Content
B-05(SH)-467-10/2023 Kand. 65 18/06/2025 12:30:34 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05(SH)-467-10/2023
B-05(SH)-467-10/2023
Court of Appeal of Malaysia27 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“] Mahkamah ini berpandangan bahawa sabitan terhadap OKT1 adalah tidak selamat. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chan Wei Loon V Public Prosecutor [2021] MLJU 770; [2021] 4 MLJ 660 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: "(1) Whether or not po”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
B-05(SH)-467-10/2023 Kand. 65 18/06/2025 12:30:34 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05(SH)-467-10/2023
5
NARESHKUMAR GORTTHAPAN (PASSPORT NO.: TIADA) ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Di Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah No. BA-45A-67-07/2019]
1
Arujunan a/l Thamilselvam (N0. K/P.: 870402-05-5135)
2
R. Manikamdan Ravindren
3
S. Satish Kumar Siva Lingan
4
Sivabalan Sadavhan
5
Nareshkumar Gortthapan KORAM: AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN MUKADIMAH [1] Pendakwaan terhadap lima [5] orang perayu/tertuduh telah bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mana kesemua mereka telah dituduh atas pertuduhan yang berikut: "Bahawa kamu bersama 27/11/2018, jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di rumah beralamat No. 70 Jalan Kemajuan 12/18 Seksyen 12 Petaling Jaya, Di Dalam Daerah Petaling Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati memperoses dadah berbahaya Methamphetamine dengan berat bersih 22,016.47 gram. Oleh itu kamu bersama-sama telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan." [2] Kesemua lima tertuduh telah dibicarakan sepenuhnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 11.10.2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa kesemua tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap (28.11.2018) dan sebatan 12 kali sebatan rotan. [3] Tidak berpuas hati, kelima-lima tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan ini. [4] Pada 27.01.2025, Mahkamah Rayuan ini setelah mendengar hujahan kesemua pihak telah memutuskan bahawa Perayu Pertama bernama Arjunan a/l Thamilselvan dilepas dan dibebaskan. Manakala rayuan oleh empat [4] lagi perayu dibenarkan sebahagian iaitu keempatempat perayu tersebut disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB") dan dihukum dibawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dengan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun dan 10 kali sebatan dari tarikh tangkap. [5] Kesemua empat orang perayu [iaitu Perayu Kedua hingga Perayu Kelima] tidak berpuas hati atas keputusan tersebut dan kini memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan Malaysia, merayu atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan ini. Walau bagaimanapun pihak Pendakwa Raya tidak memfailkan sebarang rayuan atas keputusan melepas dan membebaskan Parayu Pertama Arujunan a/l Thamilselvan. Keempat-empat perayu adalah warganegara India tetapi perayu pertama adalah warganegara tempatan. [6] Selepas ini Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai OKT1 hingga OKT5. FAKTA KES PENDAKWAAN [7] Pada 27.11.2018 jam lebih kurang 6.00 petang, SP4 (Ketua Serbuan) dan pasukannya telah menahan kereta Honda Accord warna kelabu gelap dengan nombor pendaftaran WD957A, diparkir di hadapan Bangunan Centrestage Jalan Kemajuan 12/18 Sek 12 46200 Petaling Jaya, Selangor yang dinaiki oleh seorang lelak berbangsa India iaitu pemandu kereta tersebut dicamkan sebagai OKT1 Arujunan a/l Thamilselvan. [8] Pemeriksaan ke atas tubuh badan OKT1 telah menjumpai serangkai kunci yang mengandungi 6 batang anak kunci berserta