Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCC-1314-05/2023
WA-B52NCC-1314-05/2023
Sessions Court of Malaysia3 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an-Defendan di mana prejudis ini tidak boleh dipampas dengan kos secara wajarnya. [49] Dalam mencapai kesimpulan ini, Mahkamah menerima keputusan dalam kes Yee Phey Fern v. Foong Khang Khai & 1 Lagi [2023] CLJU 2443 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg **Note : Serial number will be used to ve”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCC-1314-05/2023
1
AWA NEW PARTS SDN BHD
2
YIP WAI KEAN (NO KP: 801208-05-5247) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
WINSTON CHIN WENG FAI
2
FONG MIN YI
3
KHU WENG SHEN
4
NG CHUN KIT
5
CARSTO GARAGE SDN BHD (NO SYARIKAT: 202201046511/1492208-U) DEFENDAN-DEFENDAN S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Pada 3 Januari 2025, Mahkamah telah membuat keputusan menolak permohonan Plaintif-Plaintif menerusi Kandungan 71 iaitu permohonan untuk meminda Writ Saman bertarikh 31 Mei 2023 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Writ Saman tersebut’) dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16 Jun 2023 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut’) menurut Aturan 20 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 dengan kos sebanyak RM3,000.00. [2] Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 16 Januari 2025 terhadap keputusan tersebut. [3] Pliding-pliding antara pihak-pihak telah tutup pada 23 Oktober 2023. [4] Tarikh akhir untuk pengurusan kes adalah pada 5 Disember 2024. [5] Tarikh-tarikh perbicaraan penuh juga telah ditetapkan pada 30 dan 31 Januari 2025 dan 3 Februari 2025. [6]
Lampiran
Lampiran 71 merupakan permohonan untuk membuat pindaan kedua Plaintif-Plaintif. Melalui Lampiran 71 ini, Plaintif-Plaintif memohon perintah sebagaimana berikut: a) Plaintif-Plaintif diberikan kebenaran untuk meminda Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16.6.2023 S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg tersebut dan dipinda sepertimana di dalam Lampiran “A” iaitu Cadangan Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Terpinda Plaintif-Plaintif; b) Plaintif-Plaintif diberikan kebenaran untuk memfailkan Writ Saman Terpinda dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Terpinda di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh perintah ini; c) Defendan-Defendan dibenarkan untuk menyerahkan Pernyataan Pembelaan Terpinda kepada peguam cara Plaintif-Plaintif dan Plaintif-Plaintif seterusnya dibenarkan untuk membalas Pernyataan Pembelaan Terpinda tersebut di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan Pembelaan Terpinda tersebut; d) Kos dalam kausa; dan e) Apa-apa perintah atau relief yang Mahkamah ini anggap suai manfaat dan adil jika diberikan. [7] Mahkamah telah merujuk kertas-kertas kausa yang telah difailkan seperti berikut:- a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 31.5.2023 (Lampiran 1 dan Lampiran 2 ) (selepas ini dirujuk sebagai “SOC tersebut”); b) Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16.6.2023 (Lampiran 4) (selepas ini dirujuk sebagai “SOC Terpinda tersebut”); c) Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas (Lampiran 18) bertarikh 28.8.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Pembelaan tersebut”); S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg d) Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif (Lampiran 22) bertarikh 18.9.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Jawapan kepada Pembelaan tersebut”); e) Notis Pertukaran Peguam (Lampiran 34) bertarikh 26.10.2023; f) Notis Pertukaran Peguam (Lampiran 48) bertarikh 26.3.2024; g) Notis Permohonan Plaintif-Plaintif berdasarkan Aturan 20 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran 71) bertarikh 26.8.