Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO : CA-22NCC-12-09/2019 (TUNTUTAN ASAL)
CA-22NCC-12-09/2019
High Court of Malaysia20 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN SIVIL NO : CA-22NCC-12-09/2019 (TUNTUTAN ASAL)
1
ANJUR EKAR SDN BHD
2
WCM OIL & GAS SDN BHD (NO. SYARIKAT : 976312-P) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. AMS ENGINEERING SDN BHD
2
MOHD SHAH BIN HASHIM …DEFENDAN-DEFENDAN (NO. K.P : 600625-71-5225/5952943) (TUNTUTAN BALAS) ANTARA MOHD SHAH BIN HASHIM (NO. K.P : 600625-71-5225/5952943) …PLAINTIF DAN AMS ENGINEERING SDN BHD (NO. SYARIKAT : 435221-W) …DEFENDAN
1
PENGENALAN Defendan memfailkan Notis Permohonan (Lampiran 118) bagi suatu perlanjutan masa diberikan kepada Defendan dalam Tuntutan Balas untuk memfailkan Afidavit Lanjutan yang diikrarkan oleh Wong Weng Foo pada 23 Februari 2023.
2
Setelah menelitikan kertas-kertas kausa yang difailkan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak Notis Permohonan Defendan tersebut.
3
PERTIMBANGAN DAN PENILAIAN MAHKAMAH Permohonan ini (Lampiran 118) adalah berkait rapat dengan Notis Permohonan di Lampiran 92 bertarikh 11 Oktober 2022 yang mana
Lampiran
Lampiran 92 telahpun selesai. 4. Semasa pendengaran permohonan ini, Peguam cara Plaintif Mohd Shah bin Hashim telahpun membuat bantahan kerana permohonan ini adalah bertujuan untuk membaiki kelemahan kes Defendan yang mana kecacatan tersebut telah disedari oleh pihak Plaintif terlebih dahulu. 5. Semasa tarikh pendengaran Lampiran 92, Peguam Defendan dalam Tuntutan Balas tidak memohon apa-apa arahan untuk memfailkan apa-apa afidavit. Oleh itu, permohonan ini (Lampiran 118) adalah dibuat secara after thought. 6. Peguam Plaintif menyatakan bahawa Peguam Defendan dalam Tuntutan Balas hanya menyerahkan sesalinan afidavit pada jam 6.25 petang pada 23 Februari 2023 di mana Notis Permohonan untuk memfailkan Afidavit Lanjutan yang belum dimeterai dan Afidavit Sokongan yang telah diikrarkan oleh Wong Weng Foo pada 23 Februari 2023 yang dihantar secara email. 7. Peguam Defendan di dalam Tuntutan Balas hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah untuk memfailkan afidavit tersebut. Namun begitu, tanpa mendapat kebenaran daripada Mahkamah, Defendan telah menyerahkan afidavit tersebut kepada Peguam Plaintif. 8. Apatah lagi permohonan untuk memfailkan afidavit tersebut dilakukan hanya setelah tarikh keputusan bagi Notis Permohonan Lampiran 92 ditetapkan oleh Mahkamah. 9. Tambahan, Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Wong Weng Foo turut mengandungi isu baru yang tidak pernah ditimbulkan di dalam Notis Permohonan Lampiran 92 iaitu : a. Defendan dalam Tuntutan Balas tidak pernah membangkitkan isu berkenaan res judicata. Oleh itu, tiada apa-apa asas bagi Defendan dalam Tuntutan Balas bagi memasukkan isu berkenaan res judicata. b. Oleh kerana isu res judicata tidak pernah dibangkitkan, Defendan dalam Tuntutan Balas hanya terikat dengan alasan-alasan yang terkandung di dalam Notis Permohonan yang telah diakui oleh fakta-fakta dalam afidavit. c. Oleh itu, bagi Defendan dalam Tuntutan Balas untuk mengemukakan alasan-alasan baru yang tidak pernah ditimbulkan dalam Notis Permohonan akan memprejudiskan Plaintif. 10. Oleh itu, adalah jelas bahawa permohonan Lampiran 118 telah difailkan tanpa kebenaran Mahkamah terlebih dahulu yang mana ianya satu percubaan untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan oleh Defendan. 11. Dengan itu, permohonan Defendan bagi Lampiran 118 yang telah difailkan tanpa mendapat kebenaran Mahkamah terlebih dahulu adalah satu luar aturan yang mana Lampiran 92 telahpun ditetapkan untuk Keputusan oleh Mahkamah. 12. Dengan itu, permohonan Defendan adalah tidak bermerit dan ditolak dengan kos. t.t ZAINAL AZMAN BIN AB AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH : 26 JULAI 2023 PEGUAM PLAINTIF-PLAINTIF (TUNTUTAN ASAL) : Encik Tan Eng Keat. Tetuan Gan, Lee & Tan D-67-2, No. 72A, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz Jaya One, 46200 Petaling Jaya, Selangor Ruj. Tuan : LIT/TEK/0819/114 Email : enquiry@gltlaw.my PEGUAM PLAINTIF (TUNTUTAN BALAS) / PEGUAM DEFENDAN KEDUA (TUNTUTAN BALAS) : Encik Mohd Shukri bin Zulkipli (kaunsel) bersama Puan Aisyah Naquiah binti Mohd Shamsul. Tetuan Abdul Razak, Zulkifli & Partners A43-1, Jalan IM7/19, Sinaran Mahkota Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Ruj. Tuan : AZRP/C/L/0034/2019-ms Email : arzpktnconv@gmail.com PEGUAM DEFENDAN PERTAMA (TUNTUTAN ASAL) / PEGUAM DEFENDAN (TUNTUTAN BALAS) : Encik Steven Tan bersama Encik Chuah Chee Thern. Tetuan Chuah Qian & Partners D8-9-2, Blok D8, Dana 1 Commercial Centre Jalan PJU 1A/46, Pusat Perdagangan Dana 1 47301 Petaling Jaya, Selangor Ruj. Tuan : L00002(22)AMS(SHAH)-CVL(ST/MAX)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.