Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : JA-12BNCvC-45-10/2025
JA-12BNCvC-45-10/2025
High Court of Malaysia30 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. : JA-12BNCvC-45-10/2025
1
CHAN CHEE MING [NO. K/P : 671028-05-5183]
2
LING YE WEI [NO. K/P : 760228-08-5576] …PERAYU-PERAYU DAN LEGEND HOME DESIGN SDN BHD [NO. SYARIKAT : 1247364-A] …RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : JA-A52NCVC-195-08/2022 30/06/2026 15:26:16 JA-12BNCvC-45-10/2025 Kand. 16
1
CHAN CHEE MING [NO. K/P : 671028-05-5183]
2
LING YE WEI [NO. K/P : 760228-08-5576] …DEFENDAN-DEFENDAN DAN LEGEND HOME DESIGN SDN BHD [NO. SYARIKAT : 1247364-A] …PLAINTIF ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan Perayu-Perayu (“Defendan-Defendan”) terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) bertarikh 8 Oktober 2025. HMS telah membenarkan tuntutan Responden (“Plaintif”) bagi baki tertunggak sebanyak RM205,721.00 (selepas pelarasan RM1,600.00 bagi item katil berkembar) dengan kos mengikut skala serta kos tetap RM10,000.00 dan faedah 5% setahun dari 10.06.2022. HMS juga menolak tuntutan balas Defendan-Defendan berjumlah RM142,648.00 dengan kos RM10,000.00.
2
Bagi tujuan keselarasan dan kemudahan rujukan, pihak-pihak adalah dirujuk sebagaimana mereka di Mahkamah Sesyen.
3
Fakta-fakta kes tidak banyak dipertikaikan. Pada atau sekitar tahun 2017, Defendan-Defendan melantik Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja hiasan dalaman dan renovasi di rumah banglo mereka di No. 27 Jalan Harmonium 31/6, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru. Sebut harga bertarikh 07.09.2017 (QUO/004/06/17 (“R3”) bernilai RM441,227.00 telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
4
Defendan-Defendan telah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM351,000.00 melalui enam kali bayaran antara September 2017 hingga Januari 2019. Jumlah ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
5
Pada atau sekitar awal tahun 2019, Plaintif telah meninggalkan tapak kerja. Defendan-Defendan mendakwa kerja-kerja tidak disiapkan sepenuhnya, manakala Plaintif mendakwa kerja telah disiapkan. Pada tahun 2022, Plaintif telah memfailkan tuntutan bagi baki RM218,776.41 berdasarkan Invois bertarikh 10.06.2022 dan Penyata Akaun bertarikh 10.06.2022. Defendan-Defendan telah memfailkan tuntutan balas sebanyak RM142,648.00.
6
Saya turut membuat pemerhatian bahawa kedua-dua pihak mengesahkan semasa perbicaraan bahawa segala arahan, komunikasi dan persetujuan antara pihak-pihak telah dibuat secara lisan.
7
Prinsip campur tangan Mahkamah Rayuan terhadap dapatan Mahkamah Bicara telah dimantapkan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan boleh campur tangan sekiranya dapatan tersebut dibuat melalui salah arah, kesilapan prinsip undang-undang atau apabila dapatan tersebut jelas bertentangan dengan keterangan yang ada. Kegagalan mahkamah bicara menilai keseluruhan bukti secara menyeluruh juga merupakan satu salah arah yang membenarkan campur tangan.
8
Perlu diambil perhatian juga bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai kelebihan menilai kebolehpercayaan saksi secara bersemuka. Walau bagaimanapun, prinsip tersebut tidak menghalang campur tangan apabila terdapat kesilapan prinsip dalam penaakulan penghakiman atau ketidakselarasan dalaman yang nyata dalam dapatan Mahkamah bicara.
9
Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, berikut adalah analisa dan dapatan Mahkamah.
