Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B53KJ-50-08/2022
WA-B53KJ-50-08/2022
Sessions Court of Malaysia10 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ang dinyatakan di atas. [101] Mahkamah merujuk kepada kes Masyitah bt Md Hassan v Sakinah bt Sulong [2021] 7 MLJ 144 di mana Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: "[80] Although s 57 of the Evidence Act sets out matters which the court must take judicial notice of, the list therein is not exhaustive. The court”
“ar Habin v. Rajaswari Sithampara Pillai & Anor [1991] 1 CLJ 150; Tan Cheong Poh & Anor v. Teoh Ah Keow [1996] 3 CLJ 665; [1995] 3 MLJ 89; dan, Lau Kung Kai v. Abu Serah bin Bol (M) [2008] 10 CLJ 245; [2008] MLJU 352 saya membenarkan tuntutan ini tetapi setakat sumbangan oleh majikan. Bagi tujuan ini, dan selaras dengan”
“e-quoted case was cited with approval in Soh Hau Huat @ Anthony v. Mohd Nor Taya & Anor [1992] 4 CLJ 2185; [1992] 3 CLJ (Rep) 600.” [54] Dalam kes Quek Peow Wan & Satu Lagi Lwn. Narenteran Periamala [2014] CLJU 500, Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “6. Tentang ganti rugi khas, terdapat beberapa tun”
“529 di mana Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “We considered too that damages are assessed on a once and for all basis. As stated in Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v Kerajaan Malaysia & Ors [2014] MLJU 1922; [2015] 1 CLJ 825 at p 850: ... The award of future damages or cost of future care in Malaysia is done”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B53KJ-50-08/2022
1
ANNAD BIN HASSAN (SEBAGAI ORANG KETIDAKUPAYAAN YANG MENDAKWA MELALUI WAKIL LITIGASI
2
KEDUA IAITU KAKAKNYA YANG SAH) LAZINDA BINTI HASSAN ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN LIM CHAI HOCK ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Defendan terhadap keputusan yang diberikan pada 10.3.2025 untuk kuantum sahaja. [2] Pada 19.9.2024, pihak-pihak telah bersetuju untuk merekodkan bahawa liabiliti diagihkan di antara kedua-dua pihak pada kadar 90% terhadap Defendan dan 10% sumbang cuai oleh Plaintif Pertama S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg LATAR BELAKANG [3] lni merupakan satu tindakan yang dibangkitkan oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan akibat daripada satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 22.3.2019 lebih kurang pukul 10.15 pagi yang melibatkan motosikal TBR 8561 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan motosikal WME 1593 yang ditunggang oleh Defendan. Plaintif Kedua merupakan kakak serta wakil litigasi untuk Plaintif Pertama. [4] Perbicaraan telah berjalan dengan enam orang saksi di pihak Plaintif. Defendan tidak memanggil sebarang saksi. Saksi-saksi yang dipanggil adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Shafiq Ahmad Bin Wan Aman (Wakil Majikan) b) SP2: Dr. Ramnan a/l Jeyasingam (Doktor Rehabilitasi) c) SP3: Lazinda Binti Hassan (Plaintif Kedua-Kakak) d) SP4: Hassan Bin Saad (Bapa Plaintif Pertama) e) SP5: Muhammad Amirul Gopal Bin Abdullah (Saksi Bebas) f) SP6: Mohd Lokman Hamawi bin Mohd (Pegawai Perubatan) [5] Setelah meneliti secara keseluruhan kes, dokumen-dokumen serta hujahan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, keputusan Mahkamah untuk kuantum (atas dasar 100% liabiliti) adalah sebagaimana berikut: Ganti rugi Am Severe Traumatic Brain Injury (Right Temporal Extradural Haematoma, Left Temporoparietal Subdural Haematoma, Left Temporal Contusion & Right Temporal Bone Fracture) – RM S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg 400,000 Right lung contusion – RM4,000 Right clavicle fracture – RM18,000 Scars – RM15,000 Right orbital wall fracture – RM8,000 Pain and suffering bagi pembedahan masa depan - RM5,000. Ganti rugi Khas a) Kos laporan polis, rajah kasar dan dokumen berkaitan: Dibenarkan di bawah kos tindakan b) Kos laporan JPJ: Dibenarkan di bawah kos tindakan c) Kos laporan perubatan: Dibenarkan di bawah kos tindakan d) Kerosakan pada pakaian, jam tangan, helmet dan telefon bimbit: Ditarik balik e) Kos rawatan perubatan di hospital dan masih berterusan: Dipersetujui RM500. f) Kos makanan dan minuman berkhasiat: Ditarik balik g) Perbelanjaan perjalanan keluarga Plaintif untuk melawat Plaintif di hospital: h) Perbelanjaan perjalanan keluarga Plaintif melawat Plaintif di hospital Item G & H: Dipersetujui RM 2000 i) Perbelanjaan perjalanan untuk pemeriksaan doktor pakar: Ditarik balik j) Perbelanjaan perjalanan untuk rawatan tradisional pada kadar purata: Ditarik balik k) Kos laporan perubatan doktor pakar: Dibenarkan di bawah kos tindakan. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg l) Kehilangan pendapatan m) Kehilangan pendapatan lebih masa Item L, M dan Y: dipersetujui sejumlah RM332,511 (tanpa faedah) n) Kehilangan penggunaan motosikal: Ditarik balik o) Perbelanjaan perjalanan Plaintif untuk rawatan pesakit luar: RM 56,000 [RM 500 (ambulans) x 7 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah p) Kos rawatan pesakit luar dan klinik dan masih berterusan: RM 4800 [150 x 2 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah q) Kos rawatan tradisional pada kadar: Ditarik balik r) Kos laporan pakar: Ditarik balik s) Kos pembedahan masa depan: RM 7000 – tanpa faedah t) Kos membeli besi implant dan kerusi roda: RM 7500 (besi implant) tanpa faedah u) Perbelanjaan perjalanan untuk diperiksa oleh doktor pakar: Ditarik balik v) Kos perjalanan rawatan tradisional: Ditarik balik w) Kos fisioterapi dan rawatan akan datang: RM 57,600 [RM 150 x 2 sesi sebulan x 12 x 16 tahun] - tanpa faedah x) Kos membeli kerusi roda untuk seumur hidup: RM 12,160.00 [RM 3800 x 3.2 tahun] - tanpa faedah y) Kehilangan elaun-elaun lain (telah di persetujui bersama-sama item l & m) z) Kehilangan sumbangan majikan kepada KWSP: RM 59,202.00 za) Perbelanjaan untuk membeli diapers/pampers S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg zb) Perbelanjaan untuk membeli colostomy bag/urinary cathererization zc) Medical paraphermelia seperti katil orthopaedic dan lain-lain pada zd) Kos untuk membeli ubat-ubatan seperti antibiotik, krim, bedak dan lain-lain ubat item za, zb, zc, zf : - RM 81, 513.70 (April 2019-Dec 2024- 56 bulan dengan faedah) - RM 404,407.68 (192 bulan) tanpa faedah ze) Bayaran rawatan jagaan (nursing care): RM 56,000 [RM 1000 x 56 bulan] dengan faedah RM 288,000 – tanpa faedah (dipersetujui) zf) Kos membeli pampers dan urine bag bagi seumur hidup: telah dinyatakan dalam item za & zb zg) Kos membaiki rumah untuk kesesuaian orang kurang upaya: RM8000. [6] Mahkamah juga telah membenarkan kos diberikan kepada pihak Plaintif-plaintif mengikut skala. Faedah yang dibenarkan adalah sebagaimana berikut: a) Faedah 5% setahun bagi ganti rugi am mulai tarikh penyerahan saman hingga tarikh penghakiman b) Faedah 2.5% setahun bagi ganti rugi khas daripada tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman. Tiada faedah bagi ganti rugi khas yang melibatkan masa hadapan c) Faedah 5% setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh pembayaran. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [7] Mahkamah juga telah menolak permohonan pihak Defendan agar pembayaran dibuat kepada Amanah Raya Berhad dan dilepaskan secara berperingkat. Jumlah penghakiman yang diberikan adalah dibayar kepada akaun pelanggan pihak peguam cara Plaintif-plaintif untuk diuruskan pembayaran kepada pihak Plaintif Kedua sebagai wakil litigasi kepada Plaintif Pertama. [8] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 20.3.2025 merayu atas keputusan yang diberikan berhubung isu kuantum. Notis rayuan tersebut menyatakan bahawa rayuan adalah terhadap sebahagian keputusan yang diberikan berkaitan kuantum. Namun begitu, tetapi tidak dinyatakan item mana untuk kuantum tersebut yang sebenarnya ingin dirayu oleh pihak Defendan. Dapatan Mahkamah [9] Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award ganti rugi, di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) V. Kerajaan Malaysia & Ors [ 2016] 2 CLJ 885 , YA Abdul Hamid Embong HMP dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:
1
It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best termed by the word 'possibility', 'chance', 'risk', 'danger' or 'likelihood', but regardless of the words used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative. [10] Seterusnya di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497 YAA Richard Malanjum J menyatakan: "In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained.” [11] Manakala dalam kes Fletcher v Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 ALL ER 726 pada muka surat, 750 Salmon LJ menyatakan: "The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg fair." [12] Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah juga telah meneliti laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi ganti rugi am kepada Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. [13] Mahkamah juga dalam membenarkan award bagi keseluruhan ganti rugi telah mengambilkira kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi, kadar inflasi dan kedudukan nilai mata wang. [14] Terdapat beberapa laporan perubatan telah difailkan oleh kesemua pihak iaitu: a) Laporan Perubatan bertarikh 9.7.2019 oleh Dr Yee Sze-Voon dari Hospital Kuala Lumpur; b) Laporan Perubatan pakar neuro Plaintif bertarikh 26.8.2020 oleh Dr Sanmugarajah Paramasvaran dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia; c) Laporan perubatan doktor pakar rehabilitasi Plaintif bertarikh 29.9.2020 oleh Dr Kavitha Uma Ratnalingam; d) Taksiran dan kos penjagaan bertarikh 19.11.2020 oleh Dr. Ramnan a/l Jeyasingam dari Columbia Asia S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Extended Care Hospital; e) Laporan Perubatan Pakar Rehabilitasi bertarikh 18.11.2022 oleh Profesor Dr Mazlina Mazlan dari UMSC Specialist Hospital. f) Laporan perubatan pakar neurosurgeon Defendan bertarikh 29.11.2022 oleh Profesor Dato’ Dr Hari Chandran dari UMSC Hospital. g) Laporan klarifikasi pakar neurosurgeon Defendan bertarikh 5.2.2023 oleh Profesor Dato’ Dr Hari Chandran dari UMSC Hospital. Ganti rugi Am Plaintif Pertama (100% Liabiliti) Severe Traumatic Brain Injury (Right Temporal Extradural Haematoma, Left Temporoparietal Subdural Haematoma, Left Temporal Contusion & Right Temporal Bone Fracture) [15] Peguam cara Plaintif-plaintif telah mencadangkan jumlah RM524,000 bagi kecederaan ini. Pihak peguam cara Plaintif-plaintif mencapai jumlah tersebut berdasarkan jadual berikut: Bil Kecederaan Award Dipohon (RM) 1 Bedridden with minimal conscious state RM 420,000
2
Right Temproral Extradural Haematoma
3
Left temporoparietal subdural haematoma dan Plaintif telah menjalani Left decomprehensive cranietomy
4
Left temporal contusion
5
Right temporal bone fracture
6
Plaintif perlu menjalani cranioplasty Jumlah RM 524,000 [16] Menurut pihak peguam cara Plaintif-plaintif, GSC Plaintif Pertama semasa dibawa ke hospital adalah 3/15 atau E1 Vt M1. Plaintif pertama juga telah menjalani tracheotomy serta left decomprehensive craniectomy serta clot evacuation. [17] Pihak peguam cara Defendan pula telah mencadangkan sejumlah RM300,000 untuk kecederaan severe traumatic brain injury dengan fracture of temporal bone and orbital wall ini. [18] Pihak peguam cara pihak Defendan telah merujuk kepada kes Taufek B Mohammad (seorang yang tidak berupaya dan diwakili oleh Norhidawati bt Mohamad Nor, plaintif kedua sebagai wakil Iitigasinva) & Anor v. Abu Bakar B Mustar & Anor (Feb 2024) 1 PIR (20) di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM280,000.00 untuk kecederaan Plaintif dalam kes tersebut, iaitu severe traumatic brain injury with multiple intracranial bleedings, left chronic extradural haemorrhage and infected scalp and shunt (Note: The Plaintiff as a result suffers from being dependent on others for activities of daily living, emotional and behavioural dyscontrol disorder, Grade 4/5 muscle power of the right side of the lower limbs, neurological impairment, permanent neurological deficits, post traumatic epilepsy, psychomotor retardation, severe minor neurocognitive disorder, slurred and S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg monotonous speech, unable to do manual / labour work and walks with a clumsy, high stepping gait, wobbly and tends to fall to the right side due to right side weakness). [19] Dalam kes Wong Kah Hee (Mendakwa Melalui Dan Wakil Litigasinya Lee Kui Yuk) V. Thinesh Rao A/L Muniandy (2023) 2 PIR (30), Mahkamah telah memberi RM330,000.00 untuk severe traumatic brain injury associated with multiple intracranial haemorrhage with skull and facial bone fracture (Note: The plaintiff as a result suffers from being bed bound, dependent on carer for daily activities, unable to talk and speak and urine and bowel incontinence. [20] Pihak peguam cara Defendan juga telah merujuk kepada kes Mohd
2022
