Content
AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO. WA-B52-52-07/2023
/akn/my/judgment/sessions-court/2026/9bd01012-4737-44a7-bcfa-2e40f2d19a70
Sessions Court of Malaysia22 Apr 2026WA-B52-52-07/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ersekutuan membezakan beban undang-undang yang kekal dengan onus evidential yang boleh beralih: "The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in section 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the **Note : Serial number will”
“160. Dalam kes 555 Film Sdn Bhd & Ors v Adamancy Construction Sdn Bhd [2023] 1 LNS 884; [2023] MLJU 986, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa sesuatu yang bernilai mesti diberikan sebagai pertukaran bagi perubahan kontrak. Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif tidak mengenal pasti dengan tepat apakah balasan u”
“135. Mahkamah Tinggi di dalam Goh Choo Hock v Goh Swee Meng [2024] AMEJ 0936; [2024] MLJU 1989 pula memberi pemberatan utama kepada dokumen sezaman apabila keterangan lisan saudara-mara bercanggah mengenai transaksi yang berlaku bertahun-tahun sebelumnya. Dakwaan yang hanya t”
“135. Mahkamah Tinggi di dalam Goh Choo Hock v Goh Swee Meng [2024] AMEJ 0936; [2024] MLJU 1989 pula memberi pemberatan utama kepada dokumen sezaman apabila keterangan lisan saudara-mara bercanggah mengenai transaksi yang berlaku bertahun-tahun sebelumnya. Dakwaan yang hanya timbul selepas pros”
“NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 49 diperkukuhkan oleh keputusan terkini Mahkamah Persekutuan dalam Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd [2025] 4 MLRA 844, [2025] 6 CLJ 855, [2025] CLJU 1308. Dalam kes itu, penerimaan wang RM7 juta tidak dipertikaikan, tetapi sifatnya dipertikaikan sama ada pin”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO. WA-B52-52-07/2023
1
AZMARINA BINTI HYDER ALI
2
MAJ THUNISHA BANU BT KHALI KASMAN (NO. K/P: 710627-71-5058) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
DAN NASURUDEEN ABDUL NAZAR
2
ABDUL NAZAR A/L BAWASAH MARICAR
3
SHAREEFA RANI (NO. PASPORT: B8181021) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tindakan guaman ini dibawa oleh Plaintif Pertama, Azmarina Binti Hyder Ali ("P1"), dan ibunya, Plaintif Kedua, Maj Thunisha Banu Bt Khali Kasman ("P2"), terhadap bekas suami P1, Nasurudeen Abdul Nazar ("D1"), serta ibu bapa D1, Abdul Nazar A/L Bawasah Maricar ("D2") dan Shareefa Rani ("D3"). Pertikaian ini berakar dan berasaskan daripada suatu perkahwinan yang diaturkan keluarga, perbelanjaan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 2 yang dibuat sebelum dan semasa perkahwinan, serta keretakan rumah tangga yang kemudiannya berakhir dengan perceraian.
2
Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah memberikan beberapa jaminan sebelum perkahwinan, termasuk bahawa perkahwinan P1 dan D1 akan berkekalan dan bahagia, kebajikan P1 akan dijaga, serta 50% daripada kos majlis perkahwinan akan dibayar semula. Plaintif-Plaintif juga mendakwa bahawa sejumlah wang yang diberikan bagi yuran pengajian D1, tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Sabah adalah pinjaman, dan bahawa perkahwinan tersebut sebenarnya telah diaturkan secara fraud bagi membolehkan D1 memperoleh Visa Pasangan untuk tinggal menetap di Malaysia.
3
Berikutan dakwaan tersebut, Plaintif-Plaintif menuntut, antara lain seperti yang berikut: i) sejumlah RM391,552.00 yang terdiri daripada bayaran pengajian, tambang penerbangan, perbelanjaan majlis perkahwinan, deposit dan renovasi apartmen, sewa selama 18 bulan serta wang pendahuluan ke Sabah; ii) RM200,000.00 sebagai ganti rugi am atas penjejasan reputasi dan penderitaan malu; iii) suatu perintah supaya D1 diusir keluar dari Malaysia; iv) faedah; dan v) kos.
4
Defendan-Defendan menafikan keseluruhan asas liabiliti tersebut.
Preamble
Menurut mereka, tiada jaminan yang mengikat di sisi undang-undang pernah dibuat terhadap Plaintif. Perbelanjaan dan pembayaran yang AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 3 dibuat oleh P2 adalah bantuan dan pemberian sukarela dalam konteks hubungan bakal keluarga. Majlis perkahwinan yang besar merupakan pilihan Plaintif-Plaintif sendiri. Perkahwinan P1 dan D1 adalah suatu perkahwinan yang sebenar dan bukan muslihat imigresen dan tuntutan berkaitan tempat tinggal pula pada hakikatnya bersangkutan dengan nafkah yang telah menjadi subjek penyelesaian di Mahkamah Syariah.
5
Setelah meneliti keseluruhan pliding, pernyataan saksi-saksi, keterangan lisan, nota prosiding, dokumen-dokumen yang dikemukakan, hujahan bertulis dan hujahan balasan pihak-pihak serta ikatan autoriti yang telah dirujuk oleh pihak-pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian. Tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak sepenuhnya dengan kos RM7,000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan.
6
Alasan utama kepada keputusan Mahkamah ini secara ringkas seperti yang berikut:
6
6.1 Kewujudan jaminan-jaminan yang didakwa tidak dibuktikan melalui keterangan yang cukup dan pasti;
6
6.2 Sebahagian besar jaminan yang didakwa merupakan ungkapan harapan dan komitmen rumah tangga yang subjektif, bukannya obligasi kontraktual yang mempunyai terma yang pasti dan boleh dikuatkuasakan; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 4 6.3 Walaupun pembayaran dan perbelanjaan tertentu terbukti telah dibuat, sifatnya sebagai pinjaman atau hutang oleh Defendan-Defendan gagal dibuktikan;
6
6.4 Dakwaan fraud imigresen tidak diplidkan dan gagal dibuktikan dengan ketelitian yang dikehendaki;
6
6.5 Tiada asas kontraktual yang dibuktikan bagi menjadikan Defendan-Defendan bertanggungan terhadap keseluruhan kos perkahwinan atau kos apartmen; dan
6
6.6 Ganti rugi reputasi serta relif pengusiran yang dimohon tidak disokong oleh kausa tindakan, keterangan dan bidang remedi yang sesuai dalam tindakan guaman ini.
7
Dalam mencapai keputusan, Mahkamah ini telah menilai, meneliti dan mengambil kira keseluruhan kertas kausa serta dokumen-dokumen perbicaraan, termasuk yang berikut: a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif-Plaintif; b) Pembelaan Terpinda Defendan-Defendan dan Jawapan kepada Pembelaan Terpinda; c) Ikatan Pliding serta ikatan dokumen bersama dan ikatan dokumen tambahan yang diterima atau ditandakan; d) Fakta-fakta yang dipersetujui dan fakta-fakta yang tidak dipersetujui; e) Isu-Isu untuk Dibicarakan Plaintif dan Isu-Isu untuk Dibicarakan Defendan; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 5 f) Pernyataan Saksi P1, P2, Mohamed Mahathir Bin Kothbudeen dan Sinnappan A/L Jayaraman; g) Pernyataan Saksi D1, D2 dan D3; h) Nota Prosiding bagi tarikh-tarikh perbicaraan pada 13.1.2025,
12
12.2.2025, 21.3.2025, 9.6.2025, 20.8.2025, 21.8.2025 dan 3.10.2025; i) Hujahan Bertulis Plaintif-Plaintif, Hujahan Jawapan Plaintif-Plaintif, Hujahan Bertulis Defendan-Defendan dan Hujahan Bertulis Balasan Defendan-Defendan; dan j) Ikatan Autoriti Plaintif-Plaintif dan Ikatan Autoriti Defendan-Defendan.
8
P1 dan D1 pada awalnya tidak saling mengenali. Hubungan antara keluarga bermula melalui persahabatan di antara D3 dengan nenek P1, Serina Begum Binti Mohd Hanifa. Menurut versi Defendan-Defendan, Serina Begum mencadangkan agar P1 dan D1 dikahwinkan apabila mereka mencapai usia yang sesuai. Menurut versi Plaintif-Plaintif pula, D2 dan D3 telah datang meminang dan kemudiannya mendesak supaya perkahwinan P1 dan D1 dipercepatkan.
9
Pada masa perbincangan awal berlaku, D1 sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia. Perancangan perkahwinan telah dibincangkan selama beberapa tahun dan bukan suatu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba pada ambang permohonan visa. Fakta tempoh masa yang panjang ini menjadi material apabila Mahkamah ini perlu menilai dakwaan Plaintif-Plainitf AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 6 bahawa seluruh perkahwinan telah dirancang semata-mata bagi D1 mendapatkan Visa Pasangan untuk tinggal menetap di Malaysia.
10
Pada tahun 2017, P2 telah membuat beberapa pembayaran bagi tujuan yang berkaitan dengan pengajian dan kepulangan D1. Antara pembayaran yang dituntut ialah RM10,000.00 pada 28.1.2017, RM15,000.00 sekitar Ogos 2017 dan RM1,600.00 bagi tiket penerbangan. Selepas D1 menerima penempatan housemanship di Sabah, sejumlah RM7,000.00 juga dikatakan telah diberikan sebagai wang pendahuluan atau perbelanjaan permulaan.
11
Majlis perkahwinan P1 dan D1 telah berlangsung selama tiga hari, iaitu majlis malam berinai yang diadakan pada 16.3.2018, majlis akad nikah diadakan pada 17.3.2018 dan majlis persandingan pula diadakan pada 18.3.2018. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa P2 telah menanggung keseluruhan kos tersebut berjumlah RM335,602.00. Fakta yang tidak dipertikaikan bahawa suatu perbelanjaan yang besar telah dibuat untuk melangsungkan majlis perkahwinan tersebut. Pertikaian sebenar di sini ialah sama ada Defendan-Defendan telah meminta atau menjanjikan pembayaran balik terhadap kos perbelanjaan tersebut.
12
Selepas perkahwinan, P1 dan D1 tinggal di sebuah apartmen di Taman Sri Murni, Batu Caves. P2 telah membayar deposit sewaan RM5,000.00, kos renovasi RM3,850.00 dan sewa yang dituntut bagi tempoh 18 bulan berjumlah RM13,500.00. D2 dan D3 turut tinggal di apartmen tersebut bagi suatu tempoh. Plaintif-Plaintif menyatakan kediaman itu disediakan atas desakan Defendan-Defendan, manakala AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 7 Defendan-Defendan menyatakan ia ditawarkan secara sukarela oleh P2 untuk kegunaan pasangan yang baru berkahwin.
13
D1 kemudiannya menerima penempatan housemanship di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. P1 pernah pergi ke Sabah. Keterangan pihak-pihak menunjukkan terdapat pertikaian dan ketegangan rumah tangga mengenai kehidupan bersama sebagai pasangan suami isteri, pekerjaan, tempat tinggal, komunikasi serta konflik hubungan dengan keluarga masing-masing. Mahkamah ini tidak perlu dan tidak berperanan untuk menentukan pihak mana yang harus dipersalahkan bagi keretakan perkahwinan P1 dan D1 itu, namun persoalan material yang berbangkit dalam tindakan guaman ini ialah sama ada keretakan tersebut membuktikan atau berunsur kan kepada suatu tindakan fraud atau kemungkiran kontrak seperti mana yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif.
14
Pada 10.6.2020, P1 melalui peguam syarie telah mengutus surat berkaitan kedudukan rumah tangga dan tuntutan tertentu terhadap D1. Keterangan P1 semasa pemeriksaan balas menunjukkan bahawa sebelum surat tersebut diisukan, tiada sebarang dokumen kontemporari yang mengandungi tuntutan bayaran balik terhadap D1. Selepas surat itu, P1 dan D1 masih bersetuju untuk mencuba menyelamatkan perkahwinan mereka.
15
Hubungan tersebut akhirnya tidak dapat dipulihkan dan P1 serta D1 akhirnya bercerai pada tahun 2023. P1 juga telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah bagi tuntutan mutaah, nafkah iddah dan tunggakan nafkah isteri. Melalui penyelesaian sulh, D1 bersetuju untuk AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 8 membayar, antara lain, RM30,000.00 bagi tunggakan nafkah isteri, RM10,000.00 bagi mutaah dan RM4,500.00 bagi nafkah iddah.
16
Tindakan sivil ini telah dimulakan pada 7.7.2023. Oleh itu, Mahkamah ini perlu menilai setiap komponen tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif dengan berhati-hati untuk menentukan sama ada ia benar-benar suatu hutang atau kerugian sivil yang berasingan, atau sama ada ia merupakan perbelanjaan kekeluargaan, komponen nafkah, atau tuntutan yang timbul hanya setelah hubungan perkahwinan berakhir.
17
Kes Plaintif-Plaintif Dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda, Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa D2 dan D3 telah meminta supaya perkahwinan P1 dan D1 dipercepatkan kerana D1 memerlukan Visa Pasangan untuk pulang dan menetap di Malaysia. Plaintif-Plaintif selanjutnya memplidkan bahawa, sebagai balasan kepada persetujuan P1 dan P2, Defendan-Defendan telah memberikan beberapa jaminan sebagaimana dinyatakan di perenggan 13 Pernyataan Tuntutan Terpinda.
18
Jaminan-jaminan yang didakwa Plaintif-Plaintif itu, pada intinya, ialah bahawa; i. D1 akan hidup bahagia bersama P1; ii. perkahwinan akan berkekalan; iii. D1 akan kekal sebagai suami P1 dan terus komited terhadap P1; iv. pasangan akan melalui susah dan senang bersama; v. kebajikan P1 akan dipelihara; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 9 vi. mereka akan hidup dengan penuh kasih sayang; dan vii. 50% kos perkahwinan akan dibayar kepada P2 selepas D1 mendapat pekerjaan yang lumayan.
19
Plaintif-Plaintif turut memplidkan bahawa pembayaran RM10,000.00, RM15,000.00, RM1,600.00 dan RM7,000.00 telah dibuat bagi kepentingan D1. Walaupun perkataan "pinjaman" digunakan dalam penghuraian dan hujahan mereka, asas kausa tindakan yang menghubungkan keseluruhan jumlah RM391,552.00 kepada Defendan-Defendan sebagaimana yang telah diplidkan ialah kemungkiran jaminan-jaminan di perenggan 13 dan, secara alternatif, suatu tipu helah atau fraud.
20
Plaintif-Plaintif menuntut sejumlah RM391,552.00 terhadap Defendan-Defendan dengan diperincikan seperti yang berikut:
a
(a) RM10,000.00 bagi yuran pengajian D1 yang dibayar pada 28.1.2017;
b
(b) RM15,000.00 bagi yuran pengajian D1 yang dibayar sekitar Ogos 2017;
c
(c) RM1,600.00 bagi tiket penerbangan D1 pulang ke Malaysia;
d
(d) RM335,602.00 bagi perbelanjaan majlis perkahwinan;
e
(e) RM5,000.00 sebagai deposit sewaan apartmen;
f
(f) RM3,850.00 sebagai kos renovasi apartmen;
g
(g) RM13,500.00 sebagai sewa selama 18 bulan; dan
h
(h) RM7,000.00 sebagai wang pendahuluan atau wang belanja ke Kota Kinabalu, Sabah. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
21
Muka surat 10 Selain jumlah-jumlah yang tersebut, Plaintif-Plaintif juga menuntut sejumlah RM200,000.00 sebagai ganti rugi am kerana reputasi mereka yang dikatakan telah terjejas dan mereka telah menanggung malu dalam komuniti. Mereka juga meminta suatu perintah supaya D1 diusir keluar dari Malaysia atas alasan Visa Pasangan telah diperoleh secara tipu atau fraud, serta faedah pra dan pasca penghakiman dan kos.
22
Kes Defendan-Defendan Defendan-Defendan dalam Pernyataan Pembelaan Terpinda menafikan bahawa perkahwinannya dipercepatkan bagi tujuan mendapatkan visa pasangan sebagaimana di dakwa Plaintif. Defendan-Defendan juga menafikan bahawa jaminan-jaminan yang didakwa Plaintif di perenggan 13 pernyataan tuntutan terpinda itu pernah dibuat terhadap Plaintif, dan Defendan-Defendan menafikan bahawa terdapat sebarang perjanjian untuk membayar balik 50% kos perkahwinan atau menjual tanah di India bagi tujuan tersebut.
23
Defendan-Defendan menyatakan bahawa D1 dan P1 dikahwinkan atas cadangan keluarga dan dengan niat yang sebenar untuk membina rumah tangga. Menurut mereka, tidak munasabah untuk menganggap suatu jaminan bahawa perkahwinan akan kekal selama-lamanya sebagai suatu bentuk jaminan di bawah undang-undang. D2 dan D3 juga menegaskan bahawa mereka tidak boleh menjamin perbuatan, perasaan atau masa depan rumah tangga dua orang dewasa.
24
Mengenai pembayaran wang dan kos perbelanjaan perkahwinan, Defendan-Defendan menyatakan bahawa bantuan wang tersebut dibuat secara sukarela oleh P2 kerana D1 bakal menjadi menantunya AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 11 dan keluarganya pada ketika itu mempunyai hubungan yang rapat. Defendan-Defendan menafikan bahawa wang itu dipinjam atau bahawa terdapat janji-janji untuk membayarnya semula wang tersebut apabila D1 mula bekerja.
25
Mengenai majlis perkahwinan di antara P1 dan D1, Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif sendiri yang telah memilih skala dan bentuk majlis, berurusan dengan pembekal serta membuat pembayaran. Mereka menafikan mendesak majlis mewah atau bersetuju menanggung separuh kos majlis tersebut. Mengenai kos sewa apartmen, mereka menyatakan bahawa P2 sendiri yang telah menawarkan kediaman tersebut dan segala pembayaran dibuat secara sukarela.
