Content
WA-B53CY-62-12/2025 Kand. 40 01/07/2026 09:54:48 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO.: WA-B53CY-62-12/2025
WA-B53CY-62-12/2025
Sessions Court of Malaysia30 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
WA-B53CY-62-12/2025 Kand. 40 01/07/2026 09:54:48 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO.: WA-B53CY-62-12/2025
2
ARAB CITY MELAKA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 200901004603 (847538-T) ...PLAINTIF-PLAINTIF
2
GOLDEN CORPORATE HERITAGE SDN BHD (NO. SYARIKAT: 200801002449 (803733-H) ...DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 6) A. PENDAHULUAN [1] Permohonan pihak Plaintif-Plaintif adalah untuk mendapatkan satu perintah injunksi interlokutori dalam tindakan fitnah. Pihak Defendan-Defendan menyatakan bahawa permohonan Plaintif-Plaintif adalah tidak berasas, prematur, terlalu luas, dan tidak memenuhi prinsip ketat yang terpakai dalam tindakan fitnah. [2] Kes Plaintif-Plaintif pada asasnya bergantung kepada beberapa ayat pendek dalam komunikasi WhatsApp bertarikh 8-9-2025 seperti "Balan is not owner", "It's fake", "You may face consequences" dan "You have no authority", yang menurut Plaintif-Plaintif membawa makna fitnah yang luas termasuk pemalsuan dokumen, penipuan, ketiadaan kuasa, salah guna kuasa dan perbuatan menyalahi undang-undang. [3] Pihak Defendan-defendan menafikan tafsiran tersebut dan menyatakan bahawa perkataan tersebut hendaklah dibaca secara keseluruhan, dalam konteks pertikaian komersial, pemilikan, kuasa, mandat dan latar belakang Projek Arab City Melaka. Komunikasi tersebut adalah komunikasi WhatsApp yang terhad, bersifat satu-ke-satu, dihantar kepada Dr M. Haider Uzzaman sahaja, dan bukan suatu penerbitan kepada masyarakat umum atau penerbitan luas di media sosial, akhbar, laman sesawang atau platform terbuka. Defendan-Defendan menyatakan dengan jelas bahawa komunikasi tersebut adalah private, one-to-one, dihantar hanya kepada Dr Haider, dan tidak diterbitkan kepada masyarat umum. [4] Setelah membaca hujahan bertulis kedua pihak, Mahkamah telah menolak - tuntutan Plaintif dengan kos RM1000.00 B.DAPATAN MAHKAMAH ISU TERAS YANG GAGAL DIJAWAB OLEH PLAINTIF-PLAINTIF [ 5 ] Mahkamah mendapati terdapat empat isu teras seperti berikut: a) sama ada perkataan yang dipertikaikan adalah jelas merupakan fitnah dan tidak boleh dipertikaikan ("unarguably defamatory"); b) sama ada tiada alasan langsung untuk mengatakan bahawa kenyataan itu mungkin benar; c) sama ada tiada pembelaan yang mungkin berjaya; dan d) sama ada terdapat bukti sebenar bahawa Defendan-Defendan berniat untuk mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan tersebut. [6] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-defendan bahawa Keempat-empat elemen tersebut adalah material kerana Plaintif-Plaintif sendiri bergantung kepada prinsip dalam Ngoi Thiam Woh v CTOS Sdn Bhd & Ors [2001] 4 MLJ 510, di mana Mahkamah menyatakan bahawa injunksi interlokutori dalam tindakan fitnah hanya boleh diberikan jika syarat-syarat ketat tersebut dipenuhi. Plaintif-Plaintif sendiri merujuk ujian tersebut dalam perenggan 4 Hujahan Bertulis Plaintif-Plaintif tersebut. [7] Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes The New Straits Times Press (M) Bhd v Airasia Bhd [1987] 1 MLJ 36, di mana Mahkamah memutuskan :- "In Bonnard v Perryman [1891] 2 Ch 269 284, Lord Coleridge C.J. delivering the judgment of the Court in which Lord Esher M.R., and Lindley, Bowen and Lopes L.JJ. concurred, emphasised that: "The right of free speech is one which it is for the public interest that individuals should possess, and indeed, that they should exercise without impediment, so tong as no wrongful act is done.." "To justify the Court in granting an interim injunction it must come to a decision upon the question of libel or no libel, before the jury have decided whether it was a libel or not." " Therefore the jurisdiction was of a delicate nature. It ought only to be exercised in the clearest cases,..." "(1) There was no reason to depart from the general rule that an interlocutory injunction will not be granted against a defendant in a libel action if he intends to plead justification unless the plaintiff can prove that the statement is untrue;
2