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Permohonan Lampiran 71 tersebut”); h) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Yip Wai Kean pada 6.8.2024 (Lampiran 72) (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan P2 tersebut”); i) Lampiran A Afidavit Sokongan P2; Cadangan Pernyataan Tuntutan Terpinda Terpinda (selepas ini dirujuk sebagai “Cadangan SOC Terpinda tersebut”); j) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Winston Chin Weng pada 13.9.2024 (Lampiran 78) (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan D1 tersebut”); k) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Fong Min Yi pada 13.09.2024 (Lampiran 79)(selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan D2 tersebut”); l) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Khu Weng Shen pada 13.09.2024 (Lampiran 80) (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan D3 tersebut”); S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg m) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Ng Chun Kit pada 13.9.2024 (Lampiran 81) (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan D4 tersebut”); dan n) Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Yip Wai Kean pada 07.10.2024 (Lampiran 89 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan P2”) HUJAHAN PIHAK PLAINTIF-PLAINTIF [8] Plaintif-Plaintif melalui peguam caranya yang terdahulu iaitu Tetuan Tan & Tan Law Chambers telah memfailkan tuntutan ke atas Defendan-Defendan melalui Writ Saman tersebut dan Pernyataan Tuntutan (selepas ini dirujuk sebagai ‘Pernyataan Tuntutan Asal tersebut’) pada 31 Mei 2023. [9] Plantif-Plaintif kemudiannya telah melakukan pindaan terhadap Pernyataan Tuntutan Asal tersebut menurut Aturan 20 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut”). [10] Pindaan ke atas Pernyataan Tuntutan Asal tersebut dilakukan oleh Plaintif-Plaintif sebelum Defendan-Defendan memasukkan pembelaan pada 28 Ogos 2023 di Lampiran 4. [11] Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut hanya melibatkan Perenggan 20 Pernyataan Tuntutan tersebut, yang mana Plaintif-Plaintif telah membuat penambahan ayat seperti berikut: S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg “Pada sekitar bulan Disember 2022, Plaintif Pertama telah mendapati bahawa Defendan Pertama bersama-sama dengan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah pada 21.12.2022 mendaftarkan sebuah syarikat sendiri, iaitu Defendan Kelima yang pada asalnya bernama Awa Motorsports Sdn Bhd dan kemudiannya ditukar nama kepada Defendan Kelima pada 3.5.2023.” [12] Pada 26 Oktober 2023, Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co. telah menggantikan peguamcara Plaintif-Plaintif yang terdahulu, Tetuan Tan & Tan Law Chambers melalui Notis Pertukaran Peguam di Lampiran 34. [13] Pada 26 Mac 2024, peguam cara Plaintif-Plaintif sekarang iaitu Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah telah menggantikan Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co., melalui Notis Pertukaran Peguam di Lampiran 48. [14] Plaintif-Plaintif bersama peguamcaranya yang terkini, Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah telah meneliti kertas-kertas kausa bagi kes Plaintif-Plaintif di sini dan mendapati terdapat beberapa fakta-fakta penting yang tidak dimasukkan oleh peguam cara-peguam cara terdahulu Plaintif-Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutan tersebut dan Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut. [15] Pada 26 Ogos 2024, Plaintif-Plaintif telah memfailkan Permohonan Pindaan Plaintif-Plaintif bersama Afidavit Sokongan Plaintif Kedua untuk permohonan bagi meminda Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut di S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg bawah Aturan 20 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “Lampiran 71”). [16] Plaintif-Plaintif mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong Lampiran 71 untuk meminda Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut seperti berikut: a) Pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah bona fide; b) Terdapat kecelaruan dan/atau kesilapan dan/atau kekeliruan dan/atau pengabaian fakta dalam menyatakan fakta-fakta material oleh peguamcara terdahulu dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda; c) Pindaan-pindaan yang dicadangkan tidak menyebabkan sebarang kesesakan, prejudis ataupun ketidakadilan kepada mana-mana pihak; d) Pindaan-pindaan yang dicadangkan, sekiranya dibenarkan tidak akan mengubah sifat guaman tindakan ini kepada satu sifat guaman yang lain yang tidak konsisten dan menyebabkan prejudis kepada mana-mana pihak yang tidak boleh dipampas dengan kos; e) Pindaan-pindaan yang dicadangkan tidak memprejudiskan Defendan-Defendan dan sekiranya ianya memprejudiskan Defendan-Defendan boleh dipampas dengan kos; S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg f) Lain-lain alasan seperti yang diikrarkan dalam Afidavit Sokongan kepada Lampiran 71. HUJAHAN PIHAK DEFENDAN-DEFENDAN [17] Lampiran 71 mengubah sifat guaman ini kepada sifat guaman yang tidak konsisten dengan pliding Plaintif-Plaintif sebelum ini. [18] Permohonan ini juga adalah bersifat tidak bona fide, dilakukan tanpa tangan yang bersih dan adalah merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah kerana: a) Plaintif menambah sekurang-kurangnya lima (5) kausa tindakan yang baru terhadap Defendan-Defendan di dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut iaitu fraud, konspirasi, penipuan, penyelewengan harta syarikat dan pecah amanah jenayah. b) Sebelum ini, Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut adalah berpaksikan kepada satu (1) kausa tindakan iaitu pelanggaran duti fidusiari oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat sebagai Pengarah Plaintif Pertama (yang dinafikan). c) Kausa tindakan baru seperti fraud, konspirasi, penipuan, penyelewengan harta syarikat dan pecah amanah jenayah hanya dibangkitkan sekarang; walaupun fakta-fakta telah S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg berada dalam pengetahuan Plaintif-Plaintif daripada permulaan lagi. d) Plaintif menambah lima belas (15) relif baru terhadap Defendan-Defendan di dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut serta meminda dan meluaskan skop lapan (8) relif sedia ada. e) Plaintif menambah lima puluh lima (55) fakta-fakta baru terhadap Defendan-Defendan di dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut. f) Plaintif meminda dan meluaskan skop dua puluh dua (22) perenggan-perenggan fakta di dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut. [19] Lampiran 71 tersebut adalah merupakan suatu pergerakan taktikal (tactical manouvre). [20] Ianya adalah merupakan pindaan kedua Plaintif-Plaintif terhadap Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut di mana, antara lain: a) Kesemua fakta-fakta baru yang ingin dipinda dan dimasukkan ke dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut telah diketahui oleh Plaintif-Plaintif daripada permulaan lagi; dan adalah merupakan dalam pengetahuan peribadi Plaintif-Plaintif pada semua masa material. S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg b) Plaintif-Plaintif mengambil pendirian tunggu dan lihat iaitu menunggu selepas Pembelaan Defendan-Defendan difailkan dan menunggu selepas Permohonan Injunksi Ex-Parte Plaintif-Plaintif (Lampiran 5) Permohonan Penaksiran Ganti Rugi Defendan-Defendan (Lampiran 38) dilupuskan tanpa memihak kepada mereka sebelum memfailkan Lampiran 71. c) Fakta-fakta baru yang ingin dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif ke dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut adalah tidak konsisten dan bertentangan dengan penegasan-penegasan Plaintif-Plaintif di dalam Lampiran 6 dan Lampiran 19 iaitu Afidavit-Afidavit Plaintif-Plaintif bagi menyokong Permohonan Injunksi Ex-Parte (Lampiran 5). [21] Berikutan perenggan-perenggan di atas, Lampiran 71 amat memprejudiskan Defendan-Defendan, yang tidak dapat dipampas dengan kos. [22] Lampiran 71 difailkan pada tahap lanjutan kes secara lewat di mana tiada sebarang penjelasan munasabah telah diberikan berkenaan kelewatan tersebut. S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg DAPATAN MAHKAMAH [23] Mahkamah menerima prinsip undang-undang mantap berkenaan dengan pindaan pliding yang telah diputuskan oleh Mahkamah-Mahkamah tertinggi. [24] Aturan 20 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 yang menjadi asas permohonan Plaintif-Plaintif dalam Lampiran 71 memperuntukkan bahawa: “8. (1) For the purpose of determining the real question in controversy between the parties to any proceedings, or of correcting any defect or error in any proceedings, the Court may at any stage of the proceedings and either of its own motion or on the application of any party to the proceedings order any document in the proceedings to be amended on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such manner, if any, as it may direct. (2) This rule does not have effect in relation to a judgment or order.” [25] Mahkamah menerima pakai dan terikat dengan dengan kes Mahkamah Agung iaitu Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha Motor Malaysia Sdn Bhd [1983] 1 MLJ 213 yang memutuskan perkara-perkara utama untuk diambil kira sebelum apa-apa permohonan pindaan pliding dibenarkan atau ditolak oleh Mahkamah: “Under Order 20 of the Rules of the High Court 1980, which is