1 PIR (25) di mana Mahkamah telah memberi sejumlah RM10,000 untuk fracture of the right orbit. [21] Dalam kes Muhammad Zairul Bin Yahya V. Zail Rin Badarol Hisham & 2 Ors (March 2024) 1 PIR (28), Mahkamah telah memberi RM20,000.00 untuk closed fracture of the right parieto - occipital, fracture of the right petrous part of the temporal bone and multiple intracranial bleeding. [22] Pihak peguam cara Defendan menghujahkan bahawa Plaintif dalam kes ini mengalami fracture of temporal dan kecederaan temporal tersebut adalah kurang berbandang kecederaan Muhamad Zairul tersebut. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [23] Dalam kes ini, Plaintif Pertama mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala di mana laporan pakar neurosurgeon Defendan sendiri menyatakan bahawa Plaintif mengalami kecederaan antaranya: “A severe head injury.” “He is unable to stand or ambulate.” “Bed bound.” “Unable to talk, communicate and understand or respond to any questions from his care-givers.” “He is totally dependent for activities of daily living” “Right temporal bone fracture” “Right orbital wall fracture” [24] Laporan pakar rehabilitasi Defendan juga menyatakan kecederaan Plaintif antara lainnya adalah: "Severe cognitive impairment'' "Right limb paralysis (hemiplegia)" "Bowel and bladder incontinence'' "Total dependent in all his basic care'' "He opened his eye spontaneously and focused on objects and people when his name is called” "Total dependency state for all his basic and personal activities of daily living'' "Recovery for cognition and physical function is very unlikely''. [25] Jelasnya, laporan-laporan pakar Defendan menyatakan bahawa Plaintif tidak dapat kembali pulih dan akan bergantung pada pihak lain. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [26] Mahkamah merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards 2018 di mana jawatankuasa mengesyorkan jumlah berikut bagi kecederaan-kecederaan di bawah: Injury Low High Bedridden state with awareness RM 300,000 RM 420,000 Temporal Bone Fracture RM 12,000 Any of these fracture requiring a cranioplasty Cerebal concussion / loss of consciousness RM 6000 Sub dural haematoma with burr hole craniotomy [27] Mahkamah berpendapat bahawa sejumlah RM400,000 adalah berpatutan di mana sejumlah RM350,000 untuk bagi kecederaan yang menyebabkan Plaintif tidak boleh bangun (bedridden), RM6000 untuk loss of consciousness, RM25,000 untuk cranionamy dan bakinya adalah untuk pendarahan dan kecederaan tulang di bahagian kepala. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Right lung contusion [28] Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM5000 sebagai satu jumlah yang munasabah dengan merujuk pada kes Mior Azrul Husairi bin Abdul Aijik lwn Muhamad Zafry Farhan bin Mohd Fadzil [2019) 7 MLJ 592. [29] Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM2,500 dengan merujuk kepada kes Nagesperi a/p Rajoo @ Kandesamy & Anor Soo Kim Bee (2023) 2 PIR 9 di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM2,000 bagi lung contusion. [30] Pada masa yang sama, Mahkamah dalam kes Mohamad Fadli b. Karim & Anor V. Manimaran a/l Supuramani & Anor (2023) 1 PIR
13
telah memberikan ganti rugi sejumlah RM2,500 untuk right lung contusion. [31] Menurut pihak peguam cara Defendan, jumlah RM2,500 adalah munasabah bagi kecederaan ini memandangkan kecederaan tersebut telah pun sembuh dan tidak ada residual. [32] Mahkamah setelah meneliti hujahan dan otoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM4,000. Right clavicle fracture [33] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif telah mencadangkan sejumlah RM18,000 dengan merujuk kepada Compendium of Personal Injury S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Awards 2018 di mana jawatankuasa mengesyorkan sejumlah antara RM13,000 hingga RM28,000. [34] Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM12,000 dengan merujuk kepada kes Mohammad B. Morad V. Nina Amilia Hakim Bt Rikan (July 2024) 2 PIR (9) di mana Mahkamah telah memberikan RM12,000 untuk closed fracture of the left clavicle. [35] Pihak peguam cara Defendan juga telah merujuk kepada kes Zul Hanafi Ak Reimy V. Muhd Syafiq B Roslan & Anor (Siti Nurul Hasanah Bt Mad Kamal - Third Party) Jan 2024) 1 PIR (10) di mana Mahkamah telah memberikan award RM12,000 untuk right clavicle fracture. [36] Mahkamah setelah meneliti hujahan dan otoriti yang dikemukakan memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi item ini adalah sebanyak RM18,000 sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif. Jumlah tersebut masih dalam lingkungan jumlah ganti rugi yang dicadangkan oleh Compendium 2018. Scars [37] Plaintif mengalami parut-parut berikut: a) A 37cm left fronto-parieto-temporal surgical scar; b) A 3 cm x 1 cm right frontal scar; c) A 2 cm right parietal scar; d) A 13 cm x 13 cm left fronto-parieto-temporal skull defect S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [38] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif telah mencadangkan sejumlah RM25,000 bagi parut-parut tersebut. [39] Pihak peguam cara Defendan pula mencadangkan sejumlah RM3,000 bagi parut-parut yang dialami oleh pihak Plaintif Pertama.
Preamble
Menurut pihak peguam cara Defendan, ganti rugi untuk parut ini wajar dimasukkan dalam ganti rugi bagi kecederaan kepala memandangkan ia berpunca daripada kecederaan kepala yang dialami oleh pihak Plaintif Pertama dan berada di tempat yang sama seperti kecederaan kepala. [40] Pihak peguam telah merujuk kepada kes Abdullah Sani bin Che Mat & Anor v Ahmad Kamal bin Ramli & Anor [2019] 1 PIR (46) di mana Mahkamah telah memberikan sejumlah RM5,000 untuk scars (8cm x 1 cm healed hyperpigmented abrassion wound scar over the left shin and 9cmx 8 cm healed degloving wound over the dorsum of the left foot. [41] Dalam kes Muhammad Saiful Suffien bin Zulkafli v Mohamed Razif bin Hashim & Anor (Ogos 2020) 2 PIR (17), Mahkamah juga telah memberikan ganti rugi sejumlah RM5,000 bagi scars (8 cm x 1 cm laceration scar over the right knee, 12 cm x 1 cm surgical scar over the right elbow knee stump, 17 cm x 1 cm surgical scar over the right lower thigh and deep abrasion scars over the right knee. [42] Mahkamah setelah meneliti hujahan dan otoriti yang dikemukakan S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg berpendapat bahawa Plaintif Pertama mengalami parut yang agak besar dan panjang. Walaupun parut ini berada di bahagian yang sama sebagaimana kecederaan di bahagian kepala, namun, ia merupakan kecederaan yang berlainan. Parut-parut tersebut kekal sebagai kesan kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh pihak Plaintif. [43] Mahkamah merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards 2018 di mana jawatankuasa mengesyorkan sejumlah antara RM1,300 hingga RM36,500 bagi kecederaan yang melibatkan parut ini bergantung dengan jenis parut sama ada di bahagian muka, parut akibat pembedahan dan sebagainya. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa RM15,000 merupakan satu jumlah yang wajar. Jumlah yang lebih tinggi tidak diberikan kerana Plaintif Pertama dalam keadaan bedridden dan parut-parut tersebut tidak dapat memberi kesan yang begitu besar kepada Plaintif Pertama berbanding kepada seseorang yang telah pulih dan dapat bekerja dan berjumpa orang ramai seperti biasa. Right orbital wall fracture [44] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif telah mencadangkan sejumlah RM9,500 sebagai satu award yang munasabah dengan merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards 2018 di mana jawatankuasa mengesyorkan sejumlah antara RM7,000 hingga RM9,500 untuk kecederaan orbit. [45] Pihak Defendan pula telah menghujahkan kecederaan ini bersama-sama dengan kecederaan kepala yang lain sebagaimana yang S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg dinyatakan di perenggan di atas. [46] Mahkamah berpendapat bahawa sejumlah RM8,000 adalah munasabah. Hal ini kerana kecederaan tersebut dapat dikenalpasti dan kecederaan yang dialami adalah bukan kecederaan yang sama atau berkaitan walaupun tempat kecederaannya masih lagi dalam lingkungan bahagian kepala. [47] Mahkamah juga membenarkan sejumlah RM5,000 sebagai ganti rugi kesakitan untuk pembedahan di masa hadapan memandangkan laporan pakar Plaintif menyatakan bahawa Plaintif Pertama perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan titanium cranioplasty . [48] Pihak peguam cara Defendan memohon untuk ganti am ini ditolak sebanyak 20% atas alasan pertindihan. Namun begitu, permohonan Defendan ini ditolak memandangkan Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif Pertama mengalami kecederaan yang berlainan iaitu melibatkan bahagian kepala, bahu dan dada iaitu paru-paru. Ganti rugi Khas Plaintif Pertama (100% Liabiliti) [49] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif telah menarik balik beberapa tuntutan ganti rugi khas yang dinyatakan dalam penyata tuntutan. Pihak-pihak juga telah bersetuju denngan beberapa ganti rugi khas seperti kos perjalanan keluarga melawat Plaintif Pertama di hospital dan beberapa item lagi. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [50] Pada masa yang sama, pihak-pihak juga telah mencapai persetujuan mengenai ganti rugi khas iaitu: a) Kos penjagaan dipersetujui RM1,500 sebulan. b) Kos Kehilangan Pendapatan Masa Hadapan dipersetujui sebanyak RM 332,511.00. c) Multiplier dipersetujui selama 16 tahun. Kehilangan Caruman Majikan [51] Mahkamah telah membenarkan tuntutan kehilangan caruman majikan di item x walaupun pihak-pihak telah bersetuju dengan jumlah RM 332,511.00 sebagai kos kehilangan pendapatan pada masa hadapan. [52] Mahkamah telah merujuk kepada slip gaji P4 yang menunjukkan sumbangan majikan adalah sebanyak RM429. Keterangan SP1 juga menyatakan bahawa selepas Disember 2019, tiada sebarang pembayaran dibuat kepada Plaintif Pertama. [53] Mahkamah telah merujuk pada kes Lau Kung Kai V. Abu Serah Bol [2008] 10 CLJ 245 di mana Mahkamah telah membenarkan tuntutan kehilangan caruman KWSP bagi majikan. Pesuruhjaya Kehakiman YA Hamid Sultan Abu Backer pada masa tersebut menyatakan sebagaimana berikut: “(iii) The complaint that the EPF contribution must not be taken into account has no merits when the purpose was to assess a suitable multiplicand in a dependency claim. Courts have even considered EPF contribution in cases other than dependency claim. For example in Noor Azahar Habin v. Rajaswari Sithampara Pillai & Anor S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [1991] 1 CLJ 150; [1991] 3 CLJ (Rep) 339 HC which was an accident case where the plaintiff became paraplegic and there was a dispute as to multiplicand for future loss of earnings, etc. inclusive of loss of EPF contribution, the court observed as follows: To my mind the plaintiff is entitled to be compensated for the loss of his employer's contribution to the Employee's Provident Fund. The multiplier in this regard should also be 14. On the issue of entitlement to EPF employer's contribution, the above-quoted case was cited with approval in Soh Hau Huat @ Anthony v. Mohd Nor Taya & Anor [1992] 4 CLJ 2185; [1992] 3 CLJ (Rep) 600.” [54] Dalam kes Quek Peow Wan & Satu Lagi Lwn. Narenteran Periamala [2014] CLJU 500, Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: “6. Tentang ganti rugi khas, terdapat beberapa tuntutan yang memerlukan ulasan lanjut. Untuk kehilangan pendapatan, saya bersetuju dan mengekalkan jumlah yang diberikan iaitu RM134,400.00 (RM700 x 12 x 16). Bagaimanapun tuntutan untuk kehilangan caruman KWSP menonjolkan satu persoalan yang menarik iaitu sama ada KWSP itu terjumlah kepada pendapatan atau tidak. Terdapat kes-kes yang menyatakan bahawa tuntutan sedemikian boleh dibuat tetapi hanya yang berkaitan dengan sumbangan oleh S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg majikan. Berdasarkan kes-kes seperti Chung Mau Leong, Man Choon Kut lwn. Tuan Hamzah Bin Tuan Mat & Lain; Rayuan Sivil No: C-04-63-2007 (Mahkamah Rayuan), Noor Azahar Habin v. Rajaswari Sithampara Pillai & Anor [1991] 1 CLJ 150; Tan Cheong Poh & Anor v. Teoh Ah Keow [1996] 3 CLJ 665; [1995] 3 MLJ 89; dan, Lau Kung Kai v. Abu Serah bin Bol (M) [2008] 10 CLJ 245; [2008] MLJU 352 saya membenarkan tuntutan ini tetapi setakat sumbangan oleh majikan. Bagi tujuan ini, dan selaras dengan peruntukan s. 28A, Akta Undang-undang Sibil 1956, mestilah dibuktikan bahawa pada waktu kemalangan itu Plaintif mempunyai pekerjaan. Dalam kes ini ada keterangan, walaupun tidak ada mana-mana majikan dipanggil sebagai saksi, yang juga menghairankan saya, yang membuktikan bahawa Plaintif bekerja pada masa kejadian itu. Ini dibuktikan melalui penyata KWSP Plaintif yang disahkan melalui pegawai daripada KWSP iaitu SP2- (Rujuk ms 9-11, dan 172, Rekod Rayuan).” [55] Plaintif berusia 32 tahun pada tahun 2020. Oleh yang demikian, pengiraan kehilangan caruman oleh pihak majikan adalah sebagaimana berikut: (55-32 tahun bahagi 2 = 11.5 tahun) x 12 bulan x RM 429.00 = RM 59,202.00. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [56] Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan sejumlah RM59,202.00 sebagai ganti rugi kehilangan caruman majikan. [57] Pihak peguam cara Defendan telah merujuk pada kes Lem Mee Shiang v Muhammad Izzuddin bin Bakar & Anor (2023) 1 PIR di muka surat 45 di mana Mahkamah menyatakan bahawa: “[77] Tuntutan ini ditolak kerana tiada keterangan dikemukakan oleh mana-mana saksi yang dipanggil untuk membuktikan Plaintif mengalami kehilangan ini” [58] Pihak peguam cara Defendan berhujah bahawa tiada langsung keterangan mengenai jumlah yang dibayar oleh majikan dan apa yang dibayar oleh pekerja. Dengan kata lain, tiada apa-apa keterangan mengenai KWSP, maka bagaimanakah jumlah ini boleh dituntut? [59] Mahkamah menolak hujahan pihak peguam cara Defendan tersebut memandangkan slip gaji dengan jelas menunjukkan jumlah caruman oleh majikan dan juga caruman pekerja. Secara logiknya, apabila Plaintif Pertama tidak lagi boleh bekerja akibat kemalangan ini, sudah pasti dia tidak dapat menikmati lagi sebarang caruman yang dibuat oleh pihak majikan sebagaimana sebelumnya. Kos Perjalanan Rawatan Pesakit luar (item O) [60] Pihak Plaintif telah mencadangkan sejumlah RM83,200 bagi item ini. Ini berdasarkan laporan pakar rehab Plaintif yang menyatakan kos ambulan adalah sebanyak RM520 bagi perjalanan pergi dan balik. Pakar rehab Plaintif telah