Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. MT3- 22-695-2008
22-695-2008
High Court of Malaysia29 Sept 2014
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. MT3- 22-695-2008
1
1.
2
CHAN WANG SOON PLAINTIF-PLAINTIF DAN GALE FORCE SDN BHD DEFENDAN DAN MALAYAN BANKING BERHAD PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN (PERINTAH-PERINTAH BERTARIKH 15.08.2014) 2 [1] Plaintif-plaintif di dalam kes ini telah memfailkan Notis Rayuan untuk merayu terhadap dua perintah yang telah diberikan oleh mahkamah ini pada 15.08.2014. Perintah-perintah tersebut adalah :
i
menolak dan membatalkan permohonan Plaintif-plaintif di bawah Aturan 21 Kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) untuk menarikbalik permohonan mereka di dalam
Lampiran
Lampiran B yang difailkan pada 24.06.2014 memohon di bawah Aturan 21 kaedah 3(1) KKM bagi menarikbalik atau memberhentikan tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Pihak Ketiga dengan kebebasan memfailkan semula dan memberikan kos sebanyak RM 2000.00 kepada Pihak Ketiga; (ii) telah menolak permohonan Plaintif-plaintif untuk menarik balik Lampiran B tersebut, mahkamah ini telah mengarahkan Plaintif-plaintif untuk meneruskan permohonan mereka di Lampiran B dan seterusnya membenarkan permohonan Plaintif-plaintif untuk menarik balik atau memberhentikan tuntutan mereka terhadap Pihak Ketiga, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula. Tiada apa-apa perintah mengenai kos diberikan berkenaan permohonan ini. [2] Untuk lebih jelas lagi atas sebab apa mahkamah ini memberikan perintah-perintah tersebut, fakta latarbelakang yang merangkumi kedua-dua permohonan oleh Plaintif-plaintif ini daripada kertas kausa, molek diperturunkan di bawah ini. 3 2.1 Plaintif-plaintif ((i) Chan Guan Eng, (ii) Chan Wan Soon) adalah dua orang individu yang juga adalah merupakan pemegang-pemegang saham Strawberry Park Resort Sdn. Bhd. Plaintif Kedua juga adalah Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat bernama Hartaya Sdn. Bhd. (Hartaya). 2.2 Defendan (Gale Force Sdn. Bhd.) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Lot 6.05, Level 6, KPMG Tower, 8 First Avenue, Bandar Utama Petaling Jaya, 47800 Selangor. 2.3 Pihak Ketiga (Malayan Banking Berhad) pula adalah sebuah institusi kewangan dan perbankan yang telah menjadi pihak di dalam tindakan ini atas Perintah perletakkan hak bertarikh 09.02.2001 yang mana menurut perintah ini, hak-hak dan kepentingan-kepentingan Philleoallied Bank (M) Bhd diletakkan kepada Pihak Ketiga. 2.4 Philleoallied Bank (M) Bhd telah memberi beberapa kemudahan kewangan ‘Term Loans’ kepada Hartaya (Penghutang Prinsipal) dan setakat 31.12.2001, Hartaya telah dikatakan terhutang kepada Pihak Ketiga sebanyak RM30,447,951.75. 4 2.5 Plaintif-plaintif (kedua-dua Plaintif) telah bersesama dan berasingan menjamin kemudahan-kemudahan kewangan tersebut dengan menyempurnakan tiga (3) perjanjian gerenti (Perjanjian-perjanjian Gerenti tersebut) dengan Pihak Ketiga. 2.6 Hartaya telah gagal membuat pembayaran balik hutang-hutang di bawah kemudahan kewangan yang diberikan dan ini menyebabkan Pihak Ketiga telah menguatkuasakan hak mereka terhadap perjanjian-perjanjian gerenti tersebut dengan pengisuan surat tuntutan bertarikh 01.03.2002. 2.7 Kedua-dua Plaintif telah mendakwa bahawa pada 20.11.2005, suatu perjanjian penyelesaian telah dimasukkan di antara Pihak Ketiga dan kedua-dua Plaintif di mana dengan kedua-dua Plaintif membuat pembayaran sebanyak RM2 juta kepada Pihak Ketiga, pembayaran sebanyak RM2 juta tersebut telah melepaskan kesemua tanggungjawab kedua-dua Plaintif sebagai penjamin-penjamin terhadap kemudahan kewangan yang telah diberikan kepada Hartaya. Kedua-dua Plaintif telah mendakwa bahawa pembayaran RM2 juta tersebut telah pun dibuat kepada Pihak Ketiga. 2.8 Melalui Guaman Sivil D1-24-161-2007, suatu Perintah Perletakkanhak telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 04.06.2007 di mana semua jumlah terhutang oleh Hartaya dan apa-apa liabiliti ke atas hutang-hutang tersebut 5 terhadap Pihak Ketiga telah diletakkanhak kepada pihak Defendan. 2.9 Atas perletakkan hak tersebut, Defendan kemudiannya pada telah mengeluarkan satu Surat Tuntutan bertarikh 09.04.2008 terhadap kedua-dua Plaintif sebagai penjamin bagi kemudahan kewangan yang diberikan kepada Hartaya. 2.10 Ekoran daripada pengisuan surat tuntutan oleh Defendan bertarikh 9.4.2008 tersebut, pada 30.04.2008 kedua-dua Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan di dalam guaman di hadapan mahkamah ini (22-695-2008) memohon antara lain relif-relif berikut ; (a) Satu deklarasi bahawa pembayaran jumlah sebanyak RM2,000,000.00 oleh Plaintif-plaintif kepada Malayan Banking Berhad merupakan penyelesaian yang penuh dan muktamad sebarang liabiliti di bawah Gerenti-gerenti itu yang berkenaan dengan kemudahan-kemudahan perbankan itu; (b) Satu deklarasi bahawa oleh kerana penyelesaian itu, Plaintif-plaintif tidak terhutang Defendan dalam jumlah RM49,432,360.85 atau sama sekali; (c) Kos . 2.11 Di dalam pernyataan tuntutan mereka, kedua-dua Plaintif telah menentang dan mencabar surat tuntutan bertarikh 09.04.2008 yang dikeluarkan oleh Defendan terhadap mereka atas alasan-alasan berikut : 6 (a) jaminan-jaminan yang kedua-dua Plaintif masuki bagi menjamin kemudahan-kemudahan kewangan yang diberikan kepada Hartaya adalah suatu demand guarantee dan Pihak Ketiga telahpun menuntut terhadap kedua-dua Plaintif sebagai penjamin bagi jumlah terhutang yang tidak dibayar Hartaya melalui surat tuntutan bertarikh 01.03.2002 maka kausa tindakan telah bermula terhadap kedua-dua Plaintif dari tarikh pengisuan surat tuntutan ini, yakni 01.03.2002. Oleh itu kedua-dua Plaintif telah mendakwa bahawa had masa untuk membawa tindakan terhadap kedua-dua mereka luput pada 01.03.2008. Kedua-dua Plaintif telah menyatakan bahawa tuntutan Defendan terhadap mereka melalui Notis Tuntutan bertarikh 09.04.2008 adalah dihalang oleh had masa. (b) terdapat perjanjian penyelesaian bertarikh 20.11.2005 yang telah dimasuki oleh Pihak Ketiga dan kedua-dua Plaintif di mana dengan pembayaran RM2 juta oleh kedua-dua Plaintif kepada Pihak Ketiga telah menyelesaikan segala tanggungjawab mereka ke atas keberhutangan Hartaya dan mereka telahpun terlepas daripada segala tanggungjawab sebagai penjamin-penjamin Hartaya. Justeru, Defendan tidak lagi mempunyai kausa menurut undang-undang untuk menuntut terhadap kedua-dua mereka sebagai penjamin. 2.12 Defendan pula pada bulan September 2011, telah memulakan tindakan terhadap Hartaya (Penghutang Prinsipal) dan kedua- 7 dua Plaintif sebagai pemegang saham-saham tertentu di dalam Syarikat Strawberry Park Resort Sdn. Bhd. melalui Guaman Sivil No. 22NCC-1449-09-2011. 2.13 Kemudian daripada itu, Defendan pula di dalam menentang tuntutan kedua-dua Plaintif di dalam guaman ini telah memfailkan pernyataan pembelaan serta memfailkan tuntutan balas terhadap kedua-dua Plaintif dengan menuntut bahawa kedua-dua Plaintif adalah bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap hutang-hutang Hartaya berjumlah RM49,432,360.85 kepada Defendan. 2.14 Ekoran daripada tuntutan balas tersebut itu, Plaintif telah menjadikan Pihak Ketiga sebagai Pihak Ketiga melalui Notis Pihak Ketiga bertarikh 11.10.2011. 2.15 Pada 10.11.2011, atas permohonan kedua-dua Plaintif, mereka telah memperolehi perintah Saman Minta Arahan-Arahan Ketiga yang antara lain memerintah berikut : 1. Plaintif-plaintif (Defendan-defendan dalam Tuntutan Balas) menyampaikan pernyataan tuntutannya kepada Pihak Ketiga tersebut dalam masa 21 hari dari tarikh ini, dan Pihak Ketiga hendaklah membuat akuan dalam masa 21 hari; 2. Plaintif-plaintif (Defendan-defendan dalam Tuntutan Balas) dan Pihak Ketiga masing-masing bertukar-tukar senarai dokumen dalam tempoh 14 hari selepas pliding-pliding ditutup; 8 3. Pihak Ketiga tersebut adalah bebas hadir di perbicaraan tindakan ini, dan mengambil bahagian sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim, dan terikat dengan keputusan perbicaraan itu; 4. Soal kebertanggungjawaban Pihak Ketiga tersebut untuk menggantirugi Plaintif-plantif (Defendan-defendan dalam Tuntutan Balas) hendaklah dibicarakan dalam perbicaraan tindakan ini. 2.16 Kedua-dua Plaintif kemudiannya pada 04.07.2012 telah memfailkan Notis Pemberhentian tindakan Plaintif-plaintif terhadap Defendan tanpa perintah kos dan tanpa kebebasan memfailkan semula. 2.17 Walaupun kedua-dua Plaintif telah memberhentikan tindakan mereka terhadap Defendan, kedua-dua Plaintif telah seterusnya memfailkan pernyataan tuntutan terpinda terhadap Pihak Ketiga pada 23.11.2012 yang antara lain memohon perintah-perintah deklarasi seperti berikut : 1. Satu deklarasi bahawa pembayaran jumlah sebanyak RM2,000,000,00 oleh Plaintif-plaintif kepada Malayan Banking Berhad merupakan penyelesaian yang penuh dan muktamad sebarang liabiliti dibawah Gerenti-gerenti itu yang berkenaan dengan kemudahan-kemudahan perbankan itu; 2. Satu deklarasi bahawa oleh kerana penyelesaian itu, Plaintif-plaintif tidak terhutang kepada Defendan dalam jumlah sebanyak RM49,432,360.85 atau sama sekali; 9 3. Satu deklarasi bahawa Tuntutan Defendan terhadap Plaintif-plaintif adalah dihadkan oleh masa; 4. Satu deklarasi bahawa tuntutan Pihak Ketiga terhadap Plaintif-plaintif adalah dihapuskan oleh sebab persetujuan dan penyelesaian; (a) satu deklarasi bahawa pada masa material atau semua masa, Pihak Ketiga merupakan fidusiari Plaintif-plaintif, dan Pihak Ketiga telah melanggar tanggungjawab fidusiarinya kepada Plaintif-plaintif (b) satu deklarasi bahawa pada semua masa material atau semua masa, Pihak Ketiga telah bertindak secara cuai terhadap Plaintif-plaintif; (c) satu deklarasi bahawa pada semua masa material atau semua masa, Pihak Ketiga mempunyai satu tanggungjawab berjaga-jaga terhadap Plaintif-plaintif, dan ia telah melanggar tanggungjawab berjaga-jaga tersebut. 5. Satu perintah bahawa :- (a) Pemberi Pinjaman Pihak Ketiga secara keseluruhannya menanggung rugi Plaintif-plaintif dan setiap satu daripada mereka untuk semua jumlah, liabiliti dan kos yang dituntut dalam Tuntutan Balas yang difailkan oleh Defendan terhadap Plaintif-plaintif; (b) Bahawa pemberi Pinjaman Pihak Ketiga membayar kerugian am kepada Plaintif-plaintif untuk ; 10 (i) Pelanggaran tanggungjawab sebagai pemegang amanah konstruktif dan/atau pelanggaran tanggungjawab sebagai fidusiari Plaintif-plaintif; (ii) Kecuaiannya terhadap Plaintif-plaintif; (iii) Salah nyata kepada Gale Force Sdn Bhd; (iv) Pelanggaran tanggungjawab berjaga-jaga terhadap Plaintif-plaintif; dan, (v) Pelanggaran tanggungjawab untuk tidak mendedahkan kepada Plaintif-plaintif. 2.18 Sebagai menentang tuntutan kedua-dua Plaintif, Pihak Ketiga telah memfailkan pernyataan pembelaan terpinda pada 21.12.2012 yang memplidkan antara lain bahawa : (i) terdapatnya Perjanjian Jualbeli bertarikh 17.01.2007 di antara pihak Defendan dan Pihak Ketiga bahawa Defendan telah membeli hutang-hutang terakru di bawah pinjaman yang terhutang ‘(non-performing loan)’ oleh Hartaya kepada Pihak Ketiga melalui Perintah Peletakkanhak bertarikh 30.05.2007. Segala hutang-hutang terakru Hartaya dan liabiliti-liabiliti ke atasnya dipindahkan kepada Defendan. (ii) kewujudan perjanjian Penyelesaian bertarikh 20.11.2005 yang dinyatakan oleh kedua-dua Plaintif telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pihak Ketiga dan menegaskan sebaliknya bahawa sebenarnya pada 17 haribulan Oktober 2005, Penghutang Prinsipal melalui suratnya 11 telah meminta Pihak Ketiga menimbangkan cadangan penebusan sebanyak RM23 juta bagi hartanah yang terkandung di bawah H.S (D) 2512 PT3232 Mukim Kijal, Kemaman, Terengganu (hartanah tersebut) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad pinjaman yang belum dijelaskan oleh penghutang prinsipal kepada Pihak Ketiga. (iii) Pihak Ketiga telah mengeluarkan surat bertarikh 22.11.2005 yang bersetuju bahawa jumlah terhutang RM26.2 juta dibayar sepenuhnya pada atau sebelum 28 Februari 2006 dengan cara berikut : (i) Penebusan berjumlah RM23 juta bagi Hartanah tersebut (“Jumlah Penebusan”); dan (ii) Baki sebanyak RM3.2 juta akan dibayar oleh Plaintif-plaintif sebagai Penjamin. (iv) namun pada 24.11.2005, Plaintif Kedua sebagai Pengarah Urusan peminjam prinsipal (Hartaya) memohon untuk mengurangkan jumlah pembayaran secara ansuran. (v) menurut Pihak Ketiga, setakat 4 Jun 2007 (tarikh kuatkuasa Perintah Letakhak 2007), jumlah penebusan untuk Hartanah tersebut masih belum dibayar kepada Pihak Ketiga. Pihak Ketiga menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian gerenti yang disempurnakan oleh 12 kedua-dua Plaintif dan gadaian atas hartanah tersebut masih belum dilepaskan dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. 2.19 Pihak Ketiga telah menafikan bahawa tiada pada bila-bila masa pun liabiliti-liabiliti kedua-dua Plaintif telah dilepaskan oleh Pihak Ketiga dan liabiliti-liabiliti tersebut telahpun diletakkanhak kepada Defendan melalui perjanjian perletakkanhak bertarikh 30.05.2007. 