Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
JA-23CY-2-11/2020
High Court of Malaysia6 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ords are true in substance and in fact. Such defence however, has to be specifically pleaded with full and clear particulars of the facts and matters relied on. In considering this defence, s. of the Defamation Act 1957, where it is relied on, as is the case here, must be taken into account. Section 8 provides that a d”
“discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory. (See,JB Jeyaratnam v. Goh Chok Tong [1989] CLJU 34; [1989] 1 LNS 34[1985] 3 MLJ 334.) Richard Malanjum J, in an **Note : Serial number will be used to verify”
“jum J, in an **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 admirable judgment in Tun Datuk Patinggi Hj Abdul-Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] CLJU 304; [1995] 1 LNS 304;[1996] 1 MLJ 393 collected and reviewed the relevant authorities upon this branch of the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
1
ANTARA AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN. BHD. (Dahulunya dikenali sebagai SYARIKAT AGENSI
2
2.
3
CHIN YU SHENG NG JACLYN … PLAINTIF-PLAINTIF DAN LEE SHI VING (F) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [selepas perbicaraan penuh] Mukadimah [1] Sebagai latar belakang ringkas, Plaintif Pertama adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan membekalkan pembantu rumah kepada orang ramai (“maid supply agency”) manakala Plaintif Kedua merupakan pengarah dan pemegang saham Plaintif Pertama. Plaintif Ketiga adalah pekerja Plaintif Pertama dan Defendan pula merupakan bekas pelanggan Plaintif Pertama. [2] Pada 12.7.2021, Plaintif-plaintif telah memfailkan writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan bagi mendapatkan perintah antaranya, permohonan maaf, injunksi, kos dan ganti rugi yang dialami mereka akibat daripada tindakan Defendan yang menerbitkan penyataan-penyataan fitnah dan innuendo terhadap Plaintif-plaintif dalam dua hantaran di Facebook. [3] Semasa perbicaraan penuh dijalankan, Plaintif Kedua (SP1) dan Ketiga (SP2) telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif-plaintif, manakala Defendan sendiri (SD2) memberi keterangan bagi pihaknya. Undang-undang berkaitan fitnah [4] Undang-undang mengenai saman fitnah merupakan suatu yang telah mantap dalam sistem perundangan di Malaysia. Dalam kes Khalid Abdul Samad v. Dato’ Dr Hasan Haji Mohamed Ali [2016] 1 LNS 193 Mahhkamah Rayuan menetapkan bahawa beban pembuktian adalah ke atas plaintif bagi membuktikan tiga elemen berikut telah wujud:
a
pernyataan-pernyataan yang diadukan itu adalah mengandungi unsur-unsur fitnah;
b
pernyataan-pernyataan fitnah tersebut adalah merujuk kepada plaintif; dan
c
pernyataan-pernyataan fitnah tersebut telah diterbitkan kepada pihak ketiga (penyiaran). Sama ada pernyataan yang diadukan itu mengandungi unsur fitnah [5] Bagi elemen pertama, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa kedua hantaran yang dimuat naik oleh Defendan membawa maksud Plaintif Pertama menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang serta menipu, memutar belit dan jahat (lihat perenggan 18 Pernyataan Tuntutan Terpinda). Ini dapat dilihat dalam hantaran yang dibuat oleh Defendan dalam akaun Facebook KL Chat Station pada 16.12.2019, di mana beliau dengan menggunakan nama pengguna sebagai “Yumiez Lee” telah membuat hantaran pertama yang berikut: [6]
Preamble
