Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BA-22NCC-141-12/2021
BA-22NCC-141-12/2021
High Court of Malaysia22 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BA-22NCC-141-12/2021
1
AHSAN SABRI PANG BIN ABDULLAH [NO K/P: 710612-01-6035]
2
MAGNI PALM SDN BHD … PLAINTIF-PLAINTIF [NO. SYARIKAT: 200601014022 (733773-V) DAN NG SING HUAT … DEFENDAN [NO. K/P: 750811-10-5125] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan 1. Plaintif pertama dan defendan telah memasuki satu perjanjian persahabatan yang melibatkan RM20 juta.
2
Adalah dakwaan plaintif pertama bahawa wang berkenaan tidak diberikan oleh defendan. Defendan juga dikatakan tidak menandatangani sebarang perjanjian.
3
Oleh yang demikian plaintif-plaintif memohon perintah-perintah seperti berikut: “3.1 Satu deklarasi bahawa perjanjian persahabatan yang tidak bertarikh yang dimasuki di antara plaintif pertama dan defendan adalah terbatal dan tidak sah;
3
3.2 Satu deklarasi bahawa “Share Sale Agreements” yang tidak bertarikh yang dimasuki di antara pemegang-pemegang saham plaintif kedua dan defendan adalah terbatal dan tidak sah.”
4
Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan-tuntutan plaintif-plaintif dengan kos.
5
Justeru rayuan difailkan oleh defendan dalam kes ini. Fakta Kes 6. Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa plaintif pertama mengalami masalah kewangan sebagai seorang ahli perniagaan.
7
Plaintif kedua merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Pengarah syarikat, Dato’ Sri Gan Cheng Poh merupakan rakan karib plaintif pertama.
8
Defendan merupakan kenalan plaintif pertama dan memiliki saham di sebuah syarikat yang dikenali sebagai Tien Yun Enterprise Sdn Bhd.
9
Lanjutan dari masalah kewangan yang dialami oleh plaintif pertama pada tahun 2017, plaintif pertama telah meminta bantuan kewangan daripada defendan.
10
Defendan bersetuju membantu plaintif pertama secara memberikan pinjaman persahabatan yang merupakan jumlah wang sebanyak RM20 juta.
11
Bagi menunjukkan kerelaan suci hati membayar balik wang tersebut dalam tempoh 6 bulan, plaintif kedua telah memasuki perjanjian “Share Sale Agreements” sebagai cagaran bagi pinjaman tersebut, di mana plaintif kedua bersetuju memberikan 50% saham syarikat plaintif kedua kepada defendan.
12
Selain itu, plaintif kedua juga telah menyerahkan geran hartanah yang dikenali sebagai PN39880, Lot 11468, Mukim Gemas, Daerah Tampin, Negeri Sembilan, sebagai cagaran bagi pinjaman tersebut.
13
Pinjaman RM20 juta diperolehi oleh plaintif pertama.
14
Adalah dakwaan plaintif pertama bahawa defendan tidak memberikan pinjaman tersebut.
15
Pinjaman itu berasal dari satu syarikat bernama Tien Yun Enterprise di mana defendan merupakan pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan.
16
Defendan didakwa tidak menandatangani perjanjian persahabatan. Oleh yang demikian, semua cagaran yang dikemukakan kepada defendan dianggap tidak sah dan terbatal.
17
Walau bagaimanapun, defendan dikatakan mengugut plaintif-plaintif untuk memindahkan saham plaintif kedua dan juga mengambil alih hartanah plaintif kedua yang membawa kepada pemfailan tindakan di Mahkamah ini. Isu-isu untuk Dibicarakan 18. Sama ada terdapat balasan yang sah di bawah Perjanjian Persahabatan dan/atau Perjanjian “Share Sale Agreements” yang tidak bertarikh.
19
Sama ada plaintif pertama menerima wang pinjaman sebanyak RM20 juta daripada defendan.
20
Sama ada perjanjian persahabatan dan/atau “Share Sale Agreements” yang tidak bertarikh sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
21
Sama ada defendan berhak menuntut dan atau boleh memindah milik saham plaintif kedua kepada diri beliau. Keputusan Mahkamah 22. Adalah dakwaan pihak defendan bahawa oleh kerana plaintif pertama telah meminta bantuan pinjaman kewangan daripada defendan, maka pinjaman itu adalah daripada defendan dan dengan itu terbukti balasan yang sah di bawah isu pertama.
23
Adalah undang-undang mantap di bawah seksyen 26 Akta Kontrak 1950 bahawa satu perjanjian sah apabila wujud balasan yang sah.
24
Keterangan-keterangan saksi-saksi plaintif yang tidak tercabar membuktikan dengan jelas bahawa wang pinjaman itu bukan daripada defendan tetapi daripada seorang yang bernama Lim Teck Huat (PW3), sila rujuk muka surat 124 nota keterangan.
25
25.
