Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCvC-59-08/2019
KA-22NCvC-59-08/2019
High Court of Malaysia29 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“l be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 ... [d] The Federal Court in Chan Yock Cher v. Chan Teong Peng [2004] 4 CLJ 533 held inter alia that section 6A(6) of the Companies Act 1965 gave statutory recognition to beneficial interest in shares and that there is no legal impediment to the”
“(as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference b”
“1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that ther”
“adalah pemegang atau pemilik saham benefisiari dalam sesebuah syarikat. Ini adalah berdasarkan penghakiman Lee Heng Cheong JC (pada ketika itu) dalam Ho Mui Fen @ Ho Kon Thiam v. Leong Nyuk Bow & Ors [2013] CLJU 777 seperti yang berikut: “CONSIDERATION OF THE CASE”
“(b) dalam kes Das Global Sdn Bhd v. M Xpress Sdn Bhd [2024] CLJU 264, Muniandy Kannyappan J (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: “Findings and conclusion **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING p”
“(a) dalam kes Abdul Malik Said Omar & Ors v. Sri Kehuma Sdn Bhd [2024] CLJU 449, Celestina Stuel Galid J telah memutuskan seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 “[73] The first observation to”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCvC-59-08/2019
1
AMIRUL SYUHADAH AREFIN [NO. K/P: 960404-14-5002]
2
ABU JOHAN BIN ABOO BACKER [NO. K/P: 770211-02-5859] [berniaga di bawah nama Abu Johan Bin Aboo Backer No. Syarikat: AS0308960X] ..... PLAINTIF-PLAINTIF
1
ROSMALIZA BINTI HASSAN [NO. K/P: 681201-02-5578]
2
NORHAYATI BINTI MAT NOH [NO. K/P: 780127-02-5740] ..... DEFENDAN-DEFENDAN 11/03/2026 10:57:18 KA-22NCvC-59-08/2019 Kand. 168
1
Kausa tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dalam kes ini adalah mengenai kemungkiran kontrak oleh Defendan-Defendan terhadap Perjanjian Jual Beli Saham dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham yang kedua-duanya bertarikh 19.3.2014 (selepas ini masing-masing dirujuk sebagai “Perjanjian Jual Beli Saham tersebut” dan “Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham tersebut”). Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah menuntut daripada Defendan-Defendan –
a
penghakiman terhadap Defendan-Defendan kerana telah melanggar terma-terma Perjanjian Jual Beli Saham tersebut dan terhadap Defendan Pertama kerana telah melanggar terma-terma Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham tersebut;
b
penghakiman bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar Plaintif Pertama wang sebanyak RM510,000.00 bagi kerugian kehilangan wang pelaburan saham;
c
penghakiman bahawa Defendan Pertama secara bersesama dan/atau berasingan membayar/mengimbuh semula Plaintif Kedua wang sebanyak RM347,000.00 yang merupakan wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua atas representasi Defendan Pertama;
d
Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan mengimbuh semula wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua dalam Projek Felda sebanyak
e
Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif Kedua ganti rugi tertentu bagi kehilangan keuntungan Projek Felda sebanyak
f
satu perintah bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar ganti rugi am termasuk ganti rugi punitif dan ganti rugi teladan kepada
g
faedah sebanyak 5% terhadap item (b), (c) (d) dan (e) dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh;
h
kos; dan
i
relief lain yang Mahkamah anggap adil dan wajar.
2
Tuntutan Balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif pula ialah –
a
satu Deklarasi bahawa penerimaan wang kemajuan Projek Felda yang telah dibayar oleh Felda Properties Sdn Bhd kepada Plaintif Kedua adalah di luar undang-undang kontrak dan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016;
b
kehilangan untung bahan-bahan binaan sebanyak RM2
c
kehilangan untung atas Projek Felda sebanyak RM2.3 Juta;
d
ganti rugi teladan ditaksir oleh Mahkamah. Perbuatan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah menyebabkan Defendan Pertama kehilangan syarikat Gema Kukuh Sdn. Bhd. yang mempunyai reputasi baik serta hidup Defendan Pertama dan Defendan Kedua huru-hara kerana dimudaratkan dengan tuntutan hutang oleh pembekal bahan-bahan binaan dan kehilangan Projek Felda;
e
ganti rugi teruk diberikan oleh Mahkamah. Perbuatan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah merosakkan syarikat Gema Kukuh Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Defendan
f
faedah-faedah 5% setahun atas RM2 Juta dan RM2.3 Juta dari tarikh pemfailan tuntutan balas ini sehingga penyelesaian sepenuhnya;
g
kos mengikut skala; dan
h
lain-lain relif yang Mahkamah fikir suai manfaat.
3
Setelah suatu perbicaraan penuh dijalankan dengan sembilan (9) orang saksi Plaintif-Plaintif dan dua (2) orang saksi Defendan-Defendan, dan setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan pula telah gagal membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian.
4
Oleh itu, melalui Penghakiman bertarikh 29.5.2024, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan menolak tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif, iaitu seperti yang berikut:
a
bahawa Defendan-Defendan telah melanggar terma-terma Perjanjian Jual Beli Saham dan Defendan Pertama telah melanggar terma-terma Perjanjian Pemegang-Pemegang
b
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar Plaintif Pertama wang sebanyak RM510,000.00 bagi kerugian kehilangan wang pelaburan saham;
c
bahawa Defendan Pertama membayar/mengimbuh semula Plaintif Kedua wang sebanyak RM347,000.00 yang merupakan wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua atas representasi Defendan Pertama;
d
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan mengimbuh semula wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua dalam Projek Felda sebanyak
e
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif Kedua ganti rugi tertentu bagi kehilangan keuntungan Projek Felda sebanyak
f
bahawa faedah sebanyak 5% terhadap item (b), (c) (d) dan
e
dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh penyelesaian penuh; dan
g
kos sebanyak RM15,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.
5
Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.