26
Defendan-Defendan turut membangkitkan bahawa tuntutan berkaitan deposit, renovasi dan sewa pada hakikatnya merupakan tuntutan berkaitan tempat tinggal atau nafkah. Oleh sebab isu nafkah telah pun diselesaikan di Mahkamah Syariah, maka Defendan-Defendan menghujahkan bahawa tuntutan yang sama tidak boleh dipulihkan sekali lagi dalam bentuk tuntutan sivil di mahkamah ini.
27
Defendan-Defendan juga menafikan dakwaan fraud dan menegaskan bahawa D1 mempunyai laluan imigresen lain yang sah, termasuk melalui pekerjaan. Menurut D1, penggunaan Visa Pasangan selepas berkahwin adalah suatu pilihan semula jadi dan sah bagi pasangan yang benar-benar berkahwin, dan bukan bukti bahawa perkahwinan itu palsu. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
28
Muka surat 12 Berhubung dengan kejadian sekitar Januari 2023, Defendan-Defendan mendakwa P1 bersama ahli keluarganya telah memasuki kediaman, mengambil barangan dan mendesak bayaran RM15,000.00, menyebabkan D1 membayar RM5,000.00 dalam keadaan tertekan. Plaintif-Plaintif menafikan unsur paksaan dan menyatakan mereka hanya mengambil semula barangan milik mereka. Isu ini bukan asas tuntutan balas yang khusus, tetapi dikemukakan sebagai sebahagian daripada konteks hubungan pihak-pihak dan penjelasan bagi pembayaran RM5,000.00.
29
Jawapan Plaintif-Plaintif kepada Pembelaan Dalam Jawapan kepada Pembelaan Terpinda dan hujahan Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif mengekalkan kenyataannya bahawa pembayaran-pembayaran yang telah dibuat adalah suatu bentuk pinjaman, bahawa jaminan-jaminan yang diberikan D1 telah mendorong P1 dan P2 bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan serta menanggung kos perbelanjaan, dan bahawa Defendan-Defendan tidak boleh mengelakkan liabiliti hanya kerana persetujuan tersebut tidak direkodkan dalam bentuk dokumen formal.
30
Plaintif-Plaintif juga menegaskan bahawa tuntutan mereka bukan suatu tuntutan perceraian atau nafkah semata-mata. Menurut mereka, ia adalah tuntutan kontrak dan fraud yang melibatkan P2 sebagai pihak yang membuat pembayaran, justeru Mahkamah Sivil ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 13
31
E. PERJALANAN PERBICARAAN Perbicaraan penuh guaman sivil ini telah dijalankan melalui persidangan video atas talian dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat. Plaintif-Plaintif telah memanggil seramai empat orang saksi, iaitu P1 sebagai SP1, Mohamed Mahathir Bin Kothbudeen sebagai SP2, P2 sebagai SP3 dan Sinnappan A/L Jayaraman sebagai SP4. Defendan-Defendan pula telah memanggil D1 sebagai SD1, D2 sebagai SD2 dan D3 sebagai SD3.
32
Sepanjang perjalanan perbicaraan tersebut, pihak-pihak telah membuat beberapa bantahan berhubung bentuk soalan, soalan memimpin, kerelevanan isu yang dibangkitkan, dokumen tambahan dan skop pliding. Mahkamah ini telah memutuskan bantahan-bantahan tersebut ketika ianya di timbulkan dan dibangkitkan. Bagi tujuan alasan ini, Mahkamah ini akan menghuraikan keputusan prosedural dan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan yang mempunyai kaitan langsung dengan penilaian bukti dan dapatan akhir.
33
Pada sambungan perbicaraan kes Defendan, Plaintif-Plaintif telah membantah penggunaan dokumen tambahan Defendan dengan alasan sebahagian dokumen, termasuk perbualan WhatsApp, telah difailkan selepas saksi-saksi Plaintif selesai memberi keterangan dan tidak pernah dikemukakan kepada mereka semasa pemeriksaan balas. Defendan-Defendan menjawab bahawa dokumen tambahan tersebut telah difailkan dan diserahkan serta sebahagiannya adalah untuk menjawab isu yang timbul daripada pemeriksaan balas. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
34
Muka surat 14 Mahkamah ini mengambil pendekatan dan telah memutuskan bahawa dokumen tambahan tersebut tidak secara automatik membuktikan kebenaran kandungannya dan pemberatnya bergantung pada sama ada dokumen itu telah dikenal pasti, diuji, berkaitan dengan pliding dan adil untuk dipertimbangkan. Oleh itu, dalam alasan ini, Mahkamah tidak bergantung kepada mana-mana dokumen lewat sebagai satu-satunya asas dapatan terhadap tuntutan Plaintif-Plaintif.
35
Pada 3.10.2025, timbul bantahan berhubung dokumen tambahan Plaintif yang dikemukakan bagi menyangkal keterangan D3 mengenai nama pada kad perkahwinan. Defendan-Defendan membantah dengan alasan Mahkamah sebelum itu telah mengarahkan tiada apa-apa ikatan tambahan lanjut tanpa proses penandaan, dan isu nama pada kad perkahwinan tidak pernah diplidkan. Plaintif-Plaintif menjawab bahawa dokumen tersebut diperlukan kerana isu itu baru muncul dalam pernyataan saksi D3 yang difailkan lewat oleh Defendan.
36
Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa isu khusus mengenai ketiadaan atau kewujudan nama D2 dan D3 pada kad perkahwinan bukan isu yang diplidkan. Bagi mengelakkan ketidakadilan dan perluasan kes di luar pliding, bahagian keterangan D3 mengenai perkara tersebut dan dokumen tambahan yang dikemukakan semata-mata untuk menyangkalnya diketepikan. Keputusan ini selaras dengan prinsip bahawa perbicaraan tidak boleh berubah menjadi pertikaian baharu yang tidak dinyatakan dalam pliding. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
37
Muka surat 15 Semasa pemeriksaan balas D1, Plaintif-Plaintif cuba mengembangkan isu kepada dakwaan bahawa status imigresen atau pekerjaan D1 di Semenanjung Malaysia pada masa perbicaraan adalah tidak sah. Peguam Plaintif sendiri mengakui bahawa pliding tidak ada menyatakan D1 sebagai pendatang tanpa izin atau secara khusus mencabar kesahan pekerjaan semasanya. Mahkamah ini telah mengarahkan agar soalan tersebut tidak dilanjutkan kerana isu sedemikian bukan isu yang diplidkan, walaupun dokumen visa yang berkaitan dengan dakwaan asal fraud masih boleh dihujahkan.
38
Pendekatan tersebut penting. Mahkamah ini perlu membezakan antara isu yang diplidkan, iaitu sama ada perkahwinan tahun 2018 diaturkan secara fraud untuk mendapatkan Visa Pasangan, dengan isu baharu mengenai kesahan permit kerja atau tempat pekerjaan D1 beberapa tahun kemudian. Isu kedua tidak boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk membuktikan isu pertama tanpa pliding, pihak berkuasa yang berkaitan dan asas keterangan yang sesuai. F. KETERANGAN SAKSI-SAKSI Saksi-Saksi Plaintif
39
SP1 - Azmarina Binti Hyder Ali SP1 ialah P1 dan merupakan bekas isteri kepada D1. Beliau telah memberi keterangan mengenai sejarah perancangan perkahwinan, dakwaan bahawa D2 dan D3 meminta perkahwinan dipercepatkan untuk tujuan Visa Pasangan, kehidupan selepas berkahwin, perjalanan ke Sabah, keretakan rumah tangga dan kenyataan yang didakwa dibuat oleh D1 bahawa beliau dipaksa berkahwin bagi mendapatkan visa. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 16
40
Merujuk kepada Nota Prosiding Jilid 1, muka surat 9–10, semasa pemeriksaan utama oleh peguam Plaintif pada 13 Januari 2025 dan petikan penuh keterangan SP1 adalah seperti berikut: PP: “Soalan akhir, Puan Azmarina. SP1: Ya.” PP: “Ada tak kamu sebelum perkahwinan, dihubungi oleh defendan pertama? Dihubungi oleh Nasurudeen dan memaklumkan kepada kamu supaya dia berkehendakkan perkahwinan itu secara simple dan ini sebab mereka tiada wang. Ada dia bagitahu kamu? SP1: Tidak.” PP: “Adakah kamu pernah berhubungi dengan dia sebelum perkahwinan? SP1: Tidak.” PP: “Tidak. SP1: Dia tak hubung.” PP: “Saya tak dengar clear. SP1: Saya tak hubung dengan dia, dia pun tak hubung dengan saya sebelum perkahwinan. PP: Itu sahaja Puan Hakim.”
41
Secara tepat, keterangan di atas ini membuktikan bahawa SP1 mengakui bahawa SP1 dan D1 tidak pernah berhubung antara satu sama lain sebelum perkahwinan. Pengakuan ini material terhadap isu AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 17 jaminan yang diplidkan di perenggan 13 pernyataan tuntutan terpinda kerana ia menimbulkan persoalan sama ada SP1 mempunyai pengetahuan langsung bahawa D1 sendiri telah memberikan apa-apa jaminan pra-perkahwinan kepadanya.
42
Selanjutnya, SP1 menyatakan bahawa wang RM7,000.00 yang diberikan kepada sebelum atau ketika memulakan housemanship di Sabah adalah pinjaman yang perlu dibayar semula apabila D1 menerima gaji yang kini menjadi salah satu tuntutan Plaintif-Plaintif. Beliau seterusnya menyatakan bahawa kegagalan D1 meneruskan perkahwinan dan menjaga kebajikannya merupakan kemungkiran ke atas jaminan-jaminan yang telah diberikan sebelum perkahwinan.
43
Semasa pemeriksaan utama SP1, ketika peguam Plaintif merujukkan SP1 kepada Enclosure 33, Ikatan Dokumen C, muka surat 5, yang mengandungi perbualan WhatsApp antara SP1 dengan Defendan Pertama. Petikan lengkapnya ialah yang berikut: PP: “Tak ada. Muka surat 5. Cuba baca yang perenggan atas sekali. SP1: “Wedding punya money ikut perjanjian mak you cakap both side half-half. Masa mak you cakap my mom akka my moma was there tak fair kan for my mom semua dia yang tanggung, tapi korang cuma bagi I karusamani. Kai chain and cincin and mas kawin RM3k plus tu pun you ambil sebab nak bayar visa you tapi you dah bayar RM2k haritu. So yang tu settle lah.” PP: “Okay boleh terangkan tak? AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 18 SP1: Okay. Ikutkan adat Indian muslim kan chain dia orang kena bagi.” PP:” Tak, boleh terangkan yang pertama tu. Wedding punya money. SP1: Oh wedding perjanjian tu sepatutnya dia orang agree to pay half-half tapi dia orang tak bayar all the expenses.” PP: “Yang you tadi cakap pasal adat Indian muslim apa dia. SP1: Yang I ada mention dekat situ yang cincin itu je dia bagi. Wedding expenses satu sen dia tak bayar.” PP: “Mas kahwin? SP1: Mas kahwin dia bagi.” PP: “Dia bagi. Lepas itu? SP1: Dia pinjam tapi dia dah bayar balik. Itu saja dia bagi on the wedding.” PP: “Adakah dia jawab apa-apa kepada mesej ini? SP1: Tidak.” PP: “Yang you minta dia bayar sebagaimana mak dia janji itu? SP1: Tak.” PP: “Dia tak jawab langsung ya? SP1: Tak.” AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
44
Muka surat 19 Rujukan tersebut adalah kepada kandungan mesej WhatsApp yang SP1 sendiri hantar kepada D1, dan kemudiannya dibacakan oleh SP1 di Mahkamah ini. Ia bukan rakaman langsung perbualan asal antara P2 dengan D3 dan bukan pengakuan D1 atau D3. Keterangan tersebut hanya menunjukkan bahawa pada 11 Mei 2022, SP1 telah memberitahu D1 melalui WhatsApp bahawa, menurutnya, ibu D1 pernah mengatakan kos perkahwinan akan ditanggung secara separuh-separuh. D1 tidak membalas mesej tersebut. Oleh itu, mesej berkenaan membuktikan kewujudan dakwaan SP1 pada tahun 2022, tetapi tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa perjanjian asal benar-benar dibuat, terma-terma tepatnya, pihak yang hadir atau penerima janji tersebut.
45
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengakuan penting telah dibuat oleh SP1 semasa pemeriksaan balas. Apabila dirujuk kepada dakwaan bahawa D2 meminta perkahwinan dipercepatkan kerana D1 memerlukan Visa Pasangan, SP1 bersetuju bahawa beliau tidak mempunyai bukti bagi perkara tersebut selain apa yang diberitahu kepadanya atau apa yang didakwa telah disebut kemudian. Petikan material dalam nota keterangan adalah seperti berikut: "PD: Okay, saya cadangkan bahawa kamu tak ada bukti untuk perkara ini. Setuju atau tidak.” SP1: Setuju."
46
SP1 juga mengakui bahawa tidak terdapat dokumen yang merekodkan jaminan-jaminan yang dinyatakan di perenggan 13 pernyataan tuntutannya. Ketiadaan dokumen tidak semestinya menggagalkan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 20 sesuatu perjanjian lisan, tetapi dalam kes ini jaminan-jaminan yang didakwa adalah luas, subjektif dan melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar. Oleh itu, ketiadaan apa-apa rekod kontemporari menjadi faktor pemberat yang penting.
47
Berhubung masa tuntutan wang mula dibuat, SP1 bersetuju bahawa surat peguam bertarikh 10.6.2020 ialah tuntutan pertama yang dapat dikenal pasti melalui dokumen, dan tiada dokumen sebelum itu yang menunjukkan tuntutan bayaran balik. Selepas surat tersebut, P1 dan masih cuba meneruskan perkahwinan mereka. Petikan pemeriksaan balas adalah seperti berikut: "PD: Saya cadangkan bahawa ini adalah kali pertama kamu tuntut wang daripada defendan pertama. Setuju? SP1: Setuju. PD: Saya cadangkan bahawa kamu tak pernah tuntut apa-apa bayaran daripada defendan-defendan sebelum surat ini dikeluarkan. Betul? ... SP1: Dalam dokumen tak ada."
48
SP1 seterusnya bersetuju bahawa selepas surat tersebut, beliau dan D1 cuba mengekalkan perkahwinan. Apabila dicadangkan bahawa tuntutan wang timbul semula apabila usaha menyelamatkan perkahwinan gagal, SP1 mengakui terdapat tuntutan semula pada 11.5.2022 tetapi menafikan bahawa semua wang dituntut semata-mata kerana perceraian. Pada permulaan pemeriksaan balas, SP1 bersetuju AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 21 bahawa tuntutan RM391,552.00 dibuat selepas perceraian antara beliau dengan D1: PD: “Baik. Jadi Puan Azmarina kamu tuntut antara lain wang berjumlah RM391,552.00 daripada defendan-defendan. Setuju? SP1: Setuju. PD: Dan kamu buat tuntutan ini sebab kamu dan defendan pertama telah bercerai. Setuju? SP1: Setuju.”
49
Berhubung dengan sewaan apartmen, keterangan SP1 menunjukkan bahawa deposit, kos ubahsuai dan/atau renovasi dan sewa berkait rapat dengan penyediaan tempat tinggal selepas perkahwinan. Dalam pemeriksaan balas, SP1 menerima bahawa isu tersebut bersangkutan dengan nafkah tempat tinggal. Beliau juga mengesahkan bahawa tuntutan tunggakan nafkah isteri telahpun diselesaikan di Mahkamah Syariah dengan bayaran RM30,000.00. Pengakuan ini menimbulkan risiko pertindihan tuntutan yang tidak dapat dijelaskan secara memuaskan oleh Plaintif-Plaintif.
50
Apabila dirujuk kepada perenggan 13 dan 32 Pernyataan Tuntutan, SP1 turut mengaitkan keseluruhan kerugian yang dituntut dengan kemungkiran jaminan-jaminan yang didakwa telah diberikan oleh Defendan-Defendan: PD: “Baik. Jadi soalan saya, kamu mengalami kesemua kerugian ini kerana Defendan-defendan telah memungkiri jaminan-jaminan di perenggan 13 tadi. Setuju? AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 22 SP1: Ya. PD: Jadi kamu menuntut RM391,552.00 daripada defendan-defendan kerana defendan-defendan telah memungkiri jaminan mereka seperti di perenggan 13 tadi. Setuju? SP1: Hm.”
51
Keterangan ini menunjukkan bahawa kes SP1 bukan sekadar tuntutan penghutangan berasingan bagi setiap pembayaran, tetapi beliau menghubungkan jumlah keseluruhan tersebut dengan dakwaan bahawa jaminan-jaminan sebelum perkahwinan telah dimungkiri oleh
52
Mahkamah ini mendapati SP1 memberi keterangan secara terus mengenai pengalaman peribadinya dalam rumah tangga dan Mahkamah ini menerima bahawa keretakan perkahwinan telah memberi kesan emosi kepadanya. Namun, pengalaman tersebut tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa sebelum perkahwinan wujud kontrak untuk menjamin kebahagiaan atau bahawa D1 berkahwin dengannya secara fraud. Keterangan mengenai kenyataan D1 berhubung visa juga perlu diteliti dan diperhalusi terhadap dokumen kontemporari dan keseluruhan kelakuan pihak-pihak.
53
SP2 - Mohamed Mahathir Bin Kothbudeen SP2 ialah pengurus Shanas Catering dan sejak tahun 2013 menjadi rakan kongsi dalam perniagaan milik bapanya. Keterangannya berkaitan dengan perkhidmatan katering bagi tiga acara perkahwinan P1 dan D1. SP2 menerangkan bahawa pada Disember 2017, P2 telah AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 23 menghubungi pihaknya untuk menyediakan makanan bagi majlis malam berinai pada 16.3.2018, akad nikah pada 17.3.2018 dan majlis persandingan pada 18.3.2018. Beliau dan bapanya telah berbincang dengan P2, dan harga yang dipersetujui telah direkodkan dalam resit-resit yang dirujuk semasa perbicaraan.
54
Menurut SP2, kos makanan ialah RM12,514.50 bagi malam berinai, RM8,497.50 bagi hari nikah dan RM54,590.00 bagi majlis persandingan. Kesemua bayaran tersebut telah dibuat oleh P2. Resit bayaran telah dikeluarkan atas nama P1 kerana amalan perniagaan mereka ialah menggunakan nama pengantin walaupun pembayaran dibuat oleh ibu pengantin perempuan.
55
Mahkamah ini menerima keterangan SP2 sebagai bukti bahawa P2 telah benar-benar mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi catering untuk semua majlis yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, SP2 tidak hadir dalam perbincangan keluarga mengenai jaminan 50% perbelanjaan perkahwinan, tidak mendengar apa-apa janji D2 atau D3 untuk membayar balik, dan tidak boleh membuktikan atau menyokong tujuan disebalik semua pembayaran tersebut. Keterangannya hanya membuktikan quantum perbelanjaan tertentu, bukan liabiliti Defendan-Defendan.
56
SP3 - Maj Thunisha Banu Bt Khali Kasman SP3 ialah P2 dan merupakan saksi utama bagi keseluruhan dakwaan kewangan. Beliau memberi keterangan bahawa beliau telah membayar RM10,000.00 dan RM15,000.00 bagi yuran pengajian D1, RM1,600.00 bagi tiket penerbangan, RM7,000.00 bagi perbelanjaan ke AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 24 Sabah, RM335,602.00 bagi perbelanjaan perkahwinan serta kos deposit, renovasi dan sewa apartmen.
57
SP3 menyatakan bahawa pembayaran pengajian, tiket dan wang ke Sabah ialah pinjaman yang akan dibayar selepas D1 mula bekerja. Beliau juga mendakwa D2 dan D3 ada meminta majlis yang mewah sesuai dengan status D1 sebagai bakal doktor, serta berjanji untuk menanggung 50% kos perkahwinan selepas menjual tanah di India atau selepas D1 memperoleh pekerjaan yang lumayan.
58
Mahkamah ini tidak meragui bahawa SP3 telah menanggung sebahagian besar perbelanjaan yang dinyatakan. Persoalan yang berbangkit ialah sifat pembayaran dan kewujudan janji pembayaran balik sebagaimana dakwaan Plaintif-Plaintif. Dalam pemeriksaan balas, SP3 mengakui bahawa resit atau bukti pemindahan tidak menyatakan perkataan "loan" atau "pinjaman", dan tidak terdapat dokumen yang merekodkan bahawa D1 akan membayar semula selepas mula menerima gaji.
59
SP3 juga mengakui bahawa tiada sebarang dokumen yang merekodkan jaminan kebahagiaan, jaminan perkahwinan akan kekal atau janji membayar balik 50% perbelanjaan perkahwinan. Apabila jumlah tuntutan RM391,552.00 dikaitkan dengan perenggan 13 Pernyataan Tuntutan, keterangan SP3 menunjukkan bahawa sebab tuntutan keseluruhan jumlah itu ialah dakwaan kemungkiran jaminan, bukannya semata-mata suatu tindakan pinjaman yang diperincikan secara berasingan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
60
Muka surat 25 Keterangan SP3 mengenai janji bayaran balik 50% juga berubah dari segi pencetus pembayaran, iaitu kadangkala dikatakan selepas D1 mendapat pekerjaan yang lumayan, dan pada masa lain selepas tanah di India dijual. Kedua-dua versi dinafikan oleh D2 dan D3. Tiada surat, mesej, pengakuan hutang, jadual pembayaran, catatan pada resit atau tuntutan kontemporari yang menyokong mana-mana versi yang didakwa.
61
Berhubung perbualan WhatsApp mengenai tiket bernilai RM1,600.00, SP3 bergantung kepada perkataan D3 bahawa beliau "menunggu untuk dapatkan wang sedikit". Mahkamah ini menilai perbualan itu dalam konteks penuh. Tiada penggunaan perkataan pinjam, hutang atau bayar balik. Perbualan itu juga hanya berkaitan tiket RM1,600.00 dan tidak boleh, tanpa lebih, membuktikan bahawa semua pembayaran lain berjumlah puluhan ribu ringgit ialah suatu bentuk pinjaman.
62
Mahkamah ini mendapati SP3 ialah saksi yang mempunyai kepentingan langsung dan kuat terhadap hasil kes, sebagaimana juga saksi-saksi Defendan mempunyai kepentingan masing-masing. Oleh itu, Mahkamah ini tidak menolak keterangannya hanya kerana hubungan kekeluargaan, tetapi mengujinya terhadap bukti kontemporari, kebarangkalian dan pengakuan semasa pemeriksaan balas. Pada ukuran tersebut, keterangan mengenai pinjaman dan jaminan pembayaran balik tidak cukup kukuh untuk melepasi beban pembuktian. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 26
63
SP4 - Sinnappan A/L Jayaraman SP4 ialah pengurus CSH One Stop Events atau Capitol Selayang Hall. Beliau memberi keterangan mengenai tempahan dewan, makanan dan perkhidmatan berkaitan majlis perkahwinan. Keterangan SP4, bersama dokumen pembayaran, menyokong bahawa majlis tersebut telah diadakan dalam skala yang besar dan P2 menanggung perbelanjaan tertentu.
64
Seperti mana keterangan SP2, SP4 juga bukan pihak kepada perbincangan keluarga mengenai jaminan, pembayaran balik atau tujuan visa. Beliau tidak dapat memberi keterangan bahawa D2 atau D3 meminta majlis mewah, bersetuju membayar separuh kos perkahwinan atau menanggung obligasi kontraktual terhadap P2. Justeru, keterangannya menyokong kewujudan perbelanjaan tetapi tidak membuktikan asas liabiliti.
65
Berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi Plaintif, Mahkamah ini dapat membuat kesimpulan ringkas yang berikut: i) SP3 menyatakan bahawa ketiga-tiga Defendan telah memberikan jaminan secara kolektif; ii) Bagi jaminan kehidupan rumah tangga, P1 ialah pihak yang menerima manfaat untuk hidup bahagia, perkahwinan berkekalan, kebajikan dijaga dan kehidupan dengan penuh kasih sayang; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 27 iii) Bagi janji pembayaran separuh perbelanjaan perkahwinan, P2 dikenal pasti secara jelas sebagai penerima pembayaran, melalui keterangan SP3 yang menyatakan: “Mereka juga berjanji akan membayar kepada saya separuh dari perbelanjaan perkahwinan.” iv) Namun, tiada keterangan yang cukup khusus tentang kepada siapa kata-kata jaminan rumah tangga itu sebenarnya diucapkan. SP3 tidak menyatakan dengan terperinci sama ada ia diucapkan kepada beliau, P1 atau kedua-duanya. v) SP1 hanya mengesahkan secara umum bahawa ketiga-tiga Defendan ada membuat jaminan, tetapi tidak memperincikan siapa membuat apa dan kepada siapa. vi) Berhubung pembayaran 50%, keterangan SP1 lebih khusus merujuk kepada D3 sebagai pembuat janji, melalui mesej yang terkandung di dalam Whatsapp; “ikut perjanjian mak you cakap both side half-half.”
66
Mahkamah ini mendapati keterangan SP1 bahawa beliau dan D1 tidak pernah berhubung sebelum perkahwinan melemahkan dakwaan bahawa D1 sendiri ada dan/atau pernah membuat jaminan pra-perkahwinan secara langsung kepada P1. Oleh itu, terdapat keterangan tentang identiti pemberi jaminan secara kolektif, tetapi terdapat kekurangan material dalam pembuktian tentang pemberi bagi setiap jaminan, penerima sebenar komunikasi, tarikh, tempat dan perkataan yang digunakan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 28 Saksi-Saksi Defendan
67
SD1 - Nasurudeen Abdul Nazar SD1 ialah D1, yang merupakan bekas suami P1 dan bertugas seorang doktor. Beliau menafikan bahawa perkahwinan itu suatu muslihat untuk mendapatkan Visa Pasangan. Menurutnya, beliau berkahwin dengan niat bahawa perkahwinan akan kekal seperti pasangan lain, tetapi hubungan itu mengalami keretakan yang tidak dapat dipulihkan selepas kira-kira dua tahun dan perceraian akhirnya disempurnakan pada tahun 2023.
68
SD1 menafikan pernah bersetuju bahawa semua pembayaran P2 ialah pinjaman atau bahawa beliau akan membayarnya semula apabila mendapat gaji. Beliau menyatakan bantuan P2 diberi dalam konteks hubungan keluarga dan persediaan membina rumah tangga. Beliau juga menafikan memberi jaminan undang-undang bahawa P1 akan sentiasa bahagia atau perkahwinan tidak boleh berakhir.
69
Mengenai Visa Pasangan, SD1 menjelaskan bahawa setelah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia, adalah biasa dan munasabah untuk menggunakan pas yang bersandarkan pasangan. Beliau menolak cadangan bahawa visa itu satu-satunya jalan untuk memasuki, tinggal atau bekerja di Malaysia. Antara penjelasan beliau ialah: "Everybody would want the visa to be belonging to the wife because your wife is Malaysian... It’s not because that the only way I boleh dapat kerja ke, I boleh stay dekat Malaysia ke. No." AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
70
Muka surat 29 SD1 turut menjelaskan bahawa SP1 dan beliau telah mencuba menyelamatkan perkahwinan, termasuk berbincang dan mendapatkan bantuan pihak lain. Tempoh perkahwinan, kehidupan bersama, usaha perdamaian dan perceraian yang hanya berlaku beberapa tahun kemudian adalah fakta yang perlu ditimbang terhadap dakwaan bahawa sejak awal lagi D1 tidak pernah berniat menjadi suami.
71
Pemeriksaan balas terhadap SD1 adalah panjang dan menyentuh status pas, pekerjaan di Sabah serta pekerjaannya kemudian di Pulau Pinang. Terdapat jawapan yang tidak teratur mengenai pembatalan atau pemprosesan permit baharu. Mahkamah ini mengambil maklum perkara tersebut dari sudut kredibiliti umum, tetapi tidak boleh menjadikannya bukti bahawa perkahwinan tahun 2018 adalah fraud. Isu pekerjaan semasa di Semenanjung tidak diplidkan dan pihak berkuasa imigresen yang berkaitan bukan pihak dalam tindakan ini.
72
Mahkamah ini menerima bahawa SD1 mempunyai kepentingan untuk menafikan dakwaan terhadapnya. Namun, versi beliau bahawa perkahwinan benar-benar dilangsungkan dan kemudian gagal adalah selaras dengan fakta bahawa perancangan berlaku bertahun-tahun, pasangan hidup sebagai suami isteri, SP1 telah mengikuti beliau ke Sabah, mereka cuba berdamai selepas pertikaian dan perceraian hanya disempurnakan pada tahun 2023. Fakta-fakta tersebut tidak membuktikan perkahwinan bahagia, tetapi menjadikan inferens "perkahwinan palsu semata-mata untuk visa" kurang berkemungkinan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
73
Muka surat 30 Semasa pemeriksaan balas, peguam Plaintif merujuk kepada jawapan SD1 dalam Pernyataan Saksinya bahawa beliau berkahwin dengan niat supaya perkahwinan itu berkekalan: PP: … The 1st plaintiff and I were married since 18 March 2018 for around two years before we mutually agreed to divorce in 2020 and eventually got divorced in 2023. I married the 1st plaintiff with the intention that the marriage will last forever just like any other marriages. … So, this is the question I asked. What is the irretrievable breakdown of marriage? SD1: Okay, we discussed this through very lengthy because we divorced after five years. All the fights, misunderstanding, her issues, my issues, until we came to a conclusion that kita orang nak cerai.”
74
Apabila peguam Plaintif mencadangkan bahawa sebenarnya tiada keretakan rumah tangga dan perkahwinan itu semata-mata bagi memperoleh Visa Pasangan, SD1 menjawab: PP: “… I put it to you, Nasurudeen, that there’s no such things as breakdown in the marriage here. You married the 1st plaintiff solely for the purpose of obtaining the spouse visa for you to stay and the moment you got the right to stay in Sabah, you abandon her. Agree? SD1: I disagree, Sir.”
75
Dalam konteks ini, Mahkamah ini menilai bahawa SD1 mengakui bahawa pada permulaan perkahwinan beliau mempunyai niat atau harapan supaya perkahwinan berkekalan. Namun, beliau tidak AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 31 mengakui bahawa niat tersebut merupakan suatu jaminan mutlak atau kontrak bahawa perceraian tidak akan berlaku.
76
Peguam Plaintif turut mencadangkan bahawa SD1 dan ibu bapanya telah merancang perkahwinan ini adalah untuk tujuan memperoleh Visa Pasangan dan mendapatkan manfaat kewangan daripada Plaintif: PP: “… What you and your parent did was to act of fraud against these 2 ladies. Okay. Got them to spend so much of money for you for the purpose of spouse visa. The 1st plaintiff was hardly with you for a few months. All these are lies. I put it to you that there’s no irretrievable breakdown of marriage. I put it to you and your parents, you know together scheme this up in order for you to obtain a spouse visa. Agree or disagree? SD1: Disagree, Sir.”
77
Apabila cadangan yang sama dikemukakan sekali lagi, SD1 menjawab: PP: “… I put it to you that you married the 1st plaintiff solely for the purpose of obtaining the spouse visa so that you can remain in this country. SD1: Tidak setuju, Tuan.”
78
Penafian ini relevan kerana jaminan-jaminan di perenggan 13 digunakan oleh Plaintif bukan sahaja sebagai asas tuntutan kontrak, tetapi juga sebagai sebahagian daripada dakwaan bahawa mereka telah diperdaya untuk menanggung pelbagai perbelanjaan ke atas D1 terutamanya melibatkan perkahwinan D1 dan P1. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
79
Muka surat 32 Dalam pemeriksaan semula, peguam Defendan merujuk secara khusus kepada jawapan SD1 semasa pemeriksaan balas bahawa tiada jaminan dibuat: PD: “Okay. I want to ask you about the guarantees. So, one of the reasons that the, no I mean in cross examination it was said to you… one moment. There were guarantees given by your parents. It was said that it’s pleaded that all of you gave guarantees that the marriage would last forever, yeah. Okay, and it was said that. Okay, you said that there were no guarantees made. That was your answer. Okay. And then it was put to you that you do not have any knowledge as to whether any guarantees were made because you were in Russia at the time. Are you disagree? Can you explain why you disagreed? SD1: Because it’s my wedding. I kahwin, tak kan my parent take decision without bincang dengan I. I know from A to Z. What happened, who is doing what. When is the wedding, what is the discussion. So, it doesn’t makes sense for me why parents I ni nak buat something behind my back that I’m not aware of or there is a situation that I’m not involved. So, I don’t get it there’s a perjanjian sulit that happened that I’m not a part of it that’s all he’s trying to say, I don’t get it also lah. Kenapa dia cakap macam tu.”
80
Keterangan tersebut memperlihatkan dua pendirian SD1:
1
beliau menafikan bahawa beliau atau ibu bapanya pernah memberikan jaminan bahawa perkahwinan akan kekal selama-lamanya; dan
2
beliau menolak cadangan bahawa suatu perjanjian atau jaminan mungkin dibuat oleh ibu bapanya tanpa pengetahuannya kerana, AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 33
Preamble
menurut beliau, semua perbincangan mengenai perkahwinannya diketahui olehnya.
81
Peguam Plaintif selajutnya mencadangkan bahawa tuntutan sivil P1 dan P2 tidak mempunyai kaitan dengan tuntutan mutaah, nafkah iddah dan nafkah tertunggak: PP: “Next question. This is your… regarding what happen in Syariah Court. Soalan 15. The plaintiff file a claim for mutaah, for nafkah iddah and nafkah tertunggak. Agree? SD1: Yes, agree.” PP: “Okay. I put it to you, the claim by the mother today and the claim by the 1st plaintiff today has nothing to do with the claim in mutaah, for nafkah iddah and nafkah tertunggak against you. SD1: Disagree. If they can produce their writ summon in Syariah Court, we might know that 80% is similar.”
82
SD1 mendakwa bahawa sebahagian besar butiran tuntutan sivil adalah serupa dengan tuntutan yang telah dibawa di Mahkamah Syariah. Dalam pemeriksaan semula, beliau memberi penjelasan lanjut mengenai tuntutan sewa RM13,500.00: PD: “This is regarding the nafkah tunggakan. The lawyer asks you if there any record that the RM13,500.00 is part of the nafkah tunggakan. Okay. He asked you where is it stated that RM13,500.00 is nafkah tunggakan. You mentioned that it is in the plaintiff writ summon. You wanted to explain further before you were interrupted. Is there anything you would want to explain? AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 34 SD1: Yeah, he asked me where but it’s actually bila plaintiff file di Mahkamah Syariah. They mentioned this exact amount RM13,500.00 bayar sewa rumah, so double claim lah. … SD1: So, then we discussed, we agreed to a conclusion then came the Civil Court case.”
83
Berdasarkan keterangan pembelaan SD1 ini, berkenaan dengan tuntutan kediaman bukan sekadar bahawa wang itu bukan pinjaman tetapi beliau juga menyatakan bahawa jumlah berkenaan telah menjadi sebahagian daripada pertikaian nafkah yang dibincangkan dan telah diselesaikan di Mahkamah Syariah. Maka, tuntutan Plaintif-Plaintif ini telah menjadi suatu tuntutan yang bertindih dengan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.
84
SD2 - Abdul Nazar A/L Bawasah Maricar SD2 ialah bapa D1. Beliau menafikan bahawa beliau dan D3 meminjam wang daripada keluarga Plaintif pada tahun 2012 atau bahawa mereka datang dengan suatu rancangan untuk mendapatkan visa melalui P1. Menurutnya, cadangan perkahwinan bermula melalui persahabatan D3 dengan nenek P1 dan kemudiannya dipersetujui keluarga.
85
SD2 menafikan setiap jaminan yang dikemukakan kepadanya semasa pemeriksaan balas. Apabila dicadangkan bahawa beliau menjamin perkahwinan akan berkekalan, kebahagiaan P1 akan dipastikan, kebajikan P1 akan dijaga dan separuh perbelanjaan perkahwinan akan dibayar, jawapan beliau ialah "Tak betul". Beliau juga menafikan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 35 bahawa wang hasil jualan tanah di India akan digunakan untuk membayar 50% kos perkahwinan.
86
Dalam pernyataan saksinya, SD2 menjelaskan bahawa perkahwinan adalah antara D1 dan P1, dan beliau tidak boleh menjamin masa depan rumah tangga orang lain. Beliau menyatakan: "Pertamanya, perkahwinan ini adalah antara defendan pertama dan plaintif pertama. Saya tidak membuat sebarang jaminan dan bukanlah tempat saya untuk membuat sebarang jaminan bagi pihak orang lain. Keduanya, adalah mustahil untuk mana-mana pasangan menjamin bahawa perkahwinan mereka akan berkekalan."
87
Semasa pemeriksaan balas, SD2 akhirnya mengakui terdapat persetujuan keluarga untuk mengahwinkan P1 dan D1 selepas dirujuk kepada upacara atau pertemuan keluarga. Pengakuan bahawa keluarga bersetuju dengan perkahwinan tidak sama dengan pengakuan bahawa D2 memberi jaminan kontraktual terhadap kebahagiaan atau pembayaran balik. Mahkamah ini membezakan kedua-dua perkara tersebut.
88
SD2 turut memberi keterangan bahawa bantuan kewangan P2 adalah secara sukarela dan bahawa P2 pernah bersetuju membantu D1 sehingga beliau mula bekerja. Walaupun jawapan beliau mengenai adat dan tanggungan keluarga kadangkala tidak jelas, tiada pengakuan bahawa wang itu pinjaman atau bahawa beliau sendiri menjadi penghutang. Keterangan tersebut sekurang-kurangnya AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 36 konsisten dengan kewujudan bantuan keluarga, bukan kontrak pinjaman yang pasti.
89
SD3 - Shareefa Rani SD3 ialah ibu D1 dan sahabat kepada nenek P1. Beliau menyatakan bahawa perkahwinan P1 dan D1 diaturkan dengan niat baik, tanpa tujuan rahsia mendapatkan Visa Pasangan. Menurutnya, beliau menyayangi P1 sebagai menantu dan membantu P1 dalam urusan harian ketika tinggal bersama.
90
SD3 menafikan pernah mendesak perkahwinan dipercepatkan, mendesak majlis mewah, meminta P2 menyewa rumah untuk mereka atau berjanji membayar separuh kos perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa P2 sendiri yang menawarkan apartmen untuk pasangan yang baru berkahwin dan membuat pembayaran deposit, renovasi serta sewa dibuat secara sukarela.
91
Berhubung perbualan WhatsApp mengenai tiket D1, SD3 menjelaskan bahawa beliau memberitahu P2 harga tiket ketika itu lebih murah dan bertanya sama ada P2 boleh menempahnya. Apabila P2 menyatakan "Untuk tiket juga saya perlu bayar", SD3 berasa serba salah lalu menyatakan beliau menunggu memperoleh sedikit wang. Menurut SD3, perbualan itu tidak mengandungi pengakuan bahawa wang tersebut dipinjam atau akan dibayar semula.
92
Mahkamah ini bersetuju bahawa perkataan yang digunakan boleh menunjukkan rasa tanggungjawab moral atau rasa segan, tetapi ia terlalu kabur untuk menjadi pengakuan hutang. Lebih penting, P2 AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 37 sendiri tidak menggunakan perkataan pinjaman atau meminta pengesahan pembayaran balik dalam perbualan tersebut. Oleh itu, perbualan itu tidak boleh dipanjangkan untuk membuktikan sifat semua pembayaran lain.
93
G. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN Berdasarkan kertas kausa, ikatan pliding, isu-isu yang berbangkit untuk dibicarakan yang difailkan oleh pihak-pihak, keterangan dan hujahan, Mahkamah ini menyusun semula isu-isu yang perlu diputuskan seperti berikut:
a
(a) Sama ada dan sejauh mana tuntutan ini berada dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil, khususnya apabila sebahagian dakwaan berkaitan perkahwinan, perceraian dan nafkah orang Islam;
b
(b) Sama ada tuntutan RM10,000.00 atau mana-mana komponen terjejas oleh had masa;
c
(c) Sama ada Defendan-Defendan memberi jaminan-jaminan sebagaimana yang telah diplidkan di perenggan 13 Pernyataan Tuntutan Terpinda dan, jika ya, sama ada jaminan tersebut merupakan obligasi yang pasti serta boleh dikuatkuasakan;
d
(d) Sama ada Defendan-Defendan melakukan fraud dengan mengaturkan perkahwinan P1 dan D1 semata-mata bagi mendapatkan Visa Pasangan; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 38
e
(e) Sama ada bayaran RM10,000.00, RM15,000.00, RM1,600.00 dan RM7,000.00 merupakan pinjaman yang perlu dibayar balik atau suatu bentuk pemberian/bantuan secara sukarela;
f
(f) Sama ada D2 atau Defendan-Defendan bersetuju menanggung 50% perbelanjaan perkahwinan, termasuk melalui penjualan tanah di India;
g
(g) Sama ada Defendan-Defendan bertanggungan terhadap deposit RM5,000.00, renovasi RM3,850.00 dan sewa RM13,500.00 bagi apartmen;
h
(h) Sama ada Plaintif-Plaintif telah membuktikan hak terhadap jumlah tuntutan RM391,552.00;
i
(i) Sama ada Plaintif-Plaintif berhak kepada RM200,000.00 sebagai ganti rugi am atas penjejasan reputasi dan penderitaan malu; dan
j
(j) Sama ada Mahkamah mempunyai bidang kuasa, boleh dan patut memerintahkan D1 diusir keluar dari Malaysia. H. HUJAHAN PIHAK-PIHAK
94
Hujahan Plaintif-Plaintif Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa keterangan P1 dan P2 adalah konsisten mengenai jaminan-jaminan yang telah diberikan oleh Defendan-Defendan. Menurut mereka, keluarga Plaintif bersetuju AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 39 mempercepatkan perkahwinan, membiayai pengajian D1, menyediakan majlis yang besar dan menyediakan kediaman kerana mempercayai jaminan bahawa P1 akan dijaga oleh D1 dan 50% kos perkahwinan akan dibayar semula.
95
Plaintif-Plaintif menekankan bahawa undang-undang tidak mensyaratkan semua perjanjian dibuat secara bertulis. Mereka berhujah bahawa perjanjian lisan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung dan kelakuan pihak-pihak. Penafian D2 dan D3 perlu dilihat dengan berhati-hati kerana Defendan-Defendan telah menikmati manfaat daripada pengajian, tiket, majlis dan kediaman yang dibiayai
96
Bagi menyokong pendirian bahawa ketiadaan dokumen bertulis bukan penghalang mutlak, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa persetujuan lisan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung, penerimaan manfaat dan kelakuan pihak-pihak. Plaintif meminta Mahkamah ini menerima keterangan SP1 dan SP3 bahawa pembayaran telah dibuat atas permintaan keluarga Defendan dan tertakluk kepada janji pembayaran semula.
97
Plaintif-Plaintif juga bergantung kepada surat tuntutan, resit-resit, bukti pindahan wang dan keterangan vendor sebagai bukti objektif bahawa P2 telah benar-benar mengeluarkan wang. Menurutnya, apabila bukti pembayaran dibaca bersama dakwaan jaminan sebelum perkahwinan, inferens yang patut dibuat ialah pembayaran tersebut bukan pemberian mutlak, sebaliknya pendahuluan yang perlu dipulangkan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
98
Muka surat 40 Plaintif-Plaintif merujuk keputusan kes Halim Bin Saad v Chan Yok Peng [2021] 3 MLJ 717 berkenaan kepentingan surat tuntutan dan tindak balas pihak yang dituntut, serta autoriti imigresen dan peruntukan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 bagi menyokong dakwaan bahawa tujuan sebenar perkahwinan dan penggunaan Visa Pasangan boleh diteliti oleh Mahkamah. Mahkamah ini akan menghuraikan batas serta kebolehgunaan autoriti tersebut pada bahagian analisis di bawah.
99
Berhubung pinjaman wang, Plaintif-Plaintif bergantung pada bukti pembayaran, keterangan P2 bahawa wang diberikan atas permintaan Defendan, serta perbualan WhatsApp D3 yang menyatakan beliau menunggu mendapat wang. Plaintif menghujahkan bahawa frasa tersebut menunjukkan kesedaran D3 bahawa kos tiket sepatutnya dipulangkan.
100
Mengenai kos perkahwinan, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa D2 dan D3 mahu mengadakan majlis perkahwinan yang besar sesuai dengan status D1 sebagai doktor dan berjanji membayar 50% kos perkahwinan tersebut. Keterangan SP2 dan SP4 serta resit-resit dikatakan mengesahkan jumlah sebenar yang telah dikeluarkan oleh P2.
101
Mengenai fraud, Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa perkahwinan telah dipercepatkan kerana D1 memerlukan Visa Pasangan. Mereka bergantung pada dakwaan P1 bahawa D1 kemudian mengakui dipaksa berkahwin untuk tujuan visa, perubahan hubungan selepas D1 memperoleh pas kerja dan tindakan D1 yang kemudiannya tidak mahu meneruskan perkahwinan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 41
102
Plaintif-Plaintif turut merujuk Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, termasuk peraturan berkaitan pas dan syarat kemasukan, serta beberapa autoriti seperti Halim Bin Saad v Chan Yok Peng, Khoon Chye Vin v Public Prosecutor, Tan Cheng Hock v Chan Thean Soo & Anor dan Gulwant Singh v Abdul Khalik. Mereka berhujah bahawa Mahkamah ini perlu menilai kesahan dan tujuan penggunaan pas D1 serta memberi relif yang efektif termasuk perintah pengusiran.
103
Berhubung apartmen, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa D2 dan D3 mendesak untuk tinggal bersama pasangan dan D1 gagal menyediakan kediaman sebagai suami. Oleh itu, P2 terpaksa membayar deposit, renovasi dan sewa. Mereka menegaskan bahawa tuntutan ini berbeza daripada tuntutan nafkah yang telah diselesaikan di Mahkamah Syariah kerana P2 ialah pihak yang mengeluarkan wang.
104
Plaintif-Plaintif akhirnya menghujahkan bahawa tindakan Defendan-Defendan telah mengaibkan mereka dalam komuniti dan menyebabkan penderitaan emosi yang serius. Jumlah RM200,000.00 yang dituntut sebagai ganti rugi am dikatakan munasabah berdasarkan keseluruhan perilaku Defendan, tempoh hubungan perkahwinan dan kesan sosial yang dialami.
105
Hujahan Defendan-Defendan Defendan-Defendan menghujahkan bahawa beban pembuktian di bawah undang-undang kekal dan terletak pada Plaintif-Plaintif.
Preamble
Menurut mereka, Plaintif tidak boleh berjaya hanya dengan menunjukkan bahawa wang dibayar atau majlis berlangsung. Plaintif AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 42 mesti membuktikan fakta tambahan yang menimbulkan liabiliti, iaitu kewujudan kontrak, janji pembayaran balik, fraud atau asas undang-undang lain.
106
Defendan-Defendan menegaskan bahawa P1 dan P2 sendiri mengakui tiada dokumen yang menyokong jaminan-jaminan, janji 50% atau sifat pinjaman. Tiada tuntutan pembayaran balik dibuat pada masa pembayaran, tiada jadual pembayaran, tiada pengakuan hutang dan tiada surat kontemporari sebelum keretakan rumah tangga yang menyatakan wang itu sebagai suatu bentuk pinjaman.
107
Mereka berhujah bahawa jaminan seperti "bahagia selamanya", "perkahwinan kekal" dan "hidup dengan kasih sayang" bukan terma kontrak yang objektif. Ia ialah aspirasi biasa dalam perkahwinan dan tidak boleh menjadi asas tuntutan ganti rugi apabila perkahwinan gagal. D2 dan D3 pula tidak boleh menjamin pilihan, perasaan atau kelakuan D1 dan P1 sebagai orang dewasa.
108
Mengenai fraud, Defendan-Defendan berhujah bahawa pliding Plaintif tidak mengandungi butir khusus sebagaimana dikehendaki Aturan 18 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dakwaan bahawa perkahwinan diaturkan "secara tipu helah" tidak menerangkan representasi palsu tertentu, siapa yang membuatnya, bila, kepada siapa, bagaimana Plaintif bergantung kepadanya dan apakah kerugian yang mengalir daripada fraud itu.
109
Defendan-Defendan juga menekankan fakta kontemporari: perancangan perkahwinan bermula bertahun-tahun sebelum AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 43 perkahwinan, P1 dan D1 hidup sebagai suami isteri, P1 pergi ke Sabah, pasangan telah cuba berdamai selepas masalah timbul, dan akhirnya perceraian hanya berlaku pada tahun 2023. Fakta tersebut lebih konsisten dengan perkahwinan sebenar yang gagal daripada perkahwinan palsu yang dirancang semata-mata untuk visa.
110
Mengenai pinjaman wang, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa WhatsApp D3 tidak menyebut pinjaman atau janji pembayaran balik. Dalam hujahan balasan, mereka menekankan bahawa perbualan hanya menyentuh harga tiket RM1,600.00, D3 sekadar menyatakan beliau menunggu mendapat sedikit wang kerana berasa serba salah selepas P2 menyatakan "Untuk tiket juga saya perlu bayar", dan P2 sendiri tidak menyatakan wang itu pinjaman.
111
Defendan-Defendan selanjutnya berhujah bahawa tuntutan RM391,552.00 tidak diplidkan sebagai kausa tindakan pinjaman yang berasingan. Sebaliknya, perenggan tuntutan menghubungkannya dengan kemungkiran jaminan di perenggan 13. Oleh itu, Plaintif tidak boleh mengubah asas tuntutan pada peringkat hujahan menjadi tindakan pinjaman yang mempunyai terma dan tarikh matang yang berbeza.
112
Bagi kos perkahwinan, Defendan-Defendan menegaskan bahawa dakwaan 50% telah dinafikan dengan jelas dalam Pembelaan. Tiada dokumen atau tuntutan kontemporari menyokongnya. Keterangan vendor hanya membuktikan P2 membuat pilihan dan pembayaran, bukan bahawa Defendan bersetuju membayar. Mereka menyifatkan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 44 tuntutan 50% sebagai fikiran terkemudian selepas rumah tangga bermasalah.
113
Bagi apartmen, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa pliding hanya menyatakan P2 membuat pembayaran tanpa menjelaskan kausa tindakan yang menjadikan Defendan penghutang. P1 pula mengakui kos itu berkait dengan nafkah tempat tinggal, sedangkan tunggakan nafkah telah diselesaikan di Mahkamah Syariah. Oleh itu, pemulihan sekali lagi akan mewujudkan pertindihan.
114
Berhubung ganti rugi reputasi, Defendan-Defendan merujuk Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan autoriti Milicent Rosalind Danker. Mereka berhujah bahawa ganti rugi kehilangan reputasi tidak lazimnya boleh diperoleh dalam tindakan pelanggaran kontrak di luar pengecualian yang sangat terhad, dan dalam apa jua keadaan tiada saksi bebas atau bukti khusus tentang reputasi atau kerugian emosi dikemukakan.
115
Mengenai bidang kuasa, Defendan-Defendan berhujah bahawa inti sebenar tindakan ialah ketidakpuasan hati akibat perceraian dan dakwaan kegagalan seorang suami mengekalkan perkahwinan serta menyediakan nafkah. Perkara sedemikian berada dalam bidang undang-undang keluarga Islam. Secara alternatif, sekalipun Mahkamah Sivil ini boleh menilai tuntutan kontrak atau fraud, Plaintif tetap gagal membuktikan elemen-elemen tuntutan itu. Defendan-Defendan merujuk seksyen 101 hingga 103 Akta Keterangan 1950 serta International Times v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 4 CLJ AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 45 676 dan Juahir Bin Sadikon v Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 3 MLJ 627. Intipati hujahan mereka ialah beban undang-undang kekal pada Plaintif-Plaintif dan tidak berpindah hanya kerana Defendan mengakui wang diterima atau manfaat tertentu dinikmati.
116
Bagi penilaian keterangan lisan, Defendan-Defendan bergantung pada Tengku Dato’ Ibrahim Petra Bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd [2018] 2 MLJ 177. Mereka menghujahkan bahawa ingatan saksi mengenai perbincangan keluarga bertahun-tahun sebelumnya mesti diuji terhadap dokumen dan perbuatan sezaman. Di dalam kes ini, dokumen sezaman tidak menyebut pinjaman, pengakuan hutang, janji pembayaran balik 50% atau syarat bahawa perceraian akan mengakibatkan semua perbelanjaan perlu dipulangkan.
117
Bagi dakwaan fraud, Defendan-Defendan merujuk Aturan 18 Kaedah 12(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2014] 2 MLJ 799. Mereka menegaskan bahawa perkataan umum “tipu helah” tidak menggantikan butir mengenai representasi, pembuat representasi, masa, pengetahuan tentang kepalsuan, pergantungan dan kerugian.
