Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO : BA-22NCvC-304-07/2023 _________________________________________________________
BA-22NCvC-304-07/2023
High Court of Malaysia8 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“LNS 78; [1981] 2 MLJ 68 di muka surat 69 memutuskan seperti berikut: "The power to revoke a grant of probate or letters of administration is vested in the High Court by section 34 of the Probate and Administration Act 1959. (Rev 1972) and can be exercised for "any sufficient cause". However, there is no definition of w”
“Anne Sta Maria v Mary Patricia De Crus [2023] 10 CLJ 863 memutuskan – “[23] .. The beneficiaries under an intestacy have a right to require distribution to be effected in accordance to s.6(1) of the Distribution Act 1958.” [78] Plaintif telah merujuk s.4(1) dan (2) Akta Pembahagian 1958 dan menekankan hak ahli waris di”
“S 61; [1964] MLJ 49; Maritime Electric Co. Ltd v. General S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 Dairies Ltd [1937] AC 610; and Southend-On-Sea Corporation v. Hodgson (Wickford) Ltd [1962] 1 QB 416).” [86] Bersandarkan nas-nas di a”
“at p. 54. In Australia and New Zealand, the test appears to be whether the executor is fit to act, but the line of cases shows the court adopted the sufficient cause test (see Hunter v. Hunter & Anor [1937] NZLR 794 (SC) and Shaw v. Thomas [1954] NZLR 585 (SC). From the line of cases, it can be seen that the courts hav”
“the test appears to be whether the executor is fit to act, but the line of cases shows the court adopted the sufficient cause test (see Hunter v. Hunter & Anor [1937] NZLR 794 (SC) and Shaw v. Thomas [1954] NZLR 585 (SC). From the line of cases, it can be seen that the courts have considered the welfare and interests o”
“cause is the due and proper administration of the estate and the interests of the beneficiaries. In our view, this is strictly objective test. (See also Fazil Rahman & Ors v. AR S Nachiappa Chettiar [1960] CLJU 26; [1960] 1 LNS 26; [1963] MLJ 309 at p.310; and In the Goods of William Loveday [1900] P154. The same test”
“d no person can be estopped from putting forward the contention that what was done was illegal or void: University of Delhi v. Ashok Kumar Chopra. (see also: Kok Hoong v. Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1963] CLJU 61; [1963] 1 LNS 61; [1964] MLJ 49; Maritime Electric Co. Ltd v. General S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw **Note :”
“nistration of the estate and the interests of the beneficiaries. In our view, this is strictly objective test. (See also Fazil Rahman & Ors v. AR S Nachiappa Chettiar [1960] CLJU 26; [1960] 1 LNS 26; [1963] MLJ 309 at p.310; and In the Goods of William Loveday [1900] P154. The same test was adopted by the High Court in”
“putting forward the contention that what was done was illegal or void: University of Delhi v. Ashok Kumar Chopra. (see also: Kok Hoong v. Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1963] CLJU 61; [1963] 1 LNS 61; [1964] MLJ 49; Maritime Electric Co. Ltd v. General S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw **Note : Serial number will be used to ve”
“: Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 [48] Mahkamah Persekutuan dalam kes Re Khoo Boo Gong, (decd); Khoo Teng Seong v. Teoh Chooi Ghim & Ors [1981] CLJU 78; [1981] 1 LNS 78; [1981] 2 MLJ 68 di muka surat 69 memutuskan seperti berikut: "The power to revoke a grant”
“hettiar [1960] CLJU 26; [1960] 1 LNS 26; [1963] MLJ 309 at p.310; and In the Goods of William Loveday [1900] P154. The same test was adopted by the High Court in Tan Khay Seng v. Tan Kay Choon & Anor [1988] CLJU 233; [1988] 1 LNS 233; [1990] 1 MLJ 51 at p. 54. In Australia and New Zealand, the test appears to be whethe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO : BA-22NCvC-304-07/2023 _________________________________________________________
1
CHAI SEONG YIN [NO. KAD PENGENALAN : 781001-14-5063]
2
CHAI SIEW MEI [NO. KAD PENGENALAN : 751022-14-5540]
3
CHAI SIEW TYUG [NO. KAD PENGENALAN : 770730-14-5270]
4
CHAI SEONG BING [NO. KAD PENGENALAN : 840602-14-6249]
5
CHAI WOER SHYONG [NO. KAD PENGENALAN : 741104-14-5465] … PLAINTIF
1
CHAI MIN YAP [NO. KAD PENGENALAN : 651214-10-5887] [SEBAGAI PENTADBIR BERSAMA HARTA PUSAKA WONG KIEW @ WONG KEE YOY, SIMATI) 29/07/2024 00:00:56 BA-22NCvC-304-07/2023 Kand. 94 S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
2
CHAI MENG KUANG [NO. KAD PENGENALAN : 700717-10-5713] [SEBAGAI PENTADBIR BERSAMA HARTA PUSAKA WONG KIEW @ WONG KEE YOY, SIMATI)
3
P.T. SIEW & ASSOCIATES [DISAMAN SEBAGAI FIRMA GUAMAN] … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Konflik yang timbul antara plaintif-plaintif dengan defendan pertama dan defendan kedua berkisar tentang pertikaian dalam kalangan ahli keluarga berhubung harta pusaka si mati, Wong Kiew. [2] Pada 8 Mei 2024, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif-plaintif di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan setelah Mahkamah mendengar dan memutuskan persoalan undang-undang. [3] Defendan-defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Latar belakang [4] Selepas pliding ditutup, pihak-pihak telah memfailkan tiga permohonan interlokutori di Mahkamah ini. Pada 22 Januari 2024, Mahkamah telah mendengar permohonan-permohonan tersebut, iaitu: S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
i
Notis Permohonan oleh plaintif-plaintif di bawah Aturan 14A Kaedah 1 (Lampiran 11) supaya Mahkamah menentukan persoalan undang-undang atau isu awalan. Sekiranya permohonan tersebut dibenarkan, plaintif-plaintif memohon supaya perintah seperti dalam perenggan 12 (i) hingga (vii) dalam Pernyataan Tuntutan dibenarkan;
II
(ii) Notis Permohonan di bawah Aturan 92 Kaedah 4 (Lampiran 13) yang difailkan oleh defendan ketiga untuk mendapatkan perintah supaya dengan serta merta Tetuan Morthi, Segaran & Co dibatalkan sebagai peguambela dan peguamcara Chai Siew Mei iaitu plaintif kedua dan Chai Siew Mei dibatalkan sebagai plaintif kedua dalam tindakan ini serta kos permohonan dibayar oleh semua plaintif kepada defendan pertama dan kedua; dan
III
