Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-39-07/2023
DA-22NCvC-39-07/2023
High Court of Malaysia14 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-39-07/2023
1
1.
2
2.
3
3.
4
NURUL HIDAYAT BINTI MOHD KASIM … PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
SUNNYWARD SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 9) Pengenalan [1]
Lampiran
Lampiran 9 (“L. 9”) ini adalah notis permohonan defendan ketiga untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Latar Belakang Kes [2] Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga dalam kes ini adalah atas kepercayaan bahawa defendan ketiga telah berkomplot dengan defendan pertama dengan menggunakan sepucuk surat bertarikh 08.01.2020 yang telah dikeluarkan oleh defendan pertama. 22/07/2024 15:41:28 DA-22NCvC-39-07/2023 Kand. 76 [3] Defendan ketiga juga telah dikatakan berkomplot dengan defendan kedua untuk menipu plaintif-plaintif dengan memberikan nombor akaun banknya kepada defendan kedua untuk dipanjangkan kepada plaintif pertama bagi tujuan pembayaran terus oleh plaintif pertama ke dalam akaun defendan ketiga dan dengan itu menimbulkan tanggungan kepada defendan ketiga secara tidak sah. [4] Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga ini timbul atau bertitik tolak dari satu Guaman Sivil No. WA-23NCVC-18-03/2021 (selepas ini dirujuk sebagai “Guaman No. 18”) yang telah dibawa oleh defendan ketiga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (“MTKL”) terhadap defendan kedua dan plaintif-plaintif serta dua (2) orang individu lain berkenaan satu perjanjian jual beli sarung tangan antara defendan ketiga dan defendan kedua. [5] Defendan ketiga telah menandatangani suatu perjanjian jual beli dengan defendan kedua untuk membeli 74,520 kotak sarung tangan berjenama “GloveOn Paloma by Hartalega (“sarung tangan tersebut”) pada harga RM2,421,900.00. [6] Defendan kedua melalui seorang bernama Fadilah telah menghubungi plaintif pertama melalui plaintif kedua untuk mendapatkan bekalan atau menempah sarung-sarung tangan tersebut di mana plaintif pertama kemudiannya telah bersetuju untuk membekalkan sarung tangan kepada defendan kedua dengan jenama dan kuantiti yang sama yang dipesan oleh defendan ketiga daripada defendan kedua. [7] Defendan ketiga telah membayar deposit kepada defendan kedua dan defendan kedua pula telah membayar deposit kepada plaintif pertama untuk mendapatkan bekalan sarung tangan berjenama GloveOn Paloma tersebut. [8] Plaintif pertama pula telah membuat pesanan kepada tiga buah syarikat pembekal bagi mendapatkan bekalan sarung tangan tersebut dan telah membuat bayaran kepada syarikat-syarikat pembekal tersebut. [9] Walau bagaimana pun ketiga-tiga syarikat pembekal tersebut gagal membekalkan sarung tangan tersebut kepada plaintif pertama dan menyebabkan plaintif pertama telah gagal untuk membekalkan sarung tangan tersebut kepada defendan kedua dan seterusnya menyebabkan defendan kedua gagal untuk membekalkan sarung tangan tersebut kepada defendan ketiga. [10] Atas kegagalan plaintif pertama membekalkan sarung tangan tersebut, defendan kedua telah menuntut plaintif pertama memulangkan keseluruhan bayaran yang telah dibayar oleh defendan kedua kepada plaintif pertama. [11] Defendan ketiga juga telah menamatkan perjanjian jual beli sarung tangan tersebut dengan defendan kedua dan menuntut kesemua bayaran yang telah dibayar oleh defendan ketiga kepada defendan kedua atas kegagalan defendan kedua membekalkan sarung tangan tersebut kepada defendan ketiga. [12] Defendan ketiga kemudiannya telah mengambil tindakan Guaman No. 18 terhadap plaintif-plaintif dan defendan kedua serta dua individu lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (MTKL) untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar oleh defendan ketiga. [13] Dalam Guaman No. 18 tersebut, plaintif-plaintif telah melantik defendan pertama di sini untuk mewakili dan membela mereka terhadap tuntutan defendan ketiga tersebut. [14] Pada hari perbicaraan Guaman No. 18 tersebut, satu penghakiman persetujuan telah direkodkan terhadap plaintif-plaintif melalui defendan pertama (peguam plaintif-plaintif dalam Guaman No. 18 tersebut). [15] Selepas penghakiman persetujuan tersebut