118
Bagi ganti rugi reputasi, Defendan-Defendan bergantung pada Milicent Rosalind Danker & Perception Management International Limited v Malaysia-Europe Forum Berhad, Natasha Zulkifli & Anor [2012] 5 MLRH 392. Bagi keseluruhan tuntutan, Defendan-Defendan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 46 meminta Mahkamah ini membezakan antara bukti bahawa P2 membayar dengan bukti bahawa Defendan-Defendan mempunyai obligasi undang-undang untuk membayar balik.
119
Pihak-Pihak Terikat dengan Pliding Tujuan pliding ialah memberi notis yang adil mengenai kes yang perlu dijawab, menentukan isu fakta dan undang-undang, serta mengelakkan pihak-pihak dikejutkan dengan kes baharu semasa atau selepas perbicaraan. Mahkamah tidak boleh memutuskan liabiliti atas asas material yang tidak diplidkan.
120
Dalam Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944; [2015] 6 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan menegaskan: "It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded..."
121
Prinsip yang sama dinyatakan oleh Scrutton LJ dalam Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment."
122
Prinsip ini mempunyai dua aplikasi dalam kes ini. Pertama, Plaintif-Plaintif tidak boleh mengubah tuntutan RM391,552.00 yang diplidkan sebagai kerugian akibat kemungkiran jaminan/fraud menjadi tindakan pinjaman serba lengkap tanpa terma pinjaman, tarikh pembayaran AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 47 balik dan kausa tindakan yang diperincikan. Kedua, isu kesahan pekerjaan D1 di Pulau Pinang pada masa perbicaraan tidak boleh dijadikan asas baharu bagi pengusiran apabila ia tidak diplidkan.
123
Beban Pembuktian dan Imbangan Kebarangkalian Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: "101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
Subsection
(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person."
124
Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 pula memperuntukkan: "102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side."
125
125.Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: "103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence..."
126
Dalam International Times v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Mahkamah Persekutuan membezakan beban undang-undang yang kekal dengan onus evidential yang boleh beralih: "The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in section 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 48 party who asserts the affirmative of the issue... The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates."
127
Dalam Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 4 CLJ 676, Mahkamah Persekutuan menyatakan: "[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party..."
128
Dalam Juahir Bin Sadikon v Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 3 MLJ 627, Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa pihak yang membuat dakwaan perlu membuktikannya: "He who alleges must prove such allegation and the onus is on the appellant to do so... There is no obligation in law for the respondent to produce the witness as that obligation rests with the appellant, the party who alleges..."
129
Maka, Plaintif-Plaintif perlu terlebih dahulu membuktikan kewujudan setiap jaminan, sifat pinjaman, representasi fraud, pergantungan, hubungan sebab-akibat dan kerugian. Kelemahan atau ketidaksempurnaan jawapan Defendan tidak boleh menggantikan kegagalan Plaintif melepasi beban asal tersebut. Prinsip tersebut AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 49 diperkukuhkan oleh keputusan terkini Mahkamah Persekutuan dalam Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd [2025] 4 MLRA 844, [2025] 6 CLJ 855, [2025] CLJU 1308. Dalam kes itu, penerimaan wang RM7 juta tidak dipertikaikan, tetapi sifatnya dipertikaikan sama ada pinjaman boleh bayar balik atau komisen tidak boleh dipulangkan. Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa pihak yang mendakwa pinjaman tetap perlu membuktikan sifat dan terma transaksi itu. “It is wholly immaterial whether I prove my case or not. You have not proved yours.”
130
Live Capital sangat hampir dari segi persoalan pembuktian. Dalam tindakan ini juga, Defendan-Defendan tidak menafikan bahawa P2 membayar beberapa jumlah. Namun, pengakuan tentang penerimaan atau pembayaran tidak sama dengan pengakuan bahawa wang itu pinjaman. Plaintif-Plaintif mesti terlebih dahulu membuktikan persetujuan pembayaran balik, ketulenan serta kebenaran kandungan dokumen yang digunakan, dan hubungan dokumen itu dengan terma pinjaman yang didakwa.
131
Mahkamah Persekutuan dalam Live Capital turut menjelaskan bahawa sesuatu dokumen yang telah ditandakan sebagai eksibit tidak secara automatik menjadikan segala catatan atau kandungannya benar apabila kandungan itu dipertikaikan. Prinsip ini terpakai kepada resit, rekod pindahan dan perbualan WhatsApp dalam kes ini: dokumen tersebut membuktikan apa yang secara sah dapat dibuktikan olehnya, tetapi tidak boleh diperluaskan menjadi pengakuan pinjaman tanpa keterangan yang mencukupi. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 50 Penilaian Keterangan Lisan terhadap Dokumen Kontemporari dan
132
Kebarangkalian Apabila versi lisan pihak-pihak bercanggah dan saksi-saksi mempunyai kepentingan terhadap keputusan, Mahkamah ini perlu menguji keterangan mereka terhadap dokumen serta perbuatan yang berlaku pada masa material. Dalam kes Tengku Dato’ Ibrahim Petra Bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd [2018] 2 MLJ 177, Mahkamah Persekutuan memetik dengan persetujuan prinsip dalam Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co: "We entirely agree... [with] the correct principles in testing the veracity of oral evidence by reference to the contemporary documentary evidence and the probabilities of the case... ‘For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it... Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity.’"
133
Dalam kes ini, dokumen kontemporari tidak menunjukkan istilah pinjaman, janji 50%, jaminan pembayaran balik atau tuntutan hutang sebelum keretakan rumah tangga. Sebaliknya, bukti menunjukkan keluarga merancang perkahwinan bertahun-tahun, P2 secara langsung memilih dan membayar pembekal, pasangan hidup bersama dan cuba berdamai. Ketiadaan dokumen bukan satu-satunya alasan penolakan, tetapi apabila digabungkan dengan sifat luar biasa jaminan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 51 dan jumlah tuntutan yang besar, ia sangat signifikan. Dalam kes Abd Ghani Golamdin v Universiti Utara Malaysia & Ors [2023] 6 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan mengulangi bahawa suatu kontrak memerlukan unsur asas yang dapat dikenal pasti. Mahkamah menyatakan: “For there to be a valid agreement, basically there must be an offer, acceptance, consideration and an intention to create legal relations.”
134
Dalam kes tersebut, dakwaan mengenai terma ganjaran tidak diterima apabila pihak yang menuntut gagal membuktikan bahawa terma itu ditawarkan atau diberi kuasa dan tiada resolusi atau kelulusan sezaman yang menyokongnya. Perbandingannya dengan kes ini ialah Plaintif-Plaintif juga tidak mengemukakan mesej, catatan, pengakuan atau surat sezaman yang mengenal pasti terma pinjaman dan janji 50% yang didakwa.
135
Mahkamah Tinggi di dalam Goh Choo Hock v Goh Swee Meng [2024] AMEJ 0936; [2024] MLJU 1989 pula memberi pemberatan utama kepada dokumen sezaman apabila keterangan lisan saudara-mara bercanggah mengenai transaksi yang berlaku bertahun-tahun sebelumnya. Dakwaan yang hanya timbul selepas prosiding bermula dinilai sebagai suatu fikiran terkemudian apabila tidak disokong oleh rekod pada masa material.
136
Mahkamah ini mengaplikasikan pendekatan tersebut di sini. Tiada satu dokumen sebelum keretakan rumah tangga yang menyatakan P2 ialah pemberi pinjaman, D1 ialah peminjam, D2 atau D3 ialah penjamin, atau AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 52 bahawa 50% kos majlis akan dibayar. Ketiadaan itu bukan suatu kaedah mutlak yang menafikan kontrak lisan, tetapi merupakan faktor kebarangkalian yang sangat berat apabila tuntutan melibatkan jumlah melibatkan ratusan ribu ringgit.
137
Fraud Mesti Diplidkan secara Khusus Aturan 18 Kaedah 12(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 mewajibkan butir khusus apabila sesuatu pihak bergantung pada fraud: "Tertakluk kepada perenggan (2), tiap-tiap pliding hendaklah mengandungi butir-butir yang perlu mengenai apa-apa tuntutan, pembelaan atau perkara lain yang dirayu termasuk –
a
(a) butir-butir apa-apa salah nyataan, fraud, pecah amanah, keingkaran sengaja atau pengaruh tidak wajar yang pihak yang membuat pliding itu bersandarkan kepadanya."
138
Dalam Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2014] 2 MLJ 799, Mahkamah menegaskan: "When fraud is alleged it must be specifically pleaded. The mere allegation of fraud without showing facts to support it is not a matter to which the court will pay serious attention... Whenever fraud or misrepresentation is alleged in a pleading, or any affidavit, full particulars of the alleged fraud or misrepresentation must be given..."
139
Oleh itu, penggunaan perkataan "tipu helah" atau "fraud" sahaja tidak mencukupi. Plaintif perlu menjelaskan representasi palsu tertentu, pembuatnya, masa dan tempat, pengetahuan atau niat, tindakan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 53 pergantungan dan kerugian yang berpunca daripadanya. Lebih serius dakwaan itu, lebih penting Mahkamah memastikan dapatan dibuat atas keterangan yang benar-benar boleh diuji.
140
Dari segi standard pembuktian, Mahkamah Persekutuan dalam Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1; [2015] 7 CLJ 584 memutuskan bahawa fraud dalam tindakan sivil dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah menyatakan: “Even if fraud is the subject in a civil claim the standard of proof is on the balance of probabilities.”
141
Walaupun standardnya kekal atas imbangan kebarangkalian, sifat serius dakwaan menuntut Mahkamah ini meneliti sama ada keterangan yang dikemukakan benar-benar cukup meyakinkan untuk menjadikan fraud lebih berkemungkinan daripada penjelasan yang tidak bersalah. Dalam kes ini, kronologi perkahwinan sebenar, kehidupan bersama, perpindahan ke Sabah dan usaha berdamai merupakan keadaan objektif yang tidak selari dengan inferens bahawa sejak awal lagi keseluruhan perkahwinan ialah muslihat palsu.
142
Dalam Lai Fee & Anor v Wong Yu Vee & Ors [2023] 3 MLJ 503; [2023] 3 MLRA 495, Mahkamah Persekutuan menghuraikan unsur kontrak serta kepentingan persetujuan sebenar pihak-pihak. Kes itu juga menunjukkan bahawa fraud tidak boleh disimpulkan hanya daripada kegagalan transaksi atau kegagalan memenuhi jangkaan; keadaan fikiran menipu dan perilaku yang menyokongnya perlu dibuktikan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 54
143
Kewujudan dan Kebolehlaksanaan Obligasi Kontraktual Perjanjian lisan boleh wujud dan dikuatkuasakan jika elemen kontrak dibuktikan. Namun, Mahkamah ini mesti dapat mengenal pasti tawaran, penerimaan, balasan, niat untuk mewujudkan hubungan undang-undang dan terma yang cukup pasti. Ujian adalah objektif berdasarkan perkataan dan kelakuan pihak-pihak, bukan label yang digunakan selepas pertikaian timbul.
144
Seksyen 7 Akta Kontrak 1950, walaupun lebih khusus mengenai penerimaan, menggambarkan keperluan asas bahawa penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat: "7. In order to convert a proposal into a promise the acceptance must –
a
(a) be absolute and unqualified;
b
(b) be expressed in some usual and reasonable manner..."
145
Dalam konteks kes ini, ungkapan seperti "akan bahagia", "akan hidup penuh kasih sayang", "akan kekal sebagai suami isteri" dan "akan melalui susah dan senang bersama" ialah ungkapan harapan, niat moral dan aspirasi perkahwinan. Tanpa terma objektif mengenai ukuran prestasi, tempoh, keadaan kemungkiran, pihak yang bertanggungan dan akibat kewangan, Mahkamah ini tidak boleh menukarkan setiap harapan keluarga kepada jaminan komersial yang menimbulkan ganti rugi.
146
Mahkamah ini juga membezakan antara janji khusus untuk membayar jumlah tertentu dengan pernyataan kasih sayang atau komitmen moral. Dakwaan pembayaran 50% secara teorinya boleh membentuk obligasi AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 55 jika dibuktikan dengan terma yang pasti. Namun, persoalan itu adalah persoalan fakta, dan Plaintif tetap perlu membuktikan siapa membuat janji, jumlah atau asas kiraan, masa pembayaran dan penerimaan oleh pihak-pihak.
147
Perjanjian Lisan: Low Kee Kian & Ors v Chu Sau Ben & Ors Mahkamah ini telah meneliti keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Low Kee Kian & Ors v Chu Sau Ben & Ors [2021] 1 LNS 2601, bahawa sesuatu kontrak tidak gagal semata-mata kerana ia tidak dibuat secara bertulis. Undang-undang Malaysia mengiktiraf dan boleh menguatkuasakan kontrak lisan, tertakluk kepada pembuktian semua elemen kontrak. Mahkamah Tinggi dalam Low Kee Kian di perenggan 39 menyatakan: ““It is trite that an agreement can be made between parties orally. There is no law which require such contracts to be reduced in writing.” …… “An oral agreement is of no lesser value compared to a written agreement.”
148
Pada perenggan 40, Mahkamah Tinggi dalam Low Kee Kian merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam Mohd Shukri bin Mat v Wan Rahmah binti Wan Abdullah dan memetik prinsip berikut: “A valid and legally binding contract comes into being between two parties if the three elements forming a contract, namely, offer, acceptance and consideration are present.” AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023
149
Muka surat 56 Oleh itu, ketiadaan dokumen bukan penghalang, tetapi pihak yang bergantung pada perjanjian lisan masih perlu membuktikan; suatu tawaran yang cukup jelas, penerimaan terhadap tawaran itu; terdapat balasan; pihak-pihak yang terikat; dan terma-terma yang cukup pasti untuk dikuatkuasakan.
150
Walau bagaimanapun, Low Kee Kian tidak menetapkan bahawa dakwaan lisan mesti diterima hanya kerana saksi mengulanginya. Mahkamah dalam kes itu menilai keseluruhan keterangan, konsistensi semasa pemeriksaan balas, sokongan saksi-saksi lain, dokumen sezaman dan pelaksanaan objektif perjanjian. Mahkamah turut mengingatkan bahawa seseorang saksi yang tidak tergugat semasa pemeriksaan balas tidak secara automatik mesti dipercayai.
151
Selanjutnya Low Kee Kian juga merujuk kes John Ambrose v Peter Anthony & Anor [2017] 6 CLJ 465 yang memutuskan antara faktor yang menyokong kewujudan kontrak lisan dalam kes tersebut ialah: keterangan saksi konsisten semasa pemeriksaan balas; terdapat saksi lain yang mendengar perbincangan yang sama; pihak lawan mengakui pembayaran tertentu; kelakuan pihak-pihak selaras dengan kontrak yang didakwa; dan terdapat surat yang secara nyata menyebut kewujudan perjanjian lisan tersebut. Justeru, keterangan lisan yang meyakinkan lazimnya bukan sekadar pengulangan dakwaan seorang saksi. Ia turut disokong oleh keterangan lain atau tindakan objektif yang konsisten dengan kontrak tersebut.
152
Fakta Low Kee Kian sangat berbeza. Di sana terdapat tawaran minimum SGD5 juta yang khusus, penerimaan oleh para pemegang AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 57 saham, balasan yang nyata melalui pemindahan saham dan tindakan objektif yang tepat sepadan dengan perjanjian. Dalam kes semasa ini, tiada tarikh, tempat, perkataan khusus, tempoh bayaran, tarikh matang, kaedah kiraan atau pembahagian liabiliti antara D1, D2 dan D3 yang berjaya dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif.
153
Prinsip dalam Low Kee Kian membantu Plaintif-Plaintif hanya pada proposisi bahawa dakwaan mereka tidak boleh ditolak semata-mata kerana jaminan dan pinjaman yang didakwa tidak dibuat secara bertulis. Oleh itu, pengakuan SP1 dan SP3 bahawa tiada dokumen mengenai jaminan, pinjaman atau pembayaran 50% tidak secara automatik menamatkan kes Plaintif. Mahkamah masih perlu menilai sama ada suatu persetujuan lisan telah dibuktikan melalui keterangan dan kelakuan pihak-pihak. Namun, mahkamah ini mendapati bahawa Low Kee Kian tidak menyatakan bahawa setiap dakwaan lisan mesti diterima apabila tiada dokumen. Sebaliknya, kes itu menetapkan kaedah pembuktian yang agak ketat.
154
Ketiadaan dokumen bukan dengan sendirinya fatal kepada kes Plaintif. Walau bagaimanapun, apabila perkara itu dinilai bersama ketiadaan saksi bebas, ketiadaan pengakuan hutang, tiada tarikh matang, percanggahan mengenai pencetus bayaran dan ketiadaan tindakan objektif yang hanya dapat dijelaskan oleh kontrak, Mahkamah ini mendapati kewujudan kontrak lisan tidak dibuktikan atas imbangan kebarangkalian.
155
Oleh itu, Low Kee Kian tidak membantu Plaintif-Plaintif pada kesudahannya. Kes itu hanya menolak andaian bahawa kontrak mesti AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 58 bertulis; ia tidak menghapuskan kewajipan membuktikan tawaran, penerimaan, balasan, niat mengikat dan terma yang pasti. Apabila metodologi Low Kee Kian diterapkan, bukti yang dikemukakan Plaintif-Plaintif tidak mencapai tahap yang terdapat dalam kes tersebut. Pembayaran dan Hak Pembayaran Balik: Orian Tower Sdn Bhd v
156
Shanghai City Sdn Bhd Mahkamah turut meneliti kes Orian Tower Sdn Bhd v Shanghai City Sdn Bhd [2022] 1 LNS 2537. Walaupun kes itu diputuskan pada peringkat penghakiman terus di bawah Aturan 14, dua prinsip substantifnya yang relevan dan boleh digunapakai dalam kes ini adalah seperti yang berikut: i) pertama, bukti bahawa seseorang membuat pembayaran tidak semestinya membuktikan hak kontraktual untuk mendapatkan pembayaran balik; dan ii) kedua, perjanjian kolateral atau lisan yang didakwa mesti merupakan kontrak yang lengkap. “A collateral agreement must be a complete legal contract.”