(iii) Notis Permohonan oleh defendan ketiga untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan terhadap defendan ketiga di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (Lampiran 15). [5] Saya telah membenarkan permohonan oleh plaintif-plaintif di bawah Aturan 14A Kaedah 1 (Lampiran 11) supaya Mahkamah menentukan persoalan undang-undang atau isu awalan dalam memutuskan tuntutan plaintif-plaintif. Selaras dengan keputusan ini, saya mendapati permohonan defendan-defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah menjadi akademik dan dibatalkan. [6] Selanjutnya, saya juga telah menolak permohonan defendan ketiga di bawah Aturan 92 Kaedah 4 (Lampiran 13) supaya dengan serta merta Tetuan Morthi, Segaran & Co dibatalkan sebagai peguambela dan S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw peguamcara Chai Siew Mei iaitu plaintif kedua dan Chai Siew Mei dibatalkan sebagai plaintif kedua dalam tindakan ini. [7] Tiada rayuan difailkan sama ada oleh plaintif-plaintif atau pun defendan-defendan terhadap ketiga-tiga keputusan tersebut. [8] Atas perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan plaintif-plaintif di bawah Aturan 14A Kaedah 1 Kaedah Mahkamah 2021, Mahkamah ini telah mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif-plaintif di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan secara pelupusan kes mengenai perkara undang-undang tanpa pemanggilan saksi. [9] Harus diperhati bahawa semasa pendengaran permohonan menurut Aturan 14A, defendan-defendan juga telah mengemukakan cadangan isu undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah ini yang akan dibincangkan selepas ini. Fakta Kes [10] Tuntutan ini melibatkan pertikaian mengenai harta pusaka dalam kalangan ahli-ahli keluarga dan waris-waris kepada Wong Kiew @ Wong Kee Yoy yang telah meninggal dunia pada 8.11.2020. Ketika si mati, Wong Kiew meninggal dunia, si mati meninggalkan lima orang anak termasuk defendan pertama dan defendan kedua. Anak sulung si mati, bernama Chai Ming Choon telah meninggal dunia lebih dahulu daripada si mati iaitu pada 21 November 2016. [11] Plaintif-plaintif dalam tindakan ini ialah anak-anak kepada si mati Chai Ming Choon dan juga merupakan cucu kepada si mati Wong Kiew. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw Plaintif-plaintif juga anak saudara kepada defendan pertama dan defendan kedua. Manakala defendan ketiga ialah peguamcara yang mewakili defendan pertama dan kedua dalam permohonan surat kuasa mentadbir berkaitan estet si mati, Wong Kiew. [12] Defendan pertama dan defendan kedua sebelum ini telah memperoleh Geran Surat Kuasa Mentadbir atas harta pusaka si mati, Wong Kiew melalui Saman Pemula No. BA-31NCVC-220-03/2021 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Defendan-defendan melalui permohonan tersebut tidak menyenaraikan plaintif-plaintif sebagai wasi atau zuriat si mati, Wong Kiew. [13] Tindakan defendan-defendan tersebut telah menyebabkan plaintif-plaintif terkilan dan memfailkan tuntutan di sini. Tuntutan Plaintif-plaintif [14] Teras tuntutan plaintif-plaintif ialah mereka merupakan cucu kepada si mati, Wong Kiew yang telah diakui oleh defendan-defendan tetapi tidak diakui sebagai waris kadim si mati. Akibat daripada itu, plaintif-plaintif tidak disenaraikan sebagai benefisiari si mati. Seterusnya defendan-defendan telah membuat permohonan Geran Surat Kuasa Mentadbir tanpa mendapatkan penolakan daripada plaintif-plaintif dan tanpa persetujuan plaintif-plaintif. [15] Menurut plaintif-plaintif, defendan-defendan dengan sengaja meninggalkan dan/atau menyembunyikan plaintif-plaintif sebagai benefisiari dalam harta pusaka si mati, Wong Kiew meski pun defendan-S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw defendan sedar si mati, Wong Kiew telah meninggalkan plaintif-plaintif sebagai zuriat si mati. [16] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, relif-relif yang berikut dimohon oleh plaintif-plaintif terhadap kesemua defendan adalah seperti berikut:
i
Deklarasi bahawa plaintif-plaintif adalah waris-waris kadim (“issues”) dan/atau benefisiari si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) selaras dengan Seksyen 6 Akta Pembahagian 1958 (Akta 300);
II
(ii) Deklarasi bahawa Geran Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) bertarikh 10.01.2022 yang diperolehi dalam Saman Pemula No. BA-31NCvC-220-03/2021 adalah tidak sah (“null”) dan terbatal (“void”);
III
(iii) Perintah bahawa Geran Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 10.01.2022 tersebut yang telah diberikan kepada defendan pertama dan defendan kedua diketepikan (set aside);
IV
(iv) Perintah bahawa segala aset harta pusaka si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) yang masih belum diagihkan dipelihara;
v
Defendan pertama dan/atau defendan kedua dan/atau defendan ketiga mengemukakan akaun harta pusaka Si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) serta memaklumkan secara bertulis kepada plaintif-plaintif segala dan/atau Pentadbir Bersama harta pusaka si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) dalam 14 hari dari tarikh Perintah ini; S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
VI
(vi) Perintah bahawa segala pindahmilik dan/atau transaksi melibatkan harta pusaka si mati (Wong Kiew @ Wong Kee Yoy) sepertimana yang terkandung dalam Senarai Aset Terpinda diketepikan dan/atau sebarang perintah berbangkit (“consequential order(s)”) bagi memberi kesan dan melakukan keadilan kepada plaintif-plaintif sepertimana yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini;
VII
(vii) Ganti rugi untuk ditaksirkan sepertimana yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini;
VIII
(viii) Faedah untuk tempoh sepertimana yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan
IX
(ix) Kos bagi tindakan ini. [17] Selanjutnya melalui permohonan Kandungan 11 , plaintif-plaintif menyatakan terdapat tiga isu undang-undang yang utama untuk diputuskan oleh Mahkamah ini yang selanjutnya akan melupuskan tindakan ini tanpa perbicaraan penuh, iaitu –
i
Sama ada cucu tanpa “living parent” adalah “issue” dan/atau zuriat dibawah Akta Pembahagian 1958 (Akta 300)?
