P3 yang merupakan seorang kanak-kanak semasa kejadian, dihukum penjara 12 tahun berdasarkan kepada s 91(1)(h) Akta Kanak-Kanak 2001. [36] Terkilan dengan keputusan tersebut, ketiga-tiga perayu merayu kepada Mahkamah Tinggi. Di Mahkamah Tinggi [37] Di Mahkamah Tinggi peguam terpelajar perayu-perayu telah membangkit beberapa alasan rayuan. [38] Pertama, menurut peguam terpelajar, HMS yang bijaksana telah khilaf kerana tidak menjalankan apa-apa ujian ke atas mangsa, iaitu SP3, samada beliau kompeten atau tidak untuk memberikan keterangan. Di dalam masa yang sama, menurut peguam terpelajar, HMS juga khilaf kerana gagal untuk menentukan samada SP3 adalah seorang kanak-kanak yang masih mentah di bawah 133A Akta Keterangan, 1950; Tajudin bin Salleh v PP [2008] 2 CLJ 745. [39] Peguam terpelajar kemudian menghujahkan bahawa keterangan mangsa, sebagai seorang kanak-kanak tidak disokong oleh keterangan saksi bebas. Menurut peguam terpelajar lagi, keterangan daripada SP5, Dr Nurul Hafizah adalah tidak memadai. Perhatian Mahkamah ini seterusnya dirujuk kepada kes Mohd 12 Yusof Rahmat v PP [2008] 2 CLJ 673 MR. Prinsip undang-undang yang dapat disaring daripada kes tersebut ialah tanpa keterangan yang berasingan untuk membabitkan perayu kepada kesalahan itu selain dari apa yang didakwa oleh mangsa dan diulangi olehnya kepada pelbagai saksi, pendakwa telah gagal membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa ia adalah perayu yang telah merogol mangsa. Oleh kerana sesuatu kes prima facie tidak dibuktikan terhadap perayu pembelaanya tidak sepatutnya dipanggil. [40] Kedua, di dalam isu pengecaman melalui kawad cam di dalam kes ini, peguam terpelajar menghujahkan bahawa kawad cam yang dibuat oleh SP2, Insp Ganesan terhadap perayu-perayu adalah cacat. Ini adalah kerana, menurut SP2 dia telah menjalankan 2 sesi berasingan untuk ketiga-tiga perayu. Di dalam satu sesi, kawad cam untuk P1 dan P2 dibuat bersekali. Peguam terpelajar kemudian merujuk kepada kes Poovaneswaran Sellan & Anor v PP [2016] 10 CLJ 508 yang antara lain memutuskan bahawa apabila terdapat lebih daripada seorang tertuduh, kawad cam hendaklah dilakukan secara berasingan. [41] Ketiga, peguam terpelajar seterusnya membangkit bahawa pengawai penyiasat, Insp Rosmiza Yusof, SP8, telah gagal mengemukakan apa-apa bukti bahawa mangsa di bawah umur 16 tahun semasa kejadian. [42] Keempat, peguam terpelajar menghujahkan bahawa SP5 tidak boleh mengesahkan bahawa objek tumpul yang dikatakan dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa ialah kemaluan seorang 13 lelaki. Oleh itu adalah seterusnya dihujahkan bahawa keterangan SP5 tidak mengesahkan kemasukan kemaluan perayu-perayu di dalam kemaluan mangsa. Lagipun menurut peguam terpelajar, tiada bukti kewujudan air mani ketiga-tiga perayu di dalam kes ini. [43] Oleh itu adalah menjadi hujah peguam terpelajar seterusnya menghujahkan bahawa tiada keterangan jelas bahawa mangsa melihat atau nampak kemaluan perayu-perayu memasuki kemaluannya. [44] Oleh itu, penilaian maksima yang sepatutnya dibuat oleh HMS yang bijaksana diakhir kes pendakwaan, tidak sepatutnya membangkitkan kes prima facie terhadap perayu-perayu. Analisis dan Dapatan [45] Berhubung dengan s 118 dan s 133A Akta Keterangan yang dihujahkan oleh peguam terpelajar. Di dalam nota keterangan, mangsa berumur 15 tahun semasa memberikan keterangan. S 118 Akta Keterangan memperuntukkan bahawa semua orang adalah kompeten untuk memberikan keterangan, melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa saksi tersebut tidak boleh memahami soalan-soalan yang dikemukakan. [46] Apakah kedudukan berhubung dengan perkara ini? Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Chan Wai Heng [2008] 5 CLJ 805 MR telah mengambil kesempatan untuk membahaskan isu ini. Ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah, Heliliah Mohd Yusof HMR (kemudiannya HMP) membuat pengamatan berikut: 14 In yet another decision Konst. 