Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES: WA-A52NCvC-504-06-2023
WA-A52NCvC-504-06/2023
Sessions Court of Malaysia3 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“by the plaintiff. That being the case, Chew Siew Tim was a vital defence witness, yet that individual was not called to give evidence and consequently, I have no choice but to invokes 114 (g) of the Evidence Act 1950 against the defendant: See Keng Wah v **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“to invokes 114 (g) of the Evidence Act 1950 against the defendant: See Keng Wah v **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 Lim Tew Hong [1957] MLJ 137 at p 138 and Murugan v Lew Chu Cheong [1980] 2 MLJ 139 at p 140.””
“159. Mahkamah juga menerima pakai kes Nor Rosnani Bte Ibrahim Lwn Azlan Shah Bin Jaffril & Anor [2020] MLJU 260 berhubung penerimaan terhadap suatu keterangan yang diberikan oleh saksi sebagaimana berikut:- “Clearly, the diametrically conflicting evidence in this case requires this Court to carefully evaluate”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO KES: WA-A52NCvC-504-06-2023
2
NO K/P: 640107-07-5463 ZAFWAN BIN MUHAMMAD FADZIL NO K/P: 770224-02-5495 …PLAINTIF DAN CHULIA FACILITIES MANAGEMENT SDN BHD (NO. SYARIKAT:343748-T) …DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan yang telah difailkan oleh pihak Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang telah diberikan pada 3.6.2025 yang telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM8000 diberikan kepada pihak Plaintif-plaintif. Mahkamah juga telah menolak tuntutan balas Defendan 19/08/2025 17:34:12 WA-A52NCvC-504-06/2023 Kand. 53 dengan kos sebanyak RM2000 diberikan kepada pihak Plaintif-plaintif.
2
Secara ringkas, alasan-alasan keputusan Mahkamah adalah seperti berikut: a) Tindakan membayar jumlah yang dituntut oleh GEESC merupakan tindakan yang sah yang diberikan di bawah Power of Attorney. b) Jumlah tersebut merupakan jumlah yang dituntut kepada pihak Defendan atas sebab pemisahan syarikat usaha sama tersebut. c) Jumlah tersebut tidak dipertikaikan dan tidak dibayar oleh pihak Defendan. d) Tindakan Defendan yang berterusan tidak membayar tuntutan sehinggalah tempoh masa untuk pemisahan syarikat hampir berakhir menyebabkan Plaintif Pertama mengambil inisiatif untuk membuat bayaran yang sewajarnya berdasarkan kuasa yang diberikan oleh pihak Defendan melalui PA yang tidak pernah dibatalkan. e) Plaintif-plaintif berhak menuntut elaun ‘hardship’ memandangkan mereka kekal tinggal di Qatar untuk menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut. f) Mereka berada di negara yang tertakluk kepada polisi dan peraturan tersendiri serta berurusan dengan pihak yang dikatakan merupakan golongan VVIP di Qatar yang mempunyai kuasa yang boleh mendatangkan bahaya dan kesusahan kepada pihak Plaintif-plaintif. g) Keterangan SP3 berkaitan larangan untuk keluar dari Qatar adalah diterima. h) Adalah satu tindakan tidak wajar dan bahaya untuk keluar dari Qatar tanpa menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama dan membuat bayaran serta tindakan yang sepatutnya. i) Sekiranya Plaintif-plaintif bertindak demikian, ini menunjukkan seolah-olah Plaintif-plaintif lari daripada tanggungjawab yang sepatutnya dan tidak memberikan imej yang baik kepada pihak Qatar. j) Jumlah elaun yang dituntut adalah tidak berlebihan dan selaras dengan garis panduan syarikat Defendan.
3
Plaintif-plaintif merupakan individu manakala Defendan merupakan syarikat sendirian berhad.
4
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua merupakan kakitangan dan/atau pekerja yang sah kepada Defendan daripada mula tarikh lantikan sehingga tarikh tindakan ini dimulakan.
5
Plaintif Pertama telah ditawarkan untuk berkhidmat di syarikat Defendan secara tetap sebagai Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer) bermula dari 1 Februari 2011.
6
Plaintif Kedua telah ditawarkan untuk menyertai dan berkhidmat di syarikat Defendan secara tetap sebagai Facilities Manager bermula dari 2 Oktober 2017.
7
Pada setiap masa yang material, Defendan dikatakan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua merupakan majikan yang sah untuk kedua-dua mereka.
8
Defendan telah berjaya mendapatkan dan/atau memperoleh satu projek dengan negara luar iaitu penubuhan syarikat usaha sama di antara syarikat Defendan di Malaysia dan syarikat Green Energy and Environmental Services di Qatar (“GEESC”).
9
Defendan telah mengarahkan dan/atau mengamanahkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk menerajui dan/atau mengusahakan dan/atau mengendalikan syarikat usaha sama antara pihak Defendan dengan GEESC (selepas daripada ini dirujuk sebagai "syarikat usaha sama tersebut").
10
Syarikat usaha sama yang ditubuhkan secara bersama antara Defendan dengan GEESC tersebut adalah dikenali sebagai Al Dawodia Chulla Middle East Co. W.L.L ("DWC").
11
Defendan telah melantik Plaintif Pertama sebagai Pengurus Besar manakala Plaintif Kedua pula telah dilantik sebagai Pengurus Projek bagi maksud menjayakan penubuhan dan pengendalian syarikat usaha sama tersebut di Qatar dengan sempurnanya.
12
Defendan juga telah bersetuju melantik dan/atau menamakan pihak Plaintif Pertama sebagai Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) yang sah untuk bertindak bagi pihak Defendan yang berkuatkuasa pada 3 September 2021 khususnya bagi urusan yang bersangkutan dan/atau berkaitan dengan syarikat usaha sama tersebut.
13
Syarikat usaha sama tersebut telah ditubuhkan dan/atau mula beroperasi bermula daripada September 2021 sehingga Oktober 2022 di mana syarikat usaha sama tersebut telah beroperasi dan/atau menjalankan aktiviti perniagaan selama tempoh tiga belas
13
bulan.
14
Pada 9 November 2022 pihak Defendan telah mengeluarkan surat kepada GEESC yang ditujukan secara khusus kepada En Eg Amar Al-Awad selaku Pengurus Besar GEESC dan Pemegang Saham DWC berkenaan dengan notis untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut secara baik memandangkan tiada pelaburan bagi tahun November 2022 hingga Disember 2022 dan/atau tiada sebarang kontrak dan projek yang dapat direalisasikan serta ketiadaan pelan perniagaan yang jelas oleh syarikat usaha sama tersebut untuk sepanjang tahun 2023.
15
Antara kandungan di dalam surat bertarikh 9 November 2022 tersebut juga khususnya di perenggan (b), Defendan telah menyatakan dengan jelas bahawa segala kos penghantaran pulang kakitangan (repatriation cost) iaitu Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua yang dipinjamkan untuk urusan syarikat usaha sama tersebut di Qatar termasuk tempoh peralihan dan/atau pelepasan dan/atau penempatan semula ke rumah Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua serta elaun persaraan luar negara akan ditanggung oleh Defendan sepenuhnya di mana keseluruhan kos-kos yang berkaitan adalah berjumlah sebanyak QR127,000 seperti berikut:-
b
"The repatriation of current Chulia seconded 3 staff will be borne by CFMSB for the month of Oct '22, Nov ’22 and Dec' 2022 which will amount to approx. QAR127,000.00, This includes their transitioning period and departure/relocation to their home countries. I believe you will agree CFMSB staff based In our head office In Kuala Lumpur, Malaysia also spent many man hours in communication and setVe as back office to support the lean DWC management structure for Tender document and/or Request For Quotation technical and commercial proposal preparations.”
16
Pada 10 November 2022, pihak GEESC telah memberikan maklum balas dan/atau respons terhadap surat Defendan bertarikh 9 November 2022 di mana mereka menyatakan bahawa tiada halangan di pihak GEESC untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut dan selanjutnya menjelaskan bahawa pemisahan syarikat tersebut hendaklah berkuat kuasa bermula pada 1 November 2022 dan sebarang perbelanjaan bagi urusan syarikat usaha sama tersebut adalah berakhir pada 30 November 2022.