alat kawalan jauh dalam poket seluar hadapan sebelah kanan jeans panjang berwarna biru berjenama Levi Strauss & Co yang dipakai oleh OKT1. Berdasarkan pertanyaan/temubual SP4, OKT1 menunjukkan kunci tersebut adalah kunci rumah di mana terdapat 4 orang lelaki warga India yang memasak 'ice'. Yang mana 'ice' merujuk kepada dadah Methamphetamine. [9] Dengan dipandu arah oleh OKT1, SP4 dan pasukan telah ke rumah yang dimaksudkan OKT1 yang berada lebih kurang 50 meter dari tempat di mana tangkapan OKT1 dibuat. Pada jam lebih kurang 6.15 petang, SP4 bersama pasukan dan disaksikan oleh OKT1 telah membuat serbuan ke atas rumah beralamat No.70, Jalan Kemajuan 12/18, Seksyen 12 46200 Petaling Jaya, Selangor. [10] Pintu pagar utama rumah tersebut berjaya dibuka dengan menggunakan alat kawalan jauh yang dirampas daripada OKT1. Dengan disaksikan oleh OKT1 dan pasukan, SP4 berjaya membuka mangga pintu grill rumah tersebut dengan menggunakan kunci yang sama. Manakala, didapati pintu sliding bertutup tetapi tidak berkunci. [11] Menurut SP4 rumah tersebut adalah sebuah rumah banglo yang dikelilingi dengan pagar dan mempunyai dawai berduri di atas pagar tersebut. SP4 juga dalam keterangannya menghidubau 'chemical' yang sangat kuat sebaik sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. [12] Menerusi pemeriksaan dalam rumah tersebut, SP4 dan pasukan berjaya menahan 2 lelaki India di bilik pertama iaitu R. Manikamdan Ravindren (OKT2) dan S. Sathish Kumar Siva Lingan (OKT3). Manakala D/Sjn 140527 Badri (SP7) dan beberapa anggota lain berjaya menahan 2 lagi lelaki India di bilik kedua iaitu Sivabalan Sadavhan (OKT4) dan Nareshkumar Gotthapan (OKT5). [13] Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis dan bentuk peralatan/barang kes ditemui di bilik pertama dan kedua tersebut. Senarai peralatan/barang kes tersebut telah disenaraikan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi di dalam alasan penghakimannya dan mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulangi semula naratif fakta berkenaannya. [14] Secara ringkasnya, selain daripada pelbagai peralatan/barang yang SP4 percayai digunakan untuk memproses dadah, SP4 dan pasukannya juga telah menjumpai dan merampas dadah dalam serbuan tersebut iaitu:
i
22 plastik lutsinar bertulis REYNOLDS mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine;
II
(ii) 9 keping kertas mahjong putih (yang SP4 telah masukkan ke dalam 9 plastik barang kes PDRM) di dalamnya mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah;
III
(iii) 9 tin berisi cecair kimia disyaki dadah; dan
IV
(iv) tong plastik berwama biru berisi cecair kimia disyaki dadah. [15] Borang senarai geledah rampasan barang-barang kes di rumah tersebut adalah sepertimana P26 manakala Borang Serah Menyerah Barang-barang Kes antara SP4 dan SP8 [Pegawai Penyiasat] adalah sepertimana P27. [16] SP4 seterusnya telah membuat laporan polis sebagaimana Sea Park Report 9388/18 (P25) dan report penambahan alamat tempat kejadian iaitu Sea Park Report 9404/18 (P28). [17] Barang-barang peribadi termasuk kad pengenalan OKT1, jam tangan, kunci-kunci yang dirampas, telefon-telefon bimbit, bil elektrik beralamat rumah tempat kejadian serta seluar jeans panjang jenama Levi Strauss & Co yang dipakai oleh OKT1 turut dirampas oleh SP4 sepertimana keterangan SP4 dan terkandung di dalam senarai geledah (P29) dan telah diserahkan kepada SP8 melalui borang serah menyerah (P30). [18] Pada 28.11.2018 jam 10.30 pagi, SP5 (Ahli Kimia) dengan diiringi oleh SP8 telah menjalankan pemeriksaan ke atas barang kes di tempat kejadian. SP5 telah membuat ujian dan analisa awal di tempat kejadian. Kemudian, SP5 telah meminta pegawai penyiasat (SP8) untuk menghantar sampel-sampel