Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: T-05(SH)-225-05/2024 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu No.: TA-45B-3-01/2018
T-05(SH)-225-05/2024
Court of Appeal of Malaysia8 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: T-05(SH)-225-05/2024 Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu No.: TA-45B-3-01/2018
1
AIZZ AMIDIE BIN AZIZ (No. K/P: 940307-11-5065)
2
MOHD RIZALMAN BIN AWANG (No. K/P: 900804-11-5561)
3
ZAHAMAN FAIROL BIN AWANG (No. K/P: 871120-11-5341) ...PERAYU-PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN ------------------------------------------------------------------------------------------- DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
1
MOHD HAFIFY BIN MAT NAWI (No. K/P: 960323-11-5891)
2
MOHD UWAIS BIN MAT NAWI (No. K/P: 950725-11-5729) ...PERAYU-PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN KORAM: AZMAN BIN ABDULLAH, HMR HAYATUL AKMAL BINTI ABDUL AZIZ, HMR MOHD RADZI BIN ABDUL HAMID, HMR ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan terhadap kesemua Tertuduh/ Perayu/ Orang Kena Tuduh (OKT), iaitu OKT 1 hingga OKT 3 bagi Kes No. T-05(SH)-225-05/2024, serta OKT 4 dan OKT 5 bagi Kes No. T-05(SH)-227-05/2024, masing-masing: “Bahawa kamu bersama-sama seorang yang masih bebas pada 21hb Jun 2017 lebih kurang jam 4.40 petang hingga 8.30 malam bertempat di kawasan paya di Tanah Lapang Kg Pengkalan Nyireh Kg Raja di dalam daerah Besut di dalam Negeri Terengganu, dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Shahrulanuar bin Dek Der (No. K/P:950206-03-5161) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.”
2
Kesemua lima Tertuduh telah didapati bersalah seperti mana pertuduhan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu (YA HMT) dan dijatuhkan hukuman masing-masing tiga puluh enam (36) tahun pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap, 11 Julai 2017 dan dua belas (12) kali sebatan.
3
Kesemua Tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Dua (2) isu utama yang dibangkitkan di dalam rayuan ini adalah:
i
YA HMT telah terkhilaf apabila gagal mengambilkira dan menghayati keengganan di pihak UPS-1 untuk menjawab semasa disoal balas telah menyebabkan Perayu-perayu dinafikan hak akan perbicaraan yang adil; dan [The learned trial judge (LTJ) erred when his Lordship failed to appreciate that the refusal on the part of UPS-1 to answer questions in cross-examination has compromised the fair trial rights of the appellants]
II
(ii) YA HMT telah terkhilaf apabila gagal menghayati pembelaan Perayu-perayu. [The LTJ erred when his Lordship failed to appreciate the defence of the Appellants.]
4
Mahkamah ini telah mendengar hujahan lisan Peguam Perayu-perayu dan pihak Responden (pihak pendakwaan) pada 7 Januari 2026, dan telah memberikan keputusan pada 10 April 2026. B.
5
Semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada 6 Ogos 2019, pihak pendakwaan telah membuat permohonan secara lisan menurut Seksyen 265A(1) KTJ untuk memanggil saksi yang terlindung di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009; yakni seramai tiga (3) orang. Permohonan ini telah dibantah oleh pihak pembelaan. Sehubungan itu, YA HMT telah meminta pihak-pihak untuk berhujah lanjut berhubung isu pemakaian Seksyen 265A KTJ. Setelah YA HMT mendengar hujahan pihak-pihak, YA HMT berpendapat bahawa satu proses siasatan (inkuiri) perlu dibuat oleh Mahkamah, sebelum pihak-pihak boleh berhujah lanjut.
6
Oleh yang demikian, satu proses siasatan (inkuiri) secara tertutup telah dijalankan YA HMT pada 7 Ogos 2019, sebagaimana kehendak Seksyen 265A(2) KTJ. YA HMT telah menyoal saksi-saksi tanpa kehadiran kesemua Perayu, kesemua Peguam Perayu dan juga pihak Timbalan Pendakwa Raya.
7
Hasil siasatan (inkuiri) tersebut, YA HMT berpendapat adanya keperluan untuk identiti saksi-saksi terlindung ini dilindungi sebagaimana kehendak Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi
2009
Justeru itu, pada 26 November 2019, YA HMT telah memaklumkan kepada pihak-pihak berkenaan dapatan tersebut dan YA HMT telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Unit Perlindungan Saksi terhadap ketiga-tiga saksi tersebut dengan memberikan keterangan secara terlindung dan prosiding direkodkan secara mekanikal atau gabungan cara mekanikal, sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 265A, 272E dan 272F KTJ dengan syarat berikut:
i
saksi akan ditempatkan di satu bilik berasingan;
II
(ii) mahkamah tidak akan merekodkan nama atau butir-butir identiti saksi;
III
(iii) saksi tidak dapat dilihat oleh mana-mana pihak kecuali mahkamah (hakim);
IV
(iv) suara saksi juga tidak dapat didengar oleh mana-mana pihak melainkan mahkamah (hakim);
v
sekiranya saksi terlindung hendak membuat pengecaman terhadap saksi lain pihak pendakwaan, ia boleh dibuat melalui video link dari bilik mereka ke dalam mahkamah;
VI
(vi) semasa saksi terlindung memberi keterangan, mereka hendaklah diselia oleh seorang jurubahasa yang dibenarkan oleh mahkamah, dan dari masa ke masa, jika perlu dan atas kebenaran mahkamah oleh pegawai teknikal; dan
VII
(vii) seterusnya saksi-saksi ini akan dirujuk sebagai saksi Unit Perlindungan Saksi (UPS). Bantahan Perayu-perayu Berhubung Pemakaian Seksyen 265A KTJ
8
Pihak Perayu telah memfailkan suatu Notis Usul di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (“AMK”) bagi memohon Mahkamah Tinggi merujuk kepada Mahkamah Persekutuan suatu persoalan undang-undang yang telah berbangkit dalam perbicaraan jenayah tersebut berhubung dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan (“PP”), iaitu:
i
sama ada Seksyen 265A KTJ, yang membenarkan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan secara dilindungi tanpa pendedahan identiti mereka, adalah tidak selaras dengan Perkara 5 dan Perkara 8 PP yang memperuntukkan perihal kesamarataan di sisi undang-undang serta hak kepada perlindungan yang sama di sisi undang-undang, dan oleh itu adalah terbatal menurut Perkara 4(1) PP serta memprejudiskan Perayu-perayu; dan
II
(ii) sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan mengenai isu keperlembagaan suatu peruntukan undang-undang yang berbangkit dalam perjalanan suatu perbicaraan di hadapannya.
9
Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar pada masa tersebut, berpendirian bahawa tidak wujud keperluan untuk merujuk isu keperlembagaan peruntukan undang-undang tersebut kepada Mahkamah Persekutuan dan, dalam apa jua keadaan, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan isu tersebut, yang kemudiannya telah diputuskan olehnya.
