Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-83D-539-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
RA-83D-539-03/2022
Magistrates Court of Malaysia4 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“leh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, di mana dinyatakan (dengan izin); “The element of ‘possession’ (within the meaning of s.17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the releva”
“ral word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drugs the on”
“ce from the surrounding circumstances of the case under scrutiny. We noted that in para [71] of his grounds of judgment, the learned trial judge had addressed his mind on this concept of s. 34 of the Penal Code. The essence of s.34 of Penal Code may safely be derived from the Privy Council decision in the case Mahbub S”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-83D-539-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
AZMI BIN HAMID
2
MOHD MUSTAFID FITRI BIN MOHD MUSHAZAN (NO K/P: 930325-09-5011) ALASAN PENGHAKIMAN S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan Pindaan: “Bahawa kamu bersama-sama pada 15/03/2022, jam lebih kurang 9.15 pagi, di sebuah rumah beralamat tiada bernombor Kampung Lubuk Gajah, Lorong Sena Rendang 3, Jalan Padang Melangit, dalam daerah Kangar, di dalam negeri Perlis, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 7.65 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Pindaan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh Pertama. Tertuduh Pertama faham Pertuduhan Pindaan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan Pindaan. Pembelaan Tertuduh Pertama menafikan Pertuduhan Pindaan dan meminta untuk dibicarakan S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh-tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2) Pertuduhan Pindaan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh-tertuduh. Tertuduh Pertama telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap Pertuduhan Pindaan. Manakala Tertuduh Kedua telah mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman. 3) Bagi Tertuduh Pertama, kes telah dijalankan bicara dengan 8 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh Pertama terhadap Pertuduhan Pindaan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. 4) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh Pertama dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan Pindaan. 5) Pihak Pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 6) Pada 15/03/2022, pada jam lebih kurang 9.00 pagi, bertindak atas maklumat Inspektor Muhamad bin Ibrahim, SP1, bersama-sama anggota serbuan telah pergi membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Lubuk Gajah, Lorong Sena Rendang 3, Jalan Padang Melangit, Perlis. 7) Sampai di tempat kejadian SP1 telah membuat pemerhatian bersama anggota serbuan yang lain selama lebih kurang 10-15 minit dalam jarak 10-20 meter. Keadaan cuaca adalah terang pada ketika itu. Setelah membuat pemerhatian, SP1 bersama anggota serbuan telah membuat serbuan ke atas rumah tersebut. Pemeriksaan mendapati pintu belakang rumah tidak berkunci. SP1 dan anggota serbuan yang dibahagikan kepada dua kumpulan (satu berkawal di luar dan satu membuat serbuan bersama SP1) masuk ke dalam rumah dan mendapati dua lelaki Melayu sedang duduk di atas lantai menghadap sebuah meja kecil. 8) Pemeriksaan telah dijalankan pada badan Tertuduh-tertuduh namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Selanjutnya pemeriksaan lanjut telah dibuat di dalam bilik dan menjumpai dua pekat plastik berisi ketulan dan hablur kristal bahan disyaki syabu (P12A&B), satu unit penimbang (P16), satu gunting (P17) dan satu paket plastik lutsinar mengandungi paket-paket plastik lutsinar kosong (P18) di atas meja kecil di mana Tertuduh-tertuduh berada. Keadaan barang kes adalah dalam keadaan terbuka di atas meja. 9) SP1 seterusnya telah menahan Tertuduh-tertuduh dan memberitahu kesalahan Tertuduh kemudiannya membawa balik Tertuduh ke IPD Padang Besar. Borang Senarai Geledah (P2(B)) telah disediakan oleh SP1. Barang-barang kes telah dicamkan oleh SP1. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 10) Barang kes sentiasa dalam kawalan SP1 sehingga diserahkan kepada Pegawai Penyiasat kes, SP8. SP1 telah membuat satu laporan polis sepertimana Beseri Report 372/22 (P1(B)). SP1 kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Tariq bin Mohd Nasir, SP8 serta menyerahkan barang-barang kes, Tertuduh-tertuduh dan eksibit berkaitan kepada SP8. Akuan serah-menyerah barang kes telah ditandatangani sepertimana di dalam Borang Serah Terima Barang Kes (P3(B)). 11) Barang-barang kes telah dihantar kepada Jabatan Kimia oleh SP8 melalui Sarjan Nursyazwani binti Mohammad Nasir, SP6, untuk dianalisa oleh Pegawai Kimia, Puan Nor Farhani binti Mansor, SP3. Setelah barang kes siap dianalisa, Laporan Kimia, P10 dan barang kes (P12A&B), (P16), (P17) dan P18) kemudiannya diserahkan kepada SP8 untuk tindakan lanjut. 12) Tertuduh-tertuduh kemudiannya dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diboleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. 13) Tertuduh Pertama minta bicara dan Tertuduh Kedua mengaku salah dan telah dihukum. C. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 14) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 8 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Inspektor Muhamad bin Ibrahim Pegawai Serbuan S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ SP2: Lans Koperal Rafael Abdullah Jurugambar SP3: Nor Farhani binti Mansor Pegawai Kimia SP4: Mohd Mustafid Fitri bin Mohd Mushazan Saksi Awam: Tertuduh Kedua SP5: SM Norazduan bin Daud Anggota Serbuan SP6: Sarjan Nursyazwani binti Mohammad Nasir Penghantar Barang Kes SP7: Mazlina binti Azali Saksi Awam: Isteri Tertuduh Pertama SP8: Sarjan Muhammad Tariq bin Mohd Nasir Pegawai Penyiasat 15) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pertuduhan Pindaan A Pernyataan Saksi SP2 PWS1 Pernyataan Saksi SP3 PWS2 Pernyataan Saksi SP5 PWS3 Pernyataan Saksi SP8 PWS4 Beseri rpt 372/22 P1 Borang Senarai Geledah P2 S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ Borang Serah-menyerah P3 5 keping Gambar Barang Kes P4 A-E 6 Keping Gambar Tempat Kejadian P5 A-F Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan P6 Satu Keping CD beserta Sampul P7 Borang Pol 31 P8 Resit Rasmi Jabatan Kimia P9 Laporan Kimia P10 Satu Beg Barang Kes bertanda T P11 Dua Paket Plastik Kecil bertanda TA & TB P12 A&B Satu Paket Jabatan Kimia beserta Kandungan P13 Sijil Kalibrasi ID14 Satu Sampul Barang Kes PDRM P15 Satu Unit Penimbang bertanda M P16 Satu Unit Gunting P17 Satu Paket Plastik Lutsinar Kosong P18 D. BEBAN PEMBUKTIAN 16) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 17) Merujuk kepada seksyen 173(f)(i) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 173(f)(i) KPJ memperuntukkan seperti berikut: S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ “Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.” 18) Selain itu maksud bagi prima facie telahpun diputuskan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul menyatakan, antara lain (dengan izinl):- “…Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case to mak out prima facie case …A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen… … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established…” 19) Menurut Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan memadai S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ untuk mensabitkan tertuduh sekiranya beliau memutuskan untuk mendiamkan diri. Turut juga dinyatakan bahawa (dengan izin); “…The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out…” 20) Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only ONCE EXERCISE THAT A JUDGE SITTING ALONG UNDER Sectiom 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accussed would be entitled to an acquittal”… 21) Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerimapakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):
i
