Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: B-05(M)-430-09/2023
B-05(M)-430-09/2023
Court of Appeal of Malaysia14 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kakak saya di Bukit Angkat.” [28] Mahkamah Agung pada ketika itu di dalam kes Krishnan v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 292 telah menyatakan: “A second hurdle, in our view would be section 27 of the Evidence Act, which for ease of reference…. As was said in Tan Hung Seng v Rex [1951] MLJ 181 it allows so much of the in”
“ument via eFILING portal 22 As Matthew CJ said in Abdullah bin Saad v Public Prosecutor [1956] MLJ 92 at pp 92 –93: Presumably, the statutory presumption was illustration (a) of section 114 of the Evidence Ordinance, which reads: The Court may presume —”
“Krishnan v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 292 telah menyatakan: “A second hurdle, in our view would be section 27 of the Evidence Act, which for ease of reference…. As was said in Tan Hung Seng v Rex [1951] MLJ 181 it allows so much of the information as distinctly relates to the facts discovered to be admissible in ev”
“t pertaining to his analysis of drugs cannot be tendered as substantive evidence of its contents but only as corroboration of his oral evidence in court under s 157 of the Act (see Saw Thean Teik v R [1953] MLJ 124; Muhammed bin Hassan v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 273). The purpose of corroboration is not to give v”
“has been connected with the theft. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 As Matthew CJ said in Abdullah bin Saad v Public Prosecutor [1956] MLJ 92 at pp 92 –93: Presumably, the statutory presumption was illustration (a) of section 114 of the Evidence Ordina”
“t evidence). [8] Prinsip penerimaan keterangan bersandarkan keadaan telah dijelaskan di dalam kes-kes duluan seperti Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195; Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296; Chang Kim Siong v. PP [1967] 1 LNS 18; [1968] 1 MLJ 36; Chan Chwen Kong v. PP [1962] 1 LNS 22; [1962] MLJ”
“eperti Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195; Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296; Chang Kim Siong v. PP [1967] 1 LNS 18; [1968] 1 MLJ 36; Chan Chwen Kong v. PP [1962] 1 LNS 22; [1962] MLJ 307; PP v. Magendran Mohan [2005] 3 CLJ 592 dan Jayaraman Velayuthan & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 130. [9] Ber”
“edible (see DPP v Hester [1972] 3 All ER 1056). Its role is to confirm other evidence in the sense that it renders that other evidence more probable (see Doney v R (1990) 171 CLR 207; DPP v Kilbourne [1973] AC 729). It cannot therefore amount to that other evidence itself. Thus the record of an information will only en”
“the purview of Section 27 or not as held by this Court in **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 Prakash Chand v. State (Delhi Admn.) [1979] AIR 400. Even if we should (sic) that the disclosure statement made by the accused appellants (Exts. P-15 and P-16) i”
“atas sofa di halaman rumah itu. Hanya orang yang berada di rumah tersebut sahaja mengetahui Mangsa berada di rumah ketika itu. [32] Dalam kes Kagatree a/p Pechi v. Public Prosecutor & Another appeal [2023] MLJU 275, rujukan telah dibuat kepada Sarkar Law of Evidence: “[56] Sarkar Law of Evidence, 18th Edition, Volume 1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: B-05(M)-430-09/2023
1
1.ANGELA DEWI A/P GANAI SANNACY
2
2.VIJAYA A/L GANAI SANNACY (NO. KP: 780509-08-6485) …PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Selangor Darul Ehsan
1
Lawan Angela Dewi a/p Ganai Sannacy (No. KP:750816-08-6154)
2
Vijaya a/l Ganai Sannacy (No. KP: 780509-08-6485)] KORUM DATO’ CHE MOHD RUZIMA BIN GHAZALI, HMR DATO’ AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR DATUK NOORIN BINTI BADARUDDIN, HMR PENGHAKIMAN [1] Angela Dewi a/p Ganai Sannacy (“Perayu Pertama”) dan Vijaya a/l Ganai Sannacy (“Perayu Kedua”) (secara bersama dirujuk sebagai “Perayu-Perayu”) telah disabitkan dan dijatuhkan dengan hukuman gantung sampai mati untuk satu kesalahan membunuh di bawah s. Kanun Keseksaan (“KK”) dibaca bersama s. 34 KK oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21.9.2023. Ini adalah rayuan Perayu-Perayu terhadap sabitan dan hukuman. Pertuduhan [2] Pertuduhan terhadap kedua-dua Perayu ialah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 1.10.2020 di antara jam 12.00 tengahari hingga jam 1.00 petang bertempat di rumah beralamat No. 10, Lorong Jati 1, Rumah Murah PKNS Blok A, Kg Baru Sungai Chua, 43000 Kajang, dalam Daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai niat bersama kamu telah melakukan bunuh ke atas Devarajoo a/l Rengasamy (No. KP: 610817-08-5415) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Kes Pendakwaan [3] Enam belas (16) orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan dan fakta kes pendakwaan telah dirumuskan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi (“HMT”) di dalam penghakimannya seperti berikut: “(a) Pada 1.10.2020 jam lebih kurang 12 tengahari, Janaky a/p Supurmany (SP11) yang merupakan isteri kedua yang dikahwini secara adat oleh Devarajoo a/l Rengasamy (“Mangsa”), telah keluar dari rumah di No. 10, Lorong Jati 1, Rumah Murah PKNS Blok A, Kg Baru Sungai Chua, Kajang (“Rumah tempat kejadian”) untuk menghantar 2 orang cucu Mangsa ke sekolah iaitu Sangitha a/p Devarajoo (SP12) dan seorang lagi bernama Mohanas Sree (Moganeswari), dengan menaiki motorsikal;
b
Sebelum bergerak ke sekolah, SP11 dan SP12 telah melihat Tertuduh 1 (yang memakai night dress) dan Tertuduh 2 (yang memakai t-shirt dan seluar pendek) sedang berbual di kawasan garaj depan rumah;
c
Lebih kurang baru 5 minit meninggalkan Rumah tempat kejadian tersebut, SP11 telah berpatah balik kerana secara tiba-tiba dimaklumkan bahawa Mohanas Sree (Moganeswari) berasa tidak sihat. Setelah sampai di rumah, SP12 telah mendekati mangsa yang masih di atas sofa di kawasan beranda rumah itu dan melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah. SP12 menjerit dan SP11 turut datang serta melihat mangsa yang berlumuran darah itu;
d
Mohd Nasharuddin bin Mahat (SP3) yang merupakan seorang jiran, telah datang ke rumah Mangsa apabila mendengar kekecohan dan jeritan. SP3 telah membuat panggilan kecemasan untuk memanggil ambulan;
e
Dalam keadaan kelam kabut itu, SP11 dan SP12 boleh melihat Tertuduh 1 berdiri berdekatan dengan kereta di porch/garaj dan telah bertukar pakaian kepada tshirt dan seluar. Manakala Tertuduh 2 tidak kelihatan di rumah itu;
f
Setelah ambulan sampai, Mangsa telah di bawa ke Hospital Kajang. Manakala Tertuduh 1 telah membuat satu laporan polis iaitu Kajang Report No. 29818/20 bertarikh 1.10.2020 [ekshibit P24] iaitu pada petang hari yang sama menyatakan ia adalah kejadian samun kerana rantai leher emas yang dipakai oleh Mangsa telah tiada. Siasatan awal kejadian tersebut di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan diambil oleh Insp. Mohamad Faeez bin Norzah (SP10);
g
Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 10.10.2020. Siasatan pihak polis telah diklasifikasikan semula kepada seksyen 302 Kanun Keseksaan dan diambil alih siasatan oleh ASP S. Vekram a/l S.