10
YA HMT tersebut telah memutuskan bahawa peruntukan Seksyen 265A KTJ adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, sah di sisi undang-undang. Selepas itu, YA HMT memutuskan untuk meneruskan pendengaran keterangan tiga (3) orang saksi tersebut mengikut kaedah perlindungan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 265A KTJ. (Alasan penuh YA HMT adalah sepertimana di dalam AIZZ AMIDIE AZIZ & YANG LAIN v. PP [2021] 4 CLJ 496). Rayuan Ke Mahkamah Rayuan 11. Perayu-perayu telah merayu ke Mahkamah Rayuan ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Alasan-alasan rayuan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
i
sama ada YA HMT telah tersilap dari segi fakta dan undang-undang apabila membuat dapatan bahawa tiada isu keperlembagaan atau keadaan khas yang membolehkan cabaran keperlembagaan tersebut dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan, sedangkan Seksyen 265A KTJ jelas tidak selaras dengan Perlembagaan
II
(ii) sama ada YA HMT telah tersilap dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal merujuk persoalan keperlembagaan tersebut kepada Mahkamah Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan isu keperlembagaan berkenaan; dan
III
(iii) sama ada Mahkamah Rayuan ini wajar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengeluarkan suatu perintah bagi merujuk persoalan mengenai keperlembagaan peruntukan tersebut kepada Mahkamah Persekutuan atau mengeluarkan apa-apa perintah lanjut lain yang difikirkan patut dan munasabah demi kepentingan keadilan kepada para Perayu. Perintah Mahkamah Rayuan 12. Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberikan budi bicara kepada Mahkamah Tinggi sama ada untuk merujuk atau tidak suatu persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. (Rujuk kes AIZZ AMIDIE AZIZ & ORS v. PP [2021] 5 CLJ 766).
13
Mahkamah Tinggi tidak terikat untuk membuat rujukan secara serta-merta apabila isu perlembagaan dibangkitkan semasa ia menjalankan bidang kuasa asal, rayuan atau semakan. Dalam kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi telah melaksanakan budi bicaranya dengan betul apabila menolak permohonan rujukan tersebut dan meneruskan perbicaraan jenayah, setelah mendapati tiada persoalan perlembagaan yang memerlukan rujukan.
14
Keputusan Mahkamah Tinggi untuk menerima keterangan di bawah Seksyen 265A Kanun Tatacara Jenayah dan meneruskan perbicaraan bukanlah suatu keputusan muktamad yang melupuskan hak pihak-pihak, dan oleh itu bukanlah merupakan suatu keputusan yang boleh dirayu menurut Seksyen 50 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
15
Isu keperlembagaan dan kebolehterimaan keterangan tersebut hanya boleh dipertimbangkan secara menyeluruh pada akhir perbicaraan apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan muktamad, sama ada untuk mensabitkan atau membebaskan Tertuduh-tertuduh.
16
Oleh sebab tiada kesilapan dalam pelaksanaan budi bicara Mahkamah Tinggi dan rayuan tersebut dibuat secara pra-matang serta tidak kompeten, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa rayuan Perayu-perayu tersebut hendaklah dibatalkan, tanpa menjejaskan hak mereka untuk membangkitkan semula semua isu perundangan dan perlembagaan yang berkaitan dalam rayuan terhadap keputusan muktamad selepas perbicaraan.
17
Kes kemudiannya disambung semula di Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. C.
18
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai dua puluh tiga
23
orang saksi termasuk tiga (3) orang saksi terlindung i.e. UPS-1, UPS-2 dan UPS-3.
19
Fakta kejadian menurut YA HMT adalah; pada 21 Jun 2017, UPS-1 mendapat tahu bahawa dirinya dikaitkan dengan kebakaran motosikal milik ibu kepada Muhammad Khairul Anuar bin Roslie (Khairul Anuar/ Yo) dan Muhammad Khairul Affendi bin Roslie (Khairul Affendi/ Mamat).
20
Berikutan itu, pada jam 4.30 petang, UPS-1 bersama-sama dengan dengan si mati dan UPS-3 telah pergi ke rumah Khairul Anuar untuk bertanyakan sendiri berkenaan perkara tersebut dan bertanyakan kenapa beliau dilibatkan dengan kes membakar motosikal itu sedangkan motosikal itu dikatakan telah dibakar oleh abang kepada Khairul Anuar iaitu penama Khairul Affendi. Ketika sampai di rumah itu, mereka telah berjumpa dengan Khairul Anuar.
21
Dalam perjumpaan tersebut, Khairul Anuar telah memaklumkan kepada UPS-1 bahawa sepupunya yang bernama “Arif Kucing” iaitu OKT 2 yang telah membuat laporan polis terhadap UPS-1 dan OKT 2 juga yang telah memberitahunya bahawa telah nampak UPS-1 membakar motosikal milik ibu Khairul Anuar.
22
Selepas dimaklumkan, UPS-1 meminta Khairul Anuar untuk menghubungi OKT 2 bagi memintanya datang ke rumah tersebut untuk berbincang. Selepas itu, Khairul Anuar dilihat telah menghubungi seseorang (OKT 2) dan pergi ke arah beberapa orang yang berada di situ yang dilihat membawa senjata berupa pedang atau parang.
23
Melihat keadaan sedemikian, UPS-1, si mati dan UPS-3 telah bertindak beredar dari tempat tersebut dan pergi mengambil sebilah pedang di kedai milik kawan UPS-1 yang terletak di Kuala Besut bagi tujuan digunakan untuk mempertahankan diri jika perlu, memandangkan terdapat orang-orang yang membawa senjata di rumah Khairul Anuar itu.
24
Kemudian, mereka bertiga pergi kembali ke rumah Khairul Anuar dan apabila sampai di situ, mereka mendapati OKT 2 telah sampai bersama abangnya “Peyo” iaitu OKT 3 dan juga bersama beberapa kawannnya termasuk “Pa Lumba” iaitu OKT
1
1.
25
UPS-1 dan si mati telah turun dari kereta dan pergi berbincang dengan Khairul Anuar. Pada ketika ini, berlaku pertengkaran mulut di antara UPS-1, si mati dan Khairul Anuar. Kemudian, OKT 2 dilihat telah menelefon seseorang meminta supaya datang ke tempat tersebut.
26
Tidak lama kemudian, datang sebuah kereta jenis Myvi yang mana terdapat beberapa orang menaiki kereta tersebut termasuk “Fifi” iaitu OKT 4 dan “Uwais” iaitu OKT 5. Selain itu, turut hadir sebuah kereta kelisa yang dinaiki oleh penama Mohd Hafizi (SP22) dan seorang yang tidak dikenali dan sebuah kereta viva yang dinaiki oleh lima (5) orang.
27
Selepas tiga (3) buah kereta itu sampai, abang kepada Khairul Anuar iaitu Khairul Afendi dilihat keluar dari rumahnya dan telah pergi menuju ke arah UPS-1. Kemudian, UPS-1 telah memegang baju singlet yang dipakai oleh Khairul Afendi dan bertanyakan kepadanya siapa yang membakar motosikal ibunya itu. Pada masa ini juga, UPS-1 dilihat memegang tangan Khairul Afendi dan mengajaknya pergi ke balai polis.