bagi item A3, A8, A10, A25(1) hingga A25(7), A26 hingga A31, A41, A42, A43 hingga A50, A51 hingga A53 A57, A59(1), A60(1), A61(1), B3 dan B13(1) ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisa selanjutnya. SP8 telah memasukkan barang-barang kes yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia ke dalam kotak PDRM berwarna biru bertanda SNW1 hingga SNW7 bersama barang kes bertanda B3, A3 dan A57. [19] Dalam kes ini barang-barang kes yang dianalisa disahkan terdapatnya bahan kimia seperti pseudoephedrine, acid hydrochloric, iodine, sodium hydroxide, toluene dan acetone serta bahan dadah berbahaya jenis methamphetamine secara keseluruhannya dengan berat bersih 22,016.47 gram methamphetamine. [20] Barang kes yang dianalisa oleh SP5 adalah sebagaimana yang berikut: SNW1(P9)22 peket plastik bertulisan"REYNOLDS" masing-masing bertanda“C” hingga“C21” yang mengandungi bahan kristal jernih yang mana setelah analisa mengandungi methamphetamine berat bersih keseluruhan 17036.4 gram.SNW2 [P10]9 plastik barang kes PDRM yang berisi satu kertas putih masing-masing bertanda“C22” hingga“C30”yang mengandungi bahan kristal jernih yang mana setelah dianalisa mengandungi bahan kristal jernih yang mana setelah Analisa mengandungi methamphetamine berat bersih keseluruhan 2208.2 gram.Satu beg plastik berwarna kuning bertanda"A25" berisi 7 bungkusan plastik masing-masing bertanda“A25(1)” hingga"A25(7)” yang mengandungi pseudoephedrine berat bersih 6985.9 gram.SNW3 (P11)Satu bekas kaca bertanda"A26" berisi cecair perang mengandungi 72.90 gram methamphetamine dan bahan kristal perang mengandungi 358.6 gram methamphetamine.Satu bekas kaca bertanda"A27" berisi cecair perang mengandungi 86.61 gram methamphetamine dan bahan kristal perang mengandungi 419.2 gram methamphetamine.Satu bekas kaca bertanda"A28" yang mengandungi bahan kristal perang mengandungi 560.2 gram methamphetamine.Satu bekas kaca bertanda"A29" berisi cecair perang mengandungi 76.66 gram methamphetamine dan bahan kristal perang mengandungi 284.4 gram methamphetamine. Satu bekas kaca bertanda"A30" berisi cecair perang mengandungi 84.44 gram methamphetamine dan bahan kristal perang mengandungi 408.0 gram methamphetamine. Satu bekas kaca bertanda"A3111 mengandungi bahan kristal perang berat bersih 375.5 gram methamphetamine.SNW4(P12)Satu botol kaca berwarna hitam bertanda"A59(1)" yang mengandungi cecair jernih iaitu 2362 mililiter yang mengandungi "acid hydrochloric". Satu botol plastik bertanda"A41" yang mengandungi cecair berwarna merah iaitu 1060 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu botol plastik bertanda"A42" berisi cecair berwarna jernih mengandungi berat bersih 11.89 gram methamphetamine dan cecair berwarna perang mengandungi 33.47 gram methamphetamine. Satu botol plastik bertanda"A51" berisi cecair beiwarna kuning iaitu 2100 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A8" yang mengandungi ketulan-ketulan berwarna perak iaitu 5469 gram "iodine". Satu bekas plastik bertanda "B13(1)" yang mengandungi ketulan-ketulan berwarna putih iaitu 1106.3 gram sodium hydroxide". Satu bekas plastik bertanda "A60(1)" yang mengandungi ketulan-ketulan berwarna putih iaitu 1099.2 gram 11sodium hydroxide". Satu bekas plastik bertanda "A61(1)" yang mengandungi ketulan-ketulan berwarna putih iaitu 1102.54 gram 11sodium hydroxide". Satu bekas plastik berwarna hijau bertanda "A10" yang mengandungi kesan bahan kristal keperangan mengandungi methamphetamine.SNWS(P13)Satu bekas plastik bertanda"A52" yang mengandungi cecair berwarna kuning iaitu 2500 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A53" yang mengandungi cecair berwarna kuning iaitu 2600 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya.SNW6(P14)Satu