(iii) Kos ditanggung oleh pemohon kedua sendiri. [67] Melalui Afidavit Sokongan oleh Nur Hartini dalam permohonan tersebut, hal perkara berkenaan hibah telah dibangkitkan pada kali pertama di Mahkamah Tinggi. Menurut responden, terdapat permohonan perisytiharan hibah dan wasiat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kepentingan dua ahli waris Si mati yang di bawah umur. [68] Walau bagaimanapun semasa meneliti afidavit-afidavit di sini, saya mendapati bahawa permohonan untuk perisytiharan hibah bukanlah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebaliknya di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka No. Kes mal: 04300-044-0269-2021. [69] Pemohon-pemohon turut berhujah bahawa permohonan perisytiharan hibah tersebut hanya difailkan oleh responden selepas lapan bulan Saman Pemula untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir difailkan. Saya juga mendapati permohonan oleh responden tersebut difailkan 16 bulan selepas perintah Sijl Faraidh dikeluarkan. [70] Saya bersetuju dengan hujahan peguam cara pemohon-pemohon bahawa pemerolehan Sijil Faraidh turut melibatkan hak dan kepentingan responden serta dua anak responden yang di bawah umur. Hak tersebut secara nyata telah pun terjamin kerana agihan bahagian ahli-ahli waris S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan 27/216 bahagian untuk responden, 17/216 bahagian untuk anak perempuan respondan dan 34/216 bahagian untuk anak lelaki responden. Tuntasnya, pada tahap ini pembahagian tersebut adalah mengikat kesemua ahli waris Si mati. [71] Mahkamah ini juga mendapati responden berubah hala untuk menuntut kepentingan dua orang anak responden ditentukan semula berdasarkan dokumen hibah oleh Si mati. Responden berbuat demikian hanya setelah Sijil Faraidh diperoleh dan permohonan Surat Kuasa Mentadbir difailkan di Mahkamah Tinggi. [72] Berdasarkan afidavit-afidavit yang difailkan di sini, saya tidak menemui sebarang fakta atau dokumen yang dikemukakan oleh responden untuk menunjukkan bahawa fakta kewujudan hibah dan wasiat Si mati untuk kepentingan kedua-dua anak responden telah dimaklumkan kepada pemohon dan ahli-ahli waris Si mati sebelum perintah Surat Kuasa Mentadbir diberikan oleh Mahkamah. [73] Saya juga berpuashati tiada sebarang pemakluman sama ada semasa sesi pertemuan ahli-ahli waris dengan Encik Mohd Sabri, peguam cara yang disyorkan oleh responden sendiri atau pun semasa pendengaran permohonan Sijil Faraidh di Mahkamah Syariah. Begitu juga semasa penyediaan permohonan Saman Pemula dan Afidavit bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. [74] Sekiranya dokumen yang ditegaskan oleh responden sebagai hibah Si mati yang terkandung dalam mukasurat 84-85 Afidavit responden S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog diteliti, dokumen tersebut bertarikh 18 Jun 2018 mengandungi catatan yang dimulai dengan perkataan – From Wan Haron Wan Hassan To whom it may concern. [75] Manakala responden sendiri merupakan saksi bersama seorang lagi yang bernama Nur Hasalli Ibrahim. [76] Ini bermaksud, pengetahuan responden berhubung dengan dokumen tersebut telah ada sejak 18 Jun 2018 lagi. Ironinya, responden tidak pun menjelaskan alasan mengapa dokumen tersebut tidak dibangkitkan semasa sesi perbincangan kali pertama antara responden dengan pemohon pertama dan Aliza Hilyati serta peguam cara Encik Mohd Sabri. [77] Adalah menjadi pilihan responden sendiri untuk menyembunyikan fakta kewujudan dokumen yang disifatkannya sebagai hibah oleh Si mati dan dalam masa yang sama meneruskan dengan permohonan Sijil Faraidh dan Surat Kuasa Mentadbir. [78] Saya berpandangan pada tahap ini responden tidak boleh menggunakan alasan permohon-pemohon bertindak sewenang-wenangnya dan gopoh apabila meneruskan pengurusan harta pusaka Si mati tanpa menunggu permohonan pengesahan hibah dilupuskan. Tingkah laku responden berkait dengan pengurusan harta pusaka Si mati S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog [79] Selepas pemerolehan Surat Kuasa Mentadbir, selain daripada meneruskan prosiding pengesahan hibah di Mahkamah Syariah saya mendapati tiada keterangan dikemukakan oleh responden bahawa beliau menjaga kepentingan semua ahli waris Si mati dan tidak hanya terhad kepada menjaga kepentingan kedua-dua anak responden. [80] Pemohon-pemohon juga menjelaskan tindakan responden yang mengabaikan pengurusan harta pusaka Si mati telah mendatangkan implikasi teruk dan menjejaskan kebajikan serta kepentingan benefisiari-benefisiari Si mati termasuklah anak-anak responden sendiri. Hal ini ketara apabila benefisiari Si mati mengalami kesukaran sehingga mengeluarkan wang sendiri bagi menjelaskan hutang si mati. Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 7 Jun 2022 [81] Pada hemat saya perintah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir pada 7 Jun 2022 merupakan perintah yang sah dan mengikat pihak-pihak serta difahami implikasinya oleh responden. [82] Tertera dengan nyata bahawa responden telah melantik tiga peguam cara selepas Tetuan Abdul Halim Said & Co, iaitu Tetuan Syamiza Zainal & Partners, Tetuan Lyiana Asyeken & Co dan Tetuan W. Mohd Eirman & Co. Apa yang ketara adalah responden yang pada awalnya bersetuju dan bersepakat dengan pemohon-pemohon telah memasukkan Senarai Aset dan Liabiliti Si mati dalam Afidavit Sokongan menyokong Saman Pemula Ex-parte untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Kemudian, pemohon cuba melengahkan prosiding Saman S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog Pemula tersebut dengan alasan menunggu pelupusan permohonan pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah. [83] Meski pun demikian, sehari sebelum 7 Jun 2022 responden telah memfailkan Afidavit Sokongan dan Sumpah Pentadbiran bagi menyokong permohonan Surat Kuasa Mentadbir. Timbul persoalan, adakah responden benar-benar mahu dilantik sebagai Pentadbir dan memberi keutamaan kepada hak dan kepentingan semua ahli waris Si mati selain kepentingan dirinya sendiri. Atau adakah dengan menjadi Pentadbir, responden mempunyai kelebihan untuk bertindak memastikan kepentingan dirinya dan anak-anaknya terpelihara melebihi kepentingan ahli waris yang lain? Alasan Penjualan Aset Si mati oleh Pemohon-pemohon [84] Dalam menilai alegasi dan hujahan responden berhubung penjualan aset Si mati oleh pemohon-pemohon, saya mendapati dalam muka surat 368 Afidavit Sokongan pemohon pertama salinan tangkap layar perbualan antara pemohon pertama dan responden melalui Aplikasi WhatsApp pada sekitar 27 September 2020 seperti ditunjukkan di bawah ini – S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog [85] Responden tidak pun menafikan perbualan tersebut berlaku. Maka, berdasarkan dokumen tersebut, saya mendapati cadangan penjualan aset Si mati tersebut telah dimaklumkan kepada responden seawal 27 September 2020. Responden tidak membantah sebaliknya bersetuju dengan cadangan responden pertama supaya harga jualan ditawarkan sebanyak RM900,000.00 kepada bakal pembeli. [86] Oleh itu, saya tidak dapat bersetuju dengan alasan dan penghujahan pihak responden bahawa pemohon pertama bertindak secara gopoh dan sesuka hati menjual aset Si mati yang menjadi subject matter dan pertikaian dalam prosiding pengesahan hibah sehingga menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Pemohon telah S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog menjelaskan tujuan penjualan aset tersebut adalah untuk menyelesaikan hutang Si mati dan bakinya jika ada dibahagikan mengikut perintah Sijil Faraidh. Pembayaran hutang Si mati oleh pemohon pertama [87] Berkenaan alasan menyelesaikan hutang Si mati, pemohon-pemohon telah menunjukkan kepada Mahkamah ini usaha yang diambil oleh pemohon pertama dalam menyelesaikan hutang kad kredit Si mati dengan Citibank. [88] Saya merujuk mukasurat 330 Afidavit Sokongan pemohon yang menunjukkan pemohon pertama memaklumkan Citibank kesediaannya untuk membayar baki hutang kad kredit Si mati. Dokumen-dokumen berikut menunjukkan sejumlah RM50,000.00 akan dibayar oleh pemohon pertama dan pengesahan mengenainya oleh Citibank – S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog [89] Fakta ini juga tidak dicabar oleh responden. Mahkamah ini mengambil maklum pembayaran hutang Si mati dibuat dalam keadaan akaun bank bagi harta pusaka Si mati masih