Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-9-03/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN
KA-45A-9-03/2021
High Court of Malaysia29 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“atu. Sebagaimana dihujahkan oleh pembelaan, tiada penjelasan diberikan oleh mana-mana saksi pendakwaan berkenaan perbezaan ini. [49] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number w”
“untuk membuktikan bahawa koordinat dalam pertuduhan adalah koordinat yang tepat dan merupakan perairan Malaysia. Sebagaimana diputuskan dalam kes Taza bin Tarji v Public Prosecutor and another appeal [2020] MLJU 1794, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keterangan SP2 telah disokong oleh koordinat dan gamba”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-9-03/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN
1
Ketiga-tiga OKT telah dituduh bersama-sama melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 25 Julai 2020, jam lebih kurang 11.35 malam, bertempat di atas sebuah bot jenis kayu tiada nombor pendaftaran di kedudukan garis lintang 05 darjah 59.944 minit Utara dan garis bujur 099 darjah 04.321 minit Timur pada jarak 20.2 batu nautika dari daratan terhampir di Pulau Perak, Kedah, di dalam S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perairan Malaysia, telah mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 77,283.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, setelah Mahkmah ini mendengar dan membuat penelitian maksima ke atas semua keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan eksibit-eksibit yang telah dikemukakan, serta hujahan-hujahan oleh kedua-dua pihak Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT pada tahap prima facie dan telah melepas dan membebaskan ketiga-tiga OKT tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan.
4
Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 25.7.2020 jam lebih kurang 11.30 malam, Pengadu (SP5) bersama 4 orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (“APMM) yang sedang membuat rondaan Operasi Aman/Operasi Benteng dengen menaiki Bot Kilat 3 bersama Bot Petir 81, telah menerima panggilan daripada Pusat Operasi Matirim Negeri Kedah dan Perlis (“PUSOP”) melalui radio memaklumkan terdapat 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedah, Malaysia di kedudukan garis lintang 06 darjah 08.14 Utara dan garis bujur 099 darjah 02.49 Timur.
6
Pengadu telah mengemudikan Bot Kilat 3, dan bersama-sama dengan Bot Petir 81 menuju ke lokasi yang telah dimaklumkan. Semasa dalam perjalanan ke lokasi tersebut, pada jam lebih kurang 11.35 malam, anggota kedua-dua Bot telah terserempak dengan 2 buah bot yang sedang berada dalam keadaan bergelap yang kelihatan mencurigakan di kedudukan garis lintang 05 darjah 59.944 Utara dan garis bujur 099 darjah 04.321 Timur lebih kurang 20.2 batu nautika Timur Laut Pulau Perak, Kedah. Pengadu dapati kedua-dua bot kayu tersebut sedang berapung dan tidak melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan. Pengadu kemudiannya telah mengambil lampu suluh dan menghalakan ke arah salah sebuah bot kayu tersebut (“bot kayu pertama”) dan kelihatan 3 orang lelaki.
7
Pengadu kemudianya terus menghampiri dan merapat bot kayu tersebut dan memperkenalkan diri sebagai anggota APMM lalu mengarahkan 3 lelaki yang berada di atas bot kayu pertama tersebut untuk memberi kerjasama untuk diperiksa. Pengadu kemudiannya mengarahkan 2 orang anggota beliau untuk menaiki bot kayu pertama tersebut bagi mengawal bot dan 3 orang lelaki tersebut. Kemudian, Pengadu telah membantu Bot Petir 81 mengejar satu lagi bot kayu tersebut (“bot kayu kedua”) selama lebih kurang 10 minit. Selepas Bot Petir 81 berjaya menahan bot kayu kedua tersebut, Pengadu bergerak semula ke arah bot kayu pertama bagi tujuan pemeriksaan. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
8
Setibanya di bot kayu pertama tersebut, Pengadu telah melakukan pemeriksaan ke atas 3 orang lelaki tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati mereka adalah warganegara Indonesia iaitu OKT1, OKT2 dan OKT3 melalui pengakuan lisan dan ketiga-tiga mereka tiada dokumen perjalanan yang sah.
9
Selanjutnya pemeriksaan oleh Pengadu terhadap bot kayu pertama tersebut menemui satu guni berwarna pudar berbelang biru dan merah di bahagian hadapan dan 1 lagi guni berwarna kuning pudar berbelang biru dan merah di bahagian belakang bot kayu pertama tersebut. Pengadu telah membuka salah satu guni tersebut di hadapan ketiga-tiga OKT dan mendapati terdapat ketulan mampat daun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja.
