Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. JA-12BNCC-3-05/2024
JA-12BNCC-3-05/2024
High Court of Malaysia3 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“6. Prinsip ini telah diterima pakai dalam pelbagai keputusan mahkamah tempatan termasuk kes Datuk Seri Panglima bin Mohd Sari Datuk Hj Nuar v Vee Seng Development Sdn Bhd & Ors [2009] 6 MLJ 643;[2009] MLJU 3119, Hue Ngee On v Chai Woo Siew (as Public Officer of Teh Hakka Association Kulai, Johor) [2009] 5 MLJ 176; [201”
“Teh Hakka Association Kulai, Johor) [2009] 5 MLJ 176; [2010] 1 AMR 469; [2009] 5 CLJ 734, dan Joint Management Body of Gurney Park Condominium v Majlis Perbandaran Pulau Pinang [2013] 10 MLJ 600; [2012] MLJU 1716. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. JA-12BNCC-3-05/2024
1
BUNEER PAK ENTERPRISE (Disaman Sebagai Sebuah Firma) (No. Pendaftaran: JM0572645-X)
2
ASMAH BINTI MOIDEEN
3
MOHAMAD ASWAD BIN SULIEMAN (NO. K/P: 940523-01-6547) …PERAYU-PERAYU DAN PANORAMIC EXCELLENCE SDN BHD (NO. SYARIKAT: 271340-X) …RESPONDEN S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA (Dalam Mahkamah Sesyen Di Muar Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia Guaman No: JA-A52NCC-141-06 TAHUN 2020 Antara Panoramic Excellence Sdn Bhd (No. Syarikat: 271340-X) ..…Plaintif
1
Buneer Pak Enterprise (Disaman Sebagai Sebuah Firma) (No. Pendaftaran: Jm0572645-X)
2
Asmah Binti Moideen (No. K/P: 760630-01-5969/A3098468)
3
Mohamad Aswad Bin Sulieman (No. K/P: 940523-01-6547) ……Defendan-Defendan) ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 7 - Notis Permohonan Perayu dibawah A.55 k.7 KKM 2012 dan A.38 k.12 KKM 2012
1
Ini ialah permohonan oleh Perayu/Defendan di bawah Aturan 55 Kaedah 7 dan Aturan 38 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, bagi membenarkan keterangan baharu S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA dikemukakan dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.
2
Antara dokumen yang dimohon untuk dikemukakan ialah penyata tuntutan, penyata pembelaan, nota keterangan dan perintah penghakiman bagi tiga kes terdahulu (iaitu JB-A72- NCC-289-10/2018, JB-A72-NCC-335-12/2018 dan satu lagi kes yang serupa) melibatkan syarikat Panaromic Excellence Sdn Bhd, yang juga merupakan Responden dalam rayuan ini, tetapi dengan Defendan yang berlainan.
3
Perayu juga berhasrat untuk memanggil seorang saksi baharu bernama Sim Chun Kiam, yang dikatakan boleh memberi keterangan bahawa seorang individu bernama Wong Lai Ho yang didakwa sebagai ejen Responden yang telah menyeleweng wang pembayaran pelanggan.
4
Isu utama yang perlu ditentukan Mahkamah ialah: Isu (i) - Sama ada dokumen dan saksi yang dimohon untuk dikemukakan memenuhi syarat untuk keterangan baharu sebagaimana yang digariskan dalam kes Ladd v. Marshall [1954] 1 WLR 1489; dan Isu (ii) - Sama ada wujud keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan tersebut. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i) - Sama ada dokumen dan saksi yang dimohon untuk dikemukakan memenuhi syarat untuk keterangan baharu sebagaimana yang digariskan dalam kes Ladd v. Marshall [1954] 1 WLR 1489;
5
Prinsip yang digunakan dalam menentukan sama ada keterangan baharu boleh diterima di peringkat rayuan adalah yang telah ditetapkan dalam kes Ladd v. Marshall (supra), iaitu:
a
Pertama – Keterangan tersebut tidak boleh diperoleh dengan usaha wajar (‘due diligence’) semasa perbicaraan asal.
b
Kedua – Keterangan itu mestilah berpotensi penting, iaitu boleh memberikan keputusan yang berlainan jika dikemukakan.
c
Ketiga – Keterangan itu mestilah boleh dipercayai.