2.20 Selain daripada permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan mereka, kedua-dua Plaintif di dalam guaman ini telah juga membuat dua permohonan lain yakni : (i) pada 15.03.2012 untuk menyatukan tindakan ini dan tindakan 22NCC-1149-09/2011 tetapi telah menarikbalik permohonan pada 22.03.2012. (ii) pada 27.04.2012 untuk perintah menjadikan Pihak Ketiga sebagai Pihak (joinder) tetapi setelah Pihak Ketiga memfailkan Afidavit Balasan, kedua-dua Plaintif telah menarikbalik permohonan pada 04.10.2012 dan mahkamah telah memerintahkan kos RM2,000 dibayar kepada Pihak Ketiga. 13 [3] Kini, setelah rentetan-rentetan permohonan demi permohonan difailkan oleh kedua-dua Plaintif di mahkamah ini, kedua-dua Plaintif berhasrat pula menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga. [4] Kronologi sebelum perbicaraan permohonan di bawah Aturan 21 kaedah 3(1) KKM perlu dinyatakan di sini bagi memberi suatu gambaran jelas mengenai tindak-tanduk kedua-dua Plaintif : (i) pengurusan kes ini telah dipanggil di hadapan Penolong Kanan Pendaftar (PKP) pada 28.01.2014 dan kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 20 dan 27 Jun 2014 dan tarikh pengurusan kes untuk arahan-arahan lanjut bagi perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 20.02.2014. (ii) pada 20.02.2014, apabila kes dipanggil untuk pengurusan kes, PKP telah mengarahkan pemfailan dokumen-dokumen oleh pihak-pihak dan tarikh pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 01.04.2014. (iii) pada tarikh 01.04.2014, apabila kes dipanggil untuk pengurusan kes, PKP telah dimaklumkan bahawa terdapatnya permohonan daripada kedua-dua Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan terpinda. Permohonan kedua-dua Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan terpindanya telah ditetapkan untuk perbicaraan dan telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 08.05.2014. 14 (iv) pada 08.06.2014, setelah permohonan kedua-dua Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutannya ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, kedua-dua Plaintif telah memfailkan permohonan untuk menarikbalik tindakan terhadap Pihak Ketiga pada 18.06.2014 (Permohonan Pertama) dua hari sebelum kes dijadualkan untuk perbicaraan penuh pada 20.06.2014. (v) apabila kes dipanggil pada 20.06.2014 untuk perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Tinggi telah dimaklumkan bahawa terdapatnya permohonan pertama difailkan dan atas alasan itu perbicaraan penuh telah ditangguhkan. (vi) pada 25.06.2014, kes telah dipanggil semula untuk pengurusan kes dan PKP telah dimaklumkan bahawa satu lagi permohonan baru untuk menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga telah difailkan oleh kedua-dua Plaintif pada 24.06.2014 (permohonan kedua) dengan Perakuan Segera difailkan. (vii) pada tarikh tersebut, PKP antara-lain telah membuat arahan mengenai permohonan kedua dan menetapkan permohonan kedua dibicarakan pada 11.08.2014 dan juga melapangkan tarikh perbicaraan pada 27.06.2014. Tarikh perbicaraan penuh yang baru telah ditetapkan pada 25 hingga 27 September 2014. 15 (viii) peguam kedua-dua Plaintif telah juga menarikbalik permohonan pertama dan penarikanbalik permohonan pertama ini telah dibenarkan oleh PKP. Pada 23.07.2014, apabila kes dipanggil untuk Pengurusan Kes, peguam kedua-dua Plaintif telah tidak hadir, namun peguam Pihak Ketiga yang hadir telah memaklumkan bahawa peguam kedua-dua Plaintif telah tersilap tarikh dan kes kemudian ditetapkan untuk pengurusan kes pada 11.08.2014, manakala permohonan kedua ini akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 15.08.2014. [5] Pada 11.08.2014, apabila kes ini dipanggil di hadapan PKP bagi pengurusan permohonan kedua, peguam kedua-dua Plaintif telah memaklumkan bahawa mereka ingin menarikbalik permohonan kedua di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM dan berhasrat untuk meneruskan perbicaraan penuh. Permohonan untuk menarikbalik permohonan kedua ini telah dibantah dengan kerasnya oleh peguam Pihak Ketiga dan peguam Pihak Ketiga memohon mahkamah memberi arahan supaya permohonan untuk menarikbalik permohonan kedua dibuat secara rasmi oleh kedua-dua Plaintif. [6] PKP telah mengarahkan supaya peguam kedua-dua Plaintif memfailkan permohonan rasmi bagi menarikbalik permohonan kedua difailkan sebelum 15.08.2014 kerana permohonan kedua telah ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi pada 15.08.2014. 16 [7] Peguam kedua-dua Plaintif telah hanya memfailkan permohonan rasmi untuk menarikbalik permohonan kedua pada 14.08.2014 dan mahkamah ini hanya telah dimaklumkan mengenainya pada petang 14.08.2014 melalui surat peguamcara yang telah dialamatkan kepada setiausaha hakim di mana antara lain kandungan surat itu menyatakan bahawa sesalinan advanced copy telah disampaikan kepada peguam Pihak Ketiga bagi membolehkan Pihak Ketiga meneliti kandungan tersebut dan bersedia untuk bicara pada 15.08.2014. [8] Pada hari yang sama juga, peguam Pihak Ketiga telah menulis surat kepada mahkamah bahawa mereka telah diserahkan dengan permohonan yang tidak dimeterai pada jam 4.30 petang 13.08.2014 yang Afidavit Sokongan permohonan belum diikrarkan lagi. Peguam Pihak Ketiga telah menerima arahan dari Pihak Ketiga untuk membalas Afidavit Sokongan tersebut selepas ianya dikrarkan dan memaklumkan akan hadir pada 15.08.2014 untuk mendapatkan arahan lanjut mahkamah bagi menjawab Afidavit Sokongan kedua-dua Plaintif bagi permohonan tersebut. Prosiding pada 15.08.2014 - (i) Permohonan di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM. [9] Pada 15.08.2014, apabila permohonan kedua kedua-dua Plaintif untuk dipanggil untuk perbicaraan dengan kehadiran peguam kedua- 17 dua Plaintif dan peguam Pihak Ketiga, peguam kedua-dua Plaintif telah bangun dan memaklumkan kepada mahkamah ini bahawa mereka telahpun memfailkan permohonan rasmi di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM untuk menarikbalik permohonan kedua dan memohon mahkamah ini membicarakan permohonan Aturan 21 kaedah 6 KKM terlebih dahulu. [10] Peguam Pihak Ketiga telah membantah permohonan Aturan 21 kaedah 6 KKM dibicarakan oleh mahkamah kerana ianya telah difailkan terlalu lewat dan mereka hanya telah menerima permohonan termeterai tersebut pada 14.08.2014 yakni suatu masa yang