17
Di dalam surat bertarikh 10 November 2022, GEESC turut menyatakan serta menjelaskan bahawa mengikut Undang-undang Buruh di Qatar, DWC hanya bertanggungjawab dan/atau berkewajipan sepenuhnya untuk menanggung kakitangan termasuk Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua bagi tempoh (1) bulan daripada tarikh mula berkuat kuasa pemisahan syarikat usaha sama tersebut iaitu pada 1 November 2022 sehingga 30 November 2022 (selepas daripada ini dirujuk sebagai "tarikh akhir syarikat usaha sama tersebut”).
18
Justeru, selepas daripada tarikh akhir syarikat usaha sama tersebut, segala perbelanjaan dan/atau pembayaran dan/atau kos-kos lain hendaklah ditanggung dan/atau dibiayai oleh pihak Defendan.
19
Pihak GEESC melalui suratnya bertarikh 10 November 2022 tersebut juga turut menyatakan dengan jelas bahawa Defendan hendaklah membuat pembayaran keseluruhan berjumlah sebanyak QR150,572 (selepas daripada ini dirujuk sebagal "jumlah tersebut") ke akaun bank GEESC sebagai bayaran penyelesaian akhir untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
20
Tuntutan jumlah tersebut daripada pihak GEESC terhadap pihak Defendan adalah bagi menjelaskan dan/atau menyelesaikan segala bayaran berkaitan sehingga tarikh akhir pemisahan syarikat usaha sama tersebut termasuk dan tidak terhad kepada elaun kakitangan DWC, bayaran sewaan kenderaan dan bayaran penginapan berjumlah QR98,721 serta bagi bayaran modal syarikat usaha sama tersebut (working capital yang telah disumbangkan dan/atau dibayar oleh pihak GEESC bagi pihak Defendan tertakluk kepada syer 35% dalam syarikat usaha sama tersebut berjumlah QR51,861 yang dapat diperincikan sebagaimana berikut:-
21
Selanjutnya, pada 22 November 2022 satu mesyuarat rundingan akhir (selepas ini dirujuk sebagai mesyuarat tersebut") telah
1
Bayaran sewaan kenderaan, sewaan penginapan dan bayaran kakitangan OWE
2
QR98,721 Bayaran modal syarikat usaha sama tersebut yang mana syer Defendan adalah sebanyak 35% QR51,851 diadakan antara pihak GEESC dan Defendan yang turut disertai oleh Wakil Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sebagai pemerhati dan moderator untuk menilai pandangan pihak-pihak bagi maksud mencapai kata sepakat secara baik bagi urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
22
Pihak-pihak yang hadir semasa sesi mesyuarat tersebut dan telah membincangkan secara mendalam berkaitan proses dan cara terbaik untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut di mana GEESC dan juga Defendan perlu pada setiap masa yang material untuk mematuhi undang-undang berkaitan di Qatar agar kepentingan GEESC dan Defendan tidak tercalar dan/atau untuk mengelakkan sebarang konflik serta mengelakkan mana-mana pihak daripada disenaraihitamkan.
23
Seterusnya, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua memplidkan bahawa antara terma-terma dan/atau syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama sewaktu mesyuarat tersebut berkenaan dengan pemisahan dan/atau pemindahan syer syarikat usaha sama tersebut adalah seperti berikut:- a) Langkah 1: Pembayaran penuh semua modal kerja sepertimana yang dipersetujui oleh pemegang saham berdasarkan Articles of Association. b) Langkah 2: Menghantar deklarasi cukai syarikat DWC kepada General Tax Authority (selepas daripada ini dirujuk sebagai GTA). c) Langkah 3: Melantik juruaudit dalam proses pengauditan. d) Langkah 4: Jika semakan dan tiada cukai terlibat, pihak GTA akan memberi notis pemberitahuan kepada pemegang saham bersama keluaran sijil tiada bantahan (Certificate of No Objection). e) Langkah 5: Pengesahan pemindahan saham daripada Defendan dan pembelian saham daripada GEESC disaksikan secara peribadi oleh Plaintif Pertama di hadapan Kementerian Kehakiman dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan. f) Langkah 6: Pembatalan kad komputer syarikat usaha sama tersebut dengan sistem Jabatan Imigresen Qatar. g) Langkah 7: Pembatalan rekod syarikat usaha sama tersebut dengan Jabatan Tenaga Kerja Qatar. h) Langkah 8: Permohonan dan terbitan kebenaran untuk keluar (exit permit) daripada Ministry of Interior (MOI) bagi pelepasan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk pulang ke Malaysia.
24
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua menyatakan dengan tegas bahawa Langkah 1 hingga Langkah 8 yang dinyatakan di perenggan 23 adalah perlu dipatuhi dengan wajar dan/atau tanpa kegagalan bagi melancarkan dan/atau menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut tanpa sebarang masalah dan/atau isu-isu berbangkit sekaligus membolehkan pihak Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dibenarkan untuk meninggalkan Qatar dan pulang ke Malaysia.
25
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua menyatakan bahawa pihak Defendan telah enggan dan/atau ingkar dan/atau abai untuk membuat pembayaran jumlah tersebut kepada pihak GEESC bagi maksud melancarkan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
26
Oleh yang demikian, atas keengganan dan/atau kegagalan dan/atau keingkaran pihak Defendan untuk membuat pembayaran keseluruhan jumlah tersebut kepada GEESC, Plaintif Pertama telah mengambil inisiatif untuk mendahulukan wangnya sendiri bagi menjelaskan pembayaran jumlah tersebut sepertimana yang dituntut oleh GEESC bagi maksud menyelesaikan dan/atau melancarkan proses pemisahan syarikat usaha sama tersebut secara baik serta Plaintif Pertama juga risau terbitan kebenaran untuk keluar (exit permit) pulang ke Malaysia tidak diluluskan kerana pihak GEESC selaku penaja Plaintif-plaintif yang akan membuat permohonan tersebut setelah pembayaran penuh dibuat.
27
Lanjutan daripada itu, pihak GEESC telah bersetuju menerima penyelesaian pembayaran tertunggak bagi jumlah tersebut daripada pihak Plaintif Pertama dengan mengambil kira bahawa Plaintif Pertama merupakan Pemegang Surat Kuasa Wakil yang sah sekaligus merupakan individu yang mempunyai mandat untuk membuat keputusan sewajarnya bagi pihak Defendan pada waktu yang material demi melancarkan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
28
Justeru, Plaintif Pertama telah mendahulukan wangnya sendiri bagi maksud menyelesaikan pembayaran keseluruhan jumlah tersebut sebanyak 3 kali pembayaran kepada pihak GEESC di mana GEESC telah mengakui penerimaan keseluruhan jumlah tersebut dengan mengemukakan salinan resit-resit berkaitan khususnya atas nama Plaintif Pertama.
29
Walaupun secara hakikatnya, tarikh akhir bagi operasi syarikat usaha sama tersebut adalah pada 30 November 2022 seperti yang dipersetujui pihak-pihak, namun terdapat perkara-perkara lain seperti di perenggan 23 yang masih belum diselesaikan dan/atau diuruskan, oleh yang demikian, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua masih tetap perlu berada di Qatar selama tempoh 85 hari bermula daripada 1 Disember 2022 sehingga 23 Februari 2023 bagi menyelesaikan perkara-perkara tersebut sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "tempoh (85) hari tersebut").
30
Rentetan daripada kejadian tersebut, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua pada setiap masa yang material adalah berhak dan tidak boleh dinafikan hak mereka untuk membuat dan/atau mendapatkan tuntutan elaun kebajikan business travel dan/atau hardship allowances daripada Defendan selaku majikan yang sah kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua.
31
Hal ini adalah kerana Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah merujuk Panduan Kakitangan yang telah dikeluarkan oleh Defendan di perenggan 6.3 bagi Faedah-faedah Perkhidmatan yang menyatakan dengan jelas bahawa Defendan adalah bertanggungan dan berkewajipan pada setiap masa yang material untuk membuat pembayaran tuntutan khususnya bagi elaun sara hidup di luar negara memandangkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah dengan penuh komited menguruskan dan/atau menyelesaikan segala urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut di Qatar tanpa sebarang masalah dengan perincian pengiraan sebagaimana berikut:- a) Plaintif Pertama RM450 x 85 hari RM38,250 b) Plaintif Kedua RM250 x 85 hari RM21,250
32
Setelah pulang ke Malaysia, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengambil inisiatif untuk menuntut pembayaran balik Jumlah tersebut beserta tuntutan elaun kebajikan business travel dan/atau hardship allowances bagi tempoh 85 hari tersebut melalui surat bertarikh 24 Februari 2023 yang telah dihantar kepada pihak Defendan melalui emel dan juga secara serahan kediri ke pejabat Defendan.
33
Walau bagaimanapun, usaha dan inisiatif Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua tersebut hanya menemui jalan buntu dan tidak disambut baik oleh Defendan memandangkan tiada sebarang maklum balas dan/atau respons diberikan berkenaan tuntutan-tuntutan tersebut.
34
Lanjutan daripada itu, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengemukakan satu notis tuntutan kepada pihak Defendan bertarikh 3 Mei 2023 untuk menuntut pembayaran tunggakan elaun bagi bulan Oktober 2022 dan November 2022 dan kos penghantaran pulang Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua ke Malaysia beserta tuntutan elaun kebajikan business travel dan/atau hardship allowances di Qatar selama tempoh 85 hari tersebut bagi menyelesaikan keseluruhan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
35
Walau bagaimanapun, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua memplidkan bahawa Defendan sehingga kini masih gagal dan/atau enggan dan/atau cuai dan/atau ingkar untuk menuruti permintaan dan/atau tuntutan daripada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk membuat bayaran wang berjumlah keseluruhan sebanyak QR150,572 dan RM59,500 bagi tuntutan elaun-elaun yang tertunggak sebagaimana yang diminta dalam notis tuntutan tersebut.
36
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua menyatakan dengan tegas bahawa sesungguhnya pembayaran jumlah tersebut yang dibuat dan/atau didahulukan oleh pihak Plaintif Pertama pada setiap masa yang material adalah bagi pihak Defendan demi menjaga nama baik Defendan dan juga atas dasar kepercayaan yang diberikan oleh Defendan kepada Plaintif Pertama selaku Pemegang Surat Kuasa Wakil yang sah serta bagi melancarkan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
37
Plaintif Pertama juga ingin menegaskan bahawa pembayaran dibuat agar tiada masalah untuk Plaintif-plaintif mendapatkan terbitan kebenaran untuk keluar (exit permit) pulang ke Malaysia kerana pihak GEESC yang akan membuat permohonan tersebut melalui laman sesawang Ministry Of Interior (MOI) setelah pembayaran penuh dibuat.
38
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua juga memplidkan bahawa mereka berhak terhadap tuntutan elaun kebajikan business travel dan/atau hardship allowances berdasarkan usaha-usaha dan/atau kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk mematuhi dan/atau memastikan kesemua Langkah 1 hingga 8 adalah dipatuhi dengan wajar dan tanpa kegagalan sepanjang proses pemisahan syarikat usaha sama tersebut walaupun perlu tetap kekal berada di Qatar selama tempoh 85 tersebut sejak daripada tarikh akhir syarikat usaha sama tersebut beroperasi.
39
Melalui tindakan ini, Plaintif-plaintif menuntut: a) Defendan membayar wang berjumlah QR98,721 bagi tuntutan elaun yang tertunggak untuk bulan Oktober 2022 dan November 2022 berserta kos penghantaran pulang Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua ke Malaysia ; b) Defendan membayar wang berjumlah QR51,851 bagi bayaran modal syarikat usaha sama tersebut di mana syer Defendan adalah sebanyak 35%; c) Defendan membayar wang berjumlah RM59,500 bagi tuntutan pembayaran elaun business travel dan/atau hardship allowances sepanjang proses dan/atau urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut bagi tempoh (85) hari tersebut di Qatar kepada pihak Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua; d) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas tunggakan elaun-elaun yang diplidkan pada perenggan 39 (a), (b) dan (c) di atas dari tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penyelesaian penuh; e) Kos tindakan ini ; dan f) Apa-apa perintah atau relif-relif lain yang difikirkan suai patut dan suai manfaat oleh Mahkamah. Pembelaan dan tuntutan balas Defendan
40
Sebelum usaha sama di antara Defendan dan GEESC, Defendan berhasrat untuk mengadakan usaha sama dengan sebuah lagi Syarikat iaitu Lexus Engineering & Contracting di mana syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang mempunyai prestasi rekod yang baik.
41
Manakala, GEESC melalui pemiliknya, Amar Hamid El-Awad (Amar), dalam masa yang sama merupakan kenalan kepada Plaintif Pertama serta merupakan jururunding kepada Lexus Engineering & Contracting.
42
Secara ringkasnya, Amar telah mempelawa dan/atau menawarkan kepada Defendan untuk menguruskan suatu tender projek pengurusan fasiliti bagi Lexus Engineering & Contracting di mana tender projek tersebut telah diuruskan oleh pejabat Defendan di Malaysia dan juga di Dubai.
43
Tujuan pelawaan dan/ atau tawaran kepada Defendan ini dibuat memandangkan GEESC tidak mempunyai kepakaran dan lesen dalam bidang pengurusan fasiliti di mana bidang perniagaan GEESC adalah di dalam bidang teknologi hijau.
44
Walau bagaimanapun, Plaintif Pertama telah menyarankan Defendan untuk bekerjasama dengan GEESC di mana Defendan telah bersetuju dengan usaha sama bersama GEESC atas saranan Plaintif Pertama bahawa salah seorang pemegang sahamnya merupakan HE Sheikh Khaled, seorang kerabat diraja Qatar, juga dikatakan sebagai antara pemilik aset terbesar di Qatar.
45
Defendan mengatakan bahawa penubuhan DWC masih tidak sempurna pada tiap-tiap waktu yang material berikutan beberapa masalah antaranya pembukaan akaun yang masih tidak diselesaikan serta isu perjanjian pegangan pemegang saham yang tidak ditandatangani oleh pihak-pihak.
46
Defendan mengatakan bahawa surat bertarikh 7 November 2022 adalah berdasarkan draf yang disediakan oleh Plaintif Pertama.
47
Defendan telah berhenti memasukkan pelaburan bagi tahun November 2022 hingga Disember 2022 setelah Plaintif Pertama sendiri hilang keyakinan terhadap usaha sama tersebut apabila merumuskan ketiadaan potensi perniagaan daripada operasi perniagaan syarikat usaha sama tersebut.
48
Defendan menegaskan bahawa hal ini berpunca daripada keingkaran Plaintif Pertama dalam melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan Defendan pada tiap-tiap waktu yang material.
49
Defendan menggariskan keingkaran Plaintif-plaintif terhadap arahan yang dikeluarkan pada waktu yang material sehingga penamatan melalui Surat tersebut sepertimana berikut: a) Keingkaran Plaintif Pertama dalam menyediakan Pelan Perniagaan bagi usaha sama syarikat tersebut seperti yang diminta oleh Defendan berulang kali pada waktu-waktu material. b) Kegagalan Plaintif Pertama dalam memastikan pembukaan akaun bank bagi perniagaan usaha sama syarikat tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah penamatan dikemukakan Defendan.
50
Defendan merupakan pihak yang sebenarnya terkilan dalam tuntutan Plaintif-plaintif.
51
Defendan menegaskan urusan pembayaran adalah semata-mata di antara Defendan dan GEESC.
52
Defendan tidak pernah menyatakan sebarang persetujuan untuk membuat pembayaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak QR150,572.00 ("jumlah tersebut") kepada pihak GEESC di mana Defendan bersandarkan maklumat daripada Plaintif Pertama sendiri bahawa syarikat usaha sama tersebut akan ditutup pada sekitar Disember 2022.
53
Justeru, Defendan telah memaklumkan Plaintif Pertama bahawa Defendan sendiri akan mengendalikan sendiri isu bayaran jumlah tersebut dengan pihak GEESC dan Plaintif-plaintif diarahkan pulang segera ke Malaysia.
54
Pertemuan bagi tujuan rundingan bersama pihak GEESC dengan melibatkan wakil MATRADE sebagai moderator adalah merupakan inisiatif Plaintif Pertama sendiri tanpa mendapat mandat daripada Defendan.
55
Defendan pada waktu material tersebut telah membangkitkan kemusykilan mengenai wakil MATRADE ketika itu yang mana merupakan kenalan kepada pemilik GEESC, Amar Hamid El-Awad.
56
Defendan telah mengarahkan Plaintif Pertama untuk menyemak maklumat wakil MATRADE tersebut bersama dengan Kedutaan Malaysia di Qatar.
57
Namun demikian, Plaintif Pertama melalui emel bertarikh 9 November 2022 telah memberikan rumusan dapatan yang diperolehnya daripada mesyuarat bersama wakil MATRADE pada 8 November 2022.
58
Plaintif Pertama kemudian bertindak mengadakan pertemuan lanjut bersama pihak GEESC dengan melibatkan wakil MATRADE dan kemudian memaklumkan langkah-langkah sepertimana dalam Pernyataan Tuntutan.
59
Plaintif Pertama pada tiap-tiap waktu yang material telah bertindak di luar kuasa dan amanah yang diperuntukkan melalui Pemegang Surat Kuasa Wakil oleh Defendan dalam mengendalikan urusan pemisahan usaha sama syarikat tersebut bersama pihak GEESC.
60
Sebarang tanggungan liabiliti terhadap usaha sama syarikat tersebut adalah di bawah Defendan tanpa melibatkan Plaintif-plaintif.
61
Defendan pada waktu material tersebut telah mengarahkan Plaintif-plaintif untuk pulang segera ke tanah air namun Plaintif-plaintif tetap enggan dan/atau ingkar dan/atau abai untuk menurut arahan Defendan atas alasan yang tidak munasabah.
62
Defendan juga telah meminta Plaintif-plaintif menerusi Plaintif Pertama untuk membuat semakan bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Qatar bagi mendapatkan kepastian mengenai langkah-langkah yang diutarakan oleh wakil MATRADE sepertimana dalam Perenggan 22 Pernyataan Tuntutan namun tiada respons diberikan oleh Plaintif-plaintif.
63
Tiada sebarang usaha-usaha yang munasabah oleh Plaintif-Plaintif untuk pulang ke Malaysia dengan seberapa segera demi mengelakkan Defendan berterusan rugi.
64
Tiada keperluan bagi Plaintif-plaintif untuk mendahulukan wangnya sendiri bagi menjelaskan pembayaran jumlah tersebut.
65
Kerisauan Plaintif-plaintif mengenai terbitan kebenaran untuk keluar (exit permit) telah disangkal sama sekali memandangkan Kerajaan Qatar, pada sekitar September 2018, telah memansuhkan exit permit bagi mana-mana pekerja swasta dan/atau ekspatriat asing untuk mendapatkan pengesahan daripada majikan.
66
Segala urusan pembayaran penyelesaian dan/atau pemisahan syarikat usaha sama tersebut adalah menjadi tanggungjawab Defendan dan sekiranya terdapat sebarang tuntutan oleh GEESC, pihak Defendan bersedia untuk menjawab segala tuntutan oleh
67
Defendan mengakui tarikh akhir operasi syarikat usaha sama tersebut.
68
Penyelesaian sepertimana Perenggan 22 Pernyataan Tuntutan adalah di luar pengetahuan Defendan dengan Plaintif-plaintif diletakkan beban pembuktian yang kukuh.
69
Defendan menafikan sekeras-kerasnya keperluan Plaintif-plaintif untuk terus berada di Qatar selama 85 hari kononnya atas penyelesaian perkara-perkara tersebut memandangkan Defendan telah mengarahkan untuk mereka pulang segera ke Malaysia.
70
Plaintif-plaintif adalah tidak mendapat mandat Defendan untuk berterusan tinggal di Qatar selama tempoh 85 hari tersebut bagi penyelesaian keseluruhan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
71
Defendan percaya Plaintif-plaintif sengaja melengah-lengahkan urusan yang tidak berkaitan dengan mereka atas agenda peribadi dan demi mengaut keuntungan secara tidak adil melalui tuntutan elaun tersebut.
72
Malahan perenggan 6.3 Faedah-faedah Perkhidmatan Defendan adalah tidak dipersetujui secara bersama untuk terpakai dalam usaha sama syarikat tersebut.
73
Segala kos penyediaan pengangkutan, penempatan dan lain-lain pada sepanjang keberadaan Plaintif-plaintif di sana adalah sepenuhnya ditanggung Defendan pada waktu-waktu material.
74
Defendan seterusnya dengan suci hati ingin menegaskan bahawa Defendan sebelum ini telah mengadakan pertemuan bersama Plaintif-plaintif bagi mencari penyelesaian.
75
Namun demikian, Plaintif Pertama selaku pihak utama dalam tindakan di Mahkamah ini gagal menghadirkan diri sekaligus mencerminkan keengganan mereka untuk mencari penyelesaian secara objektif dan adil.
76
Defendan percaya tuntutan Plaintif-plaintif ini adalah bersifat prejudis dan merupakan suatu kesempatan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak adil terhadap Defendan.
77
Keseluruhan Pembelaan Defendan di atas membuktikan keingkaran-keingkaran Plaintif-plaintif hingga merugikan prospek perniagaan Defendan melalui usaha sama syarikat tersebut.
78
Tuntutan Plaintif-plaintif melalui tindakan di Mahkamah yang Mulia ini memprejudiskan kepentingan Defendan sebagai pihak yang terkilan dalam urusan dagangan melalui Usaha sama Syarikat tersebut.
79
Plaintif-plaintif dengan niat jahat mala-fide telah memfailkan tuntutan ini bagi mendapatkan keuntungan secara tidak adil terhadap Defendan.
80
Setakat tarikh pemfailan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan ini, Defendan telah melaburkan jumlah pelaburan berjumlah QR112,558.97 bagi Usaha sama Syarikat tersebut tanpa sebarang pulangan sekaligus merugikan kepentingan dagangannya.
81
Defendan membuat tuntutan balas sebagaimana berikut: a) Plaintif membayar wang berjumlah QR112,558.97 bagi pelaburan yang telah dikeluarkan untuk Usaha sama Syarikat tersebut di Qatar; b) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas wang berjumlah QR112,558.97 dari tarikh pemfailan writ sehingga penyelesaian penuh; c) Kos tindakan ini; d) Kos Ganti Rugi teladan yang akan ditaksir oleh Mahkamah yang Mulia ini; dan e) Relif-relif lain difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah ini.
82
Pembelaan Plaintif-plaintif terhadap Tuntutan Balas Defendan Dalam membalas tuntutan balas Defendan, Plaintif-plaintif mengatakan bahawa Plaintif-plaintif telah berusaha sedaya upaya dengan suci hati dan penuh dedikasi untuk mengusahakan syarikat usaha sama tersebut selama tempoh 13 bulan ianya beroperasi di mana sebarang perkembangan dan/atau kemajuan syarikat usaha sama tersebut dimaklumkan dan dilaporkan kepada Defendan selaku majikan yang sah dari semasa ke semasa.
83
Namun demikian, kegagalan syarikat usaha sama tersebut untuk tetap beroperasi dan/atau kekal berdaya saing tidak seharusnya diletakkan di bawah beban dan/atau tanggungjawab dan/atau kegagalan Plaintif-plaintif semata-mata, lebih-lebih lagi bila mana Plaintif-plaintif telah pun mendedikasikan keseluruhan tenaga dan masa Plaintif-plaintif untuk mengusahakan syarikat usaha sama tersebut.
84
Tambahan pula, cadangan untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut turut diutarakan oleh Defendan sendiri selaku rakan kongsi dalam projek usaha sama tersebut.
85
Justeru, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua memplidkan bahawa usaha Plaintif-plaintif tersebut tidak seharusnya dipandang sipi dan disia-siakan oleh Defendan begitu sahaja.
86
Plaintif-plaintif menyatakan bahawa tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif-plaintif di Mahkamah yang Mulia ini adalah berasas dan tidak memprejudiskan kepentingan Defendan sebagai pihak yang kononnya lebih terkilan atas sebab-sebab berikut :- a) Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua merupakan pihak yang sebenarnya terkilan dalam tindakan ini di mana Plaintif Pertama telah menyelesaikan pembayaran jumlah tersebut dengan menggunakan wangnya sendiri bagi pihak Defendan kepada GEESC memandangkan Defendan telah ingkar dan/atau cuai dan/atau enggan menyelesaikan pembayaran jumlah tersebut yang terakru walaupun mempunyai pengetahuan penuh berhubung perkara tersebut. b) Tambahan pula, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah berusaha sehabis baik dan daya usaha untuk menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut dengan penuh kesabaran mengikut langkah-langkah yang betul sebagaimana yang telah dipersetujui sewaktu pertemuan dan/atau mesyuarat dengan wakil MATRADE dan pihak GEESC dan perlu kekal berada di Qatar selama tempoh 85 hari. c) Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah, sepanjang berada 85 hari di Qatar tersebut Defendan tidak langsung mempedulikan dan/atau bertanya khabar mengenai keadaan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua serta tidak pernah mengambil peduli berkenaan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut dari masa ke masa. d) Kini, Defendan hadir ke Mahkamah dan menyatakan di hadapan Mahkamah ini seolah-olah Defendan merupakan pihak yang terkilan dan/atau teraniaya sekaligus meletakkan kegagalan syarikat usaha sama tersebut di atas bahu Plaintif-plaintif sedangkan Plaintif-plaintif hanya pekerja di syarikat Defendan.
87
Jumlah pelaburan QR112,558.97 yang dituntut oleh Defendan dalam tindakan ini adalah sangat tidak logik dan/atau tidak berasas memandangkan ia adalah jumlah pelaburan yang telah dilaburkan bagi menjayakan syarikat usaha sama tersebut.
88
Sebagai menjawab dakwaan tersebut, Plaintif-plaintif menyatakan bahawa jumlah pelaburan yang telah dibiayai oleh Defendan tersebut yang kini menjadi tuntutan Defendan merupakan komitmen Defendan selaku pihak yang sah bagi syarikat usaha sama tersebut, di mana telah termaktub dalam perlembagaan syarikat usaha sama tersebut bahawa syer Defendan adalah sebanyak 35%, manakala GEESC sebanyak 65%.
89
Tambahan pula, jumlah tersebut adalah diasaskan untuk satu syer pelaburan bagi syarikat usaha sama tersebut dan secara logiknya dalam dunia perniagaan bagi setiap pelaburan sudah pasti akan mengalami keuntungan dan/atau kerugian namun kini, Defendan membuat tuntutan terhadap Plaintif-plaintif terhadap kerugian pelaburan yang telah dipersetujui dan dimasuki oleh Defendan.
90
Malahan, Defendan dalam tindakan ini yang sebenarnya telah berhutang dan masih lagi terhutang sehingga kini kepada Plaintif Pertama yang telah dengan suci hatinya mendahulukan duitnya sendiri bagi menyelesaikan bayaran jumlah tersebut yang secara hakikatnya adalah merupakan komitmen dan tanggungjawab penuh pihak Defendan untuk menjelaskannya dan bukannya Plaintif Pertama.
91
Namun atas dasar tanggungjawab dan demi menjaga hubungan di antara pihak-pihak yang berkepentingan serta menjaga nama baik Defendan, Plaintif Pertama telah mengambil inisiatif positif dengan mendahulukan wangnya terlebih dahulu untuk memudahkan proses pemisahan sekali gus bagi urusan pulang Plaintif-plaintif semula ke Malaysia.
92
Dalam kes ini, terdapat 4 orang saksi telah dipanggil. Pihak Plaintif telah memanggil 3 orang saksi manakala pihak Defendan juga telah memanggil seorang saksi. Saksi-saksi yang telah dipanggil adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Encik Baharin Shah bin Hussain (Plaintif Pertama) b) SP2: Encik Zafwan bin Muhammad Fadzil (Plaintif Kedua). c) SP3: Encik Rami Mohamed Nabeeh El Sayegh (Pegawai MATRADE) d) SD1:
93
Setelah mendengar keterangan kesemua saksi yang berkaitan, meneliti dokumen-dokumen yang telah difailkan serta hujahan pihak-pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah mendapati pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan Para (a), (b), (c) dan (d) tuntutan Plaintif. Kos diberikan sebanyak RM 8000 kepada Plaintif-Plaintif.
94
Mahkamah juga atas imbangan kebarangkalian memutuskan bahawa Defendan gagal membuktikan tuntutan balasnya. Oleh yang demikian, tuntutan balas Defendan ditolak dengan kos RM 2000 diberikan kepada Plaintif-Plaintif.
95
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Defendan telah memfailkan notis rayuan bertarikh 16.6.2025 merayu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keseluruhan keputusan Puan Hakim, yang membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos.
96
Fakta-Fakta Kes yang Dipersetujui Defendan adalah merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 sejak 19 Mei 1995 yang mempunyai alamat berdaftar di Wisma Chulia, No. 5 dan 7, Jalan Tasik Selatan 3, Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
97
Syarikat usaha sama yang ditubuhkan secara bersama antara Defendan dengan GEESC tersebut adalah dikenali sebagai Al Dawodia Chulia Middle East Co. W.L.L.
98
Defendan juga telah bersetuju melantik dan/atau menamakan pihak Plaintif Pertama sebagai Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) yang sah untuk bertindak bagi pihak Defendan yang berkuat kuasa pada 3 September 2021 khususnya bagi urusan yang bersangkutan dan/atau berkaitan dengan syarikat usaha sama tersebut.
99
Syarikat usaha sama tersebut telah ditubuhkan dan/atau mula beroperasi bermula daripada September 2021 sehingga Oktober 2022 di mana syarikat usaha sama tersebut telah beroperasi selama tempoh 13 bulan.
100
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengakui kewujudan surat bertarikh 9 November 2022 dan 10 November 2022.
101
Lanjutan daripada itu, pada 10 November 2022, pihak GEESC telah memberikan maklum balas dan/atau respons terhadap surat Defendan bertarikh 9 November 2022 di mana mereka menyatakan bahawa tiada halangan di pihak GEESC untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut dan selanjutnya menjelaskan bahawa pemisahan syarikat tersebut hendaklah berkuat kuasa bermula pada 1 November 2022 dan sebarang perbelanjaan bagi urusan syarikat usaha sama tersebut adalah berakhir pada 30 November 2022.
102
Di dalam surat bertarikh 10 November 2022, GEESC turut menyatakan serta menjelaskan bahawa menurut Undang-undang Buruh di Qatar, DWC hanya bertanggungjawab dan/atau berkewajipan sepenuhnya untuk menanggung kakitangan termasuk Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua bagi tempoh 1 bulan daripada tarikh mula berkuat kuasa pemisahan syarikat usaha sama tersebut iaitu pada 1 November 2022 sehingga 30 November 2022.
103
Plaintif Pertama merupakan Pemegang Surat Kuasa Wakil yang sah bagi pihak Defendan.
104
Tarikh akhir bagi syarikat usaha sama tersebut adalah pada 30 November 2022.
105
Isu-Isu untuk diputuskan Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berhak menuntut semula bayaran berjumlah QR150,572 yang telah didahulukan bagi bayaran modal syarikat usaha sama tersebut dan tuntutan elaun tertunggak bulan Oktober 2022 dan November 2022 berserta kos penghantaran pulang Plaintif-Plaintif di atas keengganan dan/atau kegagalan pihak Defendan untuk membuat pembayaran yang sewajarnya kepada syarikat Green Energy and Environmental Services Co. W.L.L.
106
Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berhak menuntut pembayaran elaun business travel dan/atau hardship allowances daripada Defendan berjumlah RM59,500 memandangkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua perlu tetap tinggal di Qatar bagi penyelesaian urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut selama tempoh 85 hari.
107
Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua perlu mendapatkan terbitan kebenaran untuk keluar (exit permit) bagi membenarkan dan/atau membolehkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk pulang ke Malaysia.