II
(ii) Sama ada Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah diperolehi tanpa penolakan dari “issue” (yang mana didalam pengetahuan pemohon dan/atau peguamcara pemohon yang memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir tersebut) sah? S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
III
(iii) Sama ada peguam yang mengendalikan saman pemula memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir “liable” dan/atau bertanggungjawab bersama Pentadbir dan/atau bagi pihak Pentadbir kerana sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui dan dalam proses tersebut telah mengelirukan (misled) Mahkamah dalam memperoleh Geran Surat Kuasa Mentadbir? Pembelaan Defendan-defendan [18] Defendan-defendan melalui Pernyataan Pembelaan mengakui bahawa plaintif-plaintif merupakan cucu kepada si mati, Wong Kiew tetapi bukanlah waris si mati. Oleh kerana plaintif-plaintif tidak diakui sebagai waris, maka tiada keperluan untuk defendan-defendan memperoleh penolakan atau persetujuan daripada plaintif-plaintif dalam pentadbiran harta pusaka si mati, Wong Kiew. [19] Menurut defendan pertama dan kedua, plaintif-plaintif telah menipu si mati, Wong Kiew semasa permohonan pembahagian harta pusaka si mati Chai Ming Choon (ibu plaintif-plaintif). Penipuan tersebut dilakukan oleh plaintif pertama yang dengan sengaja meninggalkan nama si mati, Wong Kiew (nenek plaintif-plaintif) sebagai waris harta pusaka si mati Chai Ming Choon. [20] Defendan-defendan juga pernah menyaman plaintif pertama dan plaintif kelima yang mengutip sewa secara tidak sah dari kedai milik si mati, Wong Kiew beralamat di No. 184, Kampung Baru Rawang, 48000 Rawang, Selangor. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [21] Defendan-defendan telah bersandar kepada prinsip ekuiti dan menegaskan bahawa-
i
Plaintif pertama, ketiga dan kelima cuba menipu si mati, Wong Kiew sehingga si mati tidak dapat mengutip wang sewa bagi hartanah New Village.
II
(ii) Plaintif pertama, ketiga dan kelima pula cuba menipu si mati, Wong Kiew terhadap kepentingan benefisiari dalam harta pusaka mendiang suami si mati, Wong Kiew dan mendiang Chai Ming Choon iaitu bapa Plaintif-plaintif. [22] Menurut defendan-defendan, undang-undang ekuiti tidak memberi hak kepada plaintif pertama, ketiga dan kelima menuntut kepentingan dalam harta pusaka si mati Wong Kiew. [23] Walau bagaimanapun, perenggan 52 Afidavit Balasan Defendan-defendan semasa menentang permohonan plaintif di bawah Aturan 14A, defendan-defendan telah mengakui wujud isu undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini, iaitu –
i
Sama ada undang-undang ekuiti memberi hak kepada plaintif pertama, kedua dan kelima untuk menuntut terhadap harta pusaka si mati, Wong Kiew dalam kapasiti anak kepada Chai Ming Choon.
II
(ii) Sama ada Akta Pembahagian perlu dibaca bersama dengan undang-undang ekuiti bagi pengagihan aset si mati, Wong Kiew kepada plaintif pertama, ketiga dan kelima. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
III
(iii) Bolehkah Akta Pembahagian terpakai dalam keadaan si mati, Wong Kiew kehilangan keupayaan untuk membuat wasiat.
IV
(iv) Adakah undang-undang membenarkan plaintif pertama, ketiga dan kelima iaitu cucu yang tidak berhati perut dan tidak taat untuk mendapat kebaikan, kepentingan dan pengkayaan tidak patut dari aset si mati Wong Kiew. Persoalan Undang-undang Yang Diputuskan [24] Menurut plaintif-plaintif, isu utama yang menjadi pertikaian melalui pliding dan afidavit pihak-pihak adalah sama ada plaintif-plaintif yang diakui sebagai sebahagian dari cucu si mati adalah waris kadim si mati. [25] Setelah Mahkamah ini mendengar hujahan pihak-pihak melalui permohonan plaintif menurut Aturan 14A Kaedah Mahkamah 2012, persoalan undang-undang yang perlu diputuskan tanpa melalui bicara penuh adalah seperti berikut:
i
Sama ada cucu tanpa “living parent” adalah “issue” dan/atau zuriat dibawah Akta Pembahagian 1958 (Akta 300)?
II
(ii) Sama ada Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah diperoleh tanpa penolakan dari “issue” (yang mana didalam pengetahuan pemohon dan/atau peguamcara pemohon yang memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir tersebut) sah? S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
III
(iii) Sama ada peguam yang mengendalikan saman pemula memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir “liable” dan/atau bertanggungjawab bersama Pentadbir dan/atau bagi pihak Pentadbir kerana sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui dan dalam proses tersebut telah mengelirukan (misled) Mahkamah dalam memperolehi Geran Surat Kuasa Mentadbir?
IV
(iv) Sama ada undang-undang ekuiti membenarkan hak undang-undang kepada Plaintif Pertama, Kedua dan Kelima untuk menuntut terhadap harta pusaka Wong Kiew dalam kapasiti anak Chai Ming Choon.