Menurut Plaintif-Plaintif hantaran yang dibuat oleh Defendan tersebut adalah fitnah bagi menggambarkan Plaintif Pertama sebagai agensi yang tidak boleh dipercayai dan terlibat dalam aktiviti berunsur fraud dan penipuan. [7] Walaupun hantaran ini telah dipadan tidak lama selepas itu, namun pada 9.1.2020 pukul 9.34 malam Defendan sekali lagi telah membuat hantaran seperti di bawah di platform yang sama. [8] Plaintif-Plaintif mendakwa kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Defendan merupakan fitnah bagi menjatuhkan imej dan maruah mereka. [9] Bagaimanapun, Defendan menegaskan bahawa kedua-dua hantaran itu bukanlah fitnah. Sebaliknya ia merupakan fakta dan bertujuan minta bantuan pengguna facebook yang mengenali Plaintif Kedua agar memintanya menghubungi Defendan dan menyelesaikan hutang berkenaan. [10] Dalam menentukan sama ada hantaran yang dibuat oleh Defendan merupakan fitnah atau sebaliknya, saya suka merujuk kepada kes Tun Datuk Pertinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 304, [1996] 1 MLJ 393 di mana Richard Malanjum HMT (pada masa itu) menetapkan bahawa dalam menilai pernyataan yang dikatakan mengandungi fitnah, mahkamah perlu menilai perkataan tersebut secara keseluruhan dan mengikut konteksnya. Beliau menyatakan – With respect, I must say that in doing what the learned counsel did, he failed to apply the correct test as discussed earlier on in this judgment in construing the words complained of. It is not confined to strict literal meanings of the words complained of, but extends to any reference or implication from which persons can reasonably draw. Further, the words complained of must be considered as a whole, bearing in mind, inter alia, the context in which they were used (see Gatley on Libel and Slander (8th Ed) para 102 at p 102 and Institute of Commercial Management United Kingdom v New Straits Times Press (Malaysia) Bhd [1993] 1 MLJ 408 ). In the case of Capital and Counties Bank v Henty (1882) 7 App Cas 741, at p 745 Lord Selborne LC said this: The test according to the authorities is whether, under the circumstances in which the writing was published, a reasonable man to whom the publication was made would be likely to understand it in a libellous sense. [11] Begitu juga dalam kes Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tugas mahkamah adalah menentukan sama ada perkataan yang diadukan adalah mengandungi unsur fitnah atau sebaliknya. Selepas Mahkamah memutuskan perkataan tersebut mengandungi fitnah, tugas selanjutnya adalah menentukan sama ada perkataan itu benar-benar memfitnah. Gopal Sri Ram HMR (pada masa itu) menyebut – "It cannot, I think, be doubted that the first task of a court, in action for defamation, is to determine whether the words complained of are capable of bearing a defamatory meaning. And it is beyond argument that this is in essence a question of law that turns upon the construction of the words published. As Lord Morris put it in Jones v. Skelton [1963] 3 All ER 952 at p. 958: The ordinary and natural meaning of words may be either the literal meaning or it may be an implied or inferred or an indirect meaning: any meaning that does not require the support of extrinsic facts passing beyond general knowledge but is a meaning which is capable of being detected in the language used can be a part of the ordinary and natural meaning of words (see Lewis v. Daily Telegraph Ltd [1963] 2 All ER 151). The ordinary and natural meaning may therefore include any implication or inference which a reasonable reader, guided not by any special but only by general knowledge and not fettered by any strict legal rules of construction, would draw from the words. The test of reasonableness guides and directs the court in its function of deciding whether it is open to a jury in any particular case to hold that reasonable persons would understand the words complained of in a defamatory sense. In my judgment, the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory. (See,JB Jeyaratnam v. Goh Chok Tong [1989] CLJU 34; [1989] 1 LNS 34[1985] 3 MLJ 334.) Richard Malanjum J, in an admirable judgment in Tun Datuk Patinggi Hj Abdul-Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] CLJU 304; [1995] 1 LNS 304;[1996] 1 MLJ 393 collected and reviewed the relevant authorities upon this branch of the subject and I would, with respect, expressly approve the