10
Pengadu kemudiannya telah merampas kedua-dua guni tersebut bersama kandungannya dan menangkap ketiga-tiga OKT lalu memindahkan tangkapan dan rampasan barang kes ke Bot Kilat 3 untuk dibawa balik ke Jeti APMM Langkawi. Bot kayu pertama tersebut ditambat di bahagian sisi bot Kilat 3 untuk ditunda ke Jeti APMM Langkawi.
11
Pada 26.7.2020, jam lebih kurang 2.35 pagi, semasa menunda bot kayu pertama tersebut, keadaan cuaca bertukar menjadi ribut kuat, angin kencang dan laut bergelora. Bot kayu pertama tersebut mula dimasuki air dengan cepat menyebabkan bot kayu pertama tersebut pecah dan mulai tenggelam pada kedudukan lebih kurang 40 batu nautika dari daratan Pulau Langkawi. Pengadu telah mengarahkan anggota beliau untuk melepaskan tali tunda pada bot kayu pertama S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut untuk tidak membahayakan keselamatan anggota Bot Kilat 3, barang rampasan dan tangkapan 3 orang OKT.
12
Setelah bot kayu pertama tersebut tenggelam sepenuhnya, Bot Kilat 3 telah meneruskan perjalanan menuju ke Jeti APMM Langkawi bersama barang rampasan dadah dan ketiga-tiga OKT.
13
Apabila Bot Kilat 3 tiba di Jeti APMM Langkawi, Pengadu dan anggota beliau telah memindahkan barang rampasan dadah ke satu bilik di Pejabat Operasi APMM Langkawi. Pengadu kemudiannya menyediakan Borang Bongkar dan Sita (eksibit P171), lalu pergi ke Balai Polis Padang Matsirat, Langkawi untuk membuat laporan polis berhubung rampasan dan tangkapan yang dibuat sebagaimana laporan polis Pdg Matsirat/001266/20 (eksibit P172). Pengadu menganggarkan berat barang rampasan dadah adalah lebih kurang 150 kg berdasarkan kepada berat yang Pengadu rasa semasa Pengadu mengangkat barang rampasan dadah dari Bot Kilat 3 ke Jeti APMM Langkawi, yang pada ketika itu dalam keadaan basah dengan air laut dan air hujan.
14
Setelah selesai membuat laporan polis, Pengadu telah membuat timbangan dan penandaan barang rampasan dadah dengan menggunakan penimbang yang dibekalkan oleh APMM dan mendapati berat adalah lebih kurang 75 kilogram. Tandaan pada barang kes yang dibuat oleh Pengadu adalah seperti berikut: a) 1 guni berwarna kuning pudar berbelang warna biru dan merah ditanda ‘A’ (eksibit P178) dan kandungannya 40 ketulan kecil plastik lutsinar ditanda A1 sehingga A40; dan S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) 1 guni berwarna kuning pudar berbelang warna biru dan merah ditanda ‘B’ (eksibit P180) dan kandungannya 35 ketulan kecil plastik lutsinar ditanda B1 sehingga B35.
15
Pengadu telah menyerahkan tangkapan dan Borang Akuan Serah Terima Tangkapan (eksibit P173) kepada Pegawai Penyiasat (SP6) pada tarikh yang sama. Selanjutnya, Pengadu juga telah membuat serahan barang rampasan dadah kepada SP6 sepertimana dalam Borang Akuan Penyerahan/Penerimaan Barang-Barang Eksibit/Dokumen (eksibit P174). Pengadu selanjutnya ada membuat laporan polis penambahan/pembetulan berkait rampasan dan tangkapan sebagaimana laporan polis Pdg Matsirat/001272/20 (eksibit P175) dan Pdg Matsirat/001274/20 (eksibit P176).
16
SP6 mengesahkan penerimaan ketiga-tiga OKT dan juga barang rampasan dadah serta dokumen-dokumen yang berkaitan pada 26.7.2020 jam lebih kurang 5 petang.
17
Pada 27.7.2020, pasukan forensik APMM telah tiba di pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan SP6 bersama pasukan forensik APMM telah membuat pembungkusan barang kes seperti berikut: a) Kotak bertanda ‘A’ yang mengandungi 40 bungkusan plastik lutsinar bertanda A1 sehingga A40; dan b) Kotak bertanda ‘B’ yang mengandungi 35 bungkusan plastik lutsinar bertanda B1 sehingga B35. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
18
Pada hari yang sama, jam lebih kurang 2 petang, SP6 telah menyerahkan barang kes iaitu kotak bertanda ‘A’ dan kotak bertanda ‘B’ kepada petugas bilik eksibit bagi tujuan penjagaan sementara siasatan selesai.
