Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-B51-2-02/2021
JA-B51-2-02/2021
Sessions Court of Malaysia24 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-B51-2-02/2021
1
ASAINAR @ HASSNAR BIN M.P. EBRAHIM [No. K/P: 520311125345]
2
MOHD SERZAN HASSNAR [No. K/P: 820916125457] … PLAINTIF-PLAINTIF
1
L/KPL 172696ZULFAQAR BIN SAMUDI (secara persendirian dan sebagai anggota polis, Polis Diraja Malaysia) & 21 Lagi … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 130) Notis Permohonan Plaintif 1. Plaintif pertama (“P1”) memfailkan Notis Permohonan di
Lampiran
Lampiran 130 bertarikh 18.7.2025 untuk perintah-perintah berikut: a. Hakim Terpelajar Puan Lailawati binti Ali, Hakim Bicara bagi guaman ini, ditarik diri (recused herself) dan/atau dikecualikan daripada terus mendengar dan mengadili tindakan guaman ini. b. Prosiding yang sedang berjalan dibatalkan dan/atau diketepikan, dan perbicaraan guaman ini didengar semula secara De novo di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen lain, yang bebas daripada sebarang persepsi berat sebelah. c. Prosiding sedia ada digantung sementara sehingga permohonan ini diputuskan. 2. Kertas-kertas kausa yang difailkan di dalam permohonan ini adalah seperti berikut: a. Notis Permohonan bertarikh 18 Julai 2025 (“Notis Permohonan”); b. Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Hassnar @ Asainar B. Hj MP Ebrahim pada 17.7.2025 (“Afidavit Sokongan”); c. Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Suhana binti Sabil pada 13.8.2025 (“Afidavit Jawapan”); dan d. Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Hassnar @ Asainar B. Hj MP Ebrahim pada 27.8.2025 (“Afidavit Balasan”). Latar belakang kes 3. Kausa tindakan plaintif-plaintif di dalam kes ini antaranya adalah tort salah tahan, salah tangkap dan salah guna kuasa rentetan tangkapan ke atas plaintif-plaintif pada 26.2.2020. 4. Kes ini telah ditetapkan bicara di hadapan Hakim Bicara buat kali pertamanya pada 9.12.2024. 5. Pada hari tersebut, P1 / SP1 telah dipanggil untuk memberi keterangan dan pemeriksaan utama SP1 melalui penyata saksi telah selesai. 6. Tarikh kedua sambung bicara kes ini ialah pada 16.12.2024 di mana sebelum perbicaraan bermula Peguam Kanan Persekutuan (“PKP”) bagi pihak defendan telah memfailkan Ikatan Dokumen Defendan-Defendan (“Lampiran 109”) yang mana serahan kepada peguamcara Plaintif telah dibuat pada 15.12.2024. 7. Peguamcara plaintif-plaintif tidak membantah terhadap terhadap Lampiran 109 dan Hakim Bicara menerima Lampiran 109 setelah menerima penjelasan PKP atas kelewatan pemfailan. 8. Perbicaraan pada 16.12.2024 diteruskan dengan plaintif kedua (“SP2”) memberi keterangan. 9. Pada 17.12.2024 sebelum perbicaraan bermula peguamcara plaintif memohon kebenaran memfailkan ikatan dokumen tambahan plaintif. Peguamcara plaintif menyatakan antara dokumen-dokumen yang ingin difailkan ialah laporan-laporan polis plaintif dan beberapa dokumen yang lain tanpa memberikan butiran yang lebih terperinci. 10. Mahkamah menolak permohonan plaintif tersebut kerana peguamcara plaintif gagal memberikan butiran dokumen- dokumen yang ingin difailkan dan sebab-sebab munasabah memfailkan dokumen-dokumen tersebut (“keputusan tersebut”). Perbicaraan diteruskan dengan SP1 dan SP2 memberi keterangan sehingga selesai. 11. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, P1 telah memfailkan satu semakan sivil di Mahkamah Tinggi Johor Bahru vide Semakan Sivil No: JA-13-2-04/2025 pada 10.4.2025 (“Semakan Sivil tersebut”) dan memohon satu penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara pelupusan Semakan Sivil tersebut. 12. Semakan Sivil tersebut telah didengar di hadapan Yang Arif Puan Nurul Huda Nur A’ini binti Mohamad Nor pada 28.7.2025 dan telah memutuskan tiada merit terhadap Semakan Sivil tersebut dan permohonan penggantungan sementara juga ditolak. Alasan-alasan permohonan 13. Alasan-alasan plaintif untuk menyokong permohonan ini seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 130 dan afidavit sokongan plaintif adalah seperti berikut: (a) Tindakan Hakim Bicara secara arbitrari membenarkan Lampiran 109 dikemukakan oleh pihak Defendan secara tiba-tiba dan menolak permohonan balasan pihak Plaintif merupakan pelanggaran prinsip keadilan semula jadi (natural justice), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Arahan Amalan dan doktrin stare dicisis; (b) Nota Prosiding atau Nota Keterangan Mahkamah telah dipinda atau dipalsukan secara sengaja dan selektif dengan tidak memasukkan bantahan dan kenyataan penting Plaintif, sekaligus membentuk persepsi bahawa Mahkamah telah menyembunyikan tindakan yang tidak wajar; (c) Semua rekod bantahan berkaitan pemfailan Ikatan Dokumen Lampiran 109 telah secara sengaja dan selektif dipadam daripada rekod prosiding atau rekod keterangan; (d) Hakim Bicara adalah bekas rakan sekerja Peguam Kanan Persekutuan mewakili pihak Defendan-Defendan dalam tindakan Guaman ini; (e) Kelakuan Hakim Bicara dalam