Content
JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-B51-2-02/2021
JA-B51-2-02/2021
Sessions Court of Malaysia19 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-B51-2-02/2021
1
HASSNAR @ ASAINAR BIN HJ. MP EBRAHIM
2
MOHD SERZAN HASNAR … PLAINTIF-PLAINTIF
1
L/KPL. 172696 ZULFAKAR BIN SAMUDI & 21 LAGI … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Notis Permohonan untuk Penggantungan Prosiding – Lampiran 114)
1
Pada 13.3.2025, plaintif-plaintif telah memfailkan Lampiran 114 memohon perintah-perintah seperti berikut: a. Pemohon-pemohon di atas dibenarkan untuk memasukkan Notis Permohonan ini bagi menggantung sepenuhnya prosiding Tindakan Guaman ini sehingga pelupusan penuh kes Jenayah No. Kes JA-82- 2134-05/2021 dan kes JA-83-2136-05/2021 ANTARA PENDAKWA JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 2 RAYA DAN ASAINAR @ HASSNAR BIN M.P. EBRAHIM & MOHD SERZAN HASSNAR di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Mahkamah-mahkamah di atasnya; b. Kos dijadikan kos dalam kausa; c. Sebarang perintah dan/atau relif lain yang difikirkan adil atau suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
2
Pada 19.3.2025 Mahkamah menolak permohonan plaintif-plaintif tanpa perintah terhadap kos.
3
Plaintif-plaintif tidak berpuas hati dengan keseluruhan Keputusan tersebut dan kini merayu Mahkamah Tinggi.
4
Alasan-alasan Keputusan Mahkamah adalah seperti berikut.
5
Kronologi fakta yang membawa kepada permohonan ini telah dinyatakan oleh plaintif pertama di dalam Afidavit Sokongan bertarikh 6.2.2025. Fakta yang relevan kepada permohonan ini adalah seperti berikut.
6
Pada 26.2.2020, plaintif-plaintif terlibat dalam satu pertelingkahan di Mahkamah Syariah Johor Bahru. Susulan itu, plaintif-plaintif telah JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 3 membuat beberapa laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru sebelum dibawa ke Balai Polis Johor Selatan di Larkin Johor Bahru untuk siasatan.
7
Selesai siasatan, plaintif-plaintif dimaklumkan untuk hadir ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 11.3.2020 bagi menghadapi pertuduhan.
8
Pada 11.3.2020, plaintif-plaintif telah hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi menghadapi pertuduhan yang melibatkan pertelingkahan di Mahkamah Syariah Johor Bahru tersebut. Namun dimaklumkan tiada kertas pertuduhan difailkan terhadap plaintif-plaintif pada hari itu.
9
Plaintif-plaintif memfailkan tindakan ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap defendan-defendan iaitu anggota-anggota polis yang terlibat secara langsung atau berkait dengan siasatan berkenaan pertelingkahan plaintif-plaintif di Mahkamah Syariah Johor Bahru tersebut.
10
Tarikh pertama perbicaraan kes ini ialah pada 9.12.2024. Pada Tarikh kedua iaitu 15.12.2024, pihak defendan-defendan telah memfailkan Ikatan Dokumen Defendan yang mengandungi kertas-kertas pertuduhan terhadap plaintif-plaintif vide No. Kes JA-82-2134-05/2021 (“kes 2134”) dan kes JA-83-2136-05/2021 (“kes 2136”). JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 4
11
Pertuduhan dibawah kes 2134 adalah dibawah seksyen 160 Kanun Kesiksaan iaitu pergaduhan di tempat awam dan pertuduhan di bawah kes 2136 adalah bawah seksyen 186 Kanun Kesiksaan kerana enggan memberikan pengenalan diri kepada anggota polis semasa menjalankan tugas.