direkodkan, plaintif-plaintif telah, memohon kepada MTKL untuk mengenepikan penghakiman persetujuan tersebut atas alasan bahawa penghakiman persetujuan tersebut telah direkodkan oleh defendan pertama tanpa kebenaran dan arahan plaintif-plaintif namun permohonan plaintif-plaintif tersebut telah ditolak oleh MTKL. Tiada apa-apa rayuan telah dibuat oleh plaintif-plaintif terhadap perintah penolakan permohonan tersebut. [16] Plaintif-plaintif kemudiannya telah pada 21.05.2023 memohon kepada Mahkamah Tinggi Kota Bharu (MTKB) melalui Saman Pemula No. DA- 24NCvC-155-05/2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Guaman No. 155”) untuk mengenepikan penghakiman persetujuan yang dikeluarkan oleh MTKL tersebut. [17] Guaman No. 155 ini juga telah ditolak oleh MTKB dan plaintif-plaintif telah merayu ke Mahkamah Rayuan. (Semasa L. 9 ini didengar, rayuan plaintif-plaintif masih belum didengar dan diputuskan). [18] Plaintif-plaintif seterusnya telah, pada 24.07.2023, memfailkan guaman ini DA-22NCvC-39-07/2023 terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga mendakwa terdapat komplot antara defendan-defendan khususnya defendan kedua dan ketiga bagi menipu plaintif-plaintif sehingga menyebabkan penghakiman persetujuan tersebut direkodkan terhadap plaintif-plaintif. [19] Defendan ketiga memfailkan permohonan di L. 9 ini memohon untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Hujahan Defendan Ketiga [20] Defendan ketiga menghujahkan bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga patut dibatalkan atas alasan bahawa plaintif-plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang boleh dikekalkan terhadap defendan ketiga, tindakan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga adalah mengaibkan, remeh dan/atau menyusahkan dan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga adalah penyalahgunaan proses mahkamah. [21] Defendan ketiga juga menghujahkan bahawa tindakan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga ini adalah satu imbasan fikiran atau pemikiran selepas (afterthought) bagi mengelakkan diri mereka daripada bertanggungan membayar jumlah penghakiman persetujuan tersebut kepada defendan ketiga. Hujahan Plaintif-Plaintif [22] Plaintif-plaintif pula menghujahkan antara lain bahawa defendan pertama telah mengeluarkan surat bertarikh 08.01.2021 tanpa kebenarannya. Surat bertarikh 08.01.2020 ini adalah surat yang diberi tajuk jaminan pembayaran kepada defendan ketiga. Surat ini selain dari mengatakan bahawa plaintif pertama telah memulangkan deposit tersebut berjumlah RM1,210,950.00 kepada defendan kedua juga mengatakan bahawa plaintif pertama akan membayar balik baki deposit tersebut sebanyak RM1,136,238.00 sebaik sahaja menerimanya daripada pembeli-pembeli sarung tangan yang lain. [23] Plaintif-plaintif juga menghujahkan bahawa plaintif-plaintif tidak menerima apa-apa deposit secara direct daripada defendan ketiga tetapi daripada defendan kedua. [24] Plaintif-plaintif juga mengatakan bahawa plaintif-plaintif sememangnya ada kausa tindakan terhadap defendan ketiga kerana defendan ketiga bergantung kepada surat bertarikh 08.01.2021 tersebut sebagai asas menuntut daripada plaintif-plaintif dalam Guaman No. 18 tersebut. Ia adalah satu komplot antara defendan kedua dan ketiga terhadap plaintif-plaintif. Analisis dan Dapatan Mahkamah [25] Mahkamah ini telah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak plaintif-plaintif dan defendan ketiga dan Mahkamah ini juga telah meneliti keseluruhan pernyataan tuntutan plaintif-plaintif dalam tindakan ini. [26] Daripada pengamatan Mahkamah ke atas pernyataan tuntutan plaintif-plaintif, satu-satunya alegasi keterlibatan defendan ketiga yang dikatakan sebagai telah berkomplot dengan defendan pertama ialah apabila defendan ketiga dikatakan telah bergantung kepada surat bertarikh 08.01.2021 yang dikeluarkan oleh defendan pertama untuk membuat tuntutan terhadap plaintif-plaintif seperti yang diplidkan dalam perenggan 41 pernyataan tuntutan plaintif-plaintif seperti berikut: 41. Plaintif-Plaintif percaya bahawa Defendan Ketiga telah memainkan peranan dan berkomplot dengan Defendan Pertama untuk memerangkap Plaintif-Plaintif khususnya Plaintif Pertama secara