approach adopted by him. Having decided whether the words complained of are capable of being a defamatory meaning, the next step in the enquiry is for a court to ascertain whether the words complained of are in fact defamatory. This is a question of fact dependent upon the circumstances of a particular case." [12] Berbalik kepada kes di hadapan saya, fakta yang melatari kes ini perlulah diteliti bagi menentukan sama ada perkataan yang terdapat dalam kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Defendan benar-benar mengandungi unsur fitnah atau tidak. [13] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini, pada 16.11.2019, Defendan telah meminta Plaintif Ketiga untuk membekalkan seorang pembantu rumah kepadanya. Ekoran itu, Plaintif Pertama telah bersetuju untuk membekalkan seorang pembantu rumah warga Indonesia kepada Defendan dengan mengenakan yuran berjumlah RM15,600.00. [14] Pada hari yang sama, Defendan telah membuat bayaran bagi yuran tersebut sebanyak RM10,000.00 dan baki sebanyak RM5,600.00 telah dibayar pada keesokannya (17.11.2019). Defendan juga telah membayar wang tambahan sebanyak RM1,400.00 kepada Plaintif Ketiga bagi membolehkan Plaintif Ketiga memberikan latihan berkaitan tugas dan tanggungjawab sebagai pembantu rumah kepada pembantu rumah tersebut. [15] Pada hari yang sama, seorang pembantu rumah yang bernama Rosita Dewi telah datang ke Malaysia dari Indonesia dan terus menjalani latihan berkaitan dengan tugasnya yang dikendalikan oleh Plaintif Ketiga. [16] Selepas 10 hari menjalani latihan, pada 28.11.2019, Rosita Dewi telah dihantar kepada Defendan. [17] Pada 11.12.2019, Defendan telah membuat aduan kepada Plaintif Ketiga mengenai kualiti kerja Rosita Dewi yang dikatakan tidak memuaskan dan mahu memulangkannya kepada Plaintif Ketiga. [18] Pada 14.12.2019 Defendan telah memulangkan kembali Rosita Dewi kepada Plaintif-Plaintif atas alasan pembantu rumah tersebut dikatakan mencuri barangan Defendan. Ekoran itu, Plaintif Ketiga telah memulangkan wang Defendan sebanyak RM7,500.00 secara tunai manakala baki sebanyak RM8,000.00 dibayar dalam bentuk post-dated cheque yang dikeluarkan oleh syarikat bernama “JL cleaning Training” (bukan dari Plaintif Pertama). Oleh kerana pada cek tersebut hanya terdapat satu tandatangan sahaja, maka menurut Plaintif Ketiga, beliau telah meminta Defendan untuk datang kembali ke pejabat untuk mendapatkan tandatangan Plaintif Kedua (SP1) sebagai penandatangan kedua. [19] Plaintif Ketiga menegaskan bahawa pada 15.12.2019 pekerja Plaintif Pertama telah beberapa kali cuba menghubungi Defendan untuk meminta beliau datang ke pejabat Plaintif Pertama bagi membolehkan cek tersebut ditandatangani oleh Plaintif Kedua, namun tidak berjaya. [20] Bagaimanapun, menurut Defendan pula, semasa perbincangan dengan Plaintif Ketiga pada 14.12.2019, Defendan menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan pembayaran baki wang melalui post-dated cheque. Namun beliau akhirnya bersetuju untuk menerima cek tersebut sebagai bukti bahawa Plaintif Pertama berhutang dengannya sebanyak RM8,000.00 dan meminta Plaintif-Plaintif menyelesaikan hutang tersebut sebelum 16.12.2019 memandangkan beliau memerlukan wang tersebut untuk membayar yuran bagi mendapatkan pembantu rumah yang baru. [21] Oleh kerana Plaintif Ketiga memaklumkan bahawa perkara mengenai pembayaran baki yuran selepas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Plaintif Kedua, Defendan telah cuba menghubungi Plaintif Kedua melalui aplikasi Whatsapp dan telefon pada 16.12.2019 bagi mendapatkan kembali wang tersebut, namun Plaintif Kedua langsung tidak dapat dihubungi. [22] Disebabkan Plaintif-plaintif tidak membuat bayaran tersebut pada hari berkenaan iaitu 16.12.2019, Defendan telah membuat hantaran pertama sebagaimana dipaparkan dalam perenggan [5] di atas. [23] Defendan mendakwa hantaran tersebut bertujuan bagi mendapatkan bantuan pengguna Facebook yang