42 ConLR 144 it was held as follows: In the JCT contracts the phrase requiring the contractor ‘to proceed regularly and diligently with the works’ means that the contractor must proceed continuously, industriously and efficiently with appropriate physical resources so as to progress the works steadily towards completion substantially in accordance with the contractual requirements as to time, sequence and quality of work. The clause requires the contractor to proceed both regularly and diligently. Failure in either respect entitles the employer to terminate the contract.” [42] Eksibit D13 dan D14 telah diterima oleh Mahkamah sebagai bukti yang sah. Dengan penerimaan eksibit-eksibit ini, segala fakta yang terkandung di dalamnya mengenai kecacatan yang dinyatakan telah diterima sebagai keterangan yang sah di sisi undang-undang. Berdasarkan eksibit ini, jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak kecacatan dalam pengubahsuaian yang dilakukan oleh Plaintif-Plaintif di rumah SD1. Plaintif-Plaintif seharusnya mempertikaikan kesahihan eksibit ini dengan memanggil pembuat eksibit tersebut untuk memberi keterangan mengenai pemeriksaan yang dilakukan di rumah SD1. Namun, Plaintif-Plaintif memilih untuk tidak membantah dan membenarkan eksibit tersebut diterima tanpa sebarang tentangan. Oleh itu, bantahan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif terhadap eksibit ini pada peringkat hujahan adalah sudah terlambat dan tidak boleh diterima. [43] Tambahan pula, Plaintif-Plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan khusus yang boleh mempertikaikan fakta yang terkandung dalam eksibit D13 dan D14. Plaintif juga tidak menyoal balas SD1 berkenaan dengan fakta-fakta yang tercatat dalam eksibit tersebut. Tindakan ini jelas menunjukkan ketidakseriusan Plaintif-Plaintif dalam mempertikaikan keterangan yang telah diterima oleh Mahkamah. [44] SD1 dalam keterangannya menjelaskan bahawa banyak kerja pembinaan yang terpaksa diselesaikan olehnya sendiri kerana Plaintif- Plaintif gagal menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan sempurna. Eksibit-eksibit D11, D12, D15 hingga D27, yang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat oleh SD1 bagi menyiapkan dan membaiki kecacatan, jelas menunjukkan bahawa masih banyak kerja yang tidak siap dan penuh dengan kecacatan. Keterangan ini juga disokong oleh laporan kecacatan yang terdapat dalam eksibit D13 dan D14. [45] Seperti yang telah dihujahkan sebelumnya, tujuan utama SD1 adalah untuk memastikan rumahnya siap sepenuhnya supaya beliau dan keluarganya dapat tinggal dengan selesa dan selamat. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui kesediaan SD1 untuk memberi perlanjutan masa sebanyak dua kali kepada Plaintif-Plaintif, yang menunjukkan niat baik SD1 untuk memberi peluang kepada Plaintif-Plaintif untuk melengkapkan kerja-kerja tersebut. Penamatan perkhidmatan Plaintif-Plaintif oleh SD1 hanya berlaku setelah SD1 mendapati bahawa kerja yang dilakukan tidak memenuhi standard yang sepatutnya. Jika Plaintif-Plaintif melaksanakan tugas dengan sempurna, penamatan perkhidmatan tersebut pastinya tidak akan berlaku. Oleh itu, penamatan perkhidmatan oleh SD1 adalah berasas dan tidak boleh dipertikaikan. [46] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes SUNSHINE FLEET SDN BHD V JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA & ANOR (GM HEALTHCARE SDN BHD & ANOR, THIRD PARTIES) [2018] 7 MLJ 530, yang menerangkan dengan lebih terperinci mengenai maksud perkataan “regularly and diligently” seperti berikut: [47] Sebuah titik permulaan yang baik untuk menjawab persoalan ini adalah dengan melihat maksud yang diberikan kepada istilah ‘regularly and diligently’. Di dalam kes WEST FAULKNER ASSOCIATES V THE LONDON BOROUGH OF NEWHAM (1993) 61 BLR 84; 31 CONLR 105, mahkamah dalam mentafsirkan frasa tersebut telah memutuskan seperti berikut: “[24] A good starting point to answer this question would be to look at the meaning attributed to the term ‘regularly and diligently’. In the English case of West Faulkner Associates v The London Borough of Newham (1993) 61 BLR 84; 31 ConLR 105, the court in interpreting the said phrase held as follows: In the light of the judgments, text books and expert evidence, I conclude that ‘regularly and diligently’ should be construed together and that in essence they mean simply that contractors must go about their work in such a way as to achieve their contractual obligations. This requires them to provide sufficient and proper materials and to employ competent tradesmen, so that the works are fully carried out to an acceptable standard and that at all time, sequence and other provisions of the contract are fulfilled. And at the Court of Appeal in West Faulkner Associates v The London Borough of Newham (1995) 11 Const LJ 157, Simon Brown LJ said: What particularly is supplied by the word ‘regularly’; is not least a requirement to attend for work on a regular daily basis with sufficient in the way of men, materials and plant to have the physical capacity to progress the works substantially in accordance with the contractual obligations. What in particular the word ‘diligently’ contributes to the concept is the need to apply that physical capacity industriously and effeciently towards the same end. Taken together, the obligation upon the contractor is essentially to proceed continuously, industriously and effeciently with appropriate physical resources so as to progress the works steadily towards completion substantially in accordance with the contractual requirements as to time, sequence and quality of work.” [48] Berdasarkan kes yang dirujuk, adalah jelas bahawa perkataan ‘regularly’ dan ‘diligently’ membawa maksud kewajipan kontraktor untuk melaksanakan kerja dengan cara yang berterusan, tekun dan efisien, menggunakan sumber fizikal yang mencukupi untuk memastikan kemajuan yang mantap ke arah penyiapan kerja mengikut spesifikasi yang dipersetujui dalam kontrak. Konsep ‘regularly’ menuntut kontraktor untuk hadir bekerja secara berkala dan memastikan kerja dilaksanakan dengan tenaga kerja, bahan, dan peralatan yang mencukupi, sementara ‘diligently’ pula menekankan keperluan untuk melaksanakan tugas dengan penuh ketekunan dan efisien. [49] Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif gagal mempraktikkan kedua-dua prinsip ini. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif tidak melaksanakan kerja secara berterusan dan tidak menggunakan sumber fizikal yang mencukupi untuk memastikan kerja-kerja di rumah SD1 dapat disiapkan mengikut masa dan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak. Malah, banyak kerja yang tidak selesai dan penuh dengan kecacatan, yang menunjukkan kegagalan Plaintif-Plaintif untuk melaksanakan kerja secara efisien dan dengan ketekunan yang sepatutnya. [50] Dengan kegagalan untuk memenuhi keperluan ‘regularly’ dan ‘diligently’ ini, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif tidak memenuhi kewajipan mereka di bawah kontrak. Oleh itu, tuntutan Plaintif-Plaintif untuk baki bayaran tidak boleh dipertimbangkan, kerana mereka gagal menyiapkan kerja mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui dalam kontrak. Keputusan ini juga disokong oleh keterangan-keterangan yang ada, termasuk eksibit-ekspibit D13 dan D14 yang menunjukkan kecacatan dan ketidaksiapan kerja yang dilakukan oleh Plaintif-Plaintif B. Hak Defendan untuk Menamatkan Kontrak [51] Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 yang menyatakan seperti berikut: When a party to a contract has refused to perform, or disabled himself from performing, his promise in its entirety, the promisee may put an end to the contract, unless he has signified, by words or conduct, his acquiescence in its continuance. ILLUSTRATIONS