tindakan guaman ini secara keseluruhan menunjukkan berat sebelah (bias) yang jelas dan nyata; (f) Terdapat bahaya sebenar berat sebelah (real danger of bias) berdasarkan keseluruhan pengendalian perbicaraan oleh Hakim Biacara, dan keadaan ini menjejaskan keyakinan munasabah pihak berkepentingan dan orang awam terhadap kebebasan serta kewibawaan kehakiman; (g) Hakim Bicara mendengar perbicaraan kes ini mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan ini; (h) kemungkinan pihak Plaintif tidak akan mendapat perbicaraan yang adil sekiranya perbicaraan terus didengar oleh Hakim Bicara; (i) Demi menjamin prinsip “keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, tetapi juga mesti dilihat ditegakkan” (“justice must not only be done, but must also be seen to be done”), adalah perlu untuk Hakim Bicara menarik diri dan perbicaraan didengar semula oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang lain. (j) Tidak ada salah laksana keadilan (miscarriage of justice) dan/atau prejudis terhadap Defendan-Defendan dalam Tindakan Guaman ini yang timbul sekiranya permohonan ini dibenarkan. Dapatan Mahkamah 14. Alasan utama P1 memfailkan permohonan recusal mendakwa Hakim Bicara tidak adil dan bias adalah kerana Hakim Bicara membenarkan defendan memfailkan Lampiran 109 dan menolak permohonan plaintif memfailkan ikatan dokumen tambahan serta bahagian-bahagian tertentu Nota Keterangan yang disediakan oleh jurubahasa Mahkamah didakwa telah dipadam / dihapuskan. 15. Ujian untuk mempertimbangkan permohonan recusal adalah ujian real danger of bias yang diputuskan dalam kes Majlis Perbandaran Pulau Pinang v Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Sungai Gelugor Dengan Tanggungan [1999] 3 MLJ 1 seperti berikut: The ‘real danger’ test favoured in Gough could be seen as a compromise between ‘ the reasonable suspicion’ of bias test and the ‘real likelihood’ of bias test so as to stress that the Court is contemplating a lower standard than ‘ likelihood’ or ‘ probability of bias’, that is to say, a ‘ real possibility of bias’: see Gough at pp 668C-D, 670E-F, per Lord Goff; p 671B-C, per Lord Woolf. It is also important to note that the question of bias has to be answered by considering all the facts not merely by reference to the view of the hypothetical reasonable man (R v Gough per Lord Goff, at p 670D-E) (penekanan diberikan). Having given careful consideration to the matter, we prefer the test of apparent bias given in Gough (‘the real danger of bias’ test) as this will avoid setting aside of judgments upon quite insubstantial grounds and the flimsiest pretexts of bias’. 16. Penilaian sama ada terdapat ‘real danger of bias’ pada pihak Hakim Bicara dalam kes ini adalah dengan meneliti keseluruh fakta dan keadaan kes. 17. Hakim Bicara telah memutuskan menerima masuk Lampiran 109 setelah mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Begitu juga dengan keputusan Hakim Bicara menolak permohonan plaintif memfailkan ikatan dokumen tambahan juga dibuat setelah memberi peluang kepada plaintif untuk memberi penjelasan kenapa dokumen tambahan perlu difailkan pada peringkat tersebut. 18. Setakat ini plaintif telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan menunjukkan bahawa Hakim Bicara telah membuat keputusan tersebut atas alasan-alasan di luar ruang litup budicaranya ataupun disebabkan oleh pengaruh-pengaruh luaran yang bertentangan dengan kuasa dan budibicara Hakim Bicara. 19. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Bicara dengan menggunakan budibicaranya sebagai seorang penimbang fakta dan undang-undang berdasarkan fakta dan keadaan kes di hadapannya. 20. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak Semakan Sivil itu juga mengesahkan bahawa Hakim Bicara telah melaksanakan budibicaranya dengan betul dalam membuat keputusan tersebut. 21. Berkenaan dengan isu Nota Keterangan, P1 menanggung beban untuk membuktikan terdapat kacau ganggu terhadap Nota Keterangan tersebut memandangkan yang mendakwa sedemikian. Namun begitu, gagal mengemukakan Nota Keterangan tersebut di dalam mana-mana afidavit yang difailkan dalam permohonan ini. 22. Tanpa Nota Keterangan tersebut, Mahkamah tidak boleh membuat pertimbangan atas isu kacau ganggu seperti yang didakwa oleh P1 sebagai satu bukti ‘real danger of bias’ oleh Hakim Bicara. Pada pendapat Mahkamah isu Nota Keterangan ini adalah non-starter. 23. Kesimpulannya, Mahkamah mendapati gagal membuktikan terdapat real danger of bias pada Hakim Bicara yang mendengar kes ini. Mahkamah memutuskan tiada merit dalam permohonan recusal ini dan permohonan ini ditolak. 24. Lamp. 130 ditolak dengan kos RM1,500.00 dibayar oleh P1 kepada defendan-defendan. Bertarikh pada 25 November 2025 …………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bahru Bagi pihak plaintif pertama: mewakili diri sendiri Bagi pihak defendan: Suhana binti Sabil, PKP Nur Najihah binti Hamidi, PP Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.