mengenali Plaintif Kedua untuk memintanya menghubungi Defendan. [24] Disebabkan Plaintif Kedua masih tidak menghubungi Defendan dan gagal membayar baki yuran tersebut, pada 9.1.2020 pukul 9.34 malam, sekali lagi Defendan membuat hantaran seperti dipaparkan di perenggan [7] di atas. [25] Saya telah meneliti keseluruhan kandungan yang terdapat dalam hantaran pertama yang dimuat naik oleh Defendan dan mendapati kesemua fakta yang dinyatakan dalam hantaran tersebut adalah betul berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di mahkamah. Perkara seperti jumlah bayaran yang dibuat oleh Defendan, tempoh perkhidmatan pembantu rumah tersebut dengan Defendan serta tindakan Defendan yang telah cuba menghubungi Plaintif Kedua, adalah sahih. [26] Selain itu ayat “who know [sic] this person, please tell him to contact me”, pada pandangan saya adalah jelas meminta bantuan pengguna Facebook yang mengenali Plaintif Kedua agar memintanya menghubungi Defendan. Apa yang pelik adalah Plaintif Kedua mengakui membaca hantaran tersebut, namun tidak berusaha menghubungi Defendan. Sebaliknya dengan sengaja membiarkan Defendan tertunggu-tunggu kalau kalau ada pengguna Facebook menjumpai Plaintif Kedua dan memberitahu beliau agar menghubungi Defendan. [27] Selain itu saya juga mendapati keterangan bahawa Plaintif Pertama masih belum menjelaskan wang sebanyak RM8,000.00 adalah betul di mana Plaintif-plaintif mengakui bahawa wang tersebut masih belum dijelaskan sehingga hari perbicaraan. Tiada alasan yang memuaskan dikemukakan ke mahkamah mengapa pembayaran ini tidak dibuat oleh Plaintif-plaintif. [28] Bagi hantaran kedua pula, saya mendapati hantaran ini dibuat selepas 3 minggu pembantu rumah dipulangkan kepada Plaintif Pertama sedangkan bayaran masih belum dijelaskan oleh Plaintif-plaintif. Dalam hantaran kali ini, Defendan mengulangi fakta yang dinyatakan dalam hantaran pertama dan bertanyakan Plaintif Ketiga bilakah wang baki hutang Plaintif Pertama boleh diselesaikan. Ayat “… and until now still not received any proof of remittance for the balance (emoji) money earned by the employer are hard money, 8000 ringgit is not a small amount, hope you understand, have to be responsible in doing business, then only can continue the good reputation…” pada pandangan saya adalah luahan hati Defendan yang mengharapkan Plaintif Pertama segera menjelaskan hutang Defendan. [29] Secara keseluruhannya saya berpandangan dakwaan Plaintif-plaintif bahawa kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Defendan menggambarkan Plaintif-plaintif melakukan aktiviti menipu, memutar belit dan jahat, adalah tidak berasas. Begitu juga dengan dakwaan Plaintif-plaintif bahawa hantaran Defendan tersebut berniat jahat. Pada pandangan saya, dakwaan tersebut adalah keterlaluan. Sebaliknya hantaran tersebut hanyalah meminta Plaintif-plaintif memulangkan semula wang RM8,000.00 sebagaimana yang dipersetujui. Apa yang dinyatakan Defendan adalah merupakan fakta yang betul. Sehingga hari perbicaraan, wang tersebut masih belum dikembalikan oleh Plaintif-plaintif. [30] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya menolak dakwaan Plaintif-Plaintif yang mengatakan kedua-dua hantaran tersebut bersifat memfitnah. Pernyataan dalam kedua-dua hantaran merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan telah diterbitkan kepada pihak ketiga [31] Mengenai elemen kedua dan ketiga dalam kes saman fitnah iaitu sama ada pernyataan dalam kedua-dua hantaran yang dibuat oleh Defendan merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan telah diterbitkan kepada pihak ketiga, saya mendapati fakta ini tidak dipertikaikan oleh Defendan. Oleh yang demikian, bagi kedua-dua elemen ini, ia dipenuhi. Pembelaan justifikasi oleh Defendan [32] Dalam perenggan 31 Pernyataan Pembelaan, Defendan telah memplidkan pembelaan justifikasi dengan menyatakan sebagaimana yang berikut: BUTIR-BUTIR JUSTIFIKASI
a
