Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BD-A53KJ-125-09/2022
BD-A53KJ-125-09/2022
Sessions Court of Malaysia25 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a Budak dengan kebebasan mengeluarkan wang tersebut setelah Plaintif Kedua mencapai umur 18 tahun. Aturan 76, kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: “Proceedings under Civil Law Act 1956: Apportionment by Court (O. 76, r. 13)”
“n 2 dan seksyen 11 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. Peguam Plaintif-Plaintif merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Erma Rahayu Abd Razak & Yang Lain v Muhamad Danish Hariri Azuan & Satu Lagi [2021] CLJU 1311 dan Jagathees Nagulan & Ors v Suresh Balakrishnan [2016] 6 CLJ 253 apabila Mahkamah Tinggi mengakas dap”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BD-A53KJ-125-09/2022
2
MUHAMMAD QAYYUM BIN ABDULLAH (seorang budak dan mendakwa melalui wakil litigasinya, Suhaizaa binti Ahmed) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN FOO SWEE PENG … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan oleh pihak Defendan terhadap keseluruhan keputusan yang membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif atas sebahagian isu kuantum sahaja iaitu – 1) Ganti Rugi Khas Plaintif Kedua - kos penjagaan sehingga 18 tahun (mulai tahun 2023 semasa ibu Plaintif Kedua mengalami strok dan Plaintif Kedua berumur 9 tahun) – RM108,000.00 (RM1000.00 x 12 bulan x 9 tahun); 2) Ganti Rugi Khas Plaintif Kedua - Kos penjagaan selepas 18 tahun – RM342,000.00 (RM500.00 x 12 bulan x 57 tahun); 3) Wang Penghakiman ganti rugi am untuk Plaintif Kedua dibayar keseluruhan wang penghakiman kepada Plaintif Kedua bawah umur tanpa apa-apa pembahagian wang penghakiman ganti rugi am dimasukkan dalam akaun Amanah Bank Simpanan Nasional (BSN) Plaintif Kedua (budak); 4) Kos penjagaan sehingga umur 18 tahun dan selepas 18 tahun dimasukkan ke dalam Amanah Raya Berhad untuk diuruskan bagi kepentingan Plaintif Kedua (budak); dan 5) Tiada penolakan 1/3 daripada jumlah kos penjagaan untuk kontigensi. [2] Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil tujuh (7) orang saksi manakala pihak Defendan memanggil dua (2) orang saksi. [3] Tarikh-tarikh untuk serahan Hujahan Bertulis kemudian ditetapkan kepada kedua-dua pihak. Keputusan kes telah dibacakan pada 25.03.2025. Mahkamah memutuskan Defendan bertanggungan sebanyak 100% dalam menyebabkan kemalangan dengan kos mengikut skala. Plaintif Kedua ialah pembonceng, maka berhak mendapat 100%. Tuntutan balas dan Tolakan Defendan juga adalah ditolak. [4] Semasa perbicaraan, Mahkamah telah menandakan kertas kausa berikut: a) Ikatan Pliding – Ikatan A di Kandungan 7; b) Ikatan Dokumen Bersama – Ikatan B di Kandungan 8; c) Tambahan Ikatan Dokumen Plaintif – Ikatan C di Kandungan 9; d) Ikatan Dokumen Defendan – Ikatan D di Kandungan 10; e) Ikatan Dokumen Tambahan Defendan – Ikatan E di Kandungan 11; f) Tambahan Ikatan Dokumen Plaintif – Ikatan F di Kandungan 20; g) Tambahan Ikatan Dokumen Plaintif (3) – Ikatan G di Kandungan 26; h) Ikatan Dokumen Tambahan (2) Defendan – Ikatan H di Kandungan 36; dan i) Ikatan Dokumen Tambahan (3) Defendan – Ikatan I di Kandungan 42 [5] Seramai tujuh (7) orang saksi-saksi Plaintif-Plaintif yang