19
Selanjutnya, pada 9 Ogos 2020, jam lebih kurang 9 malam, SP6 telah mengambil semula kotak bertanda ‘A’ dan ‘B’ tersebut daripada petugas bilik eksibit bagi tujuan persediaan menghantar eksibit tersebut ke Jabata Kimia Malaysia. Semasa SP6 menerima kedua-dua kotak bertanda ‘A’ dan ‘B’ tersebut, SP6 dapati pembungkusan kedua-dua kotak tersebut terlalu padat dan berkemungkinan akan koyak atau rosak. SP6 seterusnya telah membuat pembungkusan semula terhadap kesemua barang kes dadah dalam kedua-dua kotak bertanda ‘A’ dan ‘B’ tersebut menjadi 6 kotak yang ditandakan seperti berikut: a) Kotak bertanda ‘A’ (eksibit P14) yang mengandungi 13 bungkusan plastic lutsinar bertanda A1 hingga A13; b) Kotak bertanda ‘AA’ (eksibit P41) yang mengendungi 13 bungkusan plastic lutsinar bertanda A14 hingga A26; c) Kotak bertanda ‘AAA’ (eksibit P68) yang mengandungi 14 bungkusan plastic lutsinar bertanda A27 hingga A40; d) Kotak bertanda ‘B’ (eksibit P97) yang mengandungi 11 bungkusan plastic lutsinar bertanda B1 hingga B11; e) Kotak bertanda ‘BB’ (eksibit P120) yang mengandungi 12 bungkusan plastic lutsinar bertanda B12 hingga B23; f) Kotak bertanda ‘BBB’ (eksibit P145) yang mengandungi 12 bungkusan plastic lutsinar bertanda B24 hingga B35. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
20
Setelah selesai pembungkusan semula, SP6 telah menyimpan barang kes tersebut dalam bilik SP6 dan hanya SP6 yang mempunyai akses kepada bilik beliau.
21
Selanjutnya pada 10.8.2020, jam lebih kurang 4.12 petang, SP6 telah menghantar 6 kotak barang kes yang bertanda ‘A’, ‘AA’, ‘AAA’, ‘B’, ‘BB’, dan ‘BBB’ kepada Jabatan Kimia Malaysia (“JKM”), Alor Setar.
22
Keterangan SP4 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 10.8.2020 jam lebih kurang 4.12 petang, beliau telah menerima 6 kotak bertanda ‘A’, ‘AA’, ‘AAA’, ‘B’, ‘BB’, dan ‘BBB’ yang kesemuanya ditutup dan dilekatkan dengan pelekat ‘EVIDENCE’ daripada SP6. SP4 telah memeriksa kesemua kotak tersebut bersama surat permohonan dan selepas itu SP4 telah mengeluarkan resit rasmi JKM dengan nombor makmal 20-FR-K-04458 (eksibit P12) dan menyerahkan eksibit P12 tersebut kepada SP6. Setelah dibuka, SP4 mendapati bahawa kandungan keenam-enam kotak yang diterima mengandungi blok-blok ketulan mampat. Setelah dianalisis, SP4 mendapati bahawa keseluruhan blok ketulan mampat plastik lutsinar (sebanyak 75 blok/ketulan plastik) tersebut adalah Cannabis seberat 77,283.6 gram. Keseluruhan bahan-bahan tumbuhan tersebut telah dileraikan secara berasingan semasa analisis dan setiap blok tumbuhan yang telah dileraikan telah dimasukkan ke dalam plastik-plastik yang berasingan yang dibekalkan oleh SP4 (keseluruhan 75 plastik JKM) dan ditandakan dengan nombor-nombor ‘A1 hingga A40’ dan ‘B1 hingga B35’ bagi setiap plastik secara berasingan. Kemudian SP4 telah masukkan semula paket-paket plastik JKM ini bersama barang-barang kes S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal asal ke dalam kesemua kotak barang kes asal masing-masing dan dimeterai dengan label keselamatan JKM.
23
SP4 selanjutnya telah menyediakan laporan kimia bertarikh 4.11.2020 dengan nombor makmal yang sama (eksibit P13) dan pada 13.1.2021 jam 9.30 pagi, SP4 telah menyerahkan semula 6 kotak tersebut bersama laporan kimia (eksibit P3) kepada pegawai APMM (SP7).
24
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT bagi kedua-dua pertuduhan selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
25
Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
26
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai milikan (iaitu jagaan dan kawalan) dan pengetahuan mengenai dadah tersebut; c) dan bahawa ketiga-tiga OKT telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
27
Antara isu utama yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan pada peringkat akhir kes pendakwaan melibatkan perkara-perkara berikut: a) Bidangkuasa Mahkamah; b) Perbezaan berat bersih dan berat kasar barang kes dadah terlibat; c) Pecahan rantaian keterangan barang kes; d) Kawalan dan jagaan dadah berbahaya tersebut; S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
28
Berkenaan isu ini, pihak pembelaan mempertikaikan berkenaan koordinat bot kayu pertama tersebut ditahan, di mana pihak pembelaan menghujahkan bahawa koordinat dinyatakan dalam pertuduhan hanyalah berdasarkan kepada keterangan SP5 sahaja tanpa sebarang bukti dokumen. Pembelaan dalam hujahan menegaskan bahawa koordinat terbabit telah diperolehi daripada system Global Positioning System (“GPS”) bot maritim iaitu Bot Kilat 3 dan koordinat tersebut telah dirakam gambar oleh anggota APMM yang mana perkara ini telah disahkan oleh SP5 dan SP6. Namun begitu Pembelaan menghujahkan, tiada gambar yang berkaitan dikemukakan, dan ini menimbulkan keraguan tentang koordinat sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan, yang sekaligus memberi kesan terhadap pembuktian pertuduhan dan juga bidangkuasa Mahkamah ini untuk membicarakan kes ini.
29
Di samping itu juga, Pembelaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan maklumat yang diterima oleh SP5 daripada PUSOP, koordinat bot-bot yang mencurigakan dikesan adalah pada kedudukan garis lintang 06 darjah 08.14 minit Utara dan garis bujur 099 darjah 02.49 minit Timur, manakala kedudukan bot kayu tersebut ditahan adalah pada koordinat sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan. Dan berdasarkan pengiraan matematik yang dibuat oleh Pembelaan, adalah tidak logik untuk bot kayu pertama tersebut tiba di lokasi ditahan yang dihujahkan sejauh lebih kurang 8.4 batu nautika kerana bot kayu pertama tersebut merupakan sebuah bot kecil dan kelajuan bot kayu pertama tersebut hanyalah 6 knotts/sejam. Pengiraan pihak Pembelaan berdasarkan formula S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal matematik iaitu bagi memperoleh jarak (distance), pengiraan adalah kelajuan darab masa diambil (distance = speed x time taken). Formula matematik ini disahkan betul oleh SP5 semasa pemeriksaan balas. Susulan itu, berdasarkan formula matematik dinyatakan, Pembelaan menghujahkan bahawa untuk sesebuah bot bergerak sejauh 8.4 batu nautika pada kelajuan 6 knotts/sejam perlu mengambil masa lebih kurang 84 minit.
30
Pembelaan turut mempertikaikan kegagalan Pendakwaan mengemukakan gambar koordinat pada sistem GPS Bot Kilat 3 yang dirakam oleh anggota Bot Kilat 3 tersebut, kerana SP5 sendiri telah mengesahkan bahawa gambar bacaan pada sistem GPS bot Kilat 3 tersebut telah dirakam oleh anggota beliau.
31
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT melibatkan tangkapan di atas laut yang mana lokasi tangkapan hendaklah berada dalam perairan Malaysia bagi membolehkan Mahkamah ini melaksanakan bidangkuasanya.
32
Subseksyen 22(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] memperuntukkan seperti berikut:
22
“Bidang kuasa jenayah
1
Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan—
a
segala kesalahan yang dilakukan—
i
dalam bidang kuasa tempatannya; S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg
II
(ii) di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
III
(iii) oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara;
IV
(iv) oleh mana-mana orang di laut lepas jika kesalahan itu ialah kesalahan pelanunan mengikut undangundang antarabangsa; dan”. [penekanan ditambah] [33] Selanjutnya seksyen 3 Akta 91 pula memperuntukkan tafsiran berikut: ““bidang kuasa tempatan” ertinya—
a
dalam hal Mahkamah Tinggi di Malaya, wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan *Kuala Lumpur; dan.