equivalent to Order 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg discretion, it must of course be exercised judicially (see Kam Hoy Trading v Kam Fatt Tin Mine [1963] 248. The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether the prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice page 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim.” [26] Mahkamah merujuk selanjutnya kepada kes Hock Hua Bank Berhad v. Leong Yew Chin [1987] 1 MLJ 230 yang memutuskan: “As for the general principles for the granting of leave to amend: It is a guiding principle of cardinal importance on the question of amendment that, generally speaking, all such amendment sought to be made ‘for the purpose of determining the real controversy between S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg the parties to any proceedings or of correcting any defect or error in any proceedings’ (see per Jenkins LJ in GL Bakar Ltd v Medway Building & Supplies Ltd [1958] 1 WLR 1216 at p 1231; [1958] 3 All ER 540 at p 546). It is a well established principle that the object of the court is to decide the rights of the parties, and not to punish them for mistakes they make in the conduct of their cases by deciding otherwise than in accordance with their rights. I know of no kind of error or mistake which, if not fraudulent or intended to overreach, the court ought not to correct, if it can be done without injustice to the other party. Courts do not exists for the sake of discipline, but for the sake of deciding matters in controversy, and I do not regard such amendment as a matter of favour or grace.” [27] Mahkamah merujuk berikutnya kepada kes Alloy Consolidated Sdn Bhd & Anor v. Dato’ Dr Adam bin Harun [2011] 5 MLJ 655 yang memutuskan bahawa: “GENERAL PRINCIPLE GOVERNING AMENDMENT OF PLEADINGS. [25] Generally, the court may at any stage of the proceedings allow either party to alter or amend his pleadings in such manner and on such terms as may be just and all such amendments shall be made as may be necessary for the purpose of determining the real question in controversy between the parties. S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg [26] The rule permits amendments at any stage and it does not matter whether the original omission arose from negligence or carelessness but such amendments are allowed only when they occasion no injury and cause no injustice to the opposite party or where they can be sufficiently compensated by costs or other terms imposed by the court.” [28] Mahkamah selanjutnya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan yang lebih relevan kepada Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 yang mengandungi objektif-objektif yang melebihi kaedah-kaedah yang terpakai semasa kes Yamaha Motor diputuskan iaitu kes Hong Leong Finance Berhad v. Low Thiam Hoe & Another Appeal [2015] 8 CLJ 1 yang memutuskan bahawa: “[18] It is pertinent to note that Yamaha Motor was decided under the old RHC 1980. The civil procedure has since then changed with the introduction of the pre-trial case management in the year 2000 under O 34 of the RHC 1980 (22 September 2000) and now under O 34 of the RC 2012 (1 August 2012). Nowadays the court recognises especially under the new case management regime that a different approach needs to be taken to prevent delay in the progress of a case to trial and for its completion. The progress of the case is no longer left in the hands of the litigants but with the court in the driver’s seat (see the case of Syed Omar bin Syed Mohamed v Perbadanan Nasional Bhd [2013] 1 MLJ 461; [2012] 9 CLJ 557). In particular when an application to amend the pleading is made at a very late stage as was done in the present case, the principles in Yamaha Motor ought not to S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg be the sole consideration. This is because an order for compensation by payment of costs in such a case may not be an adequate remedy and it would also disrupt the administration of justice which affects the courts, the parties and the other users of the judicial process(see the case of Conlay Construction Sdn Bhd v Perembun (M)Sdn Bhd [2014] 1 MLJ 80). [emphasis added] [30] It is noted in the present case the defendant’s affidavit in support failed to adduce an explanation for the delay in filing the said application. The Court of Appeal however held that the plaintiff should have filed an