6
Melalui perjanjian bertarikh 10.6.2013 antara Syarikat Gema Kukuh Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Gema Kukuh”) dengan Felda Properties Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Felda tersebut”), Gema Kukuh telah dilantik oleh Felda untuk membina dan membangunkan skim perumahan dan bangunan komersial di Felda Chuping Perlis yang dikenali sebagai “Pembangunan Fasa 1 yang terdiri daripada 158 Unit Rumah Kos Rendah, 66 Unit Rumah Kos Sederhana, 17 Unit Rumah Kedai dan Kemudahan Infrastruktur di Lot 1684 - 1776 dan Lot 2057 Felda Chuping Perlis” (selepas ini dirujuk sebagai “Projek Felda tersebut”) dengan harga projek bernilai sebanyak
7
Semasa Perjanjian Felda tersebut ditandatangani, Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah Pengarah Gema Kukuh, yang mana Defendan Pertama memiliki sebanyak 975,000.00 unit saham biasa berharga RM1.00 daripada keseluruhan kapital saham Gema Kukuh, manakala Defendan Kedua pula memiliki baki sebanyak 25,000 unit saham biasa berharga RM1.00.
8
Gema Kukuh kemudiannya telah mengalami masalah kewangan untuk meneruskan Projek Felda tersebut dan untuk membayar pembekal-pembekal bahan-bahan binaan bagi Projek Felda tersebut. Oleh itu, Defendan Pertama telah meminta bantuan Plaintif-Plaintif untuk menyelesaikan masalah kewangan Gema Kukuh tersebut.
9
Plaintif Pertama telah bersetuju untuk membantu dan memberi dana kepada Gema Kukuh melalui Perjanjian Jual Beli Saham tersebut. Melalui Perjanjian Jual Beli Saham tersebut, Plaintif Pertama telah membeli 485,000 unit saham biasa yang dimiliki oleh Defendan Pertama dan keseluruhan 25,000 unit saham biasa yang dimiliki oleh Defendan Kedua, yang menjadikan jumlah keseluruhan pembelian saham tersebut adalah sebanyak 510,000.00 unit. Wang-wang daripada pembelian saham oleh Plaintif Pertama tersebut telah digunakan oleh Gema Kukuh untuk menyelesaikan hutang dengan pembekal-pembekal bahan-bahan binaan bagi Projek Felda tersebut.
10
Susulan daripada pembelian 510,000.00 unit saham Gema Kukuh oleh Plaintif Pertama tersebut, Plaintif Pertama telah memasuki Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham tersebut dengan Defendan Pertama, yang mana kedua-dua pihak antara lain bersetuju bahawa Plaintif Pertama dilantik sebagai Pengarah Gema Kukuh bersama dengan Defendan Pertama, manakala Plaintif Kedua pula dilantik sebagai Pengerusi Gema Kukuh.
11
Selanjutnya, melalui representasi Defendan Pertama dan perbincangan lanjut antara Defendan Pertama dengan Plaintif Pertama, adalah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa –
a
Plaintif Kedua akan dilantik sebagai subkontraktor untuk menyelesaikan Projek Felda tersebut;
b
Plaintif Kedua akan melaksanakan semua kerja di bawah Projek Felda tersebut atas kosnya sendiri;
c
wang kemajuan yang diterima daripada Felda bagi Projek Felda tersebut akan diberikan kepada Plaintif Kedua sebagai modal pusingan untuk membeli bekalan bahan-bahan binaan bagi Projek Felda tersebut; dan
d
keuntungan bersih daripada Projek Felda tersebut akan dibahagi dua antara Gema Kukuh dengan Plaintif Kedua.
12
Selain itu, Plaintif Kedua turut memberikan dana sebanyak RM347,000.00 kepada Gema Kukuh bagi menyelesaikan hutang-hutang Gema Kukuh dan urusan pentadbiran Gema Kukuh.
13
Berdasarkan representasi dan persetujuan Defendan Pertama tersebut, Plaintif Kedua telah memulakan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja di bawah Projek Felda tersebut dan urusan pentadbiran Gema Kukuh.
14
Walau bagaimanapun, Defendan Pertama kemudiannya –
a
telah enggan mematuhi terma-terma persetujuan tersebut dan enggan bekerjasama dengan Plaintif-Plaintif sehingga menyebabkan Gema Kukuh mengalami kesukaran untuk membayar pembekal-pembekal dan kebanyakan cek-cek yang dikeluarkan bagi tujuan bayaran tersebut tidak dapat ditunaikan; dan
b
telah membuat bantahan kepada Felda terhadap kerja-kerja yang dibuat oleh Plaintif Kedua di bawah Projek Felda tersebut dan tuntutan bayaran kemajuan oleh Plaintif Kedua kepada Felda.
15
Oleh itu, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan-Defendan pada setiap masa yang material telah membuat salah representasi dan penipuan kepada Plaintif-Plaintif. Ini dapat dilihat melalui tindakan Defendan-Defendan seperti yang berikut:
a
Defendan-Defendan telah memfailkan Guaman Sivil No. 22NCVC-73-09/2016 terhadap Plaintif-Plaintif dengan mendakwa bahawa Plaintif Pertama tidak membayar wang pembelian saham kepada Defendan-Defendan dan telah membantah bayaran terus yang dibuat oleh Felda kepada
b
Defendan-Defendan telah menggunakan maklumat yang tidak dikemas kini untuk menunjukkan yang Plaintif Pertama tiada mandat untuk membuat keputusan dan telah membantah keputusan-keputusan yang dibuat oleh Plaintif Pertama sebagai pemegang saham majoriti;
c
setiap kali Plaintif Kedua selesai melaksanakan kerja-kerja di bawah kontrak Felda tersebut dan ingin menuntut bayaran kemajuan daripada Felda, Defendan-Defendan dengan tanpa persetujuan Plaintif Pertama, akan menulis surat kepada Felda untuk membantah bayaran terus dibuat kepada Plaintif Kedua; dan
d
Defendan Kedua telah bertindak bagi pihak Gema Kukuh walaupun tidak mempunyai apa-apa pegangan saham dan tidak memegang jawatan pengarah di Gema Kukuh. Tindakan Defendan Kedua tersebut adalah menyalahi dan bercanggah dengan Perjanjian Jual Beli Saham tersebut.