b
dalam hal Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, termasuklah dalam mana-mana hal itu, perairan wilayah dan ruang udara di atas Negeri-Negeri itu dan perairan wilayah;”. [penekanan ditambah] [34] Berdasarkan keterangan SP3 iaitu pegawai dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, koordinat tempat ditahan (sebagaiman dalam pertuduhan) terletak dalam perairan Malaysia. Sehubungan itu, S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg tidak dinafikan, sekiranya tahanan dan tangkapan ke atas bot kayu pertama tersebut dibuat pada koordinat dinyatakan dalam pertuduhan, maka Mahkamah ini jelas mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes ini. [35] Apa yang dipertikaikan oleh Pembelaan adalah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa koordinat dinyatakan dalam pertuduhan adalah koordinat sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan, dan dengan itu sepatutnya Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes ini. [36] Walaupun tiada bantahan awal dikemukakan oleh Pembelaan berkenaan isu bidangkuasa Mahkamah ini dan perbicaraan telahpun dijalankan dengan sepenuhnya hingga ke akhir peringkat pendakwaan, namun begitu Mahkamah ini berpendapat bahawa isu ini masih boleh ditimbulkan oleh pihak Pembelaan pada peringkat ini. Lebih-lebih lagi dalam hal keadaan di mana sebelum perbicaraan dijalankan, keterangan saksi-saksi belum diperolehi bagi mengesahkan tentang koordinat sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan. [37] Berhubung isu ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pembelaan bahawa kegagalan Pendakwaan mengemukakan gambar GPS yang menunjukkan koordinat bot ditahan menimbulkan keraguan terhadap kedudukan sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan. Kewujudan gambar tersebut disahkan sendiri oleh SP5 semasa soalan semula dikemukakan oleh Pendakwaan. Tiada sebarang alasan oleh mana-mana saksi S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg pendakwaan yang menjelaskan mengapa gambar yang dirakam dari sistem GPS Bot Kilat 3 tersebut tidak dikemukakan. [38] Mahkamah ini berpendapat bahawa pengemukaan bukti kedudukan bot kayu pertama tersebut ditahan adalah penting, kerana kedudukan di atas laut tidak boleh ditentukan melalui alamat seperti di daratan, sebaliknya hanya koordinat sahaja yang dapat menentukan kedudukan sebenar. Kepentingan penggunaan GPS ini telah dititik beratkan sejak tahun 1998 lagi apabila Mahkamah Tinggi dalam kes Public Prosecutor v Saad Bin Mat Takraw & Anor [1998] 3 MLJ 784 memutuskan seperti berikut: “All available instruments of science ought to be used to effectively counter cases of large scale trafficking in drugs, a crime of which the motive is cold calculated greed. Indeed, a highly reliable tracking system, soon to be manufactured locally, known as the Global Positioning System GPS) is (I am given to understand) readily available for installation on police marine boats, since this system is already being installed in DRM-Hicom's Malaysia-made Hicom Handalan military trucks. The automatic tracking and operations monitering (Atom) a GPS system, relies on navigation satellites, and is reputed to be able to calculate positions up to an accuracy of a few metres anywhere on earth.”. [39] Selanjutnya, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa gambar koordinat pada GPS Bot Kilat 3 tersebut adalah satu dokumen sokongan yang kukuh bagi menyokong keterangan SP5 tentang kedudukan sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan. Ini kerana koordinat bukanlah sesuatu yang boleh dipetik dengan sekadar S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg melihat ke udara atau langit, tetapi sebaliknya perlu diperolehi daripada alat bantuan yang dapat menentukan lokasi, dan dalam kes di Mahkamah ini adalah melalui sistem GPS yang disahkan oleh SP5 telah diambil daripada koordinat sistem GPS Bot Kilat 3 sendiri. Memandangkan koordinat GPS tempat bot kayu pertama tersebut ditahan turut dinyatakan secara spesifik dalam pertuduhan, maka menjadi tanggungjawab Pendakwaan untuk membuktikan bahawa koordinat dalam pertuduhan adalah koordinat yang tepat dan merupakan perairan Malaysia. Sebagaimana diputuskan dalam kes Taza bin Tarji v Public Prosecutor and another appeal [2020] MLJU 1794, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keterangan SP2 telah disokong oleh koordinat dan gambar GPS: “[30] On this issue, SP2 in his testimony had said that the boat where the appellants were arrested was within the Malaysian territorial waters. His evidence was supported by the GPS coordinates and photographs. In fact, photograph marked ‘D’, which was tendered by the prosecution, showed that Malaysian shore can be seen from the said location. Hence, it is an established fact that the location of the boat where the appellants were arrested was within the territorial jurisdiction of Malaysia.”