157
Orian Tower menerima pakai peringatan bahawa kontrak kolateral hendaklah dibuktikan dengan ketat dan niat untuk berkontrak pada semua pihak mesti ditunjukkan. Dalam kes Azmarina, tiada komunikasi yang membenarkan P2 mendahulukan kos perbelanjaan majlis perkahwinan, bayaran deposit dab renovasi apartmen atau bayaran AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 59 pengajian lalu menuntutnya sebagai hutang daripada ketiga-tiga Defendan.
158
Mahkamah ini membezakan prinsip Aturan 14 dalam Orian Tower. Pada peringkat penghakiman terus, satu isu bona fide yang patut dibicarakan sudah mencukupi untuk membawa perkara ke perbicaraan berbanding kes ini yang telah selesai selepas dibicarakan sepenuhnya. Oleh itu, ujian sekarang bukan sama ada pertikaian itu patut dibicarakan, tetapi sama ada Plaintif-Plaintif telah membuktikan versi mereka atas imbangan kebarangkalian selepas semua saksi diuji.
159
Mahkamah ini merujuk kes Port Kelang Authority v Kuala Dimensi Sdn Bhd [2024] 1 MLJ 252, Mahkamah Rayuan menekankan keperluan balasan bagi perubahan atau obligasi kontraktual yang didakwa. Pendekatan itu kemudiannya diperakukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Kuala Dimensi Sdn Bhd v Port Kelang Authority [2025] 2 MLJ 238; [2025] 3 CLJ 497, bahawa niat dan kelakuan semata-mata tidak menyelamatkan suatu persetujuan yang tidak memenuhi unsur balasan yang dikehendaki undang-undang.
160
Dalam kes 555 Film Sdn Bhd & Ors v Adamancy Construction Sdn Bhd [2023] 1 LNS 884; [2023] MLJU 986, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa sesuatu yang bernilai mesti diberikan sebagai pertukaran bagi perubahan kontrak. Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif tidak mengenal pasti dengan tepat apakah balasan undang-undang bagi setiap jaminan luas mengenai kebahagiaan, kekalnya perkahwinan dan pembayaran balik semua perbelanjaan. Autoriti tersebut tidak bermaksud persetujuan keluarga tidak pernah boleh menjadi kontrak. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 60 Ia bermaksud Mahkamah ini perlu mencari unsur kontrak yang sebenar dan bukan menganggapnya wujud berdasarkan simpati, manfaat umum atau kegagalan hubungan. Pada fakta kes ini, unsur-unsur itu tidak dibuktikan.
161
Ganti Rugi Reputasi dan Penderitaan Malu Aturan 18 Kaedah 12(1A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan: "Tiada pihak boleh menyatakan kuantiti apa-apa tuntutan atau tuntutan balas bagi ganti rugi am."
162
Selain isu bentuk pliding, sifat ganti rugi yang dituntut perlu selari dengan kausa tindakan. Defendan merujuk kes Milicent Rosalind Danker & Perception Management International Limited v Malaysia-Europe Forum Berhad, Natasha Zulkifli & Anor [2012] 5 MLRH 392, Mahkamah menyatakan bahawa kerugian reputasi tidak boleh dipulihkan hanya dengan menukar label kausa tindakan; "It is also trite law that damages for loss of reputation are not recoverable in an action founded on breach of contract except in three well-known cases, namely, actions against a banker for refusing to pay a customer’s cheque when he has in his hands funds to meet it, actions for breach of promise to marry, and actions where the vendor of real estate, without any fault on his part, fails to make title..."
163
Walaupun Mahkamah ini menerima bahawa keretakan rumah tangga boleh menimbulkan kesedihan dan malu, ganti rugi sivil memerlukan kausa tindakan yang terbukti, jenis kerugian yang boleh dipulihkan dan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 61 bukti yang mencukupi. Ia tidak boleh diberikan sebagai pampasan umum semata-mata kerana suatu perkahwinan gagal dan atas dasar simpati.
164
Bidang Kuasa Mahkamah Sivil dan Perkara Keluarga Islam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Senarai II,
Schedule
Jadual Kesembilan memperuntukkan bidang perundangan Negeri mengenai hukum Syarak dan undang-undang diri serta keluarga orang Islam, termasuk perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan nafkah, serta bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap orang Islam dalam perkara yang termasuk dalam senarai tersebut. 165. Walau bagaimanapun, isu bahawa sesuatu pertikaian berakar daripada perkahwinan tidak secara automatik menyingkirkan semua bidang kuasa Mahkamah Sivil. Mahkamah ini perlu melihat sifat sebenar kausa tindakan. Tuntutan kontrak atau fraud sivil yang lengkap boleh berada dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Sebaliknya, Mahkamah Sivil tidak boleh menguatkuasakan kewajipan yang pada hakikatnya ialah kewajipan perkahwinan atau memberikan pemulihan berganda terhadap nafkah yang telah diselesaikan dalam forum yang berbidang kuasa. 166. Oleh itu, Mahkamah ini tidak menolak keseluruhan tindakan semata-mata atas bantahan bidang kuasa. Mahkamah ini perlu menilai tuntutan kontrak dan fraud yang diplidkan atas merit. Namun, apabila tuntutan tertentu pada hakikatnya berkaitan kewajipan suami menyediakan tempat tinggal dan telah diliputi penyelesaian nafkah, AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 62 sifat tersebut menjadi faktor yang menghalang pemulihan berganda dan pertindihan tuntutan. 167. Relif Pengusiran dan Undang-Undang Imigresen Plaintif-Plaintif merujuk beberapa peruntukan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta autoriti berkaitan pas, kemasukan dan status imigresen. Mahkamah ini telah mempertimbangkan rujukan tersebut. Namun, tindakan ini ialah tindakan persendirian antara individu. Ketua Pengarah Imigresen, Menteri atau mana-mana pihak berkuasa awam yang mempunyai kuasa statutori mengenai pembatalan pas, pengusiran atau pemindahan bukan pihak kepada tindakan ini. 168. Mahkamah ini tidak diberikan asas statutori atau pliding yang menunjukkan bahawa suatu perintah terus mengusir D1 boleh dikeluarkan sebagai relif persendirian terhadap dakwaan kemungkiran jaminan atau fraud yang belum terbukti. Tambahan pula, kesahan pas semasa D1 dan dakwaan pekerjaan di Pulau Pinang tidak diplidkan. Autoriti imigresen yang dirujuk Plaintif-Plaintif tidak mengatasi kekurangan asas kausa tindakan yang perlu dibukti oleh Plaintif-Plaintif dalam kes ini. 169. Mahkamah ini telah menimbang autoriti Plaintif dan Defendan bukan secara terasing, tetapi berdasarkan proposisi undang-undang yang benar-benar diputuskan dan kesesuaiannya dengan fakta kes ini. Dalam kes Halim Bin Saad v Chan Yok Peng [2021] 3 MLJ 717, setakat yang digunakan berhubung surat tuntutan dan kegagalan menjawab, tidak membuktikan bahawa hutang wujud dalam kes ini. Kes tersebut timbul daripada konteks prosedur dan dakwaan pinjaman AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 63 yang berbeza. Kegagalan atau kelewatan memberi jawapan kepada tuntutan bukan pengganti bukti mengenai pembentukan kontrak dan terma pembayaran balik. 170. Selanjutnya dalam kes Khoon Chye Vin v Public Prosecutor [1961] 2 MLJ 105 (CA), Tan Cheng Hock v Chan Thean Soo & Anor [1987] 2 MLJ 479 dan Gulwant Singh v Abdul Khalik [1964] 1 MLJ 286, setakat ianya berkaitan dengan pentadbiran atau kesalahan imigresen, tidak mewujudkan kausa tindakan persendirian yang membolehkan bekas pasangan memperoleh perintah pengusiran dalam tindakan kontrak. Kuasa imigresen tertakluk kepada rangka statutori dan pihak berkuasa yang dinamakan oleh undang-undang. 171. Kes Low Kee Kian menyokong Plaintif hanya pada proposisi terhad bahawa kontrak lisan boleh dikuatkuasakan. Namun, perbandingan fakta memihak kepada Defendan kerana bukti objektif pembentukan dan pelaksanaan yang terdapat dalam Low Kee Kian tidak wujud di sini. 172. Merujuk kepada kes Orian Tower dan Live Capital yang lebih hampir kepada isu pembayaran yang terbukti tetapi sifatnya dipertikaikan. Kedua-duanya menunjukkan bahawa bukti aliran wang atau penerimaan manfaat tidak dengan sendirinya membuktikan hak pembayaran balik. Prinsip tersebut secara langsung menewaskan usaha menyamakan resit dengan perjanjian pinjaman. 173. Prinsip dalam kes Abd Ghani Golamdin, Lai Fee, Kuala Dimensi dan 555 Film pula mengukuhkan keperluan tawaran, penerimaan, balasan, AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 64 niat mengikat dan terma yang dapat dikenal pasti. Jaminan “bahagia selamanya” dan “perkahwinan kekal” tidak mempunyai ukuran prestasi objektif, manakala janji 50% pula gagal dari segi pembuktian siapa, bila, jumlah, pencetus bayaran dan pihak yang bertanggungan. 174. International Times, Keruntum, Juahir dan Live Capital bersatu pada satu prinsip iaitu Plaintif mesti membina kesnya sendiri. Penafian Defendan yang mungkin tidak sempurna, kelewatan mengemukakan dokumen atau kelemahan pada satu bahagian jawapan tidak boleh mengisi jurang pada elemen asas tuntutan Plaintif. 175. Tengku Dato’ Ibrahim Petra dan Goh Choo Hock menyokong pemberatan dokumen sezaman. Dalam kes ini, masa senyap yang panjang, tiada pengakuan hutang, tiada jadual bayaran dan tuntutan yang menjadi nyata selepas keretakan rumah tangga memberi asas objektif untuk menolak versi pinjaman dan jaminan. 176. Zung Zang Wood Products dan Sinnaiyah mengawal dakwaan fraud: fraud mesti diperincikan dan dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Plaintif gagal pada kedua-dua peringkat tersebut. Keterangan bahawa D1 menggunakan Visa Pasangan selepas perkahwinan sah bukan bukti bahawa beliau tidak pernah berniat menjadi suami. 177. Setelah dibuat perbandingan otoriti-otoriti tersebut, Mahkamah ini mendapati otoriti yang dirujuk Plaintif tidak menutup jurang pembuktian. Sebaliknya, autoriti Defendan dan autoriti yang dirujuk dan diteliti oleh Mahkamah ini secara konsisten membawa kepada AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 65 keputusan bahawa keseluruhan tuntutan Plaintif-Plaintif hendaklah ditolak. J. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH 178. Isu Bidang Kuasa dan Sifat Sebenar Tuntutan Mahkamah ini menerima hujahan Plaintif-Plaintif setakat bahawa P2, sebagai pihak yang membuat pembayaran, berhak membawa tuntutan sivil sekiranya beliau dapat membuktikan suatu pinjaman, kontrak pembayaran balik atau fraud. Oleh itu, tidak tepat untuk menolak semua tuntutan hanya kerana P1 dan D1 pernah berkahwin sebagai orang Islam. 179. Namun, sebahagian besar jaminan di perenggan 13 tidak dapat dipisahkan daripada hubungan perkahwinan: bahawa pasangan akan bahagia, kekal bersama, komited, hidup penuh kasih sayang dan melalui susah senang. Mahkamah tidak boleh menjadikan perceraian itu sendiri sebagai bukti kemungkiran kontrak kewangan. Kewajipan dan kegagalan rumah tangga tidak boleh dinilai seolah-olah suatu kontrak komersial dengan jaminan hasil. 180. Bagi tuntutan apartmen, P1 mengakui kaitannya dengan nafkah tempat tinggal dan D1 telah menyelesaikan tunggakan nafkah isteri RM30,000.00 melalui sulh. Plaintif tidak menunjukkan pecahan yang meyakinkan bahawa jumlah deposit, renovasi dan sewa yang dituntut di sini berada sepenuhnya di luar penyelesaian itu. Mahkamah tidak boleh membenarkan risiko pemulihan berganda. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 181. Muka surat 66 Dengan itu, isu bidang kuasa dijawab secara berbeza; Mahkamah Sivil mempunyai kuasa menilai tuntutan kontrak dan fraud yang diplidkan, tetapi Plaintif tidak boleh menukarkan kegagalan perkahwinan atau kewajipan nafkah yang telah diselesaikan kepada ganti rugi kontrak tanpa membuktikan kausa tindakan sivil yang bebas. 182. Isu Had Masa bagi Bayaran RM10,000.00 Defendan telah membangkitkan bahawa RM10,000.00 telah dibayar pada 28.1.2017 sedangkan tindakan difailkan pada 7.7.2023. Di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953, tindakan berasaskan kontrak lazimnya perlu dimulakan dalam tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru. 183. Plaintif pula menyatakan pembayaran hanya perlu dipulangkan selepas D1 mula bekerja, menyebabkan tarikh terakru bergantung pada terma lisan yang didakwa. Kesukaran bagi Plaintif ialah terma tersebut sendiri tidak dibuktikan. Tiada dokumen atau pengakuan yang menetapkan tarikh matang, dan pliding tidak menghuraikan tindakan pinjaman sebagai kausa berasingan dengan tarikh terakru yang jelas. 184. Memandangkan Mahkamah ini mendapati kewujudan pinjaman dan janji pembayaran balik tidak dibuktikan, tidak perlu bagi Mahkamah ini membuat keputusan muktamad tentang tarikh terakru. Walau bagaimanapun, kekaburan itu menguatkan lagi dapatan bahawa tuntutan pinjaman tidak diplidkan dan dibuktikan dengan ketepatan yang diperlukan. Bantahan had masa tidak menjadi alasan tunggal keputusan penuh guaman ini, tetapi tuntutan RM10,000.00 tetap gagal atas merit. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 67 Sama Ada Jaminan-Jaminan di Perenggan 13 Dibuktikan dan Boleh 185. Dikuatkuasakan Bagi isu ini Plaintif bergantung terutamanya pada keterangan P1 dan P2. D1, D2 dan D3 menafikan dakwaan jaminan tersebut. Tiada saksi bebas hadir ketika jaminan didakwa dibuat, tiada mesej atau surat merekodkannya, dan tiada tuntutan kontemporari yang menyebut bahawa perceraian akan menyebabkan semua perbelanjaan yang telah dilakukakan perlu dibayar balik. 186. Keterangan P1 dan P2 mengenai dakwaan jaminan tersebut juga bersifat umum. Tidak jelas siapa yang membuat setiap jaminan, kepada siapa ianya dibuat, pada tarikh mana, apakah perkataan tepat, apakah balasan bagi setiap jaminan dan adakah D1 sendiri menerima tanggungan kewangan daripada P2. Bagi jumlah sebesar RM391,552.00, ketidakpastian ini bukan perkara remeh. 187. Mengaplikasikan seksyen 101 hingga 103 Akta Keterangan serta prinsip yang telah diputuskan dalam kes International Times dan Keruntum, Mahkamah ini mendapati Plaintif belum melepasi beban asal. Oleh itu, beban evidential tidak perlu beralih kepada Defendan untuk membuktikan bahawa jaminan tersebut tidak wujud. Penafian Defendan, walaupun perlu dinilai, tidak boleh mengisi jurang bukti Plaintif. 188. Malah, andaipun ungkapan mengenai kebahagiaan dan kekalnya perkahwinan pernah disebut dalam perbincangan keluarga, Mahkamah ini mendapati ungkapan tersebut bukan jaminan kontraktual yang pasti. Ia adalah suatu bentuk pernyataan niat dan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 68 harapan lazim apabila dua keluarga merestui suatu perkahwinan. Tiada ukuran objektif untuk menentukan bila "bahagia" gagal, berapa lama perkahwinan mesti kekal atau bagaimana ganti rugi seluruh kos perkahwinan boleh secara automatik terakru apabila berlaku perceraian. 189. Dakwaan bahawa D2 atau D3 menjamin perbuatan D1 juga tidak munasabah tanpa perkataan yang sangat jelas. D1 dan P1 ialah 2 orang yang sudah dewasa yang mempunyai autonomi terhadap hubungan mereka. D2 dan D3 tidak boleh dianggap penjamin kepada emosi, keserasian dan keputusan masa depan pasangan semata-mata kerana mereka merestui perkahwinan tersebut. 190. Mahkamah ini dengan itu menjawab isu ini secara negatif. Jaminan-jaminan tersebut telah tidak dibuktikan atas imbangan kebarangkalian dan, bagi jaminan kebahagiaan serta kekalnya perkahwinan, terma yang didakwa terlalu subjektif dan tidak pasti untuk dikuatkuasakan sebagai suatu bentuk kontrak kewangan. 