the close of Procecution’s case, subject to the evidence led by the Prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the Prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits two or more inferences, the draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question, IF I now call the accused to make his defence and he alects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “YES” the defence should be called. If the answer is “NO” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) After the defence is called, the accused alects to remain silent, the convict;
IV
(iv) After defence is called, the accused elect to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] 1 MLJ 263. E. INTIPATI PERTUDUHAN 22) Berdasarkan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, ia memperuntukan intipati pertuduhan adalah seperti berikut: - i) Bahan tersebut tersenarai sebagai bahan terkawal di bawah Akta Dadah Berbahaya. ii) Bahan tersebut adalah dalam milikan tertuduh; dan Intipati Pertama: Bahan tersebut tersenarai sebagai bahan terkawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 23) SP3 iaitu Pegawai Kimia telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Mahkamah juga turut dikemukakan dengan Laporan Kimia (P10) yang disediakan SP3, Laporan Kimia di bawah seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 24) Mahkamah telah meniliti Laporan Kimia, P10 dan juga berdasarkan keterangan SP3, jelas menunjukkan barang kes yang dirampas adalah bahan yang tersenarai sebagai bahan terkawal Akta Dadah Berbahaya 1952. 25) Ekoran daripada Analisa yang dijalankan SP3, laporan tersebut telah diperincikan di dalam P10. Mahkamah ini berpuashati dengan keterangan yang diberikan SP3 serta laporan P10 yang dikemukakan yang menyokong keterangan SP3. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertama dan intipati pertama dipatuhi oleh pihak pendakwaan. Intipati Kedua: Barang kes iaitu dadah tersebut di dalam milikan tertuduh 26) Bagi menggunapakai anggapan statutori mengenai pemilikan menurut seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak pendakwaan perlulah membuktikan elemen kawalan dan jagaan terlebih dahulu. 27) Merujuk Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan (dengan izin);
d
mana-mana orang yang didapati ada dalam jagaannya atau bawah pengawalannya apa-apa sahaja yang mengandungi sebarang dadah berbahaya adalah, sehingga sebaliknya dibuktikan, dianggap ada dalam pemilikannya dadah tersebut dan adalah, sehingga pemilikannya dibuktikan dianggap telah mengetahui tentang sifat-sifat dadah tersebut. 28) Dalam membuktikan isu pemilikan ini, perkara utama yang dipertimbangkan adalah apakah yang dimaksudkan dengan pemilikan. Takrifan pemilikan merupakan suatu persoalan undang-undang. Merujuk kes Yee Ya Mang v. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ Public Prosecutor [1972] 1 MLRH 269, Hakim Sharma, menerangkan pemilikan seperti berikut (dengan izin); “The word “possession” implies a physical capacity to deal with the thing as one likes to the exclusion of everyone and a determination to exercise that physical power on one’s own behalf. It implies dominion and consciousness in the mind of the person having “possession” that he not only has such dominion but also that he can exercise it.” 29) Prinsip tersebut telah dibincangkan secara mendalam di dalam kes PP v. Badrulhisham bin Baharom [1972] 2 MLRH 54, di mana dinyatakan (dengan izin); “… I believe it is well settled at least by our courts that to established possession by an accused person of any dangerous drugs or to impute to him possession of said drugs it must first to shown that he had knowledge of the drugs which were found to be in his possession.” 30) Prinsip tersebut kemudiannya diperjelaskan lagi di dalam kes Leow Nghee v. Reh [1956] 22 MLJ 28, di mana di dalam kes ini diperjelaskan bahawa (dengan izin); “The word “possession” is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drugs the onus of proving, first that he did not have possession, and secondly that he didi not know the nature of the drug, shall be shifted to him… There is no presumption of custody… Unless custody was established, the chain of reasoning is broken.” S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 31) Manakala isu pengetahuan yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, di mana dinyatakan (dengan izin); “The element of ‘possession’ (within the meaning of s.17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevant time; the prosecution must also proved that the accused possessed requisite knowledge as to the contents of what he was carrying.” 