28
Selepas itu, OKT 4 pergi ke arah UPS-1 dan menolaknya. Kemudian, OKT 4 berkata kepada UPS-1 bahawa itu adalah tempat dan kawasannya sambil menunding jari ke arah UPS-1. Pada masa ini, OKT 3 memegang baju UPS-1 di bahagian belakang. Keterangan Saksi Mata UPS-1 Melihat Perayu-perayu Terlibat 29. Kemudian, OKT 4 dilihat pergi semula ke arah kereta Myvi yang dinaikinya dan mengambil sebilah pedang dari dalam kereta Myvi tersebut sambil berteriak “tetak, tetak” beberapa kali dengan nada yang kuat. Berikutan itu, OKT 1, OKT 2, OKT 3 dan OKT 5 dilihat turut pergi mengambil pedang atau parang dari dalam kereta dan raga motosikal.
30
Melihat keadaan tersebut, UPS-1 menjerit beberapa kali menyuruh si mati dan UPS-3 melarikan diri. UPS-1 turut sama melarikan diri. Pada masa ini, OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 ada mengejar dan menghayun pedang ke arah UPS-1 dan si mati dan pedang OKT 4 hampir-hampir mengenai si mati jika tidak dielak oleh si mati.
31
Keterangan bertambah kukuh apabila UPS-1 melihat OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 meneruskan usaha mengejar UPS-1 dan si mati sambil berlari dan masing-masing memegang senjata pedang dan parang. Ketika dikejar, mereka telah menghayunkan pedang dan parang yang dipegang itu ke arah si mati dan UPS-1. UPS-3 saksi kedua melihat kejadian 32. Semasa melarikan diri itu, UPS-1 sempat berpaling dan melihat OKT 4 dan OKT 5 menaiki semula kereta Myvi itu dan mengejar UPS-1 dan si mati dengan menggunakan kereta tersebut. Adegan kejar-mengejar dan hayunan pedang oleh OKT-OKT itu turut disaksikan oleh UPS-3 dan UPS-3 juga melihat OKT 4 dan OKT 5 masuk semula ke dalam kereta Myvi dan mengejar si mati dan UPS-1 dengan kereta.
33
Namun selepas itu, UPS-3 turut dikejar dengan dua (2) orang lain yang memegang besi, yang menyebabkan UPS-3 terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri sehingga sampai ke kedai menjual sayur dan mendapatkan bantuan dengan bersembunyi di dalam kedai sayur itu.
34
Tidak lama kemudian, Amir Che Ya iaitu abang kepada kawan UPS-3 bernama Amin telah datang mengambil UPS-3 dan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana UPS-3 merasa sakit akibat dipukul dengan batang besi semasa beliau melarikan diri dan dikejar.
35
Pada ketika itu, UPS-1 dan si mati telah berjaya melarikan diri ke arah belakang rumah Khairul Anuar. Namun, OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 masih mengejar si mati dan UPS-1 sehingga ke jalan tanah dan kemudian sehingga ke kawasan semak samun dan berpaya (tempat kejadian tetakan berlaku). UPS-1 berjaya sembunyi dan melihat Perayu-perayu menetak si mati 36. Semasa melarikan diri di kawasan semak samun berpaya itu, UPS-1 berjaya bersembunyi di dalam semak-samun. Namun, si mati tertinggal di belakang dan si mati telah ditetak di bahagian belakang kaki oleh OKT 4 sehingga menyebabkannya terjatuh. Kemudian, OKT 4 menetak di bahagian muka si mati namun si mati sempat menahan dengan menggunakan lengannya.
37
Pada masa itu, OKT 5 juga ada menetak kaki si mati. Selain itu, OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 juga turut menetak di bahagian muka si mati tetapi telah ditahan oleh si mati dengan menggunakan lengan tangannya. Si mati hanya mempertahankan diri dengan menggunakan pergelangan tangannya daripada tetakan-tetakan yang dibuat oleh OKT-OKT itu.
38
Semasa ditetak, si mati ada menyebut nama “Allah” beberapa kali dan meminta pertolongan. Namun, OKT-OKT tidak mengendahkannya malah mereka masih lagi menetak si mati. Pada masa ini, UPS-1 hanya dapat melihat dari dalam semak- samun tempat persembunyiannya pada jarak di antara 10 hingga 20 meter dari tempat si mati ditetak.
39
Setelah OKT-OKT melihat si mati tidak bergerak lagi, barulah mereka meninggalkan si mati dan meneruskan usaha untuk mencari UPS-1 dengan menaiki kereta Myvi dan Kelisa.
40
Setelah OKT-OKT beredar dari tempat tersebut, UPS-1 telah merangkak di dalam semak-samun dan berusaha keluar dari tempat tersebut untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung.
41
Selepas UPS-1 berjaya keluar dari semak samun itu, UPS-1 telah mendapatkan pertolongan daripada seorang lelaki tidak dikenalinya dan meminta lelaki itu meminjamkan telefonnya untuk dia menghubungi UPS-3 supaya UPS-3 datang mengambilnya di rumah lelaki tersebut. Selain menghubungi UPS-3, UPS-1 juga turut menghubungi pihak berkuasa untuk memohon pertolongan. Selepas 10 minit berada di rumah lelaki itu, UPS-3 telah datang dan membawa UPS-1 pulang ke rumahnya dan juga ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Selepas itu, UPS-1 telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian bunuh tersebut.
42
Pada 21 Jun 2017 jam lebih kurang 5.15 petang, semasa pengadu, Ahmad Ruslan Bin Arshad (R/165649) iaitu SP18 sedang bertugas di Bilik Gerakan IPD Daerah Besut, beliau telah menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan bahawa satu pergaduhan telah berlaku berdekatan dengan Tapak Pasar Tani Kg Pengkalan Nyireh Besut Terengganu. Ahmad Ruslan Bin Arshad (R/165649) kemudian telah membuat satu laporan polis sebagaimana Kg Raja 3337/17.
43
Maklumat pertama ini kemudian telah disalurkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut. Bertindak atas maklumat tersebut, Insp Siti Fatimah iaitu SP14 telah bersama-sama dengan pasukan D10 IPK Terengganu telah pergi ke tempat kejadian.
44
Hasil pemeriksaan mendapati tempat kejadian merupakan kawasan paya di tanah padang Kg Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut Terengganu. Pasukan polis kemudian telah menjumpai mayat seorang lelaki Melayu berada di atas rumput panjang di kawasan paya tersebut.
45
Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang dan memakai baju t-shirt tidak berkolar pendek warna hijau berbelang hitam, berseluar pendek jeans berwarna biru, berkasut hitam di sebelah kanan, memakai jam jenama G-Shock di lengan kiri dan memakai cincin berwarna silver di jari manis sebelah kiri.
