Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51NCvC-1-01/2021
TA-B51NCvC-1-01/2021
Sessions Court of Malaysia30 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“h peguamcara pihak responden Defendan iaitu Leong Hin Enterprise SDN BHD v Chevron Malaysia (2018) 1 NLS 1713 antara lain menyatakan seperti berikut; “...the law on damages is set out in s.74 of the Contract Act 1950. Pursuant to the section, compensation can only be awarded against the guilty party for breach of contr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51NCvC-1-01/2021
1
AMRAN BIN MUDA (No. KP: 680219-11-5235)
2
ISMAIL BIN ALI (No. KP: 550810-11-5317) Membawa guaman sebagai rakan-rakan kongsi (pada ketikanya kausa tindakan terakru) yang berniaga di bawah nama dan gaya IA MAJU BINA (No. Pendaftaran: TR0040396-W)] ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ...DEFENDAN DIDENGAR SECARA BERSAMA DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B51NCvC-2-01/2021 01/09/2025 16:30:43 TA-B51NCvC-1-01/2021 Kand. 70 ANTARA K.A.D BINA ENTERPRISE SDN BHD (No. Syarikat: 573966-H) …PLAINTIF DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU ...DEFENDAN
1
Ini adalah rayuan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif dalam kedua-dua kes yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah pada 30 Jun 2025 yang memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak responden Defendan telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan. Oleh itu, Mahkamah telah menolak tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan di dalam kedua-dua kes dengan kos sebanyak RM5000.00. Tuntutan perayu Plaintif-plaintif Melalui kes TA-B51NCvC-01/2021, pihak perayu Plaintif-plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM363,846.12 yang merangkumi kos-kos seperti berikut: a) i) Jumlah RM240,687.82 bagi deposit pembelian dan baki bayaran ansuran lori kompaktor bagi tahun 2018. ii) Jumlah RM21,138.30 bagi perbelanjaan penyelenggaraan lori kompaktor bagi tahun 2019 dan 2020 ,dan iii) Jumlah RM102,000.00 bagi perbelanjaan pejabat oleh perayu Plaintif-plaintif bagi tahun 2019 dan tahun 2020. b) Pihak perayu Plaintif-plaintif juga menuntut jumlah ganti rugi Am bagi kehilangan keuntungan akibat daripada kehilangan kontrak selama 24 bulan bagi tahun 2019 dan 2020 yang ditaksirkan oleh Mahkamah. c) Faedah pada kadar 5 % setahun atau apa-apa kadar faedah yang diputuskan oleh Mahkamah di bawah Seksyen 11 Akta Undang-undang Sivil 1956 yang dikira dari tarikh 1.1 2019 iaitu tarikh pemfailan Writ ini. d) Faedah sebanyak 5% setahun atas keseluruhan jumlah ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah dari tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penghakiman dan seterusnya sehingga penyelesaian penuh. e) Kos tindakan ini atas dasar peguam dan klien; dan f) Apa-apa jua perintah atau relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini.
2
Melalui kes TA-B51NCvC-02/2021 pihak perayu Plaintif-plaintif menuntut ganti rugi khas berjumlah RM467,859.29 yang merangkumi kos-kos seperti berikut; a) i) Jumlah RMRM242,752.00 bagi deposit pembelian dan baki bayaran ansuran lori kompaktor (baki setakat Disember 2018). ii) Jumlah RM29,747.29 bagi perbelanjaan penyelenggaraan lori kompaktor bagi tahun 2019 dan 2020, dan; iii) Jumlah RM195,360.00 bagi perbelanjaan pejabat oleh perayu Plaintif-plaintif bagi tahun 2019 dan tahun 2020. b) Pihak perayu Plaintif-plaintif juga menuntut jumlah ganti rugi am bagi kehilangan keuntungan akibat daripada kehilangan kontrak selama 24 bulan bagi tahun 2019 dan 2020 yang ditaksirkan oleh Mahkamah. c) Faedah pada kadar 5% setahun atau apa-apa kadar faedah yang diputuskan oleh Mahkamah di bawah Seksyen 11 Akta Undang-undang Sivil 1956 yang dikira dari tarikh 1.1.2019 iaitu tarikh pemfailan Writ ini. d) Faedah sebanyak 5% setahun atas keseluruhan jumlah ganti rugi yang diperintahkan oleh Mahkamah dari tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penghakiman dan seterusnya sehingga penyelesaian penuh. e) Kos tindakan ini atas dasar peguam dan klien; dan f) Apa-apa jua perintah atau relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini.