The plaintiff had not shown that the defendant's statement was untrue." [8] Di dalam hujahan Defendan-Defendan menyatakan bahawa prinsip ini terpakai secara langsung terhadap kes semasa kerana Defendan-Defendan telah membangkitkan pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat, dan Mahkamah tidak wajar membuat keputusan awal bahawa pembelaan-pembelaan tersebut pasti gagal sebelum perbicaraan penuh. Maka, apabila Plaintif-Plaintif berhujah bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan fitnah, jawapan Defendan-Defendan ialah isu tersebut bukan boleh diputuskan secara muktamad di peringkat interlokutori kerana ia memerlukan penilaian fakta, konteks, dokumen, niat, makna sebenar perkataan dan keterangan saksi. [9] Plaintif-Plaintif juga telah merujuk kepada kes Ngoi Thiam Woh v CTOS Sdn Bhd & Ors [2001] 4 MLJ 510 : "(1) The court should be slow in granting an interim injunction in a defamation action. The court may only grant interlocutory injunctions of this species if the following factors are satisfied:
i
that the statement is unarguably defamatory;
II
(ii) there are no grounds for concluding that the statement may be true;
III
(iii) there is no other defence which might succeed; and
IV
(iv) there is evidence of an intention to repeat or publish the defamatory statement. The burden of proof falls upon the plaintiff, and not on the defendants. In the instant application, the plaintiff had failed to satisfy the court all of the first three factors stated (see pp 517F, 519B, 520D-E).” [10] Plaintif telah gagal untuk membuktikan pada setiap limb ujian tersebut di mana:
i
Kenyataan tersebut bukan jelas merupakan fitnah dan tidak boleh dipertikaikan ("unarguably defamatory") kerana perkataan seperti "Balan is not owner", "It's fake" dan "You have no authority" boleh dibaca dalam konteks pertikaian kuasa, pemilikan, mandat dan legitimacy sesuatu transaksi, dan bukan semestinya sebagai tuduhan jenayah atau penipuan seperti yang dihujahkan oleh Plaintif-Plaintif.
II
(ii) Plaintif-Plaintif gagal membuktikan bahawa tiada alasan langsung untuk mengatakan kenyataan tersebut mungkin benar, kerana Defendan-Defendan telah menunjukkan kewujudan bahan dan dokumen yang menjadi asas kepercayaan Defendan Pertama, termasuk sejarah penggulungan, perintah penamatan penggulungan, komunikasi terdahulu, penglibatan Dr Haider dan dokumen berkaitan mandat.
III
(iii) Plaintif-Plaintif gagal membuktikan bahawa tiada pembelaan yang mungkin berjaya, kerana pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat telah dibangkitkan secara bona fide dan bukan secara kosong atau rekaan.
IV
(iv) Plaintif-Plaintif gagal membuktikan niat sebenar Defendan-Defendan untuk mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan tersebut; tidak ada bukti bahawa mesej tersebut disebarkan kepada umum, tidak ada bukti bahawa Defendan-Defendan menerbitkan semula kenyataan tersebut, dan tidak ada bukti bahawa ia berada di platform terbuka yang boleh diakses oleh orang ramai. [11] Plaintif-Plaintif dalam hujahan cuba membentangkan fakta seolaholah semua fakta material adalah jelas dan tidak dipertikaikan, sedangkan Defendan-Defendan telah secara khusus mempertikaikan status, kuasa, konteks, makna dan kesan komunikasi tersebut. [12] Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif Kedua adalah pemilik berdaftar tanah, bahawa Plaintif Pertama adalah Pengerusi, Pengarah Urusan dan pemegang saham terbesar, dan bahawa Dr Haider dilantik sebagai perunding sah. Namun, isu dalam permohonan ini bukan semata-mata sama ada dokumen rasmi tertentu wujud, tetapi sama ada Defendan Pertama mempunyai asas bona fide untuk menyuarakan kebimbangan tentang kuasa, mandat, legitimacy, pemilikan dan representasi berkaitan projek tersebut. [13] Defendan-Defendan dalam hujahannya menyatakan bahawa mesej tersebut tidak boleh dibaca secara terpisah daripada konteks pertikaian yang lebih luas berhubung authority, ownership, legitimacy dan Arab City Melaka project. [14] Prinsip utama ialah Mahkamah hendaklah berhati-hati sebelum memberikan injunksi dalam tindakan fitnah kerana pemberian injunksi sebelum perbicaraan boleh mengekang kebebasan bersuara sebelum isu sebenar, termasuk isu makna, kebenaran dan pembelaan, diputuskan pada perbicaraan penuh. [15] Mahkamah Persekutuan dalam kes Seema Elizabeth Isoy v