Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
2
Earlier cases and laws this decision relies on
Distinguishes[2015] MLJU 1956External
“bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof”
“yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by hi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN KES NO: KA-46SOM-3-12/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN 1)...
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN KES NO: KA-46SOM-3-12/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN 1) MOHD RAZIN BIN RAZALI (NO. KP: 900723-14-6921) (OKT1) 2) MOHAMAD FAIZAL BIN AHMAD ZAKI (NO. KP: 850910-02-5743) (OKT2) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN KES NO: KA-46SOM-4-12/2022 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN 1) ANAS HAFIZIN BIN AHMAD (NO. KP: 850904-02-5675) (OKT3) 04/06/2026 13:17:21 KA-46SOM-4-12/2022 Kand. 239 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2) MUHAMAD ASLAM BIN OSMAN … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 930727-09-5081) (OKT4) 3) IBRAHIM BIN DAHAMID (NO. KP: 841225-02-5775) (OKT5) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN
section
1. OKT1 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Razin”) dan OKT2 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Faizal”) bagi kes KA-46SOM- 3-12/2022 telah di...
1. OKT1 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Razin”) dan OKT2 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Faizal”) bagi kes KA-46SOM- 3-12/2022 telah dituduh di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah bagi satu pertuduhan di bawah subseksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574].
section
2. OKT3 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Anas”), OKT4 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Aslam”) dan OKT5 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT...
2. OKT3 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Anas”), OKT4 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Aslam”) dan OKT5 (selepas ini dirujuk sebagai “OKT Ibrahim”) bagi kes KA-46SOM-4-12/2022 telah dituduh di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah bagi satu pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta 670 dan dibaca bersama seksyen 34 Akta 574. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
3. Pada 17.5.2023, kedua-dua kes telah diperintahkan dibicarakan secara bersama selaras dengan peruntukan seksyen 170 Kanun Tatacara Jenaya...
3. Pada 17.5.2023, kedua-dua kes telah diperintahkan dibicarakan secara bersama selaras dengan peruntukan seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
section
4. Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie bagi pert...
4. Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie bagi pertuduhan-pertuduhan terhadap kelima-lima OKT dan Mahkamah telah melepas dan membebaskan mereka tanpa dipanggil membela diri.
section
5. Pihak Pendakwa Raya tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. NARATI...
5. Pihak Pendakwa Raya tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. NARATIF KES PENDAKWAAN
section
6. Pada 24.5.2022 lebih kurang pukul 7.20 malam, SP10 yang merupakan Ketua Unit Bot Kilat 7 dan Bot Perkasa 1224, Zon Maritim Kuala Kedah,...
6. Pada 24.5.2022 lebih kurang pukul 7.20 malam, SP10 yang merupakan Ketua Unit Bot Kilat 7 dan Bot Perkasa 1224, Zon Maritim Kuala Kedah, telah menerima maklumat daripada SP11 (pegawai risikan APMM) bahawa terdapat bot nelayan tempatan (“BNT”) yang akan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI). SP10 dan pasukannya telah mengambil tindakan menunggu di Jetty Coral Marine (“jeti APMM”) yang terletak di Kuala Kedah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
7. Pada lebih kurang pukul 9.20 malam, SP10 telah mengesan BNT jenis kelas C bernombor pendaftaran KHF2626 melintasi jeti APMM dalam keadaa...
7. Pada lebih kurang pukul 9.20 malam, SP10 telah mengesan BNT jenis kelas C bernombor pendaftaran KHF2626 melintasi jeti APMM dalam keadaan yang mencurigakan, iaitu BNT tersebut bergerak dalam keadaan bergelap dengan tidak memasang lampu pelayaran pada waktu malam. SP10 menunggu BNT tersebut melintasi jeti APMM, dan kemudiannya SP10 dan pasukannya telah menggunakan Bot Perkasa 1224 untuk merapat dan menahan BNT tersebut. Setelah BNT berjaya ditahan, SP10 dan pasukannya telah dihalang oleh OKT Razin daripada menaiki BNT tersebut atas alasan bahawa ia adalah ‘projek polis’. Namun begitu, SP10 akhirnya telah dibenarkan menaiki BNT tersebut.
section
8. Pemeriksaan SP10 ke atas BNT tersebut mendapati 4 orang lagi lelaki warganegara Malaysia iaitu OKT Anas, OKT Aslam, OKT Ibrahim dan teko...
8. Pemeriksaan SP10 ke atas BNT tersebut mendapati 4 orang lagi lelaki warganegara Malaysia iaitu OKT Anas, OKT Aslam, OKT Ibrahim dan tekong bot. SP10 juga nampak kelibat manusia di dalam petak ikan BNT tersebut tetapi OKT Razin tidak membenarkan SP10 membuat pemeriksaan lanjut. SP10 kemudiannya telah melaporkan penahanan BNT tersebut kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah.
section
9. Selanjutnya, OKT Razin telah menghubungi OKT Faizal melalui telefon, dan dengan menggunakan pembesar suara, SP10 telah bercakap dengan O...
9. Selanjutnya, OKT Razin telah menghubungi OKT Faizal melalui telefon, dan dengan menggunakan pembesar suara, SP10 telah bercakap dengan OKT Faizal dan SP10 mencadangkan supaya BNT tersebut di bawa ke jeti APMM untuk keselamatan kerana BNT tersebut sedang berhanyut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
10. BNT tersebut kemudiannya telah merapat ke jeti APMM dan hasil pemeriksaan SP10 dan anggota pasukannya mendapati seramai 119 orang migra...
10. BNT tersebut kemudiannya telah merapat ke jeti APMM dan hasil pemeriksaan SP10 dan anggota pasukannya mendapati seramai 119 orang migran warga Rohingya disembunyikan di dalam petak ikan dan di rumah bot di dalam BNT tersebut.
section
11. Semasa di jeti APMM, OKT Faizal telah sampai dan telah berjumpa dengan SP10 dan dimaklumkan oleh SP10 untuk bercakap dengan Tuan Zoolhi...