Plaintif Ketiga berjanji mengembalikan wang RM15,600.00 pada 14/12/2019
b
Namun, Plaintif Ketiga hanya mengembalikan RM7,500.00 dan mengeluarkan cek dari ‘JL Cleaning Training’ untuk baki RM8,000.00 sebagai bukti bahawa Plaintif-Plaintif berhutang kepada Defendan
c
Defendan secara khususnya memberitahu Plaintif Ketiga bahawa baki RM8,000.00 mesti dibayar pada 16/12/2019. Tetapi, Plaintif-Plaintif telah gagal, enggan dan/atau cuai mengembalikan RM8,000.00 pada 16/12/2019
d
Plaintif Ketiga telah enggan untuk berurusan dengan Defendan seterusnya dan telah meminta Defendan untuk menghubungi Plaintif
e
Namun, walaupun Defendan membuat panggilan beberapa kali dan meninggalkan beberapa mesej, Plaintif Kedua tidak membalas
f
Defendan hanya mahu Plaintif-Plaintif membayar baki RM8,000.00 secepat mungkin supaya mereka dapat pembantu rumah baru. Defendan hanya menerbitkan fakta bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk mengembalikan RM8,000.00 tersebut dan bahawa Plaintif Kedua enggan menghubungi Defendan
g
Plaintif-Plaintif tidak membuat sebarang usaha untuk mengembalikan baki RM8,000.00 tersebut
h
Cek Maybank 823205 bukan dari Plaintif-Plaintif [33] Bagi menimbang pembelaan justifikasi yang dibangkitkan oleh Defendan, apa yang perlu dilakukan oleh mahkamah adalah untuk melihat sama ada perkara substantive yang diperkatakan oleh Defendan adalah betul atau sebaliknya. Dalam kes Raja Syahrir bin Abu Bakar & Anor v. Manjeet Singh Dhillon and other appeals [2019] 4 CLJ 301; [2020] 3 MLJ 482, Mary Lim HMR (pada masa itu) ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan– [54] First, the defence of justification, a complete defence if the defendants can establish that the defamatory words are true in substance and in fact. Such defence however, has to be specifically pleaded with full and clear particulars of the facts and matters relied on. In considering this defence, s. of the Defamation Act 1957, where it is relied on, as is the case here, must be taken into account. Section 8 provides that a defendant who is unable to prove the truth of all the material statements in the alleged libel may nevertheless succeed in the defence of justification where the defendant can show that the words not proved to be true or truthful do not materially injure the plaintiff's reputation. It is the truth of the imputations of the overall statement and not the truth of every word that is material - see Chong Swee Huat & Anor v. Lim Shian Ghee t/a L & G Consultants & Education Services [2009] 4 CLJ 113. [34] Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, perkara yang disebut oleh Defendan dalam kedua-dua hantaran tersebut adalah betul baik dari sudut bahan (substance) mahupun fakta. Pembelaan justifikasi ini juga telah diplidkan secara terperinci oleh Defendan yang fakta tersebut menjadi sandaran utama beliau dalam membela dirinya. [35] Oleh yang demikian, saya mendapati Defendan layak mendapat pembelaan justifikasi sepenuhnya. Kesimpulan [36] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati Plaintif-Plaintif gagal untuk membuktikan kepada mahkamah wujudnya merit yang memungkinkan mahkamah ini untuk membenarkan tuntutan ini. Justeru, saya menolak tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos. Tarikh: 30.1.2025 - t.t - (SHAMSULBAHRI BIN HAJI IBRAHIM) Hakim, Mahkamah Tinggi Malaya, Johor Bahru Peguamcara: Bagi pihak Plaintif-plaintif – P. Rajasundram (Aqilah Aprjanto bersamanya); Tetuan Raja S Devan & Veni Bagi pihak Defendan - Thamil Chelevan; Tetuan C.S. Tam & Co Kes yang dirujuk: Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461 Khalid Abdul Samad v. Dato’ Dr Hasan Haji Mohamed Ali [2016] 1 LNS 193 Raja Syahrir bin Abu Bakar & Anor v. Manjeet Singh Dhillon and other appeals [2019] 4 CLJ 301; [2020] 3 MLJ 482 Tun Datuk Pertinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 304, [1996] 1 MLJ 393
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.