mencadangkan bahawa Plaintif S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Pertama perlu pergi antara 12-14 kali setahun untuk rawatan susulan berbanding pakar rehab Defendan yang mencadangkan sejumlah 8 kali setahun. Oleh itu, Plaintif mengambil kira purata sebanyak 10 kali setahun. [61] Oleh itu, pengiran Plaintif adalah RM520 x 10 kali setahun x 16 tahun (multiplier yang dipersetujui) = RM83,200.00 [62] Pihak peguam cara Defendan pula menyatakan bahawa pakar Defendan menyatakan bahawa rawatan susulan ke pakar rehab hanya untuk tempoh 5 tahun selepas kemalangan sahaja. Pada masa yang sama, dalam laporan pakar Defendan ada menyatakan bahawa pihak keluarga Plaintif Pertama telah membawa Plaintif Pertama ke temu janji hospital dengan menggunakan kereta Perodua Alza milik bapa kepada Plaintif Pertama dan memerlukan 2 orang peneman untuk memudahkan urusan memindahkan Plaintif Pertama daripada kereta. Oleh itu, tiada keperluan untuk menggunakan ambulan untuk sebarang temu janji memandangkan Plaintif Pertama boleh dibawa dengan kereta ke hospital. [63] Pihak peguam cara Defendan mencadangkan sejumlah RM7000 diberikan di bawah item ini tanpa faedah iaitu RM200 sekali x 7 kali setahun = RM1,400 x 5 tahun = RM7000 [64] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan Plaintif merupakan seorang yang tidak boleh bangun sendiri (bedridden), Plaintif sewajarnya dihantar ke hospital untuk rawatan susulan dengan menggunakan ambulan bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang boleh timbul akibat menggunakan kereta sendiri. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Mahkamah merujuk kepada kadar sewaan ambulan yang ditetapkan oleh pihak Persatuan Bulan Sabit Merah dan mendapati sebanyak RM200 dikenakan bagi perjalanan sehala tidak termasuk petugas. Sekiranya seorang petugas pertolongan cemas diperlukan, bayaran tambahan adalah sebanyak RM100. [65] Mahkamah berpendapat bahawa harga sewaan ambulan yang dicadangkan oleh pakar rehab Plaintif agak munasabah. Tambahan pula, sekiranya Plaintif Pertama dibawa oleh kereta sendiri, dua orang pengiring diperlukan dan Mahkamah mengambil kira pengiring tersebut terpaksa mengambil cuti sekiranya bekerja dan kos pengiring juga sepatutnya perlu diambil kira. [66] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan sejumlah RM500 sebagai kos sewaan ambulan iaitu berdasarkan sewaan ulang-alik dengan seorang petugas pertolongan cemas. Mahkamah menolak tempoh rawatan susulan yang dicadangkan selama 5 tahun sahaja kerana pakar Defendan juga telah membuat jangkaan bahawa umur Defendan untuk hidup adalah selama 20 tahun sebelum sebarang tolakan dibuat. [67] Oleh sebab itu, Mahkamah berpendapat penggunaan multiplier yang dipersetujui adalah lebih sesuai dan munasabah. Mahkamah bersetuju bahawa 7 kali rawatan susulan setahun adalah munasabah sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Defendan. Hal ini adalah kerana Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif boleh menghimpunkan dua atau lebih temu janji pada satu-satu masa. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [68] Oleh itu, Mahkamah membenarkan sejumlah RM56,000 [ RM500 (ambulans) x 7 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah bagi perbelanjaan perjalanan untuk rawatan susulan atau pesakit luar. Kos rawatan pesakit luar dan klinik dan masih berterusan (item p) [69] Pihak peguam cara Plaintif telah mencadangkan jumlah RM5,024 di mana Plaintif Pertama dijangkakan perlu untuk mendapatkan rawatan ke klinik swasta dengan kos yang dicadangkan oleh pakar Plaintif antara RM80-RM235 setiap kali rawatan. [70] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif mencadangkan sejumlah RM157.50 bagi setiap rawatan bagi kekerapan 2 kali setahun selama 16 tahun . Oleh itu, Plaintif menuntut sejumlah RM5024 (RM157.50 x 2 kali setahun x 16 tahun) bagi item ini. [71] Pihak peguam cara Defendan menyatakan bahawa pihak Plaintif-plaintif tiada bukti bahawa Plaintif Pertama memerlukan rawatan swasta sebanyak 2 kali setahun dan sekiranya perlu, ambulan boleh dipanggil untuk dibawa ke hospital. [72] Mahkamah berpendapat dengan keadaan Plaintif Pertama yang tidak dapat bergerak, ia merupakan satu keadaan munasabah bahawa Plaintif Pertama boleh mendapat sakit yang kurang serius seperti demam, ruam dan sebagainya yang memerlukan rawatan segera. Rawatan di hospital kerajaan akan mengambil masa dan kos untuk membawa Plaintif juga menjadi isu. Cara yang mudah adalah memanggil doktor swasta untuk melihat dan merawat Plaintif Pertama. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [73] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan ini adalah wajar dan munasabah dan berpendapat kos RM150 adalah bersesuaian dengan kos semasa di klinik swasta bagi kes-kes biasa. Oleh itu, Mahkamah membenarkan sejumlah RM 4,800 [150 x 2 kali setahun x 16 tahun] - tanpa faedah bagi item ini. Kos pembedahan masa depan dan implant ( item S & T ) [74] Doktor pakar Plaintif-plaintif dalam laporannya menyatakan bahawa Plaintif Pertama perlu menjalani pembedahan memasukkan titanium cranioplasty di mana kos pembedahan adalah RM7,000 dan kos implant adalah RM7,500. [75] Doktor pakar Defendan iaitu Dr Hari Chandran (pakar Neurosurgeon) telah menyatakan dalam laporannya bahawa “He will benefit from a cranioplasty which can be performed in both public and private hospitals with neorosurgical services”. [76] Doktor Pakar Defendan tidak menyatakan sebarang kos untuk pembedahan cranioplasty ini dan pihak peguam cara Defendan menghujahkan bahawa Plaintif Pertama boleh mendapatkan pembedahan tersebut secara percuma di hospital kerajaan dengan status Plaintif Pertama sebagai pemegang kad OKU. [77] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif Pertama berhak membuat tuntutan terhadap kecederaan dan pada masa yang sama menerima rawatan yang terbaik bagi kecederaan dia. Mahkamah di dalam kes Romuloo A/L Appalasamy & Anor v Tan Seng Kee & Anor [2000] 5 MLJ 665 telah memutuskan: “The respondent was entitled to seek recovery for his S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg injuries and should therefore be allowed to get the best medical treatment available. This is a basic constitutional right of every citizen of this country”. [78] Dalam kes Suriyati bte Takril v Mohan a/I Govindasamy & Anor [2001] 2 CLJ 101 di mana Mahkamah telah membenarkan keseluruhan kos di hospital swasta. Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “(7) To entitle the victim of a road accident to seek medical treatment at a private hospital the victim in question need only show a semblance of reasonableness. In the present appeal, the sum of RM11,000 would be reasonable expenses for knee replacement surgery which the plaintiff propose to undergo in the near future in a private hospital as quantified and recommended by two private specialists. There was no evidence that the plaintiff would remain in the employment of the government until her retirement and in the event she resigns prematurely, she would certainly not be entitled to a free medical treatment at a government hospital. Thus it would be fair and reasonable to award the sum of RM11,000 to the plaintiff for cost of future surgery" [79] Mahkamah menerima hujahan pihak Plaintif-plaintif bahawa kos implant sebanyak RM7,500 adalah kos di hospital kerajaan. Mahkamah berpendapat walaupun Plaintif Pertama merupakan pemegang kad OKU, tetapi Plaintif Pertama merupakan seorang yang S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg normal pada asalnya dan hanya menjadi OKU akibat kemalangan ini. Oleh sebab itu, Plaintif Pertama perlu dibezakan dengan OKU biasa yang wajar mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. Oleh sebab itu Mahkamah membenarkan sejumlah RM14,500 tersebut tanpa sebarang potongan. Kos Fisioterapi (item W) [80] Pakar rehab pihak Plaintif-plaintif telah mencadangkan bahawa Plaintif Pertama menjalani fisioterapi 3 kali seminggu dengan kos antara RM100 – RM150 bagi setiap sesi. [81] Oleh sebab itu, pihak peguam cara Plaintif-plaintif memohon sejumlah RM345,000 [RM 150 x 12 sesi sebulan x 12 bulan x 16 tahun] [82] Pihak peguam cara Defendan pula menghujahkan bahawa kos untuk fisioterapi sewajarnya ditolak memandangkan doktor pakar Defendan iaitu Dr Mazlina Mazlan menyatakan dalam laporannya; “1 atau 2 kali sebulan sehingga 5 tahun dan selepas rujukan oleh doktor pemulihan. Ini adalah percuma di hospital awam (termasuk HKL) & untuk pemegang kad OKU. Defendan disini sedang ada semua temu janji.” [83] Menurut pihak peguam cara Defendan, tempoh fisioterapi hanya diperlukan sehingga tempoh 5 tahun sahaja dan boleh didapati secara percuma di hospital kerajaan. Secara alternatif, pihak Defendan mencadangkan sejumlah RM12,000 iaitu RM100 bagi setiap sesi bagi sesi fisioterapi 2 kali sebulan selama 5 tahun. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [84] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif memerlukan sesi fisioterapi yang berterusan. Sesi fisioterapi akan membantu Plaintif Pertama untuk pulih. Namun begitu, Mahkamah tidak boleh menjangkakan tempoh masa yang diperlukan untuk pulih dan tidak lagi memerlukan sesi fisioterapi. Mahkamah berpendapat bahawa jumlah sesi fisioterapi ini akan berkurangan dengan peredaran masa. [85] Mahkamah merujuk pada kes Pantai Medical Centre Sdn Bhd v Fareed Reezal bin Arund (suing through his wife and litigation representative Wan Zafura bt Wan Kassim) and another appeal [2022] 4 MLJ 529 di mana Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut: “We considered too that damages are assessed on a once and for all basis. As stated in Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v Kerajaan Malaysia & Ors [2014] MLJU 1922; [2015] 1 CLJ 825 at p 850: ... The award of future damages or cost of future care in Malaysia is done on once-and-for-all assessment basis, unlike in England where damages may be assessed periodically, following judgment on liability. Thus in Malaysia the victim cannot return to court in the future to claim more damages because his or her injuries have worsened, or if unexpectedly the victim has more needs and the original award had proved inadequate. [36] To now make a one third deduction would be a further expectancy by reference to Graf had already been factored. We find the HCJ was plainly wrong to have made S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg the 15% deduction.” [86] Mahkamah membenarkan kos fisioterapi dan rawatan akan datang berjumlah RM57,600 [RM150 x 2 sesi sebulan x 12 x 16 tahun] - tanpa faedah. Mahkamah berpendapat demikian memandangkan pihak-pihak telah bersetuju dengan multiplier, ia sewajarnya dikekalkan memandangkan Mahkamah tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. [87] Mahkamah mengehadkan sesi fisioterapi kepada 2 kali sebulan sahaja memandangkan tiada rekod yang diberikan oleh pihak Plaintif berkaitan fisioterapi yang telah dibuat dan dijalankan. Hal ini disokong dengan pendapat doktor pakar Defendan yang mencadangkan sesi fisioterapi sebanyak 1-2 kali sebulan sahaja berbanding 3 kali seminggu sebagaimana yang dicadangkan oleh pakar Plaintif. [88] Pada masa yang sama, Mahkamah berpendapat bahawa sesi fisioterapi ini boleh dijalankan di rumah dengan bantuan ahli keluarga Plaintif Pertama setelah ahli keluarga diberi kemahiran atau diajar oleh pihak fisioterapi kerana pada kebiasaannya sesi fisioterapi juga boleh dijalankan di rumah atau dengan sendiri dan hanya perlu dilaporkan kepada pakar fisioterapi apabila perlu. Kos membeli kerusi roda (item x) [89] Pakar Plaintif-plaintif mencadangkan bahawa Plaintif perlu menggunakan kerusi roda dan mattress di mana kos adalah RM3,800 dan perlu diganti setiap 5 tahun. Plaintif menuntut RM3,800 x 3.2 tahun (16 tahun di bahagi 5 tahun). S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [90] Pakar Defendan pula mencadangkan sebagaimana berikut: “Cost of reclining wheelchair: he requires reclining wheelchair with detachable arm rests and footrest and tray for medical equipment. This will cost RM2,000.00 every 6 years”. “Cost of pressure relief wheelchair cushion: he requires pressure relief wheelchair cushion. Excessive for a ROHO cushion. He can use normal foam cushion. This will cost RM600.00 every 2 years”. [91] Pihak peguam cara Defendan mencadangkan sejumlah RM6,000 iaitu RM2,000 kos sekali pertukaran setiap 6 tahun x 3 kali tukar. [92] Mahkamah membenarkan kos kerusi roda ini sebagaimana yang dihujahkan oleh Plaintif iaitu sejumlah RM12,160.00 [RM3,800 x 3.2 tahun]- tanpa faedah. Mahkamah berpendapat, cadangan yang diberikan oleh pakar Defendan agak rendah dan pihak peguam cara Defendan tidak memasukkan sekali kusyen dalam cadangan nilaian kos kerusi roda ini walaupun pakar Defendan ada memberi cadangan berkenaan kusyen untuk kerusi roda. Keadaan Plaintif yang tidak dapat bergerak sepatutnya diberikan kerusi roda yang berkualiti memandangkan Plaintif akan memerlukannya seumur hidup. Perbelanjaan untuk membeli diapers/pampers, colostomy bag/urinary cathererization, medical paraphermelia seperti katil orthopaedic dan lain-lain serta kos untuk membeli ubat-ubatan seperti antibiotik, krim, bedak dan lain-lain ubat ( item za, zb, zc, zf) S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [93] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif memohon untuk kos peralatan dan ubatan ini untuk kos sebenar dan kos akan datang. Kos sebenar adalah untuk penggunaan dari April 2019 sehingga Disember 2024 iaitu selama 56 bulan dengan faedah manakala penggunaan untuk masa hadapan adalah untuk 16 tahun (192 bulan) iaitu multiplier yang dipersetujui tanpa faedah. [94] Doktor pakar Plaintif telah memberikan cadangan barangan yang diperlukan serta harga yang mana boleh dilihat sebagaimana jadual di bawah: Bil Peralatan / kos Kos bagi sebulan (RM) Penggunaan dari April 2019 hingga Disember 2024 dengan faedah (56 bulan) Penggunaan masa depan bagi 16 tahun tanpa faedah (192 bulan)