11. Semasa di jeti APMM, OKT Faizal telah sampai dan telah berjumpa dengan SP10 dan dimaklumkan oleh SP10 untuk bercakap dengan Tuan Zoolhilmi (Timbalan Ketua Operasi Maritim, Kuala Kedah). SP10 seterusnya telah meneruskan pemeriksaan ke atas BNT tersebut.
section
12. Pada lebih kurang pukul 5.05 pagi, SP10 telah membuat laporan polis mengenai penahanan BNT tersebut sebagaimana di dalam laporan polis...
12. Pada lebih kurang pukul 5.05 pagi, SP10 telah membuat laporan polis mengenai penahanan BNT tersebut sebagaimana di dalam laporan polis Kuala Kedah/1332/22 (eksibit P22), dan telah menyerahkan tangkapan OKT Razin, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim serta kesemua 119 migran kepada SP15, selaku pegawai penyiasat APMM ketika itu.
section
13. Pada 25.5.2022, lebih kurang pukul 12 tengahari, SP15 telah menerima arahan untuk menyerahkan siasatan kepada pihak Polis DiRaja Malays...
13. Pada 25.5.2022, lebih kurang pukul 12 tengahari, SP15 telah menerima arahan untuk menyerahkan siasatan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). SP15 telah bertemu dengan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan arahan, dan TPR telah mengeluarkan arahan supaya siasatan diserahkan kepada PDRM. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
14. Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 1.30 petang, SP18 (Pegawai Turus E6, IPK Kedah) bersama OKT Faizal telah berjumpa SP15 dan meny...
14. Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 1.30 petang, SP18 (Pegawai Turus E6, IPK Kedah) bersama OKT Faizal telah berjumpa SP15 dan menyerahkan surat pengesahan operasi (eksibit P56) yang mengesahkan bahawa kejadian adalah suatu operasi polis, dan meminta supaya siasatan diserahkan kepada Cawangan Khas. Namun begitu, arahan TPR adalah supaya siasatan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, PDRM.
section
15. Pihak Pendakwaan turut memanggil seorang saksi terlindung (PW1) yang telah memberikan keterangan secara tertutup, di mana identiti PW1...
15. Pihak Pendakwaan turut memanggil seorang saksi terlindung (PW1) yang telah memberikan keterangan secara tertutup, di mana identiti PW1 tidak didedahkan di samping keterangan PW1 direkodkan secara bertulis (bertaip), melalui Mahkamah.
section
16. Keterangan PW1 menyatakan bahawa pada 22.5.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, PW1 telah menerima panggilan daripada OKT Aslam yang memak...
16. Keterangan PW1 menyatakan bahawa pada 22.5.2022, lebih kurang pukul 11 pagi, PW1 telah menerima panggilan daripada OKT Aslam yang memaklumkan OKT Faizal hendak berjumpa PW1 di Jeti Feri Langkawi, Kuala Perlis untuk membincangkan urusan mengambil PATI di tengah laut kawasan perairan Langkawi di Tukun Perak. PW1 telah berjumpa OKT Faizal, OKT Aslam, OKT Ibrahim, kembar kepada Aslam dikenali sebagai Ashik dan beberapa orang anggota Cawangan Khas yang tidak dikenali di Kedai Haji Ghani di Jeti Feri Kuala Perlis. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
17. Dalam perbincangan tersebut, OKT Faizal telah bertanyakan kepada PW1 tentang kos minyak dari Kuala Kedah ke Tukun Perak. Selain itu, OK...
17. Dalam perbincangan tersebut, OKT Faizal telah bertanyakan kepada PW1 tentang kos minyak dari Kuala Kedah ke Tukun Perak. Selain itu, OKT Faizal juga telah mengarahkan OKT Aslam untuk mendapatkan koordinat mother boat yang akan membawa PATI Rohingya. Urusan berkaitan minyak dan bot akan diuruskan oleh OKT Razin di Kuala Kedah.
section
18. Pada 23.5.2022, lebih kurang pukul 5 petang, OKT Aslam telah menjemput PW1 dari rumahnya dan kemudiannya telah mengambil OKT Ibrahim pu...
18. Pada 23.5.2022, lebih kurang pukul 5 petang, OKT Aslam telah menjemput PW1 dari rumahnya dan kemudiannya telah mengambil OKT Ibrahim pula. Selepas itu, mereka terus ke Alor Setar, dan semasa dalam perjalanan, OKT Aslam telah menghubungi OKT Faizal tentang barang persiapan yang perlu dibawa. OKT Faizal telah meminta OKT Aslam menghubungi OKT Razin. Setelah OKT Aslam menghubungi OKT Razin, mereka telah pergi ke Tesco/Lotus Alor Setar. Semasa di Tesco/Lotus, mereka telah bertemu OKT Anas, dan kemudiannya OKT Anas dan OKT Aslam telah pergi membeli barang persiapan (barang makanan dan minuman) dari Tesco/Lotus.
section
19. Setelah selesai membeli barang persiapan untuk dibawa menaiki bot, mereka telah bergerak ke Jeti Alu di Kuala Kedah. Apabila sampai di...
19. Setelah selesai membeli barang persiapan untuk dibawa menaiki bot, mereka telah bergerak ke Jeti Alu di Kuala Kedah. Apabila sampai di Jeti Alu pada lebih kurang pukul 8.50 malam, mereka dapati OKT Razin masih belum sampai. OKT Razin hanya sampai di Jeti Alu pada lebih kurang pukul 11.30 malam. Pada masa yang sama, OKT Aslam ada menghubungi OKT **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Faizal untuk bertanyakan tentang pergerakan BNT dari Jeti Alu ke Tukun Perak. Selepas itu, mereka telah mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari Tesco/Lotus dan dibawa naik ke BNT tersebut.
section
20. Selepas selesai memasukkan barang-barang ke atas BNT tersebut, lebih kurang pukul 1 pagi pada 24.5.2022, mereka semua (kecuali OKT Faiz...
20. Selepas selesai memasukkan barang-barang ke atas BNT tersebut, lebih kurang pukul 1 pagi pada 24.5.2022, mereka semua (kecuali OKT Faizal) telah bertolak ke Tukun Perak berdasarkan koordinat mother boat yang diterima oleh OKT Aslam.
section
21. Pada lebih kurang pukul 9.30 pagi, apabila menghampiri koordinat yang diberikan oleh OKT Aslam, PW1 dapat melihat mother boat dan OKT A...