16
Defendan-Defendan sengaja memfailkan tindakan Guaman Sivil terhadap Plaintif-Plaintif tersebut dan membuat bantahan kepada Felda mengenai bayaran terus yang dibuat kepada Plaintif Kedua tersebut supaya Plaintif-Plaintif mengalami kerugian. Akibat daripada tindakan Guaman Sivil tersebut, Felda telah menahan semua bayaran kemajuan bagi kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Plaintif Kedua dan seterusnya menamatkan Kontrak tersebut.
17
Penamatan Kontrak tersebut telah merugikan Plaintif-Plaintif, khususnya Plaintif Kedua yang merupakan subkontraktor Projek Felda tersebut. Ini kerana, sebelum Projek Felda tersebut diambil alih oleh Plaintif Kedua, Gema Kukuh hanya dapat menyiapkan kerja-kerja binaan tersebut sebanyak 10%, namun setelah Projek Felda tersebut diambil alih oleh Plaintif Kedua, kerja-kerja binaan tersebut telah berjaya disiapkan sehingga 90% atas pembiayaan Plaintif Kedua sendiri.
18
Antara kerugian yang dialami oleh Plaintif-Plaintif akibat penamatan Kontrak tersebut oleh Felda adalah seperti yang berikut:
a
Gema Kukuh telah digulungkan;
b
Plaintif Pertama telah kehilangan wang pelaburan melalui pembelian saham Gema Kukuh; dan
c
Plaintif Kedua telah kehilangan segala wang yang digunakan untuk membiayai Projek Felda tersebut.
19
Sekiranya Defendan-Defendan mematuhi Kontrak tersebut, Plaintif-Plaintif tidak akan mengalami kerugian tersebut.
20
Dalam tindakan ini, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah memungkiri Perjanjian Jual Beli Saham dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham tersebut.
21
21.
Preamble
Menurut Defendan-Defendan, setelah Plaintif-Plaintif mengambil alih Projek Felda tersebut melalui pembelian saham-saham Gema Kukuh, Plaintif Kedua telah bersubahat secara collusion or fraud dengan Plaintif Pertama dengan mendorong Plaintif Pertama untuk menggunakan kapasitinya sebagai Pengarah Gema Kukuh untuk mengarahkan Felda Properties Sdn Bhd, dengan tanpa pengetahuan, kebenaran dan/atau izin Defendan Pertama, untuk membuat bayaran wang kemajuan Projek Felda tersebut secara terus ke akaun bank peribadi Plaintif Kedua tanpa membuat sebarang bayaran ke akaun Gema Kukuh, iaitu melalui Sijil Pembayaran No. 20 hingga No. 41.
22
Tindakan Plaintif Pertama tersebut adalah bertentangan dengan kepentingan syarikat kerana sanggup memindahkan wang milik Gema Kukuh ke akaun Plaintif Kedua tanpa mempedulikan sama ada Gema Kukuh mempunyai wang dalam akaun bank atau tidak. Tindakan Plaintif Pertama tersebut telah menyebabkan Gema Kukuh tiada wang untuk membayar hutang pembekal-pembekal barang-barang binaan. Sebagai Pengarah Syarikat, Plaintif Pertama sepatutnya bertindak untuk kebaikan syarikat tetapi telah melakukan sebaliknya.
23
Defendan-Defendan menyatakan bahawa pembelian saham-saham dalam Gema Kukuh tersebut adalah untuk meneruskan “turnkey project” yang Defendan-Defendan telah jalankan bagi Projek Felda tersebut dan supaya Sijil Pembayaran No. 1 hingga No. 19 dapat dibayar. Oleh itu, Projek Felda yang dikendalikan oleh Defendan Pertama sejak dari awal sehingga diambil alih oleh Plaintif-Plaintif tersebut bukan projek yang terbengkalai tetapi hanya terdapat kelewatan.
24
Akibat daripada tindakan Plaintif Pertama menyalurkan wang milik Gema Kukuh ke akaun bank peribadi Plaintif Kedua tersebut, Defendan-Defendan telah kehilangan Gema Kukuh setelah ia digulungkan pada 20.11.2017 dan kehilangan sumber pendapatan daripada Projek Felda tersebut. Analisis dan Dapatan Mahkamah
25
Undang-undang adalah mantap bahawa di bawah seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya, iaitu seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah]
26
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference between the sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 and the sense of that same expression in s 102. [50] In International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Salleh Abas FCJ (as he then was), delivering the judgment of the court, said that the first sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish the case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue, while the second sense of the expression ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence: For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1748 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136-143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in s 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Ed, paras 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to ss 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in the present appeal. [51] ‘There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts’ (Addagada Raghavamma And Anr v Addagada Chenchamma And Anr 1964 SCR (2) 933). [52] The ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the ‘burden of proof’ in s 101 is ‘burden of proof’, while the ‘burden of proof’ in ss 102 and 103 is dubbed ‘onus of proof’. In some jurisdictions, the s 101 ‘burden of proof’ is labelled ‘legal burden’ while the s 102 burden of proof’ is referred to as ‘evidential burden’. [53] In Ranchhodbhai Somabhai And Anr v Babubhai Bhailalbhai And Ors AIR 1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that there is an essential distinction between ‘burden of proof’ and ‘onus of proof’; burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts. Such a shifting of onus is a continuous process in the evaluation of evidence (see Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136). Burden of proof has two distinct meanings, namely, (i) the burden of proof as a matter of law and pleadings, and (ii) the burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act deals with the former and Section 102 of the Evidence Act with the latter. The first remains constant but the second shifts. In a claim application, therefore, the burden of proof, in the first sense, certainly lies on the claimant. If he examines himself and his witness, if any, and if the evidence, tested in the light of the principles set out above, is found to be acceptable, the onus shifts on the tortfeasor to prove those circumstances, if any, which dislodge the assertions of the claimants. If the tortfeasor fails to prove before the Court any fact or circumstance which tends to affect the evidence led by the claimant, the claimant would be entitled to ask the Court to hold that he has established the case and, on that basis, to make a just award it would thus appear, that though the legal burden — the burden as a matter of law and pleadings — remains constant on the claimant, the burden as a matter of adducing evidence changes often times as the trial of the claim petition progresses. [54] Section 101(1) provides that ‘Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist’. ‘Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff …’ (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the ‘burden of proof’ rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that ‘The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side’. ‘The initial onus of proving the case is always on the plaintiff’ (Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. [55] But ‘when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff. As the case continues to develop, the onus may shift back again to the plaintiff. It is not easy to decide at what particular stage, in the course of the evidence, the onus shifts from one side to the other. When after the entire evidence has been adduced, the tribunal feels it cannot make up its mind as to which of the versions is true, it will hold that the party on whom the burden lies has not discharged the burden, but if it has, on the evidence, no difficulty arriving at a definite conclusion, then the burden of proof on the pleading recedes into the background’ (Woodroffe and Amir Ali, at p 3194; see also Abrath v The North Eastern Railway Company at p 452). ‘… the onus of proof may shift … but the question must ultimately arise whether the person who is bound to prove the affirmative of the issue … has discharged … that burden’ (Jane Wakelin v The London and South Western Railway Company (1886) 12 App Cas 41 per Lord Halsbury LC) or proved ‘his case sufficiently to justify a judgment in his favour’ (Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch 367 at p 397 per Lord Hanworth MR). [56] Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained that at the start of the plaintiff’s case the burden of proof and the onus of proof coincide: … at the start of the plaintiff’s case, the legal burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof — a permanent and enduring burden — does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, inaccurately, as ‘shifting’; but what is truly meant is that another issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. [57] The rule is that ‘the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation … The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff’s case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him.”. [Penekanan ditambah]
27
Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740; [1998] 1 MLRA 178, Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; [2017] 4 MLRA 277 dan Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 4 MLRA 89.