h
SP15 telah membuat siasatan lanjut dan telah melawat ke tempat kejadian. Hasil siasatan lanjut tersebut, SP15 telah mengarahkan penangkapan ke atas Tertuduh 1. Tangkapan ke atas Tertuduh 1 telah dijalankan oleh Insp. Mohd Hazrani bin Hashim (SP14) dan beliau telah membuat laporan polis penangkapan tersebut seperti mana dalam Kajang Report No. 30880/20 [ekshibit P28] bertarikh 10.10.2020;
i
SP14 juga telah membuat tangkapan ke atas Tertuduh 2 pada 17.10.2020 seperti mana dalam laporan polis Kajang Report No. 31682/20 [ekshibit P29];
j
Hasil siasatan lanjut ke atas Tertuduh 2, Tertuduh 2 telah memandu arah SP14 dan pasukan polis ke sebuah stor di Bukit Angkat, Kajang dan telah membawa kepada penemuan 1 penukul besi [ekshibit P15(1)(A)] di kawasan stor dan seutas rantai leher emas [ekshibit P15(2)(B)] yang diletakkan dalam sarung tangan getah hitam [ekshibit P15(4)(A1)] di pangkal pokok pisang berhampiran dengan kawasan stor tersebut, seperti mana dilaporkan oleh SP14 dalam Kajang Report No.31683/20 [ekshibit P32–dengan mengambil kirabeberapa frasa ayat yang diputuskan supaya dipotong/expunged];
k
Dr. Khairul Anuar bin Zainun, Pakar Patologi Forensik (SP8) yang telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat Mangsa menjelaskan tentang punca kematian Mangsa (cause of death) iaitu akibat komplikasi pendarahan selaput otak, kesan dari trauma tumpul setempat yang dialami oleh Mangsa pada bahagian kepala (blunt-force trauma to the head). Rujuk laporan bedah siasat bertarikh 15.10.2020 [ekshibit P18].” [4] Sebanyak 41 alasan telah diberikan oleh Perayu-Perayu dalam petisyen rayuan mereka dan alasan-alasan tersebut boleh dirumuskan sepertimana berikut:
1
Ketiadaan keterangan yang dapat menunjukkan niat Perayu-Perayu untuk menyebabkan kematian mangsa;
2
Punca kematian Mangsa yang diragukan; dan
3
Kegagalan HMT dalam menilai pembelaan Perayu-Perayu. Alasan Pertama: Ketiadaan keterangan yang dapat menunjukkan niat Perayu-Perayu untuk menyebabkan kematian Mangsa [5] Perayu-Perayu menghujahkan bahawa rantaian keterangan kes pendakwaan adalah lemah untuk mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh. Menurut Perayu-Perayu, walaupun pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan bersandarkan keadaan, terdapat banyak rantaian keterangan yang telah terputus yang seharusnya membawa kepada penemuan yang menunjukkkan bahawa mereka tidak bersalah. [6] Pertamanya, adalah dihujahkan bahawa sekiranya benar Perayu-Perayu yang telah menyebabkan kecederaan kepada badan Mangsa, akan terdapat kesan DNA Perayu-Perayu pada pakaian atau senjata yang dikatakan digunakan oleh Perayu-Perayu. Namun demikian di dalam kes ini, tiada kesan-kesan DNA yang dijumpai pada eksibit-eksibit yang dihantar untuk ujian DNA yang dapat mengaitkan Perayu-Perayu dengan kejadian ini. [7] Undang-undang berkaitan dengan sabitan salah yang semata-mata dibuat berasaskan keterangan bersandarkan keadaan adalah mantap. Hakikatnya, banyak kes-kes jenayah terutamanya kes yang melibatkan bunuh, sukar untuk pihak penyiasatan mendapatkan keterangan langsung (direct evidence). [8] Prinsip penerimaan keterangan bersandarkan keadaan telah dijelaskan di dalam kes-kes duluan seperti Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195; Idris v. PP [1960] 1 LNS 40; [1960] MLJ 296; Chang Kim Siong v. PP [1967] 1 LNS 18; [1968] 1 MLJ 36; Chan Chwen Kong v. PP [1962] 1 LNS 22; [1962] MLJ 307; PP v. Magendran Mohan [2005] 3 CLJ 592 dan Jayaraman Velayuthan & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 130. [9] Berkaitan dengan isu yang sama, Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Shahrael Amer Suhaimi [2014] 7 CLJ 380 telah memutuskan seperti yang berikut: "[16] It is well settled to find culpability based on circumstantial evidence, the evidence must be sufficiently strong to convict. When it relates to a charge of murder courts have convicted notwithstanding there was (i) no eye witness even after the crime was committed; (ii) no body of the deceased was found; (iii) no murder weapon was found; and (iv) no nexus to the murder was established save as to irresistible inference based on documentary evidence per se. (See Sunny Ang v. Poblic Prosecutor [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195.” [Penekanan diberikan] [10] Mahkamah ini di dalam kes Lingeswaran Ramoo v Pendakwa Raya [2017] 1 LNS 873 telah juga menyimpulkan prinsip undang-undang mengenai penerimaan keterangan bersandarkan keadaan seperti berikut: “[31] Apa yang dapat kami simpulkan daripada prinsip-prinsip yang telah diputuskan dalam kes-kes di atas ialah bahawa dalam situasi seseorang hakim bicara dihadapkan dengan satu keadaan di mana kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan mengikut keadaan, hakim bicara itu hendaklah memberi tumpuan kepada kesan kumulatif cebisan-cebisan keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan memutuskan sama ada ia adalah mencukupi untuk mencapai satu-satunya keputusan yang boleh dibuat iaitu bahawa tertuduh adalah orang yang telah melakukan jenayah pembunuhan yang dipertuduhkan. Sekiranya terdapat penjelasan yang munasabah mengenai keterangan itu, maka sabitan adalah tidak selamat. Penilaian hendaklah dibuat dengan melihat keseluruhan keterangan mengikut keadaan yang telah dikemukakan sebelum kesimpulan mengenainya dibuat.” [Penekanan diberikan]. [11] Berdasarkan prinsip yang diputuskan di atas, adalah jelas bahawa sekiranya keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berasaskan keterangan bersandarkan keadaan, maka Mahkamah perlu melihat keterangan-keterangan tersebut secara keseluruhan (in totality) dan bukannya secara berasingan (in isolation). Sekiranya terdapat hanya satu kesimpulan yang tidak boleh ditolak (irresistible conclusion), iaitu Perayu-Perayu yang melakukan perbuatan bunuh itu, maka sabitan berasaskan keterangan bersandarkan keadaan tersebut adalah selamat. [12] Setelah menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini mendapati sekalipun tidak terdapat keterangan DNA yang dapat mengaitkan Perayu-Perayu dalam kes ini, tidak terdapat kekhilafan dalam penilaian keterangan yang telah dibuat oleh HMT. Mahkamah ini mendapati penilaian yang telah dibuat oleh HMT telah dibuat secara keseluruhan mengikut keadaan dan keterangan yang telah dikemukakan. [13] Keterangan DNA hanyalah merupakan keterangan sokongan sekiranya ada. Mahkamah ini mendapati ketiadaan keterangan DNA semata-mata tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas keterangan bersandarkan keadaan yang ‘overwhelming’ yang telah dikemukakan di dalam kes ini. [14] Mahkamah ini merujuk kepada dapatan dan penemuan yang telah dibuat oleh HMT dan bersetuju bahawa berasaskan keterangan bersandarkan keadaan yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan, tidak ada inferens lain yang boleh dibuat melainkan Perayu-Perayulah yang telah melakukan kecederaan ke atas Mangsa yang telah mengakibatkan kematian Mangsa. Dapatan fakta HMT adalah seperti berikut: “[19] Mangsa dalam kes ini adalah seorang lelaki india yang mempunyai masalah penglihatan/buta yang sudah lama dialaminya akibat daripada kemalangan. Pada hari-hari biasa, terdapat 9 orang lain lagi (selain Mangsa) yang tinggal bersama-sama Mangsa di Rumah tempat kejadian tersebut yang terdiri daripada 3 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak, seperti berikut:
a
Tertuduh 1 (isteri mangsa pertama);
b
Tertuduh 2 (adik lelaki Tertuduh 1);
c
Janaky a/p Supurmany (SP11/ isteri kedua Mangsa;
d
Navaneethan a/l Devarajoo (SP13/ anak dengan Tertuduh 1);
e
Sangitha a/p Devarajoo (SP12/ cucu yang dijadikan anak angkat);
f
Kishok Kumar a/l Devarajoo (anak dengan Tertuduh 1;
g
Vaishnavi a/l Devarajoo (cucu/ anak angkat};
h
Varunavi a/l Devarajoo (cucu/ anak angkat); dan
i
Mohana Sree a/p Devarajoo (cucu/ anak angkat). [20] Walaupun mempunyai masalah penglihatan/buta, Mangsa masih bekerja dengan bergantung kepada pemandu peribadinya iaitu Muniandy a/l Sivalingam (SP16) untuk membawa beliau ke mana-mana atas urusan kerja. Pada hari kejadian iaitu pada 1.10.2020, SP16 tidak hadir bekerja kerana telah meminta cuti selama 3 hari dan pada hari kejadian tersebut beliau hanya duduk dirumah sahaja dan hanya datang ke rumah Mangsa setelah menerima panggilan telefon memaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas Mangsa. [21]
Preamble
Menurut keterangan SP11 dan SP12, pada hari kejadian tersebut sebelum bergerak menuju ke sekolah, mereka telah nampak Mangsa yang sedang duduk di atas sofa di bahagian beranda Rumah tempat kejadian tersebut dengan memakai seluar pendek tanpa baju dan memakai rantai emas di leher yang telah biasa dan telah lama dipakai oleh Mangsa. Malahan SP12 dan Mohana Sree telah menghampiri dan memeluk serta mecium Mangsa untuk memaklumkan mereka akan ke sekolah. Sebelum bergerak ke sekolah, SP11 dan SP12 turut nampak Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 yang sedang berbual di garaj di hadapan rumah seperti mana ditandakan dalam gambar rajah kasar [ekshibit P27]. Pada masa itu, Tertuduh 1 dikatakan memakai gaun baju tidur malam (night dress) dan Tertuduh 2 memakai seluar pendek dan t-shirt. Manakala 4 orang laki kanak-kanak yang tinggal bersama di rumah tersebut tiada di rumah kerana mereka bersekolah sesi pagi. [22] SP11 kemudiannya telah membawa kedua-dua cucu/anak angkat Mangsa isitu SP12 dan Mohana Sree menaiki motorsikal menuju ke sekolah. Walau bagaimanapun, lebih kurang 5 minit daripada rumah, Mohana Sree memaklumkan bahawa beliau tidak sihat. Oleh yang demikian, SP11 telah berpatah balik ke rumah. Sampai sahaja di hadapan rumah, SP12 terus menuju ke aras Mangsa yang masih berada atas sofa yang sama. SP12 melihat badan Mangsa yang berlumuran darah termasuk bahagian kepala Mangsa. SP12 telah menjerit dan SP11 terus masuk dan melihat keadaan Mangsa. Pada masa kekecohan itu, SP11 dan SP12 tidak melihat Tertuduh 1 atau Tertuduh 2 di situ. Namun Tertuduh 1 hanya datang kemudian dan berdiri di tepi kereta yang diletakkan berdekatan dengan sofa tempat Mangsa duduk. Pada Ketika itu, SP11 dan SP12 dalam keterangannya memaklumkan bahawa Tertuduh 1 tidak lagi memakai night dress tetapi telah menukar pakaian kepada t-shirt dan seluar pendek. Manakala Tertuduh 2 tidak kelihatan. [23] SP11 kemudiannya telah meminta bantuan daripada jiran untuk menghubungi ambulan. SP3 dalam keterangannya mengesahkan bahawa beliau merupakan jiran yang telah memanggil ambulan. SP11 telah menaiki ambulan tersebut mengiringi Mangsa dalam ambulan tersebut menuju ke hospital. Manakala Tertuduh 1 telah menaiki kereta bersama pemandu Mangsa (SP16) yang telah tiba kemudian di Rumah kejadian tersebut menuju ke hospital. [24] Pada petang hari yang sama kejadian tersebut juga, Tetuduh 1 telah membuat laporan polis [ekshibit P24] menyatakan bahawa Tertuduh 1 telah mendengar jeritan kakaknya dan kemudiannya mendapati Mangsa dalam keadaan cedera di kepala dan rantai emas yang dipakai Mangsa juga turut hilang. [25] Insp. Mohamad Faeez bin Norzah (SP10) merupakan pegawai penyiasat awal bagi kes yang mana pada mulanya diklasifikasi sebagai kes samun di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan. SP10 telah merakam percakapan Tertuduh 1 dan isteri kedua Mangsa (SP11). SP(10) turut merakam percakapan pemandu peribadi Mangsa iaitu Muniandy al/ Sivalingam (SP16) dan juga anak lelaki Mangsa. [26] Selepas Mangsa disahkan meniggal dunia pada 10.10.2019, kes telah diklasifikasikan semula untuk siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan telah dijalankan seterusnya oleh Pegawai Penyiasat, ASP S. Vekram a/l S. Sinnaiah (SP15). Dalam menjalankan siasatan, SP15 telah mendapati sofa tempat kejadian di mana Mangsa duduk kali terakhir sebelum kematiannya, telah tiada atau dibuang oleh keluarga Mangsa. SP15 juga telah masuk ke dalam stor menyimpan barangan katering yang mana menurut Tertuduh 1 beliau berada dalam stor tersebut pada tengahari kejadian untuk mengemas barangan katering. Hasil siasatan dan pemerhatian SP15 mendapati stor tersebut hanyalah merupakan sebuah bilik kecil yang diletakkan barangan katering. Namun menurut SP15 keadaan dalam stor tersebut adalah sangat berhabuk, sempit, panas dan barang-barang dalam keadaan berselerak. Hasil siasatan tidak menunjukkan perbuatan mengemas dan tidak munasabah untuk berada di dalamnya waktu tengahari yang sangat panas. [27] SP15 juga telah mengarahkan mayat Mangsa dihantar untuk tujuan bedah siasat yang telah dijalankan oleh Dr. Khairul bin Zainun (SP8). Dalam bedah siasat yang telah dijalankan keatas mayat Mangsa, SP8 menemui adanya kesan luka mempertahankan diri atau pergelutan iaitu luka di bahagian tangan kiri dan kanan Mangsa. SP8 turut menjelaskan bahawa corak kecederaan yang di alami Mangsa adalah akibat ketukan atau pukulan dengan objek atau senjata tumpul yang menyebabkan kepatahan tulang tempurung kepala, pendarahan selaput otak dan pembengkakan otak yang menyebabkan kematian Mangsa. Menurut SP8 lagi bahawa berdasarkan corak kecederaan tersebut, ia boleh diakibatkan oleh ketukan atau pukulan dengan objek atau senjata tumpul yang mempunyai bahagian berbentuk bulat. [28] Seterusnya Tertuduh 2 pula telah ditangkap oleh Insp. Mohd Hazrani bin Hashim (SP14). Hasil siasatan ke atas Tertuduh 2 pula telah membawa kepada pandu arah Tertuduh 2 ke sebuah stor kitar semula di Bukit Angkat, Sg Chua, Kajang berhadapan kuil Sri Maha Kali Matha Ilham hingga membawa kepada penemuan sebuah penukul besi [ekshibit P15(1A)] yang diletakkan di atas tanah berdekatan stor tersebut dan seterusnya membawa pasukan polis ke rimbunan pokok pisang di mana ditemui satu sarung tangan hitam [ekshibit P15(A1)] yang mengandungi seutas rantai leher emas berbentuk bulat-bulat [ekshibit P15(2B)]. [29] ASP Boby bin Tamat (SP6) merupakan pegawai forensik PDRM yang telah dipanggil ke lokasi tersebut bagi menjalankan ‘swabbing’ dan cap jari ke atas barang-barang kes yang ditemui serta membuat ukuran pada penukul besi berkenaan. SP6 telah menyerahkan semua barang kes yang ditemui kepada SP15 sepeti mana dalam Borang Serah Menyerah Barang-Barang Kes [ekshibit P14]. [30] Keterangan saksi-saksi iaitu SP11, SP12, SP13 dan SP16 telah mengecam rantai emas tersebut yang dikemukakan dalam Mahkamah yang merupakan rantai emas yang dipakai oleh Mangsa semasa hidupnya. Sifat unit rantai emas itu juga membantu dalam proses pengecaman iaitu bentuk rantai leher bulat-bulat kecil. Malahan isu pengecaman rantai leher emas ini juga tidak dibantah atau diragui semasa keterangan saksi-saksi pendakwaan oleh pihak pembelaan. [31] Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan dan walaupun tiada saksi mata yang dapat dikemukakan, namun keterangan-keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang ada cukup kuat dan meyakinkan bahawa Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 merupakan orang yang terakhir (last seen person) bersama Mangsa di Rumah tempat kejadian. Malahan perbezaan masa SP11, SP12 dan Mohana Sree mula meninggalkan rumah untuk ke sekolah dan berpatah balik ke rumah hanyalah lebih kurang 10 minit dan kedudukan Mangsa yang masih kekal di atas sofa di halaman rumah itu. Hanya orang yang berada di rumah tersebut sahaja mengetahui Mangsa berada di rumah ketika itu. [32] Dalam kes Kagatree a/p Pechi v. Public Prosecutor & Another appeal [2023] MLJU 275, rujukan telah dibuat kepada Sarkar Law of Evidence: “[56] Sarkar Law of Evidence, 18th Edition, Volume 1 page 140, states this: ‘The last seen theory comes into play where the time-gap between the point of time when the accused and the deceased were last seen alive and when the deceased is found dead is so small that possibility of any person other than accused being the author of the crimes becomes impossible.’