21. Pada lebih kurang pukul 9.30 pagi, apabila menghampiri koordinat yang diberikan oleh OKT Aslam, PW1 dapat melihat mother boat dan OKT Aslam mengarahkan PW1 untuk menuju ke mother boat tersebut. Apabila sampai di mother boat tersebut, OKT Razin telah mengarahkan PW1 untuk membuat pusingan bagi tujuan mengambil video menggunakan iPad (eksibit P92) yang dibawa oleh OKT Razin.
section
22. Selepas itu, PW1 telah diarahkan merapat kepada mother boat. Semasa merapat, OKT Razin, OKT Aslam, OKT Anas dan OKT Ibrahim telah menga...
22. Selepas itu, PW1 telah diarahkan merapat kepada mother boat. Semasa merapat, OKT Razin, OKT Aslam, OKT Anas dan OKT Ibrahim telah mengangkat barang-barang makanan dan minuman lalu diserahkan kepada mother boat tersebut. Seterusnya, telefon satelit yang dibawa oleh OKT Aslam berbunyi dan dia telah memberikan telefon tersebut kepada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal OKT Ibrahim kerana OKT Ibrahim boleh berbahasa Myanmar. Selepas itu, OKT Aslam dan OKT Ibrahim telah memanggil nama-nama PATI Rohingya dan setelah lebih kurang 30 hingga 40 PATI naik ke BNT tersebut, berlaku pergelutan dan sekumpulan PATI telah turut naik ke BNT tersebut. Akibat daripada pergelutuan yang berlaku, mereka telah membuka tali ikatan antara kedua-dua BNT dan mother boat dan menyuruh PW1 membawa BNT balik ke Kuala Kedah.
section
23. Apabila sampai di muara Kuala Kedah pada lebih kurang pukul 7.30 malam, PATI lelaki yang berada di atas dek hadapan telah diarahkan mas...
23. Apabila sampai di muara Kuala Kedah pada lebih kurang pukul 7.30 malam, PATI lelaki yang berada di atas dek hadapan telah diarahkan masuk ke dalam petak ikan. Selanjutnya, selepas melepasti Jeti APMM, BNT tersebut telah ditahan oleh pihak APMM dan BNT telah berlabuh di Jeti APMM. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE
section
24. Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT ba...
24. Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT bagi kedua-dua pertuduhan selaras **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
section
25. Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is theref...
25. Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus, if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Intipati Kesalahan
section
26. Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: Bagi kes KA-46SOM-3-12/2022: a) OKT R...
26. Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: Bagi kes KA-46SOM-3-12/2022: a) OKT Razin dan OKT Faizal telah mengatur, memudahkan dan merancang kemasukan 119 orang migran; b) bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) di atas, OKT Razin dan OKT Faizal telah mengangkut dan memindahkan 119 orang migran itu; c) 119 orang migran itu bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; d) OKT Razin dan OKT Faizal tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai kemasukan migran itu adalah tidak sah; e) OKT Razin dan OKT Faizal mempunyai niat bersama untuk menyeludup 119 migran tersebut; dan f) OKT Razin dan OKT Faizal adalah seorang penjawat awam dalam melaksanakan kewajipan awamnya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bagi kes KA-46SOM-4-12/2022: a) OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim telah mengatur dan memudahkan kemasukan 119 orang migran; b) bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) di atas, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim telah mengangkut dan memindahkan 119 orang migran itu; c) 119 orang migran itu bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; d) OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai kemasukan migran itu adalah tidak sah; dan e) OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim mempunyai niat bersama untuk menyeludup 119 migran tersebut.
section
27. Bagi tujuan perbincangan, Mahkamah ini akan memfokus kepada pembuktian intipati-intipati kesalahan sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pe...
27. Bagi tujuan perbincangan, Mahkamah ini akan memfokus kepada pembuktian intipati-intipati kesalahan sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pendakwaan terlebih dahulu kerana hujahan pihak Pembelaan secara umumnya hanya memfokus kepada satu isu sahaja, iaitu niat (mens rea) di mana dihujahkan operasi yang dijalankan adalah operasi yang sah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Elemen (a) dan (b) KA-46SOM-3-12/2022 : a) OKT Razin dan OKT Faizal telah mengatur, memudahkan dan merancang kemasukan 119 orang migran b) bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) di atas, OKT Razin dan OKT Faizal telah mengangkut dan memindahkan 119 orang migran itu Elemen (a) dan (b) KA-46SOM-4-12/2022 : a) OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim telah mengatur dan memudahkan kemasukan 119 orang migran; b) bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) di atas, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim telah mengangkut dan memindahkan 119 orang migran itu
section
28. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa bagi kedua-dua elemen ini fakta-fakta yang dikemukakan oleh PW1 terutamanya, menunjukkan bahawa OK...
28. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa bagi kedua-dua elemen ini fakta-fakta yang dikemukakan oleh PW1 terutamanya, menunjukkan bahawa OKT-OKT telah bertindak mengatur dan memudahkan penyeludupan 119 migran terbabit, dengan OKT Razin dan OKT Faizal turut membuat perancangan untuk penyeludupan migran tersebut.
section
29. Fakta-fakta yang dihujahkan oleh pihak Pendakwaan bagi membuktikan elemen ini adalah seperti yang berikut: a) Perjumpaan antara OKT Fai...
