Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KB-22NCVC-12-05/2024
KB-22NCvC-12-05/2024
High Court of Malaysia30 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KB-22NCVC-12-05/2024
1
AHMAD FAUZI BIN MD YAHYA (No K/P: 670915-02-5867)
2
ROHAYATI BINTI MAT YAHYA (No K/P: 690722-02-5842)
3
WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA MAT DIN BIN MD YAHAYA, SIMATI (No K/P: 710908-02-5213)
4
SHAKINAH BINTI MD YAHYA (No K/P: 771204-02-5724) PLAINTIF-PLAINTIF DAN AB RAHMAN BIN MD YAHYA (No K/P: 590501-02-5277) DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 30/09/2025 12:51:56
1
Kes ini dibicarakan pada 28.7.2025. Setelah meneliti dan menimbang suratcara kes ini serta hujahan bertulis dan hujahan lisan kedua pihak, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif-Plaintif dan tuntutan balas Defendan dan menolak sebahagian lagi tuntutan Plaintif-Plaintif dan tuntutan balas Defendan. Berikut alasan untuk keputusan tersebut.
2
Kesemua Plaintif dan Defendan adalah bersaudara di mana mereka anak-anak mendiang Md Yahya bin Che Mat (Md Yahya) tetapi berlainan ibu. Plaintif-Plaintif mempunyai seorang lagi saudara bernama Mat Din bin Md Yahaya (Mat Din) yang telah meninggal dunia.
3
Berdasarkan Surat Pengakuan Nazir Umanah bertarikh 27.8.1983 (Surat), Md Yahya memindahmilik 4/11 bahagian tanah yang kini dipegang di bawah hakmilik GM 2765, Lot 2419, Mukim Jeneri Daerah Sik, Kedah Darul Aman (Bahagian) (Hartanah 1) kepada Defendan untuk dipegang sebagai pemegang amanah untuk Plaintif-Plaintif dan Mat Din.
4
Sebahagian dari Hartanah 1 diambil oleh Kerajaan dan Defendan menerima pampasan sebanyak RM160,570.00 (Pampasan) untuk pegangan Bahagian tersebut.
5
Defendan bertindak pecah amanah dan secara frod dan enggan memberi kerjasama untuk menyerahkan balik Bahagian atau Pampasan tersebut kepada Plaintif-Plaintif.
6
Defendan turut memegang geran untuk tanah yang dipegang di bawah hakmilik GM 1673, Lot 3121, Mukim Jeneri, Daerah Sik, Kedah Darul Aman (Hartanah 2) yang didaftarkan atas nama Gayah binti Ghazali, mendiang ibu Plaintif-Plaintif (Gayah) 2/3 bahagian.
7
Plaintif-Plaintif menuntut relief-relief berikut
i
bayaran RM120,427.50 dari Pampasan tersebut;
II
(ii) serahan balik geran Hartanah 2;
III
(iii) pindahmilik 3/11 Bahagian tersebut kepada mereka;
IV
(iv) gantirugi ditaksirkan, faedah dan kos. Pernyataan pembelaan dan tuntutan balas
8
Defendan menafikan menandatangani Surat tersebut dan yang Bahagian tersebut dipindahmilik kepadanya sebagai pemegang amanah bagi pihak Plaintif-Plaintif dan Mat Din.
9
Defendan mengakui penerimaan Pampasan tersebut tetapi menafikan dia menerima Pampasan itu sebagai pemegang amanah untuk Plaintif-Plaintif dan Mat Din.
10
Defendan memplidkan kausa tindakan Plaintif-Plaintif dihalang had masa.
11
Defendan juga memplidkan Md Yahya menggadaikan geran Hartanah 2 kepada seorang bernama M. Kathiresan Chettiar (Chettiar) sebagai jaminan suatu pinjaman. Md Yahya dan Gayah membuat representasi kepada Defendan yang sekiranya Defendan menjelaskan hutang tersebut dan menebus geran itu, Hartanah 2 akan dipindahmilik kepadanya.
12
Defendan mendakwa Plaintif-Plaintif menduduki Hartanah 2 tanpa kebenarannya selaku pemilik berkepentingan dan oleh itu dia berhak menuntut gantirugi.
13
Defendan menuntut
i
Hartanah 2 dipindahmilik kepadanya dan Plaintif-Plaintif memberikan milikan kosong;
II
(ii) gantirugi untuk pendudukan tidak sah Plaintif-Plaintif atas Hartanah 2; atau
III
(iii) secara alternatif, bayaran gantirugi untuk perbelanjaan yang dikeluarkannya untuk menebus Hartanah 2. Jawapan dan pernyataan pembelaan kepada tuntutan balas
14
Plaintif-Plaintif menafikan tindakan mereka dihalang had masa kerana mereka hanya mengetahui Defendan pemegang amanah bagi pihak mereka dan Mat Din semasa proses pengambilan tanah.
15
Mereka menafikan tuntutan balas Defendan dan meletakkannya atas beban pembuktian yang kukuh.
16
Pernyataan Fakta Dipersetujui mengandungi fakta-fakta dipersetujui termasuk bahawa Defendan didaftarkan atas geran Hartanah 1 seperti berikut
i
pemilik 1/11 bahagian;
II
(ii) pemilik 21/418 bahagian; dan
III
(iii) pemegang amanah 4/11 bahagian. Pernyata Isu untuk Dibicarakan (Eksibit D)
17
Kes ini melibatkan isu-isu berikut
i
sama ada Hartanah 1 dipegang oleh Defendan sebagai pemegang amanah untuk Plaintif-Plaintif dan Mat Din; dan
II
(ii) sama ada Defendan berhak menuntut Hartanah 2 dipindahmilik kepadanya. Perbicaraan Kes Plaintif
18
Plaintif Ke-2 (SP1) saksi tunggal Plaintif-Plaintif dan keterangannya (Eksibit PSP1) boleh diringkaskan seperti berikut
i
pada 27.8.1983, 1/11 bahagian Hartanah 1 dipindahmilik oleh Md Yahya kepada Defendan;
II
(ii) pada tarikh yang sama, Bahagian tersebut juga dipindahmilik kepada Defendan sebagai pemegang amanah;
III
(iii) selepas kematian Md Yahya, bahagian lainnya dalam Hartanah 1 diturunmilik kepada Defendan, Plaintif-Plaintif dan Mat Din dan masing-masing mendapat 21/418 bahagian Hartanah 1;
IV
(iv) sebahagian Hartanah 1 diambil oleh Kerajaan dan Defendan menerima Pampasan untuk Bahagian tersebut yang dipegangnya sebagai pemegang amanah;
v
Hartanah 2 tidak pernah digadaikan dan Defendan tiada hak menuntut Hartanah 2; dan
VI
(vi) urusan menurunmilik Hartanah 2 tidak dapat dilaksanakan kerana geran Hartanah 2 dalam milikan Defendan. Kes Defendan
19
Defendan (SD1) saksi tunggal dan keterangannya (Eksibit PSD1) boleh diringkaskan seperti berikut
i
dia hadir Pejabat Tanah di Sik bersama Md Yahya dan setelah meletakkan cap jarinya pada dokumen, Md Yahya memberitahunya adalah dokumen pindahmilik Hartanah 1 kepadanya;
II
(ii) dia tidak pernah menandatangani Surat itu tetapi seingatnya dia ada meletakkan cap jarinya pada dokumen yang Md Yahya beritahunya adalah dokumen pindahmilik sahaja;
III
(iii) dia hadir siasatan berhubung pengambilan tanah sebahagian Hartanah 1 bersama Plaintif-Plaintif dan diberikan RM160,570.00 untuk Bahagian tersebut;
IV
(iv) pada masa itu Plaintif-Plaintif tidak membuat bantahan;
v
Md Yahya dan Gayah memberi janji akan memindahmilik Hartanah 2 kepadanya jika dia menjelaskan pinjaman Md Yahya dan menebus geran itu daripada Chettiar; dan
VI
(vi) dia menjelaskan pinjaman itu dan menebus geran Hartanah 2 dan kini geran itu dalam milikannya. Ringkasan hujahan Isu had masa
20
Defendan berhujah kausa tindakan Plaintif-Plaintif terhalang had masa yang ditetapkan di bawah Akta Had Masa 1953 (Akta 254) atas alasan kausa tindakan mereka terakru pada tahun 1996 ketika Defendan menuntut geran Hartanah 1 daripada Md Yahya.