28
Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas, beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu pihak plaintif atau pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan plaintif atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintif atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah.
29
Dalam kes ini, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, fakta kes serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan-Defendan pula telah gagal membuktikan tuntutan balas mereka terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian.
30
Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan menolak tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dengan kos, iaitu seperti Penghakiman Mahkamah ini yang dinyatakan di perenggan 4 di atas. Dalam membuat keputusan tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Plaintif-Plaintif dan tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Mahkamah ini hanya ingin menekankan beberapa isu seperti di bawah.
31
Pertama, setelah Mahkamah ini meneliti segala fakta kes, pliding dan keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan dalam Mahkamah ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa berdasarkan Perjanjian Jual Beli Saham dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham tersebut, representasi Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif, perkiraan dan persetujuan antara Defendan-Defendan dengan Plaintif-Plaintif serta keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentar dalam Mahkamah ini, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa –
a
Perjanjian Jual Beli Saham (rujuk muka surat 1 hingga 10 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95)) dan Perjanjian Pemegang-Pemegang Saham (rujuk muka surat 11 hingga 29 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95)) tersebut adalah perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan mengikat pihak-pihak kerana telah dimasuki secara sukarela oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang paksaan, tekanan, ugutan, pengaruh tidak wajar dan/atau penipuan oleh mana-mana pihak;
b
Plaintif Pertama telah membeli sebanyak 510,000.00 unit saham biasa milik Defendan-Defendan dalam Gema Kukuh. Setelah Plaintif Pertama membeli saham-saham tersebut, Plaintif Pertama adalah pemilik 51% saham Gema Kukuh, manakala Defendan Pertama pula adalah pemilik 49% saham Gema Kukuh (rujuk muka surat 1 hingga 10 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95) dan muka surat 3 Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif (Ikatan D) (Kandungan 102));
c
Plaintif Pertama telah membayar sepenuhnya harga belian saham-saham tersebut kepada Defendan-Defendan (rujuk klausa 3.1 muka surat 4 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95) dan muka surat 1 dan 2 Ikatan
Preamble
mengikut mod pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi pembelian saham-saham tersebut, iaitu melalui pembayaran dan penyelesaian (rujuk muka surat 3 hingga 50, 52 dan 53 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian C) (Kandungan 96)) perkara-perkara berikut:
i
hutang-hutang Gema Kukuh dengan pembekal-pembekal bahan-bahan binaan Projek Felda tersebut;
II
(ii) tunggakan gaji pekerja-pekerja Gema Kukuh; dan
III
(iii) cukai-cukai yang dikenakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia ke atas Gema Kukuh;
d
setelah Plaintif Pertama membayar sepenuhnya harga belian saham-saham tersebut kepada Defendan-Defendan mengikut mod pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak tersebut, iaitu melalui mod pembayaran dan penyelesaian hutang-hutang Gema Kukuh seperti yang dinyatakan di atas, saham-saham Gema Kukuh sebanyak 51% tersebut telah dipindahkan kepada Plaintif Pertama oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua melalui Borang-Borang 32A, Akta Syarikat 1965 bertarikh 30.3.2014 yang telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan dan Plaintif Pertama dan disetemkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30.3.2014. Dalam Sijil-Sijil Setem tersebut ada dicatatkan balasan bagi pembelian saham-saham milik Defendan Pertama dan Defendan Kedua tersebut oleh Plaintif Pertama, iaitu masing-masing berjumlah sebanyak RM485,000.00 dan RM25,000.00 (rujuk muka surat 4 hingga 7 Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif (Ikatan D) (Kandungan 102));
e
Plaintif Pertama telah dilantik sebagai Pengarah Gema Kukuh bersama dengan Defendan Pertama (rujuk klausa 4(b) muka surat 15 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95)) dan nama Plaintif Pertama dan Defendan Pertama telah didaftarkan sebagai Pengarah Gema Kukuh dalam daftar/rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (rujuk muka surat 10 Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif (Ikatan D) (Kandungan 102));
f
Plaintif Kedua telah dilantik sebagai Pengerusi Gema Kukuh (rujuk klausa 4(d) muka surat 15 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95)) dan subkontraktor Projek Felda tersebut;
g
sebagai subkontraktor Projek Felda tersebut, Plaintif Kedua akan menyelesaikan kerja-kerja pembinaan Projek Felda tersebut atas kosnya sendiri;