32) Terdapat juga kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di mana telah mengambil pendekatan pemilikan sesuatu barangan dalam undang-undang jenayah pemilikan yang eksklusif. Adalah suatu keperluan untuk menerimapakai sepertimana yang telah diputuskan kes Pendakwa Raya v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case this fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only cases where possession is entirely with one person, that is, “exclusive” – that a conviction is possible. When the learned trial judge said “The accused sought to negative the proof of exclusive possession…”. We must take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. 33) Dalam mempertimbangkan isu ini, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pihak pendakwaan perlulah membuktikan elemen pemilikan dan bagi anggapan statutori mengenai pemilikan menurut seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 digunapakai, pihak pendakwaan perlulah S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ membuktikan elemen kawalan dan jagaan sepertimana yang telah diputuskan terlebih dahulu. 34) Merujuk kes di hadapan mahkamah ini, berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan, terdapat dua versi di mana satu versi yang dikemukakan adalah Tertuduh-tertuduh sedang duduk menghadap sebuah meja kecil di mana barang kes dijumpai. Manakala versi yang kedua adalah Tertuduh Kedua (yang telah dihukum) seorang sahaja yang berada di meja tersebut sedang membungkus (‘packing’) barang-barang kes manakala Tertuduh Pertama sedang bersandar di pintu bilik tersebut dan sedang menghisap dadah. Kedua-dua versi ini kekal tanpa dapat disangkalkan versi yang mana adalah kukuh sehingga pihak pendakwaan menutup kes pihak pendakwaan. 35) Pihak pendakwaan turut memanggil isteri Tertuduh Pertama, SP7, untuk mengukuhkan kes pihak pendakwaan. Namun keterangan SP7 tidak mampu mengubah sebarang versi pendakwaan memandangkan SP7 tidak tinggal bersama di tempat kejadian. SP7 tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan hari kejadian dan tempat kejadian pada hari berkenaan. 36) Beberapa kemungkinan dan keraguan telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan di mana semasa Tertuduh Pertama sedang bersandar di pintu bilik Tertuduh Pertama sedang menghisap dadah dan ‘high’ sekaligus tidak mengetahui apa yang terjadi iaitu tidak mengetahui Tertuduh Kedua sedang ‘packing’ barang kes di meja kecil tersebut. Pihak pembelaan juga membangkitkan bahawa siasatan SP8 hanyalah berpandukan keterangan dari SP1 sahaja tanpa lain-lain siasatan lanjut. 37) Dalam masa yang sama Mahkamah juga meneliti keterangan Tertuduh Kedua sebagai saksi pihak pendakwaan secara lebih berhati-hati namun versi yang dikemukakan adalah munasabah dan tidak disangkal oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, mahkamah mengambil kira versi yang ditimbulkan oleh pihak S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ pendakwaan melalui Tertuduh Kedua serta isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. 38) Mahkamah menerimapakai hujahan pihak pembelaan dan keraguan yang ditimbulkan pihak pembelaan adalah munasabah berdasarkan keterangan saksi-saksi dan eksibit yang dikemukakan sekaligus gagal ditangkis oleh pihak pendakwaan. 39) Selain itu, SP1 mengakui bahawa pemeriksaan badan yang dijalankan gagal menjumpai apa-apa barang salah yang mana tiada ‘active possession’ yang ditunjukkan pada hari kejadian. SP1 hanya menjumpai barang kes di atas meja kecil di mana keberadaan Tertuduh Pertama dengan barang kes gagal dijelaskan dan dibuktikan dengan terperinci. 40) Dalam keadaan tersebut mahkamah juga menerimapakai hujahan pembelaan di mana dinyatakan bahawa pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan ‘nexus’ dan kaitan barang kes dengan Tertuduh Pertama pada masa serbuan dijalankan. Tiada bukti rantaian (nexus) antara barang kes dengan Tertuduh Pertama. 