29. Fakta-fakta yang dihujahkan oleh pihak Pendakwaan bagi membuktikan elemen ini adalah seperti yang berikut: a) Perjumpaan antara OKT Faizal, OKT Aslam, OKT Ibrahim dan PW1 di Jeti Feri Langkawi pada 22.5.2022 bagi **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membincangkan urusan pengambilan PATI di tengah laut di perairan Tukun Perak, Langkawi; b) Perbincangan melibatkan urusan berkaitan kos minyak, koordinat mother boat, dan pergerakan BNT dari jeti Alu, Kuala Kedah ke Tukun Perak; c) Pada 23.5.2022, PW1 telah pergi bersama OKT Aslam, OKT Anas dan OKT Ibrahim ke Tesco/Lotus di mana OKT1 Aslam dan OKT Ibrahim telah membuat pembelian barang persiapan (makanan dan minuman) untuk dibawa bersama ke BNT; d) Persediaan bot yang dilaksanakan oleh OKT Razin, di mana berdasarkan keterangan pemilik BNT yang juga pemilik Jeti Alu (SP4) beliau telah menyewakan BNT kepada OKT Razin kerana dimaklumkan oleh OKT Razin yang sewaan BNT diperlukan untuk tujuan operasi polis. Keterangan SP3 (pekerja SP4) dan SP4 telah mengesahkan bahawa OKT Razin telah menyewa BNT tersebut atas tujuan operasi polis dengan bayaran RM8000 untuk tiga hari. Keterangan SP4 turut mengesahkan bahawa bayaran sebanyak RM3000 telahpun dibuat oleh OKT Razin, manakala baki sebanyak RM5000 akan dibayar selepas selesai operasi. Keterangan SP3 pula telah mengesahkan yang kunci BNT telah diserahkan kepada OKT Razin; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) Semasa di Jeti Alu, apabila OKT Razin sampai, kesemua OKT (kecuali OKT Faizal) telah memasukkan barang makanan dan minuman ke dalam BNT. Keterangan SP2 iaitu pekerja SP4 turut mengesahkan fakta ini; f) Pada 24.5.2022, lebih kurang pukul 1 pagi, Aslam telah memberikan koordinat mother boat kepada PW1 dan BNT telah bergerak keluar dari jeti Alu; g) Sebelum bergerak, PW1 telah mendengar OKT Aslam menghubungi OKT Faizal untuk memaklumkan pergerakan mereka; h) Pada 24.5.2022, lebih kurang pukul 9.30 pagi, BNT tersebut telah sampai di koordinat yang diberikan oleh OKT Aslam. OKT Aslam telah mengarahkan PW1 untuk mendekati mother boat bagi membolehkan OKT Razin merakam video menggunakan iPad (eksibit P92); i) Selanjutnya OKT Razin dan OKT Aslam mengarahkan PW1 merapat kepada mother boat, yang mana setelah BNT tersebut merapat kepada mother boat, barang makanan telah diserahkan kepada mother boat oleh OKT Razin, OKT Aslam, OKT Anas dan OKT Ibrahim; j) PW1 mendengar nama lebih kurang 30 hingga 40 orang migran Rohingya dipanggil oleh OKT Aslam untuk menaiki BNT tersebut. OKT Razin dan OKT Anas telah mengaturkan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal agar migran perempuan duduk di bahagian belakang BNT, manakala migran lelaki duduk di bahagian hadapan BNT; k) Akibat berlakunya pergelutan, terdapat lebih ramai migran yang melompat masuk ke BNT, dan OKT Razin dan OKT Aslam telah mengarahkan PW1 untuk memandu BNT balik ke Kuala Kedah; l) Ketika BNT sampai ke muara Kuala Kedah, PW1 lihat OKT Razin, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim mengatur migran yang berada di hadapan BNT untuk masuk ke dalam petak ikan; m) Keterangan SP12 menyatakan bahawa pada 23.5.2022, OKT Faizal telah menghubungi beliau untuk bersedia (standby) dengan lori bagi mengangkut PATI Rohingya. SP12 juga diminta menunggu arahan lanjut daripada OKT Faizal. Namun begitu, pada 24.5.20022, OKT Faizal telah memaklumkan kepada SP12 melalui pesanan Whatsapp bahawa bot yang membawa PATI itu ‘sangkut’. SP12 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau sebelum itu juga pernah berurusan dengan OKT Faizal bagi tujuan membawa PATI menaiki lori; n) Keterangan SP11 yang merupakan pegawai risikan APMM mengesahkan bahawa beliau menerima maklumat risikan penyeludupan PATI dan telah membuat pemerhatian awal pada 23.5.2022 lebih kurang pukul 10 malam. SP11 telah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melakukan pemantauan di Jeti Lembaga Ikan (LKIM) di Kuala Kedah. SP11 turut mengesahkan bahawa pada 24.5.2022, lebih kurang pukul 1 pagi, BNT dengan nombor pendaftaran KHF2626 telah keluar ke laut. SP11 mengesyaki BNT tersebut sebagai sasaran kerana melihat tong ikan dikeluarkan dari BNT dan orang yang menaiki bot tersebut berpakaian kemas (berbaju putih dan berseluar jeans), yang dilihat tidak seperti pakaian nelayan biasa. o) Selanjutnya, keterangan SP11 menunjukkan bahawa pada hari yang sama lebih kurang pukul 8 malam, SP11 yang ketika itu membuat pemantauan di kawasan Jambatan Tok Pasal, Kuala Kedah telah mengesan BNT KHF 2626 tersebut pulang dari laut. SP11 kemudiannya telah memaklumkan kepada SP10 yang berkemungkinan BNT tersebut membawa PATI; p) SP13 yang merupakan pegawai APMM mengesahkan bahawa PW1 adalah sumber berdaftar APMM. Pada 23.5.2022, SP13 telah menerima maklumat daripada PW1 yang mengatakan PW1 akan membuat kerja membawa PATI Rohingya dari laut sempadan Malaysia, Thailand dan Indonesia ke daratan Kuala Kedah. Tiada maklumat berkenaan tarikh dan masa pergerakan bot. Pada 23.5.2022, lebih kurang pukul 6 petang, SP13 telah menerima pesanan Whatsapp ringkas daripada PW1 memberitahu ‘dah ambil’. Setelah SP11 memaklumkan BNT KHF2626 dilihat dalam keadaan mencurigakan, SP13 telah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengarahkan agar BNT tersebut dijadikan bot sasaran. Pada hari yang sama, SP13 telah mengarahkan anggotanya (SP14) ke Kuala Kedah untuk membantu pemantauan dan mengarahkan agar keselamatan PW1 dijaga dan diasingkan daripada suspek lain.
section
30. Seksyen 2 Akta 670 mentafsirkan penyeludupan migran seperti yang berikut: “penyeludupan migran” ertinya—
30. Seksyen 2 Akta 670 mentafsirkan penyeludupan migran seperti yang berikut: “penyeludupan migran” ertinya—
a
(a) mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan
b
(b) merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);”
section
31. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan fakta-fakta sepertimana disenaraikan di atas, tindakan-tindakan yang **Note : Serial n...
31. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan fakta-fakta sepertimana disenaraikan di atas, tindakan-tindakan yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah diambil oleh kelima-lima OKT terjumlah kepada perlakuan mengatur, memudahkan, mengangkut, memindahkan dan/atau merancang (bagi OKT Razin dan OKT Faizal) kemasukan 119 orang migran.
section
32. Berdasarkan kronologi dan fakta-fakta yang telah disenaraikan di perenggan (28) di atas, Mahkamah ini bersetuju bahawa tindakan-tindaka...
32. Berdasarkan kronologi dan fakta-fakta yang telah disenaraikan di perenggan (28) di atas, Mahkamah ini bersetuju bahawa tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kelima-lima OKT sememangnya terjumlah kepada perlakuan mengatur, memudahkan, mengangkut, memindahkan dan/atau merancang kemasukan migran-migran yang turut ditahan di atas BNT pada hari kejadian. Elemen (c) : 119 orang migran itu bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia
section
33. Bagi elemen ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah mengesahkan bahawa 119 orang migran tersebut tidak mempunyai dokum...
33. Bagi elemen ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah mengesahkan bahawa 119 orang migran tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan juga tiada pergerakan keluar masuk Malaysia diperolehi. Ini disokong oleh surat daripada JIM Negeri Kedah seperti di eksibit P115A-C.
section
34. Selain itu juga, dua orang migran iaitu SP23 dan SP24 turut mengesahkan bahawa mereka adalah berbangsa Rohingya **Note : Serial number...
34. Selain itu juga, dua orang migran iaitu SP23 dan SP24 turut mengesahkan bahawa mereka adalah berbangsa Rohingya **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang telah menaiki perahu dari Cox Bazaar, Bangladesh dan kemudiannya telah menaiki bot Myanmar (mother boat) sehinggalah mereka menaiki bot Malaysia (BNT tersebut). SP23 dan SP24 turut mengesahkan bahawa terdapat ramai migran di atas bot Myanmar dan bot Myanmar itu dikawal oleh lelaki Myanmar beragama Buddha.
section
35. Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah ini turut mendapati bahawa kesemua 119 orang migran yang ditahan di atas BNT tersebut pada ha...
35. Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah ini turut mendapati bahawa kesemua 119 orang migran yang ditahan di atas BNT tersebut pada hari kejadian, bukanlah warganegara mahupun pemastautin tetap Malaysia. Elemen (d) : OKT Razin, OKT Faizal, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai kemasukan migran itu adalah tidak sah
section
36. Bagi elemen ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa kelima-lima OKT mempunyai pengetahuan ataupun mempunyai sebab untuk memperca...
36. Bagi elemen ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa kelima-lima OKT mempunyai pengetahuan ataupun mempunyai sebab untuk mempercayai kemasukan migran-migran tersebut adalah tidak sah.
section
37. Pihak Pendakwaan berhujah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this...
37. Pihak Pendakwaan berhujah berdasarkan kepada fakta-fakta berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Kesemua 119 orang migran telah dibawa masuk menggunakan BNT tersebut bersama-sama oleh OKT Razin, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim; b) Pergerakan 119 orang migran tersebut adalah dari tengah laut ke Kuala Kedah; c) Kesemua migran tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri; d) Arahan asal yang diarahkan kepada PW1 oleh OKT Faizal adalah untuk membawa migran ke Ampang Jajar. Tiada jalan yang diwartakan di sekitar kawasan tersebut sebagai pintu masuk Malaysia yang sah. Muara Kuala Kedah tidak pernah diisytiharkan sebagai pintu masuk sah ke dalam Malaysia.
section
38. Selain itu juga, pihak Pendakwaan menggesa Mahkamah ini untuk mengambil judicial notice ke atas P.U.B 136/93 Penetapan Jalan-Jalan Yang...
38. Selain itu juga, pihak Pendakwaan menggesa Mahkamah ini untuk mengambil judicial notice ke atas P.U.B 136/93 Penetapan Jalan-Jalan Yang Dibenarkan Dan Pengisytiharan Pos-Pos Imigresen, Tempat-Tempat Mendarat, Lapangan-Lapangan Terbang dan Pintu-Pintu Masuk bertarikh 29.4.1993 yang berkuatkuasa pada 30.4.19913 (“P.U.B 136/93 tersebut”), selaras dengan seksyen 56 dan 57 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan juga prinsip yang diputuskan dalam kes Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v. Jururus Ladang Sdn Bhd [1985 CLJU 122 berkenaan judicial notice ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
39. Berdasarkan peruntukan undang-undang dan nas undang-undang yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mengambil judicial notice ke atas P.U....
39. Berdasarkan peruntukan undang-undang dan nas undang-undang yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mengambil judicial notice ke atas P.U.B 136/93 tersebut dan menerima fakta bahawa Kuala Kedah bukanlah laluan pintu masuk sah ke Malaysia.
section
40. Selanjutnya, seksyen 26 Kanun Keseksaan [Akta 574] mentafsirkan perkataan ‘reason to believe’ seperti yang berikut: “Reason to believe”
40. Selanjutnya, seksyen 26 Kanun Keseksaan [Akta 574] mentafsirkan perkataan ‘reason to believe’ seperti yang berikut: “Reason to believe”
section
26. A person is said to have “reason to believe” a thing, if he has sufficient cause to believe that thing, but not otherwise.”
26. A person is said to have “reason to believe” a thing, if he has sufficient cause to believe that thing, but not otherwise.”
section
41. Juga berdasarkan kronologi yang telah diperjelaskan di perenggan (28) sebelum ini, tindakan kelima-lima OKT yang telah membuat persiapa...