6
Prinsip ini telah diterima pakai dalam pelbagai keputusan mahkamah tempatan termasuk kes Datuk Seri Panglima bin Mohd Sari Datuk Hj Nuar v Vee Seng Development Sdn Bhd & Ors [2009] 6 MLJ 643;[2009] MLJU 3119, Hue Ngee On v Chai Woo Siew (as Public Officer of Teh Hakka Association Kulai, Johor) [2009] 5 MLJ 176; [2010] 1 AMR 469; [2009] 5 CLJ 734, dan Joint Management Body of Gurney Park Condominium v Majlis Perbandaran Pulau Pinang [2013] 10 MLJ 600; [2012] MLJU 1716. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA
a
Prinsip Pertama – Keterangan tersebut tidak boleh diperoleh dengan usaha wajar (‘Due Diligence’) semasa perbicaraan asal.
7
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden bahawa Perayu gagal menunjukkan bahawa keterangan atau dokumen baharu tersebut tidak boleh diperoleh semasa perbicaraan asal walaupun dengan usaha wajar.
8
Nama Wong Lai Hoe telah pun disebut dalam perenggan 2 Penyata Pembelaan Perayu di Mahkamah Sesyen sebagai ejen yang menawarkan untuk membekalkan perabot. Maka, isu mengenai individu ini telah diketahui oleh Perayu sejak awal lagi.
9
Namun begitu, Perayu tidak pernah berusaha memanggil mana-mana saksi berkaitan, termasuklah Sim Chun Kiam, semasa perbicaraan asal. Tiada sebarang afidavit penjelasan dikemukakan untuk menunjukkan bahawa saksi tersebut tidak dapat dikesan atau dihubungi pada masa itu. Malahan Defendan telah pun mengetahui tentang kewujudan Wong Lai Hoe ini yang mengatakan bahawa teras pembelaan ini adalah Defengan mengatakan bayaran telah dibuat kepada ejen tersebut.
10
Tiada juga soalan ditanya kepada SP1 semasa pemeriksaan balas samada Wong Lai Hoe ini adalah salah seorang ejen kepada Plaintif yang mana pembayaran dikatakan telah dibuat kepada Wong Lai Hoe. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA
11
Tambahan pula, isu penyelewengan oleh Wong Lai Hoe tidak pernah diplidkan dalam penyata pembelaan, dan hanya timbul semasa pemeriksaan balas saksi Responden. Mahkamah juga melihat kepada nota keterangan yang dikemukakan di
Lampiran
Lampiran 4 Rekod Rayuan (Mahkamah Sesyen) bilamana Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) sendiri bertanya kepada peguamcara Defendan apabila peguamcara Defendan menyoal balas SP1 di halaman 107 hingga 108 Nota Keterangan berkenaan isu penyelengan yang melibatkan Wong Lai Hoe sebagaimana berikut: P/Defendan : Bermula 2018 ini yang ada perkara-perkara berbangkit dalam Syarikat, betul tak? Saya katakana bahawa notis di mukasurat 62 ini dikeluarkan oleh pihak Syarikat kerana pada waktu tersebut, Syarikat ada pengetahuan berkenaan terdapat penyelewengan yang berlaku berkenaan dengan pembayaran yang telah dibayar oleh pelanggan-pelanggan Syarikat. Betul tak? SP1 : Itu saya tak pasti. P/Defendan : En Faizal tahu ke tidak tahu kenapa pihak Syarikat keluarkan notis ini? Mahkamah : Dalam pembelaan ada sebut pasal penyelewengan ke? P/Defendan : Untuk kes ini, Defendan-Defendan telah menyatakan pembayaran telah dibuat kepada ejen-ejen yang telah disahkan oleh SP1 oleh Pihak Syarikat. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA Mahkamah : Saya tak nampak dalam pembelaan awak. Mana ada pembelaan bahawa pembayaran telah dibuat? P/Defendan : Pihak Defendan ada membangkitkan seorang ejen yang menyatakan merupakan wakil pekerja bagi Syarikat Plaintif. ini ada dinyatakan dan selepas daripada itu saya merujuk saksi kepada ms 61. Mahkamah : Betul. Tapi sekarang ini bila saya tengok pembelaan dia tidak cakap pun pasal penyelewengan oleh Wong Lai Hoe ke, tak ada pun dalam pembelaan you kata macam itu sahaja. P/Defendan : Bayaran semua saksi defendan-defendan katakan bayaran telah dibayar kepada ejen tersebut. itu adalah teras pembelaan Defendan-Defendan dalam kes ini. Mahkamah : Kalau itu sepatutnya di plidkan. Tak apa, you proceed sahaja. 