41) Berdasarkan fakta tersebut serta keterangan saksi-saksi pendakwaan yang disokong dengan eksibit-eksibit, jelas menunjukkan terdapat kelompongan dan keraguan terhadap isu milikan dan kawalan barang kes terhadap Tertuduh Pertama di mana (dengan izin) “benefit of doubt” harus diberikan kepada Tertuduh Pertama. 42) Isu milikan tidak dapat dibuktikan dengan kukuh. Ini kerana, mahkamah mendapati terdapat kelompongan dalam kes pihak pendakwaan. Wujud dua atau lebih inferen berkaitan dengan barang-barang kes. Keterangan berkaitan kedudukan barang kes dan keberadaan Tertuduh Pertama adalah material dalam membuktikan bahawa terdapat nexus atau kawalan terhadap barang kes. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 43) Oleh itu, dengan wujud inferens yang lain yang menimbulkan keraguan tentang milikan dan kawalan terhadap barang kes tersebut, (dengan izin) ‘benefit of doubt’ harus diberikan kepada Tertuduh Pertama. 44) Berdasarkan kelompangan isu milikan dan kawalan tersebut, kes pihak pendakwaan menjadi lemah dalam membuktikan bahawa Tertuduh Pertama mempunyai milikan dan kawalan terhadap barang kes. F. ISU-ISU YANG DIPERTIMBANGKAN Keterangan Saksi-saksi Material 45) SP7 iaitu isteri Tertuduh Pertama dipanggil untuk memberikan keterangan namun SP7 tidak mempunyai pengetahuan tentang hari kejadian dan tidak juga berada di tempat kejadian malah tidak tinggal di rumah tempat kejadian. Oleh itu, keterangan SP7 gagal memberikan sokongan atau mengukuhkan kes pihak pendakwaan. 46) Seterusnya, pihak pendakwaan telah memanggil SP4 iaitu Tertuduh Kedua yang telah mengakui barang kes merupakan kepunyaannya seorang sahaja. Keterangan yang dikemukakan telah menimbulkan dua versi di dalam kes pihak pendakwaan. Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, keterangan SP4 telah meranapkan kes pihak pendakwaan. 47) Tanpa keterangan saksi-saksi ini menyebabkan kelompongan bagi kes pihak pendakwaan. Wujudnya dua versi yang berbeza berkenaan keberadaan barang-barang kes dan juga Tertuduh-tertuduh dibandingkan dengan kedudukan barang kes semasa dijumpai ketika pemeriksaan dijalankan iaitu di meja di dalam bilik tersebut telah menimbulkan keraguan terhadap kaitan S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ barang kes dengan Tertuduh Pertama. Terdapat pula keterangan yang menunjukkan bahawa barang kes milik Tertuduh Kedua sahaja turut melemahkan kes pihak pendakwaan. 48) Oleh itu, mahkamah berpendapat kelompongan tersebut tidak dapat mengukuhkan isu milikan barang kes yang dibuktikan pihak pendakwaan. Niat Bersama: Seksyen 34 Kanun Keseksaan 49) Merujuk pertuduhan yang dihadapkan terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua, kedua-duanya telah dituduh bersama-sama memiliki dadah berbahaya sepertimana Pertuduhan Pindaan (A). Dalam membuktikan perkara tersebut, mahkamah selanjutnya merujuk kepada seksyen 34 Kanun Keseksaan. 50) Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut;
34
Tiap-tiap seorang daripada beberapa orang bertanggungan atas suatu perbuatan yang dilakukan oleh semuanya seolah-olah dilakukan olehnya seorang. Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggung atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 51) Selanjutnya mahkamah juga telah merujuk kes Mahkamah Rayuan Mohamad Nazarie Halidi v. PP & Anor Appeal [2019] 6 CLJ 61, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “Common intention, just like other intentions, is impossible of direct proof unless there is express admission by the perpetrators. Otherwise, it will have to be inferred from the circumstantial evidence that form part of the prosecution case, as the case may be. Having said that, common intention, may be formed immediately before the commission of the offence from the surrounding circumstances of the case under scrutiny. We noted that in para [71] of his grounds of judgment, the learned trial judge had addressed his mind on this concept of s. 34 of the Penal Code. The essence of s.34 of Penal Code may safely be derived from the Privy Council decision in