Content
1 IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT SHAH ALAM IN THE STATE OF SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA JUDICIAL REVIEW NO. BA-25-8-03/2016 Dalam perkara mengenai hartanah pemohon-pemohon yang diluluskan untuk Pembangunan Berjaya City/STC yang diperincikan di sini dan dikenali sebagai Tanah Bukit Tagar; Dan Dalam perkara keputusan Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor bertarikh 11.2.2008 memberikan kelulusan yang diperincikan di sini dan dikenali sebagai Kelulusan Pembangunan Berjaya Dan Dalam perkara suatu surat bertarikh 20.4.2008 dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor untuk membentangkan semula S/N aygEjyir6kybzyJmPk4mjQ kelulusan Pembangunan Berjaya Dan Dalam perkara kegagalan Responden-Responden membentangkan semula kelulusan Pembangunan Berjaya Dan Dalam perkara peninggalan dan pengabaian Responden-responden untuk melaksanakan kewajipan dan fungsi awam mereka untuk bertindak bagi melaksanakan Pembangunan Berjaya City/STC; Dan Dalam perkara surat Pemohon-Pemohon kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor bertarikh 17.12.2015 memohon keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor dengan perjalanan kewajipan dan fungsi awam S/N aygEjyir6kybzyJmPk4mjQ mereka ke atas Pembangunan Berjaya Dan Dalam perkara hak Pemohon-Pemohonan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan; Dan Dalam perkara Semakan Kehakiman menurut Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Aturan 92 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; Dan Dalam perkara Seksyen 23(2), Seksyen 25(2) dan perenggan 1 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964;