v
Sama ada Akta Pembahagian perlu dibaca bersama dengan undang-undang ekuiti bagi pengagihan aset Wong Kiew terhadap Plaintif Pertama, Ketiga dan Kelima. [26] Keputusan Mahkamah yang telah menetapkan lima persoalan undang-undang untuk diputuskan tersebut tidak dirayu oleh mana-mana pihak. Analisis dan Dapatan Mahkamah [27] Selanjutnya Mahkamah ini telah meneliti persoalan undang-undang tersebut dan membuat dapatan sebagaimana yang dibentangkan selepas ini. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw Isu Pertama: Sama ada cucu tanpa “living parent” adalah “issue” dan/atau zuriat dibawah Akta Pembahagian 1958 (Akta 300)? [28] Bagi memudahkan pemahaman, pertalian antara pihak-pihak dalam tindakan ini dengan si mati, Wong Kiew diilustrasikan melalui rajah di bawah ini - [29] Mahkamah ini telah merujuk seksyen 3 dan 6(1)(c) Akta Pembahagian 1958 dan keputusan Mahkamah Persekutuan Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying [2023] 2 CLJ 169 dalam memutuskan sama ada plaintif-plaintif ialah waris kepada si mati, Wong Kiew. [30] Tafsiran issue telah dijelaskan melalui seksyen 3 Akta Pembahagian 1958 sebagaimana berikut – "issue" includes children and the descendants of deceased children; [31] Berdasarkan s.3, zuriat kepada si mati tidak sahaja anak-anak si mati tetapi juga keturunan anak si mati yang meninggal lebih dahulu dairpada si mati. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [32] Selanjutnya Seksyen 6(1)(c) Akta Pembahagian 1958 memperuntukkan -
6
Succession to intestate estates
1
After the commencement of this Act, if any person shall die intestate as to any property to which he is beneficially entitled for an interest which does not cease on his death, such property or the proceeds thereof after payment thereout of the expenses of due administration shall, subject to the provisions of section 4, be distributed in the manner or be held on the trusts mentioned in this section, namely-
c
if an intestate dies leaving issue but no spouse-and no parent or parents, the surviving issue shall be entitled to the whole of the estate; [33] Berdasarkan s.6, perkataan ‘the surviving issue’ adalah termasuk descendants of deceased children. Maka dalam tindakan ini, plaintif-plaintif layak di sisi undang-undang terhadap harta pusaka si mati Wong Kiew. [34] Mahkamah merujuk tafsiran issue yang diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying (4) [2023] 2 CLJ 169 yang memutuskan bahawa – “[4] The term 'issue' in relation to the deceased suggested descendants by blood lineage, not dependent on the matter of legitimacy of the descendant. The definition of 'issue' in s. 3 seeks to statutorily extend the generational lineage to beyond the immediate persons who may properly be counted as issue, to the offspring or grandchildren, even if the immediate parents of such grandchildren are themselves deceased. The intent in using the word ‘issue’ as opposed to ‘children’ in s.6 is obviously to expand or enlarge the S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw category of persons who may succeed or inherit, consonant with the purpose of the DA..” [63] First, as pointed out at the outset, the object or purpose of Act 300 is to provide for the distribution of the deceased's estate amongst those who survive the deceased. That distribution must further follow the order of succession as set out in s. 6. This is clear from the use of the term 'shall' in s. 6(1). Abiding by the order prescribed in s. 6 does not in the least, detract from the primary purpose of the Act. All it means is there is an ordered or organised distribution according to succession. [35] Dalam memutuskan persoalan tersebut dan dengan berpandukan kepada prinsip undang-undang yang mapan, Mahkamah ini membuat penelitian terhadap fakta-fakta material yang diplidkan oleh pihak-pihak. [36] Hasil penelitian, Mahkamah ini mendapati bahawa wujud fakta-fakta material yang diakui oleh defendan-defendan melalui pembelaan defendan-defendan seperti berikut:
i
Defendan-defendan mengakui plaintif-plaintif merupakan cucu si mati Wong Kiew;
II
(ii) Defendan pertama dan defendan kedua iaitu anak si mati, Wong Kiew selaku pentadbir bersama yang yang memperoleh Geran Surat Kuasa Mentadbir atas harta pusaka si mati melalui Saman Pemula No. 31NCvC-220-03/2021 di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang dikendalikan oleh defendan ketiga; dan
III
(iii) Si mati, Wong Kiew telah meninggal dunia pada 8.11.2020 dan meninggalkan – cucu si mati iaitu plaintif-plaintif yang dalam S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw pengetahuan defendan-defendan, anak kedua si mati Chai Mui Fah, anak ketiga si mati Chai Ah Kiw, anak keempat si mati Chai Meng Yee, anak kelima si mati Chai Min Yap dan anak keenam si mati Chai Meng Kuang. [37] Mahkamah telah meneliti hujahan peguamcara defendan-defendan dan mendapati defendan-defendan membangkitkan tentang isu yang menyimpang jauh dari fakta kes di sini, seperti estate si mati Chai Kin Hin (bapa kepada defendan pertama dan kedua) dan estate si mati Chai Ming Choon (bapa kepada plaintif-plaintif). [38] Pembelaan defendan pertama dan kedua pula berkait dengan hutang penghakiman yang dikatakan terhutang oleh plaintif pertama dan plaintif kelima kepada si mati Wong Kiew. Pengemukaan fakta tersebut pada hemat Mahkamah ini tidak mengecualikan pemakaian s.3 dan s.6 Akta Pembahagian 1958 dalam penentuan ahli-ahli waris si mati Wong Kiew. [39] Mahkamah Persekutuan dalam kes Lai Yak Kee v Pembinaan Alam Cemerlang Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1464 telah memberi panduan jelas, iaitu – “It is not the province of the court to add or substract any word; the duty of the court is limited to interpreting the words used by the legislature and it has no power to fill in the gaps disclosed”. [40] Justeru, bersandarkan s.3 dan s.6 (1) (c) Akta Pembahagian 1958 serta tafsiran yang diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying, adalah terang lagi bersuluh plaintif-plaintif S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw merupakan zuriat ‘issue’ kepada nenek mereka iaitu si mati Wong Kiew. Sayugialah bagi plaintif-plaintif disenaraikan sebagai waris dan/atau benefisiari dalam harta pusaka si mati, Wong Kiew. [41] Hak plaintif-plaintif sebagai zuriat atau issue kepada si mati, Wong Kiew turut disokong melalui s.7 Akta Pembahagian 1958 yang memperuntukkan – “7 (1) Where under the provisions of section 6, the estate of an intestate or any part therof is directed to be held on the trusts set out in this section for the issue of the intestate, the same shall be held in trust in equal shares if more than one for all or any of the children or child of the intestate living at the death of the intestate, who attain the age of majority or marry under that age, and for all or any of the issue living at the death of the intestate, who attain the age of majority or marry under that age, of any child of the intestate who predeceases the intestate, such issue to take through all degrees according to their stocks, in equal shares if more than one, the share which their parent would have taken if living at the death of the intestate, and so that no issue shall take whose parents is still living at the death of the intestate and so capable of taking.” [42] Mahkamah Tinggi dalam kes Kamalah Devi Mukan v Amakumar G Sumarian & Yang Lain [2020] 1 LNS 1449 telah memutuskan bahawa - “[28] Berdasarkan seksyen 7(1) Akta tersebut, jika si mati meninggalkan lebih daripada seorang "issue" yang hidup semasa kematiannya, setiap "issue" akan mewarisi harta