….” [33] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan SP11 dan SP12 mengatakan bahawa semasa mereka hendak bergerak ke sekolah, Tertuduh 1 dan tertuduh 2 dilihat berada di garaj di hadapan Rumah tempat kejadian tersebut. Malahan Tertuduh 1 dilihat sedang memakai night dress. Apabila SP11 dan SP12 sampai semula ke rumah setelah berpatah balik kerana Mohana Sree yang tidak sihat, Mangsa masih pada kedudukan di atas sofa dan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 sudah tidak kelihatan di hadapan rumah. Jarak masa lebih kurang 10 minit daripada mula SP11 dan SP12 meninggalkan rumah hingga balik semula ke rumah adalah suatu masa yang singkat. Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 merupakan orang yang terakhir berada di rumah dan tiada orang lain lagi yang berada di rumah ketika itu. [34] Tertuduh 1 hanya muncul kemudiaan dengan memakai seluar dan t-shirt. Pembelaan cuba menyatakan pembelaan Tertuduh 1 di peringkat kes pendakwaan lagi bahawa Tertuduh 1 berada di stor barangan katering di hadapan rumah dan cuba menyatakan bahawa Mangsa telah disamun disebabkan rantai leher emas yang dipakai Mangsa telah tiada. Namun siasatan SP15 mendapati keadaan dalam stor barangan katering di garaj hadapan rumah adalah sangat berhabuk, sempit, panas dan barang-barang dalam keadaan berselerak yang tidak mungkin Tertuduh 1 berada dalam stor tersebut pada waktu tengahari untuk mengemas barang-barang katering. Versi pembelaan untuk mengatakan Mangsa telah disamun berdasarkan kehilangan rantai leher emas Mangsa sedangkan cincin yang dipakai oleh Mangsa masih ada adalah juga tidak meyakinkan Mahkamah ini. [35] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian secara keseluruhan keterangan-keterangan ikut keadaan dan ‘last seen person theory’, Mahkamah ini berpuas hati dan membuat dapatan yang meyakinkan bahawa perbuatan Tertuduh-Tertuduh tersebut yang telah menyebabkan kecederaan atau bencana tubuh ke atas Mangsa hingga mengakibatkan kematian Mangsa.” [15] Perayu-Perayu seterusnya menghujahkan bahawa HMT telah terkhilaf dalam dapatannya bahawa Perayu-Perayulah yang telah menyebabkan kecederaan atau bencana tubuh ke atas Mangsa hingga mengakibatkan kematian Mangsa berdasarkan teori ‘last seen together’.
Preamble
Menurut Perayu-Perayu, memandangkan mereka sememangnya tinggal bersama Mangsa, maka teori ‘last seen together’ tersebut tidak wajar dijadikan sandaran untuk mensabitkan mereka dalam kejadian ini. [16] Nilai keterangan ‘last seen together’ antara lain adalah untuk menunjukkan peluang atau ‘opportunity’ seorang tertuduh untuk melakukan jenayah terhadap Mangsa. Keterangan tersebut ialah merupakan keterangan sokongan yang menyokong keterangan-keterangan lain. Sekali lagi keterangan ‘last seen together’ ini tidak boleh dinilai secara berasingan. Teori ‘last seen together’ ini terpakai terutamanya bila jarak masa antara keberadaan seorang tertuduh bersama mangsa semasa mangsa dilihat masih hidup dengan kejadian adalah singkat dan kebarangkalian orang lain untuk melakukan jenayah ke atas mangsa adalah terlalu kecil atau ‘remote’. [17] Mahkamah Rayuan di dalam kes Kagatree a/p Pechi v Public Prosecutor and another appeal [2023] MLJU 275 telah menerangkan dengan jelasnya teori ‘last seen together’ sepertimana berikut: ….. “[54] Next, counsel for the 1st appellant contended that the doctrine of ‘last seen together’ is not applicable against the 1st appellant as she was present at the place of the incident upon the request of the victim to clean house no.19. Thus, the 1st appellant was expected to be with the victim and conclusion cannot be made that she was the one who involved in the murder of the victim. [55] On this issue, the evidential value of ‘last seen together’ is inter alia to show that there was an opportunity for the person last seen with the victim to commit the offence against the victim. It is corroborative in nature which corroborates the other evidence presented by the prosecution. Consequently, the last person with the accused has to explain his presence with the victim at the material time. This theory or doctrine of last seen together is applicable especially when the time gap between the accused and the victim were last seen alive was very short which could exclude another person from committing the offence against the victim. [56] Sarkar Law of Evidence, 18th Edition, Volume 1 page 140, states this: “The last seen theory comes into play where the time-gap between the point of time when the accused and the deceased were last seen alive and when the deceased is found dead is so small that possibility of any person other than the accused being the author of the crime becomes impossible. It would be difficult in some cases to positively establish that the deceased was last seen with the accused when there is a long gap and the possibility of other persons coming in between exist. In absence of any other positive evidence to conclude that the accused and the deceased were last seen together, it would be hazardous to come to a conclusion of guilt in those cases. The circumstance of last seen together does not by itself and necessarily lead to the inference that the accused who committed the offence….” (emphasis added) [57] In a recent case of Salem Anak Brayon v Public Prosecutor [2022] 1 LNS 2917, this court had the opportunity to deal with the same issue and explained as follows: “[53] Our attention was drawn to the Indian Supreme Court decision of Ashok v. State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 where the Supreme Court of India held that: “The “last seen together” theory has been elucidated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra [2006] 10 SCC 106, in the following words: “Where an accused is alleged to have committed the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer an explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him.” [54] Under the circumstances of this case where, in our view, the ‘last seen together’ theory applies, the burden shifted to the Appellant to proffer a strong and cogent explanation and rebut the presumption that his act or series of acts led to the Deceased’s death and the inference that he committed the acts. The absence of such an explanation would be detrimental to his defence. (See Nika Ram v. State of H.P. [1972] 2 SCC 80 Kanhaiya Lal v. State of Rajasthan [2014] 4 SCC 715).” (emphasis added) [58] Reverting to the present case, the evidence of ‘last seen together’ is not the only evidence presented by the prosecution. There is ample other evidence produced before the court as alluded to earlier, to show the 1st appellant’s common intention with the 2nd appellant’s in the offence of murder against the victim. This is reflected in the trial judge’s grounds of judgment which inter alia