Preamble
Menurut keterangan PW3, terbukti fakta bahawa wang sebanyak RM20 juta telah diberikan oleh beliau kepada plaintif melalui Tien Yun Enterprise. Fakta yang tidak dipertikaikan adalah pemberian wang itu dalam bentuk wang tunai.
26
PW3 juga menghuraikan bagaimana wang tunai itu dikeluarkan dari Tien Yun Enterprise di Genting dan diserahkan kepada plaintif pertama.
27
PW3 juga menafikan fakta keterangan bahawa defendan memberi pinjaman persahabatan kepada plaintif pertama.
28
Seterusnya saksi PW4, iaitu peguam yang mengendalikan dokumen-dokumen perjanjian di dalam kes ini juga memberi keterangan fakta bahawa beliau tidak pernah menerima balik dokumen-dokumen perjanjian yang ditandatangani oleh defendan daripada peguam defendan, Tetuan Hasshahari & Partners.
29
Keterangan PW4 adalah seperti berikut: “RSL: Cuma saya nak tanya tadi En. Fadil kata, sekarang sahkan En. Fadil tidak mempunyai pengetahuan. Bila ditanya berkenaan status perjanjian dan juga friendly loan dengan share sale agreements En. Fadil kata masih tergantung. Apa maksud En. Fadil? PW4: Dokumen ini tak pernah diserahkan balik kepada saya. RSL: Itu saja maksud dia? Tergantung? Tidak pernah diserah balik? PW4: Tidak pernah diserahkan dokumen yang saya serahkan kepada Peguam Hasshahari. Tidak pernah dikembalikan kepada saya untuk saya stamping dan saya serahkan kepada pihak-pihak yang terlibat.”
30
Adalah terbukti berdasarkan keterangan-keterangan fakta yang tidak tercabar bahawa tidak wujud sebarang balasan yang sah yang diberikan oleh defendan kepada plaintif-plaintif dalam kes ini. Justeru, perjanjian persahabatan dan “Share Sale Agreements” tidak disokong oleh sebarang balasan yang sah di sisi undang-undang.
31
Seterusnya keterangan defendan yang tidak konsisten dengan penyata saksi juga memperkukuhkan fakta keterangan bahawa defendan tidak mempunyai kapasiti memberi pinjaman sebanyak RM20 juta tersebut. Ini adalah di mana di dalam penyata saksi, defendan menghuraikan fakta bahawa beliau telah menyimpan wang sebanyak RM20 juta di dalam Tien Yun Enterprise manakala di peringkat balas, beliau memberi keterangan bahawa wang tersebut adalah kepunyaannya dan bukan dari Tien Yun Enterprise.
32
Defendan juga gagal menjelaskan punca asalnya wang tersebut dan juga menyahut keterangan fakta tersebut dengan memberi keterangan bahawa beliau tidak mempunyai RM20 juta di dalam akaun peribadi beliau.
33
Maka selaras dengan seksyen 26 Akta Kontrak 1950, perjanjian-perjanjian tersebut adalah terbatal dan tidak sah. Kes yang relevan berhubung dengan isu balasan ialah kes Ng Chee Kui & Anor v Fast Aid Medical (M) Sdn Bhd & Ors and Another Appeal [2020]
34
Berhubung dengan isu kedua adalah pendirian defendan bahawa beliau yang memberikan pinjaman wang sebanyak RM20 juta kepada plaintif pertama.
35
Ini amat bercanggah dengan keterangan fakta defendan di Mahkamah bahawa wang disimpan di Tien Yun Enterprise di mana beliau dan PW3 merupakan merupakan rakan kongsi 50:50 peratus dan beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada PW3 sebelum menyediakan wang tersebut.
36
Mahkamah mendapati jika benar wang tersebut adalah kepunyaan defendan seperti yang didakwanya, maka tidak perlu beliau mendapat kebenaran daripada PW3 dalam penyediaan wang tersebut untuk dipinjam kepada plaintif pertama.
37
Fakta yang lebih kukuh dan tidak tercabar adalah keterangan defendan sendiri bahawa beliau tidak secara peribadi mempunyai wang RM20 juta di dalam akaun peribadi beliau. Sila rujuk muka surat 178, nota keterangan.
38
Dakwaan defendan bahawa wang tersebut diberikan kepada plaintif pertama secara berperingkat tidak diplidkan dan juga tiada bukti keterangan fakta berhubung perkara ini.
39
Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding masing-masing.
40
Pliding defendan menyatakan defendan secara peribadi telah memberikan pinjaman persahabatan sebanyak RM20 juta kepada plaintif pertama. Walau bagaimanapun, sewaktu memberi keterangan fakta di Mahkamah, defendan menyatakan wang tersebut adalah daripada syarikat Tien Yun Enterprise dan persetujuan PW3 diperlukan sebelum wang tersebut dipinjamkan kepada plaintif pertama.
41
Terdapat lompang di dalam pliding defendan di mana beliau gagal menghuraikan fakta material bagaimana wang tersebut diberikan kepada plaintif pertama.
