Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN JENAYAH) RAYUAN JENAYAH NO:B-05(M)-114-03/2017 & B-05M-116- 03/2017(IRN) ANTARA AZADEGAN GOLARA … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-236-12/2013 Antara Pendakwa Raya v Azadegan Golara] DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-116-03/2017 ANTARA ABBASZADEHAGHDAHLOO SHOLEH … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-237-12/2013 Antara Pendakwa Raya v Abbaszadehaghdahloo Sholeh] CORAM ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA KAMARDIN HASHIM, JCA RHODZARIAH BUJANG, JCA 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Terdapat dua rayuan di hadapan kami yang melibatkan dua perayu, iaitu Azadegan Golara dan Abbaszadehaghdahloo Sholeh. Hubungan antara mereka berdua adalah sebagai ibu dan anak. Azadegan Golara menghadapi dua pertuduhan manakala Abbaszadehaghdahloo Sholeh menghadapi satu pertuduhan sahaja. Pertuduhan-pertuduhan terhadap Azadegan Golara adalah seperti berikut: Pertuduhan pertama “Bahawa kamu pada 15 Februari 2013 jam lebih kurang 9.15 malam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam daerah Sepang di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 2923 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 15 Februari 2013 jam lebih kurang 9.15 malam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam daerah Sepang di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 1888 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, di baca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.” [2] Sementara pertuduhan terhadap Abbaszadehaghdahloo Sholeh adalah sama seperti pertuduhan kedua terhadap Azadegan Golara. [3] Kedua-dua perayu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan mohon dibicarakan. Walau bagaimanapun, di akhir perbicaraan mereka 3 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kini kedua-duanya merayu ke Mahkamah ini. [4] Setelah menimbang dengan teliti hujah kedua belah pihak, kami sebulat suara menolak rayuan kedua-dua perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Ini adalah alasan-alasan penghakiman kami. [5] Fakta kes secara ringkas adalah seperti berikut. Pada 15.2.2013, perayu pertama dan perayu kedua telah ditahan oleh SP6 dan SP9 di tempat dan masa yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan. Beg P7 kepunyaan perayu pertama manakala beg P8 kepunyaan perayu kedua. Semasa SP6 dan SP9 membuat pemerhatian sebelum tangkapan dibuat, kedua-dua perayu dilihat bergegas keluar dari balai ketibaan dengan melintasi alat pengimbas. [6] Kedua-dua beg didaftar atas nama perayu pertama. Apabila SP9 mengarahkan kedua-dua perayu untuk menunjukkan beg masing-masing, perayu pertama mengesahkan bahawa beg beliau ialah P7 sementara perayu kedua mengesahkan beg beliau ialah P8. [7] Setelah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa berkenaan, beg P7 didapati mengandungi bahan yang kemudiannya disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah jeinis methamphetamine seberat 2923 gram manakala beg P8 mengandungi dadah jenis yang sama seberat 1888 gram. Dadah tersebut disembunyi di bahagian bawah kedua-dua beg. DNA kedua-dua perayu dijumpai pada pakaian-pakaian yang disimpan di dalam P7 dan P8. Kedua-dua perayu menangis apabila dadah-dadah tersebut dijumpai. 4 [8] Atas fakta-fakta asas ini, hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa kedua-dua perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dan dengan demikian satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap mereka. Alasan penghakiman tidak menunjukkan bahawa hakim bicara telah menggunapakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) terhadap perayu-perayu walaupun pemilikan dengan pengetahuan (mens rea possession) telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [9] Dalam kes Muhammed Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170 dan Zulkifli Arshad v PP [2010] 6 CLJ 121, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa apabila men rea possession telah dibuktikan, Mahkamah tidak mempunyai pilihan kecuali menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(da) terhadap tertuduh. Pada peranggan 19 dalam penghakimannya dalam kes Zulkifli Arshad, Hashim Yusoff HMP menyatakan: “The same applies to the failure of the Court of Appeal for not applying the presumption under section 37(da)(vi). Be that as it may, we feel that on the evidence adduced by the prosecution, and upon the failure by the learned trial judge as well as the Court of Appeal to invoke the presumption, it is incumbent upon us to do so in accordance with the provision of s. 37(da)(vi) of the Act.” (penekanan kami) [10] Kedua-dua perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah apabila dipanggil untuk membela. Pembelaan mereka dibentangkan oleh hakim bicara di peranggan 21 hingga perenggan 24 alasan penghakiman. Pada dasarnya pembelaan kedua-dua perayu, sepertimana juga pembelaan yang dibangkitkan oleh tertuduh dalam kebanyakan kes-kes pengedaran dadah yang lain ialah, mereka tidak 5 mempunyai pengetahuan langsung tentang dadah yang dijumpai tersembunyi di dalam beg yang mereka bawa dari Teheran, Iran. Ditanya mengapa mereka menangis apabila dadah dijumpai, penjelasan kedua-duanya ialah mereka terkejut (shocked) kerana tidak menyangka terdapat dadah di dalam beg-beg yang mereka bawa. [11] Setelah menimbang penjelasan perayu-perayu dalam pembelaan mereka, hakim bicara menolaknya kerana mendapati bahawa penjelasan tersebut adalah sesuatu yang direka oleh mereka. Alasan yang diberikan oleh hakim bicara untuk menolak pembelaan kedua-dua perayu boleh di lihat di perenggan 25 alasan penghakiman. Beliau mendapati bahawa penjelasan kedua-dua perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas kes pihak pendakwaan. Dalam menolak dakwaan perayu-perayu bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang dadah tersebut, alasan yang diberikan oleh hakim bicara adalah seperti berikut: “The accused persons were guilty of wilful blindness by ignoring the suspicious circumstance, such as the bulge in the bags, flimsy reason for them to travel to KLIA with all expenses paid by Hossein and did not bother to examine the bags before carrying them. Hence, they knew they were carrying the drugs in the bags by being blind to the suspicious circumstances.” [12] Di hadapan kami, perayu pertama mempunyai 2 alasan rayuan, seperti berikut: