Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-46-09/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45A-46-09/2022
High Court of Malaysia2 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“begini. [14] Hukuman yang hendak dijatuhkan, perlulah memberi kesan deteren ke atas Tertuduh agar tidak mengulanginya lagi. Di dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: "Uppermost on our mind when dealing with this kind of”
“3. Sapura dan 2 lagi) 3 gram Methamphetamine 8 tahun dan 10 sebatan 3. PP v Jenjira Thawornpong dan 1 lagi [2017] 1 LNS 219 110.4 gram Methamphetamine 7 tahun penjara 4. PP v Ozoego Chinedu Christian [2016] MLRAU 491 5603.04 gram Methamphetamine 6 tahun penjara dan 10 sebatan 5. Rayuan Jenayah No B-05(SH)-144- 04/2016)”
“Nair [1998] 2 CLJ 370). [16] Mahkamah turut mempertimbang hukuman yang dijatuhkan di dalam kes-kes duluan seperti berikut: No Nama kes Berat dan jenis dadah Hukuman 1 PP lwn Sivabalan Bagovachingam [2020] MLRHU 2061 122.96 gram Methamphetamine 7 tahun penjara dan 10 sebatan 2. DA-45A-6-05/2019 (PR lwn Mohd”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-46-09/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
AHMAD SHUKAIRY BIN MOHD NAIN [KP NO: 951211-03-5515]
2
HABLI BIN SALLEH [KP NO: 740917-03-5701] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kedua-dua Tertuduh di dalam kes ini pada asalnya telah dipertuduhkan bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta 234 kerana mengedar dadah berbahaya iaitu 57.14 gram Methamphetamine. Kedua-dua Tertuduh telah tidak mengakusalah dan memohon untuk dibicarakan. [2] Namun pada 31/7/2023, pihak Pendakwa Raya (PR) telah menawarkan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta 234 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama. Kedua-dua Tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut. [3] Pertuduhan Pilihan tersebut adalah diperturunkan seperti berikut; “Bahawa kamu bersama-sama pada 30/1/2022, jam lebih kurang 2.30 petang bertempat di kawasan parkir, bertempat di Hospital Lati, Jalan Pasir Mas-Lati, di dalam daerah Jajahan Pasir Mas, di dalam negeri Kelantan telah ada di dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu 57.14 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan” [4] Mahkamah telah mensabitkan kedua-dua Tertuduh bagi pertuduhan pilihan terhadap mereka dan setelah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan balas dari pihak PR, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara serta 10 sebatan ke atas kedua-dua Tertuduh. PR kini merayu ke atas hukuman yang telah Mahkamah ini jatuhkan. Fakta Kes [5] Berdasarkan fakta kes (P4) yang dikemukakan oleh pihak PR, fakta kes adalah diringkaskan seperti berikut:
a
Pada 30/1/2022 jam lebih kurang 2.00 petang, Pengadu bersama-sama pasukan dari JSJN Kelantan telah nampak kedua-dua Tertuduh dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan parkir, bertempat di Hospital Lati, Jalan Pasir Mas-Lati;
b
Pasukan Polis telah memperkenalkan diri dan kedua-dua Tertuduh telah cuba melarikan diri namun keduanya berjaya ditangkap;
c
Pemeriksaan badan ke atas kedua mereka tidak menemui apa-apa barang salah. Namun di atas tanah di mana kedua mereka berada sebelum ditangkap terdapat satu bungkusan plastik bewarna putih di mana di dalamnya terdapat dua bungkusan plastik cerah yang di dalam setiapnya terdapat satu bungkusan kertas kekuningan bersalotape cerah yang setiapnya berisi 10 peket plastik berwarna biru. Di dalam setiap plastik berwarna biru tersebut, yang keseluruhannya berjumlah 20 peket, terdapat pil-pil kemerahan dan kehijauan yang disyaki dadah; dan
d
Pil-pil tersebut telah dianalisis oleh Ahli Kimia yang telah mengesahkan bahawa ianya adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 57.14 gram. Mitigasi Tertuduh-tertuduh [6] Tertuduh 1 di dalam mitigasi melalui peguamnya telah menegaskan bahawa Tertuduh 1 adalah masih muda iaitu berumur 28 tahun dan telah berkahwin namun belum mempunyai anak. Manakala bagi Tertuduh 2, melalui peguamnya telah menyatakan bahawa Tertuduh 2 telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Tertuduh 2 semasa kejadian berniaga madu kelulut dan tinggal di rumah sendiri. [7] Di dalam penghujahan kedua-dua peguam, telah ditekankan bahawa kedua-dua Tertuduh telah mengakusalah dan ia menjimatkan kos serta masa. Kedua-dua Tertuduh turut tidak memiliki sebarang kesalahan lampau dan telah insaf. Keluarga mereka turut hadir di Mahkamah yang menunjukkan keluarga menerima Tertuduh-tertuduh untuk kembali ke pangkuan mereka. Hujahan Timbalan Pendakwa Raya [8] Pihak PR pula berhujah bahawa kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua Tertuduh adalah kesalahan yang serius dan faktor kepentingan awam perlu diberi pertimbangan melampaui kepentingan peribadi kedua-dua Tertuduh. Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya menyatakan juga bahawa walaupun jumlah dadah yang terlibat adalah kecil namun memohon hukuman yang setimpal serta bersifat deteren dikenakan. Keputusan Mahkamah [9] Di dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman adalah tertakluk kepada beberapa pertimbangan dengan kepentingan awam perlulah diberi pertimbangan utama. Di dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9, Hakim Shaikh Daud HMR telah menyatakan; "It cannot be gainsaid that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal case. In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course forgetting that the interest of the public should be of the uppermost consideration." [10] Mahkamah mengambil maklum bahawa faktor kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan dan disamping itu faktor ini harus diimbangi juga dengan faktor kepentingan Tertuduh. Kes yang sering dirujuk berhubung prinsip undang-undang ini adalah Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 259 yang menjelaskan seperti berikut: "Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This is my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ. In Res v. Grondkowski offered some good advice when he said:- 'The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners'." [11] Selain itu, turut menjadi rujukan Mahkamah di dalam menjatuhkan hukuman adalah apa yang dinyatakan oleh Hilbery J di dalam kes Kenneth John Ball v. R [1951] 35 Cr App R 164 seperti berikut: "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. It follows that when two persons are convicted together of a crime or series of crimes in which they have been acting in concert, it may be right, and very often is right, to discriminate between the two and to be lenient to the one and not to the other. The background, antecedents and character of the one and his whole bearing in Court may indicate a chance of reform if leniency is extended, whereas it may seem that only a harsh lesson is likely to make the other stop in his criminal career. The argument that a severe sentence on one prisoner must be unjust because his fellow prisoner, who was convicted of the same crime, received a light sentence or none at all, has neither validity nor force. The differentiation in treatment is justified if the Court, in considering the public interest, has regard to the differences in the characters and antecedents of the two convicted men and discriminates between them because of those differences." [12] Mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan berkaitan aktiviti dadah berbahaya adalah suatu yang serius dan kepentingan awam perlu dilindungi agar keharmonian masyarakat tidak terjejas berpunca dari kegiatan berhubung dadah ini. [13] Mahkamah ingin menegaskan bahawa jenayah berkaitan dadah merupakan masalah yang menghantui masyarakat sejak sekian lama dan dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Pelbagai usaha dijalankan oleh Kerajaan bagi menangani masalah ini. Oleh itu, adalah penting bagi Mahkamah memberi kelebihan ke atas faktor kepentingan awam bagi kes-kes sebegini. [14] Hukuman yang hendak dijatuhkan, perlulah memberi kesan deteren ke atas Tertuduh agar tidak mengulanginya lagi. Di dalam kes PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: "Uppermost on our mind when dealing with this kind of an appeal is the factor of public interest. As is trite, criminal law is publicly enforced and the reason underlying that policy has been that a crime must be dealt with in such a way that would-be offenders would be deterred from committing similar offence." [15] Dalam masa yang sama, Mahkamah masih perlu mempertimbangkan faktor mitigasi yang dikemukakan dan antaranya kedua-dua Tertuduh telah berkahwin, bahkan Tertuduh 2 mempunyai 4 anak. Pengakuan salah oleh kedua-dua Tertuduh walaupun bukan merupakan secara automatik menjadikan Mahkamah berkewajipan memberikan peringanan hukuman, namun ianya turut dipertimbangkan oleh Mahkamah dan membantu untuk peringanan hukuman (rujuk; PP v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370). [16] Mahkamah turut mempertimbang hukuman yang dijatuhkan di dalam kes-kes duluan seperti berikut: No Nama kes Berat dan jenis dadah Hukuman 1 PP lwn Sivabalan Bagovachingam [2020] MLRHU 2061 122.96 gram Methamphetamine 7 tahun penjara dan 10 sebatan 2. DA-45A-6-05/2019 (PR lwn
63
Sapura dan 2 lagi) 3 gram Methamphetamine 8 tahun dan 10 sebatan 3. PP v Jenjira Thawornpong dan 1 lagi [2017] 1 LNS 219 110.4 gram Methamphetamine 7 tahun penjara 4. PP v Ozoego Chinedu Christian [2016] MLRAU 491 5603.04 gram Methamphetamine 6 tahun penjara dan 10 sebatan 5. Rayuan Jenayah No B-05(SH)-144- 04/2016) PR lwn Chika Mathias Omoha 167.88 gram Methamphetamine 8 tahun penjara dan 10 sebatan
6
PP v Jessica Lim Lu Ping & anor [2004] 2 CLJ 763 101.48 gram Methamphetamine 6 tahun penjara dan 10 sebatan Kesimpulan [17] Berdasarkan fakta kes ini dan setelah mengimbangi faktor kepentingan awam dan faktor kepentingan kedua-dua Tertuduh serta membandingkan dengan hukuman-hukuman di dalam kes-kes duluan, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 6 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan adalah bersesuaian. Bertarikh: 27hb. September, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Ahmad Fariz bin Abdul Hamid Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan Blok 5, Aras Bawah Kota Darulnaim 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Tertuduh : Ahmad Nizam bin Mohamed Tetuan Alias Ibrahim & Co. Peguambela dan Peguamcara Lot 8013, Tingkat 2 Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh Jalan Pondok 16150 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 31hb. Julai, 2023 Tarikh Keputusan: 02hb. Ogos, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Keseksaan Kes-kes Yang Dirujuk: ➢ Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9 ➢ Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 259 ➢ Kenneth John Ball v. R [1951] 35 Cr App R 164 ➢ PP v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 ➢ PP v. Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 1 LNS 523; [2016] MLJU 458
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.