12. Mahkamah juga merujuk kepada Penyataan Pembelaan Defendan bertarikh 24.8.2020 di halaman 30 hingga 32 Rekod Rayuan di Lampiran 4 sebagaimana berikut khusnya di para 2 dan 4 yang sangat umum dan tidak pernah menyebut isu penyelewengan. Para 2 : Perenggan 3 hingga 6 Pernyataan Tuntutan tersebut adalah diakui setakat bahawa Defendan telah ditawarkan oleh penama yang dikenali sebagai Wong Lai Hoe yang menyatakan bahawa beliau merupakan pekerja/ejen atau wakil kepada sebuah syarikat untuk membekalkan perabot-perabot kepada Defendan Pertama. Plaintif diletakkan di atas beban pembuktian yang kukuh untuk membuktikan pernyataan-pernyataan lain di dalam perenggan tersebut. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA Para 4 : Seterusnya dan/atau sebagai jawapan kepada Perenggan 7 Pernyataan Tuntutan tersebut, Defendan-Defendan menyatakan bahawa pada masa yang material, Defendan-Defendan telah menyelesaikan segala pembayaran berkenaan invois-invois yang telah diisukan oleh Plaintif terhadap Defendan Pertama, melalui pekerja, ejen dan/atau wakil Plaintif. Butiran-butiran pembayaran tersebut akan dibuktikan didalam perbicaraan penuh di Mahkamah yang mulia ini kelak. 13. Ini bermaksud Defendan sememangnya mengetahui kepentingan penama bernama Wong Lai Hoe ini memang wujud dan amat penting kepada kes Defendan bagi menunjukkan pembayaran telah dibuat. Namun Wong Lai Hoe ini bukanlah satu-satunya saksi yang paling material tetapi pembuktian lain contohnya dokumen pembayaran atau catatan pembayaran atau penyata akaun duit dikeluarkan untuk tujuan pembayaran kepada tuntutan Plaintif juga adalah yang paling penting. Ini menunjukkan bahawa Defendan/Perayu cuba memperkenalkan teori baharu selepas keputusan Mahkamah Sesyen diberikan. 14. Maka, syarat pertama dalam kes Ladd v. Marshall (supra) iaitu keterangan tidak dapat diperoleh dengan ‘due diligence’ tidak dipenuhi. (b) Prinsip Kedua - Keterangan itu mestilah berpotensi penting, iaitu boleh memberikan keputusan yang berlainan jika dikemukakan. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 15. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan yang dicadangkan tidak mempunyai kepentingan material yang boleh membawa kepada keputusan yang berlainan. 16. Walaupun kes-kes terdahulu melibatkan syarikat yang sama (Panaromic Excellence Sdn Bhd), fakta dan pihak-pihaknya berbeza. Setiap tindakan bergantung kepada hubungan kontrak dan bukti masing-masing. 17. Tambahan pula, isu pembayaran oleh Perayu telah pun dibicarakan di Mahkamah Sesyen. Perayu mengakui telah membuat bayaran tunai tanpa resit dan berjanji akan mengemukakan bukti pembayaran, tetapi gagal berbuat demikian. Keterangan baharu daripada Sim Chun Kiam tidak akan menafikan kegagalan asas ini. 18. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa walaupun keterangan ini diterima, hasilnya tidak akan mengubah dapatan Mahkamah Sesyen yang telah membuat penemuan fakta berdasarkan kredibiliti saksi dan bukti dokumentari. (c) Prinsip Ketiga - Keterangan itu mestilah boleh dipercayai iaitu Kebolehpercayaan Keterangan Baharu. 19. Keterangan yang dicadangkan adalah bersifat sekunder dan tidak disokong dengan dokumen rasmi. Tiada bukti bahawa saksi Sim Chun Kiam mempunyai pengetahuan langsung tentang transaksi antara Perayu dan Responden dalam kes ini. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 20. Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan Responden bahawa membenarkan keterangan ini pada tahap rayuan akan membuka ruang kepada litigasi berulang (‘rehearing by instalment’), yang bertentangan dengan prinsip ketertiban prosiding kehakiman. 