bekas plastik bertanda"A43" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 26 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A44" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 25 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A45" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 30 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A46" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 27 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A47" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 22 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A48" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 25 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A49" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 28 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Satu bekas plastik bertanda"A50" yang mengandungi cecair berwarna perang iaitu 50 mililiter dan tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. [21] Barang kes "B3" mengandungi cecair jernih mengandungi toluene. Barang kes "A3" mengandungi ketulan-ketulan berwarna perak iaitu 566.2 gram iodine manakala barang kes "A57' yang mengandungi cecair jernih iaitu 2165 mililiter yang mengandungi acetone. [22] Kesan dadah Methamphetamine terdapat pada baju dan seluar yang dipakai oleh OKT2 hingga OKT5 yang mana telah dirampas oleh SP8. Laporan kimia serta keterangan SP5 mengesahkan perkara berikut: Baju dan seluar OKT2ada kesan dadah methamphetamineSatu sampul barang kes POLIS DIRAJA MALAYSIA bertanda"A" berisi sehelai baju berwarna biru berjenama "SUPERDRY"(P173) dan sehelai seluar panjang berwarna kelabu berjenama "PAYPER11(P174).Setelah dianalisa baju dan seluar tersebut mengandungi kesan methamphetamine.Seluar dan baju ini dirampas pada OKT2sepertimana Borang Pemeriksaan(P184) dan Sea Park report 9434/18(P188).Baju dan seluar OKT3ada kesan dadah methamphetamineSatu sampul barang kes POLIS DIRAJA MALAYSIA bertanda"B" berisi sehelai baju berwarna kelabu berjenama "CONVERSE"(P176) dan sehelai seluar pendek berwarna kelabu berjenama "OCEANO"(P177).Setelah dianalisa baju dan seluar tersebut mengandungi kesan methamphetamine.Seluar dan baju ini dirampas pada OKT3sepertimana Borang Pemeriksaan (P185) dan Sea Park report 9435/18(P189).Baju OKT4 ada kesan dadah methamphetamineSatu sampul barang kes POLIS DIRAJA MALAYSIA bertanda "C" berisi sehelai baju berwarna biru bercorak "JACK & JONES" (P179) dan sehelai seluar pendek berwarna biru bercorak 11HURUF" (P180). Setelah dianalisa baju tersebut mengandungi kesan methamphetamine dan seluar tidak mengandungi sebarang dadah berbahaya. Seluar dan bajuini dirampas pada OKT4 sepertimana Borang Pemeriksaan (P186) dan Sea Park report 9436/18(P190).Baju dan seluar OKT5 ada kesan dadah methamphetamineSatu sampul barang kes POLIS DIRAJA MALAYSIA bertanda 11D" berisi sehelai baju berwarna biru bertulis 11QATAR AIRWAYS" (P182) dan sehelai seluar panjang berwarna biru berjenama "CLING" (P183). Setelah dianalisa baju dan seluar tersebut mengandungi kesan methamphetamine. Seluar dan baju ini dirampas pada OKT5 sepertimana Borang Pemeriksaan (P187) dan Sea Park report 9474/18(P191). [23] Pasukan forensik juga ada merampas beberapa berus gigi, pencukur dan baju-baju untuk perbandingan DNA namun SP8 menyatakan analisa Jabatan Kimia Malaysia di dalam laporan kimia mengesahkan tiada DNA yang dikesan kerana DNA yang diperolehi terlalu lemah dan tidak konklusif untuk dibuat perbandingan. Penyewa rumah penama Kannan Parameswaran [24] [24] Pemeriksaan lanjut berkenaan pemilik rumah berkenaan mendapati rumah berkenaan dimiliki oleh Wong Yuen Ken (SP1). Rumah berkenaan telah disewakan kepada seorang lelaki warganegara India bernama Kannan Parameswaran pada April 2018 dengan bayaran sebanyak RM9,000.00 sebulan. Penyewaan rumah tersebut diuruskan oleh Khoo Soo Kwai (SP2) yang merupakan agen hartanah. Agen hartanah turut mengesahkan rumah disewa kepada lelaki bernama Kannan Parameswaran. Terdapat perjanjian sewa antara pemilik dan penama Kannan Parameswaran. [25] Semakan pergerakan keluar masuk Kannan Parameswaran dengan merujuk laporan Jabatan Imigresen Malaysia bertarikh 05.12.2018 (Ekshibit P273) mendapati beliau telah meninggalkan Malaysia pada 26.11.2018 melalui KLIA. DAPATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PENDAKWAAN [26] Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa kewujudan satu perbuatan memproses dadah terjumlah kepada kesalahan mengedar dadah. Bukti dan keterangan yang dikemukakan juga adalah cukup untuk menunjukkan bahawa semua OKT mempunyai niat bersama dalam memproses dadah jenis methamphetamine. [27] Hakim Mahkamah Tinggi juga ada membuat dapatan bahawa walaupun terdapat isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan berkenaan barang-barang kes yang dirampas, namun isu-isu tersebut telah dijelaskan dan diterangkan oleh saksi-saksi pendakwaan dan dengan itu isu-isu tersebut tidak mematahkan rantaian keterangan kes pendakwaan terhadap semua OKT. Dalam kes ini, rantaian keterangan tidak terputus dan dadah-dadah yang dirampas adalah sentiasa dalam jagaan dan kawalan yang sepatutnya. Kesemua dadah yang dirampas adalah sama dengan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah dan telah dicamkan secara positif melalui keterangan saksi-saksi utama pendakwaan iaitu SP4, SP5 dan SP7. [28] Berhubung dengan kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi bernama Kannan Parameswaran iaitu penyewa rumah tersebut dan Davendran a/l Saunthararajun iaitu penyewa kereta yang dinaiki OKT1 ketika serbuan, Hakim Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa kegagalan tersebut tidak membangkitkan inferens yang bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan ke atas pihak pendakwaan. [29] Maka, atas penilaian maksima terhadap semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes prima facie telah berjaya dibuktikan ke atas semua tertuduh. [30] Seterusnya, kelima-lima tertuduh telah dipanggil untuk membela diri dengan menggunakan anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB dan menggunakan seksyen 2 ADB berkenaan dapatan perbuatan "manufacture" iaitu memproses dadah berbahaya serta seksyen 34 Kanun Keseksaan. KES PEMBELAAN [31] Kesemua OKT memberikan keterangan secara bersumpah dari kendang saksi. Secara ringkasnya pembelaan OKT1 hingga OKT5 menurut Hakim Mahkamah Tinggi Yang Terpelajar adalah seperti berikut:
i
OKT1 hingga OKT5 menafikan penglibatan dalam pemprosesan dadah di rumah tempat kejadian.
II
(ii) OKT1 hingga OKT5 tiada milikan dan pengetahuan terhadap barang-barang atau peralatan dan dadah yang dijumpai dalam rumah tersebut.
III
(iii) OKT2 hingga OKT5 menafikan pemilikan baju yang dirampas yang mempunyai kesan dadah methamphetamine.
IV
(iv) Pihak polis bertindak mengadakan atau mengenakan OKT1 hingga OKT5 dalam kes ini.
v
OKT1· juga menafikan kunci rumah tempat kejadian dijumpai di dalam poket seluar OKT1.
VI
(vi) Wujud penama Sam oleh OKT1 yang dikatakan pemilik kereta Honda tersebut. Kunci rumah tempat kejadian juga dikatakan dijumpai dalam kereta.
VII
(vii) OKT2 hingga OKT5 yang merupakan warganegara India tidak mengenali sesiapa selain penama Vasu dan Samy yang kemudian telah dihantar ke rumah tersebut.
VIII
(viii) OKT2 hingga OKT5 diletakkan di rumah tersebut untuk menunggu passpot dan tiket penerbangan.
IX
(ix) Pintu pagar yang telah dilanggar dan jatuh.
