Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: RA-22NCvC-6-10/2023
/akn/my/judgment/high-court/2026/61a7b126-c89f-4c67-8cc8-d1e026e61207
High Court of Malaysia29 Apr 2026RA-22NCvC-6-10/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“au perjanjian berkenaan itu berlaku. Tarikh sebenar sesuatu kausa tindakan mula terakru adalah pada tarikh yang terawal tuntutan tersebut boleh dibuat. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nasri v. Mesah[1970] CLJU 85; [1970] 1 LNS 85; [1971] MLJ 32, memutuskan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the ori”
“ku. Tarikh sebenar sesuatu kausa tindakan mula terakru adalah pada tarikh yang terawal tuntutan tersebut boleh dibuat. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nasri v. Mesah[1970] CLJU 85; [1970] 1 LNS 85; [1971] MLJ 32, memutuskan bahawa: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFI”
“35. Mahkamah Rayuan dalam keputusannya telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] CLJU 119; [1979] 1 LNS 119 yang menyatakan seperti berikut; “... the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's”
“iperuntukkan dalam seksyen 60 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. (rujuk; Etiqa Takaful Berhad v Suchiati binti Adzim [2020] 1 LNS 615 dan Recaliva Design Steel (M) Sdn Bhd v Vista Access Sdn Bhd & anor [2008] CLJU 88) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11”
“47. Fakta dan kedudukan yang hampir sama berbangkit dalam kes Afzal Nizam Mohd Firdawos blwn Pusaka Alif Shafri Shaharuddin [2015] CLJU 2867 di mana terdapat satu persetujuan dicapai antara arwah Alif dengan arwah Firdawos yang dikatakan bersetuju untuk menamakan arwah Alif seorang sebagai penerima tunggal harta arwah”
“menghujahkan tiada penjelasan yang munasabah dan boleh diterima dikemukakan oleh Plf bagi menjelaskan kelewatan yang melampau tersebut. Peguam merujuk kepada kes Tan Yew Lan & 3 others v Tan Kim Seng [2018] MLJU 167 di mana MR telah menegaskan sebarang kelewatan tanpa penjelasan akan menjejaskan hak seseorang penuntut.”
“lah jelas iaitu keterangan dokumen yang sepatutnya diberi pertimbangan melebihi dari keterangan lisan. Ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Jayandran Subramaniam v Rajaprakash Raghavan [2025] CLJU 3048 seperti berikut; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFI”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: RA-22NCvC-6-10/2023
1
BUNGA BINTI BAKAR
2
PERMAISURI BINTI BAKAR
3
SITI ESHAH BT BAKAR
4
ROSLI BIN KAMARDIN (NO. K/P: 670514-09-5055) (Wakil litigasi kepada Kamardin bin Bakar)
5
MOHD MUJAHIDDEN BIN MOHD NOH (NO. K/P: 830404-09-5003) (Wakil litigasi kepada Libar Bt Bakar)
6
MURZIKA BINTI KAMIS @ MANSOR (No. K/P: 670228-09-5046) (Wakil litigasi kepada Siti Rohani Bt Bakar)
7
AZLI B IBRAHIM (NO. K/P: 720102-09-5035) (Wakil litigasi kepada Siti Eshah Bt Bakar (NO. K/P: 4624500))
8
NUR SYAHIRAH BINTI ABD HALIM (NO. K/P: 950827095028) (Wakil litigasi kepada Zainab Bt Bakar) 17/06/2026 16:14:55 RA-22NCvC-6-10/2023 Kand. 52
9
MOHAMAD NAZERI BIN BAKAR (NO. K/P: 640202-09-5083) (Wakil litigasi kepada Rokiah Bt Bakar) ...PLAINTIF-PLAINTIF
1
TIJAH BINTI OMAR
2
MAZMI BINTI MAT ZAIN
3
MAZNAH BINTI MAT ZAIN
4
MOHAMAD IDRUS BIN MAT ZAIN
5
MOHD FIRDAUS BIN MAT ZAIN
6
MOHD KAMAL BIN MAT ZAIN
7
NORASHIKIN BINTI MAT ZAIN
8
NORAZIMAH BINTI MAT ZAIN
9
SEHA BINTI MAT ZAIN (NO. K/P: 661124-09-5012) ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Kes ini melibatkan satu tuntutan oleh Plaintif-plaintif (Plf) berkaitan 2 tanah seperti berikut: a) PM 2211, Lot No 580, Mukim Titi Tinggi, daerah Perlis, Perlis (tanah pertama); dan b) PM 2210, Lot No 508, Mukim Titi Tinggi, daerah Perlis, Perlis (tanah kedua).
2
Secara amnya, Plf memohon satu deklarasi berkaitan hak dan kepentingan Plf ke atas kedua-dua tanah tersebut. Memandangkan tanah pertama telah dijual oleh Defendan-defandan (Def), Plf memohon jumlah RM564,3000.00 dibayar kepada Plf dan bagi tanah kedua satu permohonan pembahagian pusaka dibuat.
3
Untuk rekod, perbicaraan pada awalnya adalah dihadapan YA Dato’ Dr Arik Sanusi Yeop Johari sehingga saksi ketiga Plf. Ianya disambung oleh mahkamah ini selepas YA telah diarahkan berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang bantahan bagi kes ini diteruskan oleh mahkamah ini. Fakta Kes
4
Kedua-dua tanah tersebut pada asalnya diteroka oleh Bakar bin Harun (Bakar) sekitar tahun 1952. Pada masa tersebut, tanah tersebut masih lagi merupakan tanah kerajaan.
5
Pada 13/2/1985, Bakar telah meninggal dunia dan meninggalkan 9 waris-waris seperti berikut (waris-waris) :
6
Pada ketika kematian Bakar, tanah-tanah tersebut masih berstatus tanah kerajaan. Waris-waris telah bersama-sama menjaga tanah-tanah tersebut dengan berkongsi perbelanjaan dan bayaran yang berkaitan dengan tanah-tanah tersebut. a) Kamardin bin Bakar; b) Mat Zain bin Bakar; c) Libar bt Bakar; d) Siti Rohani bt Bakar; e) Siti Eshah bt Bakar (KP : 4624500); f) Siti Eshah bt Bakar (KP : 4571707); g) Permaisuri bt Bakar; h) Bunga bt Bakar; i) Zainab bt Bakar; dan j) Rokiah bt Bakar
7
Sekitar 9/11/1988, satu perbincangan telah diadakan dalam kalangan waris-waris di mana mereka telah mencapai kata sepakat untuk melantik Mat Zain bin Bakar untuk membuat permohonan pemilikan ke atas tanah-tanah tersebut. Satu perjanjian bertarikh 9/11/1988 (perjanjian tersebut) telah dimasuki dan waris-waris Bakar telah dikatakan menandatangani surat persetujuan tersebut.
8
Berlanjutan dari itu, permohonan pemilikan tanah-tanah tersebut telah dibuat dan pada tahun 1990, satu suratan hakmilik ke atas tanah-tanah tersebut telah dikeluarkan di atas nama Mat Zain bin Bakar.
9
Pada 14/4/2020, Mat Zain bin Bakar telah meninggal dunia dan pada ketika itu, nama berdaftar di atas suratan hakmilik adalah di atas namanya. Berlanjutan itu, tanah-tanah tersebut telah diperturunkan secara pusaka kepada Defendan-defendan (Def).
10
Sekitar bulan September 2022, tanah pertama telah dijual oleh Def kepada Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan harga RM627,000.00. Wang tersebut tidak pernah diagihkan kepada mana-mana waris-waris iaitu dari kalangan Plf walaupun pertanyaan telah dikemukakan kepada Def sejak bulan Mei 2023. Isu untuk diputuskan
11
Melalui perbincangan sebelum kes diteruskan oleh mahkamah ini, pihak-pihak bersetuju bahawa isu asas yang perlu diputuskan adalah berkenaan keabsahan perjanjian tersebut yang dimasuki pada 9/11/1988. Jika ianya sah, apakah perintah yang sesuai untuk perjanjian tersebut dikuatkuasakan sesuai dengan tuntutan Plf.
12
Jika ianya tidak sah, sama ada tuntutan balas Def agar kaveat yang dimasuki oleh Plf boleh diketepikan dan apa-apa ganti rugi yang wajar ke atas Def. Analisis dan dapatan mahkamah Sama ada tuntutan Plf adalah dihalang oleh had masa
13
Sebelum mahkamah menimbang keterangan-keterangan berkaitan tuntutan substantif Plf, wajar untuk mahkamah menimbangkan terlebih dahulu isu had masa yang dibangkitkan oleh peguam Def. Isu ini berbangkit apabila peguam menghujahkan bahawa tarikh perjanjian tersebut adalah pada 9/11/1988 manakala suratan hakmilik telah dikeluarkan pada 8/4/1990. Tindakan Plf ke atas Def hanya diambil pada tahun 2023.
14
Peguam Def menghujahkan bahawa ia dengan secara lansung menunjukkan bahawa Plf mengambil masa selama 33 tahun sebelum mengambil tindakan sedangkan Plf mengetahui bahawa pemilik berdaftar tersebut adalah Mat Zain bin Bakar.
15
Peguam Def telah membawa perhatian mahkamah kepada seksyen 9 Akta Had Masa 1953 [Akta 254] yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan untuk mendapatkan kembali tanah hanya boleh diambil dalam tempoh 12 bulan dari tarikh hak tindakan terakru.
16
Peguam Def menghujahkan tiada penjelasan yang munasabah dan boleh diterima dikemukakan oleh Plf bagi menjelaskan kelewatan yang melampau tersebut. Peguam merujuk kepada kes Tan Yew Lan & 3 others v Tan Kim Seng [2018] MLJU 167 di mana MR telah menegaskan sebarang kelewatan tanpa penjelasan akan menjejaskan hak seseorang penuntut. Mahkamah menyatakan; “As we alluded to earlier, there was no reasonable and acceptable explanation preferred by the Plaintiff for the in-action and delay for over 20 years in enforcing his rights over the said land. We note from the records that the Plaintiff indeed did not take any action within the 20 years period to ensure that the said SPA was performed even though he was aware that the Defendants had not fulfilled the conditions specified under Clause 2(i) of the said SPA. Since reliefs sought by the Plaintiff are equitable in nature, the relevant equitable maxim applicable would be vigilantibus et non dormientibus lex succuvrit – equity aids the vigilant, not those who slumber on their rights (see Matair Suhaili & Anor v. Rose Foo Chin Lan & Ors [2007] 5 CLJ 406).