3
Secara asasnya, tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan dalam kedua-dua kes adalah sama kecuali terdapat perbezaan dari segi jumlah ganti rugi yang dituntut sahaja. Pembelaan pihak responden Defendan dalam kedua-dua kes.
4
Pihak responden Defendan dalam penyata pembelaannya telah menafikan pernyataan tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif dan meletakkan pihak perayu Plaintif-plaintif bagi pembuktian yang kukuh atas segala tuntutannya.
5
Ringkasan Fakta Kes Melalui kontrak yang bertarikh 22 Disember 2015, pihak perayu Plaintif-plaintif dalam kedua-dua kes telah dilantik oleh pihak responden Defendan untuk menjalankan perkhidmatan memungut, mengangkut dan membuang sampah dengan menggunakan lori kompaktar dari tong sampah awam dan kerja- kerja lain yang berkaitan bagi Zon 1 dan 2. Adalah juga dipersetujui oleh pihak-pihak bahawa tempoh kontrak ini adalah berkuatkuasa selama 3 tahun sahaja iaitu sehingga 31 Disember 2018.
6
Walau bagaimanapun, pihak perayu Plaintif-plaintif mendakwa bahawa tempoh kontrak ini telah dilanjutkan berdasarkan representasi oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan pada ketika itu iaitu pada 17 Disember 2015, iaitu SD2 dalam tindakan ini.
7
Justeru, pihak perayu Plaintif-plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak responden Defendan. Saksi-saksi dalam kedua-dua kes Saksi-saksi perayu Plaintif-plaintif SP1 – Ismail bin Ali (Pengarah Plaintif) SP2 - Mazuki bin Mohd Zin (Pengarah Plaintif) SP4 – Basir bin Zahid (Kontraktor) SP5 – Jamsari bin Jusof (Kontraktor) Saksi-saksi perayu-perayu / Defendan-defendan: SD1 – Haji Anuar bin Awang (Yang Dipertua Majlis Daerah Marang) SD2 – Haji Mat Azmi bin Arshad (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan) (Bersara) SD3 – Jasman bin Ibrahim (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan) SD4 - Ahmad Fariduddin bin Gahali @ Ghazali (Pegawai
8
Dapatan Mahkamah Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak perayu Plaintif-plaintif dan responden Defendan serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif-plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan dalam kedua-dua kes. Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut:
1
Pihak perayu-perayu Plaintif-plaintif telah gagal memplidkan kausa tindakan terhadap pihak responden Defendan dalam kedua-dua tindakan. Berdasarkan keterangan, pihak perayu Plaintif-plaintif telah mengemukakan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan atas alasan mereka berhak untuk mendapatkan bayaran ganti rugi atas kegagalan pihak responden Defendan melanjutkan kontrak tersebut sepertimana representasi yang diberikan oleh pihak responden Defendan pada taklimat 17 Disember 2015. Tidak diplidkan tentang perlanggaran kontrak oleh pihak responden Defendan atau menunjukkan wujudnya kontrak lanjutan tersebut antara pihak-pihak seperti yang didakwa oleh pihak perayu Plaintif-plaintif. Pada peringkat ini, Mahkamah menerima pakai kes yang dirujuk oleh peguamcara responden Defendan iaitu Nasri vs Mesah (1971)1MLJ 32 yang menyatakan seperti berikut: (Dari teks asal) A “cause of action” is the entire facts of actions that gives rise to an enforceable claim, the phrase comprises every fact which ,if trasversed ,the plaintiff must prove in order to obtain judgement …” Selanjutnya, dalam kes Mahkamah Rayuan S.Constantine vs Social Security Organisation (SOCSO) & Anor (1998)1 CLJ 433 diputuskan seperti berikut: “There is absolutely no merit in the appellant” against the dismissal of his action against the second respondent. Not only the cause of action was not pleaded, there was also no evidence to support a claim for wrongful dismissal. The judge was right in dismissing the action. We dismissed the appeal…” Justeru, atas kegagalan pihak perayu Plaintif-plaintif memplidkan kausa tindakannya terhadap pihak responden Defendan, maka tuntutan mereka tidak wajar dibenarkan.