belum dibuka oleh pentadbir-pentadbir. Hal ini juga menyokong hujahan pemohon-pemohon bahawa ahli waris Si mati perlu menyediakan dana sendiri untuk menjelaskan hutang Si mati tersebut. Pengeluaran wang Si mati oleh responden [90] Responden mempertahankan fakta bahawa sebagai suri rumah dan mempunyai tanggungjawab terhadap dua orang waris Si mati yang di bawah umur, responden masih berhak menggunakan aset Si mati S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog termasuk kereta Mercedez DAB2, kad kredit atas nama Si mati dan hasil sewa atas hartanah Si mati. [91] Alegasi pemohon-pemohon mengenai pengeluaran wang dari akaun Si mati telah disokong dengan bukti penyata bank Si mati yang ditunjukkan di bawah ini – S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog [92] Sebagai Pentadbir Bersama dan benefisiari Si mati, responden dengan nyata telah bertindak mendahulukan kepentingannya sendiri dengan cara menggunakan aset, wang dan harta pusaka Si mati meskipun responden telah diamanahkan sebagai Pentadbir Bersama. Perbuatan responden ini memberi kesan langsung yang menjejaskan kepentingan kesemua ahli waris Si mati. S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog Kegagalan membuka akaun harta pusaka Si mati [93] Antara fakta yang juga tidak dipertikaikan oleh semua pihak adalah sehingga kini, akaun bank bagi harta pusaka Si mati masih belum dibuka walaupun Si mati telah meninggal dunia hampir enam tahun sejak 11 November 2019. [94] Usaha membuka akaun bank bagi harta pusaka Si mati telah dilakukan oleh pemohon pertama sejak tahun 2020 yang dimulai dengan mendapatkan kerjasama responden. Saya merujuk Ekshibit AM-23 Afidavit Sokongan pemohon pertama dalam mukasurat 356 – 364 yang mengandungi tangkap layar perbualan pemohon pertama dengan responden pada 8 Disember 2022 sehingga 23 Februari 2023. [95] Namun demikian, responden tidak mengambil inisiatif membuka akaun tersebut tetapi sebaliknya telah memberi beberapa alasan yang menyebabkan akaun bank masih tidak dapat dibuka. Antaranya, responden mempunyai temujanji doktor, tidak mempunyai masa kerana menguruskan tusyen anak-anak, menunggu maklum balas daripada pegawai bank, baru memulakan pekerjaan selain sedang mencari bank yang menawarkan kadar faedah yang tinggi. [96] Pada hemat saya, alasan-alasan responden tersebut tidak boleh diterima sebagai alasan yang munasabah. Hal ini memandangkan pada masa yang material tersebut dua perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah yang berbidang kuasa, iaitu Sijil Faraidh bertarikh 22 Jun 2020 dan Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 7 Jun 2022. S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog [97] Alasan-alasan yang diberikan oleh responden tersebut menyerlahkan lagi ketidaksungguhan responden dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pentadbir harta pusaka Si mati. Usaha berterusan oleh pemohon-pemohon dalam menguruskan estet Si mati [98] Pemohon telah mengusahakan cara untuk melupuskan harta Si mati termasuk penyediaan perjanjian jual beli. Namun responden masih berterusan gagal memberikan pengesahan senarai aset dan liabliti si mati meskipun Perintah Surat Kuasa Mentadbir diberikan sejak 7 Jun 2022. [99] Saya juga mendapati terdapat empat e-mel dari peguam cara pemohon yang ditujukan kepada peguam cara responden bagi memohon senarai aset dan liabiliti Si mati, namun telah diabaikan dan tidak dijawab. [100] Nyata dan terserlah responden telah berada dalam konflik kepentingan antara peranannya sebagai pentabir dengan kepentingan diri dan anak-anaknya yang jelas diutamakan berbanding kebajikan dan kepentingan benefisiari-benefisiari yang lain. [101] Alasan-alasan yang diperincikan di atas telah menjawab isu ketiga secara tuntas dan membentuk sufficient cause yang mewajarkan Mahkamah ini membatalkan pelantikan responden sebagai Pentadbir Bersama selain membuat perintah-perintah sampingan yang adil dan sesuai demi kepentingan ahli-ahli waris Si mati. S/N ANL0Y1z6pkmhRac3LB7fog I. KESIMPULAN Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Saman Pemula oleh pemohon-pemohon telah dibenarkan setakat perintah-perintah yang berikut –