h
bayaran wang kemajuan yang diterima daripada Felda bagi Projek Felda tersebut telah dibayar terus ke akaun bank syarikat Plaintif Kedua dan bukannya ke akaun peribadi Plaintif Kedua. Nama syarikat Plaintif Kedua ialah Syarikat Abu Johan bin Aboo Backer dan akaun bank syarikat Plaintif Kedua tersebut ialah Affin Bank (Akaun No. 206670016121). Bayaran wang kemajuan yang diterima oleh Plaintif Kedua daripada Felda tersebut telah digunakan sebagai modal pusingan untuk membeli bekalan bahan-bahan pembinaan tersebut (rujuk muka surat 92, 94, 97, 99, 101, 103, 105, 107, 109, 111, 113, 115, 117, 119, 121, 123, 125, 127, 129 dan 131 Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif (Ikatan D) (Kandungan 102));
i
keuntungan bersih daripada Projek Felda tersebut akan dibahagi dua antara Defendan Pertama dengan Plaintif Kedua (rujuk klausa 10(c) muka surat 18 Ikatan Dokumen
j
Plaintif-Plaintif telah memulakan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja di bawah Projek Felda tersebut dan urusan pentadbiran Gema Kukuh; dan
k
berdasarkan representasi Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif dan Perjanjian Jual Beli Saham tersebut, memandangkan pada ketika itu Gema Kukuh mempunyai masalah kewangan yang teruk, Plaintif Kedua, atas pembiayaan sendiri, telah membelanjakan dan/atau melaburkan wang keseluruhan berjumlah sebanyak RM942,548.58 bagi menyelesaikan hutang-hutang Gema Kukuh dan urusan pentadbiran Gema Kukuh, iaitu seperti pecahan di bawah –
i
sebelum Perjanjian Jual Beli Saham tersebut dimasuki, Plaintif Kedua telah membayar wang sebanyak RM385,235.48 kepada Pemiutang-Pemiutang Gema Kukuh bagi tunggakan hutang barang-barang pembinaan berkaitan dengan pelaksanaaan Projek Felda tersebut dan tunggakan gaji pekerja-pekerja Gema Kukuh (rujuk butiran terperinci mengenai tarikh, pembayaran, amaun dan dokumen yang berkaitan di J4 Pernyataan Saksi
II
(ii) selepas Perjanjian Jual Beli Saham tersebut dimasuki, sebagai subkontraktor bagi Projek Felda tersebut, Plaintif Kedua telah membayar wang sebanyak RM141,228.60 kepada Pemiutang-Pemiutang Gema Kukuh bagi tunggakan hutang barang-barang pembinaan berkaitan dengan pelaksanaaan Projek Felda tersebut (rujuk butiran terperinci mengenai tarikh, pembayaran, amaun dan dokumen yang berkaitan di J4 Pernyataan Saksi Plaintif Kedua (Kandungan 115)); dan
III
(iii) sebagai subkontraktor bagi Projek Felda tersebut, Plaintif Kedua terus membayar wang sebanyak RM416,084.50 kepada Pemiutang-Pemiutang Gema Kukuh bagi tunggakan hutang barang-barang pembinaan berkaitan dengan pelaksanaaan Projek Felda tersebut (rujuk butiran terperinci mengenai tarikh, pembayaran, amaun dan dokumen yang berkaitan di J4 Pernyataan Saksi Plaintif Kedua (Kandungan 115)).
32
Selain keterangan daripada Plaintif Pertama (SP1), SP2, Plaintif Kedua (SP4) dan SP5 hingga SP9, fakta-fakta di atas telah diakui dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat Gema Kukuh (SP3) dan Defendan Pertama (SD1) melalui bahagian keterangan mereka yang relevan seperti yang berikut:
a
Keterangan SP3 – Rujuk muka surat 147 dan 148 Nota Keterangan “ACR - Duit tak dapat. Betul tak? AZLI - Kalau saya penjual saham, apa yang Tuan katakan di dalam surat akuan Tuan tu, jika benda tu adalah benar, apa lagi yang – Macam mana? Jika saya berada di situasi penjual saham, seperti yang ditanya tadi, dan Tuan adalah pihak yang menyediakan surat akuan, apa lagi yang saya boleh katakan kepada Tuan, kerana Tuan bercakap apa yang benda yang berlaku, walaupun bertentangan dengan perjanjian ni. Tapi yang maksudnya, adakah setuju walaupun kita sepatutnya sain perjanjian, dapat wang. Tapi ikut surat akuan itu, tak terima wang. Itu yang maksud saya. So, yang mana kita nak ikut, surat akuan ke, yang surat perjanjian? Mudah saja. Jawapan saya adalah ikut surat akuan lah, benda yang berlaku. Saya tidak tahu kenapa tidak dimasukkan di dalam perjanjian, tapi, pada pendapat saya, secara realitinya bisnes datang dalam macam-macam bentuk. Tak. Dalam kes ini. Jangan lok-lok. Kes ini je. Ya, dalam kes ini adalah, yang saya faham adalah mereka berurusan dengan pihak pelanggan saya, iaitu pihak pelanggan setiausaha syarikat saya, iaitu Pn Liza sedang menjalankan projek yang saya faham. Jadi, dia memerlukan dana tambahan. Sebab itu lah mereka bekerjasama dengan En Johan. Jadi, bentuk bayaran adalah dalam bentuk membayar hutang dan sebagainya. Tidak terhad kepada prosedur ini. Jadi, saya selaku bukan pihak yang pengamal undang-undang, tidak pernah tahu tentang ayat-ayat ini. Yang penting adalah secara realitinya macam mana nak membantu pelanggan meneruskan perniagaan pada tahap yang terbaik, Yang Arif. Ok. Saya faham. Ini cadangan saya. Setuju tak sekarang ini, memandangkan walaupun En Azli dilantik oleh Defendan Pertama sebagai setiausaha syarikat. Tapi sekarang, En Azli datang ke Mahkamah hari ini untuk membantu Abu Johan. Betul? Saya datang ke Mahkamah untuk.... saya dipanggil, saya difahamkan, saya dipanggil oleh pihak Abu Johan sebagai saksi mereka. Cuma saya datang untuk menyatakan yang betul. Jadi, apa yang saya faham, Yang Arif, dalam surat akuan ini adalah benda yang berlaku lah. YA - Yang sebetul-betulnya berlaku. Yang sebetul-betulnya berlaku di dalam pengetahuan saya.”. [Penekanan ditambah]
b
Keterangan SD1
1
Rujuk muka surat 354 dan 355 Nota Keterangan “NNR - Jadi, bila alami masalah kewangan ni, apa tindakan Puan selaku pengarah kepada Gema Kukuh? Apabila syarikat Gema Kukuh mengalami masalah kewangan, saya dan suami berjumpa dengan En Abu Johan dan di situ lah berlakunya pertukaran saham, pembelian saham di dalam syarikat sebanyak 51% daripada Amirul Syuhadah. Kemudian saya tinggal 49% dalam syarikat Gema Kukuh Sdn Bhd. NNR - Boleh bagi tahu Mahkamah bagaimana Puan kenal dengan Plaintif Kedua, Abu Johan? Saya tidak kenal. Tapi suami saya, Fazil Bin Mat Noh, mengenali Abu Johan Aboo Backer. Jadi bila perjumpaan pertama itu, apakah yang dibincangkan berkenaan dengan penyelesaian masalah Gema Kukuh? Seperti yang saya sedia maklum, perbincangan tu untuk menjadikan Amirul Syuhadah berada di dalam syarikat Gema Kukuh dan pembelian saham sebanyak 51%. Kemudian yang selebihnya, antara Abu Johan Aboo Backer dengan suami saya, En Fazil Bin Mat Noh. NNR - Apakah syarat atau terma yang dipersetujui bagi tujuan pembelian saham pada ketika itu? Yang macam Puan cakap, dah setuju untuk bagi 51% kepada Amirul Syuhadah and all that, apakah syarat yang dipersetujui antara pihak-pihak? Kalau nak ikut tu yang lebih detail antara suami saya, En Fazil Mat Noh, dengan Abu Johan Aboo Backer. Yang lebih detail lah perbincangan macam mana boleh untuk run semula projek yang kami tergendala tu. Jadi Puan tiada… adakah Puan memberi keterangan bahawa Puan tiada pengetahuan berkenaan dengan terma-terma dipersetujui? Saya faham terma yang dipersetujui. Saya cuma penandatangan dalam company, dalam syarikat Gema Kukuh. Bila Puan maklum Puan faham terma tu, apa terma yang Puan faham? Yang saya faham, nak letakkan nama Amirul Syuhadah di dalam syarikat Gema Kukuh dengan pembelian saham 51%. Itu yang saya faham, Yang Arif.”. [Penekanan ditambah]
2
Rujuk muka surat 391 dan 392 Nota Keterangan “NNR - Boleh bagi tahu mengapa Puan melantik Amirul Syuhadah sebagai pengarah syarikat? Memandangkan masalah kewangan yang seperti saya bagi tahu, jadi apabila Amirul Syuhadah masuk ke dalam company, dimasukkan ke dalam company sebagai pengarah urusan, maka pembelian saham sebanyak 51% itu dilakukan lah. YA - Dilakukan oleh? Dilakukan oleh siapa? Oleh Defendan Pertama? Ya. Daripada saham saya lah, saham Rosmaliza Hassan. Jadi berdasarkan keterangan Puan tadi, setuju jika saya katakan lantikan Amirul Syuhadah sebagai pengarah adalah berkaitan akibat daripada penyelesaian masalah kewangan Gema Kukuh pada masa itu? Ya, saya setuju, Yang Arif. Saya cadangkan kepada Puan bahawa Gema Kukuh telah melantik Plaintif Kedua sebagai subkontraktor bagi projek Felda. Setuju atau tidak setuju? Ya, setuju, Yang Arif. Saya nyatakan di sini, Plaintif Kedua telah dilantik sebagai subkontraktor kerana beliau mempunyai keupayaan dan kewangan untuk melaksanakan projek tersebut. Setuju atau tidak setuju? Ya, saya setuju, Yang Arif.”. [Penekanan ditambah]
33
Pada pendapat Mahkamah ini, keterangan SP3 dalam prosiding ini adalah kredibel dan boleh dipercayai kerana sebagai Setiausaha Syarikat Gema Kukuh, SP3 tentunya mempunyai pengetahuan dan maklumat mengenai latar belakang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran dan hal ehwal syarikat dan perniagaan Gema Kukuh. Selain itu, SP3 tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam pertikaian antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan-Defendan dan keterangan SP3 adalah konsisten, kukuh serta gagal dicabar dan disangkal oleh Defendan-Defendan.
34
Sebagai kesimpulan, berdasarkan bukti dokumen-dokumen contemporaneous tersebut dan keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif yang kredibel, konsisten, kukuh dan saling menyokong dan telah gagal dicabar dan disangkal oleh Defendan-Defendan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan fakta-fakta di perenggan 31 (a) hingga (k) di atas dan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan tersebut atas imbangan kebarangkalian.
35
Dalam hal ini, dokumen-dokumen contemporaneous tersebut, walaupun ada dokumen yang masih ditanda sebagai “ID”, jelas menunjukkan secara konklusif fakta-fakta dan transaksi-transaksi bayaran yang memihak kepada Plaintif-Plaintif, iaitu bahawa Plaintif Kedua telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar, iaitu hampir RM1 juta, untuk membantu urusan pentadbiran Gema Kukuh dan menyelamatkan perniagaan Gema Kukuh, iaitu dengan menyelesaikan hutang-hutang Gema Kukuh dengan pemiutang-pemiutang Gema Kukuh. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah menggunakan dana peribadi Plaintif Kedua. Sekiranya Defendan Pertama tidak membuat representasi kepada Plaintif-Plaintif seperti mana yang dinyatakan di atas, sudah tentu Plaintif Kedua tidak akan mengeluarkan perbelanjaan yang sebegitu besar untuk membantu perniagaan Gema Kukuh yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk.
