BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 1) A. PENDAHULUAN 3 [1] Plaintif-Plaintif telah memfailkan Saman Pemula (Kandungan 1) pada 8.6.2017 terhadap Defendan-Defendan untuk mendapatkan antara lain perintah-perintah berikut: i) Satu deklarasi bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam dan/atau waris-waris/wakil-wakil sah mereka adalah pemegang amanah terhadap tapak plot tanah yang telah dibeli dan dibayar sepenuhnya oleh Plaintif-Plaintif terhadap kesemua kepentingan Plaintif-Plaintif terhadapnya sehingga kesemua surat cara, borang dan dokumen yang berkenaan dengan pindahmilik terhadapnya disempurnakan kepada Plaintif-Plaintif; ii) Pelaksanaan spesifik Perjanjian Jual-Beli terhadap tapak plot tanah tersebut yang telah dimasuki diantara Plaintif-Plaintif sebagai pembeli-pembeli dengan Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam sebagai pemilik-pemilik tapak plot tanah tersebut dan/atau Defendan Pertama sebagai penjual; iii) Suatu Perintah bahawa tapak/plot tanah No.13 tersebut yang telah dijual kepada Plaintif-Plaintif, yang dimana Plot 13 tersebut kini telah dipecah milik dan dipegang dibawah hakmilik No. GM 17613, Lot No. 56531, bertempat di Tap Road, dalam Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan dipindahmilik kepada 4 Plaintif-Plaintif mengikut Perjanjian Jual-Beli tapak/plot 13 tersebut; iv) Suatu Perintah bahawa kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Defendan Ketujuh melalui No. Perserahan 224512013 yang didaftarkan pada 29.04.2013 ke atas tanah Plaintif-Plaintif tersebut di bawah pegangan hakmilik No. GM 17613, Lot No. 56531, bertempat di Tap Road, dalam Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan dibatalkan; v) Suatu Perintah bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam dan/atau waris-waris/wakil-wakil sah mereka menandatangani kesemua surat cara, borang dan dokumen berkenaan dengan pindahmilik-pindahmilik tapak/plot tanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah Mahkamah ini; vi) Satu Perintah bahawa sekiranya Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam dan/atau waris-waris/wakil-wakil sah mereka gagal menandatangani kesemua surat cara, borang dan dokumen yang berkenaan dengan pindahmilik hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah Mahkamah ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah 5 Tinggi diarahkan dan/atau diberi kuasa untuk menandatangani kesemua suratcara, borang dan dokumen berkenaan dengan pindahmilik hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan surat cara, borang dan/atau dokumen berkenaan itu; vii) Suatu Perintah bahawa Pentadbir Tanah Daerah berkenaan, hendaklah mengendoskan di atas dokumen hak milik daftaran lot tanah milikan Plaintif-Plaintif tersebut akan pembatalan kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Defendan Ketujuh tersebut dan hendaklah menandatangani dan memeterai pengindosan tersebut; viii) Suatu Perintah bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam dan/atau waris-waris/wakil-wakil sah mereka mengemukan dan/atau memberikan sesalinan asal suratan hakmilik hartanah yang dibeli oleh Plaintif-Plaintif tersebut dalam masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah Mahkamah ini kepada Plaintif-Plaintif dan atau peguamcara mereka dan/atau kepada Pejabat Tanah atau Pentadbir Tanah Daerah berkenaan bagi pendaftaran dan penguatkuasaan perintah pindahmilik yang diberikan; B. LATAR BELAKANG KES 6 [2] Plaintif-Plaintif (i. Aman Shah bin Saidali ii. Amisah binti Raudin) adalah sepasang suami isteri yang telah membeli satu tapak/plot tanah yang dikenali sebagai Plot No. 13 yang dipegang di bawah Hakmilik Induk EMR 4787, Lot 3673 Mukim Kapar, Daerah Klang, Selangor (“tanah tersebut”). [3] Defendan Kedua (Mohamad Noh Bin Supardan), Defendan Ketiga, (Md Naimi Bin Supardan), Defendan Keempat (Mohamad Samsudin Bin Supardan), Defendan Kelima (Siti Saudah Binti Supardan) dan Defendan Keenam (Siti Sabedah Binti Supardan) adalah tuanpunya-tuanpunya/pemilik-pemilik berdaftar tanah tersebut. [4] Defendan Pertama (Syahira Development Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat pemaju perumahan. [5] Defendan Kedua hingga Defendan Keenam (D2-D6) pada 31.5.2001 telah memasuki suatu Perjanjian Usahasama dengan Syahira Development Sdn Bhd (Syarikat Pemaju – D1) yang mana Syarikat Pemaju bersetuju untuk membangunkan tanah tersebut sebagai taman perumahan yang dikenali sebagai Desa Nurnilam Permai (projek tersebut). 