46
Hasil siasatan awal mendapati butiran diri si mati adalah sebagaimana berikut: Nama: Mohd Shahrulanuar bin Nek Der No. K/P: 950206-03-5161 Umur: 22 tahun Pekerjaan: Pembantu kedai makan Alamat: 170, Jalan Pantai, Kg. Telok Bayu, Kuala Besut, Terengganu
47
Si mati kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Pembedahan post-mortem telah dijalankan oleh Doktor Wan Mohamad Zamri iaitu SP10 dan hasil post-mortem mengesahkan bahawa kematian si mati adalah berpunca daripada kehilangan darah yang banyak disebabkan oleh luka kelar atau tetak yang berganda.
48
YA HMT di dalam Alasan Penghakiman beliau mengulas berhubung keterangan SP10, sebagaimana berikut; “[41] SP10 mendapati bahawa terdapat banyak Iuka lelas dan Iuka kelar atau tetakan yang disebabkan oleh benda tajam di banyak bahagian badan si mati. Pemeriksaan seterusnya menunjukkan Iuka tersebut telah menyebabkan kecederaan teruk pada lengan bawah sebelah kiri, betis kiri bahagian hadapan (anterior) dan bahagian belakang lutut sebelah kanan. Banyak otot telah putus dan tercedera. Banyak salur darah (recurrent interosseous artery", "posterior interosseous artery", "anterior tibial artery", "popliteal artery", dan "popliteal vein") yang telah putus. lni menyebabkan mangsa mengalami pendarahan yang banyak dan berterusan. lni menyebabkan mangsa mengalami "hypovolemic shock" dan seterusnya menyebabkan kematian. Mengikut perkiraan SP10, si mati telah meninggal sekitar 10 hingga 15 minit selepas mengalami kecederaan dan si mati meninggal dunia di tempat kejadian. Jika melihat kepada kecederaan, si mati tidak mungkin dapat diselamatkan kerana pendarahan berlebihan akibat Iuka kelar atau tetak yang berganda. [42] SP10 mengesahkan secara positif bahawa pedang atau parang P126A, P129A dan P137A yang dirampas dalam kes ini adalah senjata yang boleh menyebabkan kecederaan Iuka tetakan, libasan dan juga kelar seperti yang dialami oleh si mati.”
49
Alasan Penghakiman YA HMT berhubung pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan telah dinyatakan di para 43 - 50 dan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah pertuduhan membunuh dan elemen-elemen pembuktian menurut Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan juga telah dijelaskan oleh YA HMT di para 51 - 93.
50
Elemen “niat bersama” juga telah dianalisa oleh YA HMT secara tepat, sebagaimana dinyatakan di dalam Alasan Penghakiman YA HMT di para 92 - 93 iaitu;
i
OKT 1, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 datang selepas dipanggil oleh OKT 2;
II
(ii) OKT-OKT datang ke tempat kejadian membawa pedang dan parang yang diletakkan di dalam kereta dan raga motosikal;
III
(iii) OKT 4 mula-mula mengambil pedang dari dalam kereta Myvi yang dinaikinya dan kemudian menjerit "tetak" beberapa kali. Selepas itu OKT 1, OKT2, OKT 3 dan OKT 5 dilihat mengambil senjata dari dalam kereta dan raga motosikal;
IV
(iv) OKT-OKT mengejar si mati dan UPS-1 yang melarikan diri sambil OKT-OKT menghayunkan pedang dan parang panjang bermula dari hadapan rumah Khairul sehingga ke kawasan paya tempat di mana si mati ditetak yang terletak lebih kurang 400 meter dari hadapan rumah Khairul;
v
OKT-OKT menetak si mati dengan pedang dan parang panjang beberapa kali di tempat kejadian. Masing-masing ada melakukan serangan atau tetakan tersebut walaupun cuba ditahan oleh si mati dengan menggunakan tangannya;
VI
(vi) OKT-OKT hanya berhenti menetak si mati selepas si mati dilihat tidak lagi bergerak; dan
VII
(vii) Pedang dan parang panjang yang digunakan oleh OKT-OKT telah disimpan dan disembunyikan oleh OKT 1.
51
Mahkamah ini sebulat suara berpuas hati bahawa YA HMT telah membuat dapatan yang betul sebelum memanggil kesemua Tertuduh membela diri. D.
52
Sebagaimana dapatan YA HMT, pembelaan kelima-lima OKT telah membentangkan naratif yang berlawanan dengan versi pendakwaan. Pembelaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3:
53
Ringkasnya, pembelaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 adalah mereka bertiga hanya berada di tempat kejadian pergaduhan pertama berlaku iaitu di kawasan rumah Khairul (SD6) dan mereka menafikan ada pergi ke tempat kejadian kedua iaitu di kawasan di mana si mati telah ditetak sehingga menyebabkan kematiannya. Sebaliknya, mereka meletakkan orang yang terlibat dan mengetahui akan pembunuhan itu adalah empat individu yang dikenali dengan nama Mukhlis, Mat Duan, Edit dan Keri Moksu Nab. Empat individu itu dikatakan telah mengejar si mati dan UPS-1 dengan senjata pedang ke belakang rumah SD6. Penama Mukhlis itu juga dikatakan sebagai pihak yang telah memberikan pedang kepada OKT 1 yang mana pedang tersebut kemudiannya diserahkan pula kepada SP22. Bagi menyokong versi mereka ini, pembelaan telah memanggil SD6, SD8 dan SD9 yang turut mengesahkan kewujudan empat individu tersebut.
54
YA HMT, setelah meneliti kesemua keterangan tersebut dan menilai semula keterangan kes pihak pendakwaan, mendapati bahawa versi OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 mengenai kewujudan empat individu itu dan kaitan mereka dengan kejadian mengejar si mati sambil membawa pedang ke belakang rumah SD6 hanya timbul semasa ketiga-tiga OKT itu memberi keterangan.
55
Semasa pihak pendakwaan membentangkan kes ini, nama keempat-empat individu tersebut tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak pembelaan sama ada secara diletakkan (put) kepada saksi pendakwaan atau di dalam bentuk soalan. Nama-nama tersebut juga tidak pernah dicadangkan terutamanya terhadap saksi penting dalam kes ini seperti UPS- 1, UPS-3, SP22 dan SP23. Malah, YA HMT juga mendapati pihak pembelaan tidak pernah membangkitkan apa-apa perkaitan empat individu tersebut dengan kes pembunuhan ini. Walhal, OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 mengatakan bahawa mereka begitu mengenali keempat-empat individu tersebut sebagai rakan sekampung mereka. Selain itu, SD6, SD8 dan SD9 turut mengatakan bahawa mereka ada mengenali keempat-empat individu tersebut.
56
YA HMT mendapati dalam keadaan ini, jika pembelaan mereka itu benar, tidak ada sebab kenapa pihak pembelaan boleh terlepas pandang untuk mengajukan nama keempat-empat individu penting tersebut bersama peranan mereka kepada saksi-saksi pihak pendakwaan.