12
Setelah mendapat tahu mengenai kertas-kertas pertuduhan tersebut dan keputusan Mahkamah Majistret yang memberikan perintah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), plainitif-plaintif memfailkan satu permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru vide No. JA-SEMAKAN-1/2025 (“kes Semakan Jenayah tersebut”) dan ditetapkan untuk pendengaran pada 27.1.2025. Keputusan kes Semakan Jenayah tersebut ditetapkan pada 27.2.2025.
13
Pada 19.3.2025, sebelum sambung bicara di hadapan Mahkamah ini diteruskan, Mahkamah dimaklumkan mengenai Lampiran 114 yang ditetapkan di hadapan Mahkamah. Mahkamah juga dimaklumkan oleh peguamcara plaintif-plaintif bahawa Keputusan semakan ditangguhkan ke 10.4.2025 dan memohon penangguhan sambung bicara sementara pelupusan kes Semakan Jenayah tersebut dan pendengaran Lampiran 114.
14
Defendan-defendan membantah permohonan penangguhan dan juga membantah kepada permohonan penggantungan prosiding dalam
Lampiran
Lampiran 114 tersebut atas alasan prosiding semakan tiada kaitan dengan perbicaraan di hadapan Mahkamah ini. JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 5 ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH 15. Prinsip undang-undang mengenai tentang penangguhan prosiding telah dirumuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Jagdis Singh a/l Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd [2013] 4 MLJ 213 seperti berikut: “Now, what factors or principles will, and should, guide the courts in applications for a stay of an order granted by a court. These factors or principles have been reiterated in very many of cases decided by our courts. The factors or principles so enumerated are inexhaustive, and not all of them are applicable to every case. Each has its own peculiar principle. Some of the principles to be considered in the motions may be stated as follows: a) the courts have an unimpeded discretion to grant or refuse stay. In this, like in all other instances of discretion, the court is bound to exercise that discretion both judicially as well as judiciously and not erratically (see Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] 1 MLJ 116; Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86); b) an unsuccessful party applying for a stay must show ‘special circumstances’. What will constitute ‘special circumstances’ will no doubt vary from case to case. The fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one (see Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257; [2003] 4 CLJ 1 and Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd; Ling Beng Sung v Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors (No 2) [1976] 1 MLJ 131). The application is not granted as a matter of routine and it is not an automatic or mechanical relief slavishly followed after filing an appeal. In every matter or suit before a court of law, whether in its original or appellate stage of proceedings, the court will consider the competing rights of both parties including the applicant and respondent to justice; JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 6 c) there is a need to preserve the res or preservation of the subject matter of litigation. The courts have an obligation to protect the res for the purpose of ensuring that the appeal, if successful, will not be rendered nugatory (see Erinford Properties Ltd v Cheshire County Council [1974] 2 WLR 749). But where it is shown by affidavit evidence, say by the respondent, that the res will not be destroyed or there is in fact no res, an application may not be granted; d) where an application is an abuse of the court process, then the stay of proceedings will not be granted. A typical example of abuse of court process is where a suit is duplicated or where a party employs improper and perverse procedure to obtain an advantage undeservedly; e) it is important to stress that initiation of a suit in a court of law demands the suit will be heard expeditiously and completed without any inhibition midway. Therefore, where an application for stay of proceedings is intended to merely stop or suspend the proceedings; it will be refused (penekanan diberikan). Some applicants, on seeing the weakness of their client’s case, would resort to application for stay and thereby waste the time of the other party and the court. The party simply cannot resort to the interlocutory of stay proceedings on having the slightest disagreement with any ruling of a trial judge. Courts are enjoined not to encourage such unwholesome practice; and f) an applicant for stay of proceedings must come with clean hands because what he is asking is an equitable relief. Equity will not assist the unclean. That is why the court has to look into the antecedents of the parties.” 