17
Bagi isu ini, mahkamah berpandangan bahawa asas tuntutan Plf ke atas Def adalah bukan bersandarkan kepada perjanjian tersebut semata-mata. Namun ia adalah berkaitan satu amanah yang diwujudkan dalam perjanjian tersebut. Oleh itu kausa tindakan hanya akan bermula apabila terdapat perlanggaran dalam terma perjanjian iaitu secara khususnya pelanggaran ke atas amanah tersebut.
18
Berdasarkan kepada Penyataan Tuntutan Plf, kausa tuntutan Plf adalah hanya berbangkit apabila pegangan pemilikan tanah-tanah tersebut telah berpindah daripada Mat Zain bin Bakar kepada Def melalui perintah pembahagian pusaka pada 12/10/2021 dan selanjutnya Def telah dikatakan menjual tanah tersebut pada tahun 29/12/2022. Def kemudiannya telah menandatangani Borang 14A pada 1/4/2023 dan selanjutnya tanah pertama dipindah milik kepada MAIPs.
19
Tindakan-tindakan ini dengan secara lansungnya menyebabkan berlakunya perlanggaran dalam amanah yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut. Pada takat ini barulah pada pandangan mahkamah berbangkitnya kausa tindakan Plf ke atas Def dan oleh itu berdasarkan seksyen 6 Akta 254, tindakan Plf adalah masih dalam tempoh 6 tahun yang dibenarkan oleh undang-undang.
20
Dalam kes Abdul Fatah Haron lwn Mohd Izani Che Hassan & yang lain [2020] 1 LNS 502, Mahkamah Rayuan telah menjelaskan dengan jelas takat bermulanya sesuatu tindakan seperti berikut; “[31] Sesuatu kausa tindakan bermula dari tarikh mana-mana pelanggaran ("infringement") atau ugutan pelanggaran ("threat of infringement") terhadap hak seseorang di bawah kontrak atau perjanjian berkenaan itu berlaku. Tarikh sebenar sesuatu kausa tindakan mula terakru adalah pada tarikh yang terawal tuntutan tersebut boleh dibuat. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nasri v. Mesah[1970] CLJU 85; [1970] 1 LNS 85; [1971] MLJ 32, memutuskan bahawa: "Time begins to run for the purposes of limitation from the date of any infringement or threat of infringement of the appellant's right under the agreement . A cause of action on a contract accrues on the date of breach and in the case of actions founded on contract, therefore, the time runs from the breach." Dalam kes Peng Bee Sdn Bhd v. Teoh Liang Teh &Ors [2000] 4 CLJ 825; [2001] 1 MLJ 1, Mahkamah Rayuan menjelaskan mengenai had masa sebagaimana berikut: ".......... masa mulai diambilkira dari tarikh mana-mana pelanggaran atau ugutan pelanggaran hak perayu di bawah perjanjian jualbeli.........."
21
Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan bahawa bantahan awal yang dikemukakan oleh Def adalah tidak berasas. Plf pada pandangan mahkamah adalah tidak terperangkap dalam had masa. Sama ada perjanjian tersebut yang bertarikh 9/11/1988 adalah sah dan boleh dikuatkuasakan
22
Isu yang paling utama dalam kes ini adalah berkaitan keabsahan perjanjian tersebut yang menjadi pertikaian utama kedua-dua pihak.
23
Saksi-saksi Plf telah memberi keterangan bahawa selepas kematian Bakar pada 13/2/1985, perbincangan telah dijalankan di antara waris-waris Bakar termasuk beberapa Plf dan Mat Zain bin Bakar, yang merupakan suami kepada Def 1 dan bapa kepada Def 2 sehingga Def 9, untuk menguruskan tanah-tanah tersebut. Ia termasuk menjalankan urusan di pejabat tanah.
24
Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh SP2, SP3, SP4 dan Plf 3. Keterangan SP2, SP3 dan SP4 menyatakan bahawa waris-waris telah mencapai persetujuan bahawa waris-waris mempunyai hak yang sama rata ke atas tanah-tanah tersebut dan Mat Zain bin Bakar telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi kesemua waris.
25
Berikutan itu, pada 9/11/1988, perjanjian tersebut ( sepertimana di muka surat 43 Ikatan B) telah ditandatangani di Pejabat Tanah dan Galian negeri Perlis. Keterangan-keterangan yang selari telah diberikan oleh saksi-saksi Plf iaitu SP2, SP3 dan SP6. Keterangan mereka juga adalah konsisten walaupun setelah diperiksa balas oleh peguam Def.