states: “[63] To conclude, it was evident that the first accused, Kagatree had committed the crime by participating in it based on the evidence from the CCTV recording, she was the last person markedly seen to be with the deceased. Furthermore, the loot was found in her presence and she was the one who gave directions to where the other stolen items were thrown away…” [59] Further, the time gap between the appellants’ last seen with the victim alive is only a short while before PW10 found the victim motionless in house no. 19. we find the trial judge was not wrong in applying the doctrine of ‘last seen together’ against the appellants.” [Penekanan diberikan] [18] HMT dalam dapatannya telah menilai pembelaan Perayu-Perayu mengenai isu ‘last seen together’ dalam kes ini seperti berikut: “[33] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, keterangan SP11 dan SP12 mengatakan bahawa semasa mereka hendak bergerak ke sekolah, Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 dilihat berada di garaj di hadapan Rumah tempat kejadian tersebut. Malahan Tertuduh 1 dilihat sedang memakai night dress. Apabila SP11 dan SP12 sampai semula ke rumah setelah berpatah balik kerana Mohana Sree yang tidak sihat, Mangsa masih pada kedudukan di atas sofa dan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 sudah tidak lagi kelihatan di hadapan rumah. Jarak masa lebih kurang 10 minit daripada mula-mula SP11 dan SP12 meninggalkan rumah hingga balik semula ke rumah adalah suatu masa yang singkat. Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 merupakan orang yang terakhir berada di rumah dan tiada orang lain yang berada di rumah ketika itu. [34] Tertuduh 1 hanya muncul kemudian dengan memakai seluar dan tshirt. Pembelaan cuba menyatakan pembelaan Tertuduh 1 berada di dalam stor barangan catering di hadapan rumah dan cuba menyatakan bahawa Mangsa telah disamun disebabkan rantai leher emas yang dipakai Mangsa telah tiada. Namun siasatan SP15 mendapati keadaan dalam stor barangan catering di garaj hadapan rumah adalah sangat berhabuk, sempit, panas dan barang-barang dalam keadaan berselerak yang tidak mungkin Tertuduh 1 berada dalam stor tersebut pada waktu tengahari untuk mengemas barang-barang catering. Versi pembelaan untuk mengatakan Mangsa telah disamun berdasarkan kehilangan rantai leher emas Mangsa sedangkan cincin yang dipakai oleh Mangsa masih ada adalah juga tidak menyakinkan Mahkamah ini.” [19] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMT. Apabila dinilai dengan keseluruhan keterangan yang lain yang akan dibincangkan seterusnya, adalah tidak dapat dinafikan bahawa Perayu-Perayu telah melakukan kecederaan ke atas Mangsa yang telah mengakibatkan kematian Mangsa. [20] Di dalam kes ini, terdapat keterangan-keterangan yang menzahirkan motif khususnya di pihak Perayu Pertama untuk membunuh Mangsa. Menurut saksi-saksi SP13 dan SP16, Perayu Pertama telah beberapa kali membuat percubaan melalui mereka untuk memasukkan ubat atau racun ke dalam makanan Mangsa. Malahan Perayu Pertama pernah meminta SP16 mencari pembunuh upahan dengan bayaran upah RM20 ribu untuk membunuh Mangsa. Walaupun pembelaan Perayu Pertama menyatakan serbuk yang dikatakan racun oleh SP13 dan SP16 sebenarnya adalah serbuk yang digunakan untuk upacara sembahyang, namun Mahkamah ini mendapati keterangan-keterangan SP13 dan SP16 apabila dinilai secara kumulatif, menzahirkan bahawa terdapat ketidakpuasan hati di pihak Perayu Pertama terhadap Mangsa sejak Mangsa membawa SP11 sebagai isteri keduanya tinggal bersama mereka. [21] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa motif bukanlah merupakan intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Walaubagaimanapun, motif adalah relevan dan merupakan keterangan sokongan kepada keterangan bersandarkan keadaan dalam kes ini. Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Naki Bin Mohd Yusuf v PP [2013] 5 MLJ 812 melalui penghakiman Syed Ahmad Helmy HMR telah menerangkan seperti yang berikut: “[21] On the issue of motive, though it is not an element of a murder charge nevertheless it is a relevant fact to be taken into consideration. The challenge by the appellant is that the estranged wife SP18 who was having a love affair with the deceased had the requisite motive to fix up the appellant with the murder of the deceased. The motive is further amplified by the threats of SP18 on several occasion to send the appellant to prison. Hence it is totally unsafe to convict the appellant without giving adequat consideration to the motive of SP18 which would have a negative bearing on the element of intention on the part of the appellant in causing the death of the deceased. [22] The learned trial judge addressed his mind to the motive factor. At p 232 of the appeal record he found that the marital relationship between the appellant and SP18 had broken down occasioned by frequent quarrels. Jealousy would invariably envelope the appellant upon seeing the deceased establishing a close relationship with SP18, the level of jealously being dependent on the individual capacity to cope. In the circumstances we are of the view that though the trial judge did not direct his mind to the motive of SP18 vis-a-vis the appellant nevertheless the failure as such does not absolve the appellant from his culpability. This is because there is overwhelming circumstantial evidence to attach culpability on the appellant for the murder of the deceased.” [Penekanan diberikan] [22] Berpandukan keputusan kes di atas, Mahkamah ini mendapati tidak ada kekhilafan di pihak HMT yang mengarahkan mindanya kepada kewujudan motif di pihak Perayu Pertama semasa melakukan jenayah yang dipertuduhkan terhadapnya bersama adiknya, Perayu Kedua. Berasaskan keterangan bersandarkan keadaan, kami mendapati bahawa HMT tidak terkhilaf dalam membuat inferens bahawa Perayu-Perayu telah dengan niat hendak menyebabkan kecederaan tubuh Mangsa, dan kecederaan tubuh yang dimaksudkan hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya menyebabkan kematian, berdasarkan kepada alasan-alasan berikut:
a
SP11, SP12, SP13 dan SP16 mengesahkan bahawa Perayu Pertama selalu bergaduh dengan Mangsa dan sudah lama tidak bercakap. Mereka hanya bercakap apabila pergaduhan berlaku. Apabila ditanya punca pergaduhan semuanya mengatakan ia akibat duit yang dipinjam oleh Mangsa daripada Perayu Pertama yang belum dibayar. Malahan SP13 juga mengatakan bahawa Perayu Pertama marah apabila Mangsa membawa masuk SP11 (isteri kedua mangsa) tinggal bersama-sama.
b
Keterangan SP13 (iaitu anak kandung lelaki Perayu Pertama dan Mangsa) menzahirkan Perayu Pertama pernah menceritakan masalah Mangsa dengan Perayu Pertama. Perayu Pertama juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Mangsa dan meminta SP13 memasukkan serbuk ke dalam makanan Mangsa. Namun SP13 enggan berbuat demikian dan sekadar mengiyakan sahaja arahan Perayu Pertama. Hal ini berlaku sekitar 2 bulan sebelum kejadian Mangsa dibunuh.
c
SP16 yang merupakan pemandu peribadi Mangsa juga memberi keterangan bahawa Mangsa dan Perayu Pertama kerap bergaduh berpunca daripada duit. Malahan SP16 juga pernah disuruh oleh Perayu Pertama untuk memasukkan racun dalam kopi Mangsa tetapi SP16 tidak melakukannya. Sebaliknya SP16 memberitahu SP13 dan SP13 seterusnya mengambil botol berisi racun tersebut dan dibuang ke dalam parit. Menurut SP16 lagi Perayu Pertama pernah bertanya kepada beliau jika mengetahui mana-mana orang yang sanggup untuk membunuh Mangsa dan akan diberikan upah RM20 ribu.