21. Maka, bagi isu (i) ini Mahkamah mendapati Perayu-Perayu telah gagal memenuhi ketiga-tiga syarat yang digariskan dalam kes Ladd v Marshall (supra). Isu (ii) - Sama ada wujud keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan tersebut. 22. Walaupun Mahkamah telah mendapati bahawa ketiga-tiga syarat dalam Ladd v Marshall (supra) tidak dipenuhi, Mahkamah tetap mempertimbangkan hujahan Perayu bahawa terdapat “keadaan luar biasa (‘exceptional circumstances’) yang membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012 untuk menerima keterangan baharu tersebut. (a) Prinsip Undang-Undang Mengenai Budi Bicara di Peringkat Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan dari Mahkamah Sesyen. 23. Di bawah Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012, Mahkamah Tinggi sebagai Mahkamah yang mendengar rayuan dari Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menerima keterangan tambahan. Namun, bidang kuasa ini adalah luar biasa dan S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA terhad sifatnya, dan tidak bertujuan untuk membuka semula perbicaraan yang telah selesai. 24. Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Datuk Seri Panglima Mohd Sari bin Hj Nuar (supra) yang turut dirujuk dalam hujahan pihak-pihak. Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut menegaskan bahawa keterangan baharu hanya boleh diterima sekiranya ia benar-benar memenuhi kehendak undang-undang yang munasabah dan mempunyai potensi untuk mempengaruhi keputusan secara nyata. 25. Budi bicara Mahkamah dalam konteks ini bukanlah bersifat bebas tanpa had. Ia tertakluk kepada prinsip finaliti litigasi, kepastian undang-undang dan keadilan prosedural. Mahkamah tidak boleh membenarkan sesuatu permohonan hanya kerana ia “mungkin membantu” Perayu, sebaliknya mesti ada elemen luar biasa yang benar-benar menuntut campur tangan demi mengelakkan ketidakadilan nyata (‘miscarriage of justice’). (b) Adakah Kewujudan Kes-Kes Lain Melibatkan Responden Merupakan Keadaan Luar Biasa? 26. Teras hujahan Perayu ialah bahawa terdapat tiga kes terdahulu yang melibatkan Responden dan pihak-pihak lain, di mana modus operandi yang serupa dikatakan berlaku, iaitu pembayaran dibuat kepada individu yang sama (Wong Lai Hoe/Raymond Wong), dan terdapat laporan polis berhubung penyelewengan wang. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 27. Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan litigasi lain yang melibatkan pihak yang sama tidak secara automatik mewujudkan “keadaan luar biasa”. Setiap tindakan sivil adalah berasaskan hubungan kontrak dan fakta spesifik antara pihak-pihak dalam tindakan tersebut. 28. Daripada dokumen yang dilampirkan dalam Afidavit Sokongan (Encl. 8), adalah jelas bahawa kes-kes yang dirujuk melibatkan Defendan yang berlainan dan jumlah tuntutan yang berbeza. Fakta transaksi, invois dan pembuktian pembayaran adalah khusus kepada setiap kes tersebut. 29. Justeru, walaupun terdapat persamaan dari segi nama individu (Wong Lai Hoe), ia tidak menjadikan dapatan fakta dalam kes-kes lain sebagai determinatif atau secara automatik relevan kepada kes rayuan ini. (c) Adakah Dakwaan Penyelewengan oleh Ejen Membentuk Keadaan Luar Biasa? 30. Perayu berhujah bahawa laporan polis dan dakwaan penyelewengan oleh ejen Responden menunjukkan kemungkinan bahawa pembayaran telah dibuat kepada ejen tersebut, dan oleh itu menimbulkan ketidakadilan sekiranya keterangan tersebut tidak diterima. 31. Namun, Mahkamah mendapati bahawa isu pembayaran melalui ejen telah pun menjadi teras pembelaan di Mahkamah Sesyen. Perayu sendiri mengakui bahawa pembayaran dibuat S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA secara tunai kepada ejen tanpa resit rasmi. Hakim Mahkamah Sesyen telah menilai keterangan tersebut dan membuat dapatan fakta bahawa pembuktian pembayaran gagal disokong dengan dokumen yang mencukupi. 