1
Incontinence sheet 22.50 1,260.00 4,320.00 2. Diapers 225.00 12,600.00 43,200.00 3. Condom 45.00 2,520.00 8,640.00 4. Urine bags 10.00 560.00 1,920.00 5. Milk for tube feeds 1,054.80 59,068.90 202,521.60 6. Manual hospital bed 27.00 1,512.00 5,184.00
7
Hospital grade mattress 5.00 280.00 960.00 S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg costing
8
Pressure relieving mattress 16.30 912.80 3,129.60
9
Motorized hoist 116.70 - 22,406.40 10. Suction apparatus 13.50 - 2,592.00 11. Nasogastric tube 53.30 - 10,233.60 12. Tracheostomy tube replacement with speaking valve 300.00 - 57,600.00 13. Orthotic device (RM600 per year)
50
50.00 - 9,600.00 14. Portable ramp for ramps for curd, doors and stairs (RM800 for 5 year)
13
13.33 - 2,559.36 15. PEG tube (RM300 / 6 month)
50
50.00 2,800.00 9,600.00
16
Nebulizer (RM400 / 5 year)
6
6.70 - 1,286.40 17. Positioning wedges (RM500 / yearly)
41
41.66 - 7,998.72 18. Cost of oxy meter (RM180/5 years) 3 -
576
576.00 19. Cost of digital ear thermometer (RM150/5 years)
2
2.50 -
480
480.00
20
Cost of padded reclining shower chair (RM3000/5 years)
50
50.00 - 9,600.00 JUMLAH 81,513.70 404,407.68 [95] Pihak peguam cara Defendan pula menyatakan bahawa tiada sebarang keterangan daripada pihak Plaintif bahawa barang-barang tersebut telah digunakan bagi tempoh yang dinyatakan S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg serta tiada sebarang resit difailkan. Oleh sebab itu, tuntutan tersebut sepatutnya ditolak. [96] Pihak peguam cara Defendan merujuk kepada kes Kerajaan Malaysia & Anor v Nurul Rabihah binti Abdul Rahman (Aug 2024) 2 PIR (II) di mana Mahkamah telah menyatakan: “[74] ..., this respondent is claiming for the cost of using the stoma bags since May 18, 2017, the claim should be specifically mentioned and particularised in the pleadings and should be specifically proven during the trial since this is a claim for expenses incurred1 i.e. special damages”. [97] Pihak Plaintif Pertama juga boleh mendapatkan barang-barang keperluan tersebut di hospital kerajaan memandangkan Plaintif Pertama merupakan pemegang kad OKU. [98] Pihak Defendan mengguna pakai cadangan yang diberikan oleh pakar mereka iaitu Dr. Mazlina yang mana keseluruhan jumlah adalah sebanyak RM 81,049.37. Jadual barangan yang dicadangkan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalan hujahan pihak Defendan sebagaimana berikut: No Item Jumlah 1. Cost of Hi-Lo bed RM 6666.67 (tanpa faedah)
2
Cost of alternating RM 5000.00 (tanpa faedah) S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg pressure mattress 3. Cost of position wedges RM 1000.00 (tanpa faedah)
4
Cost of reclining wheelchair RM 4000.00 (tanpa faedah)
5
Cost of pressure relief wheelchair cushion RM 2800.00 (tanpa faedah)
6
Cost of portable ramp for curb, doors, and stairs Tiada keterangan apa kos yang perlu 7. Cost of suction machine RM 1400.00 (tanpa faedah)
8
Cost of nebuliser Dalam laporan Plaintif telah dinyatakan kos adalah RM 400 untuk 5 tahun RM 800 tanpa faedah 9. Costs of Tracheotomy tube RM 4666.70 (tanpa faedah)
10
Cost of pulse oximeter RM 360.00 (tanpa faedah)
11
Cost of padded reclining shower chair RM 5000.00 (tanpa faedah)
12
Cost of consumables RM 45,696.00 (tanpa faedah)
13
Cost of PEG Tube OR Silicone NG Tube RM 3360.00 (tanpa faedah)
14
Cost of digital ear thermometer RM 300.00 (tanpa faedah) TOTAL: RM 81, 049.37 (tanpa faedah) S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [99] Mahkamah telah membenarkan tuntutan sebagaimana yang dipohon oleh pihak Plaintif iaitu sejumlah RM81,513.70 (April 2019 - Dec 2024 - 56 bulan dengan kos) bagi kos perbelanjaan sebenar dan sejumlah RM404,407.68 (192 bulan) tanpa kos bagi ganti rugi pada masa hadapan. [100] Mahkamah berpendapat bahawa sebagai seorang yang bedridden dan terpaksa bergantung pada orang lain, Plaintif Pertama sememangnya memerlukan peralatan yang dipohon dalam item-item ini. Mahkamah mengambil judicial notice bahawa keperluan tersebut diperlukan dan digunakan dalam tempoh yang dinyatakan di atas. [101] Mahkamah merujuk kepada kes Masyitah bt Md Hassan v Sakinah bt Sulong [2021] 7 MLJ 144 di mana Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: "[80] Although s 57 of the Evidence Act sets out matters which the court must take judicial notice of, the list therein is not exhaustive. The court may take judicial notice· of matters which are of common and general knowledge. See Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985] 1 MLJ 153. [81] The manner in which the court takes judicial notice of facts was expounded by Syed Agil Barakbah SCJ in Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Jururus Ladang Sdn Bhd [1986] 2 MLJ 30: S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg The important point to note is that section 57 does not prohibit the courts from taking judicial notice of other facts not mentioned therein. The matter which the court will take judicial notice must be the subject of common and general knowledge and its existence or operation is accepted by the public without qualification or contention. The test is that the facts involved must be so sufficiently notorious that it becomes proper to assume its existence without proof ... Judicial knowledge is continually extended to keep pace with the advance of art, science and general knowledge. Subsections (2) and (3) of section 57 provide discretionary power to the court to resort to the aid of approiate books ordocuments of reference in all meters of public history, literature, science or art. (Emphasis added.) [82] As such, I took judicial notice of the breakneck speed that online news is susceptible to spreading, as this was a sufficiently notorious fact that the court could not ignore; compounded by the fact that such news was false. After all, it has been said that 'falsehood flies, and truth comes limping after it, so that when men come to be undeceived, it is too late; the jest is over, and the tale hath had its effect'." Bayaran rawatan jagaan (nursing care) (item ze) [102] Mahkamah membenarkan sejumlah RM56,000 dengan faedah bagi kos sebenar jagaan dan juga RM288,000 (tanpa faedah) sebagai kos jagaan masa hadapan. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [103] Pihak-pihak telah bersetuju bahawa sejumlah RM1,500 sebulan sebagai kos jagaan. Pihak-pihak juga bersetuju bahawa multiplier dalam kes ini adalah selama 16 tahun. Oleh itu, kos jagaan masa hadapan yang dipersetujui adalah RM288,000 – tanpa faedah (dipersetujui). [104] Pihak peguam cara Defendan membantah kos penjagaan sebenar dengan alasan pihak Plaintif-plaintif tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa ada bayaran dibuat kepada mana-mana pihak berkenaan yang kononnya menjaga Plaintif Pertama dari masa kemalangan sehingga sekarang. Ganti rugi kos jagaan ini merupakan ganti rugi khas yang perlu dibuktikan dengan ketat. [105] Mahkamah membenarkan tuntutan bagi kos penjagaan sebenar pihak Plaintif-plaintif memandangkan terdapatnya keterangan daripada SP3 dan SP4 bahawa mereka yang menjaga Plaintif Pertama. Plaintif Pertama telah dijaga oleh ahli keluarga memandangkan pihak keluarga tidak berkemampuan untuk mengambil pembantu rumah. [106] Dengan kecederaan dan keadaan Plaintif Pertama ini, secara logiknya Plaintif Pertama perlu diuruskan oleh pihak lain dan pihak yang paling hampir dengan Plaintif adalah ahli keluarga Plaintif Pertama sendiri. Mahkamah mengambil judicial notice bahawa pembantu diperlukan untuk menjaga Plaintif Pertama. [107] Mahkamah telah merujuk pada kes Pantai Medical Centre Sdn S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Bhd v Fareed Reezal bin Arund (suing through his wife and litigation representative Wan Zafura bt Wan Kassim) and another appeal [2022] 4 MLJ 529 di mana Mahkamah Rayuan telah membenarkan kos penjagaan sebanyak RM2,000 kepada isteri mangsa yang menjaganya. [108] Dalam kes Idris Bin Adam lwn Felcra Berhad Anor [2014] 7 MLJ 629 di mana Mahkamah telah memberi award sebanyak RM500.00 sebulan kepada isteri mangsa yang menjaganya bagi 12 bulan. [109] Mahkamah berpendapat RM1,000 sebulan adalah berpatutan sebagai kos penjagaan oleh ahli keluarga. Mahkamah berpendapat kos jagaan oleh ahli keluarga ini tidak melibatkan agensi pembantu rumah, bayaran permit dan sebagainya yang melibatkan kos tambahan. Pada masa yang sama memandangkan pihak-pihak telah bersetuju dengan kos RM1500 sebulan bagi kos penjagaan pada masa hadapan, jumlah RM1000 pada pendapat Mahkamah adalah lebih murah berbanding kos pembantu rumah luar. Oleh sebab itu, Mahkamah membenarkan sejumlah RM 56,000 [RM 1000 x 56 bulan ( April 2019- Disember 2024) dengan faedah. Kos membaiki rumah untuk kesesuaian orang kurang upaya (item zg) [110] Pihak peguam cara Plaintif-plaintif telah menghujahkan sejumlah RM8,000 sebagai kos untuk membaiki rumah di mana Plaintif S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Pertama memerlukan penambahbaikan pada bilik air. Ini disokong oleh pakar Plaintif yang telah mencadangkan sejumlah RM8,000 sebagai kos ubah suai. [111] Pakar pihak Defendan ada menyatakan keperluan untuk bilik air diubahsuai tetapi tidak memberikan sebarang jumlah yang bersesuaian. Pihak peguam cara Defendan menghujahkan bahawa pihak Plaintif perlu mendapatkan satu sebut harga daripada mana-mana kontraktor yang memberikan kos bagi pengubahsuaian yang perlu dibuat. Pihak Plaintif-plaintif telah gagal berbuat demikian di mana tiada satu sebut harga berkaitan sebarang pembaikian atau pengubahsuaian difailkan oleh pihak Plaintif-plaintif. [112] Pada masa yang sama, tidak terdapatnya keterangan daripada pihak Plaintif bahawa pengubahsuaian akan dijalankan di rumah terutamanya untuk bilik air. Oleh sebab itu, tuntutan untuk sebarang pengubahsuaian rumah sepatutnya ditolak. Secara alternatif, pihak peguam cara Defendan mencadangkan hanya 1/3 daripada kos pengubahsuaian yang dicadangkan dibenarkan iaitu sejumlah RM2,666.70 (1/3 daripada RM8,000). [113] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif Pertama memerlukan ruang bilik air yang selesa bagi membolehkan kerusi roda atau katil dibawa masuk ke dalam bilik air untuk pengurusan diri Plaintif Pertama. Pada masa yang sama, bilik air tersebut sepatutnya sesuai untuk dimasuki dan digunakan oleh beberapa orang. Oleh yang demikian, pengubahsuaian bilik air adalah S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg perlu. Jumlah yang dicadangkan oleh pakar Plaintif iaitu RM8,000 merupakan jumlah yang munasabah dan tidak begitu tinggi untuk kos pengubahsuaian pada masa kini di mana Mahkamah mengambil judicial notice bahawa semua kos barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal dan meningkat. [114] Pihak peguam cara Defendan juga telah menghujahkan bahawa kos penjagaan masa hadapan dan kos perubatan/alatan perubatan masa hadapan yang dituntut dimasukkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad untuk ditadbir dan kos tersebut dilepaskan kepada Plaintif-plaintif berdasarkan kos bulanan yang dikehendaki dibayar oleh Plaintif-plaintif. [115] Pihak peguam cara Defendan juga menghujahkan sekiranya keperluan untuk membayar bagi kos jagaan masa hadapan dan kos perubatan/alatan perubatan pada masa hadapan ini tidak lagi wujud sama ada disebabkan oleh sembuh atau meninggal dunia, baki ganti rugi yang diberikan dipulangkan kembali kepada penanggung insurans pihak Defendan. [116] Pihak Plaintif membantah permohonan Defendan tersebut memandangkan perkara ini tidak ditimbulkan semasa perbicaraan berlangsung. Plaintif Pertama semasa kes ini berjalan telah pun berusia 37 tahun dan tempoh multiplier yang dipersetujui bukannya terlalu tinggi. Plaintif Kedua yang telah menjaga Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua merupakan wakil litigasi Plaintif Pertama dan sepatutnya jumlah ganti rugi tersebut diserahkan kepada Plaintif Kedua dan bukannya kepada pihak Amanah Raya Berhad. S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg [117] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif-plaintif. Mahkamah berpendapat keseluruhan wang ganti rugi tidak sewajarnya diserahkan kepada pihak Amanah Raya Berhad dan dikeluarkan mengikut keperluan bulanan. Hal ini adalah kerana ia akan menyusahkan pihak-pihak dan urusan Amanah Raya melibatkan bayaran kos yang tertentu. [118] Pada masa yang sama, Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif-plaintif juga tidak berpeluang untuk memohon tuntutan yang berikutnya sekiranya jumlah yang diberikan tidak mencukupi dan sekiranya Plaintif Pertama mengalami kemerosotan kesihatan yang memerlukan perbelanjaan dan kos rawatan yang lebih tinggi. Oleh itu, ganti rugi yang diberikan adalah secara sekaligus dan tidak berperingkat. [119] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang berkaitan kuantum yang diberikan kepada Plaintif Pertama adalah wajar dan berpatutan. Mahkamah juga membenarkan kos mengikut skala dan faedah-faedah yang berkaitan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BT WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Bertarikh: 17.4.2025 S/N TdNghs8LtkOd7B2iybTljg Pihak-pihak: Peguam cara pihak Plaintif: Cik Balvinderjit Kaur [Tetuan Kuldip & Co. (Kuala Lumpur)] Peguam cara pihak Defendan: Cik Amar Jit Kaur a/p Dharam Singh [Tetuan Kalai & Partners]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.