10
HMS mendapati kontrak yang mengikat pihak-pihak adalah berdasarkan R3 bertarikh 07.09.2017 bernilai RM441,227.00 dan menolak (QUO/004/06/17) (“R4”) bertarikh 18.09.2018. Dapatan ini tidak dipertikaikan dalam rayuan ini. Persoalan yang timbul ialah sama ada HMS terkhilaf apabila menambah “perbelanjaan tambahan” berjumlah RM117,094.00 di atas kontrak R3 untuk menghasilkan jumlah keseluruhan RM558,320.00. Saya mendapati terdapat beberapa kekhilafan material dalam pendekatan ini, seperti yang berikut –
a
Item Cat Semburan SKK Berdasarkan pliding Plaintif, jumlah tuntutan bagi SKK Spray Paint adalah sebagai RM11,000.00. Walaupun Alasan Penghakiman HMS menyenaraikan item ini sebagai RM1,100.00, didapati bahawa jumlah keseluruhan perbelanjaan tambahan yang diterima oleh HMS iaitu RM117,094.00 hanya terhasil jika item SKK dikira pada RM11,000.00. Saya mendapati penyenaraian RM1,100.00 adalah suatu kesilapan penulisan di pihak HMS. Ini kerana, kerja mengecat termasuk dalam skop R3, yang memperuntukkan “External/Internal/Ceiling Painting in ICI Deluxe” serta pelbagai item yang disiapkan secara semburan (spray finished). Tambahan pula, bagi item SKK Spray Paint, tiada sebarang invois pembekal dikemukakan. Oleh itu, tuntutan SKK sebagai perbelanjaan tambahan yang berasingan di atas harga kontrak R3 adalah tidak berasas dan bertindih dengan kerja mengecat yang telah terangkum dalam R3. Bayaran sebanyak RM11,000.00 yang dibuat oleh Defendan-Defendan pada 04.01.2019 (PBB810352) kekal diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah RM351,000.00 yang dipersetujui telah dibayar. Sehubungan itu, item SKK diketepikan daripada kuantum kerja terhutang.
b
Item Lampu dan Suis RM8,910.00 Mahkamah membuat pemerhatian bahawa tiada sebarang invois, resit atau dokumen sokongan primer dikemukakan oleh Plaintif bagi item ini. Berdasarkan Alasan Penghakiman, HMS sendiri tidak merujuk kepada mana-mana bukti dokumentari yang menyokong jumlah tersebut. Namun demikian, prinsip dalam Koperasi Kastam Diraja Malaysia Bhd v Yi Go Group Sdn Bhd [2021] 5 MLJ 590 adalah jelas bahawa pihak yang menuntut ganti rugi menanggung beban membuktikan kedua-dua fakta dan jumlah tuntutan. Tanpa sebarang dokumen sokongan, tuntutan ini gagal memenuhi piawaian pembuktian. Sehubungan dengan itu, item ini diketepikan.
c
Item Jubin RM82,884.27 Invois pembekal jubin mengesahkan harga jubin adalah RM54,338.60. Mahkamah membuat pemerhatian bahawa perbezaan antara harga pembekal dan jumlah yang dituntut (lebih kurang RM28,500.00) tidak dijustifikasikan melalui sebarang dokumen atau keterangan yang kukuh. SP1 sendiri mengakui tiada persetujuan harga jubin. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat invois pembekal yang menyokong harga RM54,338.60 dan tidak dipertikaikan bahawa jubin telah dibekalkan, Mahkamah ini membenarkan tuntutan jubin sebanyak RM54,338.60 sahaja, iaitu jumlah yang disokong oleh bukti dokumentari.
d
Item Aircond Piping RM11,800.00 HMS telah membenarkan tuntutan bagi kerja paip dan pemasangan penghawa dingin berjumlah RM11,800.00. Defendan-Defendan menghujahkan bahawa kerja-kerja berkaitan penghawa dingin termasuk dalam R3. Walau bagaimanapun, tuntutan yang dipertikaikan ini adalah bagi kerja paip dan pemasangan, dan ia disokong oleh invois pihak ketiga daripada Winsonair Conditioning (M&E) Sdn Bhd yang mengesahkan kos sebenar yang ditanggung. Tidak terdapat sebarang bayaran khusus bagi penghawa dingin dalam jumlah RM351,000.00 yang dipersetujui telah dibayar. Berbeza dengan item yang tidak disokong oleh sebarang dokumen, item ini berasaskan kos yang dibuktikan melalui invois pembekal dan dapatan HMS membenarkannya melibatkan penilaian keterangan yang berada dalam lingkungan bidang kuasa Mahkamah bicara. Sehubungan dengan itu, saya tidak mendapati apa-apa alasan untuk campur tangan dan mengekalkan item ini.
e
Item Heng Li Lighting RM2,500.00 Mahkamah membuat pemerhatian bahawa terdapat invois bertarikh 03.01.2019 daripada Heng Li Lighting berjumlah RM2,500.00. Memandangkan item ini disokong oleh bukti dokumentari, tiada sebab untuk Mahkamah ini mengubah dapatan HMS. Oleh itu, dapatan HMS adalah dikekalkan.