57
Kami sebulat suara bersetuju dengan analisis dan dapatan oleh YA HMT di atas. Telah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pembelaan hendaklah diletakkan kepada saksi-saksi pendakwaan ketika disoalbalas. lni bagi menghormati sistem perbicaraan kes jenayah di negara kita, yang menggunakan sistem adversarial. Dalam kes Tan Kim Ho v. PP [2009] 3 CLJ 236, Mahkamah Persekutuan dalam menyentuh berkenaan perkara ini memutuskan berikut: “...he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statement made by the plaintiff's or prosecution’s witnesses must be accepted true.”
58
Di dalam kes Ng Tiam Kok & Yang Lain lwn. PP [2013] 1 CLJ 632, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmad Maarop HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “Bagi kami, jika pembelaan mereka itu benar tidak ada sebab kenapa mereka telah terlepas pandang untuk mengajukannya kep.ada saksi-saksi pihak pendakwaan. Keperluan untuk mengajukan (put) kes mereka kepada saksi-saksi pihak pendakwaan bukan sekadar kaedah teknikal undang-undang, tetapi adalah kaedah penting keadilan.”
59
Oleh yang demikian, dengan kegagalan pihak pembelaan menimbulkan keempat-empat penama tersebut seawal kes pendakwaan, YA HMT berpendapat bahawa pembelaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 yang cuba mengaitkan empat penama tersebut dengan kejadian yang menimpa si mati adalah bersifat satu pemikiran semula sahaja dan pembelaan sedemikian tidak seharusnya diterima oleh Mahkamah. Menurut YA HMT, pihak pembelaan sepatutnya membangkitkan asas pembelaan tersebut sejak awal lagi (semasa kes pendakwaan) dan bukannya semasa OKT-OKT membela diri di mana pembelaan dilihat cuba memperbaiki kes terhadap mereka.
60
OKT 4 menafikan bahawa dia ada terlibat dalam pergaduhan di kawasan rumah SD6 itu atau terlibat mengejar si mati hingga ke belakang rumah SD6 dan menetak simati. Sebaliknya, OKT 4 mendakwa dia hanya singgah di kedai runcit berdekatan kawasan kejadian pergaduhan itu kerana kawannya bernama Raja Yunus atau Along (SD14) ingin membeli rokok. Menurut OKT4 lagi, dia ada keluar dari kereta yang dinaikinya bersama Naqib dan lzham untuk melihat kejadian orang sedang memukul kenderaan. Bagi menyokong keterangan OKT 4 itu, pihak pembelaan telah memanggil SD6, Along (SD14) dan lzham (SD15).
61
Walau bagaimanapun, YA HMT mendapati keterangan ketiga-tiganya adalah bercanggah dengan keterangan OKT 4 sendiri termasuk juga saksi-saksi pembelaan yang lain. Percanggahan keterangan antara SD6 dan SD15 dengan keterangan OKT4 dan percanggahan keterangan SD14 dengan keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain termasuk OKT 4 menunjukkan salah seorang daripada mereka atau ketiga-tiga mereka tidak bercakap benar. Oleh itu, YA HMT berpendapat bahawa kredibiliti SD6, SD14 dan SD15 telah terjejas yang memberi alasan kepada beliau untuk meragui keterangan mereka dan seterusnya menolak keterangan yang diberikan oleh mereka bertiga. Lantaran itu, YA HMT telah memutuskan bahawa keterangan mereka yang kononnya mengatakan bahawa OKT 4 tidak keluar dari keretanya dan tidak masuk campur pergaduhan yang berlaku pada hari kejadian itu adalah tidak boleh dipercayai oleh beliau.
62
62.
Preamble
Menurut YA HMT, dengan meragui keterangan SD6, SD14 dan SD15, maka tiada lagi keterangan bebas yang boleh disandarkan bagi menyokong versi pembelaan OKT 4. Sebaliknya, keterangan UPS-1 yang disokong oleh keterangan UPS-3 dengan jelas menunjukkan bahawa OKT 4 terlibat secara langsung dalam mendatangkan kecederaan kepada si mati sehingga membawa kepada kematiannya.
63
Apatah lagi, pemeriksaan balas peguam OKT 4 terhadap saksi-saksi pendakwaan tidak pernah mencadangkan bahawa OKT 4 hanya singgah secara kebetulan di tempat berdekatan pergaduhan itu kerana SD14 hendak membeli rokok. Penama SD14 dan peranannya juga tidak pernah dibangkitkan semasa di kes pendakwaan terutamanya semasa Pegawai Penyiasat iaitu SP23 memberikan keterangan.
64
Sehubungan itu, YA HMT mendapati pembelaan OKT 4 adalah merupakan penafian semata-mata (mere denial) dan bukanlah suatu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
65
OKT 5 pula menafikan keberadaannya di tempat kejadian pada masa kejadian pergaduhan itu berlaku tetapi sebaliknya mendakwa dirinya berada di Kota Bharu pada masa itu. Bagi menyokong keterangan alibinya itu, pihak pembelaan telah memanggil SD12 (isteri OKT 5) yang mengesahkan bahawa OKT5 ada pergi ke Kota Bharu bersama-samanya ketika kejadian pergaduhan dan tetakan ke atas si mati itu berlaku.
66
Selain itu, SD13 juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan bahawa beliau telah melihat OKT5 berada di KB Mall pada hari kejadian. Namun begitu, YA HMT mendapati pembelaan alibi OKT 5 adalah tidak teratur di sisi undang-undang kerana tiada notis alibi diberikan oleh OKT 5 mengikut kehendak Seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah. Pihak pembelaan juga tidak memberikan penjelasan atas kegagalan menyerahkan notis alibi. Oleh itu, YA HMT tidak dapat menerima keterangan OKT 5 dan juga keterangan saksi-saksi alibi pembelaan OKT 5.
67
YA HMT juga juga mendapati bahawa semasa kes pendakwaan, tiada sebarang soalan ataupun cadangan kepada saksi-saksi pendakwaan mengenai pembelaan alibi OKT 5 dikemukakan oleh pihak pembelaan. Sebaliknya, soal balas pihak pembelaan terhadap saksi-saksi pendakwaan dilihat seolah-olah mengiyakan bahawa OKT 5 berada di tempat kejadian pada masa kejadian tersebut berlaku.
68
Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, YA HMT telah memutuskan bahawa isu pembelaan alibi yang dibangkitkan oleh OKT 5 adalah merupakan suatu pembelaan “afterthought” serta lebih merupakan penafian semata-mata oleh OKT 5 ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pembelaan alibi OKT 5 ini tidak diterima oleh YA HMT serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
69
Secara keseluruhannya, di akhir kes pembelaan, YA HMT setelah meneliti keseluruhan keterangan pembelaan mendapati bahawa penceritaan OKT 4 dan OKT5 merupakan satu penafian kosong semata-mata dan direka-reka. Penceritaan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 pula merupakan suatu pembelaan yang difikirkan kemudian dan juga direka-reka. Dengan itu, YA HMT mendapati bahawa kesemua OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pihak pendakwaan.