41. Juga berdasarkan kronologi yang telah diperjelaskan di perenggan (28) sebelum ini, tindakan kelima-lima OKT yang telah membuat persiapan, menyewa BNT, membawa migran menggunakan BNT tersebut, arahan-arahan menghendaki migran masuk ke dalam petak ikan, pergerakan BNT melalui muara Kuala Kedah dalam keadaan tidak memasang lampu pelayaran, adalah pada pendapat Mahkamah ini menunjukkan bahawa kelima-lima OKT mempunyai pengetahuan atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan migran-migran tersebut adalah tidak sah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
42. Berkenaan keterangan saksi-saksi Pendakwaan daripada Cawangan Khas PDRM yang dihujahkan oleh Pendakwaan sebagai membuktikan tindakan ke...
42. Berkenaan keterangan saksi-saksi Pendakwaan daripada Cawangan Khas PDRM yang dihujahkan oleh Pendakwaan sebagai membuktikan tindakan kelima-lima OKT tidak pernah disahkan sebagai projek atau operasi yang sah, Mahkamah ini akan membincangkan isu tersebut semasa membincangkan hujahan oleh pihak-pihak Pembelaan. Elemen (e) OKT Razin, OKT Faizal, OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim mempunyai niat bersama untuk menyeludup 119 migran tersebut
section
43. Seksyen 34 KK memperuntukkan seperti yang berikut: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by...
43. Seksyen 34 KK memperuntukkan seperti yang berikut: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone
section
34. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that...
34. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.”.
section
44. Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277, Mahkamah Persekutuan telah memperjelas...
44. Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan prinsip berkenaan niat bersama di bawah seksyen 34 KK seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [47] It is helpful to analyse s 34 in terms of these elements:
a
(a) a criminal act;
b
(b) participation in doing of the act;
c
(c) a common intention between the parties; and
d
(d) the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [49] It is widely acknowledged that s 34 is a rule of evidence which embodies the common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor and another appeal [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone (Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232).”. [penekanan ditambah]
section
45. Berdasarkan kronologi dan fakta-fakta yang telah diperjelaskan di perenggan (28) di atas, tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kel...
45. Berdasarkan kronologi dan fakta-fakta yang telah diperjelaskan di perenggan (28) di atas, tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kelima-lima OKT iaitu membuat perbincangan di Jeti Feri Langkawi, Kuala Perlis, tindakan penyewaan BNT daripada SP4, pembelian barangan di Tesco/Lotus, tindakan mengangkut barang ke dalam BNT di Jeti Alu, perancangan pergerakan dari Jeti Alu ke Tukun Perak, kesemuanya menjurus kepada satu perancangan yang telah diatur lebih awal. Jelas wujud pre-arranged plan di pihak kelima-lima OKT **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam urusan membawa migran menggunakan BNT masuk ke Malaysia.
section
46. Di samping itu, berdasarkan keputusan kes Farose bin Tamure Mohamad Khan (supra) di atas juga, kehadiran secara fizikal tidak semestiny...
46. Di samping itu, berdasarkan keputusan kes Farose bin Tamure Mohamad Khan (supra) di atas juga, kehadiran secara fizikal tidak semestinya wujud tetapi cukup sekadar pembuktian terdapatnya peranan yang dimainkan oleh seseorang bagi mengaitkan orang tersebut dengan perlakuan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, bagi OKT Faizal, walaupun OKT Faizal tidak ada bersama secara fizikal di atas BNT tersebut semasa aktiviti penyeludupan berlaku, tetapi tindakan OKT Faizal membuat perancangan serta memberikan arahan kepada OKT-OKT yang lain, adalah pada pendapat Mahkamah ini membuktikan wujudnya niat bersama untuk perlakuan penyeludupan. Elemen (f) bagi kes KA-46SOM-3-12/2022: OKT Razin dan OKT Faizal adalah seorang penjawat awam dalam melaksanakan kewajipan awamnya
section
47. Sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pendakwaan, ‘pegawai awam’ ditafsirkan di dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] seperti yang b...
47. Sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pendakwaan, ‘pegawai awam’ ditafsirkan di dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] seperti yang berikut: “Public officers 113. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal A reference in any written law to any public officer by the usual or common title of his office shall, if there be such an office customarily in the Federation or any State and unless the contrary intention appears, be read and construed as referring to the person for the time being holding or carrying out the duties of that office in the Federation or State, as the case may be.”.
section
48. Seterusnya seksyen 21 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan seperti yang berikut: “Public servant” 21. The words “public servant” denote...
48. Seterusnya seksyen 21 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan seperti yang berikut: “Public servant” 21. The words “public servant” denote a person falling under any of the descriptions hereinafter following:
a
(a) – (g) …;
h
(h) every officer of Government whose duty it is, as such officer, to prevent offences, to give information of offences, to bring offenders to justice, or to protect the public health, safety or convenience;”.
section
49. Keterangan-keterangan SP16, SP17, SP18 dan SP19 mengesahkan bahawa OKT Razin dan OKT Faizal adalah anggota dan pegawai polis dari Cawan...
49. Keterangan-keterangan SP16, SP17, SP18 dan SP19 mengesahkan bahawa OKT Razin dan OKT Faizal adalah anggota dan pegawai polis dari Cawangan Khas, IPK Kedah. Pihak Pembelaan juga tidak pernah mempertikaikan status **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal OKT Razin dan OKT Faizal sebagai seorang penjawat awam, dan dengan itu Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua OKT tersebut merupakan penjawat awam sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. ISU DAN HUJAHAN PEMBELAAN
section
50. Pihak Pembelaan secara khusus memfokuskan dan menghujahkan bahawa keseluruhan tindakan yang telah diambil oleh kelima-lima OKT dalam ke...
50. Pihak Pembelaan secara khusus memfokuskan dan menghujahkan bahawa keseluruhan tindakan yang telah diambil oleh kelima-lima OKT dalam kejadian pada 24.5.2022 tersebut adalah susulan daripada Operasi Benteng (“Ops Benteng”) yang sedang dijalankan oleh Cawangan Khas, IPK Kedah.
section
51. Versi Pembelaan secara ringkasnya adalah bahawa Ops Benteng telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan membanteras aktiviti penyelud...