Tan Sri David Chiu Tat-Cheong [2024] 4 MLJ 260 menekankan bahawa perkataan hendaklah dibaca secara keseluruhan dan dalam konteks, bukan secara terasing.:- [33] Further, the ordinary and natural meaning of the words must be considered in the context of the whole text or message, in its entirety and not in isolation." [52] ... the court re-affirmed the two steps of inquiries in an action for defamation which are, firstly, whether the impugned statement is capable of bearing a defamatory meaning which is a question of law, and secondly, whether the impugned statement is in fact defamatory, which is a question of fact." [16] Berdasarkan prinsip kes Seema Elizabeth Isoy v Tan Sri David Chiu TatCheong, Mahkamah tidak wajar menerima tafsiran Plaintif-Plaintif sebagai tafsiran muktamad di peringkat interlokutori kerana perkataan tersebut hendaklah dinilai dalam konteks keseluruhan komunikasi, hubungan pihak-pihak, latar belakang projek dan keadaan semasa mesej itu dihantar. [17] Plaintif-Plaintif seterusnya turut menyatakan bahawa terdapat penerbitan kerana mesej dihantar kepada Dr Haider. Namun begitu, untuk tujuan injunksi fitnah, Mahkamah perlu melihat sifat, keluasan dan risiko penerbitan tersebut. Mahkamah mendapati kes ini tidak melibatkan penerbitan Facebook Live, akhbar, posting awam, artikel media, dan bukan kes kenyataan yang boleh dibaca oleh bilangan pengguna internet yang tidak terbatas. [18] Namun sebaliknya, ini hanyalah komunikasi WhatsApp satu-ke-satu kepada individu yang Plaintif-Plaintif sendiri gambarkan sebagai perunding berkaitan transaksi projek tersebut. Komunikasi sedemikian lebih hampir kepada komunikasi dalam konteks common interest, bukan penerbitan awam yang memerlukan injunksi mendesak. Maka, walaupun secara teknikal seseorang penerima boleh menjadi "third party", sifat komunikasi yang terhad itu tetap menjadi faktor penting dalam menolak injunksi, khususnya apabila tiada bukti pengulangan, penyebaran lanjut atau risiko penerbitan semula. [19] Mahkamah dirujuk kepada kes Dato' Seri Mohamad Salleh bin Ismail & Anor v Mohd Rafizi bin Ramli [2022] 3 MLJ 758, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa bagi pembelaan fair comment, Defendan perlu menunjukkan: "a) the words complained of are comment, although they may consist or include inferences of fact; b) the comment is on a matter of public interest; c) the comment is based on facts; and d) the comment is one which a fair-minded person can honestly make on the facts proved." [20] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa sama ada perkataan tersebut merupakan fakta, komen, amaran, pendapat atau gabungan kesemuanya adalah isu yang wajar dibicarakan, bukan diputuskan secara muktamad dalam permohonan injunksi. [21] Plaintif-plaintif juga merujuk kepada Kes Rosli Dahlan v Dato' Lokman Noor Adam [2021] 1 LNS 1823 di mana di dalam kes tersebut, kenyataan dibuat melalui Facebook Live kepada khalayak umum, melibatkan penerbitan awam dan potensi penyebaran luas, sedangkan dalam kes semasa komunikasi adalah WhatsApp satu-ke-satu kepada Dr Haider sahaja. [22] Dalam kes Rosli Dahlan v Dato' Lokman Noor Adam (supra), fakta asas menunjukkan bahawa Defendan telah membuat beberapa Facebook Live Stream, dan pernyataan yang dipertikaikan dibuat dalam sesi awam tersebut. Dalam kes semasa, tiada Facebook Live, tiada posting awam, tiada kenyataan kepada khalayak umum dan tiada bukti bahawa kenyataan tersebut dikekalkan di platform terbuka. Maka, risiko kerosakan reputasi dan penerbitan semula dalam kes Rosli adalah jauh berbeza. [23] Mahkamah juga dirujuk oleh Plaintif kepada Kes Synergistic Duo Sdn Bhd v Lai Mei Juan [2017] 9 MLJ 697 yang mana Mahkamah dapati ia juga boleh dibezakan kerana ia melibatkan penerbitan melalui Facebook, akhbar, laman web, blog dan penerbitan semula kepada khalayak yang lebih luas. Mahkamah telah mengambil kira penerbitan di Facebook, akhbar, laman web, blog dan halaman Facebook: "[46] ... any reasonable person reading the posting 1 in the defendant's Facebook page and posting 2 in the newspapers, websites, blogs and Facebook pages in which the posting was published and re-published, would understand them in the defamatory sense." [24] Dalam kes Synergistic Duo Sdn Bhd v Lai Mei Juan (supra) terdapat isu bahawa Defendan