, SP8 mengesahkan bahawa:
17
17.1 kandungan 25 bekas plastik bertanda RE1-RE25;
17
17.2 kandungan 51 bekas plastik bertanda RD1-RD51; dan 17.2 kandungan 1 bekas plastik bertanda RD. Mengandungi Ketamine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [18] SP8 juga telah mengemukakan 3 laporan kimia iaitu P22, P23 dan P24 yang telah mengesahkan jenis dan berat dadah hasil dari analisis yang dijalankan olehnya. [19] Keterangan SP8 berkaitan hasil analisis yang dijalankan olehnya tidak dicabar. [20] Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.” [21] Berpandukan kepada keputusan kes di atas, Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP1 tentang jenis dan berat dadah yang dianalisis oleh beliau kerana tidak wujud sebarang sebab untuk Mahkamah memutuskan sebaliknya memandangkan keterangan SP1 bukanlah S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA sesuatu yang ‘inherently incredible’ dan OKT juga tidak mengemukakan sebarang keterangan rebuttal dari pakar lain. Bahan yang disahkan sebagai Ketamine oleh SP8 merupakan bahan yang sama yang dirampas oleh SP7 dan dikemukakan di Mahkamah [22] Berdasarkan kepada kombinasi keterangan SP7 (Pengadu), SP19 (Pegawai Penyiasat) dan SP8 (Ahli Kimia) yang telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang mereka buat pada barang kes dadah serta keterangan dokumentar (gambar barang kes dadah, senarai bongkar) yang dikemukakan, menunjukkan penjagaan dan perjalanan eksibit-eksibit ini dari masa dirampas sehinggalah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini tidak pernah terputus. Mahkamah dengan ini mendapati bahawa dadah yang dirampas ketika serbuan adalah merupakan dadah yang telah dianalisis oleh SP8, dan sama seperti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah bagi kes ini. Oleh itu, rantaian keterangan berkaitan dadah yang dirampas tidak terputus. (there was no break in the chain of exhibits). Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489. OKT mempunyai milikan dadah berbahaya (tuduhan pertama) [23] Kombinasi keterangan SP6 dan SP7 jelas menunjukkan bahawa hasil pemerhatian yang telah dibuat oleh SP7 dan pasukan, premis LG56 dan LG58 di Kompleks wilayah hanya diakses oleh OKT1 seorang sahaja. Ketika serbuan dibuat pada jam lebih kurang 4.15 petang 25.3.2019, S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA keadaannya adalah sama di mana OKT1 berseorangan di premis tersebut. [24] Keterangan juga menunjukkan yang di dalam beg Behlum di mana dadah Ketamine (P499 a & b) ditemui, pasport di atas nama OKT1 juga turut ditemui. [25] Beg Behlum ini ditemui bersebelahan dengan tempat OKT1 ditahan. [26] Keterangan pihak pendakwaan juga menunjukkan bahawa, pada 14.3.2019, OKT1 telah berjumpa dengan SP12 bagi urusan pembayaran deposit penyewaan premis LG 56 & 58 di Kompleks Wilayah. Menurut SP12, ketika premis ini disewakan kepada OKT1, ianya dalam keadaan kosong. Keempat-empat OKT mempunyai milikan dadah berbahaya (tuduhan kedua dan ketiga) [27] Dalam serbuan di premis yang sama, SP7 dan pasukan juga telah merampas sebanyak 70 kotak yang kemudiannya disahkan di dalamnya mengandungi dadah Ketamine. [28] 70 kotak ini disahkan adalah sebahagian daripada barangan yang dibawa masuk menggunakan kontena dari Pakistan dan ditempatkan di premis tempat serbuan kedua iaitu di gudang PioneerPac Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 15, Jalan Sungai Sama Gagah 18E/KS5, Taman Teluk Gedung Indah, Klang. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [29] Menurut SP13 & SP16, 70 kotak ini telah dipilih oleh OKT1 dari keseluruhan kotak yang tiba dengan 2 kontena dari Pakistan. [30] SP7 mengesahkan 51 dari 70 kotak-kotak ini mengandungi dadah Ketamine yang membawa kepada pertuduhan kedua. Satu laporan polis Dang Wangi Report 8209/19 (P55) telah dibuat oleh SP7 berkaitan tangkapan dan rampasan ini. [31] Seterusnya, lanjutan daripada serbuan ini, satu lagi serbuan telah dibuat di gudang PioneerPac Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 15, Jalan Sungai Sama Gagah 18E/KS5, Taman Teluk Gedung Indah, Klang pada jam lebih kurang 9.30 malam. Hasil serbuan ini, sebanyak 27 kotak yang mana 25 darinya mengandungi dadah Ketamine telah dirampas. Selain dari itu sebanyak 606 kotak lain juga telah dirampas tetapi setelah diperiksa didapati tidak mengandungi dadah berbahaya. [32] Rampasan di gudang PioneerPac ini membawa kepada pertuduhan ketiga. [33] Pada tarikh yang sama jam lebih kurang 4.40 petang, SP3 telah menjalankan tangkapan terhadap OKT2, OKT3 dan OKT4 di hadapan kedai ALISCREDIT Jalan Bunus Off Jalan Masjid India Kuala Lumpur atas arahan SP18. Kesemua tangkapan ini telah diserahkan kepada SP19 pada jam lebih kurang 7.00 pagi 26.3.2019. [34] Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan. [35] Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusions that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.” S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [36] Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [37] YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a commons sense approach.” [38] Berdasarkan petikan kes-kes di atas, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain. [39] Menurut SP7, pada hari kejadian, beliau bersama pasukan pegawai kastam yang dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diletakkan di empat lokasi berbeza talah membuat pemerhatian ke atas Gudang PioneerPac dan Kawasan sekitarnya. [40] Selepas lebih kurang 1 jam pemerhatian dibuat, telah nampak OKT1 tiba di Gudang tersebut dan telah berjumpa pekerja di Gudang tersebut dan seterusnya bergerak ke kotak-kotak berbalut guni putih. OKT1 seterusnya telah memilih dan mengasingkan beberapa kotak di S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA bahagian tengah Gudang dan mengarahkan pekerja Gudang memasukkan kotak-kotak yang dipilih itu ke dalam lori no. BKS6589. [41] Lori ini telah bergerak ke Kuala Lumpur dan berhenti di loading bay Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur. Ketika lori ini bergerak ke Kuala Lumpur, OKT1 telah menaiki kenderaan GRAB dan menuju destinasi yang sama. [42] Hasil pemantauan, SP7 mendapati kesemua kotak yang berada dalam lori BKS6589 telah diangkat turun dan dipindahkan ke unit LG 56 & 58 Kompleks Wilayah iaitu lokasi serbuan pertama. [43] Menurut SP7 lagi, setelah selesai kotak-kotak ini dipindahkan, OKT1 telah menutup lampu dan mengunci premis ini dan bergerak meninggalkan premis ini. Semasa ketiadaan OKT1, SP7 telah meneruskan pemerhatian ke atas premis ini dan mengesahkan tiada sesiapa memasukinya. [44] Pada jam lebih kurang 4 petang, OKT1 dilihat memasuki semula premis ini dan 15 minit kemudian SP7 dan pasukan telah menyerbu masuk dan menahan OKT1 serta merampas barang-barang seperti yang dinyatakan dalam perenggan [24] dan [27] di atas. [45] Pemeriksaan ke atas OKT1 juga membawa kepada penemuan beberapa dokumen iaitu P70, P72, P73 dan P74 dari dalam poket seluar yang dipakai OKT1. Dokumen-dokumen ini menunjukkan perjalanan kotak-kotak yang dirampas adalah dari Pakistan ke Malaysia. Turut dirampas adalah P63(a-c) iaitu kertas dengan tulisan tangan catitan S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA nombor-nombor yang sama dengan nombor yang tercatat pada guni yang membaluti kotak yang dirampas di lokasi serbuan pertama. [46] Setelah selesai urusan di lokasi ini, SP7 bersama pasukan telah melakukan serbuan kedua di gudang PioneerPac yang membawa kepada rampasan sebanyak 27 kotak yang telah sedia diasingkan yang berada di bahagian tengah gudang tersebut. Dari 27 kotak ini, sebanyak 25 kotak disahkan mengandungi dadah Ketamine. [47] Selain dari itu, sebanyak 606 kotak lain juga telah dirampas tatapi tiada barang salah ditemui didalamnya. DAPATAN MAHKAMAH [48] Bagi pertuduhan pertama, adalah jelas berdasarkan kepada keterangan SP7 yang OKT1 mempunyai jagaan/kawalan fizikan terhadap Ketamine yang ditemui dalam beg Behlum yang jelas adalah milik OKT1. Penemuan paspot (P59) atas nama OKT1 membukti bahawa OKT1 bukan