108
Sama ada Defendan berhak untuk QR112,558.97 bagi pelaburan yang telah dikeluarkan untuk Syarikat Usaha sama tersebut di Qatar. Isu Pertama: Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berhak menuntut semula bayaran berjumlah QR150,572 yang telah didahulukan bagi bayaran modal syarikat usaha sama tersebut dan tuntutan elaun tertunggak bulan Oktober 2022 dan November 2022 berserta kos penghantaran pulang Plaintif-Plaintif di atas keengganan dan/atau kegagalan pihak Defendan untuk membuat pembayaran yang sewajarnya kepada syarikat Green Energy and Environmental Services Co. W.L.
109
Tindakan membayar jumlah yang dituntut oleh GEESC merupakan tindakan yang sah yang diberikan di bawah Power of Attorney.
110
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-plaintif telah membuktikan fakta mengenai bidang kuasa Plaintif Pertama menurut Power of Attorney tersebut.
111
Mahkamah menerima keterangan saksi Plaintif-plaintif iaitu SP1 sebagai bukti bahawa tindakan Plaintif Pertama yang mendahulukan wang sebanyak QR150,572 untuk pemisahan syarikat usaha sama tersebut adalah selaras dengan peruntukan Power of Attorney tersebut.
112
SP1 dengan jelas telah memberikan keterangan di Mahkamah terbuka bahawa dia bertindak selaras dengan perenggan 1.2 “Power of Attorney” tersebut yang memperuntukkan bahawa: “to do all other acts and things whatsoever which may be required by the Principal (whether as a director or in any other capacity) or which the Attorney thinks is necessary, expedient or desirable in accordance with the laws of Qatar upon advice of the Company.”
113
Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1 disokong oleh keterangan SP2 yang mengesahkan bahawa bayaran pendahuluan tersebut dibuat selaras dengan terma-terma “Power of Attorney” tersebut iaitu perenggan 1.2 dan perenggan 4 yang menyatakan bahawa: "The Attorney shall at all times act in the interest of the Company without implicating the Principal either legally and/or otherwise".
114
Mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan mengakui kewujudan “Power of Attorey” tersebut dan tidak mengemukakan sebarang saksi dan/atau bukti lain untuk menafikan terma-terma “Power of Attorney” tersebut.
115
Keterangan SD1 sewaktu soal balas oleh Peguam Plaintif : : Encik tahu tak kewujudan “Power of Attorney”, Encik? Tahu : So, Encik “aware” lah kuasa telah diberikan kepada Encik Baharin? Setuju atau tidak? Ya, itu normal “practice”. Setuju. : Terima kasih, Encik. So, sejak dari awal, kenapa adanya “Power of Attorney” ni? “Power of Attorney” ni Untuk empower pekerja you untuk buat keputusan. : Setuju saya cadangkan Plaintif ni berada di Qatar atas punca kuasa “Power of Attorney” yang telah diberikan oleh Defendan. Setuju atau tidak? Setuju. NS : So, setuju saya cadangkan apa jua tindakan Plaintif 1 ni sebagai pemegang kuasa sah Defendan adalah valid? Adalah sah? Sah mengikut “Power of Attorneylah yang diberi kepada dia : Setuju tak sekarang ni apa juga tindakan yang dibuat oleh Plaintif Pertama adalah mewakili Defendan berdasarkan kepada kuasa wakil yang telah diberikan. Setuju atau tak? Saya setuju mengikut “Power of Attorney” lah. : Tak, soalan saya bukan berkenaan pulang. Soalan saya, ada tak usaha Encik nak bayar? Tidak ada. Saya tidak ada. Tidak ada usaha.
116
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Defendan mengenai langkah-langkah terdahulu yang perlu dilaksanakan sebelum pemisahan syarikat usaha sama tersebut dapat diselesaikan.
117
Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak memberikan kerjasama dan/atau maklum balas berkenaan dengan langkah-langkah pemisahan tersebut yang menyebabkan Plaintif-Plaintif mengambil tindakan selaras “Power of Attorney” tersebut untuk memastikan tidak terdapat sebarang perlanggaran undang-undang negara Qatar.
118
Mahkamah menerima hujahan Plaintif-Plaintif bahawa bayaran pendahuluan dibuat kerana pada kesemua masa yang material, Defendan telah mengarahkan Plaintif-Plaintif untuk pulang semula ke Malaysia dan ini hanya dapat dilakukan setelah pemisahan syarikat usaha sama tersebut dibuat selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Qatar.
119
Kesimpulan ini disokong oleh isi kandungan surat bertarikh 9 November 2022 di mana Defendan menyatakan kepada GEESC bahawa Defendan hendaklah membuat bayaran yang jumlahnya adalah jumlah wang pendahuluan tersebut sebelum pemisahan syarikat usaha sama tersebut boleh dilaksanakan.
120
Malahan Defendan di dalam surat bertarikh 9 November 2022 tersebut mengesahkan bahawa pemisahan syarikat usaha sama tersebut adalah perlu memandangkan tidak terdapat sebarang projek dan/atau kontrak yang dapat direalisasikan.
121
Jumlah tersebut merupakan jumlah yang dituntut kepada pihak Defendan atas sebab pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
122
Jumlah tersebut tidak dipertikaikan dan tidak dibayar oleh pihak Defendan.
123
Tindakan Defendan yang berterusan tidak membayar tuntutan sehinggalah tempoh masa untuk pemisahan syarikat hampir berakhir menyebabkan Plaintif Pertama mengambil inisiatif untuk membuat bayaran yang sewajarnya berdasarkan kuasa yang diberikan oleh pihak Defendan melalui “Power of Attorney” tersebut yang tidak pernah dibatalkan.
124
Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya atas imbangan kebarangkalian untuk membuktikan bahawa pembayaran telah dibuat kepada GEESC menerusi resit-resit yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan penuh.
125
Pihak GEESC juga telah membuat pengakuan penerimaan pembayaran daripada SP1 dengan mengeluarkan resit-resit pembayaran.
126
Mahkamah menolak hujahan Defendan bahawa resit-resit tersebut bukan bukti pembayaran kerana resit-resit tersebut telah pun ditandakan sebagai bukti dengan persetujuan Defendan dan Defendan diestop untuk membangkitkan bantahan terhadap penerimaan resit-resit tersebut “as an after thought”.
127
Mahkamah menerima hujahan Plaintif-Plaintif bahawa resit-resit bayaran yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif telah ditandakan sebagai ekshibit dan disahkan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan.
128
Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintf telah memberikan keterangan untuk mengesahkan resit-resit tersebut.
129
Mahkamah memutuskan bahawa beban pembuktian untuk menafikan kesahihan resit-resit tersebut telah berpindah kepada Defendan. Ini kerana apabila Plaintif-plaintif telah membawa bukti pembayaran SP1 bagi pihak Defendan dan bukti penerimaan bayaran oleh pihak GEESC, beban pembuktian sebaliknya telah berpindah kepada Defendan untuk membuktikan sebaliknya.
130
Seksyen 101 & 102 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: Section 101. Burden of Proof. Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. Section 102. On whom the Burden of Proof lies: The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
132
Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong bantahan Defendan terhadap kesahihan resit-resit tersebut. Isu Kedua: Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua berhak menuntut pembayaran elaun “business travel” dan/atau hardship allowances daripada Defendan berjumlah RM59,500 memandangkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua perlu tetap tinggal di Qatar bagi menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut selama tempoh 85 hari.
133
Plaintif-Plaintif berhak menuntut elaun “hardship” memandangkan mereka kekal tinggal di Qatar untuk menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama tersebut.
134
Mereka berada di negara yang tertakluk kepada polisi dan peraturan tersendiri serta berurusan dengan pihak yang dikatakan VVIP di Qatar yang mempunyai kuasa yang boleh mendatangkan bahaya dan kesusahan kepada pihak Plaintif-Plaintif.
135
Jumlah elaun yang dituntut adalah tidak berlebihan dan selaras dengan garis panduan syarikat Defendan yang termaktub dalam Panduan Kakitangan syarikat Defendan yang tidak di bantah dan/atau dipertikaikan kesahihannya oleh Defendan semasa perbicaraan penuh.
136
Perenggan 6.3 bagi Faedah-Faedah Perkhidmatan Panduan Kakitangan tersebut seperti mana berikut:- Kategori Semenanjung Sabah & Sarawak Luar Negara Pengarah/ Ketua-ketua pegawai RM95.00 RM125.00 RM1,000.00/ RM450.00 Pengurus Besar/ Kanan RM85.00 RM115.00 RM350.00 Pengurus Kanan RM75.00 RM105.00 Eksekutif/ Penyelia, Penjaga Jentera/ Pegawai RM65.00 RM95.00 RM250.00 Bukan Pegawai RM 55.00
137
Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif berhak untuk menuntut jumlah elaun tersebut memandangkan Plaintif-Plaintif merupakan pekerja-pekerja Defendan dan Defendan sendiri menerusi saksinya mengesahkan status Plaintif-Plaintif sebagai pekerja-pekerjanya malahan Defendan sendiri pernah mengemukakan kepada GEESC tuntutan-tuntutan elaun-elaun tersebut terutamanya “hardship allowances” bagi pihak Plaintif-Plaintif.
138
Mahkamah menerima hujahan Plaintif-Plaintif bahawa Defendan diestop daripada “approbate and reprobate” tentang isu tuntutan elaun-elaun “business travel” dan “hardship”.
139
Mahkamah menerima pakai prinsip yang diutarakan dalam kes Presta Harta Sdn Bhd Lwn Harta Ahmad Kamal Bin M Dalif & Ors [2016] 4 MLJ 39 yang mana telah memutuskan berhubung prinsip “blowing hot and cold” seperti berikut:
j
“arising from the above, it is abundantly clear that the plaintiffs are 'blowing hot and cold' with an obvious intent to defeat the clear and unambiguous terms and covenants they had entered with the developer pursuant to their respective S&P's and DMC. It is trite law that a litigant cannot approbate and subsequently reprobate according to his whims and fancies.
k
thus, in the case of Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (in liquidation) and other appeals [2012)1 MLJ 761, the Court of Appeal said of the principle of approbation and reprobation as follows: We categorically say that the liquidator cannot blow hot and cold to suit him whenever he feels like it. He cannot approbate and reprobate in the same breath. On the one hand, he claims displaces a stature which render the said order invalid and yet he has the audacity to continue to act as a liquidator by virtue of the said order. In the words of Sir Nicolas Browne-Wilkinson VC in Express Newspaper spie v News (UK) Ltd and others [1990] 3 All ER 376, at pp 383-384: There is a principle of law of general application that it is not possible to approbate and reprobate. That means you are not allowed to blow hot and cold in the attitude that you adopt. A man cannot adopt two inconsistent attitudes towards another: he must elect between them and, having elected to adopt one stance, cannot thereafter be permitted to go back and adopt an inconsistent stance.” Isu Ketiga: Sama ada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua perlu mendapatkan terbitan kebenaran untuk keluar (“exit permit”) bagi membenarkan dan/atau membolehkan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua untuk pulang ke Malaysia.
140
Mahkamah menerima keterangan SP3 sebagai keterangan kolaboratif yang mengesahkan keterangan-keterangan Plaintif-Plaintif berkaitan larangan untuk keluar dari Qatar sebelum memenuhi 8 Langkah tersebut.
141
Keterangan SP3 sewaktu perbicaraan adalah jelas menyatakan bahawa SP1 dan SP2 memerlukan “exit permit” sebelum SP1 dan SP2 boleh kembali ke Malaysia. SP3 merupakan individu yang terlibat secara langsung di dalam pemisahan Syarikat tersebut dan ada bersama SP1 dan SP2 sewaktu proses pemisahan Syarikat tersebut dibuat.
142
Keterangan SP3 adalah jelas sebagaimana yang berikut : : Okay. Next question is, you also have been asked a question that is there any law of Qatar that they have to settle financial obligation before they leave Qatar? And you said it is a procedure with the ministry. Can you elaborate more on this? R : As I told you yourself just now. If you wanted to serve as a company, you should appoint someone of your behalf or by yourself. Mr. Bahrin and Mr. Amar, both of them were in Qatar here at that time. And you know, Sheikh Khaled and Amar took a decision that they should not leave the country. This is number one. This means that to leave the country, they have to comply with the requirement of Sheikh Khaled and Mr. Amar. So, this means that if you will not get clearance certificate from tax authority, Mr. Amar, Mr. Bahrin did this I think by himself. He went to work with authority or something like this. And he got the clearance certificate. And to get also clearance certificate from Ministry of Economy and Commerce, you know, he cannot leave the country. This option, you know, they took it as a friendly option to them. But let me tell you something. Mr. Amar told me in case they will not settle this amount of money, they have to make this... No need to go through any friendly negotiation or sitting with each other to discuss or something like this. They will make a legal case against themselves. So, legal case, in this case, once you will go to the court here, I have issue against Rami and this is my, you know, officially, I raise the case officially, police will call you, can you come for five minutes, please? Okay? You will not leave the country until you settle until you sort out this problem. This is very, very easy. But Sheikh preferred not to go through the legal affairs or legal, you know, channels because of our strong relationship with him because as I told your good service, people around Sheikh, I know him. I know them. I know them. And they called Sheikh many times for me to have a meeting with him to sort out this problem. It's not easy to meet with Sheikh Khaled. You know, if you wanted to, you know, so, this is the situation.
143
Keterangan selanjutnya SP3 adalah jelas berkenaan dengan SP1 dan SP2 sememangnya tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga “exit permit” dikeluarkan yang menyokong keterangan SP1 dan SP2 : NS: Okay. You also have been asked by the counsel that they will not allow, and they will be imposed by the travel ban. And they have asked you that whether you have any proof on that statement. And you already tell the court that during Mr. Zafwan sick, which he tried to return, but cannot. Can you explain on that? R: Let me tell you something. The company which taken this procedure is at the Dawudiyah here. Number one, I'm not working with them. I have been informed by Mr. Amar and this was during one meeting. Mr. Amar you know, took me aside and he told me to tell them they_ are not allowed to leave the country. And I think, as I told you, Mr. Zafwan's wife was sick and she was about to do like surgery operation or something like this and he tried to travel but he found that he is restricted. He was restricted. He cannot leave the country. Do you think that Mr. Khaled, Sheikh Khaled, if he will take any procedure, he will tell me? I hope so. Alright, thank you. I am not Sheikh like him. I am just a staff.
144
Mahkamah menerima pakai seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 seperti berikut: “Court may presume existence of certain fact
114
The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. g) that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it;
145
Mahkamah menerima bahawa pihak Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menafikan perkara ini berkenaan dengan prosedur dan peraturan “exit permit” di Qatar walaupun Plaintif-plaintif telah mengemukakan saksi koroboratif SP3 yang mengesahkan pengataan Plaintif-Plaintif.
146
Dalam kes Lee Cheong Fah V. Soo Man Yoke [1996] 2 MLJ 627 Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Johor Baru Dato' Abdul Malik Ishak menyatakan sebagaimana berikut: “Encik Noordin Hussin, the learned counsel for the plaintiff in the 1991 suit, argued that Chew Siew Tim knew that RM53,000 was a loan advanced to the defendant by the plaintiff. That being the case, Chew Siew Tim was a vital defence witness, yet that individual was not called to give evidence and consequently, I have no choice but to invokes 114 (g) of the Evidence Act 1950 against the defendant: See Keng Wah v Lim Tew Hong [1957] MLJ 137 at p 138 and Murugan v Lew Chu Cheong [1980] 2 MLJ 139 at p 140.”
147
Defendan pada setiap masa yang material hanya menafikan dan membuat penafian kosong berkenaan dengan keperluan “exit permit”, namun tidak membuat usaha wajar dalam memastikan kesahan fakta berkenaan “exit permit” tersebut sama ada benar atau tidak dengan pihak GEESC.
148
Sekiranya SD1 mendapatkan pengesahan daripada pihak GEESC bagi membuktikan fakta sebaliknya sekali pun, Plaintif-plaintif percaya bahawa fakta tersebut tidak dapat menyokong Defendan memandangkan adalah jelas keterangan daripada SP3 bahawa “exit permit” diperlukan.