51. Versi Pembelaan secara ringkasnya adalah bahawa Ops Benteng telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan dadah, barang terlarang dan penyeludupan PATI yang dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.
section
52. Pembelaan menegaskan bahawa tindakan penyeludupan yang berlaku pada hari kejadian adalah satu operasi yang sah yang dilakukan oleh Cawa...
52. Pembelaan menegaskan bahawa tindakan penyeludupan yang berlaku pada hari kejadian adalah satu operasi yang sah yang dilakukan oleh Cawangan Khas, IPK Kedah, dengan pengetahuan ibu pejabat Cawangan Khas, Bukit Aman dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal juga berdasarkan kepada Perintah Gerakan Cawangan Khas No. 5/2021 bertarikh 29.7.2021 (“Perintah Gerakan tersebut”) yang telah ditandatangani oleh Ketua Cawangan Khas (KCK) IPK Kedah pada ketika itu, yang mana Perintah Gerakan tersebut jelas menetapkan tarikh mula operasi pada 31.7.2021 sehingga selesai tanpa sebarang tarikh tamat ditetapkan.
section
53. Pihak Pembelaan antaranya menghujahkan bahawa tindakan SP18 yang telah mengeluarkan surat pengesahan (eksibit P56) mengesahkan bahawa o...
53. Pihak Pembelaan antaranya menghujahkan bahawa tindakan SP18 yang telah mengeluarkan surat pengesahan (eksibit P56) mengesahkan bahawa operasi pada 24.5.2022 tersebut adalah suatu operasi sulit Cawangan Khas, menunjukkan bahawa segala tindakan yang telah dilakukan oleh kelima-lima OKT merupakan satu operasi yang sah.
section
54. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan isu utama yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan ini iai...
54. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan isu utama yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan ini iaitu operasi penyeludupan yang dijalankan oleh kelima-lima OKT adalah merupakan operasi yang sah di bawah Cawangan Khas, IPK Kedah.
section
55. Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan daripada Cawangan Khas iaitu SP16, SP17 dan SP18, fungsi Cawangan Khas adalah untuk menda...
55. Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan daripada Cawangan Khas iaitu SP16, SP17 dan SP18, fungsi Cawangan Khas adalah untuk mendapatkan maklumat risikan, dan kemudiannya akan disalurkan kepada mana-mana bahagian lain di PDRM ataupun agensi-agensi lain untuk tindakan lanjut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Namun begitu, ada juga keadaan di mana operasi tangkapan dan siasatan turut dilakukan sendiri oleh pihak Cawangan Khas.
section
56. Berkenaan kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan SP18 terutamanya menunjukkan fakta-fakta seperti yang berikut: a) SP18 mempunyai peng...
56. Berkenaan kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan SP18 terutamanya menunjukkan fakta-fakta seperti yang berikut: a) SP18 mempunyai pengetahuan mengenai operasi penyeludupan tersebut dan operasi tersebut telah dirancang awal berdasarkan maklumat sumber di mana SP18 telah berjumpa dengan KCK Kedah ketika itu iaitu Tuan Zakaria memaklumkan perkara tersebut. Susulan makluman tersebut, Tuan Zakaria telah mengarahkan SP18 untuk merujuk perkara tersebut ke Bukit Aman; b) Pada 22.4.2022, SP18 bersama OKT Faizal telah mentaklimatkan kepada Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Khas, Bukit Aman iaitu Dato’ Salmi bin Yaacob (SP20). SP20 telah mengarahkan SP18 dan OKT Faizal untuk bertemu SAC Zahari (Penolong Pengarah Bahagian E6M) untuk menyediakan maklumat operasi kepada Cawangan Khas, Kedah. Selepas itu, SAC Zahari telah memanggil ACP Ahmad Asmadi Abd Hashim (SP21) untuk membincangkan operasi tersebut; c) Tujuan SP18 ke Bukit Aman adalah atas arahan Tuan Zakaria untuk menyerahkan kes tersebut untuk dikendalikan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh E6M Bukit Aman. Namun begitu, hasil perbincangan dengan SP20, SAC Zahari dan SP21, pihak ibu pejabat Cawangan Khas Bukit Aman meminta supaya E6, IPK Kedah mengendalikan kes tersebut; d) Lanjutan arahan SP20 tersebut, beberapa perbincangan/mesyuarat telah dijalankan berkaitan operasi yang akan dijalankan yang mana SP18 dan OKT Faizal telah diberikan arahan untuk menjalankan operasi; e) Keterangan SP18 telah menjelaskan perbincangan bagi menjalankan operasi secara terperinci seperti pelantikan IO, operasi perlu dimaklumkan kepada Bukit Aman dua atau tiga hari sebelum operasi dan juga sasaran ke atas tekong; f) Selanjutnya, OKT Faizal telah dilantik sebagai pegawai operasi kerana maklumat diperolehi daripada sumber berdaftar OKT Faizal; g) Apabila Tuan Zakaria berpindah dan diganti dengan KCK Kedah yang baru iaitu SP17, SP18 juga telah mentaklimatkan SP17 mengenai operasi tersebut. Namun begitu, perintah gerakan tidak sempat ditandatangani oleh SP17 kerana SP17 telah pergi ke Langkawi untuk Persidangan Ketua-Ketua Cawangan Khas di sana; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal h) Ketika perintah gerakan disediakan oleh OKT Faizal, maklumat terperinci pergerakan operasi masih belum diperolehi oleh SP18; i) Hanya pada 23.5.2022 ketika SP18 berada di Langkawi, barulah SP18 dimaklumkan oleh OKT Faizal yang bot yang membawa migran telah bergerak dari Bangladesh dan dalam perjalanan ke perairan Malaysia/Thailand; j) Selanjutnya pada 24.5.2022, lebih kurang pukul 1 pagi, OKT Faizal telah memaklumkan kepada SP18 yang OKT Razin dan sumber akan menaiki bot untuk menjalankan risikan. Arahan SP18 pada ketika itu adalah untuk mereka menjalankan risikan, mengambil gambar video atau apa-apa perkara yang boleh untuk ditaklimatkan kepada KCK Kedah dan pihak Bukit Aman, tanpa membuat sebarang tangkapan.
section
57. Keterangan saksi-saksi Pendakwaan dari Cawangan Khas yang lain turut menunjukkan bahawa operasi tersebut ada dalam pengetahuan mereka.