si mati secara sama rata. [29] Mahkamah ini juga bersetuju dengan Peguam Defendan bahawa hak anak yang mati terlebih dahulu itu terhadap harta si mati tidak akan hilang sekiranya dia meninggalkan "issue" yang hidup semasa kematian si mati.” S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [43] Persoalan undang-undang sama ada cucu tanpa “living parent” iaitu plaintif-plaintif di sini adalah “issue” dan/atau zuriat dibawah Akta Pembahagian 1958, Mahkamah ini menjawab, ya. [44] Berikutan itu, Mahkamah ini telah membenarkan relif dalam perenggan 12 (i) Pernyataan Tuntutan iaitu deklarasi bahawa plaintif-plaintif adalah waris-waris kadim (issues) dan/atau benefisiari Si mati, Wong Kiew @ Wong Kee Yoy selaras dengan seksyen 6 Akta Pembahagian 1958 (Akta 300). Isu Kedua: Sama ada Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah diperolehi tanpa penolakan dari “issue” (yang mana di dalam pengetahuan pemohon dan/atau peguamcara pemohon yang memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir tersebut) sah? [45] Mahkamah ini telah merujuk kepada kedudukan undang-undang yang mantap dan jelas berhubung pembatalan dan pindaan sesuatu geran probet ataupun surat cara pentadbiran. [46] Seksyen 34 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 1959) jelas memperuntukkan seperti berikut: "Any probate or letters of administration may be revoked or amended for any sufficient cause" [47] Untuk membatalkan atau meminda geran probet atau surat pentadbiran, Akta 1959 ini telah memperuntukkan bahawa kuasa-kuasa pembatalan dan pindaan suratcara-suratcara pentadbiran estet si mati dilaksanakan secara pertimbangan kehakiman berdasarkan alasan "sufficient cause" atau sebab mencukupi. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [48] Mahkamah Persekutuan dalam kes Re Khoo Boo Gong, (decd); Khoo Teng Seong v. Teoh Chooi Ghim & Ors [1981] CLJU 78; [1981] 1 LNS 78; [1981] 2 MLJ 68 di muka surat 69 memutuskan seperti berikut: "The power to revoke a grant of probate or letters of administration is vested in the High Court by section 34 of the Probate and Administration Act 1959. (Rev 1972) and can be exercised for "any sufficient cause". However, there is no definition of what is sufficient cause. But, if in the words of Jeune, President, in In the Goods of William Loveday [1900] P154, "the real object which the court must always keep in view is the due and proper administration of the estate and the interests of the parties beneficially entitled thereto, then the test of what is a sufficient cause is the due and proper administration of the estate and the interests of the beneficiaries. In our view, this is strictly objective test. (See also Fazil Rahman & Ors v. AR S Nachiappa Chettiar [1960] CLJU 26; [1960] 1 LNS 26; [1963] MLJ 309 at p.310; and In the Goods of William Loveday [1900] P154. The same test was adopted by the High Court in Tan Khay Seng v. Tan Kay Choon & Anor [1988] CLJU 233; [1988] 1 LNS 233; [1990] 1 MLJ 51 at p. 54. In Australia and New Zealand, the test appears to be whether the executor is fit to act, but the line of cases shows the court adopted the sufficient cause test (see Hunter v. Hunter & Anor [1937] NZLR 794 (SC) and Shaw v. Thomas [1954] NZLR 585 (SC). From the line of cases, it can be seen that the courts have considered the welfare and interests of the beneficiaries of the estate as paramount criteria in deciding whether or not there are any sufficient cause to interfere." [49] Dalam kes Ligar Fernandez v. Eric Claude Cooke [2002] 6 CLJ 152, Mahkamah telah memutuskan antara lain seperti berikut: "[1] Section 34 of the Probate and Administration Act 1959 ('the PAA' hereafter) provides that a probate may be revoked for any sufficient cause. The welfare and the interests of the beneficiaries of an estate S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw would be the paramount criterion in deciding whether or not there was a sufficient cause for the courts to interfere. This is strictly an objective test and the plaintiff ought to adduce sufficient evidence to raise a strong suspicion of the defendant's inaction, want of diligence and honesty, or a conflict of interest situation or inability to act. (p-155 h)..." [50] Adalah fakta yang diakui oleh defendan-defendan dalam kes ini bahawa plaintif-plaintif sememangnya tidak dinamakan sebagai ahli waris si mati, Wong Kiew dalam permohonan geran surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati tersebut. [51] Peguam plaintif-plaintif menghujahkan bahawa dengan merujuk kepada alasan-alasan dalam persoalan undang-undang pertama, plaintif-plaintif telah melepaskan beban membuktikan sufficient cause untuk mengenepikan Geran Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 10.1.2022 dalam Saman Pemula BA-31NCvC-220-3/2021. [52] Defendan pertama dan defendan kedua menyatakan plaintif pertama, ketiga dan kelima pula cuba menipu si mati, Wong Kiew terhadap kepentingan benefisiari dalam harta pusaka mendiang suami si mati, Wong Kiew dan mendiang Chai Ming Choon iaitu bapa plaintif-plaintif. Akibatnya, tiada keperluan untuk defendan pertama dan defendan kedua menamakan plaintif-plaintif sebagai ahli waris si mati Wong Kiew. [53] Mahkamah ingin membandingkan fakta kes dalam kes Kamalah Devi Mukan v Amakumar G Sumarian & Yang Lain dengan kes semasa di sini. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [54] Pemohon dalam kes Kamalah Devi menghujahkan jika anak yang meninggal dunia terlebih dahulu dari si mati layak mewarisi ini akan menjadikan sub-seksyen 6 (1) (c) tidak bererti dan tidak berguna. Selain itu, pemohon merujuk kepada kenyataan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bahawa tiada mana-mana peruntukan dalam Akta Pembahagian yang menyatakan bahawa anak yang meninggal dunia terdahulu daripada si mati layak kepada harta pusaka si mati. Namun, Mahkamah Tinggi telah menolak alasan pemohon tersebut. Hal ini kerana tiada peruntukan di bawah Akta Pembahagian yang menghalang anak kepada si mati yang telah meninggal dunia lebih awal sebagai tidak layak kepada harta pusaka si mati sebaliknya ia adalah berbalik kepada takrifan "issue" dan "surviving issue". [55] Defendan-defendan dalam kes di sini pula menghujahkan, meski pun plaintif-plaintif diakui sebagai cucu si mati Wong Kiew, namun mereka tidak boleh dinamakan sebagai zuriat dan benefisiari si mati atas alasan plaintif-plaintif telah mengenepikan si mati daripada harta pusaka bapa plaintif-plaintif yang merupakan anak kepada si mati Wong Kiew. [56] Apa yang jelas, pembahagian harta pusaka bagi si mati yang meninggal tanpa wasiat dikawal oleh Akta Pembahagian 1958 yang terpakai kepada orang bukan Islam di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Mahkamah ini tidak menemui peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 yang memperuntukkan tentang alasan mengecualikan waris-waris si mati dalam pembahagian harta pusaka si mati. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [57] Menyoroti peruntukan s.4 Akta Pembahagian 1958, berkenaan law regulating distribution tiada dinyatakan pengecualian terhadap pemakaian Akta ini –
2
The distribution of the immovable property of a person deceased intestate shall be regulated by this Act wherever he may have been domiciled at the time of his death. [58] Satu kaedah yang mana ahli waris terkeluar daripada mendapat hak dalam harta pusaka si mati adalah melalui kaedah penolakan. Seksyen 8 Akta Probate dan Pentadbiran 1949 memperuntukkan –
1
Any person who is or may become entitled to representation may expressly renounce his right to the representation.