42
Keterangan PW3 bahawa plaintif pertama meminjam wang daripada Tien Yun Enterprise tidak disangkal pada sebarang masa.
43
Dalam mengambil kira keseluruhan fakta keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini, adalah diputuskan bahawa plaintif telah berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa wang RM20 juta tidak diterima daripada defendan.
44
Beralih kepada isu ketiga adalah pendirian pihak defendan bahawa kesemua perjanjian yang dirujuk dalam kes ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
45
Pihak defendan juga berhujah bahawa surat dari firma PW4 yang bertarikh 22-6-2017 dengan jelas membuktikan fakta bahawa dokumen yang telah ditandatangani dihantar kepada peguam defendan. Ini membuktikan transaksi kontrak telah dilaksanakan.
46
Pihak defendan juga berhujah anggapan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh ditimbulkan terhadapnya akibat kegagalan memanggil saksi Encik Hasshahari, peguam yang mengendalikan dokumen-dokumen perjanjian bagi pihak defendan.
47
Di dalam penelitian keterangan fakta yang dikemukakan di Mahkamah, adalah terbukti bahawa tidak ada dokumen-dokumen perjanjian yang wujud di mana defendan ada menurunkan tandatangan beliau. Defendan gagal mengemukakan dokumen-dokumen perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh beliau ataupun kedua-dua pihak di sepanjang perbicaraan kes ini.
48
Dalam perbicaraan kes, tidak dibuktikan wujudnya dokumen-dokumen perjanjian yang ditandatangani dan disetemkan. Malahan peguam yang dikenal pasti oleh defendan sebagai saksi sepina, berhubung penyediaan dokumen-dokumen tersebut, tidak dipanggil untuk memberi keterangan fakta berhubung status dokumen-dokumen perjanjian tersebut.
49
Pihak defendan juga gagal memberikan penjelasan mengapa saksi penting tersebut, iaitu peguam bernama Encik Hasshahari Johari Mawi, gagal hadir di Mahkamah.
50
Mahkamah ini memutuskan kegagalan memanggil saksi penting tersebut mewujudkan lompang dalam kes defendan berhubung dakwaan-dakwaan beliau bahawa dokumen-dokumen perjanjian-perjanjian yang dinyatakan dalam kes ini telah dimuktamadkan dari segi penandatangan mahupun disetem.
51
Dalam pada itu, Mahkamah ini menimbulkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa sekiranya saksi Encik Hasshahari Johari Mawi dipanggil,ianya akan memudaratkan kes defendan. Apatah lagi apabila defendan sendiri gagal mengemukakan sebarang dokumen menyokong pembelaan beliau.
52
Kes yang relevan ialah kes Mahkamah Persekutuan, Takako Sakao (f) lwn Ng Pek Yuen (f) & Anor [2009] 6 MLJ 751.
53
Dalam pada itu, setelah mengkaji keseluruhan fakta kes dan juga dokumen-dokumen yang sedia ada dalam kes ini, adalah diputuskan bahawa perjanjian persahabatan dan juga perjanjian “Share Sale Agreements” adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
54
Dalam meninjau isu keempat, defendan berhujah isu ini tidak perlu diputuskan dalam perbicaraan ini kerana tidak ada sebarang tuntutan balas yang difailkan oleh defendan.
55
Adalah juga hujahan defendan bahawa pihak-pihak terikat dengan terma-terma perjanjian-perjanjian yang dimasuki.
56
Setelah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan ini, terbukti keterangan-keterangan fakta menjurus kepada perkara-perkara seperti berikut:
56
56.1. Tiada perjanjian-perjanjian yang dimuktamadkan di antara pihak-pihak;
56
56.2. Wang RM20 juta adalah dari syarikat Tien
56
56.3. Defendan tidak pernah membuktikan keterangan fakta bahawa beliau mempunyai kapasiti memiliki wang RM20 juta tersebut;
56
56.4 Dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan ini belum ditandatangani, tidak dimuktamadkan oleh defendan dan juga tidak disetem;
56
56.5. Tidak ada sebarang pemindahan saham dari plaintif kedua kepada defendan.
57
Oleh yang demikian, adalah salah di sisi undang-undang bagi defendan membuat tuntutan terhadap saham syarikat plaintif kedua. Kesimpulan 58. Mahkamah ini memutuskan setelah mengkaji keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan serta hujahan-hujahan bertulis dan lisan peguam-peguam terpelajar bahawa adalah wajar dan adil bagi tuntutan plaintif-plaintif yang berjaya dibuktikan di atas imbangan kebarangkalian dibenarkan dengan kos. Tarikh: 22 Jun 2026 (INDRA NEHRU SAVANDIAH) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Selangor Tarikh keputusan: 22 April 2026 Peguam-Peguam: Bagi pihak Plaintif-Plaintif : Dato’ Dhanaraj Vasudevan & Malar Loganathan Tetuan Kamil Hashim Raj & Lim Bagi pihak Defendan : Dato’ Wira Mohtarudin Baki, Mohd
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.