191. Mahkamah ini tidak menolak jaminan yang didakwa semata-mata kerana ianya dibuat secara lisan. Mengikut Low Kee Kian, kontrak lisan boleh sah. Namun, ujian menyeluruh dalam kes itu tidak dipenuhi: tiada saksi bebas yang mendengar terma yang sama, tiada dokumen sezaman, tiada tindakan objektif yang hanya dapat dijelaskan oleh kontrak, dan tiada konsistensi mengenai pencetus bayaran yang telah dilakukan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 192. Muka surat 69 Pengakuan SP3 bahawa dokumen pembayaran tidak menyebut “loan” atau “pinjaman”, serta pengakuan bahawa tiada dokumen mengenai jaminan kebahagiaan dan 50%, bukan diterima sebagai kaedah formalistik bahawa kontrak mesti bertulis. Pengakuan itu dinilai bersama fakta kes yang menyeluruh bahawa jumlah tuntutan Plaintif-Plaintif amat besar, terma berubah dan tuntutan tidak pernah dibuat secara konsisten ketika hubungan perkahwinan P1 dan D1 masih baik. 193. Mengikut Abd Ghani Golamdin dan Lai Fee, Mahkamah ini mesti mampu mengenal pasti tawaran dan penerimaan yang dikomunikasikan, balasan dan niat mewujudkan hubungan undang-undang. Keterangan umum bahawa “Defendan-Defendan” memberi jaminan tidak membezakan tanggungan terhadap D1, D2 dan D3 dan tidak membuktikan bahawa ibu bapa D1 mempunyai kuasa atau niat untuk menjamin keputusan rumah tangga dua orang dewasa. 194. Mahkamah ini juga tidak menemukan balasan khusus bagi jaminan emosi yang didakwa. Persetujuan P1 untuk berkahwin bukan suatu harga komersial bagi janji bahawa beliau akan sentiasa bahagia; dan kos yang dipilih serta dibayar kemudian oleh P2 tidak secara automatik menjadi balasan bagi janji yang tidak dibuktikan. 195. Oleh itu, kes ini berbeza secara nyata daripada Low Kee Kian dan jatuh dalam prinsip Orian Tower bahawa perjanjian kolateral mesti lengkap serta dibuktikan dengan ketat. Dapatan negatif Mahkamah ini terhadap jaminan-jaminan tersebut adalah dikekalkan. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 70 Sama Ada Perkahwinan Diaturkan secara Fraud bagi Mendapat Visa 196. Pasangan Dakwaan fraud ialah dakwaan yang serius. Pliding Plaintif menyebut perkahwinan dipercepatkan dan kemudian menyatakan Defendan menggunakan tipu helah atau fraud. Namun, butir khusus mengenai representasi palsu, pengetahuan Defendan, niat pada masa dibuat dan pergantungan Plaintif tidak diperincikan seperti yang dikehendaki Aturan 18 Kaedah 12 Kaaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 197. Plaintif tidak membuktikan bahawa pada masa persetujuan perkahwinan dibuat, D1 atau ibu bapanya telah menyembunyikan suatu rancangan untuk meninggalkan P1 selepas memperoleh pas atau visa pasangan. P1 sendiri mengakui tiada bukti bahawa D2 meminta perkahwinan dipercepatkan kerana visa pasangan. Dakwaan P1 mengenai pengakuan D1 dibuat dalam konteks pertikaian rumah tangga kemudian dan tidak disokong dokumen kontemporari atau saksi bebas. 198. Sebaliknya, kronologi kes ini menunjukkan bahawa terdapat perbincangan perkahwinan yang telah berlangsung bertahun-tahun ketika D1 masih belajar. P1 dan D1 menjalani upacara perkahwinan sebenar, hidup sebagai pasangan suami isteri, P1 pergi ke Sabah di mana D1 bertugas, dan selepas masalah timbul mereka masih cuba menyelamatkan perkahwinan. Perceraian hanya dimuktamadkan pada tahun 2023. Fakta tersebut tidak menafikan kemungkinan motif visa pasangan menjadi salah satu pertimbangan praktikal, tetapi ia tidak membuktikan bahawa perkahwinan semata-mata palsu telah wujud. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 199. Muka surat 71 Penggunaan Visa Pasangan selepas perkahwinan yang sah juga tidak dengan sendirinya membuktikan fraud. Seorang pasangan asing boleh menggunakan status perkahwinannya dalam permohonan imigresen tanpa menjadikan perkahwinan itu palsu. Yang perlu dibuktikan ialah niat menipu ketika perkahwinan diaturkan, bukan sekadar fakta bahawa manfaat imigresen kemudian diperoleh. 200. Mahkamah ini turut menilai percanggahan atau ketidakjelasan keterangan SD1 mengenai permit pekerjaannya kemudian. Namun, mengikut prinsip Tengku Dato’ Ibrahim Petra, bukti perlu diuji terhadap keseluruhan keadaan. Status pekerjaan beberapa tahun kemudian, yang tidak diplidkan, tidak membuktikan keadaan fikiran semua Defendan pada tahun 2012 hingga 2018. 201. Mengaplikasikan Zung Zang Wood Products, Mahkamah ini mendapati dakwaan fraud tidak diperincikan dan tidak dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. Maka, Mahkamah ini menjawab isu ini dijawab secara negatif. 202. Mahkamah ini juga mengaplikasikan prinsip dalam kes Sinnaiyah dengan menyedari bahawa standard asal kekal atas imbangan kebarangkalian, tetapi persoalan tetap sama ada versi fraud lebih mungkin daripada versi perkahwinan sebenar yang kemudiannya gagal. Pada keseluruhan bukti yang telah dikemukakan, versi kedua jauh lebih konsisten dengan kronologi objektif. 203. SP1 sendiri bersetuju apabila dicadangkan bahawa beliau tidak mempunyai bukti bahawa D2 meminta perkahwinan dipercepatkan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 72 kerana visa pasangan. Dakwaan pengakuan D1 yang dibuat dalam pertengkaran kemudian tidak disokong oleh saksi bebas, surat, mesej atau tindakan sezaman. Pembelaan SD1 bahawa terdapat pilihan status atau pekerjaan lain tidak perlu dibuktikan sebagai satu-satunya penjelasan yang benar. Berdasarkan Live Capital, tugas Defendan bukan membuktikan kesnya, melainkan sehingga Plaintif terlebih dahulu membuktikan representasi palsu, niat menipu dan pergantungan. Beban awal itu tidak dilepaskan. 204. Autoriti imigresen Plaintif tidak mengubah dapatan fakta tersebut. Peraturan mengenai syarat pas dan/atau visa paasangan tidak membolehkan Mahkamah ini menyimpulkan fraud perkahwinan daripada fakta penggunaan pas yang sah selepas akad nikah. Oleh itu, tuntutan fraud ditolak. Sama Ada RM10,000.00, RM15,000.00, RM1,600.00 dan RM7,000.00 ialah 205. Pinjaman Mahkamah ini menerima bahawa P2 telah membuat atau menyediakan pembayaran-pembayaran tersebut. Namun, bukti pembayaran tidak sama dengan bukti pinjaman. Seseorang boleh membayar bagi pihak ahli keluarga sebagai hadiah, bantuan, pendahuluan tanpa hak dituntut, atau pinjaman. Sifat undang-undang bergantung pada persetujuan pihak-pihak ketika pembayaran dibuat. 206. Mahkamah ini mendapati tiada resit, rekod bank atau dokumen yang menyatakan "pinjaman". Tiada kadar, jadual pembayaran, tarikh matang atau pengakuan hutang. P2 menyatakan pembayaran akan dibuat semula apabila D1 bekerja, tetapi perkara itu dinafikan dan tidak AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 73 disokong apa-apa rekod kontemporari. P1 dan P2 juga tidak menunjukkan tuntutan bayaran balik dibuat semasa tempoh perkahwinan masih baik dan sebelum masalah rumah tangga menjadi serius. 207. Perbualan WhatsApp mengenai tiket RM1,600.00 tidak mencukupi. D3 tidak menyatakan "saya pinjam" atau "saya akan bayar balik". Frasa menunggu memperoleh wang boleh mencerminkan rasa segan atau hasrat moral untuk membantu, tetapi bukan pengakuan hutang yang pasti. P2 juga tidak meminta pengesahan bahawa wang tersebut suatu bentuk pinjaman. 208. Mahkamah ini mengambil kira bahawa D1 pada masa itu bakal menjadi ahli keluarga, sedang menamatkan pengajian perubatan dan akan berkahwin dengan P1. Dalam konteks itu, pemberian bantuan kewangan oleh P2 adalah sekurang-kurangnya sama munasabah, malah lebih konsisten dengan dokumen yang senyap mengenai hutang, berbanding versi pinjaman yang hanya dinyatakan secara khusus selepas hubungan perkahwinan D1 dan P1 menjadi retak. 209. Plaintif berhujah bahawa Defendan telah menerima manfaat, maka wajar membayar kembali kos perbelanjaan tersebut. Namun, tindakan ini tidak diplidkan sebagai tuntutan restitusi atau pengkayaan tidak adil dengan elemen yang berkaitan. Mahkamah ini terikat pada kes yang diplidkan. Penerimaan manfaat sahaja tidak boleh membuktikan pinjaman. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 210. Muka surat 74 Dengan itu, Plaintif telah gagal membuktikan bahawa keempat-empat pembayaran ialah suatu pinjaman yang boleh dituntut. Mahkamah dengan ini menjawab isu ini dengan memihak kepada Defendan-Defendan. 211. Live Capital menyediakan analogi paling hampir. Di sana, penerimaan RM7 juta diakui tetapi pihak yang mendakwa ia pinjaman tetap gagal apabila bukti yang menjadi asas sifat pinjaman tidak dibuktikan. Di sini, penerimaan manfaat dan kewujudan pembayaran juga diakui, tetapi sifat pinjaman ialah fakta tambahan yang mesti dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif. 212. Resit pengajian dan tiket membuktikan pembayaran bagi tujuan tersebut. Ia tidak menyatakan peminjam, penjamin, tarikh matang atau obligasi membayar balik. Mengikut Live Capital, penandaan dokumen tidak menjadikan makna yang dipertikaikan benar secara automatik. 213. Orian Tower mengukuhkan bahawa tiada hak pembayaran balik hanya kerana seseorang membuat pembayaran terlebih dahulu. Plaintif perlu membuktikan komunikasi yang membenarkan pendahuluan dan tuntutan semula. Tiada komunikasi sedemikian dibuktikan bagi RM10,000.00, RM15,000.00 atau RM7,000.00. Bagi RM1,600.00, perbualan WhatsApp menunjukkan D3 berasa serba salah dan menunggu memperoleh wang. Ia tidak menunjukkan penerimaan mutlak terhadap suatu tawaran pinjaman. Mengikut seksyen 7 Akta Kontrak 1950 dan Lai Fee, penerimaan serta persetujuan sebenar mesti dikomunikasikan; rasa tanggungjawab moral tidak sama dengan obligasi undang-undang. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 75 214. Low Kee Kian tidak mengubah dapatan ini kerana tiada pelaksanaan yang hanya munasabah jika pinjaman wujud. Pembayaran kepada bakal menantu dalam konteks pengajian dan perkahwinan sama munasabah sebagai bantuan keluarga. Jika dua inferens sekurang-kurangnya seimbang, beban Plaintif tidak dilepaskan. 215. Merujuk kepada prinsip yang diputuskan dalam Live Capital di perenggan [24], Mahkamah Persekutuan menegaskan; “it was incumbent on the respondent to prove, on the balance of probabilities” yang membawa maksud pihak yang mendakwa sesuatu pembayaran mempunyai sifat undang-undang tertentu mesti membuktikannya. Di Live Capital, Plaintif perlu membuktikan bahawa RM7 juta ialah pendahuluan atau pinjaman yang perlu dibayar balik, bukan komisen. Kewujudan pembayaran dan penerimaan wang semata-mata tidak menyelesaikan pertikaian mengenai sifat pembayaran itu. Khusus dalam kes guaman ini, Plaintif-Plaintif perlu membuktikan bahawa: RM10,000.00 dan RM15,000.00 bagi pengajian D1 ialah pinjaman; RM1,600.00 bagi tiket penerbangan ialah pinjaman; RM7,000.00 bagi perpindahan dan perbelanjaan di Sabah ialah pinjaman; dan wujud persetujuan bahawa jumlah tersebut perlu dibayar balik selepas D1 mula bekerja. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 76 Defendan-Defendan tidak memikul beban untuk membuktikan bahawa wang tersebut ialah hadiah atau bantuan sukarela sehingga Plaintif terlebih dahulu mengemukakan bukti prima facie tentang kewujudan pinjaman. 216. Sekalipun fakta dalam Live Capital, pihak Defendan mengakui menerima RM7 juta. Namun demikian, Mahkamah Persekutuan tetap memerlukan Plaintif untuk membuktikan bahawa wang itu ialah “advance” yang perlu dibayar balik. Mahkamah tidak menganggap pengakuan penerimaan wang sebagai pengakuan hutang. Prinsip ini sangat relevan kepada kes di hadapan Mahkamah ini. Penerimaan wang atau manfaat oleh D1 hanya membuktikan bahawa suatu pembayaran telah berlaku. Ia tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa adanya kontrak pinjaman; janji untuk membayar balik; tarikh matang; pihak yang menjadi pemberi pinjaman; pihak yang menjadi penghutang; atau liabiliti D2 dan D3 terhadap wang yang diterima D1. Oleh itu, resit dan rekod pindahan bank yang mencatatkan “for Nasu”, “Nasu air ticket” atau tujuan perbelanjaan lain hanya membuktikan tujuan praktikal pembayaran. Ia tidak secara automatik membuktikan sifatnya sebagai hutang. 217. Mahkamah ini menerima bahawa P2 telah membuat pembayaran tertentu bagi manfaat D1. Walau bagaimanapun, fakta pembayaran tidak dengan sendirinya membuktikan kewujudan pinjaman. Plaintif-Plaintif masih perlu membuktikan persetujuan pembayaran balik, pihak yang menjadi penghutang, tarikh matang dan terma-terma material yang lain. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 218. Muka surat 77 Dokumen transaksi yang dikemukakan tidak menyatakan perkataan “pinjaman”, “hutang” atau “bayaran balik”. Perbualan WhatsApp juga tidak mengandungi pengakuan hutang yang jelas. Seperti yang ditegaskan dalam Live Capital, dokumen yang ditandakan sebagai eksibit tidak menyebabkan keseluruhan kandungan atau tafsiran yang hendak diletakkan padanya menjadi terbukti secara automatik. Dalam keadaan Plaintif-Plaintif gagal membuktikan secara prima facie bahawa pembayaran tersebut ialah pinjaman, tiada beban undang-undang atau evidential yang timbul kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan bahawa pembayaran itu ialah hadiah. Penafian atau kelemahan penjelasan Defendan tidak dapat menggantikan kekurangan bukti pada kes Plaintif. 219. Setelah keseluruhan dokumen dan keterangan lisan dinilai, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif hanya membuktikan bahawa pembayaran telah dibuat, tetapi tidak membuktikan sifatnya sebagai hutang yang boleh dikuatkuasakan. Oleh itu, tuntutan pembayaran balik gagal atas imbangan kebarangkalian. Live Capital mengukuhkan dapatan bahawa bukti aliran wang tidak sama dengan bukti pinjaman, dokumen yang ditandakan tidak membuktikan kebenaran atau tafsirannya secara automatik, dan beban membuktikan kewujudan hutang kekal pada pihak yang menuntut pembayaran balik. 220. Mahkamah dengan itu menolak setiap komponen pinjaman, bukan kerana pinjaman keluarga mesti bertulis, tetapi kerana Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kontrak pinjaman yang lengkap atas imbangan kebarangkalian. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 78 Sama Ada Wujud Janji Membayar 50% Kos Perkahwinan atau Menjual 221. Tanah di India Jumlah kos perkahwinan RM335,602.00 merupakan komponen terbesar tuntutan Plaintif-Plaintif di sini. SP2 dan SP4 mengesahkan perbelanjaan tertentu serta bahawa P2 membuat pembayaran. Mahkamah ini tidak menolak malah menerima fakta yang dikemukakan bahawa P2 telah membelanjakan sejumlah yang besar untuk majlis perkahwinan anak perempuannya. Namun, vendor tidak mendengar janji yang didakwa dibuat oleh D2 atau D3. Keterangan SP2 dan SP4 tidak membuktikan bahawa Defendan telah meminta setiap perkhidmatan atau bersetuju untuk menanggung separuh kos perbelanjaan perkahwinan tersebut. Resit-resit juga tidak menyatakan bahawa Defendan sebagai penghutang. Justeru, bukti quantum tidak dapat membuktikan liability terhadap Defendan-Defendan. 222. Dakwaan janji bayaran balik 50% kos perbelanjaan perkahwinan dinafikan secara konsisten oleh D2 dan D3. P2 mengakui tiada dokumen untuk membuktikan isu ini. Versi mengenai masa pembayaran juga tidak konsisten: perenggan 13 merujuk selepas D1 mendapat pekerjaan yang lumayan, manakala keterangan lain pula merujuk penjualan tanah di India. Tiada butiran tanah, tarikh jualan, jumlah hasil atau mekanisme pembayaran dibentangkan di mahkamah ini. Jika benar persetujuan melibatkan separuh daripada kos yang akhirnya melebihi RM335,000.00, adalah munasabah menjangkakan sekurang-kurangnya suatu mesej, catatan, surat tuntutan awal atau pengakuan selepas majlis perkahwinan tersebut. Ketiadaan rekod sedemikian, digabungkan dengan pengakuan P2 bahawa dokumen AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 79 tidak wujud, menyebabkan versi Plaintif tidak Berjaya mencapai imbangan kebarangkalian. 223. Mahkamah ini juga tidak menerima hujahan bahawa Defendan wajib membayar hanya kerana mereka hadir, menikmati majlis perkahwinan tersebut atau keluarga mereka turut menerima manfaat sosial. P2 sebagai ibu pengantin perempuan telah berurusan dengan pembekal dan membuat pilihan. Tanpa persetujuan pembayaran balik, perbelanjaan majlis perkahwinan tidak boleh dipindahkan kepada Defendan selepas perkahwinan tersebut berakhir dengan keretakan dan kegagalan. 