2
Renunciation may be made orally by the person renouncing or his advocate, on the hearing of any petition or probate action, or in writing signed by the person so renouncing and attested either by an advocate or by any person before who an affidavit may be sworn. [59] Ini dapat dilihat dari kes CH'NG CHENG SIEW v. PEMUNGUT DUTI SETEM [2016] 1 CLJ 724 yang memutuskan – [24] Thus, it is trite law that a beneficiary to an estate, whether under a will or intestacy, cannot be forced to take or accept his inheritance. And when such a beneficiary renounces his right or interest, then that benefit will pass by operation of law to the other beneficiaries entitled thereto. Therefore, once Wong Choon Meng and Wong Phooi Meng renounced their interest, it would by operation of law flow to the remaining beneficiary, ie, their mother Ch'ng Cheng Siew. There is no evidence to the effect that the Wong siblings passed on their interest in the properties by way of gift to their mother. Once they had S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw renounced their interest, they did not have any right or title in their respective 1/3 share in the properties for them to make a gift. [60] Berdasarkan fakta-fakta yang diplidkan dalam kes di hadapan Mahkamah ini, defendan-defendan sendiri tidak pernah membangkitkan isu tentang penolakan oleh plaintif-plaintif. Sebaliknya apa yang berlaku, plaintif-plaintif terus diketepikan sejak dari mula iaitu dengan defendan-defendan mengecualikan plaintif-plaintif semasa permohonan surat kuasa mentadbir harta pusaka si mati, Wong Kiew di Mahkamah Tinggi Shah Alam. [61] Bergantung kepada keputusan dalam kes M RM SP v. Subrahmanyan Chettiar @ v. Subramanian M RM SP v. Venkatachalam Chettiar & Anor v. Swaminathanswetharanyam @ SM Swetharanyam Swaminathan Chettiar @ M RM SP SM S Wetharanyam & Anor, Mahkamah ini terikat untuk membatalkan Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah diperoleh tanpa penolakan daripada plaintif-plaintif yang merupakan waris kepada si mati, Wong Kiew. [62] Pada hemat Mahkamah, plaintif-plaintif hendaklah dinamakan terlebih dahulu sebagai waris-waris si mati, Wong Kiew dalam permohonan untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir. Sebarang pertikaian mengenai agihan harta-harta pusaka sewajarnya dibicarakan dalam prosiding permohonan tersebut. Tindakan defendan-defendan meninggalkan nama plaintif-plaintif sebagai waris si mati, Wong Kiew jelas merupakan pelanggaran nyata kepada undang-undang mantap. [63] Peguam plaintif telah merujuk kes Canagasaby v Saravenamuttoo Vytilingam [1917] 2 FMLSR 185 yang telah memutuskan – S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw “The grant to defendant must be revoked on the ground that it was made without citing parties who ought to have been cited, and letter of administration are given to the plaintiff”. [64] Bersandarkan kepada otoriti-otoriti di atas, pada hemat Mahkamah ini kepentingan plaintif-plaintif sebagai ahli waris harta pusaka si mati, Wong Kiew dan benefisiari wajar dilindungi. Perlindungan kepada ahli-ahli waris akan terlaksana sekiranya ahi-ahli waris kepada si mati dinamakan dalam prosiding pemerolehan geran surat kuasa mentadbir. [65] Oleh yang demikian, Geran Surat Kuasa Mentadbir yang telah diperoleh tanpa penolakan dari “issue” (yang mana di dalam pengetahuan pemohon dan/atau peguamcara pemohon yang memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir tersebut) diputuskan oleh Mahkamah ini sebagai tidak sah dan wajar diketepikan. [66] Justeru, Mahkamah ini telah membenarkan relief yang dimohon oleh plaintif-plaintif dalam perenggan 12 (ii) iaitu deklarasi bahawa Geran Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka Si mati, Wong Kiew @ Wong Kee Yoy bertarikh 10.1.2022 yang diperolehi dalam Saman Pemula No. Ba-31 NCvC-220-03/2021 adalah tidak sah dan terbatal. Isu Ketiga: Sama ada peguam yang mengendalikan saman pemula memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir “liable” dan/atau bertanggungjawab bersama Pentadbir dan/atau bagi pihak Pentadbir kerana sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui dan dalam S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw proses tersebut telah mengelirukan (misled) Mahkamah dalam memperolehi Geran Surat Kuasa Mentadbir? [67] Plaintif telah berpandukan kes Pushpaleela R Selvarajah & Anor v Rajamani Meyappa Chettiar & Other Appeals [2019] 3 CLJ 441 dan berhujah bahawa peguamcara yang mengendalikan kes-kes probet dan surat kuasa mentadbir mempunyai darjah kewajipan berhati-hati yang tinggi tidak sahaja kepada anakguamnya tetapi juga kepada Mahkamah dan waris kadim harta pusaka si mati. [68] Dalam kes Nasaharuddin Mohd Isa v Mohan Paramasivam & Ors [2023] 7 CLJ 398, Mahkamah Rayuan memutuskan – “[31] We are convinced that under certain circumstances, the exceptions to the third party or privity rule would apply, wherein a duty of care could be imposed on a solicitors to a non-client ..” [69] Selanjutnya Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindak Murni Sdn Bhd v Juang Setia Sdn Bhd & Another Appeal [2020] 4 CLJ 301 memutuskan seperti berikut – “[54] These submissions by the contractor serve as an appropriate occasion for this court to reiterate the oft-ignored principle that advocates and solicitors are officers of the court. Their overriding duty is to the court, not their clients. As such they are under a duty to provide honest and complete submissions. Integrity is of the utmost importance in advocacy, whether oral or written”. [70] Dalam menjawab isu ini, Mahkamah mendapati fakta-fakta material telah diplidkan oleh plaintif-plaintif terhadap alegasi bahawa defendan S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw ketiga sebagai peguam yang mengendalikan saman pemula memohon Geran Surat Kuasa Mentadbir simati, Wong Kiew bertanggungjawab bersama Pentadbir dan/atau bagi pihak Pentadbir kerana sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui. [71] Plaintif-plaintif telah memplidkan kausa tindakan terhadap defendan-defendan berasaskan yang berikut:
i
Defendan-defendan secara bersesama dan berasingan telah cuai terhadap plaintif-plaintif kerana sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui;
II