21
Defendan berhujah Plaintif-Plaintif hanya mendakwa pecah amanah dan frod berhubung Pampasan dan bukannya Bahagian tersebut. Oleh yang demikan, seksyen 22 Akta 254 tidak terpakai kepada tuntutan mereka untuk mendapatkan balik Bahagian itu.
22
Plaintif-Plaintif berhujah isu had masa tidak terpakai kepada kausa tindakan mereka yang berasaskan frod dan Akta 254. Isu Bahagian dalam Hartanah 1
23
Plaintif-Plaintif berhujah tuntutan mereka untuk Bahagian dan Pampasan tersebut terbukti berdasarkan
i
Surat itu (Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B m/s 17 18) yang jelas menunjukkan Md Yahya memindahmilik Bahagian tersebut kepada Defendan selaku pemegang amanah bagi pihak Plaintif-Plaintif dan Mat Din; dan
II
(ii) Borang H bertarikh 8.8.2023 (Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B m/s 33) yang jelas menunjukkan Defendan menerima Pampasan untuk Bahagian tersebut.
24
Defendan berhujah Plaintif-Plaintif gagal melepasi beban pembuktian untuk membuktikan Defendan memegang Bahagian tersebut untuk mereka dan Mat Din. Ini kerana mereka tidak mengemukakan saksi untuk mengesahkan cap jari pada Surat itu adalah cap jari Defendan (Instantcolor System Sdn Bhd v. Inkmaker Asia Pacific Sdn Bhd [2017] 2 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 333 di 352. Isu kedua geran Hartanah 2
25
Defendan berhujah dia membuktikan dia adalah pemilik benefisial Hartanah 2 dan wajar didaftarkan sebagai pemilik atas imbangan kebarangkalian. Defendan merujuk kepada keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas yang mengakui
i
Defendan ada menolong menjelaskan hutang Md Yahya sebanyak RM1,000.00; dan
III
(iii) Md Yahya menyerahkan geran Hartanah 2 kepadanya kerana Defendan menebus geran Hartanah 2.
26
Walaupun SP1 mengubah keterangannya semasa pemeriksaan semula keterangannya semasa pemeriksaan balas harus diterima.
27
Plaintif-Plaintif berhujah Notis Peringatan (Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B m/s 19) bertarikh 13.3.1988 tidak menyokong keterangan Defendan yang Hartanah 2 digadaikan kepada Chettiar dan Defendan menebus hartanah itu.
28
Defendan gagal mengemukakan apa-apa dokumen untuk menunjukkan bayaran didakwa dibuatnya untuk menebus geran itu. Analisa dan dapatan Beban pembuktian
29
Beban pembuktian dalam suatu kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian dan beban pembuktiannya terletak di bahu pihak yang mendakwa kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya. (seksyen 101 - 102 Akta Keterangan 1950 (Akta 56)).
30
Dalam kes Letchuman Chettiar Alagappan @ L. Allagappan & Anor v. Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697; [2017] 5 CLJ 418; [2017] 3 MLRA 501, Jeffrey Tan HMP memutuskan di 739 - Section 101(1) give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts Section 101 states that the initial burden of proving a (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the Section 102 lies on that person who would fail if no evidence at all were given ing the case is always on Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained onus of proof coincide: burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof a permanent and enduring burden does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Reus excipendo fit actor (Woodroffe and Amir Ali, Vol 3 at pp 3190-3191). (Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398 di 406)
31
Secara ringkas dalam kes ini, beban pembuktian Plaintif-Plaintif adalah untuk membuktikan Defendan memegang Bahagian tersebut bagi pihak mereka dan Mat Din dan Defendan pula untuk membuktikan dia berhak didaftarkan sebagai pemilik Hartanah 2 kerana menjelaskan hutang Md Yahya. Isu had masa
32
Di perenggan 11 Pernyataan Tuntutan Terpinda mereka, Plaintif-Plaintif memplidkan Defendan secara jelasnya adalah hanya sebagai pemegang amanah kepada Plaintif-Plaintif bagi maksud 4/11 bahagian tidak pecah atas Hartanah tersebut sebagaimana Surat Pegangan Amanah bertarikh 27.8.1983. Butir-butir terperinci serta tanggungjawab Defendan terhadap Plaintif-Plaintif juga diperincikan di dalam Surat Pegangan Amanah tersebut.