11
Berdasarkan analisis di atas, pengiraan yang selamat adalah seperti berikut – PERKARA JUMLAH (RM) Kontrak R3 (07.09.2017) 441,227.00 (-) : Item katil berkembar (1,600.00) (+) : Jubin (harga pembekal) 54,338.60 (+) : Aircond piping 11,800.00 (+) : Heng Li Lighting 2,500.00 JUMLAH KESELURUHAN 508,265.60 (-) : Bayaran yang telah dibuat (351,000.00) BAKI TERTUNGGAK
12
Defendan-Defendan menghujahkan bahawa HMS telah mengambil alih peranan Plaintif dengan membina semula asas tuntutan berdasarkan R3 sedangkan Plaintif sendiri memplidkan dan cuba membuktikan tuntutan berdasarkan R4 dan Invois 10.06.2022.
13
Saya bersetuju dengan hujahan ini berdasarkan alasan yang berikut.
14
Tuntutan Plaintif pada asalnya bergantung kepada R4 (RM498,079.86) dan Invois bertarikh 10.06.2022 (RM569,776.41). Apabila R4 ditolak, HMS beralih kepada R3. Ini pada asasnya mengubah asas tuntutan daripada apa yang diplidkan oleh Plaintif sendiri. Walaupun Mahkamah mempunyai kuasa untuk menilai keterangan dan membuat dapatan, prinsip dalam Tenaga Nasional Bhd v Ichi-Ban Plastic (M) Sdn Bhd and other appeals [2018] 3 MLJ 141 mengkehendaki Mahkamah memutuskan kes hanya berdasarkan isu yang diplidkan oleh pihak-pihak.
15
Namun demikian, saya turut mendapati bahawa kekhilafan ini boleh diperbetulkan melalui pelarasan kuantum tanpa perlu mengetepikan dapatan liabiliti secara keseluruhan. Ini kerana R3 memang ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan ini telah diakui.
16
Saya mendapati dalam konteks ini, adalah penting untuk membezakan dua perkara, Pertama, prinsip dalam Tenaga Nasional Bhd v Ichi-Ban Plastic (M) Sdn Bhd and other appeals menghalang Mahkamah daripada memutuskan kes atas asas yang tidak diplidkan, tetapi ia tidak menghalang Mahkamah daripada bersandar kepada R3 yang merupakan kontrak bertulis yang ditandatangani dan diakui oleh kedua-dua pihak sebagai mengikat. Kekhilafan HMS bukanlah pergantungan kepada R3 sebagai kontrak, sebaliknya pembinaan semula kuantum di atas R3 melebihi apa yang berjaya dibuktikan oleh Plaintif. Oleh itu, pembetulan yang wajar ialah pelarasan kuantum dan bukan pengetepian liabiliti.
17
Kerja-kerja telah dijalankan dan ini juga tidak dapat dinafikan berdasarkan keterangan gambar dan pengakuan SD1 sendiri. Dapatan HMS bahawa kerja-kerja renovasi telah disiapkan secara substansial mengikut R3 merupakan dapatan fakta berdasarkan penilaian keterangan yang tidak sepatutnya diganggu oleh Mahkamah yang mendengar rayuan, tertakluk kepada pelarasan kuantum yang telah dinyatakan.
18
HMS menolak tuntutan balas secara keseluruhannya atas alasan bahawa –
a
tiada notis bertulis atau WhatsApp mengenai kecacatan;
b
Defendan-Defendan tidak menamatkan kontrak secara rasmi; dan
c
Plaintif tidak diberi peluang untuk membaiki kecacatan.
19
HMS turut membuat dapatan bahawa isu kecacatan sebagai “afterthought”.
20
Walau bagaimanapun, saya mendapati terdapat ketidakselarasan dalam penaakulan HMS berkenaan perkara ini. Ini kerana kedua-dua pihak mengakui bahawa segala komunikasi antara mereka adalah secara lisan. Plaintif sendiri bergantung kepada kontrak lisan dan arahan lisan sebagai asas tuntutannya. Dalam keadaan tersebut, adalah tidak konsisten untuk menolak tuntutan balas semata-mata kerana aduan mengenai kecacatan tidak dibuat secara bertulis, sedangkan amalan komunikasi yang diterima bersama adalah secara lisan.