16. Dalam afidavit sokongan, plaintif-plaintif menyatakan permohonan mereka untuk penangguhan prosiding di Mahkamah ini adalah JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 7 menunggu pelupusan kes Semakan Jenayah tersebut dan Mahkamah-mahkamah di atasnya. Namun begitu affidavit sokongan tersebut gagal memberi alasan mengapa perbicaraan kes di hadapan Mahkamah ini perlu ditangguhkan. 17. Afidavit sokongan plaintif-plaintif juga gagal menyatakan keadaan-keadaan istimewa yang mewajarkan penangguhan prosiding bertentangan dengan apa yang diputuskan dalam kes Jagdis Singh a/l Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd, supra. Plaintif-plaintif juga tidak menjelaskan kepada Mahkamah kesan atau akibat yang ditanggung oleh plaintif-plaintif sekiranya penangguhan tidak dibenarkan. 18. Pada masa Lampiran 114 difailkan, status kes 2134 dan kes 2136 ialah DNAA kerana ini merupakan perintah Majistret pada 11.3.2020. 19. Pada tarikh pendengaran Lampiran 114 ini pada 19.3.2025, kes Semakan Jenayah tersebut ditetapkan untuk Keputusan pada 10.4.2025. 20. Mahkamah bersetuju dengan bantahan Peguam Kanan Persekutuan yang terpelajar bahawa kes Semakan Jenayah tersebut tidak berkaitan atau relevan dengan perbicaraan ini. Prosiding perbicaraan ini melibatkan kausa tindakan salah tahan, tort, konspirasi dll yang melibatkan peristiwa semasa plaintif-plaintif ditahan oleh pihak polis. Fakta dan keadaan kes di hadapan Mahkamah ini adalah berbeza daripada kedua-dua kes Jenayah tersebut. JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 8 21. Mahkamah juga berpendapat permohonan di Lampiran 114 pada 19.3.2025 adalah pramatang kerana kes Semakan Jenayah tersebut masih belum diputuskan. Mahkamah berpendapat keputusan Semakan Jenayah di Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada akan terdapat prosiding jenayah lanjut berkaitan kes 2134 dan 2136 ataupun tidak. 22. Kes ini merupakan kes yang didaftarkan pada tahun 2021 dan merupakan kes yang berusia (ageing) dan diberikan keutamaan untuk pelupusan. Sekiranya dibenarkan penangguhan maka akan melambatkan lagi pelupusan kes ini dan menyumbang kepada statistik kes-kes yang lewat dilupuskan. Mahkamah berpendapat permohonan penangguhan prosiding pada peringkat ini hanya merupakan helah plaintif-plaintif melengah-lengahkan perbicaraan ini tanpa sebab munasabah. 23. Ini boleh dilihat dengan tindakan SP1 iaitu plaintif pertama sendiri yang sering tidak hadir ke Mahkamah dengan pelbagai alasan selepas Tarikh perbicaraan dalam bulan Disember 2024 tersebut. Setakat ini, SP1 masih belum selesai memberi keterangan dalam pemeriksaan balas. Mahkamah terpaksa meneruskan perbicaraan dengan saksi-saksi plaintif yang lain bagi mengelakkan daripada membuang masa menunggu kehadiran SP1. 24. Seperti yang diputuskan dalam kes Jagdis Singh a/l Banta Singh v Outlet Rank (M) Sdn Bhd, supra, Mahkamah tidak akan membenarkan JA-B51-2-02/2021 Alasan Penghakiman 9 permohonan penangguhan sekiranya matlamat penangguhan adalah untuk melengah-lengahkan perbicaraan dan pelupusan kes. KESIMPULAN 25. Atas sebab-sebab di atas, Mahkamah mendapati tiada apa-apa merit di dalam permohonan ini. Mahkamah tidak nampak alasan yang kukuh mengapa perbicaraan kes ini patut ditangguhkan. Lampiran 114 ditolak tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh 6 Mac 2025 ………………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu, JOHOR Bagi pihak plaintif: Bagi pihak defendan: Mohd Sofian Jamalludin Suhana Binti Sabil, PKP T/n A. Azidin & Shahrul Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.