terlalu singkat dan tidak membolehkan mereka untuk memfailkan Afidavit Balasan untuk membantah permohonan tersebut. [11] Menurut peguam Pihak Ketiga juga, ini bukanlah kali pertama kedua-dua Plaintif berbuat demikian tetapi sebelum daripada ini, kedua-dua Plaintif telah berbuat perkara yang sama pada permohonan bertarikh 15.03.2012, permohonan 27.04.2012 dan juga permohonan bertarikh 18.06.2014. Di samping itu, adalah dihujahkan seterusnya oleh peguam Pihak Ketiga bahawa adalah tidak adil sekiranya mahkamah ini membicarakan permohonan ini, kerana Pihak Ketiga belum sempat lagi memfailkan afidavit bagi menentang permohonan tersebut dan apatah permohonan ini telah difailkan oleh kedua-dua Plaintif apabila Pihak Ketiga telah menyatakan yang mereka tidak membantah permohonan menarikbalik tindakan terhadap 18 Pihak Ketiga tetapi penarikanbalik hendaklah dibenarkan tanpa kebebasan untuk memfail semula. [12] Mahkamah ini tidak pada bila-bila masa pun menetapkan permohonan Aturan 21 kaedah 6 KKM ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 15.08.2014. Mahkamah ini telah meneliti nota prosiding di hadapan PKP pada 11.08.2014 dan mendapati bahawa arahan yang telah diberikan kepada kedua-dua Plaintif adalah untuk kedua-dua Plaintif memfailkan permohonan rasmi di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM sebelum 15.08.2014. PKP kemudiannya telah menetapkan permohonan kedua ditetapkan untuk perbicaraan pada 15.08.2014. [13] Sewajarnya permohonan ini tidak harus dipertimbangkan oleh mahkamah ini atas alasan-alasan berikut : (a) permohonan telah difailkan terlalu lewat ‘at the eleventh hour’ yakni sehari sebelum tarikh perbicaraan permohonan kedua. Kedua-dua Plaintif telah sedia maklum bahawa permohonan rasmi ini adalah bertujuan menarikbalik permohonan kedua yang ditetapkan pada 15.08.2014. Peguam kedua-dua Plaintif sememangnya sedar permohonan mereka untuk menarikbalik permohonan kedua adalah ditentang keras oleh Pihak Ketiga. Di dalam keadaan sedemikian, mereka sewajarnya sedar sebarang permohonan yang difailkan akan pastinya memerlukan Pihak Ketiga untuk menjawab Afidavit Sokongan bagi menentang permohonan. 19 (b) tentangan mengenainya telah dizahirkan oleh peguam Pihak Ketiga kepada peguam kedua-dua Plaintif di hadapan PKP pada 11.08.2014. Jelas kedua-dua Plaintif memang mengetahui bahawa Pihak Ketiga pastinya akan memerlukan masa memfailkan afidavit balasannya. Dengan pemfailan lewat ini, sudah pastinya ia akan menafikan hak Pihak Ketiga untuk menentang permohonan dengan memfailkan Afidavit Balasan dan ini menimbulkan kesan prejudis dan ketidakadilan kepada Pihak Ketiga. (c) peguam kedua-dua Plaintif sememangnya juga sedar bahawa permohonan rasmi yang mereka failkan ini adalah menurut Aturan 21 kaedah 6 KKM yang mana mereka memohon untuk menarikbalik permohonan kedua yang difailkan pada 24.06.2014 yang telahpun diserahkan kepada Pihak Ketiga. Aturan 21 kaedah 6 KKM memperuntukkan bahawa suatu pihak yang telah mengambil keluar suatu notis permohonan dalam suatu kausa atau perkara tidak boleh menariknya balik tanpa kebenaran Mahkamah. Mengetahui situasi tersebut, dan dengan masa yang sangat genting dan singkat, kedua-dua Plaintif sepatutnya memfailkan permohonan untuk menarikbalik permohonan kedua pada hari tersebut juga atau paling tidak pun pada 12.08.2014 itu, tetapi kedua-dua Plaintif tidak berbuat demikian. Sebaliknya telah memfailkan permohonan termeterai pada 14.08.2014 dan berharap mahkamah membicarakannya pada 15.08.2014. 20 [14] Bagi mahkamah ini, perbuatan peguam kedua-dua Plaintif adalah suatu perbuatan yang tidak menunjukkan keseriusan terhadap permohonan tersebut dan menunjukkan cubaan memperlekehkan proses undang-undang. Malahan tindakan menarikbalik permohonan ini bukanlah perbuatan kedua-dua Plaintif buat kali pertama, tetapi kali ketiga selepas permohonan pada 15.03.2012, 27.04.2012 dan penarikanbalik permohonan pada 18.06.2014. Perbuatan kedua-dua Plaintif telah menunjukkan rasa ketidakhormatan kedua-dua Plaintif terhadap prosedur dan telah bertindak menurut kesesuaian diri mereka “their own whims and fancies” dan ini tidak boleh dibenarkan oleh mahkamah. Di dalam hal ini, suka mahkamah ini merujuk kepada kes : The Ka Wah Bank Ltd v Low Chung Song & Ors [1998] 6 MLJ 384. Mahkamah ini sedar akan kes Ka Wah Bank adalah berbeza mengikut fakta kes. Namun begitu, dasar dan alasan penghakiman mahkamah tinggi dalam kes itu adalah berdasarkan alasan-alasan yang sesuai dan selari untuk digunapakai dalam kes di hadapan mahkamah ini. Dalam kes Ka Wah, mahkamah tinggi telah berhadapan dengan tindak-tanduk Defendan yang diputuskan sebagai tindakan dengan sengaja melengah-lengahkan prosedur mahkamah. Tindakan melengah-lengahkan oleh Defendan dalam kes itu adalah pada tarikh 22.11.1988, pihak Defendan telah mefailkan permohonan (Lampiran 89) untuk satu perintah perlanjutan masa untuk memfailkan afidavit mengesahkan senarai dokumen dan untuk mengenepikan penghakiman ingkar terhadap mereka. Namun begitu, setelah Lampiran 89 difailkan, pihak Defendan langsung tidak melakukan apa-apa tindakan lanjut untuk memajukan lagi permohonan mereka. Malah, selepas pemfailan Lampiran 89, pihak 21 Defendan telah bersetuju dengan permohonan pihak Plaintif untuk tarikh-tarikh ditetapkan untuk membicarakan isu penaksiran ganti rugi. Plaintif juga telah meneruskan untuk menetapkan kes untuk perbicaraan untuk isu liabiliti dan ganti rugi. Pihak Defendan langsung tidak melakukan apa-apa tindakan lanjut untuk memastikan tarikh ditetapkan untuk pendengaran Lampiran 89 mereka. Hanya selepas hampir 9 tahun, pada 21.3.1997, pihak Defendan telah memfailkan satu lagi permohonan (Lampiran 154) yang sama seperti Lampiran 89 mereka. [15] Mahkamah ini ingin mengingatkan bahawa mahkamah ini sedar bahawa mahkamah tinggi dalam kes Ka Wah ini berhadapan dengan satu kelewatan sehingga hampir 9 tahun. Namun, mahkamah dalam kes Ka Wah telah membuat keputusan bukan semata-mata atas tempoh kelewatan, tetapi lebih kepada tindakan pihak Defendan yang menunjukkan bahawa Defendan sebenarnya tidak bersungguh-sungguh untuk membawa tindakan mereka ke mahkamah dan bertindak untuk melengah-lengahkan prosedur mahkamah. Mahkamah tinggi dalam kes Ka Wah telah merujuk kepada kes Wallersteiner: “He has made default time after time. He failed to give proper discovery. He failed to deliver proper defence. He failed to set the action down for trial. It would suit him well