21
Namun demikian, Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS dalam dua aspek yang berikut. Pertama, penilaian SD3 yang menilai kerja-kerja Plaintif pada RM253,839.00 mempunyai kelemahan yang nyata di mana SD3 bukan juruukur bahan, tidak menyemak kontrak yang dipersetujui dan tidak mengetahui spesifikasi bahan yang telah dipersetujui. Oleh itu, jumlah RM253,839.00 tidak boleh diterima sebagai asas bagi tuntutan lebihan bayaran RM97,161.00. Kedua, tuntutan bagi kos kontraktor RM24,687.00 adalah berdasarkan sebut harga yang tidak ditandatangani dan bagi kerja-kerja yang belum dijalankan.
22
Pada masa yang sama, Mahkamah turut mendapati terdapat dua item dalam tuntutan balas yang didapati mempunyai asas yang kukuh–
a
Kos pelan lukisan RM6,000.00 – Berdasarkan Surat Plaintif sendiri bertarikh 10.01.2017 di muka surat 33 Rekod Rayuan Bahagian C Jilid 1 mengesahkan Plaintif mengenakan yuran reka bentuk berjumlah RM6,000.00, dengan terma bahawa 60% daripadanya akan dikreditkan semula sebagai sebahagian daripada deposit renovasi sekiranya kontrak diberikan. SD1 dalam pemeriksaan semula memberi keterangan bahawa Plaintif telah bersetuju, apabila kesemua kerja renovasi diberikan kepada Plaintif, untuk menolak keseluruhan RM6,000.00 sehingga Defendan-Defendan tidak perlu menanggung kos pelan tersebut. Mahkamah menerima keterangan SD1 berkenaan persetujuan tersebut. Oleh itu, item ini dibenarkan pada jumlah RM6,000.00".
b
Kos kebenaran renovasi RM10,000.00 – Berdasarkan sebut harga konsultan di muka surat 176-178 Rekod Rayuan Bahagian C Jilid 2 menunjukkan caj sebanyak RM10,000.00 adalah bagi yuran reka bentuk, kejuruteraan dan pengemukaan pelan cadangan ubahsuai kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru, beserta surat pengemukaan dan Borang A. Keterangan SD1 menunjukkan bahawa Plaintif telah bersetuju secara lisan untuk menanggung kos memperoleh kebenaran pengubahsuaian dan kebenaran tersebut masih belum diperolehi. Oleh itu item tuntutan ini dibenarkan
23
Oleh itu, Mahkamah membenarkan tuntutan balas bagi dua item ini berjumlah RM16,000.00. Item-item lain dalam tuntutan balas ditolak atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas.
24
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa pemberian kos dalam dua bentuk : kos berskala dan kos tetap RM10,000.00 dalam satu penghakiman yang sama mengakibatkan pemulihan berganda. Tindakan ini tidak selaras dengan amalan biasa dan sepatutnya diperbetulkan.
25
HMS telah memerintahkan faedah sebanyak 5% setahun dari 10.06.2022, iaitu tarikh Invois. Memandangkan SP1 sendiri mengakui tiada bukti penyerahan dan penerimaan Invois tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa tarikh faedah yang lebih sesuai adalah dari tarikh pemfailan tindakan.
26
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah membuat perintah seperti berikut –
a
Rayuan Defendan-Defendan adalah dibenarkan sebahagiannya;
b
Perintah Mahkamah Sesyen diubah seperti berikut –
i
Plaintif berhak kepada baki tertunggak sebanyak RM157,265.60, berbanding RM205,721.00 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen;
II
(ii) Tuntutan balas Defendan-Defendan dibenarkan bagi item kos pelan lukisan RM6,000.00 dan kos kebenaran renovasi RM10,000.00, berjumlah RM16,000.00;
III
(iii) setelah penolakan silang (set-off), jumlah bersih yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif adalah RM141,265.60;
IV
(iv) faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM141,265.60 bermula dari 05.08.2022 sehingga penyelesaian penuh dan muktamad;
v
kos tetap RM10,000.00 yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen di bawah tuntutan Plaintif diketepikan. Kos mengikut skala dikekalkan;
VI
(vi) kos RM10,000.00 yang diberikan terhadap Defendan-Defendan bagi penolakan tuntutan balas dikurangkan kepada RM5,000.00, memandangkan dua item tuntutan balas telah dibenarkan;
c
memandangkan Defendan-Defendan telah berjaya sebahagiannya dalam rayuan ini, kos rayuan ini adalah ditanggung masing-masing. Bertarikh : 30 Mac 2026 -tandatangan-YA Noradura binti Hamzah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil 2 Johor Bahru Peguamcara Perayu-Perayu : : Ling Wee Wang & Alena We Yan Ting Tetuan Ling & Partners Iskandar Puteri Peguamcara Responden : :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.