x
Kewujudan kolam di kawasan rumah tersebut yang menjadi tempat menunggu OKT2 hingga OKT5. [32] Hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa keterangan pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah atas alasan berikut:
i
keterangan pembelaan bersifat penafian dan rekaan oleh OKT1 hingga OKT5 semata-mata;
II
(ii) pembelaan OKT1 hingga OKT5 adalah satu pemikiran terkemudiaan (aftertought); dan
III
(iii) kegagalam memanggil penama/saksi Sam, Vasu dan Samy menyebabkan keterangan yang dikemukakan tiada sokongan (uncorroborated). Kesemua penama ini tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan. DAPATAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI DI AKHIR KES PEMBELAAN [33] Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan diakhir kes pembelaan bahawa kesemua OKT telah gagal untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes secara melampaui keraguan munasabah terhadap kesemua tertuduh. Dengan itu, kesemua tertuduh disabitkan bersalah atas pertuduhan dan dihukum penjara seumur hidup serta 12 sebatan rotan. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [34] Di dalam rayuan ini, setelah Mahkamah ini meneliti lanjut alasan penghakiman yang disediakan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi, kami mendapati bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi di dalam alasannya telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 hingga OKT5 yang mana terdapat niat bersama dan pembelaan telah gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah. [35] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada fakta keterangan yang telah dikemukakan bahawa OKT1 ditahan di luar rumah dan tiada kesan dadah pada pakaian atau tubuh badan OKT1. Hal ini berbeza dengan OKT2 hingga OKT5 yang mana ternyata mereka ada menyentuh atau hampiri dadah dan disebabkan itu analisa SP5 ke atas pakaian mereka mendapati adanya kesan dadah jenis yang sama dipertuduhkan dan dijumpai di dalam kediaman tersebut. [36] Mahkamah ini berpandangan yang keterangan bahawa OKT1 mempunyai alat kawalan jauh dan kunci tidak cukup terjumlah kepada bukti milikan dan kawalan atas kediaman tersebut yang mana dadah tersebut telah dijumpai. Tambahan pula, kes pendakwaan keatas OKT1 menjadi lemah apabila tuan punya kediaman tersebut iaitu SP1 memberitahu penyewa sebenar kediaman tersebut disewakan kepada seorang bernama Kannan Parameswaran yang telah meninggalkan Malaysia pada 26.11.2018 melalui KLIA (Laporan Jabatan Imigresen Malaysia bertarikh 05.12.2018 di Ekshibit P273). [37] Mahkamah ini berpandangan bahawa sabitan terhadap OKT1 adalah tidak selamat. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chan Wei Loon V Public Prosecutor [2021] MLJU 770; [2021] 4 MLJ 660 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: "(1) Whether or not possession was a necessary ingredient that had to be proven in a case involving manufacturing of dangerous drugs depended on the facts and circumstances of the case.
4
No traces of the impugned drugs were found on the persons of the appellants, whether on their nails or the clothes that they were wearing, at the time they were arrested. There was also no evidence of the processing of the drugs found then, not even by the chemist. Therefore, no nexus was established between the appellants and the act of manufacturing. The word 'manufacturing' in s2 of the DDA was used as a verb. Verbs were words that showed action or state of being. So, if a person was charged with manufacturing dangerous drugs, it was the prosecution's duty to show that at the time of the police raid, the accused was in action, namely, engaged in an act of manufacturing as defined by s2 of the DDA, for example, he was in the act of producing or making or refining the drugs. The evidence of such acts must be there (see paras 77 & 90)." [38] Justeru, apabila Mahkamah ini meneliti fakta dan keterangan di dalam rayuan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal mempertimbangkan bahawa pada hari kejadian kunci rumah tersebut telah dijumpai bersama dengan OKT1 dan beliau hanya menunjukkan kediaman tersebut. Mahkamah ini berpandangan bahawa keterangan yang berikut telah menyebelahi pihak OKT1, iaitu:
i
OKT2 sehingga OKT5 telah menafikan yang mereka mengenali Perayu Pertama.
II
(ii) Tiada sebarang kesan dadah didapati pada pakaian mahupun tubuh badan OKT1.