115256 Ridzuan bin Ismail (Criminal Hpp No. 42-10-1994 - unreported) Ahmad Hj. Maarop J (now JCA) dealt with a similar issue on the reception of the evidence of a witness who was then 15 years and the application of s. 133A. He stated: Adalah jelas bahawa peruntukan di bawah seksyen tersebut hanya terpakai bagi seorang kanak-kanak yang berumur muda yang dipanggil sebagai saksi, yang pada pandangan Mahkamah, tidak memahami sifat suatu sumpah. Dalam keadaan demikian, keterangan kanak-kanak tersebut boleh diterima walaupun tidak diberi dengan bersumpah, jika, dalam pandangan Mahkamah, kanak-kanak itu mempunyai kecerdikan yang mencukupi untuk mewajarkan keterangannya diterima dan jika kanak-kanak tersebut memahami tanggungjawab untuk bercakap benar. Proviso kepada seksyen 133A itu juga menyatakan bahawa keterangan yang diterima masuk di bawah seksyen 133A itu tidak boleh digunakan untuk mensabitkan orang kena tuduh, melainkan keterangan itu disokong oleh keterangan lain yang mengaitkannya. Pendeknya, keterangan yang menyokong (corroboration) adalah satu keperluan yang wajib untuk membuat sabitan (Sidek b. Ludan v. PP [1995] 1 LNS 219; [1995] 1 AMR 722, PP v. Mohd Nordin bin Abdullah [1992] 1 CLJ 702). Di dalam menilai seksyen 133A, seksyen 118 Akta Keterangan hendaklah juga diambil kira. 15 Seksyen 118 memperuntukkan bahawa semua orang adalah layak untuk memberi keterangan secara bersumpah melainkan mereka dihalang dari memahami soalan yang ditanya, atau dihalang dari memberikan jawapan yang rasional atas sebab umur muda mereka, umur mereka yang sangat tua, atau disebabkan oleh apa-apa penyakit. Tidak ada had umur tertentu yang ditetapkan untuk menentukan sama ada seorang kanak-kanak itu layak memberikan keterangan secara bersumpah, kerana kanak-kanak yang sama umur boleh mempunyai perkembangan mental dan kebolehan yang berbeza untuk memahami soalan-soalan serta memberi jawapan-jawapan rasional. Oleh itu Mahkamah mempunyai budibicara untuk membuat kesimpulan sama ada seseorang kanak-kanak itu mempunyai pemahaman dan kecerdikan yang mencukupi untuk melayakkannya menjadi saksi yang kompetan dan untuk tujuan ini adalah tidak wajib bagi Mahkamah itu menjalankan siasatan awal (lihat R v. Nafar, 41 C 406; 18 CWN 147; 1939, 2 Cal 569; Lakhan v. R, 20 P 898; A 1942 P 183). [47] Daripada penghakiman tersebut amatlah nyata bahawa Mahkamah bicara mempunyai budi bicara untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa iaitu SP3 mempunyai pemahaman dan kecerdikan yang mencukupi untuk melayakkannya menjadi saksi yang kompeten. Saya telah meneliti nota keterangan dan menilai jawapan-jawapan yang diberikan oleh SP3 di dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula dan mendapati 16 bahawa dia seorang saksi yang kompeten. Oleh itu tidak ada keperluan untuk HMS yang bijaksana membuat pemeriksaan awal sebelum membenarkan SP3 memberikan keterangan. [48] Berhubung dengan isu kawad cam, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa pengecaman di dalam kandang orang salah merupakan keterangan substantif dan keterangan pengecaman dalam kawad cam merupakan keterangan sokongan. Semasa proses pengecaman dilakukan di Mahkamah Sesyen, rekod di dalam keterangan menunjukkan: TPR: Tadi awak kata boleh masa saya tanya awal-awal tadi. Saya pohon penghadang dibuang. Kalau awak tengok 3 orang ini adakah orang yang rogol awak? SP3 : Ada , Muslim – OKT 1, OKT 2 - Hok tubuh sikt dan OKT 3 – hok kurus tinggi. TPR: Awak pastikah tiga-tiga orang ini yang rogol awak pada malam itu? SP3: Ya, saya pasti, merekalah yang rogol saya pada malam itu. [49] Oleh kerana SP3 telah membuat pengecaman yang positif di dalam Mahkamah, ia adalah merupakan satu keterangan substantif; Lim Tiong Seng & Satu lg lwn. PP [2011] 5 CLJ 1 MR. Lagipun terdapat keterangan bahawa SP3 telah bersama-sama dengan perayu-perayu dan SP7 sebelum SP3 dan perayu-perayu bergerak ke tempat kejadian. Oleh itu apa-apa kecacatan di dalam kawad cam, jika ada, yang mana tiada dapatan dibuat di sini, adalah tidak