70
YA HMT seterusnya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah ke atas kelima-lima OKT bagi pertuduhan yang telah dikenakan terhadap mereka. Oleh itu, kesemua lima OKT ini didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan kesalahan membunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. E.
71
Dua (2) isu utama yang dibangkitkan di dalam rayuan ini adalah:
i
YA HMT telah terkhilaf apabila gagal mengambilkira dan menghayati keengganan di pihak UPS-1 untuk menjawab semasa disoal balas telah menyebabkan Perayu-perayu dinafikan hak akan perbicaraan yang adil; dan [The learned trial judge (LTJ) erred when his Lordship failed to appreciate that the refusal on the part of UPS-1 to answer questions in cross-examination has compromised the fair trial rights of the appellants]
II
(ii) YA HMT telah terkhilaf apabila gagal menghayati pembelaan Perayu-perayu. [The LTJ erred when his Lordship failed to appreciate the defence of the Appellants.] Isu i) YA HMT telah terkhilaf apabila gagal mengambilkira dan menghayati keengganan di pihak UPS-1 untuk menjawab semasa disoal balas telah menyebabkan Perayu-perayu dinafikan hak akan perbicaraan yang adil 72. UPS-1 telah memberikan keterangan sebagaimana peruntukan Seksyen 265A KTJ. Walau bagaimanapun, Perayu-perayu membangkitkan isu bahawa First Information Report (FIR) iaitu P214 yang dikemukakan tidak menyatakan nama-nama Perayu-perayu dalam IDD214/ P214 tersebut.
73
UPS-1 juga telah menjawab soalan-soalan semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Perayu dengan menyatakan “Maaf saya tidak boleh jawab soalan ini”. Berdasarkan semakan terhadap Rekod-rekod Rayuan, frasa tersebut direkodkan sebanyak 58 kali, sebagaimana yang dikira oleh pihak pendakwaan.
74
Pada masa yang sama, UPS-1 turut memberikan 15 jawapan lain, termasuk jawapan-jawapan kepada soalan yang diulang semasa pemeriksaan semula, sebagaimana yang telah dikira oleh pihak pendakwaan:
a
“Maaf kerana saya tidak boleh menjawab soalan-soalan tersebut kerana ia boleh mendedahkan identiti saya dan menjadi satu kesalahan kepada saya”;
b
“Maaf kerana ia boleh mendedahkan identiti saya dan menjadi satu kesalahan kepada saya”,
c
“Maaf saya tidak boleh memberitahu nama sebenarnya kerana ia boleh mendedahkan identitinya dan menjadi satu kesalahan kepada saya”,
d
“Maaf kerana ia boleh mendedahkan identiti saya”,
e
“Maaf saya tidak boleh jawab”,
f
“Maaf saya tidak boleh beritahu nama penuhnya”,
g
“Maaf saya tidak boleh menjawan soalan ini kerana ianya boleh mendedahkan identiti saya”,
h
“Maaf saya tidak boleh menjawab soalan ini kerana ianya boleh mendedahkan identiti saya”,
i
“Maaf saya tidak boleh menjawab soalan in kerana saya saksi dilindungi”,
j
“Maaf saya tidak boleh menjawab soalan itu kerana akan mendedahkan identiti mereka dan menjadi kesalahan kepada saya”,
k
“Maaf saya tidak boleh beritahu kerana ianya akan mendedahkan identiti saya”,
l
“Maaf saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana beliau adalah seorang saksi terlindung dan menjadi satu keslahan kepada saya untuk mendedahkan identitinya”; dan
m
“Maaf saya tidak boleh dedahkan nama seorang lagi itu kerana dia adalah saksi terlindung dan menjadi kesalahan kepada saya untuk mendedahkan identitinya”.
75
Sebagaimana Rekod-rekod Rayuan semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi, suatu permohonan lisan telah dibuat oleh pihak pendakwaan 6 Ogos 2019 menurut Seksyen 265A KTJ; di mana pihak pendakwaan telah memohon supaya keterangan saksi terlindung diambil tanpa saksi dilihat atau didengar, dan supaya Mahkamah menjalankan inkuiri secara in camera. Seterusnya, pihak pendakwaan memohon agar keterangan saksi-saksi tersebut direkodkan secara transkrip selaras dengan peruntukan Seksyen 272E dan 272F KTJ. Ini bermaksud, keterangan diambil secara mekanikal atau gabungan kaedah mekanikal, dengan kehadiran Pendaftar (Puan Asmah) serta Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Saksi bagi tujuan pelaksanaan inkuiri tersebut. Permohonan tersebut telah dibantah oleh oleh Peguam OKT-OKT pada 6 Ogos 2019.
76
Pada 26 November 2019, YA HMT telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan menurut Seksyen 265A KTJ, dan keterangan saksi terlindung telah diambil secara mekanikal atau gabungan kaedah mekanikal. YA HMT juga telah menjalankan prosiding secara tertutup menurut Seksyen 20(1)(a) Akta Perlindungan Saksi 2009.
77
Dalam hal ini, Mahkamah ini selaku panel yang mendengar rayuan sebulat suara bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa pendekatan yang diambil untuk menjadikan UPS-1 sebagai saksi terlindung adalah selari dengan tujuan dan kehendak undang-undang, atas alasan-alasan berikut: a) Jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Peguam Perayu-perayu berkemungkinan mendedahkan nama, alamat, atau apa-apa benda atau perkara yang boleh membawa kepada pendedahan identiti saksi, atau apa-apa keterangan atau perkara lain yang berkemungkinan (likely to lead) membawa kepada pengenalpastian saksi terlindung, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 265C(d) KTJ. Undang-undang dengan jelas melarang mana-mana laporan, keterangan atau perkara yang melalui apa-apa cara boleh membawa kepada pengenalpastian saksi terlindung daripada mengandungi maklumat sedemikian; dan b) Berdasarkan keterangan dalam rekod Mahkamah, terdapat kejadian tembakan yang mengakibatkan kematian Wan Ahmad bin Wan Awang, melibatkan kawan kepada ayah Nek Pa, yang berlaku lebih kurang 18 hari selepas OKT 1 hingga OKT 3 menyerah diri. Pegawai Penyiasat maklumkan seminggu selepas kejadian. Walaupun pihak pembelaan cuba menyatakan bahawa kejadian tembakan tersebut tidak berkaitan dengan kes ini, SP23 tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini menunjukkan wujud ancaman sebenar, bukan sahaja terhadap saksi-saksi kes ini, malah terhadap individu yang rapat dengan saksi dan juga mangsa, termasuk ayah si mati. Sekiranya Pegawai Penyiasat sendiri, yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan siasatan, turut berhadapan dengan ancaman, maka lebih-lebih lagi saksi-saksi seperti UPS-1, UPS-2 dan UPS-3.
78
Meneliti rekod-rekod perbicaraan, Mahkamah ini mendapati YA HMT telah pun memberi ruang dan peluang kepada UPS-1 untuk menjawab soalan-soalan tertentu, walaupun terdapat bantahan daripada pihak TPR yang terpelajar.