telah memberikan keterangan iaitu: SP1 Inspektor Zharif Bin Zakaria (Pegawai Penyiasat) SP2 Dr. Raja Juanita Binti Raja Lope (Consultant in Paediatrics and Developmental Paediatrics Pantai Hospital Kuala Lumpur) SP3 Dr. Benedict Marius Selladurai (Senior Consultant Neurosurgeon Ara Damansara Medical Centre) SP4 Encik Amar Amily Bin Yuzelan (Plaintif Pertama) SP5 Puan Suhaida binti Ahmed (Penjaga Plaintif Kedua) SP6 Puan Dara @ Zainab binti Abdul Hamid (Nenek kepada Plaintif Kedua) SP7 Puan Suhaizaa binti Ahmed (Ibu kepada Plaintif Kedua) [6] SP1, SP2, SP3, SP4, SP5 dan SP6 telah memberikan keterangan dengan mengemukakan pernyataan saksi dan telah ditandakan PSP1, PSP2, PSP3, PSP4, PSP5 dan PSP6. SP7 pula memberikan keterangan lisan. Defendan memanggil dua (2) orang saksi sahaja iaitu SD1 Dr Mohaneswary a/p Sandrajagran (Rehabilitation Physician Hospital Serdang) dan SD2 Dr. Ravi a/l S. Krishnapillai (Neuro Surgeon di Sunway Medical Centre Sdn. Bhd.). Kedua-dua SD1 dan SD2 memberikan keterangan dengan mengemukakan pernyataan saksi dan telah ditandakan sebagai PSD1 dan PSD2(a) dan PSD2(b). [7] Semasa perbicaraan, Mahkamah telah menandakan Ikatan Dokumen-Dokumen seperti berikut: P1 muka surat 22 Ikatan B (Rajah Kasar dan Kunci) P2(1) hingga
9
muka surat 24 hingga 34 Ikatan B (Gambar-gambar kemalangan) P3 muka surat 53 hingga 62 Ikatan C (Laporan Perubatan dari Regen Rehabilitation International Sdn Bhd bertarikh 20.12.2021) P4 muka surat 1 hingga 4 Ikatan F [CV (curriculum vitae) bagi Dr. Raja Juanita binti Raja Lope] P5 muka surat 42 hingga 49 Ikatan C (Laporan Pakar Perubatan dari Ara Damansara Medical Centre bertarikh 30.11.2021) P6 muka surat 50 Ikatan C (Laporan Pakar Perubatan dari Ara Damansara Medical Centre bertarikh 30.11.2021) P7 muka surat 1 hingga 7 Ikatan G [CV (curriculum vitae) bagi Prof. Dr. B.M. Selladurai] P8 muka surat 7 hingga 12 Ikatan C (Laporan Pakar Perubatan dari Ara Damansara Medical Centre bertarikh 27.09.2022 & Invois dari BS Neuro Consultations Sdn Bhd berjumlah RM2,600.00) P9 muka surat 15 Ikatan B (Laporan Polis Plaintif Pertama) P10(a) hingga
d
muka surat 17 hingga 18 Ikatan B (Gambar-gambar kecederaan Plaintif Pertama) D11 muka surat 1 hingga 21 Ikatan E (Laporan Perubatan Pakar Rehab oleh Dr. Mohaneshwary Sandrajagran bagi Muhammad Qayyum bin Abdullah) IDD12 muka surat 1 Ikatan H (Laporan Pentaksiran Keseluruhan Mata Pelajaran bagi Muhammad Qayyum bin Abdullah dari Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Terengganu) D13 muka surat 1 hingga 4 Ikatan I [CV (curriculum vitae) bagi Dr. Ravi a/l S. Krisnapillai] D14 Muka surat 1 hingga 6 Ikatan D (Laporan Perubatan Pakar oleh Dr. Ravi a/l Krishnapillai bertarikh 25.03.2023 bagi Amar Amily Bin Yuzelan) D15 Muka surat 7 hingga 15 Ikatan D (Laporan Perubatan Pakar oleh Dr. Ravi a/l Krishnapillai bertarikh 17.04.2023 bagi Muhammad Qayyum bin Abdullah) D16 Muka surat 5 hingga 16 Ikatan I [CV (curriculum vitae) bagi Dr. Ravi a/l S. Krisnapillai dan CV (curriculum vitae) bagi Dr. Mohaneshwary a/p Sandrajagran] DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN ISU KUANTUM [8] Defendan hanya merayu terhadap sebahagian kuantum sahaja. Oleh itu, alasan penghakiman ini hanya menyentuh sebahagian kuantum tersebut