d
Manakala Perayu Kedua pula adalah adik lelaki Perayu Pertama yang telah membawa dan memandu arah pihak polis hingga menemui tukul besi serta rantai leher emas milik Mangsa. [23] Mahkamah ini mendapati pembelaan Perayu Pertama yang menyatakan bahawa mangsa telah dicederakan semasa kejadian rompakan ternyata tidak benar berdasarkan penemuan tukul besi serta rantai leher emas milik mangsa oleh pihak polis hasil daripada tunjuk arah oleh Perayu Kedua. HMT dalam dapatannya menyatakan sepertimana berikut: “[48]….Perihal tangkapan ke atas Tertuduh 2 dan perihal pandu arah tersebut telah dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat oleh SP14 (ekshibit P32 dan ekshibit P33]. Tanpa pandu arah oleh Tertuduh 2 kepada pihak polis, sudah pasti barang-barang yang dirampas tersebut tidak akan ditemui. Melihat kepada kedudukan barang-barang tersebut ditemui di mana rantai leher emas milik Mangsa diletakkan dalam sarung tangan hitam yang diletakkan dalam surat khabar dan plastik serta disorokkan pada pangkal rumpun pokok pisang berdekatan Kawasan stor di Bukit Angkat, Kajang itu pastilah agak mustahil untuk ditemui oleh pihak polis tanpa dipandu arah oleh sesiapa atau Tertuduh 2.” [24] Selain itu, salah satu daripada alasan petisyen rayuan Perayu-Perayu ialah HMT telah terkhilaf dalam mengaplikasikan s. 27 Akta Keterangan 1950. Namun begitu, tidak dihujahkan secara lanjut di manakah atau bagaimanakah kekhilafan tersebut berlaku apabila HMT memutuskan untuk menerima keterangan pandu arah oleh Perayu Kedua bersandarkan pemakaian s. 27 Akta Keterangan 1950 dalam kes ini. [25] S. 27 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: “How much of information received from accused may be proved
27
(1) When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.” [26] Di dalam kes Amathevelli a/p Ramasamy v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 367, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa s.27 Akta Keterangan 1950 terpakai apabila terdapat keterangan lisan yang mengandungi informasi atau maklumat yang diberikan. Mahkamah Persekutuan menyatakan: “In commenting on the manner of giving evidence of information received under s 27, Augustine Paul J (as he then was) said in Public Prosecutor v Hashim bin Hanafi at pp 185–186: Information given under s 27 is not a matter that is required by law to be in writing so as to be governed by ss 91 and 92 of the Act. Therefore the information must be proved by oral evidence pursuant to s 60(b) of the Act. Thus a written record of the information given by the accused will not by itself be substantive evidence of its contents and it is what the witness deposes in court as having been said by the accused that will be evidence (see Bhagirath). Where the information is contained in a police diary it can only be used for the purpose of refreshing memory (see Public Prosecutor v Er Ah Kiat [1966] 1 MLJ 9). Where it is contained in any other document it can, at the highest, serve only as evidence of corroboration. It is on this basis that a report prepared by a chemist pertaining to his analysis of drugs cannot be tendered as substantive evidence of its contents but only as corroboration of his oral evidence in court under s 157 of the Act (see Saw Thean Teik v R [1953] MLJ 124; Muhammed bin Hassan v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 273). The purpose of corroboration is not to give validity or credence to evidence which is deficient or suspect or incredible but only to confirm and support that which as evidence is sufficient and satisfactory and credible (see DPP v Hester [1972] 3 All ER 1056). Its role is to confirm other evidence in the sense that it renders that other evidence more probable (see Doney v R (1990) 171 CLR 207; DPP v Kilbourne [1973] AC 729). It cannot therefore amount to that other evidence itself. Thus the record of an information will only enhance the credibility of the witness and the absence of it cannot render the oral evidence of it inadmissible; nor can it be a substitute for the evidence that it is meant to corroborate.” [Penekanan diberikan] [27] Berdasarkan P32, SP14 telah membuat laporan bahawa Perayu Kedua telah memaklumkan bahawa “tukul dan rantai simpan di stor kakak saya di Bukit Angkat.” [28] Mahkamah Agung pada ketika itu di dalam kes Krishnan v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 292 telah menyatakan: “A second hurdle, in our view would be section 27 of the Evidence Act, which for ease of reference…. As was said in Tan Hung Seng v Rex [1951] MLJ 181 it allows so much of the information as distinctly relates to the facts discovered to be admissible in evidence. Section 27 of the Evidence Act is not intended to let in a confession generally and not one word more of the information which the accused supplied should be given in evidence than is strictly necessary to show how the fact which was discovered is connected with the accused so as in itself to be a relevant fact against him.” [Penekanan diberikan] [29] Mahkamah ini mendapati bahawa maklumat tersebut boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah s. 27 kerana memenuhi syarat-syarat berikut:
a
Keterangan yang ingin diberikan adalah relevan kepada isu di dalam kes ini; dan
b
Fakta yang ditemui (discovered) diperoleh hasil daripada maklumat yang diterima daripada seorang tertuduh yang pada ketika itu sudah ditangkap dan berada dalam tahanan pihak polis;
c
Fakta yang ditemui hanyalah setakat lokasi di mana tukul dan rantai disimpan dan penemuan tukul dan rantai emas milik Mangsa; dan
d
Tanpa maklumat yang diberikan oleh Perayu Kedua, tukul dan rantai Mangsa tidak mungkin diketahui dan ditemui oleh pihak polis. [30] Keterangan penemuan tukul dan rantai Mangsa hasil dari tunjuk arah oleh Perayu Kedua sekalipun tidak boleh diterima masuk menurut s. 27 Akta Keterangan 1950, keterangan tersebut masih boleh diterima masuk menurut s. 8 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan:
8
“Motive, preparation and previous or subsequent conduct
1
Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto.” [31] Di dalam kes Amathevelli a/p Ramasamy (supra) walaupun maklumat yang diberikan oleh tertuduh di dalam kes tersebut telah ditolak oleh Mahkamah atas alasan ketiadaan maklumat lisan yang diberikan oleh tertuduh, namun Mahkamah telah menerima masuk keterangan penemuan barang kemas menurut s.8 Akta Keterangan 1950. Mahkamah Persekutuan menjelaskan: “Evidence of Subsequent Conduct [31] The inadmissibility of the information supplied by the appellant does not affect the admissibility of the evidence of her subsequent conduct under s 8 of the Evidence Act 1950 irrespective of s 27. As Chinnappa Reddy J said in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400 at p 404: The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or weapon which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under s 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously will or antecedent to such conduct falls within the purview of s 27 of the Evidence Act (vide Himachal Pradesh Administration v Om Prakash AIR 1972 SC 975). [32] The evidence of conduct of the appellant in this case are as follows:
a
bringing the police team to her house;
b
using the key attached to the chain that she was wearing to open the cupboard;
c
taking out a folded green blouse from the cupboard; and
d
taking out from the blouse a folded handkerchief containing P40 and P44A–F which belonged to the deceased. [33] SP10 said in his evidence that he had never seen the gold chain before. SP7 said that the gold chain that the deceased was wearing on the fateful morning was missing. He identified P40 and P44A–F as that of the deceased. Thus the appellant was clearly in possession of recently stolen goods. Under s 114(a) of the Evidence Act 1950 it may be presumed that a man who is in possession of stolen goods soon after the theft is either the thief or has received the goods knowing them to be stolen, unless he can account for his possession. This presumption can also be indicative of any other more aggravated crime which has been connected with the theft. As Matthew CJ said in Abdullah bin Saad v Public Prosecutor [1956] MLJ 92 at pp 92 –93: Presumably, the statutory presumption was illustration (a) of section 114 of the Evidence Ordinance, which reads: The Court may presume —
a