32. Mahkamah ini tidak melihat bagaimana pengemukaan laporan polis atau keterangan daripada Sim Chun Kiam akan mengubah hakikat bahawa dalam kes ini, Perayu gagal mengemukakan bukti pembayaran yang sah dan boleh dipercayai. 33. Dengan kata lain, isu ini bukanlah suatu fakta yang tersembunyi atau baharu yang hanya diketahui selepas perbicaraan. Ia merupakan sebahagian daripada naratif pembelaan sejak awal, tetapi tidak disokong dengan pembuktian yang mencukupi. (d) Prinsip Finaliti dan Larangan “Rehearing by Instalment” 34. Mahkamah ini juga mengambil kira prinsip bahawa rayuan bukanlah satu peluang kedua untuk membina semula kes yang telah gagal di peringkat perbicaraan. Sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan ini atas alasan bahawa terdapat dokumen atau saksi tambahan yang kini ingin diketengahkan, maka setiap pihak yang kalah dalam perbicaraan boleh memfailkan permohonan yang sama dengan alasan bahawa terdapat bukti tambahan yang “terlepas pandang”. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 35. Pendekatan sedemikian akan menjejaskan prinsip finaliti litigasi dan menggalakkan ‘litigation by instalment’, suatu amalan yang secara konsisten ditolak oleh mahkamah-mahkamah atasan. (e) Adakah Wujud Risiko Ketidakadilan Nyata (‘Miscarriage of Justice’)? 36. Ujian terakhir yang perlu dipertimbangkan ialah sama ada penolakan permohonan ini akan menyebabkan ketidakadilan nyata. Dalam kes ini, Perayu telah memfailkan pembelaan, diberi peluang penuh untuk memanggil saksi, diberi peluang untuk mengemukakan dokumen dan diberi peluang untuk memeriksa balas saksi Responden. Oleh itu tiada sebarang halangan prosedural yang menafikan hak Perayu untuk mengemukakan pembelaan sepenuhnya di Mahkamah Sesyen. 37. Permohonan ini lebih bersifat usaha untuk memperkukuh pembelaan yang telah gagal, dan bukannya untuk membetulkan ketidakadilan struktural atau kesilapan prosedur yang serius. 38. Mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan afidavit, hujahan bertulis kedua-dua pihak serta otoriti yang dikemukakan mendapati bahawa: (a) Tiada keadaan luar biasa yang wujud; (b) Tiada elemen ketidakadilan nyata sekiranya keterangan tersebut tidak diterima; dan S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA (c) Permohonan ini pada hakikatnya adalah percubaan untuk membina semula kes di peringkat rayuan. Maka bagi isu (ii), Mahkamah menolak hujahan bahawa budi bicara luar biasa patut digunakan dalam kes ini. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN (A) Mengenai Isu (i): Kegagalan Memenuhi Ujian Ladd v Marshall(supra) 39. Bagi Isu (i), Mahkamah telah meneliti sama ada dokumen dan saksi yang dicadangkan memenuhi tiga syarat kumulatif sebagaimana yang digariskan dalam Ladd v Marshall (supra) dan diterima pakai oleh mahkamah-mahkamah tempatan. 40. Mahkamah ini mendapati bahawa: 41. Pertama, syarat ketekunan munasabah (‘due diligence’) tidak dipenuhi. Isu pembayaran kepada Wong Lai Hoe telah diketahui dan diplidkan secara umum sejak awal prosiding. Namun Perayu gagal memanggil saksi material, gagal memohon sapina, dan gagal mengemukakan bukti dokumentari pembayaran semasa perbicaraan. Tiada penjelasan memuaskan dikemukakan untuk menunjukkan bahawa keterangan tersebut tidak boleh diperoleh dengan usaha wajar. 