II
(ii) Bahawa Defendan secara jelasnya telah menerima pembayaran awad di atas sebahagian daripada pengambilan Hartanah tersebut berjumlah sebanyak RM160,570,00 dan berada di dalam kawalan serta pegangannya sehinggalah ke hari ini dengan tidak membayar kepada Plaintif-Plaintif.
IV
(iv) Oleh yang demikian melainkan apa sebab musabah yang sah di sisi undang-undang maka Defendan dalam keadaan tersebut dan pada kesemua masa yang material telah berada di dalam keadaan pecah amanah serta melakukan frod ke atas Plaintif-
33
Pada dapatan Mahkamah, berdasarkan pliding ini, kausa tindakan Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan Bahagian tersebut adalah atas dakwaan pecah amanah dan frod di pihak Defendan.
34
Dalam keadaan ini, tempoh had masa yang terpakai kepada kausa tindakan Plaintif-Plaintif adalah di bawah seksyen 12(1)(b) Akta 254 yang memperuntukkan period of limitation prescribed by this Act shall apply to an actionby a beneficiary under a trust, being a action
a
(a)
b
to recover from the trustee trust property or the proceeds thereof in the action for possessidon of the trustee, or previously received by the trustee and converted for the use of the
35
Dapatan ini disokong oleh penghakiman dalam kes Koh Siew Keng (P) & Anor v. Koh Heng Jin [2008] 3 MLJ 822; [2008] 3 CLJ 450, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) memutuskan The appropriation by the respondent of monies he knew to belong to the testator amounts at the very least to equitable fraud or unconscionable conduct. It is settled law that the word actual fraud at common law but includes equitable fraud. The respondent having committed a fraudulent breach of trust (having regard to the wider definition earlier adverted to), no period of limitation applies.
36
Mahkamah menolak dakwaan Defendan yang tindakan Plaintif-Plaintif ini dihalang had masa. Isu Bahagian dalam Hartanah 1
37
Berikut adalah kandungan Surat tersebut
38
Pada hemat Mahkamah, adalah jelas bahawa Md Yahya memindahmilik Bahagian tersebut kepada Defendan selaku pemegang amanah untuk Plaintif-Plaintif dan Mat Din yang pada masa itu berumur di antara 16 hingga 6 tahun masing-masing.
39
Selaras dengan niat yang dilafazkan dalam Surat itu, Bahagian tersebut didaftarkan atas nama Defendan sebagai pemegang amanah pada tarikh yang sama. Md Yahya juga memindahmilik 1/11 bahagian Hartanah 1 atas nama Defendan seorang dan mengekalkan 6/11 bahagian Hartanah 1 atas namanya sendiri (Ikatan Dokumen Bersama m/s 2).
40
Di surat daftar hakmilik asal Hartanah 1 (pada ketika ianya dipegang di bawah hakmilik SPK 10013), Defendan didaftarkan sebagai Nadzir Umanah.
41
Dokumen-dokumen ini menyokong naratif Plaintif-Plaintif yang Defendan memegang Bahagian tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak mereka dan Mat Din. Dengan ini Plaintif-Plaintif telah membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian dan Mahkamah mendapati Defendan memegang Bahagian tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak Plaintif-Plaintif dan Mat Din.
42
Pembelaan-pembelaan yang dibangkitkan oleh Defendan dan keterangan lisannya langsung tidak menyakinkan Mahkamah. Pembelaannya yang dia tidak menandatangani Surat itu kerana hanya ada cap jari sahaja dan yang Plaintif-Plaintif gagal membuktikan itu adalah cap jarinya langsung tidak bermerit.
43
Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif dan Mat Din berhak mendapatkan balik Pampasan yang diawadkan untuk pengambilan sebahagian Hartanah tersebut. Defendan semegangnya tidak berhak kepada Pampasan tersebut. Isu kedua geran Hartanah 2
44
Hartanah 2 didaftarkan atas nama Gayah. Selain keterangan lisannya, Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh berkenaan persetujuan Md Yahya dan Gayah untuk memindahmilik Hartanah 2 kepadanya jika Defendan menjelaskan hutang Md Yahya kepada Chettiar.