affidavit to oppose the application to amend which the plaintiff failed to do. With respect in our view the Court of Appeal erred on this point again.This is because the defendant’s affidavit in support of its application to amend contained nothing more than a bare assertion. A bare assertion carries no evidential value and hence, there is nothing to reply. (See the case of Teoh Yook Huwah v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor[1993] 1 CLJ 261; [1993] 1 MLJ 12, SC).The defendant’s affidavit also did not discharge the “heavy onus” imposed on the amending party as the defendant did not disclose any “material and cogent reasons” to explain the inordinate delay.” [29] Mahkamah merujuk juga kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Christopher ak Bandi @ Josny v Tumbungak Nakis & Anor (Jamil bin Sindi, third party) [2016] 4 CLJ 831 bahawa: S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg “[19] ... As pointed out by the learned Chief Judge of Malaya, the Rules of Court 2012 now provides robust pre-trial case management by the courts before the trial is set down. The philosophy behind the new regime of civil procedure is simply to attend a ‘just, expeditious and economical’ disposal of an action. Litigants through the irrespective counsel must understand that they must put their house in order before a case goes to trial and once the trial commenced courts will not tolerate any delay except in the most exceptional circumstance. Putting one’s house in order simply means that parties and their counsel must be aware that they have a duty to frame their case fully in all their causes of action and defences prior to the start of trial. Conducting one’s case by instalment must not be allowed in the context of the present regime of civil procedure.” [30] Dalam meneliti pindaan-pindaan yang dipohon dalam Lampiran 71 dan alasan-alasan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif serta bantahan Defendan-Defendan, Mahkamah akan memberikan penekanan kepada keadilan perjalanan tindakan ini untuk kesemua pihak dan perlunya Mahkamah menitik beratkan bahawa dalam menegakkan keadilan, sebarang tindakan untuk melengahkan perjalanan prosiding tindakan ini akan memudaratkan pihak yang membantah. Permohonan Plaintif-Plaintif tidak bona fide dan merupakan suatu tindakan ‘after thought’ [31] Mahkamah berpendapat bahawa permohonan Plaintif-Plaintif dalam Lampiran 71 adalah tidak bona fide dan merupakan satu tindakan ‘after S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg thought’. Mahkamah mencapai kesimpulan ini kerana pindaan-pindaan yang dipohon menerusi Lampiran 71 dikemukakan terlalu lewat dalam prosiding tindakan ini iaitu setelah pliding-pliding telah tutup di akhir tahun 2023 dan tarikh-tarikh perbicaraan penuh telah ditetapkan untuk berlangsung pada bulan Januari dan Februari 2025. [32] Mahkamah juga mengambil kira fakta bahawa Plaintif-Plaintif hanya membuat permohonan dalam Lampiran 71 setelah permohonan Plaintif-Plaintif untuk injunksi telah ditarik balik dan Mahkamah juga membenarkan permohonan Defendan-Defendan untuk taksiran ganti rugi atas permohonan injunksi tersebut serta jumlah ganti rugi telah pun diperintahkan oleh pihak Mahkamah untuk dibayar kepada pihak Defendan-Defendan. [33] Dalam mencapai kesimpulan sebegini, Mahkamah merujuk kepada kes Chuah Eng Chang v. Paya Trubong Estate Sdn Bhd & Anor [2024] 4 CLJ 919 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: “[79] This court agrees with the defendant’s counsel that this action is in bad faith(not bona fide) and is an abuse of the judicial process. Based on the argument of the defendant’s counsel, it is clear that the application is not to provide more information for the court, but to correct the pleading defects by adding a cause of action gradually after looking at the defendant’s defence. These amendments must be rejected as it is clear that they add new material and facts to this claim.This court agrees with the second defendant’s argument that S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg there is a change to the nature or character of the original claim, bringing harm to the pleading and prejudice to the second defendant.” [34] Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan apa-apa alasan yang munasabah dan bermerit uuntuk menyokong permohonan dalam Lampiran 71 selain dari pengataan Plaintif-Plaintif yang menyalahkan peguam