26
Salinan asal perjanjian tersebut tidak dikemukakan. Hanya salinan sahaja yang dikemukakan kerana yang asli dikatakan berada dalam simpanan Mat Zain bin Bakar.
27
Mahkamah berpandangan, walaupun hanya salinan perjanjian sahaja dikemukakan, keterangan lisan SP2, SP3, SP4 dan SP6 adalah keterangan-keterangan secara lansung dan bukannya dengar cakap. Ia bertepatan dengan apa yang diperuntukkan dalam seksyen 60 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. (rujuk; Etiqa Takaful Berhad v Suchiati binti Adzim [2020] 1 LNS 615 dan Recaliva Design Steel (M) Sdn Bhd v Vista Access Sdn Bhd & anor [2008] CLJU 88)
28
Keterangan ini disokong oleh keterangan SD1 iaitu Def 4 berkaitan perbualannya dengan SP4 yang menunjukkan pengetahuan SD1 berkaitan pemilikan tanah-tanah tersebut. Ini dapat dilihat dari keterangan-keterangan seperti berikut: a) Plf Pertama memegang salinan asal suratan hakmilik tanah-tanah tersebut walaupun ianya atas nama Mat Zain bin Bakar; b) waris-waris Bakar termasuk Mat Zain bin Bakar telah bersama-sama menjaga tanah-tanah tersebut seperti berkongsi membayar cukai tanah, kos penyelenggaraan tanah dan kos pampasan kerana pencerobohan tanah; c) SP4 dalam keterangannya mengatakan pernah melihat Mat Zain bin Bakar datang ke rumahnya meminta bapanya iaitu Kamardin bin Bakar membuat bayaran cukai tanah dan kos membuang busut serta pampasan; d) SP5 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP5 sendiri pernah membayar cukai tanah, kos membersih dan membuang busut dan bayaran pampasan kepada penceroboh; e) SP7 yang merupakan isteri SP5 turut menyokong keterangan SP5 apabila SP7 telah menyerahkan wang cukai tanah kepada Mat Zain bin Bakar bagi pihak SP5. selepas Mat Zain bin Bakar meninggal dunia, SP2 dan SP6 ada bertanyakan Def 1 berkaitan pembayaran cukai tanah namun Def 1 memberi jawapan akan merujuk kepada anak-anaknya; dan f) Mat Zain bin Bakar telah pergi ke rumah bapa SP4 untuk menyatakan hasratnya memindahkan tanah-tanah tersebut kepada nama anaknya iaitu Def 6 namun ianya tidak dipersetujui oleh Plf. SP4 menyatakan bahawa semasa pertemuan antara Mat Zain bin Bakar dengan bapanya, SP4 ada bersama-sama dan Mat Zain bin Bakar telah diperingatkan bahawa jika sekalipun berhasrat untuk memindah milik tanah-tanah tersebut, Mat Zain bin Bakar perlu memaklumkan waris-warisnya bahawa tanah-tanah tersebut adalah hak milik bersama waris-waris Bakar.
29
Selain itu, satu salinan audio perbualan antara SD1 dan SP4 telah dikemukakan. Audio tersebut menyokong keterangan SP4 seperti berikut; “Masa dia nak bubuh nama adik Kamal dia cerita dah kat Abang Chik Li dengan arwah ayah Bank Chik Li. Chik Li cakap la kat arrwah ayah kata, Pak lang..Pak Lang nak bubuh nama sapa pun bubuh la. Tapi tolong cerita dekat anak-anak...ni tanah pusaka kata. Lepas tu hari tu la dia kata, aku tak larat dah Li oi dok ulang pejabat tanah. Aku nak bubuh nama Abang Kamal, adik Kamal hang la dia kata. Aku tak larat dah Li dia kata depa pandai la Chik kata, aku letih dok ulang pi keja pi mai pi mai pi keja pi balik pi balik ya tak larat dah. Tiap kali dia singgah tu, singgah ambik duit hasil bayaq hasil tanah Titi Tinggi. Masuk tahun kedua tu dia dah sakit tu kan, dia pi ambik pula tu dia kata "aku tak larat dah buang duit' dia kata aku nak buh nama anak aku la. Abang dah tegoq dah kat dia masa tuk an. Haa…pastu takpa la. Lepas tu teruih dia sakit sampai ke tak dak.”
30
Selanjutnya, keterangan SD1 semasa pemeriksaan utama turut menyatakan kesediaan Def untuk membayar saguhati kepada Plf yang secara inferensnya menunjukkan bahawa Def mengakui bahawa tanah tersebut bukanlah hak mutlak Mat Zain bin Bakar. Mahkamah berpandangan bahawa alasan SD1 bahawa saguhati hanya atas dasar kekeluargaan adalah sukar diterima tetapi sebaliknya satu pengetahuan bahawa Def sedar hak Plf yang terakru ke atas tanah tersebut.