2
Dakwaan bahawa pihak responden Defendan telah membuat representasi pada 17 Disember 2025 telah tidak dibuktikan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif. Undang-undang adalah jelas bahawa beban pembuktian adalah ke atas pihak perayu Plaintif-plaintif bagi membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan di atas imbangan kebarangkalian. Dalam tindakan ini, keterangan SD2 yang didakwa oleh pihak perayu Plaintif telah memberikan representasi kepada mereka bahawa kontrak mereka akan dilanjutkan pada 17 Disember 2015 adalah seperti berikut : Rujuk nota keterangan : Antara lain menyatakan seperti berikut: “...saya ada memaklumkan bahawa perlanjutan kontrak boleh dipertimbangkan jika kontraktor-kontraktor membeli 1 unit lori kompaktar tetapi tertakluk kepada kelulusan Kerajaan. ..saya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan kelulusan kepada tempoh kontrak bagi pihak Kerajaan atau responden Defendan. Apa-apa kelulusan pemberian kontrak dan juga perlanjutan tempoh kontrak hendaklah diputuskan oleh pihak berkuasa melulus. Dalam kontrak yang menjadi pertikaian dalam kes ini pihak berkuasa melulus adalah Jawatankuasa Perolehan Negeri Terengganu…” Pihak perayu Plaintif-plaintif dalam soal balasnya terhadap SD2 juga telah turut mengesahkan keterangan SD2 bahawa kontrak tersebut samada dilanjutkan atau tidak adalah menjadi kuasa Kerajaan Negeri Terengganu. Selanjutnya, keterangan saksi-saksi lain yang dikemukakan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif juga tidak dapat memberikan keterangan yang jelas bagi menunjukkan representasi yang didakwa oleh pihak perayu Plaintif-plaintif telah diberikan oleh SD2 pada tarikh taklimat tersebut. Pada peringkat ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam responden Defendan bahawa melalui keterangan SD2 telah dapat dibuktikan bahawa SD2 hanya memaklumkan pada tarikh taklimat tersebut bahawa lanjutan tempoh kontrak boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kelulusan pihak Kerajaan. Justeru tanpa keterangan lain yang dapat menyangkal keterangan SD2 di Mahkamah, keterangan saksi-saksi perayu Plaintif-plaintif yang menyatakan bahawa SD2 telah memberi represantasi bahawa lanjutan akan diperolehi secara automatik sekiranya pihak kontraktor membeli 1 unit lori kompaktor wajar ditolak.
3
Perayu Plaintif-plaintif gagal membuktikan bahawa mereka mempercayai dan bergantung kepada dakwaan representasi yang diberikan oleh SD2. Keterangan SP1 adalah jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mempercayai dan bergantung kepada dakwaan representasi oleh SD2 apabila beliau menyatakan dalam keterangannya ketika disoal balas oleh pihak peguamcara responden Defendan; Rujuk nota keterangan “…pasal tidak percaya dengan dia, saya buat surat rayuan untuk sambung kontrak dua tahun lagi ...” SP1 juga menyatakan dalam keterangannya bahawa beliau telah menandatangani dokumen kontrak pada 22 Disember 2015 kerana tidak percaya dengan apa yang SD2 katakan tentang perlanjutan tempoh kontrak pada 17 Disember 2015. Selanjutnya, SP1 juga telah mengesahkan bahawa beliau telah menyediakan satu unit lori kompaktor setelah menerima Surat Sedia Lori daripada Majlis Daerah Marang dan juga bersetuju dengan cadangan peguamcara responden Defendan bahawa tiada dinyatakan dalam surat tersebut tentang lanjutan tempoh kontrak sekiranya lori kompaktor dapat disediakan. Adalah jelas pada peringkat ini, SP1 telah menyediakan 1 lori kompaktor bukan atas sebab mempercayai dakwaan representasi SD2 pada 17 Disember 2015 tersebut. Seterusnya, eksibit P10 yang merupakan surat permohonan lanjutan kontrak pihak perayu Plaintif-plaintif juga tidak menunjukkan ianya dibuat berlandaskan dakwaan representasi oleh SD2. Selain daripada ianya tidak merujuk kepada taklimat tersebut, surat ini hanya menyatakan alasan permohonan lanjutan adalah kerana “…sepanjang tempoh kontrak tersebut pihak kami telah menjalankan kerja-kerja tersebut seperti yang termaktub di dalam kontrak dengan penuh jayanya…” dan seterusnya memohon untuk lanjutan tempoh kontrak “…ke satu tempoh baru yang bersesuaian...” Oleh itu jelas daripada surat ini, permohonan lanjutan tempoh kontrak oleh pihak perayu Plaintif-plaintif bukanlah berdasarkan dakwaan representasi SD2 dalam taklimat pada 17 Disember 2015 tersebut.