. [penekanan ditambah] [40] Di samping itu juga, SP5 sendiri telah mengesahkan bahawa gambar koordinat pada sistem GPS Bot Kilat 3 tersebut telahpun diambil oleh anggota beliau dan tiada penjelasan diberikan tentang kegagalan mengemukakan gambar tersebut. Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan ini membolehkan Mahkamah ini untuk menggunapakai peruntukan seksyen 114(g) Akta Keterangan S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg 1950 [Akta 56] (“AK 1950”) terhadap pendakwaan. Ini kerana kegagalan mengemukakan gambar koordinat pada GPS Bot Kilat 3 tersebut terjumlah kepada penafian keterangan (withholding/suppression of evidence) dan bukannya kegagalan memperoleh keterangan. Sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Munusamy V Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.”. [penekanan ditambah] [41] Di samping itu juga, berdasarkan hujahan Pembelaan, tidak mungkin bot kayu pertama tersebut yang merupakan bot yang kecil boleh berada di lokasi dikatakan ditahan dalam tempoh 5 minit daripada lokasi dikesan. [42] Mengenai isu tempoh masa dan jarak yang diambil untuk sampai dari koordinat dikesan ke koordinat ditahan, berdasarkan cadangan Pembelaan, memerlukan tempoh masa lebih daripada 5 minit, dan adalah mustahil sebuah bot kecil untuk bergerak dari kedua-dua koordinat tersebut dalam tempoh 5 minit. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg [43] Mahkamah bersama-sama pihak Pembelaan dan Pendakwaan telah pada 20.6.2024 dibawa oleh pihak APMM untuk melakukan demonstrasi perjalanan bot atas laut dari jeti APMM di Kuala Kedah ke Pulau Payar. Pihak APMM tidak dapat menjalankan demonstrasi berdasarkan koordinat sebenar kerana koordinat sebenar adalah lebih jauh ke tengah laut dan cuaca pada hari tersebut tidak sesuai. Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan demonstrasi yang telah dilakukan dan berdasarkan kelajuan bot 30-35 knotts/sejam, jarak yang diperolehi adalah lebih kurang 8-9 batu nautika dan mengambil masa antara 20 – 30 minit, dan bot yang digunakan oleh APMM pada hari tersebut adalah bot yang agak besar menggunakan enjin berkuasa kuda yang tinggi. Namun begitu, jarak, kelajuan dan masa adalah bergantung kepada keadaan cuaca dan laut, jenis bot dan enjin digunakan serta faktor-faktor lain seperti bebanan dan sebagainya. Semasa proses demonstrasi tersebut juga, Pengadu telah menunjukkan saiz bot kayu yang serupa seperti bot kayu pertama tersebut yang Mahkamah ini dapati adalah seperti saiz bot yang dicadangkan oleh pihak Pembelaan iaitu sebuah bot bersaiz kecil. [44] Sehubungan itu, berdasarkan demonstrasi yang telah dilakukan dan juga hujahan Pembelaan bahawa tidak mungkin bot kayu pertama tersebut boleh berada di lokasi ditahan berdasarkan pengiraan yang dihujahkan, pada pandangan Mahkamah ini adalah sesuatu yang logik dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. [45] Seterusnya, berdasarkan kegagalan Pendakwaan mengemukakan gambar pada sistem GPS yang dapat menyokong kedudukan koordinat sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan, ditambah S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg pula dengan kebarangkalian bahawa bot kayu pertama tersebut tidak mungkin boleh berada di lokasi ditahan daripada lokasi dikesan dalam tempoh 5 minit, maka adalah pendapat Mahkamah ini terdapatnya keraguan terhadap lokasi sebenar bot kayu pertama tersebut ditahan. Sekaligus ia telah mengakibatkan pembuktian lokasi berdasarkan koordinat dan pembuktian kesalahan berlaku dalam perairan Malaysia sebagaimana dalam pertuduhan tidak dapat dibuktikan. Dan Mahkamah ini juga bersetuju, bahawa berdasarkan alasan ini sahaja, telah cukup untuk Mahkamah ini memerintahkan ketiga-tiga OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada akhir kes pendakwaan. Isu Perbezaan berat bersih dan berat kasar barang kes dadah terlibat; dan rantaian keterangan [46] Pihak pembelaan turut mempertikaikan berkenaan identiti barang kes dadah yang dirampas dan yang telah dikemukakan di Mahkamah, iaitu yang pertama berkenaan dengan perbezaan berat dadah yang dirampas oleh pegawai serbuan (SP5), pegawai penyiasat (SP6) dan ahli kimia (SP4). Berdasarkan ket SP4, berat bersih dadah cannabis yang dianalisa adalah 77,283.6 gram, disokong oleh laporan kimia (eksibit P13). Namun begitu berdasarkan ket SP5 anggaran berat kasar dadah terlibat adalah lebih kurang 75 kilogram. Manakala berdasarkan eksibit D182 yang telah disahkan oleh SP6 telah dirakam oleh pasukan forensik APMM, pula secara keseluruhannya berjumlah 80,806 gram. Ini menunjukkan terdapatnya perbezaan berat dadah yang ditimbang oleh SP5, yang ditimbang oleh pasukan forensik dan oleh ahli kimia (SP4). Dihujahkan oleh Pembelaan bahawa perbezaan berat dadah S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg ini telah menimbulkan keraguan terhadap identiti dadah yang dikemukakan di Mahkamah, lebih-lebih lagi dlm keadaan di mana berat dadah yang ditimbang oleh SP5 adalah lebih rendah berbanding berat bersih dadah yang ditimbang oleh SP4 (ahli kimia). [47] Dalam hal ini Mahkamah ini merujuk kepada keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang dirujuk oleh Pembelaan dalam hujahan bertulis (rujuk kes Lee Wai Loon v. PP [2014] 2 CLJ 649, Habala Mohd Sarong v. Public Prosecutor [2013] 6 CLJ 945, dan Loh Kah Loon v Public Prosecutor [2011] 5 CLJ 345) dan mendapati bahawa hanya kerana terdapat perbezaan antara berat dadah yang ditimbang oleh pegawai serbuan dan ahli kimia semata-mata tidak secara automatik menjejaskan identiti bkes yang telah dirampas. [48] Namun begitu, dalam kes di hadapan Mahkamah ini, perbezaan berat terlibat bukan sahaja melibatkan berat yang ditimbang oleh SP5 dan juga ahli kimia (SP4), tetapi juga turut melibatkan perbezaan berat dadah yang telah ditimbang oleh pasukan forensik yang mana SP6 sendiri akui beliau ada bersama semasa timbangan dibuat dan timbangan adalah dibuat secara satu persatu. Sebagaimana dihujahkan oleh pembelaan, tiada penjelasan diberikan oleh mana-mana saksi pendakwaan berkenaan perbezaan ini. [49] Dalam kes Zaifull Bin Muhammad v Pendakwa Raya and another appeal [2013] MLJU 11, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg “[35] With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case.”. [penekanan ditambah] [50] Tambahan pula, eksibit D182 yang merupakan antara dokumen yang dikemukakan oleh Pendakwaan kepada Pembelaan selaras dengan seksyen 51A KTJ, tidak pernah dikemukakan sebagai keterangan oleh pihak Pendakwaan, sebaliknya dikemukakan oleh Pembelaan. [51] Selain daripada itu juga, Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan Pembelaan bahawa daripada tarikh SP6 menerima barang kes dadah tersebut iaitu pd 26.7.2020 jam 5 petang sehinggalah pada waktu barang kes dadah dibungkus semula pada 27.7.2020 jam lebih kurang 2 petang, tiada pengesahan daripada SP6 tentang penyimpanan barang kes dadah tersebut. Oleh itu, terdapat keraguan terhadap penyimpanan barang kes dadah tersebut yang sekaligus menjejaskan identiti barang kes dadah yang terlibat. [52] Sebagaimana diputuskan dlm kes Muklis bin Jafar lwn Pendakwa Raya [2018] Supp MLJ 239 di mana Mahkamah Persekutuan telah turut merujuk kepada kes Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor, Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 Mlj 220 seperti berikut: S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg “[5] Rujukan dibuat kepada kes Mohd Osman bin Pawan v Public Prosecutor [1989] 2 MLJ 110 di mana di ms 109 Mohamed Yusoff SCJ berkata: It is to be observed that the law is clear that it is unnecessary to call every witness to ensure that there is no break in the chain of evidence (see Su Ah Ping v Public Prosecutor). But when there is doubt as to the identity of the exhibits, as in this case, failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution’s case Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor. In the present case we find that there is such a failure and as such the conviction under s 39B(1)(a) cannot stand.”. [penekanan ditambah] [53] Pada pendapat Mahkamah ini, keraguan yang timbul ini bukanlah keraguan atas fakta yang kecil tetapi merujuk kepada fakta tentang rantaian keterangan barang kes dadah itu sendiri yang merupakan hal perkara (subject matter) kepada pertuduhan, yang mana pada pandangan Mahkamah ini adalah satu kelompangan yang material dan menimbulkan keraguan atas identiti barang kes. [54] Berdasarkan fakta-fakta yang menunjukkan wujudnya percanggahan-percanggahan yang melibatkan identiti barang kes dadah dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati secara keseluruhan wujud percanggahan-percanggahan yang ketara atau material terhadap pengendalian dan rantaian barang kes dadah yang dirampas yang membawa kepada keraguan terhadap identiti dadah yang telah dikemukakan di Mahkamah ini. Dalam hal keadaan tiada S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg penjelasan diberikan oleh pihak Pendakwaan, maka percanggahan-percanggahan tersebut telah menimbulkan keraguan serius terhadap identiti barang kes yang telah dikemukakan di Mahkamah. Jagaan dan Kawalan Dadah Berbahaya tersebut [55] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah berbahaya tersebut dan turut mempunyai