79
Mahkamah ini juga bersetuju bahawa YA HMT telah bertindak sebagai seorang pengadil yang adil dan seimbang dalam mengendalikan keterangan UPS-1 sepanjang perbicaraan, dan tidak pernah menafikan hak Perayu-perayu. Tidak wujud sebarang ketidakadilan terhadap Perayu-perayu kerana Hakim Bicara, selaku trier of facts, telah bertindak selaras dengan undang-undang, khususnya di bawah Seksyen 265A KTJ dan peruntukan undang-undang yang berkaitan yang bertujuan melindungi saksi UPS-1. Konsep keadilan tidak boleh hanya memihak kepada Perayu-Perayu semata-mata, sebaliknya mangsa dan saksi juga berhak mendapat perlindungan dan keadilan.
80
Mahkamah ini juga bersetuju bahawa adalah tidak berasas untuk Peguam Perayu-perayu berhujah bahawa Perayu-perayu telah dinafikan hak untuk membuat pemeriksaan balas sehingga menyebabkan perbicaraan tidak adil (fair trial). Mahkamah ini mendapati, dapat dilihat dari nota keterangan yang menunjukkan bahawa pihak pembelaan telah menjalankan pemeriksaan balas terhadap UPS-1 dengan meluas dan berkesan. Tiada sebarang prejudis timbul akibat keengganan UPS-1 menjawab soalan-soalan tertentu kerana UPS-1 telah menjawab soalan-soalan lain yang berkaitan secara langsung dengan isu yang dibangkitkan. UPS-1 juga telah diasak dengan pelbagai soalan untuk mencabar kredibilitinya, namun beliau kekal dengan keterangannya.
81
Pihak Peguam Perayu-perayu juga telah pun menjalankan pemeriksaan balas terhadap UPS-1 dalam waktu yang agak lama dan haknya perlembagaannya telah pun selesai dilaksanakan. Hak untuk memeriksa balas merupakan suatu hak yang penting dan mempunyai kedudukan yang setara dengan hak UPS-1 di bawah Perlembagaan. Ini kerana, pindaan undang-undang yang berkaitan telah dibuat selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, dan peruntukan tersebut kekal berperlembagaan sehingga ke hari ini. Sehubungan itu, keterangan yang diberikan oleh UPS-1 serta saksi-saksi terlindung lain iaitu UPS-2 dan UPS-3 adalah boleh diterima sebagai keterangan yang sah. Persoalan yang diajukan Peguam Perayu-Perayu termasuk di bawah Seksyen 146 Akta Keterangan 1950 82. Berhubung dengan Seksyen 146 Akta Keterangan 1950, pemakaiannya masih tertakluk kepada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, khususnya Seksyen 265C KTJ yang memperuntukkan mengenai Protection of identity of witness. Peruntukan tersebut dengan jelas menyatakan frasa “notwithstanding any written law to the contrary”, yang bermaksud perlindungan identiti saksi hendaklah diberi keutamaan walaupun terdapat peruntukan undang-undang lain yang berlawanan.
83
Oleh itu, Seksyen 146 Akta Keterangan 1950 tidak boleh dibaca secara berasingan tanpa mengambil kira peruntukan Seksyen 265C KTJ. Sehubungan itu, kes-kes rujukan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan seperti Dr Shanmuganathan v. Periasamy s/o Sithambaram Pillai [1997] 2 CLJ 153 dan Kamalan a/l Shaik Mohd v. PP [2013] 4 CLJ 396 tidak wajar diikuti kerana kedua-dua kes tersebut tidak membincangkan situasi yang melibatkan isu atau pemakaian Seksyen 265A KTJ.
84
Dalam rayuan semasa ini, Hakim Bicara sebagai trier of facts merupakan pihak yang paling layak untuk meneliti dan menilai saksi-saksi yang memberi keterangan secara langsung di hadapannya. Dalam konteks UPS-1, hanya Hakim Bicara sahaja yang mempunyai akses penuh untuk melihat, mendengar dan menilai cara UPS-1 memberikan keterangan. Oleh itu, adalah munasabah untuk dirumuskan bahawa Hakim Bicara telah menilai keterangan UPS-1 tersebut dengan seadil-adilnya sebelum membuat dapatan berhubung kredibiliti dan kebolehpercayaan (credibility and reliability) UPS-1, sebagaimana yang telah dihuraikan secara jelas dalam Alasan Penghakiman beliau. Pemakaian Seksyen 147 dan Seksyen 148 Akta Keterangan 1950 85. Mahkamah ini juga bersetuju bahawa Seksyen 148(2)(d) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh membuat inferens buruk apabila seorang saksi enggan menjawab soalan; “(d) the court may, if it sees fit, draw from the witness's refusal to answer, the inference that the answer, if given, would be unfavourable”; adalah tidak terpakai dalam hal keadaan kes ini. Ini kerana, keengganan UPS-1 untuk menjawab soalan-soalan tertentu adalah dibenarkan oleh undang-undang, khususnya apabila soalan tersebut menjurus atau berkemungkinan membawa kepada pengenalpastian saksi terlindung.
86
Sebagaimana dihujahkan pihak pendakwaan, terdapat peruntukan yang jelas dan khusus dalam Seksyen 32A Akta Keterangan 1950 yang membenarkan penggunaan seksyen 265A KTJ dalam mana-mana prosiding jenayah. Peruntukan khusus ini hendaklah diberi keutamaan berbanding Seksyen 148(2)(d) Akta yang sama, yang bersifat umum dan tidak mengambil kira situasi khas melibatkan perlindungan identiti saksi.
87
Tambahan pula, frasa pembukaan dalam Seksyen 32A yang menyatakan “Notwithstanding any other provision in this Act” membawa maksud bahawa peruntukan tersebut mengatasi, mengetepikan atau menyampingkan mana-mana peruntukan lain dalam Akta Keterangan 1950. Oleh itu, sekiranya wujud sebarang percanggahan antara Seksyen 32A dan peruntukan lain dalam Akta yang sama, maka Seksyen 32A hendaklah mengatasi dan diguna pakai. Isu ii) YA HMT telah terkhilaf apabila gagal menghayati pembelaan Perayu-perayu 88. Penilaian dan penghargaan oleh YA HMT terhadap pembelaan kesemua Perayu telah dihuraikan secara terperinci, teliti dan menyeluruh dalam Alasan Penghakiman, khususnya bermula dari para 94 hingga para 152.
89
YA HMT telah mengarahkan minda kehakimannya kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan ketika menganalisis, mempertimbangkan dan menilai pembelaan kesemua Perayu, seperti yang dapat dilihat dalam para 106, 122, 123, 124, 125, 126, 127, 128, 129, 144, 145 dan 149 Alasan Penghakiman beliau.
90
Mahkamah ini juga bersetuju bahawa kes PP v. Amrizal Abdullah [2017] 1 LNS 125 yang dirujuk oleh pihak Perayu-perayu adalah boleh dibezakan. Dalam kes Amrizal tersebut, OKT telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat semasa siasatan bahawa beliau menerima sebuah kereta daripada seorang bernama Bunung untuk diserahkan kepada pihak lain. Sebaliknya, dalam kes semasa, tiada sebarang keterangan menunjukkan bahawa Perayu-perayu pernah memberikan maklumat sedemikian kepada SP23 semasa siasatan, seperti yang kini didakwa dalam pembelaan mereka. F.