if it dragged on forever. It is obvious that he was not at all keen that the action should come to trial. It would suit him well if it dragged on forever… All things considered, it must have been plain to Dr Wallersteiner that his best strategy was to conduct this action as if it were a war of attrition. If he fought it 22 long enough, he might be able to break Mr. Moir’s nerve, exhaust his limited resources, make him give up trying, so that the case would never come to trial. By this means the public would never got to know the truth. His misdeeds would never come up to receive their just penalty… Such was, I believe, the state of mind of Dr Wallersteiner. He would not, of course, confess it. But his whole conduct throughout these proceedings warrants the inference. To my mind his action was an abuse of the process of the court. His defaults in the course of the proceedings were all of a pattern. They were 'intentional and contumelious', to use Diplock LJ's words in Allen v McAlpine [1968] 1 All ER 556; [1968] 2 QB 259… I would add this. Even if his conduct were not to be castigated as an abuse of the process, nevertheless the delays for which he was responsible were inordinate and inexcusable and were such as seriously to prejudice the course of justice.” [16] Mahkamah tinggi dalam merujuk kepada kes Wallersteiner, telah memutuskan seperti yang berikut: “Against this backdrop of the facts as disclosed in the pleadings and the time over which the Defendants have taken steps to protect their conceived rights or interests, one can only conclude, inescapably at that, that the acts of the Defendants, like those of Dr Wallersteiner, were an abuse of the process of the court; that their defaults in the course of the proceedings were all of a pattern, intentional and contumelious; and that they were using the process of the court not to get justice but to thwart it. In the face of such a situation, the court would be abdicating its duty and function if it allowed its coercive power to be abused in the manner sought by allowing the unmeritorious and self-serving application of these indolent Defendants to stand.” 23 [17] Menerapkan alasan penghakiman di atas dalam kes ini, tindak-tanduk kedua-dua Plaintif dalam kes ini jelas menunjukkan satu corak atau “pattern” yang menunjukkan ketidakseriusan kedua-dua Plaintif dalam tindakan mereka dalam mahkamah ini. Kedua-dua Plaintif telah seperti yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar bagi pihak Pihak Ketiga telah bertukar-tukar kausa tindakan mengikut situasi yang timbul. Kedua-dua Plaintif juga telah memfailkan permohonan-permohonan pada waktu-waktu yang sangat hampir dengan waktu akhir yang ditetapkan. Permohonan-permohonan kedua-dua Plaintif juga telah memaksa mahkamah untuk melapangkan tarikh perbicaraan untuk beberapa kali. Maka, jelas dapat diperlihatkan daripada tindak-tanduk kedua-dua Plaintif, terdapat satu corak atau “pattern” yang menunjukkan ketidakhormatan kedua-dua Plaintif dengan tindak-tanduk mereka yang memperlekehkan dan melengah-lengahkan prosedur mahkamah dan tindakan mereka terjumlah sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah. [18] Atas alasan di atas mahkamah ini berpandangan bahawa permohonan kedua-dua Plaintif di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM tidak patut dipertimbangkan dan ianya hendaklah ditolak/dibatalkan. Mahkamah ini seterusnya membatalkan permohonan tersebut dengan kos RM2,000.00 dibayar kepada Pihak Ketiga. 24 Prosiding pada 15.08.2014 - (ii) Permohonan kedua-dua Plaintif menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga di bawah Aturan 21 kaedah 3(1) KKM. [19] Mahkamah ini seterusnya telah mengarahkan peguam kedua-dua Plaintif meneruskan dengan permohonan kedua. [20] Pada dasarnya permohonan kedua-dua Plaintif untuk menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga tidak dibantah oleh Pihak Ketiga, namun Pihak Ketiga telah menghujahkan bahawa penarikanbalik atau pemberhentian tindakan terhadap Pihak Ketiga hendaklah dibenarkan tanpa kebebasan memfailkan semula. [21] Mahkamah ini telah meneliti Afidavit Sokongan kedua-dua Plaintif bagi memohon tindakan terhadap Pihak Ketiga ditarikbalik atau dihentikan dengan kebebasan memfailkan semula. Alasan kedua-dua Plaintif untuk menarikbalik tindakan terhadap Pihak Ketiga telah dinyatakan di perenggan 4, 5, 6, 7, 8, dan 9 Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Chan Wan Soon. Untuk kemudahan kefahaman, perenggan-perenggan tersebut diturunkan di sini: “4. Saya dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa permohonan ini adalah berdasarkan sebab-sebab yang berikut – a. Plaintif-plaintif mempunyai 2 kausa tindakan terhadap Pihak Ketiga, iaitu :- 25 (i) pada tahun 2007, apabila Pihak Ketiga telah meletakhak secara tidak sah liabiliti Plaintif-plaintif di bawah Guaranti-guaranti tersebut kepada Gale Force Sdn. Bhd; dan (ii) pada tahun 2012, setelah Plaintif-plaintif membayar jumlah sebanyak RM4 juta kepada Gale Force Sdn. Bhd (Defendan yang dinamakan di atas) berikutan dengan satu perjanjian yang ditunjukkan di dalam surat bertarikh 29.03.2012 daripada Gale Force Sdn Bhd kepada Plaintif-plaintif dan 4 lagi. Salinan surat bertarikh 29.03.2012 daripada Defendan kepada Plaintif-plaintif dan 4 lagi kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya bertanda “CWS-1” 5. Saya dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif terhadap Gale Force Sdn Bhd adalah berdasarkan kausa tindakan pertama yang dinyatakan di perenggan 4(a)(i) di atas. Apabila Gale Force Sdn Bhd telah memfailkan satu tuntutan balas terhadap Plaintif-plaintif, Plaintif-plaintif telah membawa Pihak Ketiga sebagai satu pihak kepada tuntutan tersebut untuk mengindemnifikasi Plaintif-plaintif terhadap apa-apa tuntutan balas Gale Force Sdn Bhd. 6. Saya dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa situasi kes ini telah berubah semenjak Plaintif-plaintif memfailkan pernyataan Tuntutan terhadap Pihak Ketiga. 7. Pada atau sekitar 29.03.2012, Plaintif-plaintif telah memasuki satu perjanjian penyelesaian dengan Gale Force Sdn Bhd, di mana Plaintif-plaintif telah membayar Gale Force Sdn Bhd sejumlah RM4 juta untuk menyelesaikan semua pertikaian di antara mereka, dalam Guaman yang tersebut di atas dan Guaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. 22NCC- 1449-09/2011. 