42. Kedua, syarat materialiti tidak dipenuhi. Walaupun kes-kes lain melibatkan Responden dan individu yang sama dirujuk, fakta setiap tindakan adalah berbeza dan bergantung kepada S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA pembuktian kontrak serta transaksi masing-masing. Keterangan yang dicadangkan tidak berpotensi secara munasabah untuk mengubah dapatan fakta Mahkamah Sesyen yang telah dibuat selepas menilai kredibiliti saksi dan ketiadaan bukti pembayaran yang sah. 43. Ketiga, syarat kebolehpercayaan tidak dipenuhi. Keterangan yang dicadangkan bersifat sekunder, tidak disokong oleh dokumen transaksi langsung antara Perayu dan Responden, serta tidak mengatasi kegagalan asas Perayu membuktikan pembayaran. 44. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa ketiga-tiga syarat dalam Ladd v Marshall (supra) gagal dipenuhi secara kumulatif. Kegagalan terhadap mana-mana satu syarat sudah mencukupi untuk menolak permohonan apatah lagi dalam kes ini, ketiga-tiganya tidak dipenuhi. (B) Mengenai Isu (ii): Ketiadaan Keadaan Luar Biasa 45. Bagi Isu (ii), Mahkamah telah mempertimbangkan sama ada walaupun ujian Ladd v Marshall (supra) tidak dipenuhi, wujud keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012. 46. Mahkamah menegaskan bahawa kuasa menerima keterangan tambahan di peringkat rayuan adalah bersifat luar biasa dan terhad. Ia bukan bertujuan membuka semula perbicaraan atau S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA membenarkan pihak yang gagal memperkukuh kesnya di peringkat asal untuk membina semula pembelaan di peringkat rayuan. 47. Setelah menilai keseluruhan afidavit dan hujahan, Mahkamah mendapati bahawa: i. Kewujudan kes-kes lain melibatkan Responden tidak dengan sendirinya mewujudkan keadaan luar biasa; ii. Dakwaan penyelewengan oleh ejen telah pun menjadi teras pembelaan di Mahkamah Sesyen dan bukannya fakta baharu yang tersembunyi; iii. Tiada sebarang kecacatan prosedur atau ketidakadilan struktural yang menafikan hak Perayu untuk membela diri sepenuhnya di peringkat perbicaraan; dan iv. Permohonan ini pada hakikatnya adalah usaha memperkenalkan teori yang diperkemas selepas keputusan diberikan. 48. Mahkamah ini juga mendapati bahawa penolakan permohonan ini tidak menimbulkan risiko ketidakadilan nyata (‘miscarriage of justice’). Sebaliknya, membenarkan permohonan ini akan menjejaskan prinsip finaliti litigasi dan membuka ruang kepada ‘rehearing by instalment’. Justeru, Mahkamah memutuskan S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA bahawa tiada keadaan luar biasa yang wajar membolehkan budi bicara luar biasa digunakan dalam kes ini. 49. Secara kumulatifnya adalah disimpulkan Isu (i) diputuskan menentang Perayu kerana kegagalan memenuhi ujian Ladd v Marshall (supra) dan Isu (ii) juga diputuskan menentang Perayu kerana ketiadaan keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah menyimpang daripada prinsip tersebut. 50. Dengan kedua-dua isu diputuskan sedemikian, permohonan di bawah Aturan 55 Kaedah 7 dan Aturan 38 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak mempunyai asas undang-undang atau fakta yang mencukupi untuk dibenarkan. 51. Mahkamah ini sedar sepenuhnya bahawa keputusan untuk menerima atau menolak keterangan baharu di bawah Aturan 55 Kaedah 7 KKM 2012 adalah suatu pelaksanaan budi bicara kehakiman. Justeru, Mahkamah telah mengambil pendekatan yang berhati-hati dan berdisiplin dengan merujuk secara langsung kepada prinsip yang telah mantap dalam Ladd v Marshall (supra) serta autoriti tempatan yang dirujuk oleh pihak-pihak, termasuk kes Datuk Seri Panglima Mohd Sari bin Hj Nuar v Vee Seng Development Sdn Bhd & Ors [2009] 2 MLRA 349 dan kes-kes lain dalam Ikatan Otoriti Perayu dan Responden. S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 52. Dalam melaksanakan budi bicara tersebut, Mahkamah ini tidak menyimpang daripada prinsip undang-undang yang terpakai. Mahkamah tidak mengenakan ujian tambahan yang tidak diperuntukkan, dan tidak pula melonggarkan syarat yang telah ditetapkan oleh autoriti terdahulu. Dapatan Mahkamah adalah berpaksikan kepada tiga syarat kumulatif yang telah lama diiktiraf sebagai piawaian penerimaan keterangan baharu. 