36
Oleh itu, Mahkamah ini telah menerima dokumen-dokumen contemporaneous tersebut sebagai bukti yang relevan dan keterangan yang diterima oleh Mahkamah berdasarkan penghakiman dalam kes-kes di bawah –
a
dalam kes Abdul Malik Said Omar & Ors v. Sri Kehuma Sdn Bhd [2024] CLJU 449, Celestina Stuel Galid J telah memutuskan seperti yang berikut: “[73] The first observation to be noted was that all these documents were contemporaneous. The Bill (“D11”) and receipt (“D12”) were both issued in November 1991 which was after the execution of the 1988 SPA and MOT which were in 1988 and September 1991 respectively. PW4 claimed that these documents must have also been forged and likewise his signatures on them. [74] With respect, to accept PW4’s claim would mean that this Court had to accept the probability of the fraudster in not only forging the 1988 POA, 1988 SPA and MOT but also having the foresight to generate the original copies of the rather inconsequential documents such as exhibits “D11” and “D12” at the material time in 1991. I was unable to fathom such a scenario given that there would not have been any incentive nor necessity for such elaborate acts to have been undertaken then. Based on exhibits “D11” and “D12”, in my view, it was more likely than not that PW4’s firm, James Ghani & Co had billed and was paid for preparing the 1988 SPA and MOT. [75] While the 1988 POA was not subsequently converted into an exhibit, I found merit in the submissions by learned counsel for the Defendant that the surrounding circumstance of the case and the contemporaneous documents led to the irresistible factual conclusion that PW4 had in fact prepared and attested the execution of the 1988 POA.”; dan
b
dalam kes Das Global Sdn Bhd v. M Xpress Sdn Bhd [2024] CLJU 264, Muniandy Kannyappan J (pada ketika itu) telah memutuskan seperti yang berikut: “Findings and conclusion [15] In a nutshell, the following are findings of this court after having perused the appeal record and heard parties to this appeal. ... • In the absence of evidence to the contrary by the defendant, on a balance of probabilities, claim by the plaintiff becomes more probable and it prevails. The contemporaneous documentary proof in the form of P1, P3 and P5 holds in favour of their claim against the defendant coupled with the system of transaction adhered to by both plaintiff and defendant since the earliest point of inception. • The defendant faces the peril of not proving its defence on a balance of probabilities to refute and negate the claim by plaintiff. It cannot in law, blame the plaintiff for not proving its defence on a balance of probabilities.”. [Penekanan ditambah]
37
Kedua, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan dalam tindakan ini bahawa wujud collusion or fraud dalam pembayaran terus wang kemajuan Projek Felda tersebut oleh Felda Properties Sdn Bhd kepada Plaintif Kedua sebagai subkontraktor, Mahkamah ini mendapati bahawa isu tersebut adalah res judicata.
38
Ini kerana, isu yang sama telahpun diplidkan oleh Defendan-Defendan dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan mereka bertarikh 3.10.2018 terhadap Felda Properties Sdn Bhd dan Felda Engineering Services Sdn Bhd, iaitu melalui Guaman Sivil No. KA- 22NCvC-108-10/2018.
39
Guaman Sivil No. KA-22NCvC-108-10/2018 tersebut walau bagaimanapun telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 10.1.2021 atas permohonan Felda Properties Sdn Bhd dan Felda Engineering Services Sdn Bhd di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (c) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (rujuk muka surat 149 hingga 159 dan muka surat 164 dan 165 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) (Kandungan 95)).
40
Berikutan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu collusion or fraud berhubung dengan pembayaran terus wang kemajuan Projek Felda tersebut oleh Felda Properties Sdn Bhd kepada Plaintif Kedua sebagai subkontraktor tidak lagi relevan dalam tindakan ini dan adalah res judicata.
41
Ketiga, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan bahawa penerimaan wang kemajuan Projek Felda yang telah dibayar oleh Felda Properties Sdn Bhd kepada Plaintif Kedua adalah di luar undang-undang kontrak dan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa isu tersebut juga adalah res judicata dan oleh itu, Defendan-Defendan adalah diestop untuk membangkitkan isu ini dalam tindakan ini.
42
Ini kerana, melalui Saman Pemula No. KA-24NCvC-358-03/2018 yang difailkan oleh Felda Properties Sdn Bhd terhadap Gema Kukuh dan Plaintif Kedua, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan pada 6.12.2020 bahawa wang kemajuan Projek Felda tersebut hendaklah dibayar kepada Plaintif Kedua (rujuk muka surat 1 dan 2 Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif (Ikatan D) (Kandungan 102)).
43
Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, tindakan Felda Properties Sdn Bhd membayar wang kemajuan Projek Felda tersebut terus kepada Plaintif Kedua dan penerimaan wang kemajuan tersebut oleh Plaintif Kedua adalah teratur dan sah menurut undang-undang.
44
Keempat, mengenai isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan bahawa Plaintif Pertama bukan pemegang saham Gema Kukuh kerana namanya tiada didaftarkan sebagai pemegang saham Gema Kukuh dalam daftar/rekod SSM, Mahkamah ini berpendapat bahawa daftar/rekod SSM bukan satu-satunya dokumen yang dapat membuktikan secara konklusif bahawa seseorang itu adalah pemegang saham dalam sesebuah syarikat.