26 8. Oleh yang demikian, saya dinasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Plaintif-plaintif mempunyai satu kausa tindakan yang baru terhadap Pihak Ketiga. 9. Saya dianasihati dan sesungguhnya percaya bahawa Plaintif-plaintif telah membuat satu permohonan untuk meminda pernyataan Tuntutannya terhadap Pihak Ketiga, tetapi permohonan ini telah ditolak pada 08.05.2014, atas alasan bahawa kausa tindakan tersebut wajar dibawa dalam satu tindakan baru.” [22] Daripada pembacaan perenggan-perenggan tersebut, mahkamah ini berpandangan bahawa hanya terdapat satu alasan yang dibangkitkan oleh kedua-dua Plaintif untuk menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga dengan kebebasan memfailkan semula yakni terdapatnya satu kausa tindakan yang baru terhadap Pihak Ketiga apabila satu Perjanjian Penyelesaian telah dimasuki oleh kedua-dua Plaintif dan Defendan bagi penyelesaian muktamad Guaman Sivil 22NCC-1449-09/2011 dengan pembayaran jumlah wang RM4 juta oleh kedua-dua Plaintif kepada Defendan. Namun kausa tindakan ini tidak dapat diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda mereka kerana permohonan kedua-dua Plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan terpinda telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 08.05.2014. [23] Adalah dihujahkan oleh peguam kedua-dua Plaintif bahawa kausa tindakan mereka terhadap Pihak Ketiga adalah berpaksikan perlakuan Pihak Ketiga yang meletakkanhak kepada Defendan 27 hutang-hutang yang tidak wujud dan telah menyebabkan kedua-dua Plaintif mengalami kerugian. [24] Adalah dihujahkan seterusnya oleh peguam kedua-dua Plaintif bahawa atas perlakuan Pihak Ketiga tersebut, telah timbul kausa-kausa tindakan antaranya seperti pemecahan tanggungjawab fidusiari, pemecahan tanggungjawab pemegang amanah konstruktif dan kecuaian kesalahnyataan. Justeru itu, menurut peguam kedua-dua Plaintif, permohonan ini adalah satu permohonan yang suci hati atau sesuatu yang bona fide. [25] Sebaliknya sebagai balasan, peguam Pihak Ketiga telah menghujahkan bahawa kebenaran penarikanbalik atau pemberhentian tindakan kedua-dua Plaintif terhadap Pihak Ketiga hendaklah dibenarkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula atas alasan-alasan berikut : (i) permohonan kedua-dua Plaintif adalah tidak bona fide dan bersifat mala fide. (ii) kedua-dua Plaintif tidak mempunyai alasan sebenar untuk memfailkan semula tindakan mereka. (iii) jika kebebasan memfailkan semula dibenarkan, ini akan mengakibatkan ketidakadilan kepada Pihak Ketiga. [26] Peguam Pihak Ketiga telah menghujahkan bahawa semenjak tahun 2011 apabila Pihak Ketiga dijadikan sebagai Pihak Ketiga dalam tindakan di antara kedua-dua Plaintif dan Defendan, Pihak Ketiga 28 telah terpaksa mempertahankan permohonan-permohonan interlokutori yang bertubi-tubi difailkan oleh kedua-dua Plaintif. Permohonan-permohonan ini termasuklah permohonan-permohonan pindaan kepada pernyataan tuntutan, permohonan untuk penyatuan, permohonan untuk dijadikan sebagai pihak Defendan dan sebagainya. Menurut peguam Pihak Ketiga lagi, tindakan kedua-dua Plaintif bukan sahaja setakat memfailkan pelbagai permohonan-permohonan tetapi di saat-saat akhir, permohonan-permohonan yang difailkan telah ditarikbalik. [27] Di samping itu juga menurut peguam Pihak Ketiga, tarikh bicara yang ditetapkan pada 20 dan 27 Jun 2014 telah terpaksa ditangguhkan atas alasan terdapat permohonan untuk penarikanbalik atau pemberhentian tindakan terhadap Pihak Ketiga difailkan pada 18.06.2014 dan tarikh bicara 20.06.2014 telah dilapangkan. Seterusnya kedua-dua Plaintif telah menarikbalik permohonan bertarikh 18.06.2014 dan memfailkan permohonan yang sama pada 24.06.2014 yakni permohonan di hadapan mahkamah ini yang telah menyebabkan tarikh perbicaraan penuh pada 27.06.2014 sekali lagi dilapangkan. [28] Peguam Pihak Ketiga telah juga menghujahkan bahawa sebenarnya kedua-dua Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang sebenarnya terhadap Pihak Ketiga. Ini telah menjadi lebih nyata apabila kedua-dua Plaintif telah menarikbalik atau memberhentikan tindakan mereka terhadap Defendan telah dibenarkan tanpa kebebasan untuk 29 memfailkan semula. Peguam Pihak Ketiga seterusnya menghujahkan lagi bahawa dalam keadaan ini, sebenarnya kedua-dua Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan terhadap Pihak Ketiga pada peringkat ini. Malahan menurut peguam Pihak Ketiga lagi, daripada kronologi kes jelas memperlihatkan bahawa kausa-kausa tindakan kedua-dua Plaintif sering bertukar-tukar dan berbeza-beza menurut keadaan atau situasi yang timbul. Keputusan Mahkamah [29] Undang-undang berkaitan penarikanbalik atau pemberhentian tindakan sama ada dengan kebebasan mamfailkan semula ataupun tidak adalah mantap dan jelas. Aturan 21 kaedah 3(1) KKM memperuntukkan berikut : “3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah 2, suatu pihak tidak boleh memberhentikan suatu tindakan (sama ada yang dimulakan oleh writ atau selainnya) atau tuntutan balas, atau menarik balik mana-mana tuntutan tertentu yang dibuat oleh pihak itu dalam tindakan, tanpa kebenaran Mahkamah, dan Mahkamah yang mendengar suatu permohonan bagi pemberian kebenaran itu boleh memerintahkan tindakan atau tuntutan balas diberhentikan, atau mana-mana tuntutan tertentu dibuat untuk tuntutan itu dibawa atau dibuat atas apa-apa terma tentang kos, pembawaan suatu tindakan selanjutnya atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil.” 30 [30] Berdasarkan peruntukan Aturan 21 kaedah 3(1) KKM di atas, jelas bahawa sesuatu pihak tidak boleh memberhentikan tindakan (sama ada yang dimulakan oleh writ atau selainnya) tanpa kebenaran Mahkamah. Justeru itu, bagi perkara pemberhentian atau penarikanbalik tindakan, kuasa memberi kebenaran atau tidak adalah kuasa budi bicara mahkamah. [31] Di dalam penggunaan kuasa budi bicara mahkamah ini, mahkamah ini merujuk kepada beberapa otoriti sebagai panduan. Di dalam kes Tan Eng Hoe v Liang Hooi Keng [1961] 27 MLJ 119, Mahkamah Rayuan dengan merujuk kepada penghakiman Chitty L.J di dalam kes Fox v Star Newspaper Co [1898] 1 QB 636, Hakim Ong bagi pihak Mahkamah Rayuan telah berkata berikut di muka surat 120 : “… as to discontinuance, it is again well settled that it lies entirely within the Judge’s discretion whether or not to allow a Plaintiff to discontinue with the right of bringing another action. The object of Order 26 rule 1 is that “after the proceedings hae reached a certain stage the Plaintiff, who has brought his adversary into Court, shall