penipuan dengan menggunakan surat bertarikh 8.1.2020 untuk menjadi bertanggungan kepada Defendan Ketiga walaupun tiada sebarang kontrak atau urusan di antara kedua-duanya. Seterusnya Defendan Ketiga dengan liciknya bergantung kepada fakta ini di perenggan 24 dan 25 Pernyataan Tuntutan di dalam Guaman 18 sebagai salah satu asas tuntutannya secara terus terhadap Plaintif Pertama. [27] Daripada pengamatan Mahkamah ini juga ke atas pernyataan tuntutan plaintif-plaintif, satu-satunya alegasi keterlibatan defendan ketiga yang dikatakan telah berkomplot dengan defendan kedua terhadap plaintif-plaintif adalah apabila defendan ketiga telah memberikan nombor akaun banknya kepada defendan kedua sebagaimana yang diplidkan dalam perenggan 43 seperti berikut: 43. Plaintif-Plaintif percaya bahawa Defendan Ketiga mempunyai pengetahuan penuh berkenaan perkara ini dan telah berkomplot (conspire) dengan Defendan Kedua dengan memberikan nombor akaun banknya kepada Defendan Kedua untuk dipanjangkan kepada Plaintif Pertama bagi tujuan untuk membuat bayaran. Oleh sebab pembayaran tersebut, Plaintif Pertama yang pada asalnya bukan pihak (not privy) kepada kontrak di antara Defendan Kedua dengan Defendan Ketiga telah menimbulkan tanggungan kepada Defendan Ketiga secara tidak sah. [28] Selain daripada dua (2) perenggan ini, tiada butir-butir lain berkenaan pengataan komplot atau penipuan telah diplidkan secara terperinci terhadap defendan ketiga yang boleh menunjukkan terdapatnya perancangan komplot dan perlaksanaan komplot antara defendan kedua dan ketiga untuk menjejaskan plaintif-plaintif. [29] Berkenaan dengan fakta yang diplidkan bahawa defendan ketiga telah memberikan nombor akaun banknya kepada defendan kedua, Mahkamah ini mendapati sebenarnya plaintif pertama sendiri melalui plaintif kedua telah, melalui suratnya bertarikh 27.09.2022 (ekshibit “HYC-7” dalam Afidavit Sokongan defendan ketiga (Lampiran 10) meminta nombor akaun bank defendan ketiga daripada defendan pertama yang pada masa itu masih lagi menjadi peguam plaintif-plaintif untuk plaintif pertama membuat bayaran kepada defendan ketiga secara atas talian. [30] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa setelah percubaan pertama plaintif-plaintif untuk mengenepikan penghakiman persetujuan tersebut gagal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan percubaan yang sama kali kedua juga gagal di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, tindakan ini adalah satu pemikiran semula plaintif-plaintif dalam percubaan mereka untuk mengelak daripada mematuhi penghakiman persetujuan tersebut. [31] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa pernyataan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga ini gagal untuk mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah terhadap defendan ketiga. Ia juga merupakan satu tuntutan yang remeh, menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah. [32] Berdasarkan autoriti-autoriti kes BANDAR BUILDER SDN BHD & ORS v UNITED MALAYAN BANKING CORPORATION BHD [1993] 3 MLJ 36 dan juga kes SUNGAI DINAR SDN BHD v. KOPERASI PEKEBUN KECIL WILAYAH JOHOR SELATAN BERHAD [2017] 2 MLRA 325 yang dirujuk, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan ketiga dalam kes ini adalah satu tuntutan yang “terang dan nyata” tidak boleh dipertahankan. Kesimpulan [33] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan defendan ketiga dalam Lampiran 9 untuk membatalkan tuntutan plaintif-plaintif terhadapnya dengan kos. Tarikh: 21 Julai 2024. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (3), Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif-Plaintif: En. Wajdi bin Mohamad, Tetuan Wajdi Mohamad & Co, PT 501, Tingkat 2, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan 1: En. Mathews George, Tetuan Mathews George & Co, Suite 03-05, Level 3, Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, 85200 Johor Bahru. Bagi pihak Defendan 2: En. Jonathan Khaw, Tetuan Chern & Co, C4-U3A-13, Publika, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan 3: Pn. Mastura binti Omar, Tetuan Manjit Singh Sachdev Mohammad Radzi & Partners, No. 1, 11th Floor, Wisma Havela Thakardas, Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.