57. Keterangan saksi-saksi Pendakwaan dari Cawangan Khas yang lain turut menunjukkan bahawa operasi tersebut ada dalam pengetahuan mereka.
section
58. Walaupun Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua perlakuan yang menepati intipati bagi kedua-dua pertuduhan sebagaimana dinaratifkan oleh...
58. Walaupun Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua perlakuan yang menepati intipati bagi kedua-dua pertuduhan sebagaimana dinaratifkan oleh pihak Pendakwaan telah dibuktikan, namun begitu, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa terdapat keterangan yang membuktikan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kesemua perancangan dan aktiviti yang berkaitan dengan perlakuan penyeludupan migran-migran tersebut adalah berpunca daripada operasi yang dikendalikan oleh Cawangan Khas, IPK Kedah. Ini jelas boleh dilihat daripada keterangan saksi-saksi daripada Cawangan Khas IPK Kedah dan Cawangan Khas, Bukit Aman yang telah memberikan keterangan.
section
59. Keterangan SP18 terutamanya mengesahkan beliau selaku Pegawai Turus E6 yang menyelia OKT Faizal, mempunyai pengetahuan tentang operasi...
59. Keterangan SP18 terutamanya mengesahkan beliau selaku Pegawai Turus E6 yang menyelia OKT Faizal, mempunyai pengetahuan tentang operasi penyeludupan migran yang terbabit. Pada pendapat Mahkamah ini, fakta bahawa kegiatan penyeludupan migran yang terbabit dalam kes ini adalah di dalam pengetahuan pihak Cawangan Khas Bukit Aman dan dijalankan oleh Cawangan Khas IPK Kedah, dan fakta bahawa kegagalan memperoleh tandatangan KCK Kedah yang baru pada Perintah Gerakan sejurus sebelum kejadian berlaku merupakan suatu ketidakpatuhan kepada tatacara kerja yang telah ditetapkan. Kegagalan tersebut tidak menjadikan suatu tindakan yang diambil oleh OKT Faizal terutamanya, sebagai suatu kesalahan jenayah, lebih-lebih lagi berdasarkan prinsip undang-undang jenayah yang diamalkan di negara ini iaitu prinsip actus non facit reum nisi men sit rea (the act does not make a person guilty unless the mind is also guilty) adalah terpakai. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
60. Dalam kes Mohd Isa bin Mohd Nor v Public Prosecutor [2013] 5 MLJ 227, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[61] Ther...
60. Dalam kes Mohd Isa bin Mohd Nor v Public Prosecutor [2013] 5 MLJ 227, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[61] There is a Latin phrase that merits reproduction. It is worded in this way, ‘actus non facit reum nisi mens sit rea’, which means, ‘an act does not make a man guilty of a crime, unless his mind be also guilty’. To pin criminal liability, both the actus reus and the mens rea must be present. This brings to the forefront the principle of concurrence. A classic case in point would be the case of Meli v R [1954] 1 WLR 228, a decision of the Privy Council. In that case, the appellants took their victim to a hut, got him drunk and then attacked him, intending to kill him. The appellants believed that they had killed him when he was, in fact, only rendered unconscious. They disposed of the victim’s ‘corpse’ by rolling it down a cliff. But medical evidence showed that the cause of death was exposure and not the initial attack at the hut.”.
section
61. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun memang terdapat perlakuan penyeludupan migran sebagaimana di dalam pertuduhan, namun begitu...
61. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, walaupun memang terdapat perlakuan penyeludupan migran sebagaimana di dalam pertuduhan, namun begitu, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada juga, jelas ia merupakan suatu operasi sah yang berterusan yang dijalankan oleh Cawangan Khas IPK Kedah yang melibatkan kelima-lima OKT. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
section
62. Walaupun dihujahkan oleh Pendakwaan bahawa arahan hanyalah untuk menjalankan risikan, adalah dapatan Mahkamah ini juga bahawa dalam pro...
62. Walaupun dihujahkan oleh Pendakwaan bahawa arahan hanyalah untuk menjalankan risikan, adalah dapatan Mahkamah ini juga bahawa dalam proses risikan, perjalanan aktiviti yang dijadualkan oleh sindiket perlu diteruskan sebagaimana dirancang kerana ia akan memberikan peluang kepada anggota yang menjalankan risikan untuk mendapatkan kepercayaan dan maklumat daripada sindiket terbabit. Tambahan pula fakta bahawa terdapatnya gambar-gambar dan atau video yang dirakam di dalam iPad (eksibit P92) yang menunjukkan keadaan mother boat menyokong fakta bahawa kegiatan risikan memang benar-benar dilakukan oleh OKT Razin terutamanya, kerana sekiranya OKT-OKT bertujuan untuk melakukan aktiviti jenayah iaitu penyeludupan migran, adalah tidak munasabah untuk OKT-OKT menyimpan atau mengambil bukti yang akan menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti penyeludupan migran tersebut. KESIMPULAN
section
63. Sehubungan itu, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktik...
63. Sehubungan itu, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan ke atas OKT Razin dan OKT Faizal bagi kes KA-46SOM-3- 12/2022, dan juga telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan ke atas OKT Anas, OKT Aslam dan OKT Ibrahim bagi kes KA-46SOM-4-12/2022. Dengan itu, kesemua **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka tanpa perlu dipanggil membela diri. Bertarikh 4 Jun 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya : Iznina Hanim binti Hashim Najwa binti Bistamam Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Putrajaya Peguam bagi pihak OKT1 : Ravishankar a/l S N Gandhi (Razin) Muhammad Nizam Adzha bin Zaidi Tetuan R. Shankar Gandhi & Associates **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bagi pihak OKT2 (Faizal) : Nur A’minahtul Mardiah binti Md. Nor Nur Izzati Hafieza binti Ismail Chambers of Aminahtul Mardiah Bagi pihak OKT3 (Anas), : Jamil bin Mohamed Shafie OKT4 (Aslam) dan Nur Afifa binti Mohd Zamri OKT5 (Ibrahim) Tetuan Jamil Mohamed Shafie & Associates **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.