that a man who is in possession of stolen goods soon after the theft is either the thief or has received the goods knowing them to be stolen, unless he can account for his possession; Wills on Circumstantial Evidence (7th Ed), p 104 has the following passage: The possession of stolen goods recently after the loss of them, may be indicative not merely of the offence of larceny, or of receiving with guilty knowledge, but of any other more aggravated crime which has been connected with theft. Upon an indictment for arson, proof that property which was in the house at the time it was burnt, was soon afterwards found in the possession of the prisoner, was held to raise a presumption that he was present at, and concerned in, the offence; R v Rockman (1789) 2 East PCp 1035, and see R v Fuller (1816) R & R 308. This particular fact of presumption commonly forms also a material element of evidence in cases of murder; which special application of it has often been emphatically recognised. It is upon the same principle that a sudden and otherwise inexplicable transition from a state of indigence and a consequent change of habits or a profuse or unwanted expenditure inconsistent with the position in life of the party, is sometimes a circumstance extremely unfavourable to the supposition of innocence (R v Burdock) (murder by poison) Bristol Assn Ap 1835, Cor: Sir Charles Wetherell, Recorder. But the rule must be applied with discrimination, for the bare possession of stolen property, though recent, uncorroborated by other evidence, is sometimes fallacious and dangerous as a criterion of guilt. In the present case, the only evidence to connect the appellant with the killing is the possession of two pieces of jewellery, the property of the deceased, and it is not certain that they were on the deceased’s person on the day of his death. In our view, this did not supply sufficient evidence on which to found a conviction for murder, and we accordingly allowed the appeal and directed that the appellant should be discharged. [34] In this case the deceased was wearing the gold chain at the time of her death. This is a material element to connect the appellant to the murder of the deceased. This is further supported by other evidence such as, the acid injury on the appellant’s lips and arm when the deceased also had acid injuries and the presence of the Yamaha motorcycle at the deceased’s shop at about 7.05am on the material date. Thus, the evidence is sufficient to convict the appellant for the murder of the deceased. The inferences drawn from the evidence of conduct of the appellant will remain as she has not explained them pursuant to s 9 of the Evidence Act 1950. As Augustine Paul FCJ said in the judgment of this court in Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19 at p 44: If the explanation is accepted by the court then the inference arising from the conduct is rebutted. If it is not accepted or if the accused does not explain his conduct the inference remains unrebutted. [35] Similarly the presumption arising froms 114(a) of the Evidence Act 1950 also remains as the possession of the gold chain by the appellant has not been explained by her as required.” [Penekanan diberikan] [32] Mahkamah ini mendapati keterangan tunjuk arah Perayu Kedua dan penemuan tukul serta rantai leher emas milik Mangsa yang diletakkan di dalam sarung tangan hitam yang diletakkan di dalam surat khabar dan plastik serta disorokkan pada pangkal rumpun pokok pisang berdekatan kawasan stor di Bukit Angkat adalah relevan menurut s.8 Akta Keterangan 1950. Keterangan tersebut membuktikan pengetahuan Perayu Kedua berkenaan senjata yang digunakan yang telah mendatangkan kecederaan kepada Mangsa yang mengakibatkan kematiannya. Dalam kes A.N. Venkatesh and another v. State of Karnataka [2005] 7 SCC 714, Mahkamah Agung India telah menjelaskan lagi dan memutuskan sepertimana berikut - "By virtue of Section 8 of the Evidence Act, the conduct of the accused person is relevant, if such conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact. The evidence of the circumstance, simpliciter that the accused pointed out to the police officer, the place where the dead body of the kidnapped boy was found and on their pointing out the body was exhumed, would be admissible as conduct under Section 8 irrespective of the fact whether the statement made by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct falls within the purview of Section 27 or not as held by this Court in Prakash Chand v. State (Delhi Admn.) [1979] AIR 400. Even if we should (sic) that the disclosure statement made by the accused appellants (Exts. P-15 and P-16) is not admissible under Section 27 of the Evidence Act, still it is relevant under Section 8. The evidence of the Investigating Officer and PWs. 1, 2, 7 and PW4 the spot mahazar witness that the accused had taken them to the spot and pointed out the place where the dead body was buried, is an admissible piece of evidence under Section 8 as the conduct of the accused. Presence of A - 1 and A - 2 at a place where ransom demand was to be fulfilled and their action of fleeing on spotting the police party is a relevant circumstance and are admissible under Section 8 of the Evidence Act." (Underscore is mine). [33] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 4 CLJ 137; [2017] 3 MLJ 141 berkaitan dengan kelakuan menunjukan barang kes yang digunakan dalam jenayah sepertimana berikut: "At any rate it is apposite to clarify here that even if information pursuant to s. 27 of the EA is found inadmissible, that piece of inadmissible evidence does not automatically affect the admissibility of the evidence of subsequent conduct under s. 8 of the EA (Amathevelli a/p P Ramasamy v. Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 367; [2009] 3 CLJ 109; Prakash Chand v. State (Delhi Administration)). That conduct of pointing to the places where the items were discovered by the second and fourth accused persons, which was subsequent to an offence, falls squarely within the ambit of 'the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding'. As held by the Court of Appeal, we hold that the conduct of pointing to the places where the items were found is relevant and admissible (Prakash Chand v. State (Delhi Administration) 1979 AIR 400). Chinnappa Reddy J said at p 404: The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a Police Officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under section 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct falls within the purview of section 27 of the Evidence Act... The conduct of the second and fourth accused persons is consistent with them knowing of the places where the items connected to the crime of murder were disposed of. This view is consistent with the view held by the learned trial judge where he said: The only inference that I could make on the conduct of the second and fourth accused in providing the information in this case was that they were in possession of the items found and had tried to destroy and conceal these items by scattering and leaving them at various places. We are also satisfied that the act of pointing by the second and fourth accused persons at the spots where items connected to the murder were found is admissible as conduct, as provided for under s. 8 of the EA." [Penekanan diberikan] [34] Bagi pihak Perayu Pertama telah dihujahkan bahawa kelakuan atau tindak tanduknya selepas kejadian telah menunjukkan bahawa dia tidak terlibat dengan perbuatan membunuh suaminya iaitu Mangsa. Di dalam huhajan, Perayu Pertama dikatakan telah kelihatan menangis semasa melihat Mangsa berlumuran darah. Perayu Pertama juga dikatakan telah pergi ke hospital melihat Mangsa selepas Mangsa dibawa ke hospital dan telah pun membuat laporan polis pada petang kejadian. Perayu Pertama juga dikatakan tidak melarikan diri semasa kejadian. Kelakuan Perayu Pertama itu dikatakan tidak menunjukkan niat di pihaknya untuk membunuh suaminya. [35] Mahkamah ini berpandangan bahawa kelakuan Perayu Pertama yang dinyatakan di atas tidak membawa apa-apa keraguan kepada kes pendakwaan. Pembuktian niat di pihak Perayu Pertama dan kedua boleh dilihat semasa dan sejurus selepas kejadian, dan dapat disimpulkan (infer) melalui keterangan-keterangan berikut:
a
Perayu Pertama telah beberapa kali meminta bantuan SP13 dan SP16 untuk cuba membunuh Mangsa;
b
Perayu Pertama dan Perayu Kedua ialah adik beradik yang tinggal serumah dengan Mangsa dan mereka mengetahui bilakah Mangsa berseorangan serta mempunyai peluang untuk membunuh
c
Perayu Kedua telah menunjuk arah kepada penemuan senjata yang digunakan dan rantai emas milik Mangsa yang telah disembunyikan di kawasan berhampiran stor milik Perayu Pertama. Oleh sebab itulah, Perayu Kedua tidak berada di tempat kejadian selepas sahaja kejadian dan semasa kekecohan berlaku apabila SP12 melihat keadaan Mangsa berlumuran darah di tempat kejadian;
d
Perayu Pertama telah menukar pakaian semasa kejadian.