not be able to escape by a side door and avoid the contest … and it is for the Judge to say whether the action shall be discontinued or not and upon what terms” (per Chitty L.J. in Fox v. Star Newspaper Co.)” [32] Begitu juga di dalam kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [2000] 1 CLJ 503, Mahkamah Rayuan di dalam penggunaan kuasa budibicara telah menimbangkan sama ada memberi atau menolak kebenaran untuk menarikbalik tindakan, telah antara lain memutuskan seperti berikut : 31 “[1] Under O.21 r. 3(1) Rules of High Court 1980, the court has a discretion whether to grant or refuse leave for discontinuance. When confronted with an exercise of a discretionary power by a lower court, an appellate court certainly has the power to review such exercise by the lower court. [2] The Learned judge has failed to consider the prejudice and the disadvantage contented to have been suffered by the appellant and the fact that the appellant would be deprived of a defence which was available to them if an order in terms of said application was granted. The learned judge has thereby “excluded matters that it ought to have taken into account” ” [33] Manakala di dalam kes Hanyo Sdn. Bhd v Marplan Sdn Bhd 7 Ors [1992] 1 MLJ 51, Hakim Lim Beng Choon setelah menganalisa dan memberi pertimbangan kepada prinsip-prinsip yang diutarakan oleh tiga kes yang berkaitan dengan penarikanbalik atau pemberhentian tindakan ini yakni kes-kes, (i). Costanho v Brown & Root (UK) Ltd & Anor [1981] A C 557, (ii). Covell Mathews & Partners v French Wools Ltd [1977] 2 AII ER 591, dan (iii). Oversea Union Finance Ltd v Lim Joo Chong [1971] 2 MLJ 124. Di muka surat 63 dan 64, penghakimannya, beliau telah berkata berikut : “The principles that can be extracted from the aforementioned cases are that the court would not compel a Plaintiff to continue his action against a Defendant if he does not want to do so provided no injustice is cause to the Defendant. Injustice would be caused to the Defendant if : (1) the discontinuance was made with ulterior motive to obtain a collateral advantage as in the case of Costanho v Brown & Root Ltd; 32 (2) the discontinuance was not made bona fide by the Plaintiff but it was made in order to obtain an advantage to which he has no right to retain since he has ceased to be dominis litis as the defendant has perfectly good defence – see Oversea Union Finance Ltd v Lim Foo Chong; (3) by the discontinuance of the action the defendant would be deprived of an advantage which he has already gained in the ligitation – see Covell Matthews & Partners v Freanch Wools Ltd.” [34] Berpandukan kepada otoriti-otoriti yang dinyatakan di atas dan berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, apa yang jelas, kes di hadapan mahkamah ini telah dimulakan oleh kedua-dua Plaintif pada seawal tahun 2008 lagi dan pada mulanya hanya melibatkan Defendan sahaja. Melihat kepada kronologi kes ini, saya bersetuju dengan hujahan peguam Pihak Ketiga bahawa pelbagai permohonan demi permohonan telah difailkan oleh kedua-dua Plaintif semenjak Pihak Ketiga ditarik masuk oleh kedua-dua Plaintif sebagai Pihak Ketiga. Selain daripada permohonan-permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan, kedua-dua Plaintif telah memfailkan beberapa permohonan lain yang kemudiannya telah ditarikbalik oleh kedua-dua Plaintif. Begitu juga dengan permohonan untuk menarikbalik atau memberhentikan tindakan terhadap Pihak Ketiga di hadapan mahkamah ini. Permohonan ini bukanlah permohonan yang pertama yang difailkan oleh kedua-dua Plaintif tetapi ianya permohonan kali kedua kerana permohonan yang sama telahpun difailkan oleh kedua-dua Plaintif pada 18.06.2014 yang kemudiannya ditarikbalik di hadapan PKP setelah tarikh perbicaraan penuh pada 20.06.2014 dilapangkan. 33 [35] Tindakan atau tindak-tanduk kedua-dua Plaintif bukan sahaja setakat memfailkan permohonan-permohonan yang kemudiannya ditarikbalik, tetapi juga telah bertukar-tukar kausa tindakan pada peringkat yang berbeza menurut keadaan atau situasi yang timbul. Sepertimana yang dihujahkan oleh peguam Pihak Ketiga bahawa kausa tindakan kedua-dua Plaintif adalah berbeza-beza menurut peringkat dan ianya bergantung kepada senario yang timbul. Saya bersependapat dengan peguam Pihak Ketiga mengenai hal ini. Keadaan ini jelas jika merujuk kepada kronologi dan peringkat kes. Untuk kemudahan kefahaman, saya gariskan peringkat-peringkat tersebut seperti berikut : Peringkat 1 Pada awalnya, semasa kedua-dua Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan pada tahun 2008, kedua-dua Plaintif telah memohon deklarasi terhadap tuntutan Defendan terhadap mereka dengan mendakwa bahawa apabila Pihak Ketiga mengeluarkan Notis Tuntutan terhadap kedua-dua Plaintif pada 01.03.2002 untuk jumlah keberhutangan Hartaya berjumlah RM30, 447. 951.75, satu Perjanjian Penyelesaian telah dimasuki antara kedua-dua Plaintif dan Pihak Ketiga yang mana dengan pembayaran wang berjumlah RM2 juta kepada Pihak Ketiga, segala liabiliti kedua-dua Plaintif sebagai penggerenti kepada pinjaman yang diberikan kepada Hartaya diselesaikan dengan pembayaran wang RM2 juta tersebut. Kedua-dua Plaintif tiada liabiliti ke atas keberhutangan Hartaya kepada Defendan atas pernyataan bahawa kausa tindakan terhadap 34 mereka bermula pada 01.03.2002 dan luput 01.03.2008. Maka Notis Tuntutan Defendan bertarikh 09.04.2008 dinafikan kerana tuntutan Defendan dihalang had masa. Peringkat 2 Selepas Notis Tuntutan Defendan bertarikh 9.4.2008, Defendan seterusnya telah memulakan tindakan sivil di dalam guaman No. 22NCC-1449-09/2011 pada bulan September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menuntut terhadap Hartaya dan kedua-dua Plaintif sebagai pemegang-pemegang saham Strawberry Park Resort Sdn Bhd atas perletakkan hak dan hutang-hutang Hartaya oleh Pihak Ketiga kepada Defendan atas perintah perletakkan hak bertarikh 30.05.2007. Di mana kemudian daripada itu, Defendan telah pula memfailkan Tuntutan Balas terhadap tuntutan kedua-dua Plaintif terhadap Defendan di hadapan mahkamah ini. Seterusnya, kedua-dua Plaintif telah mengeluarkan Notis Pihak Ketiga untuk menjadikan Pihak Ketiga sebagai pihak untuk mengimdemnifikasi mereka atas apa-apa tuntutan yang kena bayar oleh kedua-dua Plaintif kepada Defendan. Kedua-dua Plaintif telah kemudiannya memfailkan Notis Pemberhentian untuk memberhentikan tindakan mereka terhadap Defendan. Apabila kedua-dua Plaintif