45
Berhubung dengan perkara ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa Borang 32A, Akta Syarikat 1965 juga boleh dijadikan bukti untuk membuktikan bahawa seseorang itu adalah pemegang atau pemilik saham benefisiari dalam sesebuah syarikat. Ini adalah berdasarkan penghakiman Lee Heng Cheong JC (pada ketika itu) dalam Ho Mui Fen @ Ho Kon Thiam v. Leong Nyuk Bow & Ors [2013] CLJU 777 seperti yang berikut: “CONSIDERATION OF THE CASE
16
This Court shall consider the following issues to determine whether the Plaintiff has proved his case against the Defendants herein. ISSUE [i] Whether the Plaintiff’s action against the Defendants as a beneficial owner of the assets of the 4th Defendant company as well as a creditor of the 4th Defendant company and not a “derivative action”. ... [d] The Federal Court in Chan Yock Cher v. Chan Teong Peng [2004] 4 CLJ 533 held inter alia that section 6A(6) of the Companies Act 1965 gave statutory recognition to beneficial interest in shares and that there is no legal impediment to the beneficial interest passing from a vendor to a purchaser without the legal or registrable interest passing. [e] In the premises, this Court holds that the Plaintiff is the beneficial owner of the 2,400,000 shares notwithstanding that it was registered in the name of the 1st Defendant.”. [Penekanan ditambah]
46
Oleh itu, walaupun nama Plaintif Pertama tiada didaftarkan sebagai pemegang saham Gema Kukuh dalam daftar/rekod SSM, namun nama Plaintif Pertama ada tertera dalam Borang-Borang 32A, Akta Syarikat 1965 yang telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan dan Plaintif Pertama dan disetemkan oleh LHDN, iaitu berkaitan dengan pindahan saham daripada Defendan-Defendan kepada Plaintif Pertama.
47
Berdasarkan Borang-Borang 32A, Akta Syarikat 1965 tersebut adalah jelas bahawa setelah pindahan saham-saham tersebut dibuat oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif Pertama, Plaintif Pertama secara keseluruhannya memiliki sebanyak 510,000 unit saham biasa Gema Kukuh, manakala Defendan Pertama pula memiliki sebanyak 490,000 unit saham biasa Gema Kukuh. Ini menjadikan Plaintif Pertama sebagai pemegang saham majoriti dalam Gema Kukuh, iaitu sebanyak 51% berbanding dengan Defendan Pertama sebanyak 49%.
48
Oleh yang demikian, berdasarkan nas undang-undang di atas, tidak dapat dinafikan bahawa Plaintif Pertama adalah pemegang atau pemilik saham benefisiari bagi Gema Kukuh.
49
Kelima, mengenai tuntutan ganti rugi dan/atau remedi oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan, berdasarkan keterangan yang ada, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa akibat daripada tindakan Defendan-Defendan memfailkan tindakan Guaman Sivil terhadap Plaintif-Plaintif dan membuat bantahan kepada Felda mengenai bayaran terus yang dibuat kepada Plaintif Kedua, Felda telah menahan semua bayaran kemajuan bagi kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Plaintif Kedua dan seterusnya menamatkan Kontrak tersebut.
50
Tindakan Felda menamatkan Kontrak tersebut telah menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian yang teruk kerana Plaintif-Plaintif telah kehilangan Projek Felda tersebut serta keuntungan daripada Projek Felda tersebut dan kehilangan jumlah wang pelaburan yang besar dalam Gema Kukuh.
51
Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, adalah wajar Plaintif-Plaintif diberikan jumlah pampasan dan ganti rugi yang munasabah dan berpatutan atas segala kerugian yang ditanggung oleh Plaintif-Plaintif tersebut.
52
Keenam, mengenai tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan yang ada, Defendan-Defendan telah gagal membuktikan tuntutan balas mereka atas imbangan kebarangkalian terhadap Plaintif-Plaintif dan pembelaan Defendan-Defendan hanyalah bersifat penafian kosong semata-mata dan telah gagal menyangkal semua keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif, khususnya keterangan dokumentar yang berkaitan dengan pembayaran hutang-hutang Gema Kukuh oleh Plaintif Kedua kepada pemiutang-pemiutang Gema Kukuh dan yang berkaitan dengan kedudukan Plaintif Pertama sebagai pemegang saham majoriti Gema Kukuh serta kedudukan Plaintif Kedua sebagai Pengerusi Gema Kukuh dan subkontraktor Projek Felda tersebut.
53
Selain itu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Plaintif-Plaintif bahawa memandangkan tuntutan balas Defendan-Defendan adalah mengenai kerugian yang dialami oleh Gema Kukuh dan Gema Kukuh telah digulungkan, maka Defendan-Defendan tidak boleh membuat apa-apa tuntutan ganti rugi dan/atau remedi terhadap Plaintif-Plaintif bagi pihak Gema Kukuh tanpa melalui pihak pelikuidasi.
54
Memandangkan tiada pihak pelikuidasi dilantik dalam tindakan ini, maka Mahkamah ini menolak tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif.
55
Sebagai kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan menolak tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif. Penghakiman Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
bahawa Defendan-Defendan telah melanggar terma-terma Perjanjian Jual Beli Saham dan Defendan Pertama telah melanggar terma-terma Perjanjian Pemegang-Pemegang
b
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar Plaintif Pertama wang sebanyak RM510,000.00 bagi kerugian kehilangan wang pelaburan saham;
c
bahawa Defendan Pertama membayar/mengimbuh semula Plaintif Kedua wang sebanyak RM347,000.00 yang merupakan wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua atas representasi Defendan Pertama;
d
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan mengimbuh semula wang-wang yang dibiayai oleh Plaintif Kedua dalam Projek Felda sebanyak
e
bahawa Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan membayar kepada Plaintif Kedua ganti rugi tertentu bagi kehilangan keuntungan Projek Felda sebanyak
f
bahawa faedah sebanyak 5% terhadap item (b), (c) (d) dan
e
dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh penyelesaian penuh; dan
g
kos sebanyak RM15,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh : 9 MAC 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR (KEDAH DARUL AMAN) Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif: Puan Nanthini Nair Tetuan Max Yee & Ang Peguam Bela dan Peguam Cara No. 2213, Tingkat 1 Kompleks Perniagaan Kota Tanah 05050 Alor Setar [No. Ruj.: MYA/CV/1328/24] No. Tel: 017-5332183/012-4849226 No. Faks: - E-mail: maxyee.ang@gmail.com Peguam bagi pihak Defendan-Defendan: Encik Ai Cha Ran Tetuan Ai Cha Ran & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 75, Taman Sultan Abd Halim Jalan Tanjung Bendahara 05300 Alor Setar (No. Ruj.: ACR/CV/341(9)-14/19 (Rosmaliza)) No. Tel: 04-731 9099/013-434 0227 No. Faks: 04-731 9099 E-mail: aicharan@yahoo.com
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.