cara mereka yang terdahulu. Peguam Plaintif yang sekarang telah mengambil alih kes ini sejak 26.3.2024 dan telah mengendalikan prosiding taksiran ganti rugi tetapi hanya membuat permohonan pindaan di lampiran 71 ini setelah memberikan tarikh-tarikh lapang untuk perbicaraan ditetapkan. [35] Mahkamah membuat rujukan kepada kes Yam Sau Wah & Ors v. Chan Sau Yin & Ors [2022] 1 LND 168 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: “[38] It is easy to make allegations against the former solicitors that they prepared the defence based on the representation and instructions directly given by Edwin and Peter Chan. However, there is no iota of evidence from the 1st defendant to substantiate her claim. Consequently, if the 1st defendant had disagreed with the stand taken since 2015, definitely she should have at least messaged, emailed or written to her then solicitors. Unfortunately, it just remained as unsubstantiated allegations. Lawyers are officers of the court with the highest level of integrity and professionalism. They S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg shoulder equal responsibility and duty to promote and uphold justice. This court takes a serious view when such baseless allegations are made against members of the Bar.” [36] Mahkamah mendapati bahawa alasan yang dikemukakan Plaintif-Plaintif iaitu hanya menyalahkan peguam cara-peguam caranya yang terdahulu merupakan alasan yang tidak kukuh untuk menjustifikasikan permohonan Lampiran 71 di peringkat prosiding yang lewat ini serta menjustifikasikan penangguhan tarikh-tarikh perbicaraan penuh yang telah ditetapkan. [37] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa tindakan Plaintif-Plaintif dalam memfailkan Lampiran 71 hanyalah satu ‘tactical manouevre’ untuk melengahkan prosiding, tindakan mala fide dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah selaras dengan kes Din’s Trading Sdn Bhd v. Hajjah Yan binti Mohd Nordin [2021] 1 LNS 1097 yang memutuskan: “[18] Saya juga berpuas hati kesemua fakta material yang hendak dimasukkan di dalam pindaan tersebut juga sebenarnya telah wujud dari awal dan sepatutnya fakta-fakta material tersebut dimasukkan sebagai pembelaan dari awal lagi. Allegasi ketinggalan memasukkan fakta-fakta material tersebut sebagai kesalahan atau kesilapan peguam terdahulu tidak dibuktikan oleh Defendan melalui apa-apa keterangan sokongan yang sepatutnya dimasukkan di dalam afidavit. Allegasi tersebut sebenarnya tidak adil kepada peguam tersebut S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg kerana dia tidak diberi peluang menawarkan jawapan atau menyangkal allegasi tersebut. Seorang peguam akan bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh anak guam, terutamanya berkaitan dengan fakta. [19] Sesuatu permohonan pindaan pliding yang lewat difailkan boleh dibenarkan jika pemohon dapat memberikan sebab munasabah kelewatan tersebut. Di dalam permohonan Defendan sama sekali tidak memberikan alasan kelewatannya di dalam afidavit yang difailkan. Saya merumuskan kelewatan tersebut tidak mempunyai sebab yang munasabah.” Pindaan-pindaan yang dicadangkan mengubah sifat guaman dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut kepada sifat guaman yang berbeza [38] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif telah mempunyai pengetahuan dan akses kepada kesemua fakta-fakta yang relevan untuk memastikan bahawa tindakan Plaintif-Plaintif mengemukakan fakta-fakta relevan tersebut sejak dari awal Writ Saman tersebut dan Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut disediakan, difailkan dan diserahkan kepada Defendan-Defendan. [39] Kesimpulan ini dicapai berdasarkan pengataan Plaintif-Plaintif dalam afidavit sokongan kepada Lampiran 71 serta apa yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut. S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg [40] Mahkamah berpendapat bahawa bantahan Defendan-Defendan mempunyai merit bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran 71 adalah suatu percubaan oleh Plaintif-Plaintif untuk mengubah sifat guaman tindakan ini kepada suatu sifat guaman yang berbeza. [41] Mahkamah telah meneliti Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut dan bersetuju dengan Defendan-Defendan bahawa asas tindakan asal Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah perlanggaran tanggungjawab fidusiari Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif. [42] Mahkamah