III
(iii) Tiada sebarang barang-barang peribadi milik OKT1 yang dijumpai dalam rumah tersebut iaitu di tempat kejadian seperti mana yang diperuntukkan dalam pertuduhan. [39] Oleh itu, kami bersetuju dengan hujahan peguam OKT1 yang terpelajar bahawa kalaupun, tempat atau rumah kejadian dijadikan tempat memproses dadah ianya tidak terjumlah untuk membuktikan OKT1 telah terlibat atau terbabit dengan pertuduhan yang dipertuduhkan. [40] Tambahan pula, kami mendapati Hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini telah gagal memutuskan niat bersama antara OKT1 dengan OKT2 hingga OKT5 ke atas pertuduhan tersebut. Maka, ini menguatkan lagi kegagalan pihak pendakwaan untuk mengaitkan OKT1 dengan kediaman atau rumah tersebut yang mana dadah-dadah dan peralatan memproses dadah dijumpai di dalam rumah tersebut. [41] Atas alasan ini, kami sebulat suara mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini tidak selamat untuk dikekalkan, maka, kami dengan ini melepas dan membebaskan OKT1 daripada pertuduhan. Oleh yang demikian, sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah diketepikan. [42] Berhubung dengan rayuan oleh OKT2 hingga OKT5, Mahkamah ini berpuas hati bahawa dapatan pemilikan yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi ke atas OKT2 hingga OKT5. Namun demikian, Mahkamah ini juga mendapati bahawa YA hakim bicara telah gagal membuat dapatan ke atas pembelaan tertuduh-tertuduh. [43] Dalam hal ini, dapatan Hakim Mahkamah Tinggi hanyalah bahawa OKT2 hingga OKT5 telah gagal mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 sahaja. Kami juga mendapati bahawa tiada penemuan dibuat oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi dibawah seksyen 34 Kanun Keseksaan ditambah dengan isu penerimaan dibawah seksyen 2 ADB iaitu memproses dadah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Low Thiam Teck v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 134 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keadaan yang mana tertuduh berada berhampiran dadah adalah tidak mencukupi untuk membuktikan milikan tanpa bukti terhadap pengetahuan. [44] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169, yang mana meutuskan seperti berikut: "Unless the evidence in a particular case does not obviously so warrant, it is incumbent for the court to consider whether on balance of probability the defence has rebutted the statutory presumptions of trafficking under s 37(da) of the Act as a separate exercise even though the court is satisfied on balance that the presumption of possession under s 37(d) of the Act has not been rebutted. In this case the failure to do so was a material misdirection and was fatal to the conviction." [45] Maka, Mahkamah ini telah meneliti lanjut pembelaan OKT2 hingga OKT5 yang mana mereka menyatakan bahawa mereka hanya berada di luar kediaman di bahagian kolam dan hanya sekejap berada di dalam rumah tersebut. Mereka turut menafikan pemilikkan baju yang dirampas mempunyai kesan dadah dari jenis pertuduhan iaitu Methamphetamine. Keempat-empat perayu tersebut yang merupakan warganegara India juga tidak mengenali sesiapa termasuk OKT1 dan hanya mengenali penama Vasu dan Samy yang telah menghantar mereka ke rumah tempat dadah dijumpai tersebut. Mereka mengatakan yang mereka berada di rumah tersebut untuk menunggu pasport dan tiket penerbangan balik ke India. [46] Oleh yang demikian, kami mendapati bahawa pembelaan OKT tersebut sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [47] Maka, kami sebulat suara mendapati sabitan kesalahan yang dijatuhkan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi dibawah seksyen 39B(1)(c) ADB tersebut adalah tidak selamat. Mahkamah ini memutuskan bahawa sabitan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap OKT2 hingga OKT5 iaitu hukuman pemenjaraan seumur hidup berkuat kuasa dari tarikh tangkap (27.11.2018) dan 12 kali sebatan rotan diketepikan dan digantikan dengan hukuman sabitan dibawah seksyen 12(2) ADB dan dibacakan bersama hukuman dibawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [48] Setelah Mahkamah ini mempertimbangkan mitigasi keempat-empat perayu iaitu OKT2 hingga OKT5, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman 20 tahun pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkap (27.11.2018) dan 10 kali sebatan rotan. -sgd- (AZMAN BIN ABDULLAH) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Bertarikh : 16 Jun 2025 Bagi pihak OKT1 Dato' N. Sivananthan (hadir bersamanya Cik Nabile Habib, Cik Sharifah Annafiza Al-Shahab binti Syed Fadzil) [Tetuan Sivananthan] Bagi pihak OKT2 Encik Jay Moy Wei Jiun (hadir bersamanya Cik Jayarubbiny Jayaraj, Cik Puteri Batrisyia binti Abdul Latif [Tetuan Jay & Jay] Bagi pihak TPR Atiqah binti Abdul Karim @Husaini Responden [Jabatan Peguam Negara]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.