91
Setelah meneliti keseluruhan Rekod-rekod Rayuan serta mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada merit dalam rayuan yang dikemukakan oleh Perayu-perayu.
92
Pertama sekali, berhubung isu keengganan UPS-1 untuk menjawab soalan semasa pemeriksaan balas yang dikatakan telah menjejaskan hak perbicaraan yang adil terhadap Perayu-perayu; Mahkamah ini, setelah meneliti Rekod-rekod Rayuan khususnya nota-nota keterangan semasa prosididng perbicaraan berpuas hati bahawa YA HMT selaku Hakim Bicara telah menjalankan siasatan (inkuiri) dengan teratur sebagaimana kehendak Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009, sebelum beliau berpuas hati adanya keperluan untuk identiti saksi-saksi terlindung ini dilindungi. Malah, kami juga berpuas hati bahawa Hakim Bicara telah menilai keterangan ketiga-tiga saksi terlindung termasuklah UPS-1 dengan seadil-adilnya sebelum membuat dapatan berhubung kredibiliti dan kebolehpercayaan (credibility and reliability) UPS-1.
93
Kami sebulat suara berpandangan bahawa Hakim Bicara, selaku “trier of facts” mempunyai kelebihan audio visual serta merupakan pihak yang paling layak untuk menjalankan siasatan (inkuiri) dan menentukan keperluan untuk saksi-saksi tersebut dilindungi, sebelum selanjutnya menentukan kredibiliti saksi-saksi tersebut. Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak harus menganggu dapatan fakta yang dibuat oleh Hakim Bicara. (Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 MLJ 151 dan Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1.)
94
Dalam konteks UPS-1 ini, hanya Hakim Bicara sahaja yang mempunyai akses penuh untuk melihat, mendengar dan menilai cara UPS-1 memberikan keterangan. Ini adalah sebagaimana kehendak perundangan menurut Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696). Justeru, kami mendapati tidak ada sebab untuk kami mengacau ganggu dapatan Hakim Bicara tersebut berhubung kredibiliti UPS-1 serta keperluan mahupun keengganan beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan, sebagaimana kehendak undang-undang.
95
Kami juga bersetuju dengan dapatan Hakim Bicara yang telah memutuskan bahawa UPS-1 adalah seorang saksi yang jujur, dan selanjutnya menerima serta mempercayai keterangan yang disampaikan oleh UPS-1. Sebagaimana diputuskan oleh Hakim Bicara, UPS-1 dan begitu juga UPS-3 telah menjelaskan secara terperinci segala kejadian tanpa menyembunyikan peranan mereka sendiri. Mereka telus dalam penjelasannya apabila disoal, tidak cuba mereka-reka cerita atau cuba menyembunyikan fakta. Mereka konsisten dalam keterangan mereka, walaupun diasak dengan soalan yang begitu panjang lebar daripada peguambela.
96
Kami juga berpendapat bahawa keengganan UPS-1 untuk menjawab beberapa soalan yang mana UPS-1 khuatiri akan mendedahkan identiti dirinya sama sekali tidak mencacatkan keutuhan kes pendakwaan. Ini kerana, sebagaimana dapatan Hakim Bicara, kami berpuas hati dan mendapati bahawa keterangan UPS-1 berhubung kejadian bunuh tersebut turut disokong dengan hal keadaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain.
97
Dalam erti kata lain, selain keterangan UPS-1 dan UPS-3, terdapat keterangan-keterangan sokongan lain yang boleh membuktikan fakta sedemikian secara keterangan ikut keadaan yang menunjukkan bahawa Perayu-perayu adalah orang yang telah menyebabkan kecederaan yang membawa kematian kepada si mati. lni jelas menunjukkan bahawa keterangan versi pendakwaan tersebut adalah suatu keterangan yang benar dan telah berjaya meyakinkan Mahkamah ini akan episod serta insiden tragis yang terjadi.
98
Seterusnya, berhubung isu yang dibangkitkan Perayu-perayu bahawa Hakim Bicara telah gagal menghargai dan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu-perayu. Berdasarkan penelitian kepada Rekod-rekod Rayuan dan hujahan pihak-pihak, sekali lagi Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan Perayu-Perayu.
99
Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Bicara telah meneliti keseluruhan keterangan pembelaan sebelum mendapati dan memutuskan bahawa penceritaan kesemua Perayu-perayu merupakan satu afterthought, penafian kosong semata-mata dan direka-reka. Malah, pembelaan kesemua Perayu ini juga telah dihuraikan secara terperinci, teliti dan menyeluruh dalam Alasan Penghakiman beliau (para 94 hingga 152).
100
Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa Hakim Bicara telah mengarahkan minda kehakimannya kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan ketika menganalisis, mempertimbangkan dan menilai pembelaan kesemua Perayu (para 106, 122, 123, 124, 125, 126, 127, 128, 129, 144, 145 dan 149 Alasan Penghakiman).
101
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, Mahkamah ini mendapati tiada kekhilafan di pihak Hakim Bicara dalam memutuskan bahawa kesemua Perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah ke atas kelima-lima Perayu bagi pertuduhan yang telah dikenakan terhadap mereka. Justeru, tiada sebab untuk Mahkamah ini mengacau ganggu dapatan oleh Hakim Bicara tersebut.
102
Atas dapatan di atas, Mahkamah ini sebulat suara mendapati bahawa sabitan terhadap kesemua Perayu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah selamat untuk dikekalkan. Justeru, rayuan berhubung sabitan adalah ditolak.
103
Berhubung hukuman pula, Mahkamah ini juga sebulat suara mendapati bahawa hukuman yang telah diperintahkan oleh oleh Mahkamah Tinggi terhadap kelima-lima Perayu juga tidak melampaui berlebihan (not manifestly excessive) serta berpadanan dengan fakta kes dan kesalahan yang dipertuduhkan. Justeru, rayuan terhadap hukuman juga adalah ditolak, dan hukuman yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi adalah dikekalkan sebagaimana berikut:
i
Tertuduh Pertama, kedua dan ketiga dijatuhkan hukuman 36 tahun penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 11 Julai 2017 dan 12 sebatan; dan
II
(ii) Tertuduh Keempat dan Kelima dijatuhkan hukuman 36 tahun penjara bermula dari tarikh ditangkap 11 Ogos 2017 dan 12 sebatan. Bertarikh: 8 Jun 2026 -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Bagi pihak Perayu :
1
Datuk Hisyam Teh Poh Teik
2
Kee Wei Lon
3
Siti Summaiyah Binti Ahmad Jaafar [Hisyam Teh] Bagi pihak Responden :
1
TPR Mohd Zain Bin Ibrahim
2
TPR Solehah Noratikah Binti Ismail [Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Jabatan Peguam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.