telah meneliti pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran 71 dan mendapati bahawa Plaintif-Paintif telah membuat pertambahan asas tindakan yang berbeza dengan perlanggaran tanggungjawab fidusiari, iaitu dengan menambahkan asas tindakan berlandaskan konspirasi, fraud, penipuan, penyelewengan harta syarikat dan/atau pecah amanah jenayah. [43] Mahkamah merujuk kepada kes Jupiter Securities Sdn Bhd v. Wan Yaakub bin Abdul Rahman [2002] 3 MLJ 264 yang memutuskan bahawa: “I am of the view that the law is very clear that an application to amend the pleadings to add an allegation of fraud would not be allowed if the facts relating to fraud has been known by the applicant earlier at the time the original pleading was filed. In Ismail bin lbrahim & Ors v Sum Poh Development Sdn Bhd & Anor [1988] 3MLJ 348, the court held: Held, dismissing the plaintiffs application: S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg (1) The rule governing the amendment of pleadings is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties.However, there are two circumstances in which an amendment to add an allegation of fraud would not be permitted: (a) where the facts giving rise to the plea of fraud were known at the time of the original pleading and (b) where the delay in pleading fraud was in connection with some tactical manoeuvre. In Lim Nyang Tak Michael v ACE Technologies Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 616 the court held: Held, dismissing the defendant's application to amend statement of defence and allowing the plaintiff's application for summary judgment with costs: (1) If the defendant had a truly valid defence against the plaintiff's claim, it should not have waited until 25 July 1994 or, as stated in the proposed amended defence,until the discovery and/or inspection of documents to plead forgery and to bring in, in the proposed amendment, the issue of someone else other than the plaintiff who was the agent. (2) It was not a question of negligence to plead all those matters in the original defence but a tactical manoeuvre and done in bad faith to delay the rights of the plaintiff on his claim. The application to amend the defence after exposure by the plaintiff in his affidavit in support was a tactic to confuse the issues by creating imaginary 'triable issues’ and to stall the plaintiff of his rights. If this was allowed, it would unnecessarily cause S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg prejudice to the plaintiff which could not be compensated by costs. It must be observed that allegations of fraud are of a serious nature and therefore the law had placed a strict condition that if fraud is intended to be raised, if known, ought to be disclosed at the earliest opportunity. The defendant's conduct in not disclosing the same when the original statement of defence was filed showed that the said allegation of fraud was not bona fide....I am of the view that the allegation stated by the defendant was not logical; not reasonable and ought not to be accepted because: (i) if the defendant's explanation was accepted, this would mean that the defendant will be at liberty to file a statement of defence that did not disclose all the facts so that the proceeding can be delayed with an intention to amend the same later for his own personal motives. The defendant ought not to be allowed to abuse the process of court for his own reasons; (ii) there was no reasonable ground for the defendant to wait until the last moment before the hearing of the summary judgment application to file his application to amend, although more than 5½ months had lapsed since the application for summary judgment was served upon him” S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg [44] Mahkamah selanjutnya merujuk kepada kes Smijaya Sdn Bhd & Yang Lain v. Perwira Affin Bank [2011] 2 CLJ 609 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “[13] Cadangan pindaan yang hendak dibuat jelas menunjukkan begitu ketara sekali berbanding dengan pembelaan asal. Jelas sekali pindaan yang ingin dibuat bertukar corak.