(ii) Defendan-defendan secara bersesama dan berasingan telah melakukan salahnyataan terhadap plaintif-plaintif; dan
III
(iii) Defendan ketiga telah melakukan tort kecuaian profesional kepada plaintif-plaintif selaku waris kadim si mati, Wong Kiew dalam menjalankan tugasnya mewakili defendan pertama dan defendan kedua. [72] Mahkamah juga meneliti relief yang dituntut oleh plaintif-plaintif dan mendapati tiada relief yang dimohon secara khusus terhadap defendan ketiga berhubung dengan alegasi defendan ketiga sengaja meninggalkan dan/atau mengabaikan dan/atau menyembunyikan “issue” yang diketahui. [73] Pada hemat Mahkamah ini, tindakan plaintif-plaintif memfailkan permohonan untuk tuntutan plaintif didengar melalui Aturan 14A Kaedah S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw Mahkamah memberi inferens bahawa plaintif-plaintif memfokuskan kepada isu pertama dan kedua selain menjadikan isu ketiga ini sebagai asas untuk menyokong isu pertama dan kedua. [74] Hal ini kerana jika plaintif-plaintif masih berhasrat meneruskan tuntutan terhadap defendan ketiga secara khusus bagi isu salahnyataan dan kecuaian, sewajarnya isu-isu tersebut dibicarakan melalui pemanggilan saksi-saksi. Mahkamah ini mendapati apa yang menjadi keutamaan plaintif-plaintif adalah terdapat pengakuan oleh defendan-defendan bahawa plaintif-plaintif ialah cucu kepada si mati, Wong Kiew dan nama plaintif-plaintif sememangnya tidak disenaraikan dalam permohonan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati Wong Kiew. Selain itu, peguamcara plaintif didapati tidak pun berhujah mengenai ganti rugi dalam penghujahan bertulis mahupun hujahan lisan. [75] Oleh itu, berhubung persoalan undang-undang ketiga ini, Mahkamah telah menjawab dengan negatif. Isu Keempat: Sama ada undang-undang ekuiti membenarkan hak undang-undang kepada Plaintif Pertama, Kedua dan Kelima untuk menuntut terhadap harta pusaka Wong Kiew dalam kapasiti anak Chai Ming Choon. [76] Berdasarkan jawapan kepada persoalan pertama dan kedua, jelas terserlah bahawa persoalan tentang hak terhadap harta pusaka si mati, Wong Kiew merupakan hak statutori dalam kalangan waris si mati iaitu defendan pertama, defendan kedua dan plaintif-plantif. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [77] Hak statutori tersebut diperuntukkan dalam Akta Pembahagian
1958
Mahkamah Rayuan dalam kes Faustina Anne Sta Maria v Mary Patricia De Crus [2023] 10 CLJ 863 memutuskan – “[23] .. The beneficiaries under an intestacy have a right to require distribution to be effected in accordance to s.6(1) of the Distribution Act 1958.” [78] Plaintif telah merujuk s.4(1) dan (2) Akta Pembahagian 1958 dan menekankan hak ahli waris dikawal menurut peruntukan Akta ini. Mahkamah ini bersetuju dengan pendirian plaintif-plaintif. [79] Bahkan, Mahkamah Persekutuan melalui kes Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying [2023] 2 CLJ 169 menekankan Akta Pembahagian 1958 mempunyai matlamat tunggal iaitu menyediakan peruntukan undang-undang bagi pembahagian estet si mati. [80] Adalah molek jika pemerhatian Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying terhadap kepentingan dan keperluan Akta Pembahagian dinukilkan sekali lagi di sini, iaitu – “[52] … it has the sole purpose of providing the law for distribution of intestate estate.” [53] Next, there are three distinct features in Act 300. First, the Act applies to regulate the distribution of all immovable and movable property of the deceased if they are domiciled in West Malaysia and Sarawak. This is by necessary inference from the terms of s. 4. This is not an issue of concern in this appeal since the deceased was domiciled in West Malaysia at the time of his death. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [54] The second feature is the recognition and provision in s. 5 that "for the purpose of distribution under this Act, there shall be no distinction between those who are related to the deceased through his father and those who are related to him through his mother"; and whether the relation to the deceased is by full or half blood. Section 5 further provides that there is also no distinction between those who are actually born in the lifetime of the deceased or who at the time of his death, were only conceived in the womb but who were born alive after the deceased's passing. Again, these significant provisions appear to have escaped the attention of the courts below when determining the issues. In short, distribution under the Act adopts the principle of parity and a person is potentially a beneficiary so long as some lineal blood connection with the deceased can be established. [55] The third feature of the Act is that in the distribution of the estate of the intestate, the intent is to distribute the whole or entire estate "except insofar as the same consists of land". This is evident from the terms of s. 6(1)(j) where the default position after exhausting the scheme or order of distribution as provided in s. 6(1) is, the estate will fall to the Government, following the concept of bona vacantia. [58] The order of statutory succession is structured. The distribution is in order of priority for the deceased's own immediate family first before radiating to the extended family and those connected with him by bloodline, whether on the matriarchal or patriarchal side of the deceased. The distribution starts with the spouse of the deceased who stands to inherit or be distributed the entire or whole estate if there is no issue or parent(s). Where there is present either spouse, issue or parent, then the distribution will follow the order set out in ss. 6(1)(a) to (h), depending on who survives the deceased. Where there are neither spouse, issue or parent(s) or even granduncles or grandaunts surviving the deceased, the default position is one of bona vacantia, the Government is entitled to the whole estate except insofar as the estate consists of land - see s. 6(j). S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [59] The second observation concerns the proportion of the estate that is distributed amongst the surviving family of the deceased. Where a spouse and a parent(s) survive the deceased with no issue, s. 6(1)(b) provides for an equal distribution between the spouse and the parent(s). However, the moment the deceased is survived by issue, then the issue always takes the substantial share - see ss. 6(1)(e), (f) and (g). [60] The third observation is the use of the term, "issue" in s. 6(1) as opposed to the word, "child". And, this takes me right into the heart of the appeal before us. [81] Mengambilkira kesyumulan Akta ini yang mengawal pengagihan harta pusaka si mati yang meninggal dunia tanpa wasiat, maka tiada keperluan untuk Mahkamah ini merujuk kepada prinsip ekuiti. [82] Seksyen 3(1) (1) Akta Undang-undang Sivil 1956 berkaitan application of U.K Common Law, rules of equity and certain statutes memperuntukkan –