sekadar mempunyai jagaan/kawalan ke atas Ketamine yang ditemui, justeru, ia juga menunjukkan yang OKT1 mempunyai pengetahuan tentangnya. [49] Dalam keadaan ini, saya berpuas hati dan memutuskan yang elemen milikan dalam pertuduhan pertama telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung terhadap OKT1. [50] Seterusnya, bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, sekali lagi keterangan SP7 adalah relevan dan menjadi asas kepada kes pendakwaan. Pemerhatian yang dilakukan oleh SP7 di sepanjang masa S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA di lokasi kedua dan pertama jelas menunjukkan bagaimana OKT1 mempunyai kawalan/jagaan terhadap kotak-kotak yang dirampas dan disahkan mengandungi dadah Ketamine. [51] Tindakan OKT1 dalam mengawal dan menentukan kotak-kotak mana yang perlu dipindahkan ke Kompleks Wilayah (70 kotak) dan kotak-kotak mana yang diasingkan dan diletakkan di bahagian tengah gudang
27
kotak, berasingan dari 606 kotak yang disahkan tidak mengandungi dadah Ketamine menunjukkan yang OKT1 mempunyai kawalan/jagaan terhadap kotak-kotak ini. Berasaskan kepada fakta yang sama juga, satu inferens boleh dibuat bahawa OKT1 sememangnya mempunyai pengetahuan tentang dadah Ketamine yang ada dalam kotak-kotak tersebut. [52] Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan keterangan yang menunjukkan deskripsi dadah Ketamine yang ditemui dan bagaimana ianya dibalut dalam gulungan kain dalam kotak-kotak ini adalah sama bagi ketiga-tiga pertuduhan. [53] Manakala terhadap OKT2, OKT3 dan OKT4 pula, dari keterangan SP19 (Pegawai Penyiasat) menunjukkan OKT3 telah membuat bayaran tunai di mesin ATM di 3 buah bank yang berbeza sepertimana rakaman CCTV (P571) merujuk kepada 4 transaksi ke dalam akaun CIMB Bhd. atas nama Zahara Corporation (M) Sdn. Bhd. berjumlah RM18,000.00, P576 merujuk kepada 1 transaksi ke dalam akaun bank Affin di atas nama Muhammad Ali berjumlah RM4150.00 dan P580 merujuk kepada 1 transaksi ke dalam akaun HSBC atas nama Saravanan Sivalingam berjumlah RM2500.00. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [54] Kesemua bayaran ini adalah bagi tujuan kedua-dua kontena dalam kes ini dilepaskan daripada kastam dan ejen forwarding. [55] Rakaman CCTV juga menunjukkan yang OKT3 memakai topi dan penutup muka adalah satu usaha untuk mengelakkan identitinya diketahui. [56] Hal keadaan pada hemat saya, memenuhi kehendak seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menunjukkan OKT3 ada niat bersama dengan OKT1 dalam melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan kedua dan ketiga. Rujuk kes Sabarudin bin Non & Ors v PP [2005] 1 CLJ 466 dan Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 6 MLJ
227
[57] Oleh yang demikia,n diputuskan bahawa elemen milikan telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT3 melalui keterangan langsung bagi pertuduhan kedua dan ketiga. [58] Terhadap OKT2 dan OKT4 pula, saya memutuskan bahawa elemen yang dikemukakan adalah tidak mencukupi untuk menunjukkan yang mereka berdua mempunyai milikan dan mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan kedua dan ketiga. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut [59] Manakala bagi elemen pengedaran, memandangkan dadah yang terlibat adalah Ketamine, maka andaian statutori pengedaran adalah tidak terpakai. Oleh itu, pihak pendakwaan perlu membuktikan pengedaran sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 2 Akta. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [60] Dari keterangan yang dikemukakan, keadaan dadah Ketamine dalam gudang yang dibungkus di dalam plastik yang kemudiannya disorok di dalam bingkai kayu yang kemudiannya dibaluti oleh fabrik ataupun kain di dalam kotak yang berbalut guni membolehkan satu inferen dibuat yang ia adalah untuk tujuan pengedaran. Tambahan pula, dalam kes pada hari ini, dadah Ketamine ini dibawa masuk ke Malaysia menggunakan 2 kontena dari luar negara. Rujuk kes Shagul Ameed Sheik Dawood v Public Prosecutor [2006] 5 MLJ 415 (Mahkamah Rayuan). [61] Oleh itu, saya memutuskan yang keadaan ini termasuk dalam definasi pengedaran di bawah seksyen 2 Akta iaitu mengimpot (importing) dan menyembunyikan (consealing), maka elemen pengedaran bagi tuduhan kedua dan ketiga telah dibuktikan. [62] Bagi tuduhan pertama pula, OKT1 telah menyimpan 2 bungkus dadah Ketamine di dalam beg Behlum yang di dalamnya turut ditemui paspot atas namanya sendiri. Menyimpan (keeping) adalah termasuk dalam tafsiran pengedaran. [63] Selain dari itu, OKT1 juga mengaku sebagai wakil kepada konsaini untuk 2 kontena dalam kes ini. Pengikraran Borang K1 juga telah OKT1 sempurnakan dan OKT1 telah menerima kotak-kotak yang mengandungi dadah Ketamine. Maka aktiviti penerimaan (receiving) yang merupakan salah satu tafsiran pengedaran telah berjaya dibuktikan. [64] Dalam keadaan ini , elemen pengedaran telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 bagi tuduhan pertama. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [65] Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 dan Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [66] Dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, saya memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan iaitu terhadap OKT1 bagi pertuduhan pertama dan terhadap OKT1 dan OKT3 bagi pertuduhan kedua dan ketiga. [67] OKT1 dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya manakala OKT3 diperintahkan untuk membela diri bagi pertuduhan kedua dan ketiga. [68] OKT2 dan OKT4 dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan kedua dan ketiga yang dikenakan tanpa dipanggil untuk membela diri. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA KES PEMBELAAN [69] Kedua-dua OKT1 dan OKT3 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT1 telah mengemukakan 4 orang sebagai saksi pembelaan manakala OKT3 memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi. [70] Pembelaan OKT1 secara ringkasnya:
Preamble
Menurut OKT1 yang merupakan seorang warganegara Pakistan, ini adalah kali pertama dia datang ke Malaysia. OKT1 menafikan mempunyai sebarang pengetahuan yang kotak-kotak ini mengandungi dadah Ketamine kerana tidak terlibat dalam proses penyediaan kotak-kotak ini sebelum dihantar ke Malaysia. Kali pertama melihat kotak-kotak ini adalah ketika ia dipunggah di Gudang PioneerPac. Dan di sini dapat dilihat bahawa cara pembungkusan kotak-kota ini adalah cara biasa ianya dibuat di Pakistan. OKT1 hanya diberitahu oleh kenalannya Lucky Ali (LA) yang meminta bantuannya untuk mengendalikan shipment ini iaitu barangan fabrik tekstil dan comforter bagi pihak kawannya bernama Muhamad Ali yang juga dikenali sebagai Latif dan sebagai balasan, LA telah memberinya USD2,500.00. OKT1 bersetuju menerima tawaran ini kerana beranggapan ini adalah satu peluang keemasan buatnya untuk melawat Malaysia buat pertama kali dan juga kesempatan untuknya mencari peluang S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA untuk mengembangkan perniagaan tekstilnya yang dijalan bersama anaknya, SD3. Pemergiannya ke Malaysia telah dimaklumkan kepada SD4 iaitu rakannya yang kebetulannya akan bercuti di Thailand dan Malaysia pada sekitar bulan Februari dan merancang untuk berjumpa di Malaysia sekiranya berkesempatan. OKT1 telah memasuki Malaysia secara sah pada 12.3.2019 dan keesokan hari telah berpindah ke City Inn Hotel di mana SD4 dan seorang rakannya bernama Asif menginap. Sementara menunggu berita tentang bila shipment ini akan sampai, OKT1, SD4 dan Asif telah melawat tempat-tempat kunjungan pelancong di Malaysia. Rujuk D627 (1-4) iaitu gambar tempat-tempat yang dilawati. OKT1 menjelaskan yang P63 adalah senarai kotak-kotak yang ditulis di Gudang PioneerPac berkaitan kotak-kotak yang dimaklumkan kepadanya hilang. Manakala P587 pula adalah gambar helaian kertas yang ditulis oleh SP15 di PioneerPac pada 22.3.2019 yang dihantar kepada Ali Cargo untuk memaklumkanya tentang kotak-kotak yang hilang. OKT1 juga menafikan wujudnya dadah Ketamine di dalam beg Behlum (P79) yang dirampas oleh SP7, sebaliknya hanya mengandungi paspotnya, 1 pengecaj telefon, ear phones, sedikit wang tunai, resit-resit hotel dan senarai kotak yang ditulis olehnya selepas dia menghitung jumlah kotak pada 22.3.2019. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA SD2 pula adalah pemandu kereta yang membawa OKT1 sebanyak 4 kali iaitu pada 20, 21, 22 dan 25.3.2019 dan tidak mengenali OKT1 sebelum dari itu. SD3 adalah anak perempuan OKT1 yang mengesahkan bahawa mereka memang ada menjalankan perniagaan tekstil di Pakistan sebelum OKT1 ditangkap dan mempunyai pengetahuan tentang pemergian OKT1 ke Malaysia atas tawaran oleh Lucky Ali. SD4 juga mengesahkan ada berjumpa OKT1 dan OKT1 telah berpindah ke hotel yang sama dengannya dan ada melawat tempat-tempat perlancongan seperti yang dinyatakan oleh OKT1. SD4 juga mengakui ada terserempak dengan OKT3 sebanyak 2 kali selepas berjumpa kali pertama pada 13.3.2019. SD5 yang merupakan seorang Jurubahasa telah menterjemahkan 14 klip audio yang diterima oleh pihak pembelaan dari pihak pendakwaan. Klip audio ini merupakan pesanan suara antara Ali Cargo dan Latif menunjukkan yang Latif adalah individu yang bertanggungjawab terhadap shipment ini dan bukannya OKT1. Rujuk D640, d641A dan D641B. [71] Pembelaan OKT3 adalah seperti berikut: OKT3 adalah seorang warganegara Pakistan, bekerja sebagai trading broker, membeli barang seperti sabun, minyak kelapa, perabot terpakai dan lain-lain, di Malaysia untuk diekspot ke Pakistan. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA OKT3 tidak memiliki sebarang syarikat di Malaysia dan hanya mendapat komisen dari urusan trading yang dijalankan. Mendakwa biasa berurus niaga dengan OKT2 dan biasanya berkongsi komisen hasil dari trading yang mereka sama-sama jalankan.
Preamble
Menurut OKT3 lagi, dia ditangkap bersama OKT2 dan OKT4 selepas mereka selesai makan dan sedang berbincang tentang perniagaan yang merupakan rutin biasa mereka. Selepas ditangkap, baru tahu tentang kes dadah ditemui dalam fabrik tekstil yang diimpot dari Pakistan. OKT3 mengaku ada pengetahuan tentang fabrik tekstil yang diimpot oleh Latif yang merupakan kawannya di Pakistan yang menjalankan perniagaan shipment dan logistik. Menurutnya, Latif ada memaklumkan kepadanya yang kawan Latif bernama Muhamad Ali akan membantu menguruskan shipment fabrik tekstil dan comforter. OKT3 mengakui, atas permintaan, Latif telah mendepositkan wang tunai bagi pihak Latif kerana dimaklumkan yang pekerja Latif bernama Farid tidak dapat memindahkan wang melebihi RM5,000.00 kerana terdapatnya had pemindahan wang atas talian yang melebihi RM5,000.00. Wang yang didepositkan diterima dari Farid secara tunai dan bukan kepunyaannya. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA Berkaitan gambarnya yang sedang melakukan transaksi di mesin ATM, OKT3 mendakwa cara pemakaian, pakaiannya adalah sesuatu yang normal baginya dan dia memakai topi kerana kepalanya botak dan bukannya suatu usaha untuk menyembunyikan identitinya. OKT3 juga mendakwa tidak mengenali OKT1. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [72] Adalah menjadi tugas Mahkamah, selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt) (rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [73] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [74] Saya telah meneliti dan memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah pada hari termasuk keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT1 dan OKT3. [75] Bagi OKT1, saya tidak dapat menerima versi yang dikemukakanya kerana adalah agak sukar untuk mempercayai yang seorang yang biasa menjalankan perniagaan membawa masuk/mengekspot barangan dari luar negara untuk menyerahkan urusan ini kepada seorang yang hanya dikenali melalui kawan, lebih-lebih lagi individu ini tidak pernah datang ke negara di mana konsaimen dihantar. [76] Selain dari itu, Latif sebagai seorang yang telah biasa menjalankan aktiviti ini sudah semestinya mempunyai kenalan/rakan perniagaan yang sememangnya based di Malaysia dan boleh menguruskan perkara ini tanpa perlu untuk meminta seorang individu yang tidak dikenali secara peribadi dan tidak pernah menjejakkan kaki di Malaysia untuk menjadi wakilnya bagi urusan penerimaan barang-barang yang diekspot. [77] OKT3 dalam keterangannya mendakwa dirinya sebagai seorang kawan kepada Latif, oleh itu agak pelik mengapa Latif tidak menghubungi OKT3 untuk urusan ini sedangkan OKT3 sememangnya telah berada di Malaysia. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [78] Selain dari itu, keterangan yang menunjukkan bahawa OKT1 telah memilih dan mengasingkan kotak-kotak tertentu untuk dihantar ke Kompleks Wilayah dan yang diasingkan di bahagian tengah gudang PioneerPac juga tidak dapat dijelaskan oleh OKT1 dengan sewajarnya. [79] Pembelaan OKT3 juga lebih berbentuk penafian semata-mata. Dakwaan yang OKT3 membantu Latif untuk membuat bayaran selepas menerima wang tunai dari pekerja Latif bernama Farid juga mengundang persoalan. Jika Farid yang merupakan pekerja Latif boleh membawa dan memberikan wang tunai kepada OKT3 untuk didepositkan ke dalam akaun melalui mesin ATM, mengapa Farid sendiri tidak mendepositkannya sendiri wang tunai tersebut. [80] Seperkara lagi, keraguan dakwaan ini juga timbul kerana had pindahan wang tunai melalui talian boleh diubah mengikut keperluan pemilik akaun dan had RM5000.00 ini jika benar boleh diubah kepada jumlah yang lebih tinggi. [81] Dalam keadaan ini, saya memutuskan bahawa, pembelaan kedua-dua OKT1 dan OKT3 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [82] Oleh itu, saya memutuskan yang pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melepasi batasan kemungkinan yang munasabah terhadap OKT1 bagi tuduhan pertama dan terhadap OKT1 dan OKT3 bagi tuduhan kedua dan ketiga. S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA [83] OKT1 dengan ini didapati bersalah atas kesalahan sepertimana pertuduhan pertama, kedua dan ketiga. [84] OKT3 dengan ini didapati bersalah atas kesalahan sepertimana pertuduhan kedua dan ketiga. HUKUMAN [85] Dalam rayuan mitigasi yang dihujahkan oleh Peguambela OKT1 dan OKT3, menyatakan bahawa kedua-dua adalah pesalah pertama dan masing-masing berusia 60 dan 52 tahun serta memohon supaya tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati. [86] Timbalan Pendakwa Raya pula berhujah bahawa kesalahan ini adalah amat serius lebih-lebih lagi ia melibatkan jumlah dadah Ketamine yang besar kuantitinya. Tertuduh yang terlibat juga warganegara asing yang menggambarkan mereka tidak menghormati undang-undang negara ini serta faktor kepentingan awam mestilah diberikan keutamaan. Dihujahkan juga yang keadaan ini adalah keadaan yang sesuai untuk kedua-dua OKT dikenakan hukuman gantung sampai mati. [87] Setelah memberikan pertimbangan terhadap hujahan kedua-dua pihak, saya dengan ini mensabitkan OKT1 bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan dan mensabitkan OKT3 bagi pertuduhan kedua dan ketiga dan menjatuhkan hukuman seperti berikut: S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA OKT1 dikenakan hukuman gantung di leher sehingga mati bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga. OKT3 dikenakan hukuman gantung di leher sehingga mati bagi pertuduhan kedua dan ketiga. Bertarikh : 05 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA Pihak-Pihak:- Bagi pihak : Syazwani binti Zawawi & Pendakwa Raya Muhammad Amin bin Azmi Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bagi pihak Tertuduh 1 : Puan Sri N. Saraswathy Devi Venkateswari a/p Tan Sri P. Alagendra Raja Rajesvari a/p Tan Sri P. Alagendra & Premanathan Gunasegaran Tetuan N. Saraswathy Devi Bagi pihak Tertuduh 2 : Muhammad Amirul bin Jamaluddin Tetuan Salehuddin Saidin & Assoc Bagi pihak Tertuduh 3 : A S Dhaliwal Selvaraja a/l Chinniah Devinder Kaur Tetuan A S Dhaliwal Bagi pihak Tertuduh 4 : Rajpal Singh A/L Mukhtiar Singh Siti Anis Binti Che Ab Wahab & Tiew Poh Nee Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu S/N /Rlc9h3/oUKcavgThq8spA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.