… [14]...Pada penelitian kami pindaan yang dicadangkan bukan sedikit malahan begitu banyak hingga boleh menimbulkan prejudis yang ketara kepada pihak plaintif (HA Securities Sdn. Bhd. v. Ng Kong Yeam [1993] 4 CLJ 433). Hakim bicara menggunakan budi bicaranya dengan betul berdasarkan keadaan sedemikian apabila mengetepikan keputusan TP yang memberi kebenaran untuk pihak defendan membuat pindaan kepada pembelaan mereka.” [45] Penambahan asas-asas tindakan yang berbeza sifat dari perlanggaran tanggungjawab fidusiari tersebut terutamanya berdasarkan perkara-perkara yang boleh dibangkitkan Plaintif-Plaintif sejak awal lagi tetapi hanya dilakukan pada tahap yang lewat ini dan berdasarkan alasan yang remeh dan tidak munasabah adalah satu tindakan yang akan melengahkan prosiding tindakan ini dan memprejudiskan pihak yang membantah. S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg Defendan-Defendan akan diprejudiskan yang tidak boleh dipampas dengan kos sekiranya pindaan-pindaan dibenarkan [46] Mahkamah berpendapat pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam Lampirann 71 adalah tidak konsisten dan bertentangan dengan pengataan-pengataan Plaintif-Plaintif dalam afidavit sokongan mereka untuk permohonan injunksi di mana Plaintif-Plaintif telah mengikrarkan bahawa kesemua fakta-fakta yang relevan telahpun disenaraikan dan/atau diplidkan dengan sepenuhnya dalam kertas-kertas kausa yang asal. [47] Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai alasan yang munasabah mahupun kukuh untuk menjelaskan kenapa asas-asas tindakan yang baru dalam pindaan-pindaan yang dicadangkan menerusi Lampiran 71 tidak dimasukkan dalam kertas-kertas kausa yang asal ataupun semasa Pernyataan Tuntutan tersebut dipinda buat kali pertama. [48] Mahkamah berpendapat bahawa pindaan-pindaan yang dicadangkan bukan sekadar mengubah sifat guaman asal tetapi terlalu banyak dan terlalu lewat yang menyebabkan prejudis kepada Defendan-Defendan di mana prejudis ini tidak boleh dipampas dengan kos secara wajarnya. [49] Dalam mencapai kesimpulan ini, Mahkamah menerima keputusan dalam kes Yee Phey Fern v. Foong Khang Khai & 1 Lagi [2023] CLJU 2443 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg “[21] Adalah amat jelas pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah merupakan fakta-fakta yang, pada semua masa yang material, berada dalam pengetahuan peribadi Plaintif. Sungguhpun demikian Plaintif memilih untuk tidak memplidkannya dalam PT. Alasan Plaintif bahawa fakta-fakta tersebut tidak dikemukakan secara tidak sengaja kepada peguam caranya amatlah tidak munasabah. [27] Adalah jelas bagi Mahkamah tindakan Plaintif memplidkan fakta-fakta yang Plaintif sendiri akui panting dan yang sememangnya sedia ada dalam pengetahuan peribadi Plaintif pada semua masa yang material, hanya selepas Defendan-Defendan memfailkan PPTB adalah suatu tindakan yang tidak bonafide (Pentamaster Smart Solution Sdn Bhd v Velocity Electrical Engineering SdnBhd & Anor (2021] 11 MLJ 900; [2021] 1 CLJ 747). [28] Dalam hal ini Mahkamah bersetuju dengan Defendan-Defendan bahawa tindakan sedemikian adalah suatu tactical manoeuvre di mana Plaintif sememangnya dari mula tidak berniat untuk mendedahkan sepenuhnya tuntutannya terhadap Defendan Pertama khususnya tetapi mengambil sikap “tunggu dan lihat”, iaitu menunggu pendirian Defendan Pertama dalam pembelaannya. Nampaknya strategi Plaintif ialah sekiranya Defendan-Defendan mempertikaikan dengan serius tuntutan Plaintif, maka Plaintif akan dedahkan fakta-fakta lanjut melalui Cadangan Penyataan Tuntutan Terpinda itu dengan mengemukakan fakta-fakta baru… S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg [29] Adalah jelas tindakan Plaintif dengan sengaja (intentionally and deliberately) mengemukakan tuntutannya dalam piece meal basis, Plaintif telah menyalahgunakan proses Mahkamah untuk kepentingannya sendiri dan bertujuan mengenakan tekanan ke atas Defendan Pertama khususnya. [30] Tindakan mala fide dan tactical manoeuvre Plaintif jelas memprejudiskan Defendan dan ini tidak boleh dipampas dengan kos”. KESIMPULAN Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menolak dengan kos permohonan Plaintif-Plaintif dalam Lampiran 71. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 12.3.2025 S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif-Plaintif: Cik Nur Izzati Hafieza binti Ismail bersama-sama Cik Yallini a/p Munusamy dan Cik Nik Zarith Bin Nik Moustpha [Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah] Peguam cara Pihak Defendan-Defendan: Sivagurunathan a/l Subramaniam bersama-sama Encik Damien Kiethan dan Encik Chan Yeut Liang [Tetuan Sivagurunathan & Co.] S/N yblX44rcekqlUzzbmALQtg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.