7 [6] Plaintif-Plaintif telah menandatangani suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 19.8.2003 dengan D2-D6 dan Syarikat Pemaju bagi pembelian tapak Plot No.13 projek tersebut. Pada masa yang sama Plaintif-Plaintif juga telah menandatangani suatu Perjanjian Pembinaan dengan Syarikat Pemaju bagi pembinaan satu unit banglo di atas tapak Plot No.13 tersebut. [7] D1 kemudiannya melalui surat mereka bertarikh 20.6.2005 telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa unit banglo Plaintif-Plaintif di atas Plot No.13 telahpun siap dan sedia diberi milikan kosong. Di dalam surat ini juga D1 telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa sebelum kunci unit banglo itu diberikan, Plaintif-Plaintif adalah dikehendaki terlebih dahulu menjelaskan bayaran sebanyak RM1,350.00 bagi sambungan elektrik dan air. [8] Plaintif-Plaintif telah menjelaskan bayaran RM1,350.00 dan Plaintif-Plaintif telah mendapat milikan kosong unit banglo mereka pada 21.6.2005 dan kini Plot No. 13 tersebut telah disewakan kepada penyewa. [9] Adalah menjadi kes Plaintif-Plaintif bahawa tanah tersebut telah dipecah sempadan dan dengan pemecahan sempadan tersebut 8 Plot No. 13 kini dikenali sebagai hakmilik No. GM 17613, Lot No. 56531, Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan. (“Ekshibit AS-8”). [10] Syarikat Pemaju kemudiannya telah digulung dan kini ditadbir dan diuruskan oleh Pelikuidasi (Heng Ji Keng dan Andrew Heng dari Tetuan Ferrier Hodgson). [11] Kebenaran mahkamah untuk memulakan dan membawa tindakan terhadap Pelikuidasi D1 telah diperolehi oleh Plaintif-Plaintif pada 9.5.2016. [12] Hasil daripada carian hakmilik ke atas tanah tersebut (“Ekshibit AS-7”), Plaintif-Plaintif telah mendapati bahawa Defendan Ketujuh (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) telah memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah tersebut melalui No. Perserahan 2245/2013. [13] Defendan Ketujuh (D7) telah memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah Lot No. 56531 Hakmilik GM 17613 melalui No. Perserahan 2245/2013 bagi menjaga kepentingannya ke atas Lot No. 56531 atas alasan ia telah memberi pinjaman perumahan 9 kepada pelanggannya bernama Shah Buddin (Shah Buddin) yang telah membeli Plot No.14 yang terletak di atas Lot No. 56531 tersebut. [14] Pelikuidasi D1 dan D2-D6, walaupun telah diserahkan dengan saman pemula telah tidak memfailkan apa-apa afidavit untuk menentang permohonan Plaintif-Plaintif. Hanya D7 telah memfailkan afidavit jawapannya bagi menentang permohonan Plaintif-Plaintif khususnya ke atas relif yang dipohon Plaintif-Plaintif untuk membatalkan kaveat persendirian yang telah dimasukkannya. C. TENTANGAN DEFENDAN KETUJUH [15] D7 telah menentang permohonan Plaintif-Plaintif dengan memfailkan afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Shakura Anwar bin Muhamad Tahir, Naib Presiden, Undang-Undang D7. [16] Adalah menjadi tegasan D7 bahawa Lot 56531 adalah Plot No.14 dan bukannya Plot No.13 yang telah dibeli oleh Plaintif-Plaintif. [17] D7 juga telah mendakwa bahawa Plaintif-Plaintif sebenarnya telah terkeliru dengan tuntutan mereka kerana Plaintif-Plaintif bukanlah 10 pakar atau orang yang berkelayakan untuk menyatakan bahawa Plot No. 13 adalah kini dikenali sebagai dan dipegang di bawah hakmilik No. GM 17613, Lot No. 56531, Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor Darul Ehsan. [18] Adalah juga menjadi tegasan D7 bahawa Ekshibit “AS-8” (Kandungan 2) yang merupakan pelan pemecahan lot-lot bagi hakmilik lama iaitu No. EMR 4787 Lot 3673 (GM 10364) yang telah dipecah sempadan tidak menunjukkan bahawa Plot No. 13 adalah terletak di atas Lot 56531, GM17613. D. TINDAKAN PLAINTIF-PLAINTIF TERHADAP PELIKUIDASI SYARIKAT PEMAJU (D1) DAN D2 SEHINGGA D6) [19] Seperti yang telah Mahkamah ini nyatakan awal tadi, di dalam kes ini Pelikuidasi D1 dan juga D2-D6 telah tidak memfailkan afidavit untuk menentang/ membantah permohonan Plaintif-Plaintif. [20] Justeru Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif terhadap Pelikuidasi D1 dan D2 sehingga D6 dan memberikan mereka (Plaintif-Plaintif) relif-relif yang dipohon mereka di dalam Kandungan 1 bagi perenggan (1), (2), (4), (5),