relevan. Bahkan di dalam kes Poovaneswaran Sellan yang dirujuk 17 oleh peguam terpelajar Mahkamah Tinggi berpuashati bahawa pengecaman saksi daripada kandang saksi adalah memadai. [50] Berhubung dengan isu umur mangsa, Mahkamah dengan hormatnya bersetuju dengan hujah TPR terpelajar bahawa umur mangsa tidak lah relevan kepada pertuduhan kerana perbuatan rogol tersebut tidak mempunyai elemen kerelaan di pihak mangsa. [51] Berhubung dengan penetrasi dan isu SP3 dikatakan tidak melihat kemasukan kemaluan perayu-perayu ke dalam kemaluannya, HMS yang bijaksana yang mempunyai faedah mendengar dan melihat saksi-saksi telah menerima keterangan SP3. Lagipun tidak ada undang-undang yang mengatakan bahawa mangsa mesti melihat kemaluan orang yang merogolnya sebelum penetrasi dapat dibuktikan. [52] Di dalam kes Che Mohd Sufian @ Che Bastian bin Che Rashid v PP [2015] 8 MLJ 643, mangsa tidak dapat melihat penetrasi kemaluan tertuduh tetapi dapat merasakan kesakitan di kemaluannya: S: Nampak kemaluan masuk? J: Tak nampak. Saya pejam mata dan takut. (page 65). S: Pasti yang masuk itu kemaluan? J: Ya, saya rasa, kemaluan itu masuk, saya rasa sakit. Mahkamah Tinggi kemudian membuat pengamatan berikut: 18 After carefully considering all the evidence adduced on this issue, the court is satisfied that the learned HMS was not in error when she found that penetration had been proved in this case. There is no necessity for a complainant to have seen the penetration for a rape to have been committed. [53] Berhubung dengan kesan air mani pula, tidak juga ada keperluan undang-undang di dalam kesalahan rogol bahawa penetrasi tersebut mesti berakhir dengan pancutan air mani. Kemasukan adalah memadai. Di dalam kes PP v Mohamad Malek Ridhzuan bin Che Hassan [2014] 1 MLJ 363 MR, Zawawi Salleh HMR (sekarang HMP) memutuskan: [34] Pada hemat kami, ketidakhadiran air mani (spermatozoa) di dalam faraj (vagina) SP4 bukanlah bermakna tidak berlaku kemasukan kemaluan responden ke dalam faraj (vagina) SP4. Kehadiran air mani bukanlah merupakan satu keperluan undang-undang bagi membuktikan kesalahan rogol. Bagi kesalahan rogol, apa yang diperlukan ialah kemasukan ('penetration') dan bukannya terkeluar atau terpancutnya air mani ('ejaculation'). [54] Oleh itu Mahkamah ini tidak dapat melihat kekhilafan atau kegagalan apresiasi kehakiman di pihak HMS di dalam alasan penghakimannya. HMS juga telah meneliti pembelaan perayu-perayu dengan teliti dan telah memberikan alasan yang wajar untuk menolak pembelaan itu. 19 [55] Di dalam pembelaan masing-masing, perayu-perayu mengatakan bahawa semasa perbuatan meraba dan mencium itu berlaku, ianya disaksikan oleh Iwan dan Fikri. Dengan lain perkataan, mengikut versi perayu-perayu Iwan dan Fikri tidak berperanan langsung di dalam perbuatan tersebut. Jika benar demikian, maka koyakan baru hymen seperti yang disahkan oleh SP5 ke atas mangsa hanya boleh dilakukan oleh perayu-perayu. [56] Oleh itu saya dengan hormatnya saya bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa pembelaan perayu-perayu hanyalah penafian kosong semata-mata. [57] Oleh itu rayuan terhadap sabitan adalah ditolak dan keputusan HMS yang bijaksana adalah dikekalkan. [58] Berhubung dengan hukuman, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa Mahkamah yang bersidang di dalam bidangkuasa rayuan tidak akan membuat campurtangan kecuali jika hukuman yang dikenakan itu terlalu eksesif atau terlalu ringan. [59] Meneliti hukuman yang dikenakan oleh HMS, ianya adalah munasabah. Perayu-perayu tidak boleh berselindung disebalik keremajaan umur mereka kerana mangsa pada masa kejadian adalah lebih muda. Mangsa telah melalui trauma semasa dirogol dan pengalaman trauma yang kedua semasa memberikan keterangan untuk mengingatkan kembali satu peristiwa malang yang menimpa hidupnya. 20 [60] Rayuan terhadap hukuman juga ditolak dan keputusan HMS adalah dengan ini dikekalkan. Tarikh: 03 Februari 2021. (DATO’ WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.