sahaja. [9] Di dalam memberikan award ini, Mahkamah telah menjadikan kes duluan dan juga Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 sebagai panduan. Setelah meneliti Hujahan Bertulis kedua-dua pihak dan otoriti-otoriti yang dikemukakan, Mahkamah membuat keputusan award bagi ganti rugi (atas dasar 100% liabiliti) seperti berikut: KUANTUM PLAINTIF PERTAMA: A) GANTIRUGI AM ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM96,800.00 1) Retrograde amnesia and loss of consciousness – RM8,000.00 [tolak 15% (RM1,200.00) kerana gagal memakai helmet]; RM8,000.00 – RM1,200.00 = RM6,800.00 2) Mild head injury – RM80,000.00 [tolak 15% (RM12,000.00) kerana gagal memakai helmet]; RM80,000.00 – RM12,000.00 = RM68,000.00 3) Abrasion wounds over left temporal region (1x1cm, left forearm (19x5cm) and left arm (10x8cm), right hand, right toes (1x1cm) – RM8,000.00 4) Deep laceration wound over left knee (5 x 5cm) – RM6,000.00 5) Loculated left lung pneumothorax with left lower lobe lung contusion – RM8,000.00 B) GANTIRUGI KHAS ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM458.00 1) Item (a) – kerosakan kepada pakaian dan barang-barang peribadi sebanyak RM100 (ditarik balik) - DIBATALKAN 2) Item (b) - Kos elaun pengangkutan pesakit luar (dtarik balik) – 3) Item (c) - Kos elaun pengangkutan ahli keluarga bagi setiap lawatan di Hospital – RM200.00 4) Item (d) - Kos rawatan di Hospital Selayang (resit di muka surat 6 Ikatan B – RM258.00 5) Item (e) - Kos membeli ubatan khas (ditarik balik) – DIBATALKAN 6) Item (f) - Kos membeli makanan berkhasiat (ditarik balik) – 7) Item (g) – Kos penjagaan sebanyak RM800.00 – DITOLAK 8) Item (h) - Kos membaiki motorsikal (ditarik balik) – DIBATALKAN 9) Item (i) - Kos rawatan cucian luka (ditarik balik) – DIBATALKAN PLAINTIF KEDUA: A) GANTIRUGI AM ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM209,000.00 1) Moderate Traumatic Brain Injury – RM160,000.00 [tolak 15% (RM24,000.00) kerana gagal memakai helmet]; RM160,000.00 – RM24,000.00 = RM136,000.00 2) Comminuted fracture of the right frontoparietal bone extending to temporal bone and body of sphenoid bone with depressed –– RM30,000.00 3) Craniotomy surgery (right hemi coronnal & temporoparietal) - RM20,000.00 4) Kidney contusion – RM5,000.00 5) Pancreatic injury/contusion – RM5,000.00 6) Multiple abrasion wounds – RM8,000.00 7) Multiple laceration wounds – RM5,000.00 B) GANTIRUGI KHAS ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM466,545.00 8) Item (a) - Kerosakan pada barang peribadi (dtarik balik) – 9) Item (b) - Kos elaun pengangkutan pesakit luar– RM500.00 10) Item (c) - Kos elaun pengangkutan ahli keluarga bagi setiap lawatan di hospital – RM500.00 11) Item (d) - Kos rawatan di Hospital Selayang (ditarik balik) – 12) Item (e) - Kos rawatan susulan di Hospital Selayang (ditarik balik) – DIBATALKAN 13) Item (f) - Kos rawatan di Regen Rehab Hospital – RM545.00 14) Item (h) - Kos membeli makanan berkhasiat (ditarik balik) – 15) Item (i) - Kos membeli kerusi roda (ditarik balik) – DIBATALKAN 16) Item (k) - Kos penjagaan sehingga 18 tahun (mulai tahun 2023 semasa ibu Plaintif Kedua mengalami strok dan Plaintif Kedua berumur 9 tahun) – RM108,000.00 (RM1000.00 x 12 bulan x 9 tahun) 17) Item (n) – kos-kos pembedahan masa hadapan (ditarik balik) - 18) Item (o) Kos penjagaan selepas 18 tahun – RM342,000.00 (RM500.00 x 12 bulan x 57 tahun) 19) Item (g) Kos membeli ubat-ubatan masa hadapan, Item (j) Kos rawatan rehabilitasi, Item (l) kos terapi pertuturan dan Item (m) kos-kos rawatan masa hadapan: A) Kos rawatan dan terapi perubatan terdiri daripada: a) Rawatan susulan pakar pediatrik – DITOLAK b) Rawatan susulan pakar neurologi – DITOLAK c) Terapi pekerjaan – DITOLAK d) Terapi pertuturan – DITOLAK e) Penilaian psikologi & Psikiatri – DITOLAK f) Terapi tingkah laku kognitif – DITOLAK g) Ubat-ubatan ADHD – DITOLAK h) Ubat-ubatan untuk epilepsi – DITOLAK B) Kos Pendidikan dan alatan pembelajaran sebanyak RM15,000.00 terdiri daripada: a) Bahan Pendidikan khas – DITOLAK b) Komputer riba sepanjang hayat – RM15,000.00 c) Program pemulihan kognitif – DITOLAK d) Tuisyen khas untuk disleksia dan literasi – DITOLAK e) Pendidikan khas swasta atau sekolah rumah – DITOLAK f) Tuisyen akademik khas jangka panjang – DITOLAK FAEDAH a) 5% bagi ganti rugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; b) 2.5% bagi ganti rugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; c) 5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh; d) Tiada faedah bagi award masa hadapan; dan e) KOS TINDAKAN mengikut skala yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Atas persetujuan Plaintif-Plaintif, jumlah penghakiman dimasukkan ke akaun pelanggan Tetuan G. Dorai & Co. untuk dibayar kepada Plaintif-Plaintif. [10] Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah dan merayu terhadap kuantum seperti di bawah. GANTI RUGI KHAS [11] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa ganti rugi khas bukan sahaja perlu dibutirkan dan diplidkan tetapi perlu dibuktikan dengan kukuh. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 apabila Mahkamah memutuskan seperti berikut: “Special damages consist of out-of-pocket expenses, such as hospital bills and actual losses of earning during period of total incapacity, and is generally capable of substantially exact calculation.” 1) Ganti Rugi Khas Plaintif Kedua - kos penjagaan sehingga 18 tahun (mulai tahun 2023 semasa ibu Plaintif Kedua mengalami strok dan Plaintif Kedua berumur 9 tahun) – RM108,000.00 (RM1000.00 x 12 bulan x 9 tahun) [12] Mahkamah merujuk kepada keterangan daripada pakar-pakar, khususnya SP2, SP3, dan SD1, yang mengesahkan bahawa keadaan Plaintif Kedua tidak sama seperti kanak-kanak lain. Plaintif Kedua memerlukan penjagaan dan/atau pengawasan yang lebih berbanding rakan seusianya. Semasa diperiksa oleh pakar-pakar tersebut, Plaintif Kedua berusia lebih kurang 9 tahun. Fakta menunjukkan Plaintif Kedua tidak dijaga oleh ibu kandungnya sendiri (SP7) tetapi dijaga oleh neneknya (SP6) dan ibu saudaranya (SP5). [13] Walaupun SP7 mengalami strok pada Jun 2023, keadaan tersebut bukan faktor khas yang menghalang SP7 daripada menjaga Plaintif Kedua. Sebaliknya, kecederaan otak yang dialami oleh Plaintif Kedua akibat kemalangan tersebut menyebabkan Plaintif Kedua memerlukan penjagaan dan pengawasan khas, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang ditimpa penyakit strok. [14] Dr. Juanita (SP2) juga telah memberikan keterangan bahawa Plaintif Kedua juga memerlukan lebih banyak pengawasan berbanding kanak-kanak lain seusianya untuk tujuan keselamatan. Plaintif Kedua disahkan masih menghadapi kesukaran untuk membersihkan diri dengan betul selepas membuang air besar dan menunjukkan tingkah laku seperti kanak-kanak yang jauh lebih muda daripada usianya. Selain itu, Dr. Juanita juga memberikan keterangan bahawa kesukaran Plaintif Kedua dalam membaca dan menulis akan memberi kesan besar terhadap kehidupan dewasanya, termasuk dalam aspek kewangan dan urusan harian. Kekurangan kemahiran ini juga akan mengehadkan peluang pekerjaan Plaintif Kedua. [15] Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP2 yang menyatakan bahawa SP2 tidak bersetuju dengan cadangan bahawa Plaintif Kedua akan menjadi berdikari sepenuhnya selepas mencapai usia 18 tahun. SP2 menegaskan bahawa Plaintif Kedua masih menunjukkan masalah kognitif yang serius, termasuk ketidakmampuannya untuk menyebut nama penuhnya sendiri. Plaintif Kedua masih memerlukan pengawasan dan bimbingan dalam kehidupan hariannya walaupun setelah mencapai usia dewasa. [16] Mahkamah berpendapat keterangan SD1 tentang keadaan Plaintif Kedua yang berada dalam keadaan baik adalah terhad kepada pemerhatiannya yang singkat kerana SD1 hanya melihat Plaintif Kedua pada sebelah pagi sahaja. Mahkamah merujuk kepada keterangan ibu saudara Plaintif Kedua iaitu SP5 yang menyatakan bahawa Plaintif Kedua masih berada di Tahun 2 selama dua tahun berturut-turut. Dari segi tingkah laku, Plaintif Kedua juga cenderung mengamuk atau ‘tantrum’ jika kehendaknya tidak dipenuhi, terutama ketika meminta sesuatu di kedai atau apabila berasa tidak puas hati di rumah. [17] Nenek Plaintif Kedua, SP6 juga memberikan keterangan bahawa Plaintif Kedua masih memerlukan pemantauan, terutama selepas membuang air besar. Walaupun Plaintif Kedua boleh makan sendiri, Plaintif Kedua masih belum dapat berdikari sepenuhnya. SP6 juga menafikan bahawa Plaintif Kedua boleh mengurus dirinya sepenuhnya, malah Plaintif Kedua sering melakukan perbuatan berbahaya seperti bermain dengan mancis, lighter dan pisau. SP6 juga menyatakan bahawa SP6 berasa letih menjaga Plaintif Kedua dan bersedia untuk menyerahkan penjagaan Plaintif Kedua kepada pihak lain jika ada yang sanggup mengambil alih tanggungjawab tersebut. [18] Keterangan SP5 dan SP6 juga menunjukkan bahawa SP5 perlu menjaga Plaintif Kedua pada setiap hari pada sebelah petang sehingga malam selepas SP5 tamat waktu kerja beliau. Mahkamah berpendapat kos penjagaan Plaintif Kedua sehingga Plaintif Kedua mencapai umur 18 tahun wajar diberikan dan dalam kes ini dikira dari tahun 2023 semasa ibu kandung Plaintif Kedua mengalami strok dan bermula dari umur 9 tahun Plaintif Kedua. Nilai penjagaan yang diberikan kepada individu kurang upaya oleh ahli keluarga telah diiktiraf dalam kes Tan Cheong Poh & Anor v. Teow Ah Keow [1996] 3 CLJ 665; [1995] 3 MLJ 89 apabila Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan kos penjagaan oleh ibu Plaintif yang kurang upaya berdasarkan nilai perkhidmatan sebenar, dan memutuskan bahawa – “No doubt the plaintiff's mother has been providing her services free of charge to her handicapped daughter but the Courts have always compensated plaintiffs for the true value of the services that the plaintiff needs even though it is provided by a parent or other relative…” [19] Pada masa kemalangan, Plaintif berusia 7 tahun (Darjah 1). Walaupun SP5 memberikan keterangan bahawa dari segi kewangan, jumlah kos untuk menjaga Plaintif Kedua adalah sebanyak RM500.00 sahaja, Mahkamah mempertimbangkan masa dan tenaga yang diperlukan serta kos pembelian barangan keperluan untuk menjaga dan memerhati Plaintif Kedua dengan keilatan yang dialami. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa sejumlah RM1,000.00 sebulan adalah sesuai bagi tempoh 9 tahun, yang berjumlah RM108,000.00 (RM1000.00 x 12 bulan x 9 tahun). 2) Ganti Rugi Khas Plaintif Kedua - Kos penjagaan selepas 18 tahun – RM342,000.00 (RM500.00 x 12 bulan x 57 tahun) [20] Mahkamah berpendapat selepas berusia 18 tahun, Plaintif Kedua masih memerlukan pengawasan, terutamanya dalam urusan kewangan dan kehidupan harian kerana ketidakmampuan Plaintif Kedua untuk membaca atau menulis, seperti keterangan SP2 seperti berikut: PP: So, my question is would he require supervision post 18 years? SP2: Oh. Sorry, you mean supervision from a care of? PP: Yes. SP2: Yes. So, what I was saying before was that you know, if you can't read or write you do need some sort of supervision with your banking, you know and your everyday needs outside the house, ya. [21] Keterangan SD1 juga mengesahkan bahawa Plaintif Kedua berisiko tinggi menghidap ADHD, yang boleh menjejaskan keupayaan Plaintif Kedua untuk membuat keputusan sendiri dan mengekalkan pekerjaan secara konsisten. Walaupun selepas mencapai umur 18 tahun, Plaintif Kedua masih memerlukan pemantauan perubatan secara berkala untuk menilai keadaannya dan mendapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu. [22] Mahkamah berpendapat Plaintif Kedua wajar diawardkan sebanyak RM500.00 sebulan bagi tempoh 57 tahun iaitu selepas beliau mencapai umur 18 tahun sehingga umur 75 tahun (jangkaan jangka hayat) menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM342,000 (RM500.00 sebulan x 12 bulan x 57 tahun). 3) Wang Penghakiman ganti rugi am untuk Plaintif Kedua dibayar keseluruhan wang penghakiman kepada Plaintif Kedua bawah umur tanpa apa-apa pembahagian wang penghakiman ganti rugi am dimasukkan dalam akaun Amanah Bank Simpanan Nasional (BSN) Plaintif Kedua (budak) [23] Atas hujahan pihak-pihak dan menurut Aturan 76, kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah memutuskan bahawa daripada jumlah penghakiman yang diawardkan kepada Plaintif Kedua yang merupakan seorang ‘minor’ (belum mencapai umur 18 tahun), sejumlah RM100,000.00 dimasukkan ke dalam Akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Plaintif Kedua Budak dengan kebebasan mengeluarkan wang tersebut setelah Plaintif Kedua mencapai umur 18 tahun. Aturan 76, kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: “Proceedings under Civil Law Act 1956: Apportionment by Court (O. 76, r. 13)
13
(1) Where money is paid into Court under Order 76, rule 12 in satisfaction of causes of action arising under the Civil Law Act 1956 and that sum is accepted, the money shall be apportioned between the different causes of action by the Court either when giving directions for dealing with it or when authorising its payment out of Court.
2
Where, in an action in which a claim under the Civil Law Act 1956 is made by or on behalf of more than one person, a sum in respect of damages is adjudged or ordered or agreed to be paid in satisfaction of the claim, or a sum of money paid into Court under Order 76, rule 12 is accepted in satisfaction of the cause of action under the Civil Law Act 1956, it shall be apportioned between those persons by the Court. The reference in this paragraph to a sum of money paid into Court shall be construed as including a reference to part of a sum so paid, being the part apportioned by the Court under the directions given to the cause of action under the Civil Law Act 1956.” 4) Kos penjagaan sehingga umur 18 tahun dan selepas 18 tahun dimasukkan ke dalam Amanah Raya Berhad untuk diuruskan bagi kepentingan Plaintif Kedua (Budak) [24] Peguam Defendan memohon agar keseluruhan kos penjagaan RM450,000.00 dipegang oleh Amamah Raya Berhad (ARB) atas alasan bahawa wakil litigasi Plaintifi Kedua telah mengalami strok dan mempunyai masalah ingatan dan percakapan. Wakil litagasi dalam keadaan ini tidak tidak akan dapat menguruskan wang penghakiman dengan sempurna. Secara alernatif, peguam Defendan memohon supaya sebanyak 70% dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Bank Simpanan Nasional Plaintif Kedua. Peguam Defendan juga memohon Mahkamah ini menggunakan budi bicara untuk kepentingan kebajikan Plaintif Kedua untuk satu perintah kos penjagaan Plaintif Kedua dipegang oleh ARB untuk kegunaan perbelanjaan dan kepentingan Plaintif Kedua. [25] Berkenaan dengan permohonan pihak Defendan untuk mendepositkan wang penghakiman ARB, peguam Plaintif-Plaintif berhujah bahawa mana-mana Mahkamah Rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah tersebut, selaras dengan seksyen 2 dan seksyen 11 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. Peguam Plaintif-Plaintif merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Erma Rahayu Abd Razak & Yang Lain v Muhamad Danish Hariri Azuan & Satu Lagi [2021] CLJU 1311 dan Jagathees Nagulan & Ors v Suresh Balakrishnan [2016] 6 CLJ 253 apabila Mahkamah Tinggi mengakas dapatan Mahkamah Sesyen yang membuat perintah pembahagian kepada ARB memandangkan Mahkamah Rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah tersebut kerana seksyen 2 mentakrifkan ‘Mahkamah’ sebagai ‘Mahkamah Tinggi’. [26] Bagi permohonan pihak Defendan untuk mendepositkan wang penghakiman kepada ARB, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif-Plaintif bahawa mana-mana Mahkamah Rendah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat perintah tersebut, selaras dengan peruntukan seksyen 2 dan seksyen 11 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. Seksyen 2 dan seksyen 11 memperuntukkan seperti berikut: “Interpretation
2
In this Act, unless the context otherwise requires— “Court” means the High Court or a Judge of such Court and includes, in cases where any of them is empowered to act, the Registrar, Deputy Registrars, Senior Assistant Registrars and
11
(1) If a Court, the Government of Malaysia or a person within or outside Malaysia has power to appoint a trustee, executor, administrator, guardian, next friend, agent, attorney, receiver, receiver and manager or liquidator or make any other appointment of a fiduciary nature, the Corporation may be so appointed.
2
The Corporation may act either alone or jointly with any person or body of persons in any capacity to which it may be appointed and shall have the same powers, duties and liabilities and be entitled to the same rights and immunities and be subject to the same control and orders of the Court as a private person acting in that capacity.
3
The Corporation shall not decline to accept any appointment on the ground only of the small value of the property to which the appointment relates.
4
Any person aggrieved by the decision of the Corporation to decline to accept any appointment may, within fourteen days of the decision, appeal to the Minister in writing and the decision of the Minister on such appeal shall be final.” 5) Tiada penolakan 1/3 daripada jumlah kos penjagaan untuk kontigensi [27] Mahkamah juga memutuskan bahawa tiada penolakan 1/3 bagi kontingensi wajar dilakukan bagi ganti rugi masa hadapan. Mahkamah merujuk kepada kes Intan Nirwana & Anor [2011] 1 LNS 1698 apabila Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “The approach used by the learned SCJ in the present case in adopting a direct multiplier of 40 years was, thus, not without basis or erroneous. The decision not to deduct 1/3 for contingencies could not be regarded as wrong in law or principle or in breach of s.28A(2) of the Civil Law Act. Being a claim for nursing care and other items for future use, the direct multiplier method could be used without any deduction being made. This ground of appeal that a wrong multiplier had been used by the learned SCJ in respect of the disputed items, therefore, fails.” [28] Peguam Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan Balas terhadap penolakan tuntutan untuk rawatan dan terapi masa hadapan serta kos Pendidikan dan alatan pembelajaran (kecuali kos komputer riba). Bagi kos rehabilitasi, kedua-dua pakar rehabilitasi telah mengesyorkan beberapa keperluan dan anggaran kos masing-masing. Berdasarkan keterangan saksi-saksi, Plaintif Kedua telah menjalani ‘occupational therapy’ sebelum kemalangan akibat masalah yang dihadapi oleh Plaintif Kedua. Plaintif Kedua ialah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan sudah pasti apa-apa rawatan yang disediakan oleh Kerajaan adalah dikecualikan kos kepada OKU. Berdasarkan keterangan juga, Plaintif Kedua telah berhenti menjalani apa-apa rawatan atau terapi untuk tiga (3) tahun. Kegagalan Plaintif Kedua untuk meneruskan semua rawatan yang pernah dijalani sebelum kemalangan menunjukkan tiada keperluan untuk kos rawatan dan terapi masa hadapan apatah lagi di hospital swasta. Bagi kos Pendidikan dan alatan pembelajaran kecuali kos komputer riba, Mahkamah tidak bersetuju dengan kos-kos yang dicadangkan oleh peguam Plaintif-Plaintif atas kegagalan mengemukakan keterangan dokumen untuk membuktikan keperluan kepada kos-kos tersebut bagi Plaintif Kedua. Oleh itu, Mahkamah menolak kos Pendidikan dan alatan pembelajaran. Mahkamah membenarkan kos komputer riba sepanjang hayat sebanyak RM15,000.00 memandangkan terdapat keperluan untuk Plaintif Kedua menggunakan komputer untuk sesi pembelajaran di rumah sekiranya terdapat keadaan di mana Plaintif Kedua tidak bersesuaian untuk menjalani pembelajaran seperti rakan-rakan seusianya di sekolah. [29] Mahkamah juga telah membenarkan faedah pada kadar 5% setahun bagi ganti rugi am dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman dan 2.5% bagi ganti rugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman serta faedah 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos mengikut skala seperti yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jumlah faedah ini adalah dibenarkan berdasarkan kepada seksyen 11 Civil Law Act 1956 yang memperuntukkan bahawa – “In any proceeding tried in and court for the recovery of any debt or damages, the court may if it thinks fit, order that there shall be included in the sum for which judgment is given, interest as such rate as it thinks fit on the whole or any part of the debt or damages…” [30] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Murtadza bin Mohd Hassan v Chong Swee Pian [1980] 1 MLJ 214, Mahkamah menyatakan bahawa prinsip mengenakan faedah dalam kes kecederaan diri (personal injury) boleh dijumpai dalam Mallal’s Supreme Court Practice 2nd Edition pada muka surat 26 seperti berikut: “(1) The governing principle is that interest should be awarded to the plaintiff not as compensation for the damage done but for being kept out of money which ought to have been paid to him; London, Chatham and Dover Rly Co v South Eastern Ry Co
1893
AC 429, per Lord Herschell LC at p. 437, followed in Wong Chong Chow v Pan Malaysian Cement Works Bhd (1980) 2 MLJ 75, FC.
2
…
3
On special damages, the interest should be half of the rate of interest on general damages…” [31] Oleh itu, Mahkamah berpendapat kadar faedah yang diawardkan adalah sesuai dan berpatutan. (NOR RAJIAH BINTI MAT ZIN) Hakim Mahkamah Sesyen 2 Selayang Bertarikh: 21.07.2025 Peguam cara Plaintif-Plaintif: Encik Sofie Bin Teguh Tetuan G. Dorai & Co. Peguam bela dan peguam cara No. 7, Jalan Mawar 1 Taman Mawar 50480 Rawang SELANGOR Peguam cara Defendan: Encik Visvanathan a/l S. Somasundaram Tetuan Anad Noraini Peguam bela dan peguam cara 12.01-12.09, Level 12, The Heritage House, 33, Jalan Yap Ah Shak 50300 KUALA LUMPUR
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.