terus menerbitkan atau gagal mematuhi injunksi, dan Mahkamah merujuk kepada potensi penerbitan semula oleh pengguna internet yang tidak terbatas. Fakta tersebut langsung tidak wujud dalam kes semasa. WhatsApp satu-ke-satu kepada Dr Haider tidak boleh disamakan dengan Facebook posting, akhbar, laman web, blog atau penerbitan internet yang terbuka kepada pengguna tidak terbatas. [25] Mahkamah ini wlaupun bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa injunksi boleh diberikan dalam kes sesuai, namun Plaintif-Plaintif mestilah meyakinkan Mahkamah dan boleh menunjukkan bahawa fakta kes semasa adalah setara dari segi penerbitan, kepastian makna fitnah, ketiadaan pembelaan dan risiko pengulangan. Dalam kes semasa, kesemua perkara tersebut gagal dibuktikan untuk membolehkan satu injunksi diberikan. Plaintif-Plaintif juga mennyatakan bahawa kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah, namun, prinsip itu tidak bermaksud bahawa setiap dakwaan fitnah secara automatik membolehkan injunksi. Mahkamah tetap perlu menilai sama ada kenyataan tersebut jelas fitnah, sama ada pembelaan wujud, sama ada ada penerbitan berulang dan sama ada injunksi adalah adil. [26] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan yang menegaskan bahawa hak reputasi Plaintif-Plaintif boleh dilindungi melalui tindakan utama dan ganti rugi jika Plaintif-Plaintif akhirnya berjaya, tetapi injunksi sebelum perbicaraan tidak wajar diberikan apabila makna, kebenaran dan pembelaan masih dipertikaikan. [27] Mahkamah dirujuk oleh Plaintif-plaintif di dalam kes Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin v Sistem Televisyen Malaysia Bhd [2014] 4 MLJ 242. yang membincangkan tentang pembelaan perlindungan bersyarat, “Reynolds defence” dan komen berpatutan boleh gagal sekiranya wujud unsur niat jahat. Mahkamah mendapati dalam kes semasa, Plaintif-Plaintif masih belum membuktikan malice secara jelas. Dakwaan bahawa Defendan Pertama tidak menarik balik kenyataan, atau menafikan surat tuntutan, tidak dengan sendirinya membuktikan niat jahat. Niat jahat adalah isu fakta yang memerlukan penilaian penuh terhadap niat, konteks, dokumen, komunikasi terdahulu dan keadaan sebenar ketika kenyataan dibuat. Oleh itu, isu niat jahat tidak wajar diputuskan secara muktamad di peringkat injunksi. [28] Plaintif-plaintif juga gagal membezakan dengan jelas peranan Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Komunikasi yang dipertikaikan adalah komunikasi Defendan Pertama kepada Dr Haider melalui WhatsApp. Plaintif-Plaintif gagal menunjukkan bahawa Defendan Kedua menerbitkan kenyataan tersebut, mengarahkan penerbitan tersebut, mengesahkan penerbitan tersebut atau terlibat dalam penerbitan tersebut. Dalam keadaan ini, permohonan injunksi terhadap Defendan Kedua adalah terlalu luas, tidak bersandarkan bukti yang mencukupi dan bersifat spekulatif. KESIMPULAN [72] Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa kes ini adalah kes yang paling jelas untuk injunksi fitnah. Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa: a) kenyataan tersebut tidak boleh dipertikaikan sebagai fitnah; b) tiada kemungkinan kenyataan tersebut benar; c) tiada pembelaan yang mungkin berjaya; d) terdapat bukti niat untuk mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan tersebut; e) injunksi terhadap Defendan Kedua mempunyai asas yang jelas; dan f) relif-relif yang dipohon adalah sempit, pasti dan wajar. [73] Sebaliknya, Defendan-Defendan telah berjaya menunjukkan bahawa: a) komunikasi tersebut adalah WhatsApp satu-ke-satu; b) maksud perkataan dipertikaikan; c) terdapat pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan qualified privilege; d) isu malice memerlukan perbicaraan penuh; dan e) kes ini bukanlah "clearest case" untuk injunksi. [74] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-defendan supaya perkara ini diteruskan ke perbicaraan penuh, di mana isu-isu fakta dan undang-undang dapat diputuskan secara muktamad di peringkat tersebut. Atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini memutuskan Permohonan Plaintif-Plaintif dan kesemua perintah-perintah yang dipohon ditolak dengan kos RM1000. Bertarikh pada 29 haribulan Jun 2026 HAJI EFFANDI NAZILA HJ ABDULLAH Hakim Sesyen
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.