the case Mahbub Shah v. Emperor [1945] 47 Bombay LR 941, emanating from an appeal from India, Their Lordships stated that the essence of the joint liability that was provided for under s. 34 of the Penal Code was to be found in the existence of common intention. Under this provision, the doing of several acts regardless of whether they are similar or diverse, by several persons, as long ad these acts are done in furtherance of a common intention, then each of those persons is liable for result of them all as if he had done those acts himself. This interpretation was given by the court in the case of Barenda Kumar Ghose as early as in 1924. (See Emperor v. Barendra Kumar Ghose [1924] 27 Bom LR 148). The Supreme Court of India had ruled in the case of Krisjna Govind Patil [1963] 65 BOMLR 789 SC that the pre-arranged plan may develop on the spot during the course of the commission of the offence, but the crucial circumstances is that the said plan must precede that act constituting the offence. According to the Indian Supreme Court, this section only lays down a principle of joint criminal liability, it is a rule of evidence and does not create a substantive offence (See, the case of BN Srikanth v. The State of Mysore [1957] AIR (SC) 672”. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 52) Mahkamah ini turut juga menggunapakai garis panduan yang diputuskan di dalam kes Farose Tamure Mohd Khan v. PP & Othe Appeals [2016] 9 CLJ 769; di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Raus Sharif PMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “It is helpful to analyse s.34 in terms of these elemet;
a
A criminal act;
b
Participation in doing of the act;
c
A common intention between the parties; and
d
The act must be done in furtherance of the common intention. At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s.34. The position is respecr of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gelaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with.” 53) Meneliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi, mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya mengaitkan Tertuduh Pertama denga Tertuduh Kedua iaitu dengan niat bersama-sama melakukan kesalahan sepertimana Pertuduhan Pindaan. 54) Sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini, pengakuan Tertuduh Kedua di mana barang kes merupakan miliknya seorang sahaja dan Tertuduh Pertama tidak bersama-samanya membuat pembungkusan dan tidak berada di meja tersebut telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan bahawa Tertuduh Pertama mempunyai niat bersama Tertuduh Kedua melakukan kesalahan tersebut. 55) Keterangan SP4 berkenaan milikan barang kes tersebut telah meranapkan kes pihak pendakwaan dalam mengaitkan Tertuduh Pertama dengan kesalahan sepertimana Pertuduhan Pindaan. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ Siasatan Pegawai Penyiasat Tidak Lengkap 56) SP8 merupakan Pegawai Penyiasat di dalam kes ini iaitu bagi kesalahan di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan SP8 yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berkenaan kesalahan yang dipertuduhkan. 57) Perihal pentingnya pegawai penyiasat menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci dan mengumpul kesemua keterangan serta mengelakkan kelompangan dalam kes pendakwaan telah ditekankan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Bunga Jalong v. PP [2015] 5 CLJ 893 yang menyatakan (dengan izin); "The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrongdoers may be brought to justice. The completed investigation, compiled in the investigation papers is referred to the Public Prosecutor if an offence is disclosed. A completed investigation is one that includes investigation of the defences that emerged from the investigation. This includes such gaps or weaknesses emerging from the statements of witnesses and of defences from the statement of the accused person. Such investigations may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution." 