Preamble
Menurut SP15, Perayu Pertama menyatakan kepadanya bahawa dia sedang berada di dalam stor berhampiran rumah tempat kejadian dan sedang mengemas stor semasa kejadian. Namun demikian, SP15 mendapati keadaan stor tersebut berselerak dan tidak menunjukkan perbuatan mengemas oleh sesiapa. Alasan Kedua: Punca kematian Si mati yang diragukan [36] HMT telah dihujahkan terkhilaf apabila gagal memberikan pertimbangan dan membuat dapatan bahawa kematian Mangsa boleh terjadi akibat jangkitan paru-paru (‘pneumonia’) dan/atau masalah dengan penglihatan/buta. Dalam kata lain, Perayu-Perayu mengatakan bahawa dalam keadaan Mangsa yang tidak mati serta merta di tempat kejadian dan sekiranya Mangsa diberi rawatan yang sewajarnya, rantaian keterangan adalah terputus dalam membuktikan bahawa Perayu-Perayu telah menyebabkan kematian mangsa. [37] Mahkamah ini mendapati bahawa sebab kematian Mangsa adalah jelas. Keterangan SP8 sebagai “forensic pathologist” telah membantu HMT dalam membuat dapatan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah ‘sufficient in the ordinary course of nature to cause death”. [38] Pertimbangan mengenai kesan bencana tubuh yang diniatkan bagi maksud s. 300 (c) KK hendaklah dibuat secara objektif. Menurut SP8, kecederaan yang dialami oleh mangsa ialah di bahagian ‘vital’ iaitu di bahagian kepala apabila tempurung kepala Mangsa telah pecah sehingga menyebabkan pendarahan di selaput otak, mengakibatkan otak Mangsa membengkak dan kecederaan inilah yang telah mengakibatkan Mangsa menemui ajalnya. [39] SP8 mengesahkan corak kecederaan yang dialami oleh Mangsa adalah akibat daripada ketukan atau pukulan dengan objek atau senjata tumpul yang agak unik kerana sebahagiannya berbentuk bulat. Apabila dirujuk dengan senjata tukul semasa perbicaraan, SP8 telah bersetuju bahawa senjata tersebut boleh dijadikan senjata untuk mengakibatkan kecederaan seperti yang dialami oleh Mangsa. SP8 telah menjelaskan bahawa keseluruhan dapatan bedah siasat pada bahagian kepala dan juga jenis-jenis pendarahan di selaput otak dan keadaan otak Mangsa yang membengkak adalah kecederaan yang telah menyebabkan kematian Mangsa. Jangkitan paru-paru (pneumonia) yang turut dijumpai semasa bedah siasat boleh menyumbang dalam mempercepatkan kematian Mangsa pada waktu tersebut dan bukan penyebab kematian Mangsa. [40] Menurut SP2 iaitu pegawai perubatan yang merawat Mangsa, kecederaan di bahagian kepala Mangsa cukup untuk menyebabkan kematiannya. Rawatan yang diberikan dan pembedahan yang dijalankan ke atas Mangsa hanya sekadar memanjangkan hayat Mangsa. Walau bagaimanapun, Mangsa dikatakan tetap akan mati akibat daripada kecederaan yang dialaminya. [41] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan, Mahkamah ini mendapati walaupun Mangsa telah mati 10 hari selepas tarikh kejadian, kecederaan yang dialaminya jatuh di bawah s. 300 (c) KK. Keterangan yang telah diberikan oleh SP8 dan SP2 apabila dinilai dengan keterangan-keterangan bersandarkan keadaan yang telah dikemukakan membawa kepada ‘irresistable conclusion’ bahawa Perayu-Perayu telah melakukan perbuatan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada Mangsa dan bencana tubuh yang telah dilakukan itu cukup pada lazimnya menyebabkan kematian Mangsa. Alasan Ketiga: Kegagalan HMT dalam menilai pembelaan Perayu-Perayu [42] Perayu-Perayu berhujah bahawa HMT telah gagal menimbang fakta-fakta yang menyebelahi mereka dan ini termasuklah tindakan Perayu Pertama yang telah membuat laporan polis yang menyatakan bahawa Mangsa telah dirompak dan Perayu Kedua sempat melarikan diri sedangkan Perayu Pertama tidak sempat berbuat demikian. [43] Perayu-Perayu telah memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang orang salah. Mahkamah ini mendapati HMT telah merujuk kepada nas-nas mengenai pemberatan yang harus diberikan kepada keterangan sedemikian. [44] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 telah membuat pemerhatian mengenai keterangan tanpa sumpah seperti berikut: “In law, a trial judge will not give much weight to what an accused has said in his unsworn statement as he is not subject to cross examination by the prosecution nor can he be questioned by the trial judge.” [45] Mahkamah Persekutuan di dalam kes yang sama telah menyatakan lagi: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence” [46] Pemberatan yang harus diberikan kepada keterangan tanpa sumpah telah juga diterangkan di dalam kes Juraimi Husin v PP [1998] 72 CLJ 383. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes DPP v Walker [1974] 1 WLR 1090, seperti berikut: “… DPP v Walker [1974] 1 WLR 1090, explained the way in which a trial judge was entitled to sum-up on the weight that a jury might give to an unsworn statement. His Lordship said (at p. 1096): Much depends on the particular circumstances of each case. In the present case, for example, even on the approach that everything the respondent said in his unsworn statement was true, no jury (unless perverse) could have acquitted him on the ground of self defence. There are however cases in which the accused makes an unsworn statement in which he seeks to contradict or explain away evidence which has been given against him or inferences as to his intent or state of mind which would be justified by that evidence. In such cases (and their Lordship stress that they are speaking only of such cases) the judge should in plain and simple language make it clear to the jury that the accused was not obliged to go into the witness box but that he had a completely free choice either to do so or to make an unsworn statement or to say nothing. The judge could quite properly go on to say to the jury that they may perhaps be wondering why the accused had elected to make an unsworn statement; that it could not be because he had any conscientious objection to take the oath since, if he had, he could affirm. Could it be that the accused was reluctant to put his evidence to the test of cross-examination? If so why? He had nothing to fear from unfair questions because he would be fully protected from these by his own counsel and by the court. The jury should always be told that it is exclusively for them to make up their minds whether the unsworn statement had any value, and if so, what weight should be attached to it, that is for them to decide whether the evidence of the prosecution had satisfied them of the accused’s guilt beyond reasonable doubt, and that in considering their verdict they should give the accused’s unsworn statement only such weight as they may think it deserves.” [Penekanan diberikan] [47] Mahkamah ini telah meneliti keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di peringkat pendakwaan dan keterangan tidak bersumpah Perayu-Perayu. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMT bahawa pembelaan yang kemukakan oleh Perayu-Perayu adalah bersifat penafian semata-mata dan tambahan pula, keterangan Perayu-Perayu telah diberikan secara tidak bersumpah, maka tidak banyak pemberatan yang wajar diberikan kepada keterangan Perayu-Perayu. HMT tidak terkhilaf semasa mendapati pembelaan Perayu-Perayu tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Penutup [48] Berdasarkan alasan-alasan yang dibincangkan di atas, Mahkamah ini telah menolak rayuan Perayu-Perayu terhadap sabitan. [49] Berkaitan dengan hukuman, Mahkamah ini sebulat suara membenarkan rayuan ke atas hukuman oleh kedua-dua Perayu. Mahkamah ini menggunakan budi bicara sepertimana yang termaktub dalam Akta 846 yang memperuntukkan budi bicara kepada Mahkamah sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun serta 12 kali sebatan. [50] Mahkamah ini berpendapat bahawa kedua-dua Perayu wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini telah memerintahkan sepertimana berikut:
i
Perayu Pertama – 33 tahun penjara dari tarikh tangkap (10.10.2020) dan tiada sebatan rotan.
II
(ii) Perayu Kedua – 33 tahun penjara dari tarikh tangkap (17.10.2020) dan dua belas (12) sebatan. TARIKH: 10 FEBRUARI 2025 Sgd [NOORIN BINTI BADARUDDIN] HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA Peguam Perayu-Perayu: Manoharan Malayalam (Bersamanya Sarathabala a/l Balakrishnan & Subramaniam a/l Paramasivam) [Tetuan M Manoharan & Co.] Pendakwa Raya TPR Tetralina Binti Ahmed Fauzi [Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Jabatan Peguam Negara]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.