45
Notis Peringatan yang dijadikan sandaran tuntutan ini hanya menunjukkan Md Yahya berhutang RM5,900.00 kepada Chettiar. Notis itu tidak menyatakan geran Hartanah 2 menjadi cagaran untuk hutang tersebut.
46
Defendan juga tidak mengemukakan sebarang bukti berkenaan apa-apa bayaran yang dibuatnya untuk menjelaskan hutang itu.
47
Walau bagaimanapun Mahkamah menerima keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas yang Defendan ada menolong menjelaskan hutang Md Yahya sebanyak RM1.000.00.
48
Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati apa-apa tuntutan Defendan ke atas Hartanah 2 tersebut terhad kepada bayaran RM1,000.00 ini sahaja. Defendan tiada sebarang hak ke atas Hartanah 2.
49
Plaintif-Plaintif memohon gantirugi ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar tanpa memberikan butiran alasan untuk tuntutan ini. Defendan pula memohon gantirugi pendudukan Plaintif-Plaintif atas Hartanah 2 secara tidak sah.
50
Kedua pihak menanggung beban pembuktian untuk menunjukkan mereka berhak mendapatkan gantirugi yang diplidkan dalam pernyataan tuntutan mereka masing-masing. Kedua pihak gagal mengemukakan sebarang keterangan untuk menyokong tuntutan mereka.
51
Dalam ketiadaan bukti kerugian, Mahkamah tidak boleh membenarkan tuntutan mana-mana pihak untuk gantirugi.
52
Mahkamah mengambil maklum yang pada asalnya Mat Din seorang pihak dalam tindakan ini dan yang suratcara dipinda untuk meninggalnya apabila dia meninggal dunia.
53
Tuntutan Mat Din ke atas Bahagian dan Pampasan tersebut serta pemulangan geran Hartanah 2 selaku waris Md Yahya dan Gayah adalah sama seperti tuntutan Plaintif-Plaintif.
54
Sebarang perintah berkenaan Bahagian dan Pampasan tersebut serta Hartanah 2 juga melibatkan hak dan kepentingannya. Dalam keadaan ini adalah adil untuk perintah-perintah Mahkamah mencerminkan keadaan ini tanpa keperluan waris-waris Mat Din menyaman Defendan untuk mendapatkan hak dan kepentingan Mat Din.
55
Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif-Plaintif dan menolak sebahagian lain tuntutan mereka dalam tuntutan asal. Mahkamah juga memutuskan untuk membenarkan sebahagian tuntutan Defendan dan menolak sebahagian lain tuntutannya dalam tuntutan balas.
56
Mahkamah membuat perintah-perintah berikut
i
tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dan Defendan diarahkan membayar balik keseluruhan Pampasan dalam jumlah RM160,570.00 kepada peguam Plaintif-Plaintif dalam tempoh 1 bulan dari tarikh penghakiman ini;
II
(ii) Defendan diarah membayar faedah pada kadar 3% setahun atas Pampasan tersebut dari notis tuntutan Plaintif-Plaintif bertarikh 6.4.2024 sehingga tarikh pemfailan tindakan ini pada 15.5.2024;
III
(iii) Defendan diarah membayar faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah Pampasan tersebut dari tarikh 16.5.2024 hingga tarikh penyelesaian penuh dan mukatamad;
IV
(iv) peguam Plaintif-Plaintif hendaklah membayar bahagian Mat Din kepada Amanah Raya Bhd dalam tempoh 14 hari dari penerimaan Pampasan tersebut dan waris-waris Mat Din boleh membuat tuntutan mereka selepas urusan harta pusaka Mat Din selesai diuruskan;
v
tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dan Defendan diarah menyerahkan geran asal Hartanah 2 dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman ini;
VI
(vi) tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dan Defendan diarah memindahmilik 4/11 bahagian Hartanah 1 kepada Plaintif-Plaintif dan Mat Din dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman ini;
VII
(vii) jika Defendan gagal berbuat demikian, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Sungai Petani Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif Mohd Zamir Afiah Tetuan Saidina & Co. Peguam bagi pihak Defendan Ali Munawar Razak Tetuan Ali & Fariz
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.