224. Dapatan Mahkamah ini ialah tiada persetujuan untuk membayar 50% dan tiada janji penjualan tanah yang dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif. Dengan itu, tuntutan Plaintif-Plaintif ke atas kos perkahwinan ditolak. 225. Prinsip Orian Tower terpakai dengan kekuatan yang sama kepada kos majlis perkahwinan. Bukti bahawa P2 membayar vendor tidak membuktikan bahawa D2 dan D3 mengarahkan pembayaran itu sebagai pendahuluan bagi pihak mereka atau bersetuju membayar separuh kemudian. Dakwaan penjualan tanah di India juga tidak memenuhi ujian Abd Ghani Golamdin dan Low Kee Kian. Tiada tanah dikenal pasti, tiada jumlah hasil, tiada tarikh jualan, tiada mekanisme pembayaran dan tiada bukti penerimaan oleh pihak yang dikatakan terikat. Keterangan SP2 dan SP4 adalah boleh dipercayai mengenai perkhidmatan dan bayaran, tetapi mereka bukan saksi kepada pembentukan kontrak. Maka keterangan mereka hanyalah membuktikan quantum tanpa membuktikan liabiliti. Oleh itu, tuntutan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 80 Plaintif-Plaintif bagi bayaran balik 50% kos perbelanjaan perkahwinan adalah ditolak. 226. Tuntutan Deposit, Renovasi dan Sewa Apartmen P2 telah membuktikan bahawa beliau telah membayar deposit, renovasi dan sewa tertentu bagi apartmen. Namun, Pernyataan Tuntutan tidak menjelaskan dengan cukup apakah asas undang-undang yang mewajibkan D2 dan D3 untuk membayar kembali kos perbelanjaan tersebut. Tiada perjanjian sewaan antara P2 dengan D2 atau D3 yang meletakkan mereka sebagai penghutang dan tiada janji pembayaran balik yang dibuktikan. 227. Keterangan P1 bahawa kos tersebut ialah sebahagian daripada nafkah tempat tinggal menimbulkan isu tambahan. Jika tuntutan ditujukan terhadap D1 sebagai kegagalan suami menyediakan tempat tinggal, ia berada dalam konteks nafkah yang telah menjadi subjek prosiding Syariah dan penyelesaian RM30,000.00 di Mahkamah Syariah yang telahpun direkodkan. Plaintif tidak menunjukkan pemisahan yang jelas untuk mengelakkan pertindihan dan tuntutan berganda. 228. Jika tuntutan ditujukan terhadap D2 dan D3 kerana mereka turut tinggal di situ, fakta tinggal bersama tidak mencipta kontrak untuk membayar kembali deposit dan renovasi. P2 tidak membuktikan kadar, tempoh atau persetujuan sewa yang perlu dibayar oleh mereka. Versi Defendan bahawa kediaman tersebut telah ditawarkan secara sukarela sekurang-kurangnya sama munasabah dengan bukti yang ada. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 229. Muka surat 81 Mahkamah ini tidak membuat dapatan bahawa setiap pembayaran P2 adalah hadiah yang tidak boleh dipersoalkan dalam apa jua keadaan. Dapatan yang dibuat lebih terhad dalam tindakan ini, Plaintif gagal membuktikan kausa tindakan dan kewajipan pembayaran balik oleh Defendan bagi komponen tersebut. Atas faktor tersebut, tuntutan deposit RM5,000.00, renovasi RM3,850.00 dan sewa RM13,500.00 ditolak sepenuhnya. 230. Tuntutan Keseluruhan RM391,552.00 Tuntutan sejumlah RM391,552.00 ialah jumlah gabungan beberapa kategori yang mempunyai asas fakta dan undang-undang berbeza. Plaintif cuba menghubungkan semuanya kepada kemungkiran jaminan perkahwinan dan fraud. Apabila dua asas utama itu gagal, jumlah gabungan tidak boleh diberikan hanya kerana perbelanjaan telah dibuat. 231. Setiap komponen juga gagal secara berasingan: pembayaran pengajian, tiket dan wang ke Sabah tidak terbukti sebagai pinjaman; kos perkahwinan tidak terbukti tertakluk kepada janji bayaran balik 50%; dan kos apartmen tidak disokong dengan kontrak pembayaran balik serta bertindih dengan isu nafkah yang telah diselesaikan di Mahkamah Syariah. Pembayaran sebenar oleh P2 tidak diragui, tetapi hak mendapatkan penghakiman terhadap Defendan tidak Berjaya dibuktikan. 232. Mahkamah ini merujuk dapatan Mahkamah Persekutuan dalam Kuala Dimensi Sdn Bhd v Port Kelang Authority [2025] 3 CLJ 497. Walaupun kes tersebut melibatkan variasi kontrak komersial bertulis, prinsipnya AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 82 mengenai keperluan balasan mempunyai aplikasi kepada tindakan ini. Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa balasan lampau tidak mencukupi dan pelaksanaan kewajipan sedia ada bukan balasan yang sah bagi obligasi baharu. Dalam tindakan ini, Plaintif-Plaintif perlu membuktikan balasan bagi setiap jaminan dan janji pembayaran balik yang didakwa. Fakta bahawa P2 membuat pembayaran dan D1 memperoleh manfaat tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa pembayaran itu pinjaman atau bahawa D1, D2 dan D3 menerima tanggungan untuk membayarnya semula. 233. Mahkamah ini juga tidak menerima bahawa semua pembayaran boleh dihimpunkan menjadi satu obligasi tunggal. Setiap pembayaran berlaku bagi tujuan dan pada masa yang berbeza. Plaintif perlu membuktikan secara berasingan siapa meminta pembayaran, siapa berjanji membayar balik, kepada siapa janji diberikan, bilakah ia perlu dibayar dan apakah balasan bagi janji tersebut. 234. Selanjutnya, penerimaan manfaat, kegagalan membalas suatu mesej atau kelakuan kekeluargaan tidak boleh melalui estopel mengesahkan suatu kontrak yang tidak mempunyai unsur-unsur asas. Setelah keseluruhan keterangan dinilai, Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif membuktikan pengeluaran wang, tetapi tidak membuktikan persetujuan pembayaran balik yang disokong balasan dan mempunyai terma yang cukup pasti. 235. Mahkamah ini menolak hujahan Plaintif bahawa kerana Defendan tidak mengemukakan semua dokumen yang diminta atau memberi jawapan yang sempurna, tuntutan Plaintif mesti berjaya. Berdasarkan AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 83 International Times, Keruntum dan Juahir, beban pembuktian asal tidak berpindah sehingga Plaintif mengemukakan kes prima facie yang cukup. Di sini, jurang pada elemen kewajipan dan kausa tindakan kekal. Oleh itu, tuntutan RM391,552.00 ditolak sepenuhnya. 236. Tuntutan RM200,000.00 bagi Reputasi dan Penderitaan Malu Plaintif-Plaintif tidak memanggil saksi bebas daripada komuniti untuk membuktikan bahawa reputasi mereka telah jatuh, bahawa mereka telah dipulaukan, kehilangan peluang atau mengalami kerugian sosial yang boleh dinilai. Tiada sebarang laporan perubatan atau bukti profesional mengenai kecederaan psikologi dikemukakan di Mahkamah ini. 237. Lebih asas, kausa tindakan kontrak dan fraud tidak dibuktikan. Ganti rugi tidak boleh berdiri sendiri tanpa liabiliti. Mengaplikasikan Milicent Rosalind Danker, tuntutan kehilangan reputasi dalam tindakan berasaskan kontrak tidak boleh diberikan di luar keadaan yang diiktiraf dan bukan dengan hanya menamakan dan atau meletakkan sejumlah RM200,000.00 sebagai ganti rugi am tanpa pembuktian yang kukuh. 238. Mahkamah ini menzahirkan rasa simpati bahawa perceraian dan pertikaian keluarga mungkin menimbulkan penderitaan dan kesan terhadap emosi yang melaluinya. Namun, rasa simpati itu bukan pengganti elemen undang-undang yang mantap untuk diambil kira. Oleh itu, tuntutan RM200,000.00 ditolak. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 84 239. Permohonan supaya D1 Diusir Keluar dari Malaysia Relif ini tidak wajar dan tidak boleh diberikan kerana: i. Pertama, fraud yang menjadi asasnya tidak dibuktikan; ii. Kedua, pihak berkuasa imigresen yang mempunyai fungsi statutori mengenai pas dan pengusiran bukan pihak kepada tindakan guaman ini; iii. Ketiga, tiada pliding dan asas undang-undang yang lengkap bagi perintah terus terhadap D1 dalam tindakan kontrak persendirian; iv. Keempat, isu yang cuba dikembangkan semasa pemeriksaan balas mengenai pekerjaan D1 di Pulau Pinang atau keadaan permit semasanya tidak diplidkan. Peguam Plaintif sendiri mengakui perkara itu. Berdasarkan Samuel Naik dan Blay, Mahkamah ini tidak boleh memberi relif atas isu baharu yang tidak berada pada rekod pliding; v. Kelima, autoriti imigresen yang dirujuk oleh Plaintif tidak membuktikan bahawa Mahkamah dalam tindakan ini mempunyai bidang kuasa atau patut menggantikan proses pentadbiran imigresen. Sekiranya terdapat pelanggaran imigresen, ia tertakluk kepada siasatan dan tindakan pihak berkuasa menurut undang-undang. Permohonan Plaintif-Plaintif untuk perintah pengusiran terhadap D1 adalah ditolak. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 240. Muka surat 85 Secara keseluruhan, autoriti terkini Mahkamah Persekutuan dalam Live Capital, Kuala Dimensi, Abd Ghani Golamdin dan Lai Fee mengukuhkan tiga dapatan teras: bukti pembayaran tidak sama dengan bukti pinjaman; kontrak memerlukan unsur dan terma yang boleh dikenal pasti; dan pihak yang mendakwa tetap memikul beban membuktikan kesnya sendiri. 241. Autoriti Mahkamah Rayuan dalam Port Kelang Authority dan 555 Film menegaskan kepentingan balasan, manakala Low Kee Kian serta Orian Tower di Mahkamah Tinggi menunjukkan sempadan sebenar bagi kontrak lisan. Dengan menilai keseluruhan kertas kausa dan dibaca bersama keterangan SP1 hingga SP4 dan SD1 hingga SD3, serta autoriti-autoriti yang dirujuk tersebut membawa kepada satu-satunya keputusan yang munasabah dan wajar, iaitu tuntutan Plaintif-Plaintif tidak dibuktikan atas imbangan kebarangkalian. 242. K. RUMUSAN DAPATAN Berdasarkan keseluruhan alasan yang telah dihuraikan di atas, jawapan Mahkamah ini terhadap isu-isu yang berbangkit dalam tindakan guaman ini dapatlah dirumuskan seperti berikut: i) Mahkamah Sivil boleh menilai tuntutan kontrak dan fraud yang diplidkan, tetapi jaminan rumah tangga serta komponen nafkah tidak boleh secara automatik ditukar menjadi hutang sivil; ii) Isu had masa tidak perlu diputuskan secara muktamad kerana sifat pinjaman dan tarikh matang tidak dibuktikan; tuntutan RM10,000.00 gagal atas merit; AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 86 iii) Jaminan-jaminan di perenggan 13 pernyataan tuntutan terpinda tidak dibuktikan dan jaminan mengenai kebahagiaan serta kekalnya perkahwinan tidak mempunyai kepastian objektif untuk dikuatkuasakan sebagai suatu bentuk kontrak kewangan; iv) Fraud untuk mendapatkan Visa Pasangan tidak diplidkan dengan butiran yang cukup dan tidak dibuktikan; v) Bayaran RM10,000.00, RM15,000.00, RM1,600.00 dan RM7,000.00 tidak dibuktikan sebagai suatu bentuk pinjaman; vi) Tiada persetujuan membayar balik 50% perbelanjaan perkahwinan atau janji menjual tanah di India yang dibuktikan; vii) Tiada asas kontraktual yang dibuktikan bagi deposit, renovasi dan sewa apartmen, dan terdapat pertindihan tuntutan dengan isu nafkah yang telah diselesaikan di Mahkamah Syariah; viii) Tuntutan RM391,552.00 gagal dibuktikan; ix) Tuntutan RM200,000.00 bagi reputasi dan penderitaan malu gagal dibuktikan; dan x) Permohonan Plaintif-Plaintif supaya D1 diusir keluar dari Malaysia tidak mempunyai asas dan merit yang boleh diberikan dalam tindakan guaman ini. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 243. Muka surat 87 Perbandingan autoriti menunjukkan Low Kee Kian tidak menyelamatkan tuntutan kerana elemen objektif yang membuktikan kontrak lisan dalam kes itu tidak wujud di sini. Orian Tower dan Live Capital pula secara langsung menyokong dapatan bahawa pembayaran yang terbukti tidak melahirkan hutang tanpa persetujuan pembayaran balik dan autoriti fraud serta prinsip pliding menewaskan dakwaan visa pasangan dan relif pengusiran. 244. Mahkamah ini menegaskan bahawa keputusan ini tidak bermaksud bahawa perbelanjaan P2 tidak pernah dibuat atau bahawa kekecewaan P1 tidak benar. Keputusan ini hanya bermaksud Plaintif-Plaintif tidak berjaya membuktikan, menurut undang-undang keterangan dan pliding, bahawa Defendan-Defendan mempunyai obligasi sivil untuk membayar jumlah yang dituntut atau bahawa perkahwinan itu telah dilakukan secara fraud. 245. Mahkamah ini juga tidak membuat apa-apa dapatan umum mengenai status imigresen semasa D1 di luar isu yang diplidkan. Apa-apa perkara yang berada dalam kuasa pihak berkuasa imigresen kekal tertakluk kepada undang-undang dan proses yang berkenaan. 246. L. PERINTAH MAHKAMAH Maka, setelah penilaian penuh dibuat ke atas keseluruhan kertas kausa, keterangan lisan dan dokumentar, Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal atas imbangan kebarangkalian membuktikan tuntutannya dan Mahkamah ini memerintahkan seperti yang berikut: AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 88 i. Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ditolak sepenuhnya; dan ii. Plaintif-Plaintif hendaklah membayar kos sebanyak RM7,000.00 kepada Defendan-Defendan Bertarikh: 22 April 2026 .......... Fatimah .............. (SITI FATIMAH BINTI TALIB) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur KAUNSEL Bagi pihak Plaintif-Plaintif: Encik Khutubul Zaman bersama Puan Aimi Zaman; Tetuan Zaman & Associates. Bagi pihak Defendan-Defendan: Encik Mohammad Asghar Nadjmi; Tetuan Asghar. AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 Muka surat 89 1. SENARAI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIRUJUK Akta Had Masa 1953 - seksyen 6(1)(a). 2. Akta Keterangan 1950 - seksyen 91, 92, 101, 102 dan 103. 3. Akta Kontrak 1950 - seksyen 2, 7, 10, 17, 18, 19 dan 26. 4. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Aturan 18 Kaedah 12(1)(a) dan Aturan 18 Kaedah 12(1A). 5. Perlembagaan Persekutuan - Perkara 74 dan Senarai II, Jadual Kesembilan. 6. Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 - Peraturan 8, 9, 11, 13, 14, 16 dan 16A. SENARAI AUTORITI YANG DIRUJUK 1. 555 Film Sdn Bhd & Ors v Adamancy Construction Sdn Bhd [2023] 1 LNS 884; [2023] MLJU 986 (Mahkamah Rayuan). 2. Abd Ghani Golamdin v Universiti Utara Malaysia & Ors [2023] 6 MLJ 1 (Mahkamah Persekutuan). 3. Amoda Sdn Bhd v Luxury Home Concept Sdn Bhd [2000] 6 CLJ 368 (Mahkamah Tinggi). 4. Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628. 5. Goh Choo Hock v Goh Swee Meng [2024] AMEJ 0936; [2024] MLJU 1989 (Mahkamah Tinggi). 6. Gulwant Singh v Abdul Khalik [1964] 1 MLJ 286. 7. Halim Bin Saad v Chan Yok Peng [2021] 3 MLJ 717. 8. International Times v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86. 9. John Ambrose v Peter Anthony & Anor [2017] 6 CLJ 465 (Mahkamah Rayuan). 10. Juahir Bin Sadikon v Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor [1996] 3 MLJ 627. 11. Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 4 CLJ 676. 12. Khoon Chye Vin v Public Prosecutor [1961] 2 MLJ 105 (Mahkamah Rayuan). 13. Kuala Dimensi Sdn Bhd v Port Kelang Authority [2025] 2 MLJ 238; [2025] 3 CLJ 497 (Mahkamah Persekutuan). AZMARINA BINTI HYDER ALI & ANOR v NASURUDEEN ABDUL NAZAR & ORS | WA-B52-52-07/2023 14. Muka surat 90 Lai Fee & Anor v Wong Yu Vee & Ors [2023] 3 MLJ 503; [2023] 3 MLRA 495 (Mahkamah Persekutuan). 15. Live Capital Sdn Bhd v Pioneer Conglomerate Sdn Bhd [2025] 4 MLRA 844 (Mahkamah Persekutuan). 16. Low Kee Kian & Ors v Chu Sau Ben & Ors [2021] 1 LNS 2601 (Mahkamah Tinggi). 17. Milicent Rosalind Danker & Perception Management International Limited v Malaysia-Europe Forum Berhad, Natasha Zulkifli & Anor [2012] 5 MLRH 392. 18. Orian Tower Sdn Bhd v Shanghai City Sdn Bhd [2022] 1 LNS 2537 (Mahkamah Tinggi). 19. Port Kelang Authority v Kuala Dimensi Sdn Bhd [2024] 1 MLJ 252 (Mahkamah Rayuan). 20. Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944; [2015] 6 MLJ 1. 21. Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1; [2015] 7 CLJ 584 (Mahkamah Persekutuan). 22. Tan Cheng Hock v Chan Thean Soo & Anor [1987] 2 MLJ 479. 23. Tan Kok Siang v Kemuning Setia Sdn Bhd [2018] 8 CLJ 546; [2018] 6 MLJ 652. 24. Tengku Dato’ Ibrahim Petra Bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd [2018] 2 MLJ 177. 25. Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229. 26. Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2014] 2 MLJ 799.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.