1
Save so far as other provision has been made or may hereafter be made by any written law in force in Malaysia, the Court shall –
a
In Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on 7 April 1976. [83] Selanjutnya seksyen 6 Akta Undang-undang Sivil 1956 berhubung immovable property memperuntukkan seperti berikut – Nothing in this Part shall be taken to introduce into Malaysia or any of the States comprised therein any part of the law of England relating to tenure or conveyance or assurance of or succession to any immovable property or any estate, right or interest therein. S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw [84] Kes Haji Taib v Ismail [1971] 2 MLJ 36 telah menjelaskan lagi kedudukan bahawa common law tidak boleh diguna pakai oleh Mahkamah ini sekiranya terdapat peruntukan undang-undang tempatan yang berkuatkuasa. [85] Begitu juga dalam kes Silver Corridor Sdn Bhd v Gallant Acres Sdn Bhd & Anor [2016] 5 MLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan prinsip ekuiti tidak boleh beroperasi untuk menentang peruntukan undang-undang yang jelas nyata. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang berikut adalah dipetik – “[58] Our view is that the plaintiffs' claim is based on statutory provisions of s. 293 of the CA read together with s. 52 of the BA. These statutory provisions, as we have discussed earlier, are clear and unambiguous. Estoppel, being an equitable principle cannot operate to defeat clear statutory provisions of law. This settled principle of law was adopted by Edgar Joseph Jr in United Malayan Banking Corporation Bhd v. Syarikat Perumahan Luas Sdn Bhd (No. 2) [1988] 2 CLJ Rep 522; [1988] 1 CLJ 577; [1988] 1 LNS 143; [1988] 3 MLJ 352 when His Lordship ruled that: "The defence of estoppel accordingly fails since there cannot be an estoppel to evade the plain provisions of a statute,... particularly when the non-compliance goes to the root of the thing." [59] At p. 356 of the judgment, His Lordship went on to say: In other words, if the terms of a statute are absolute and do not admit of any relaxation or exemption, anything done in contravention thereof, will be ultra vires and no person can be estopped from putting forward the contention that what was done was illegal or void: University of Delhi v. Ashok Kumar Chopra. (see also: Kok Hoong v. Leong Cheong Kweng Mines Ltd [1963] CLJU 61; [1963] 1 LNS 61; [1964] MLJ 49; Maritime Electric Co. Ltd v. General S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw Dairies Ltd [1937] AC 610; and Southend-On-Sea Corporation v. Hodgson (Wickford) Ltd [1962] 1 QB 416).” [86] Bersandarkan nas-nas di atas, Mahkamah ini memutuskan ekuiti yang diketengahkan oleh defendan-defendan tidak terpakai dalam kes ini. Hak statutori ahli-ahli waris si mati, Wong Kiew telah pun diperuntukkan secara jelas dan nyata dalam Akta Pembahagian 1958. [87] Maka, persoalan keempat yang dibawa oleh defendan-defendan untuk diputuskan iaitu sama ada undang-undang ekuiti membenarkan hak undang-undang kepada plaintif pertama, kedua dan kelima untuk menuntut harta pusaka si mati, Wong Kiew dalam kapasiti anak Chai Ming Choon, Mahkamah ini menjawab secara negatif. Isu Kelima: Sama ada Akta Pembahagian 1958 perlu dibaca bersama dengan undang-undang ekuiti bagi pengagihan aset Wong Kiew terhadap Plaintif Pertama, Ketiga dan Kelima. [88] Mengulangi nas undang-undang yang telah diperturunkan dalam meneliti persoalan keempat di atas, Mahkamah ini sekali lagi menjelaskan bahawa ekuiti tidak terpakai dan tidak berupaya mencelah dalam proses perundangan bagi pembahagian harta pusaka si mati. Ternyata proses perundangan bagi pembahagian harta pusaka si mati telah dikanun secara komprehensif dalam Akta Pembahagian 1958. [89] Mahkamah Persekutuan Pulau Pinang melalui kes Public Textiles Berhad v Lembaga Letrik Negara [1976] 2 MLJ 58 telah memutuskan bahawa – S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw “.. we cannot avoid our statutory duties in the face of an estoppel. It is our bounden duty to obey the law which is enacted in the interests of the general public or a section of it”. [90] Selanjutnya Mahkamah Agung dalam kes Hotel Ambassador (M) Sdn Bhd v Seapower (M) Sdn Bhd [1991] 1 MLJ 404 menyatakan – “On the question of issue estoppel, we agree with the learned judge that on the facts of this case the appellants cannot invoke the doctrine of issue estoppel. There can be no estoppel against statutory provisions”. [91] Lagi teduh lagi berkajang lagi terang lagi bersuluh, berdasarkan nas undang-undang yang dirujuk dan mengikat Mahkamah ini, maka Mahkamah ini menjawab dengan negatif persoalan undang-undang kelima iaitu sama ada Akta Pembahagian 1958 perlu dibaca bersama undang-undang ekuiti bagi pembahagian aset si mati, Wong Kiew terhadap plaintif pertama, ketiga dan kelima. Kesimpulan [92] Tuntasnya, setelah lima persoalan undang-undang dijawab oleh Mahkamah ini, tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan sebagaimana dalam perenggan 12 (i) sehingga (vi) Pernyataan Tuntutan dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada 28 Julai 2024 S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw Ditandatangan ........................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Keputusan dibaca pada 8 Mei 2024. Kepada peguamcara-peguamcara yang mewakili pihak-pihak :
1
Peguam Plaintif : Bhaeravii a/p Pasupathy Tetuan Morthi Segaran & Co. (Seremban, Negeri Sembilan)
2
Peguam Defendan : Siew Pak Thai Tetuan P.T. Siew & Associates (Petaling Jaya, Selangor) S/N nGZwmOeg4kWDpgmtXSXlLw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.