149
Mahkamah menerima hujahan dan penerangan Plaintif-plaintif bahawa adalah satu tindakan tidak wajar dan bahaya untuk keluar daripada Qatar tanpa menyelesaikan urusan pemisahan syarikat usaha sama dan membuat bayaran serta tindakan yang sepatutnya.
150
Sekiranya Plaintif-plaintif bertindak demikian, ini menunjukkan seolah-olah Plaintif-plaintif mengelak daripada tanggungjawab yang sepatutnya dan tidak memberikan imej yang baik mengenai syarikat usaha sama tersebut, syarikat Defendan dan GEESC kepada pihak Qatar. Isu Keempat: Sama ada Defendan berhak untuk QR112,558.97 bagi pelaburan yang telah dikeluarkan untuk usaha sama syarikat tersebut di Qatar.
151
Mahkamah mendapati bahawa SD1, saksi Defendan telah mengesahkan bahawa jumlah wang pelaburan bukanlah sesuatu jumlah yang patut dituntut semula secara khususnya bukan suatu pinjaman.
152
Keterangan SD1 sewaktu soal balas : : Tak ingat, Okey. Okey, Encik. Setuju saya nyatakan pelaburan adalah bukan pinjaman wang. Setuju atau tidak? : Macam mana? Pelaburan bukan pinjaman wang? : Pelaburan ni dia bukan satu Jenis pinjaman wang. : Setuju. : Setuju. Setuju saya cadangkan memandangkan Defendan telah memasuki pelaburan bersama dengan GEESC, apa jua kerugian dalam pelaburan tersebut adalah tanggungan Defendan sendiri. Setuju atau tidak? : Setuju. : Exception. Okey. Seterusnya, ada tak apa-apa perjanjian di antara Plaintif dan Defendan yang mengatakan bahawa sekiranya JV ini adalah tidak berjaya, Plaintif dikehendaki untuk memulangkan semula wang pelaburan. Ada atau tidak? : Tidak. Tidak. Tidak ada.
153
Pihak Defendan, dalam ikatan pliding Defendan iaitu pada Tuntutan Balas Defendan, telah memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini agar Defendan membayar QR112,558.97 berserta faedah 5% ke atas jumlah tersebut. Defendan sepatutnya menyatakan pihak Plaintif dan bukannya Defendan. Namun begitu, memandangkan ini merupakan satu tuntutan balas, Mahkamah menganggap bahawa pihak Defendan pada tuntutan balasan itu merupakan pihak Plaintif.
154
Namun begitu, semasa perbicaraan, Defendan telah membuat tuntutan balas yang berlawanan dengan jumlah yang dinyatakan di dalam pliding di mana jumlah tuntutan balas di dalam pliding adalah sebanyak QR112,558.97 manakala jumlah tuntutan balas sewaktu perbicaraan adalah sebanyak RM 150,102.68. Ini dapat dilihat dalam keterangan utama SD1 dalam Penyata Keterangan : S: Berapakah kos awalan yang telah dikeluarkan oleh pihak J: Defendan? Sebanyak RM 150,102.68.
155
Mahkamah mendapati bahawa tuntutan akhir ini juga tidak diplidkan oleh Defendan dan bertentangan dengan pliding Defendan bahawa pihaknya yang merupakan pihak bertanggungjawab untuk menyalurkan wang pelaburan ke dalam syarikat usaha sama tersebut.
156
Mahkamah menerima pakai prinsip mengenai pliding di dalam kes Heritage Grand Vacation Club Bhd V. Pacific Fantasy Heritage Vacation Sdn Bhd [2016] 14 MLJ 389, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “Pleading rules is one relating to fairness and the court should, at all times, maintain the fairness process. Only in exceptional facts that the 'gold standard', ie, that it was not the function of the court to build a case for the plaintiff/defendant inconsistent with the pleaded case, can be compromised. It is well-established that it is not the function of the court to build a case for the plaintiff/defendant inconsistent with the pleaded case. In Yew Wan Leong v. Lai Kok Chye [1990] 1 CLJ 1113; [1990] 1 CLJ (Rep) 330; [1990] 2 MLJ 152, the Supreme Court had in strong terms held, and which still stands as a 'gold standard' in pleading rules and evidence, as follows: It is not the duty of the court to make out a case for one of the parties when the party concerned does not raise or wish to raise the point. In disposing of a suit or matter involving a disputed question of fact, it is not proper for the court to displace the case made by a party in its pleadings and give effect to an entirely new case which the party had not made out in its own pleadings.The trial of a suit should be confined to the pleas on which the parties are at variance. (emphasis added). After having heard the evidence of the defendants, it is crystal clear to me that the version defendants attempted to project to me was never part of their defence. In such circumstances, the court is not obliged to consider in its judgment, stories which are not reflective of the pleadings. Pleadings are essential foundation to analyse disputes. Evidence must relate to pleadings and/or directly relevant to pleadings.”
157
Mahkamah mendapati bahawa Defendan menerusi SD1 tidak berjaya untuk membuktikan tuntutan balasnya atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah mendapati keterangan Defendan adalah bercanggah dengan dokumen yang ada dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa keterangan SD1 haruslah diteliti oleh Mahkamah ini bila mana keterangan SD1 tersebut terdapat percanggahan yang material dan pada masa yang sama tidak disokong (uncorroborated) oleh mana-mana keterangan saksi Defendan yang lain.
158
Mahkamah menerima pakai kes berikut mengenai keterangan yang bercanggah dengan fakta dan/atau dokumen sedia ada iaitu Mackt Logistics (M) Sdn Bhd v Malaysian Airline System Berhad [2014] 5 CLJ 851, di mana Mahkamah Rayuan melalui Abdul Malik Ishak JCA (pada masa itu) memutuskan bahawa: “The trial judge as the trier of fact must assess, weight and set out the reasons for accepting or rejecting the whole or any part of the evidence led by the parties. In deciding to accept or to reject the evidence of a witness, the trial judge must apply the correct criteria, namely:
a
Take into account the motive that a witness may/arbor while giving evidence;
b
consider the contemporaneous documents and test it against the oral evidence of a witness;
c
view the evidence of a witness against the probabilities of the case; and
d
conduct a critical analysis of the witness evidence."
159
Mahkamah juga menerima pakai kes Nor Rosnani Bte Ibrahim Lwn Azlan Shah Bin Jaffril & Anor [2020] MLJU 260 berhubung penerimaan terhadap suatu keterangan yang diberikan oleh saksi sebagaimana berikut:- “Clearly, the diametrically conflicting evidence in this case requires this Court to carefully evaluate the veracity and credibility of the witnesses proffered by the parties in support of their respective versions of the facts. The oral testimonies of these witnesses will have to be tested against the contemporaneous documents which should be given more weight. If an authority is required, one needs only to refer to the oft-quoted decision of Chang Min Tat FJ in Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229 where at 234, His Lordship stated as follows: 'Nevertheless, the learned trial judge expressed himself to be satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires, that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity. [54] In addition, the veracity of the witnesses' testimonies must be evaluated based on whether they are, inter alia, inherently consistent, plausible account of the events, how they stand the test of cross-examination, how logical they are and how far they fit in with the contemporaneous documents and the rest of the evidence and circumstances of the case. [56] The testimonies of the witnesses should also be examined to see if they matched with their conduct. Such conduct includes omissions or non-actions which sometime are more significance than positive conduct. If there are discrepancies of material facts coupled with inconsistencies in the testimony of the events, the Court will most likely treat the testimony of the witness as less reliable and may even reject his evidence in its entirety as lacking credibility.”
160
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif dan menolak tuntutan balas Defendan. Bertarikh: 17 Ogos 2025 Wan Nor Aklima Binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 4 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Peguam cara bagi pihak Plaintif: Encik Nik Farhan Bin Nik Mohamed Tahir bersama-sama Cik Nurshaira Bt Shuhaimin Tetuan Farhan Shaira & Associates Peguam cara bagi pihak Defendan: Encik Naqiuddin bin Nazrin bersama-sama Encik Muhammad Farhan Bin Hamdan Tetuan Naqiuddin, Farhan &
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.