memfailkan Pernyataan Tuntutan Terpinda mereka terhadap Pihak Ketiga, tindakan kedua-dua Plaintif terhadap Pihak Ketiga adalah berasaskan kepada Perjanjian Penyelesaian pada tahun 2005 (20.11.2005) yang mana perletakkanhak keberhutangan oleh Pihak Ketiga dan Defendan tidak mempunyai apa-apa kesan kerana 35 Perjanjian Penyelesaian tersebut menyelesaikan segala keberhutangan kedua-dua Plaintif kepada Pihak Ketiga, maka Defendan tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk menuntut terhadap kedua-dua Plaintif ataupun mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 09.04.2008. Melalui pernyataan tuntutan terpinda ini pula kedua-dua Plaintif telah menuntut terhadap Pihak Ketiga ke atas kausa-kausa tindakan yakni (i) Pelanggaran Tanggungjawab Sebagai Pemegang Amanah Konstruktif, (ii) Pelanggaran Tanggungjawab Sebagai Fidusiari Plaintif-plaintif, (iii) Salah Nyata Cuai Pihak Ketiga, (iv) Pelanggaran Kewajipan Berhati-Hati dan (v) Kemungkiran Kewajipan Untuk Mendedahkan Sifat Berhati-Hati Dan Kuantum Liabiliti-Liabiliti Yang Diletakhak Terhadap Gale Force Sdn Bhd. Di dalam kedua-dua peringkat tadi, kausa-kausa tindakan kedua-dua Plaintif berbeza-beza mengikut peringkat demi peringkat. Secara kesimpulannya, saya bersetuju dengan apa yang dihujahkan oleh Peguam Pihak Ketiga mengenai kausa-kausa tindakan kedua-dua Plaintif terhadap Pihak Ketiga yang mana kausa-kausa tindakan kedua-dua Plaintif adalah multi fold, diversified dan wide ranging seperti berikut : - Kausa tindakan timbul pada 01.03.2002 - Kausa tindakan timbul pada 01.03.2008 - Kausa tindakan timbul pada 20.11.2005 - Kausa tindakan timbul pada 30.05.2007 36 - Kausa tindakan timbul pada 09.04.2008 - Kausa tindakan mistatement - Kausa tindakan timbul pada 09.02.2001 Peringkat 3 Ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Apabila Pihak Ketiga memfailkan pernyataan pembelaannya pada 21.12.2012 dan menafikan sebarang perjanjian penyelesaian yang didakwa oleh kedua-dua Plaintif pada tahun 2005 tersebut, kedua-dua Plaintif seterusnya telah memfailkan satu lagi permohonan untuk meminda sekali lagi pernyataan tuntutan terpinda mereka pada 15.02.2014 bertujuan kononnya untuk menambah satu lagi kausa tindakan terhadap Pihak Ketiga atas satu lagi fakta yakni bahawa kedua-dua Plaintif dan Defendan telah mencapai satu Perjanjian Penyelesaian bagi penyelesaian pertikaian di antara kedua-dua Plaintif dan Defendan. Namun demikian permohonan untuk meminda Pernyataan Tuntutan Terpinda telah tidak dibenarkan Hakim Mahkamah Tinggi. [36] Kini apabila permohonan kedua-dua Plaintif untuk meminda Pernyataan Tuntutan mereka telah tidak dibenarkan, maka mereka telah berhasrat untuk menarikbalik tindakan mereka terhadap Pihak Ketiga. Namun apabila Pihak Ketiga membantah tindakan ini ditarikbalik atau dihentikan dengan kebenaran memfailkan semula, mereka cuba menarikbalik permohonan di bawah Aturan 21 kaedah 3 KKM dengan memfailkan permohonan di bawah Aturan 21 kaedah 6 KKM dengan alasan hendak meneruskan perbicaraan. 37 [37] Fakta yang sangat jelas adalah bahawa tindakan terhadap Defendan telah pun diberhentikan atau ditarikbalik oleh kedua-dua Plaintif tanpa kebenaran memfailkan semula. Pihak Ketiga telah ditarik ke dalam kancah pertikaian di antara kedua-dua Plaintif dan Defendan untuk jumlah yang terhutang oleh Hartaya yang dijamin oleh kedua-dua Plaintif. Apabila kedua-dua Plaintif telah menarikbalik tuntutannya terhadap Defendan, tiada lagi asas tuntutan yang tinggal untuk kedua-dua Plaintif meneruskan tindakan ini terhadap Pihak Ketiga. [38] Mahkamah ini berpandangan bahawa bukan sahaja tiada lagi apa yang tinggal untuk diteruskan oleh kedua-dua Plaintif, malahan segala dakwaan kedua-dua Plaintif terhadap Pihak Ketiga seperti pemertanggungjawaban fidusiari, pelanggaran tanggungjawab berjaga-jaga terhadap kedua-dua Plaintif, salahnyataan cuai dan sebagainya tidak lagi boleh berdiri kerana tuntutan balas Defendan atas keberhutangan Hartaya atau liabiliti kedua-dua Plaintif tersebut sebagai penjamin atau penggerenti telahpun diselesaikan oleh kedua-dua pihak. Jelas disini bahawa kedua-dua Plaintif tidak lagi mempunyai asas tindakan atau kausa tindakan terhadap Pihak Ketiga. Kedua-dua Plaintif telah kehilangan dominis litis kerana Pihak Ketiga mempunyai pembelaan yang baik untuk menentang tindakan kedua-dua Plaintif terhadapnya. Justeru, apabila kedua-dua Plaintif memohon untuk memberhentikan tindakan ini dengan kebebasan memfailkan semula, ia jelas satu permohonan yang tidak suci hati atau mala fide. 38 [39] Di samping itu, tindakan kedua-dua Plaintif bukan sahaja mala fide, malahan segala tindak-tanduk mereka di dalam kes ini jelas kelihatan memperlekehkan proses dan prosedur undang-undang dan adalah menjadi pandangan mahkamah ini, ianya merupakan satu penyalahgunaan proses undang-undang yang tidak boleh dibenarkan oleh mahkamah ini. [40] Keadaan dan fakta-fakta yang merangkumi kes ini adalah satu kes yang sesuai untuk mahkamah ini memberikan kebenaran untuk memberhentikan tindakan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula. Sekiranya tindakan kedua-dua Plaintif diberhentikan dengan kebebasan memfailkan semula, pastinya menimbulkan ketidakadilan kepada Pihak Ketiga yang akan dinafikan pembelaan yang baik di dalam menafikan tuntutan kedua-dua Plaintif terhadapnya. [41] Di samping itu juga, tindak tanduk kedua-dua Plaintif sememangnya tidak bona fide dan mempunyai motif tersembunyi untuk memfailkan tindakan baru terhadap Pihak Ketiga sedangkan mereka sendiri telah menarikbalik tindakan terhadap Defendan yang telah pun diletakkanhak atas semua keberhutangan Hartaya dan liabiliti kedua-dua Plaintif sebagai penjamin ataupun penggerenti. [42] Mahkamah dengan ini telah membenarkan bahawa kedua-dua Plaintif memberhentikan atau menarikbalik tindakan mereka terhadap Pihak Ketiga dan memandangkan ini merupakan permohonan kedua-dua Plaintif, mahkamah berpandangan bahawa adalah wajar 39 permohonan ini dibenarkan tanpa kebenaran untuk pemfailan semula dan tanpa apa-apa perintah mengenai kos. t.t. ……………………………………………….. (DATUK AZIMAH OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 13 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bertarikh pada 29 September 2014 Peguam Plaintif - Tetuan Philip Choong & Co K. N. Geetha & Shalini Ragunath Peguamcara Pihak Ketiga - Tetuan Adnan Sundra & Low Melisa Tai & P. Y. Kam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.