pengetahuan tentang dadah berbahaya tersebut. Secara ringkasnya, fakta-fakta yang dihujahkan oleh Pendakwaan membawa kepada pembuktian elemen-elemen ini adalah berdasarkan fakta bahawa ketiga-tiga OKT telah ditahan di tengah lautan menaiki bot yang mana 2 guni dadah berbahaya ditemui di atasnya, bot yang dinaiki mereka sedang berapung dalam keadaan gelap dan tidak menjalankan sebarang aktiviti menangkap ikan, bot kayu pertama tersebut tiada nombor pendaftaran, dan bahawa guni-guni berisi dadah berbahaya tersebut bersaiz besar dan tidak lutsinar. [56] Mengenai bot kayu pertama tersebut tiada nombor pendaftaran, keterangan SP5 menyatakan bahawa bot kayu pertama tersebut tiada nombor pendaftaran kerana semasa beliau menyuluh ke arah bot kayu pertama tersebut, tidak kelihatan nombor pendaftaran yang sepatutnya tertulis pada bahagian hadapan kiri dan kanan bot. Pemeriksaan fizikal bot kayu pertama tersebut tidak dapat dilakukan kerana bot kayu pertama tersebut telah tenggelam semasa proses menunda balik bot kayu pertama tersebut ke jeti APMM Langkawi. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg [57] Namun begitu, SP5 sendiri mengesahkan bahawa anggota beliau ada mengambil gambar bot kayu pertama tersebut semasa pemeriksaan balas dijalankan. Dalam hal ini, Mahkamah ini sekali lagi berasa curiga mengapa gambar bot kayu pertama tersebut tidak dikemukakan memandangkan bot kayu pertama tersebut tidak dapat dilihat atau diperiksa secara fizikal kerana dikatakan telah tenggelam. Kegagalan pengemukaan gambar bot kayu pertama tersebut, pada pendapat Mahkamah ini sekali lagi mengundang pemakaian seksyen 114(g) AK 1950 terhadap kes Pendakwaan (rujuk kes Munusamy V Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492). [58] Keterangan SP5 menunjukkan bahawa setelah bot kayu pertama tersebut ditahan, SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas bot kayu tersebut dan menemui 1 guni berisi dadah berbahaya di bahagian hadapan bot dan 1 lagi guni berisi dadah berbahaya di bahagian belakang bot dalam satu ruangan simpanan barang yang bertutup. Begitu juga dengan fakta bahawa guni-guni tersebut bersaiz bersar dan tidak lutsinar. Pada pendapat Mahkamah ini, fakta-fakta terbabit hanya menunjukkan kedudukan rapat (close proximity) ketiga-tiga OKT kepada guni-guni berisi dadah tersebut. Namun begitu, kedudukan rapat (close proximity) semata-mata tidak menunjukkan bahawa mereka mempunyai pemilikan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut. Pihak Pendakwaan masih perlu membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai pengetahuan bahawa kandungan dalam guni-guni tersebut adalah dadah berbahaya. [59] Dalam kes Taza bin Tarji v Public Prosecutor and another appeal (supra) di atas, Mahkamah Rayuan telah turut memutuskan: S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg “[16] Returning to the issue of actual possession, it is apposite to refresh our memory to the basic principle in establishing actual possession where the element of custody or control and knowledge must exist which have to be proven by the prosecution. This has been explained by high authority including the Federal Court case of Ibrahim Mohammad v PP [2011] 4 CLJ 113 as follows: “the law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumptions, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession let alone trafficking.”. [penekanan ditambah] [60] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tiada sebarang keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP5 yang menunjukkan sebarang reaksi ketiga-tiga OKT semasa ditahan, mahupun semasa pemeriksaan ke atas bot kayu pertama tersebut dijalankan yang membolehkan Mahkamah ini membuat inferens pengetahuan ketiga-tiga OKT terhadap barang kes dadah yang ditemui. Juga berdasarkan keterangan SP5 tiada sebarang pemantauan terhadap bot kayu pertama tersebut dibuat sebelum ianya ditahan. S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg [61] Berdasarkan fakta-fakta dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut, dan sekaligus telah gagal membuktikan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah-dadah berbahaya tersebut. KESIMPULAN [62] Berdasarkan keseluruhan fakta-fakta dan alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie atas pertuduhan terhadap ketiga-tiga OKT. Dengan ini, Mahkamah ini memerintahkan supaya ketiga-tiga OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap mereka. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh : 3 Oktober 2024. Timbalan Pendakwa Raya: Mohamad Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg Peguambela OKT: Ooi Pen Lyn Tetuan Gooi & Azura S/N cGzXqibxtUVEbw9jwygwg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.