53. Mahkamah juga menegaskan bahawa keputusan ini bukan dibuat atas dasar teknikal semata-mata, tetapi atas penilaian substantif terhadap rekod rayuan, nota keterangan perbicaraan, kandungan afidavit dan hujahan kedua-dua pihak. Oleh itu, tiada persoalan bahawa Mahkamah telah gagal mempertimbangkan bahan yang material atau telah terlepas pandang isu yang relevan. 54. Sebaliknya, Mahkamah mendapati bahawa faktor-faktor yang dipertimbangkan adalah faktor yang sah dan relevan, iaitu sama ada keterangan tersebut boleh diperoleh dengan ketekunan munasabah, sama ada ia berpotensi mempengaruhi keputusan, sama ada ia boleh dipercayai dan sama ada wujud ketidakadilan nyata sekiranya permohonan ditolak. 55. Mahkamah tidak mengambil kira sebarang pertimbangan yang tidak relevan, dan tidak menolak permohonan ini atas dasar anggapan atau spekulasi. Keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang tersusun terhadap fakta kes serta prinsip undang-S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA undang yang mengawal selia penerimaan keterangan tambahan. 56. Tambahan pula, Mahkamah ini mengambil kira prinsip finaliti litigasi sebagai suatu pertimbangan kehakiman yang sah. Prinsip tersebut bukanlah faktor asing, tetapi merupakan sebahagian daripada kerangka undang-undang yang mengawal fungsi rayuan, agar rayuan tidak bertukar menjadi perbicaraan semula secara berperingkat. 57. Mahkamah juga mendapati bahawa tiada elemen ketidakadilan prosedural, tiada sekatan yang menafikan hak Perayu untuk mengemukakan pembelaan di peringkat Mahkamah Sesyen, dan tiada keadaan luar biasa yang menuntut campur tangan luar daripada prinsip biasa yang mengawal penerimaan keterangan baharu. 58. Dengan itu, keputusan ini bukanlah suatu pelaksanaan budi bicara yang arbitrari, tidak berprinsip, atau tersalah arah. Sebaliknya, ia adalah pelaksanaan budi bicara yang berpandukan prinsip yang mantap, berdasarkan fakta yang jelas dalam rekod, dan selaras dengan objektif keadilan serta ketertiban prosiding kehakiman. 59. Mahkamah ini juga menegaskan bahawa untuk mencabar keputusan ini atas alasan salah arah dalam pelaksanaan budi bicara, adalah perlu ditunjukkan bahawa Mahkamah telah: S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA (a) salah memahami prinsip undang-undang yang terpakai; (b) gagal mempertimbangkan faktor yang material; (c) mengambil kira faktor yang tidak relevan; atau (d) mencapai keputusan yang jelas tidak munasabah. 60. Berdasarkan alasan yang telah dihuraikan di bawah Isu (i) dan Isu (ii), Mahkamah berpuas hati bahawa tiada satu pun daripada keadaan tersebut wujud dalam kes ini. Justeru, keputusan untuk menolak permohonan di Lampiran 7 adalah suatu keputusan yang berada dalam lingkungan budi bicara yang sah, rasional dan selaras dengan prinsip undang-undang yang mantap. PERINTAH 61. Setelah mempertimbangkan keseluruhan afidavit, dokumen, hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah dengan ini memerintahkan seperti berikut: 1. Permohonan Perayu di Lampiran 7 untuk mengemukakan keterangan baharu di bawah Aturan 55 Kaedah 7 dan/atau Aturan 38 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah DITOLAK. 2. Kos permohonan ini adalah kos dalam kausa S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA 3. Rayuan utama hendaklah diteruskan berdasarkan rekod rayuan sedia ada tanpa sebarang keterangan tambahan. BERTARIKH: 23 FEBRUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Shaik Adam & Co Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Chris Lee & Partners Muar S/N mcqLbofjG0uHvw6d2TBimA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.