31
Malahan SD1 melalui rakaman audio telah menyatakan bahawa pihak Def telah merujuk masalah ini kepada MAIPs dan ini diakui semasa pemeriksaan balas di mana SD1 menyatakan bahawa Def 9 telah merujuk perkara ini kepada MAIPs namun surat perjanjian tersebut yang dikatakan menjadi isu tidak dirujuk atau dibawa ke perhatian MAIPs. Tindak tanduk Def ini turut pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa Def sebenarnya mengetahui bahawa Mat Zain bin Bakar bukanlah pemilik tunggal bagi tanah tersebut. Def turut tidak bersikap jujur dalam membentangkan keseluruhan fakta berkaitan tanah-tanah tersebut apabila menyembunyikan fakta berkaitan perjanjian tersebut.
32
Berkaitan pendirian Def bahawa MAIPs telah memberi pandangan bahawa tanah tersebut milik mereka, mahkamah berpandangan bahawa iainya adalah tidak relevan dengan kes ini memandangkan SD1 mengakui bahawa surat perjanjian tersebut tidak dikemukakan ke perhatian MAIPs. Pandangan MAIPs adalah ternyata tidak lengkap dan tidak wajar menjadi alasan Def untuk mengatakan bahawa tanah-tanah tersebut adalah milik mereka semata-mata.
33
Merujuk kepada keterangan SD1 bahawa SD1 dimaklumkan oleh Plf 1 bahawa bapanya iaitu Mat Zain bin Bakar telah memohon tanah tersebut sebagai geran individu di atas namanya setelah bapa saudaranya iaitu Kamardin bin Bakar menolak, mahkamah mendapati keterangan ini sukar diterima atas alasan-alasan berikut: a) keterangan tersebut adalah dengar cakap daripada ibunya iaitu Plf 1; b) jika ia memang ditawarkan kepada Mat Zain bin Bakar, kenapa terdapat perbincangan antara waris-waris dan surat perjanjian tersebut ditandatangani oleh setiap waris yang hadir; c) Def mengakui kewujudan surat perjanjian tersebut; dan d) ia bertentangan dengan surat perjanjian sedangkan Def telah mengakui akan kewujudan surat perjanjian tersebut.
34
Selanjutnya mahkamah turut menegaskan bahawa keterangan SD1 adalah secara keterangan lisan dan ianya bertentangan dengan keterangan dokumen. Prinsip undang-undang adalah jelas iaitu keterangan dokumen yang sepatutnya diberi pertimbangan melebihi dari keterangan lisan. Ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Jayandran Subramaniam v Rajaprakash Raghavan [2025] CLJU 3048 seperti berikut; “The proper approach, as settled by authority, is that where oral testimony is inconsistent with documentary evidence, the latter must prevail unless there are compelling reasons to disregard it. The failure to give precedence to the documents led to findings of fact that were unsustainable in law and, in our view, resulted in a miscarriage of justice.”
35
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] CLJU 119; [1979] 1 LNS 119 yang menyatakan seperti berikut; “... the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity.”
36
Berdasarkan keterangan-keterangan ini, mahkamah merumuskan bahawa surat perjanjian tersebut, yang bertarikh 9/11/1988 adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. Sama ada perjanjian tersebut iaitu mewujudkan amanah ke atas Mat Zain bin Bakar
37
Persoalan yang lebih besar adalah apakah kesan ke atas surat perjanjian tersebut. Peguam Plf menghujahkan bahawa surat perjanjian tesebut telah membangkitkan satu amanah konstruktif ke atas Mat Zain bin Bakar. Ini berikutan segala urusan berhubung dengan tanah-tanah tersebut adalah dilakukan secara bersama-sama oleh waris-waris dan Mat Zain bin Bakar.
38
Peguam Def sebaliknya menghujahkan bahawa surat tersebut tidak memberi apa-apa kesan kerana tanah-tanah tersebut ketika perjanjian tersebut ditandatangani masih merupakan tanah kerajaan. Oleh yang demikian, sebarang perkiraan yang dibuat bagi tanah kerajaan adalah tidak mempunyai makna. Ini berdasarkan kepada seksyen 41 dan 42 Kanun Tanah Negara (KTN) (rujuk; Tengku Haji Jaafar ibni Almarhum Tengku Muda Ali & anor v Government of Pahang [1987] 2 MLJ 74).
39
Memandangkan ia adalah tanah-tanah yang tidak boleh dibuat perkiraan, maka peguam Def menghujahkan bahawa perjanjian tersebut adalah tidak mematuhi seksyen 24, 25 dan 57 Akta Kontrak 1950 [Akta 136] dan ia adalah terbatal dari awal (void ab initio) (rujuk; Ong Thean Chye and ors v Tiew Choy Chai and anor [2011] 4
40
Secara amnya, amanah konstruktif dibentuk oleh undang-undang, dan wujud untuk menjadikan penerima harta amanah bertanggungan kepada pemilik benefisial sebagai pemegang amanah konstruktif.
41
Apa yang dimaksudkan sebagai amanah konstruktif telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan melalui peghakiman Nallini Pathmanathan, HMR (pada ketika itu) dalam kes Wooley Development Sdn Bhd v. Tiara Contours Construction Sdn Bhd [2016] 2 MLJ 861 seperti berikut: "[30] A constructive trust is a creation of the law, which comes into existence to hold the recipient or transferee of trust property liable to the beneficial owner as a 'constructive trustee'. It is however clear beyond dispute that there must have been trust property in existence in the first place for a constructive trust to arise by operation of law. [31] In Datuk M Kayveas v. See Hong Chen & Sons Sdn Bhd & Ors [2013] 5 CLJ 949; [2014] 4 MLJ 64 the Federal Court defined a constructive trust as follows: [32] A trust is an obligation enforceable in equity, which rests on a person as owner of some property, for the benefit of another or for the advancement of certain purposes... [38] From the various opinions above it may be construed that a constructive trust arises by operation of law irrespective of the intention of the parties, in circumstances where the trustee acquires property for the benefit of the beneficiary, and making it unconscionable for him to assert his own beneficial interest in the property and deny the beneficial interest of another."
42
Kewujudan amanah konstruktif adalah berbangkit dalam banyak keadaan. Keadaan-keadaan ini telah dibincangkan oleh Abdul Malik Ishak, HMT (pada ketika itu) dalam kes Pet Far Eastern (M) Sd Bhd v. Tay Young Huat & ors [2009] 2 CLJ 886 seperti berikut: "A constructive trust is created and is held by a person in circumstances where it would be inequitable to allow him to assert full beneficial ownership of the property (Bannister v. Bannister [1948] 2 All ER 133; Hussey v. Palmer[1972] 3 All ER 744, [1972] 1 WLR 1286 CA; and Lyus v. Prowsa Developments Ltd [1982] 2 All ER 953, [1982] 1 WLR 1044). That person will hold the property in a fiduciary capacity and by virtue of his ownership of or dealings with that fiduciary property that he acquired that specific property subject to the constructive trust (Espinasse v. Lowe [1764] 7 Bro Pari Cas 345 at 355 HL; British Reinforced Concrete Engineering Co. v. Lind [1917] 86 LJ Ch 486; Re Eyre-Williams, Williams v. Williams [1923] 2 Ch 533; and Green v. Weatherill [1929] 2 Ch 213). But a stranger who receives property in circumstances where he has actual or constructive notice that the property that is being transferred to him is a trust property then he is said to be a constructive trustee of that trust property (Barnes v. Addy [1874] 9 Ch App 244 at 251; Soar v. Ashwell [1893] 2 QB 390 at 400, 405 CA; Belmont Finance Corpn v. Williams Furniture Ltd (No: 2) [1980] 1 All ER 393 CA). Put bluntly, a person who holds property on a constructive trust is described as a constructive trustee in respect of that property (Soar v. Ashwell (supra)). Treating and regarding a person as a constructive trustee is merely a formula to impose an equitable personal liability to account (Selangor United Rubber Estates Ltd v. Cradock (No: 3) [1968] 2 All ER 1073 at 1097, [1968] 1 WLR 1555 at 1582; and English v. Dedham Vale Properties Ltd [1978] 1 All ER 382 at 398, [1978] 1 WLR 93 at 110). Lord Denning MR, that innovative judge, introduced in Eves v. Eves [1975] 3 All ER 768 at 771, [1975] 1 WLR 1338 at 1341 CA a wider scope to constructive trust. His Lordship boldly held that a trust would be imposed whenever justice and good conscience require it. it was according to his Lordship a liberalising process founded on large doses on the principles of equity where the legal owner cannot conscientiously keep the property for himself but to allow another party to have the property wholly or on a sharing basis. His Lordship felt that this equitable remedy can enable an aggrieved party to obtain restitution. Mahon J of New Zealand in the case of Carly v. Farrelly [1975] 1 NZLR 356 at 367 criticised the approach adopted by Denning MR in Eves v. Eves (supra) and his Lordship remarked that the "supposed rule of equity which is not only vague in its outline but which must disqualify itself from acceptance as a valid principle of jurisprudence by its total uncertainty of application and result."
43
Sesuatu amanah berbangkit bukan hanya bersandarkan kepada keterangan dokumen semata-mata, namun ia juga boleh diwujudkan dari keterangan lisan atau tingkah laku pihak-pihak. Ini telah disentuh oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Zainab Ibrahim v Limah Che Mat [2014] 1 LNS 716 seperti berikut; “[11] We bear in mind that a trust does not arise by written document alone. It may arise orally or may be inferred from the conduct of the parties. This is particularly so of a constructive trust. We bear in mind also that a party is entitled to rely upon a trust being honoured. It is not disputed, in this case, that the Plaintiff had remained on the land at all times.
44
Hasil penelitian ke atas surat perjanjian tersebut, mahkamah mendapati bahawa ia hanyalah berkaitan pentadbiran ke atas tanah-tanah tersebut selepas kematian Bakar. Ia merupakan satu kesepakatan oleh waris-waris bagaimana tanah-tanah tersebut hendak ditadbirkan selepas itu. Ia bukan berkaitan transaksi tanah seperti pemilikan atau pindah milik tanah-tanah tersebut.
45
Bagi lebih memahami konteks perjanjian tersebut, mahkamah berpandangan bahawa ia perlu mengambilkira sejarah tanah-tanah tersebut yang secara faktanya diakui dan tidak dipertikaikan bahawa tanah-tanah tersebut diteroka oleh Bakar dan diusahakan olehnya. Waris-waris pada ketika itu sedar tanah-tanah tersebut masih lagi merupakan tanah kerajaan dan perjanjian tersebut hanyalah bagi memudahcara permohonan tanah kerajaan dan tanggungjawab utuk menguruskan tanah tersebut.
46
Walaupun surat perjanjian tersebut tidak menyebut secara lansung bahawa Mat Zain bin Bakar adalah pemegang amanah, namun mahkamah ini perlu menilainya dengan meneliti setiap keterangan yang dikemukakan secara khususnya saksi-saksi Plf. Secara khsusunya keterangan berkaitan kesemua waris-waris adalah bersama-sama dalam menjaga dan menguruskan tanah-tanah tersebut serta berkongsi perbelanjaan bagi urusan ke atas tanah tersebut.
47
Fakta dan kedudukan yang hampir sama berbangkit dalam kes Afzal Nizam Mohd Firdawos blwn Pusaka Alif Shafri Shaharuddin [2015] CLJU 2867 di mana terdapat satu persetujuan dicapai antara arwah Alif dengan arwah Firdawos yang dikatakan bersetuju untuk menamakan arwah Alif seorang sebagai penerima tunggal harta arwah Siti Kobtiah bagi tujuan tanah tersebut dijual dan hasil jualan kemudiannya akan dibahagikan sama rata. Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan setelah menimbang nas-nas berkaitan amanah konstruktif, Hakim Norhayati Haji Mat, HMT memutuskan; “Berdasarkan nas duluan kes-kes yang dikemukakan, jelas bahawa, wujud amanah konstruktif memihak kepada arwah Firdawos dalam tanah terssebut dan arwah Alif sememangnya berniat untuk memberikan separuh bahagian daripada hasil jualan tersebut kepada arwah Firdawos.”
48
Mahkamah selanjutnya merumuskan bahawa surat perjanjian tersebut telah mewujudkan satu amanah konstruktif ke atas Mat Zain bin Bakar dan selanjutnya ia perlu dikuatkuasakan oleh waris-warisnya selepas Mat Zain bin Bakar meninggal dunia. Apabila tanah tersebut telah dilupuskan, maka secara lansungnya, waris-waris Mat Zain bin Bakar perlu membahagikan hasil jualan tersebut kepada waris-waris benefisial yang lain.
49
Berkaitan ketidakpatuhan kepada KTN dan Akta 136, mahkamah berpandangan bahawa rujukan peguam Def ke atas seksyen 40 dan 41 KTN serta seksyen 24, 25 dan 57 Akta 136 adalah tidak rekevan sama sekali. Ini kerana, surat perjanjian tersebut adalah merupakan persetujuan waris-waris Bakar ke atas pengurusan tanah-tanah tersebut dan bukannya bagi tujuan hal berkaitan tanah tersebut
50
Selanjutnya isu yang turut berbangkit adalah sama ada suratan hakmilik atas nama Mat Zain bin Bakar adalah pemilikan secara mutlak. Mahkamah berpandangan, memandangkan Mat Zain bin Bakar adalah pemegang amanah, maka tanah-tanah tersebut bukanlah milik mutlak Mat Zain bin Bakar.
51
Walaupun tanah-tanah tersebut telah didaftarkan atas nama Mat Zain bin Bakar, namun ia adalah sebagai pemegang amanah ke atas waris-waris lain. Persetujuan yang telah dicapai menyatakan bahawa waris-waris mempunyai hak sama rata ke atas tanah-tanah tersebut.
52
Walaupun suratan hakmilik menunjukkan bahawa Mat Zain bin Bakar adalah pemilik berdaftar, ia tidak bermaksud bahawa ia adalah hak mutlak Mat Zain bin Bakar kerana pegangan Mat Zain bin Bakar adalah hanya sebagai pemegang amanah waris-waris yang lain. Adakah Plf telah memasukkan kaveat secara salah
53
Memandangkan mahkamah ini telah merumuskan bahawa Plf turut mempunyai hak dan kepentingan ke atas tanah kedua tersebut, maka mahkamah berpandangan bahawa Plf berhak untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah tersebut bagi mengelak apa-apa urusan dilakukan ke atas tanah tersebut. Kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh Pendaftar di atas permohonan mana-mana orang untuk mempertahankan haknya ke atas sesuatu tanah sementara menunggu muktamadnya sesuatu isu berkaitan tanah tersebut. Prosedur serta kesan berkaitan kaveat persendirian ini adalah diperuntukkan dalam seksyen 322 hingga 329 KTN.
54
Kavet persendirian dimasuki kerana terdapat kemungkinan tanah kedua tersebut dijual memandangkan tanah pertama telahpun dijual oleh Def. Ia hanya dimasuki selepas 33 tahun surat perjanjian dimasuki kerana Plf beranggapan bahawa tanah-tanah tersebut dipegang oleh Mat Zain bin Bakar sebagai pemegang amanah kepada mereka. Namun apabila tanah pertama telah dijual, maka ia membangkitkan keperluan untuk Plf memasukkan kaveat persendirian tersebut untuk mengekalkan hak-hak mereka.
55
Sehubungan dengan itu mahkamah merumuskan bahawa tidak terdapat sebarang niat jahat atau kesilapan di pihak Plf apabila memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah kedua. Sama ada Plf layak diberikan ganti rugi am
56
Prinsip undang-undang adalah jelas iaitu gantirugi am dikenakan oleh mahkamah dalam kes sivil untuk memberikan pampasan kepada pihak yang teraniaya atas kerugian yang tidak boleh dikira secara tepat atau spesifik. Ia dikenakan bagi kerugian yang subjektif, tidak statik, dan memerlukan budi bicara mahkamah untuk menentukan nilai pampasan yang adil.
57
Dalam kes ini mahkamah mengambilkira bahawa Def mengetahui akan kewujudan surat perjanjian tersebut namun mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukannya. Sebaliknya meneruskan tindakan untuk menjual tanah pertama dan membahagikan hasil jualan tersebut sesama mereka. Tindakan Def adalah jelas satu kemungkiran ke atas amanah yang telah diwujudkan melalui surat perjanjian tersebut.
58
Sehubungan dengan itu mahkamah berpandangan bahawa Plf wajar diberikan ganti rugi am. Kesimpulan
59
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, mahkamah memutuskan bahawa Plf di atas imbangan keberangkalian telah berjaya membuktikan tuntutannya dan sebaliknya Def di atas imbangan keberangkalian gagal membuktikan tuntutan balasnya.
60
Mahkamah dengan ini memerintahkan seperti berikut: a) Plaintif-plaintif mempunyai hak ke atas hartanah-hartanah yang dipegang di bawah hakmilik:
i
(i) hartanah di bawah hakmilik PM 2211, Lot No. 580, Mukim Titi Tinggi, Daerah Perlis, Perlis seluas lebih kurang 1.843817 relung (dahulunya dikenali sebagai RM No. 1337, Lot No. 580) (tanah pertama); dan
Subparagraph
(ii) hartanah di bawah hakmilik PM 2210, Lot No. 508, Mukim Titi Tinggi, Daerah Perlis, Perlis seluas lebih kurang 0.8627 relung (dahulunya dikenali sebagai RM No. 1548, Lot No. 508) (tanah kedua). b) Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif jumlah sebanyak RM564,300.00 iaitu hasil jualan tanah pertama; c) Defendan-defendan hendaklah membuat permohonan pembahagian pusaka di Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian negeri Perlis ke atas hartanah kedua dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh perintah/penghakiman diserahkan kepada Defendan-defendan dan/atau peguam Defendan-defendan, dan tanah kedua dibahagi sama rata di antara Plaintif-plaintif, waris-waris Bakar bin Harun yang lain dan Defendan-defendan; d) ganti rugi am sebanyak RM50,000.00; e) faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah ganti rugi am dari tarikh penghakiman sehingga ke penyelesaian penuh; dan f) kos sebanyak RM30,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 12hb. Jun 2026 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, PERLIS Pihak-Pihak: Bagi pihak Plaintif Pertama hingga Plaintif Ke-9: Puan Asmaniza Binti Abdullah Tetuan Asmaniza Abdullah & Co Peguam bela dan Peguam Cara No.32, Jalan Kayangan Indah 6 Taman Bukit Kayangan 01000 Kangar Perlis Bagi pihak Defendan Pertama hingga ke-9: Puan Jastina Binti Mohd Junus Tetuan Chambers Of Jastina & Badrul Peguam Bela dan Peguam Cara No.1 lorong Perda Timur 8 Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Had Masa 1953 Akta Keterangan 1950 Akta Kontrak 1950 Kanun Tanah Negara Kes-Kes Yang Dirujuk: Tan Yew Lan & 3 others v Tan Kim Seng [2018] MLJU 167 Abdul Fatah Haron lwn Mohd Izani Che Hassan & yang lain [2020] 1 LNS 502 Etiqa Takaful Berhad v Suchiati binti Adzim [2020] 1 LNS 615 Recaliva Design Steel (M) Sdn Bhd v Vista Access Sdn Bhd & anor [2008] CLJU 88) Jayandran Subramaniam v Rajaprakash Raghavan [2025] CLJU 3048 Tindok Besar Estate Sdn Bhd v. Tinjar Co [1979] CLJU 119; [1979] 1 LNS 119 Tengku Haji Jaafar ibni Almarhum Tengku Muda Ali & anor v Government of Pahang [1987] 2 MLJ 74 Ong Thean Chye and ors v Tiew Choy Chai and anor [2011] 4 MLJ 616) Wooley Development Sdn Bhd v. Tiara Contours Construction Sdn Bhd [2016] 2 MLJ 861 Pet Far Eastern (M) Sd Bhd v. Tay Young Huat & ors [2009] 2 CLJ 886 Zainab Ibrahim v Limah Che Mat [2014] 1 LNS 716 Afzal Nizam Mohd Firdawos blwn Pusaka Alif Shafri Shaharuddin [2015] CLJU 2867
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.