4
Doktrin estopel seperti yang dihujahkan oleh peguamcara perayu Plaintif-plaintif tidak terpakai dan tidak dibuktikan terhadap pihak responden Defendan. Berdasarkan keterangan saksi-saksi, bukan sahaja tidak dapat dibuktikan bahawa SD2 telah membuat representasi tersebut kepada perayu Plaintif-plaintif, ianya juga tidak dapat membuktikan bahawa representasi SD2 tersebut jika benar telah dibuat, adalah dengan niat untuk mengikat pihak perayu Plaintif-plaintif serta SD2 juga mempunyai pengetahuan bahawa pihak perayu Plaintif-plaintif akan bertindak sepertimana dakwaan representasi tersebut. Di peringkat ini, Mahkamah menerima pakai kes yang dirujuk oleh peguamcara pihak responden Defendan di dalam hujahannya iaitu Central London Property Trust Ltd v High Trees House Ltd
1947
KB 130 yang memutuskan asas bagi doktrin estopel iaitu; “..there are cases in which a promise was made which was intended to create legal relations and which to the knowledge of the person making the promise, was going to be acted on by the person to whom it was made ,and which was in fact so acted on. In such cases the courts have said that the promised must be honoured.” Malah, pihak perayu Plaintif-plaintif juga telah gagal membuktikan bahawa mereka telah bertindak dengan bergantung dan mempercayai dakwaan representasi oleh SD2 tersebut. Rujuk kes Kuala Dimensi Sdn Bhd v Port Kelang Authority
2025
(2025)3 CLJ 497 yang antara lain memutuskan seperti berikut; ‘...(146) The inapplicability of the doctrine of estoppel ,in the present appeal is further fortified by the defendant’s failure to adduce any evidence to show that they had relied in any form or manner on the final payment made by the plaintiff after the commencement of this proceedings. The defendant had not established a case of estoppel ,namely, that the defendant had altered his position or acted in such a manner in reliance on the representation that it would be inequitable or unconscionable in all the circumstances of the case for the plaintiff to go back on its promise/representation.” Berdasarkan keterangan yang terdapat dalam tindakan ini adalah jelas doktrin estopel adalah tidak terpakai dan tidak dapat dibuktikan oleh pihak perayu Plaintif-plaintif.
4
Harapan atau jangkaan yang sah (legitimate expectation) seperti yang dihujahkan oleh peguamcara pihak perayu Plaintif-plaintif telah tidak dibuktikan. Kegagalan pihak perayu Plaintif-plaintif membuktikan bahawa mereka bergantung dan mempercayai dakwaan representasi SD2 menujukkan tiada harapan atau jangkaan yang sah telah dibuktikan di peringkat ini. Selanjutnya, Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguamcara pihak responden Defendan bahawa jangkaan sah ini tidak terpakai dalam kes ini kerana ianya melibatkan isu undang-undang persendirian. Rujuk kes GPQ SDN BHD v Constant View Sdn Bhd (2017) 6 MLJ 728 yang memutuskan bahawa; “…(57) on the issue of legitimate expectation, we agree with the point raised by the defendant that the doctrine of legitimate expectation is only applicable in public law and not to private law matters…” Oleh itu, berdasarkan kes ini dan keterangan yang ada, adalah jelas bahawa isu jangkaan sah (legitimate expectation) adalah tidak terpakai dalam tindakan ini.
5
Tidak dibuktikan bahawa pihak perayu Plaintif-plaintif adalah berhak untuk ganti rugi am dan ganti rugi khas yang dituntut terhadap pihak responden Defendan. Tindakan pihak perayu Plaintif-plaintif yang tidak memplidkan berkenaan perlanggaran kontrak mahupun membuktikannya. Mahkamah juga menerima pakai kes yang dirujuk oleh peguamcara pihak responden Defendan iaitu Leong Hin Enterprise SDN BHD v Chevron Malaysia (2018) 1 NLS 1713 antara lain menyatakan seperti berikut; “...the law on damages is set out in s.74 of the Contract Act 1950. Pursuant to the section, compensation can only be awarded against the guilty party for breach of contract...” Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut; “Compensation for loss or damages caused by breach of contract…” Justeru tanpa memplidkan perlanggaran kontrak dan membuktikannya, maka pihak perayu Plaintif-plaintif adalah tidak berhak untuk mendapatkan tuntutan ganti rugi am dan khas dari pihak responden Defendan dalam kes ini. Kesimpulan Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati di atas imbangan kebarangkalian, pihak perayu Plaintif-plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap pihak responden Defendan. Oleh itu, Mahkamah telah menolak tuntutan pihak perayu Plaintif-plaintif terhadap pihak responden Defendan di dalam kedua-dua kes dengan kos sebanyak RM5000.00. Bertarikh: 24 Ogos 2025 Norashima binti Khalid Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu Peguam bagi pihak Plaintif-plaintif : Nurul Izzah Binti Mohd Nazri Tetuan Zamani Mohammad & Co Peguam bagi pihak Defendan:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.