58) Merujuk juga kepada kes Deepanraj a/l Subramaniam lwn Timbalan Pendakwaraya [2016] 1 MLJ 413, YA Balia Yusof, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut (dengan izin): “The failure of the police to carry out proper investigation has deprived not only the prosecution but also the defence of the best and must important evidence S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ to resolve the case. Learned counsel further submitted the failure to do so means, there was withholding or suppression of evidence favourable to the defence and thus the s.114(g) presumption ought to be invoked. We were also reminded of the passage from the judgment of the Federal Court in Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137 which states: “The accused cannot be penalized for lack of ingenuity in police investigation depriving him of the time honoured benefir of doubt.” 59) Merujuk keterangan SP8 menyatakan siasatan telah dibuat di tempat kejadian dan saksi-saksi yang berkaitan. Di dalam keterangannya siasatan adalah bergantung kepada kenyataan SP1 dan SP5 juga saksi-saksi berkaitan namun semasa dibangkitkan bahawa siasatan hanya bergantung kepada versi yang diberikan SP1 sahaja dan tanpa menyiasat lanjut tentang pernyataan bahawa barang kes milik Tertuduh Kedua, SP8 mengakui cadangan pihak pembelaan. SP8 juga mengakui bahawa Tertuduh Kedua telah mengakui barang kes miliknya dan telah dihukum. Perkara tersebut juga tidak disangkal oleh SP8. Namun siasatan lanjut masih tidak dibuat berkenaan perkara tersebut. 60) Pihak pembelaan telah membangkitkan bahawa siasatan yang dijalankan tidak menyeluruh dan lengkap dan ianya tidak berjaya disangkal oleh SP8 sendiri malah pihak pendakwaan. Memandangkan Tertuduh Pertama turut berada di tempat, SP8 membuat kesimpulan bahawa barang kes turut dimiliki oleh Tertuduh Pertama tanpa mengambil kira pengakuan yang telah dibuat oleh Tertuduh Kedua. Tiada siasatan lanjut berkenaan kedudukan sebenar Tertuduh Pertama pada masa serbuan dibuat. 61) SP8 telah pergi ke tempat kejadian bersama SP2 untuk merakamkan gambar tempat kejadian. Berdasarkan gambar yang dirujuk dan siasatan lanjut yang dibuat barang kes dijumpai di atas meja kecil di dalam bilik rumah tersebut sepertimana dalam gambar tempat kejadian. Namun gambar keseluruhan bilik S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ tidak dirakamkan dan semasa keterangan SP4 menyatakan Tertuduh Pertama bersandar di pintu bilik tidak dapat ditunjukkan kepada mahkamah. 62) Oleh itu, alasan yang diberikan SP8 bukanlah alasan untuk SP8 tidak meneruskan siasatan lanjut terhadap saksi-saksi tersebut. 63) SP8 sebagai pegawai penyiasat seharusnya menjalankan siasatan penuh dan mengemukakan keterangan yang lebih terperinci tanpa sebarang keraguan yang timbul berkenaan kaitan Tertuduh Pertama dengan barang kes dan keberadaan barang kes ketika dijumpai juga kaitan dengan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua gagal dibuat siasatan lanjut. 64) Keterangan SP8 sendiri menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat tidak menyeluruh dan tidak lengkap. Ianya telah melemahkan kes pihak pendakwaan dan (dengan izin) ‘benefit of doubt’ perlu diberikan kepada Tertuduh. G. DAPATAN MAHKAMAH 65) Atas alasan-alasan tersebut dan setelah membuat pertimbangan secara maksima keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa kes prima facie tidak dapat dibuktikan sekiranya terdapat lompang dalam kes pihak pendakwaan. 66) Begitu juga sekiranya kes pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu inferen selain menjurus kepada kebersalahan tertuduh maka prima facie gagal dibuktikan. Kes pendakwaan juga gagal mencapai tahap pembuktian kes prima facie dengan terdapat keraguan dalam kes pendakwaan itu sendiri. S/N BsfhoSEX50qIw/hqv/8fVQ 67) Oleh itu, berdasarkan pertimbangan tersebut, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh Pertama di atas Pertuduhan Pindaan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. 68) Dengan ini, Tertuduh Pertama, Azmi bin Hamid, dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan Pindaan tanpa dipanggil untuk membela diri. DISEDIAKAN PADA 4 SEPTEMBER 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.