1
Perayu di dalam kes ini adalah pihak pendakwaan yang tidak berpuashati dengan hukuman yang telah diberikan. Responden responden dalam kes ini telah mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan. [2] 3 Pertuduhan terhadap responden responden adalah sebagaimana berikut: PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan empat (4) bahagian disyaki Kucing Tulap (Catopuma temminckii) iaitu dua (2) bahagian gigi, satu (1) bahagian kuku dan satu (1) bahagian lidah yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716] dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 68(2)(c) Akta A1646. HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM 150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun. PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan tiga (3) bahagian kuku disyaki Beruang Matahari (Helarctos malayanus) yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 68(2)(c) Akta A1646. HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM 150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun. PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan sebahagian sisik disyaki Tenggiling (Manis javanica) yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716] dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 68(2)(c) Akta A1646. HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM 150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun