i
(i) Rakaman adalah pada jam 1509 pada 18.9.2012.
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/7ad4b007-95a1-48eb-a1e6-461d1cdc8cf6
Court of Appeal of Malaysia26 Apr 2018A-05(M)-3-01/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : A - 05(M) - 3 - 01/2017 ANTARA CHEAH CHONG TATT ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : A-05(M)-5-01/2017 ANTARA MOHD HAFIZUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN ... PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN [Dalam perkara mengenai Perbicaraan Jenayah No. 45D-01-12/2013 Dalam Mahkamah Tinggi di Taiping, Perak Antara Pendakwa Raya Dan
section
1. Cheah Chong Tatt
section
2. Mohd Hafizuddin bin Zainal Abidin] CORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR YAACOB HAJI MD SAM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu Cheah Chong Tatt (Perayu Pertama) telah dituduh atas pertuduhan berikut: Bahawa kamu pada 18 September 2012 jam di antara lebih kurang 2.00 petang hingga 3.25 petang bertempat di hadapan Supermarket Giant, Jalan Tekah, Aulong, telah bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin bin Zainal Abidin No. K/P: 970814-12-6225 ketika melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM1,235,715.00 milik Syarikat Safeguards Sdn Bhd dimana kamu mengetahui rakan sejenayah tersebut ada di bawah jagaannya senjata api dan telah dilepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Hasnul Hafis bin Saad No. K/P: 840830-08-6707 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama. [2] Perayu Mohd Hafizuddin bin Mohd Abidin (Perayu Kedua) telah dituduh atas pertuduhan berikut: Bahawa kamu pada 18 September 2012 jam di antara lebih kurang 2.00 petang hingga 3.25 petang bertempat di hadapan Supermarket Giant, Jalan Tekah, Aulong, ketika melakukan kesalahan berjadual iaitu rompakan wang tunai berjumlah RM1,235,715.00 milik Syarikat Safeguards Sdn Bhd telah dilepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Hasnul Hafis bin Saad No. K/P: 840830-08-6707 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama. [3] Kedua-dua Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah dibicarakan dalam satu perbicaraan atas pertuduhan tersebut. [4] Mahkamah Tinggi telah mendapati Perayu Pertama dan Perayu Kedua bersalah terhadap pertuduhan masing-masing. Perayu Pertama dan Perayu Kedua dijatuhkan hukuman mati. [5] Terkilan dengan keputusan tersebut, Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah merayu kepada Mahkamah ini. Mahkamah ini telah mendengar rayuan Perayu Pertama dan Perayu Kedua secara bersama dan memutuskan untuk menolak rayuan mereka. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi terhadap Perayu Pertama dan Perayu Kedua atas pertuduhan masing-masing dikekalkan. Kami kini memberikan alasan penghakiman kami tersebut. Keterangan kes pendakwaan [6] Keterangan kes pendakwaan secara terperinci telah dibutirkan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman seperti yang terdapat di perenggan (6) hingga perenggan (54) alasan penghakiman beliau (muka surat 17 hingga 34 Rekod Rayuan Jilid 1). [7] Bagaimana pun, dalam memahami kes pendakwaan secara lebih jelas, kami strukturkan keterangan kes pendakwaan seperti di bawah ini. Keterangan SP8, SP9, SP11, SP12, SP13, SP14 dan SP15 (rakan-rakan setugas Perayu Kedua) [8] Muhammad Khairul Anuar bin Ali (SP8) yang bertugas sebagai juruteknik ATM di Syarikat G4S, mengatakan pada 18.9.2012 sekitar jam 2.40 petang, SP8 menaiki motorsikal untuk pulang ke rumah selepas makan tengah hari di sebuah warung mamak di Jalan Aulong, Taiping. Semasa dalam perjalanan, SP8 terserempak van keselamatan syarikatnya berada di bawah sebatang pokok di luar pintu masuk Pasaraya Giant dengan kedua-dua lampu terpasang. SP8 dapat melihat pemandu van tersebut ialah rakan setugasnya bernama Hasnul. SP8 juga melihat Hafizuddin iaitu Perayu Kedua duduk di sebelah Hasnul di dalam van tersebut. Cermin depan van yang cerah membolehkan SP8 melihat Hasnol dan Perayu Kedua dengan jelas. SP8 kenal Perayu Kedua sebagai rakan setugasnya selama dua tahun. [9] Sekitar jam 2.50 petang, SP8 menunggang semula motorsikalnya dari rumah untuk pergi ke tempat kerja. SP8 sekali lagi melalui laluan yang sama. SP8 melihat van tersebut masih berada di tempat yang sama seperti sebelumnya dan lampu masih terpasang. SP8 mengatakan pada ketika itu dia melihat Perayu Kedua berada di bahagian belakang van dan pintu van dalam keadaan terbuka. SP8 tidak nampak Hasnul. SP8 melihat Perayu Kedua sedang memunggah beg-beg canvas berwarna hijau gelap berisi wang dan meletakkan beg-beg tersebut di atas jalan. SP8 memperlahankan motorsikalnya dan membuat isyarat tangan melambai kepada Perayu Kedua bertanyakan jika van tersebut mengalami masalah. SP8 melihat Perayu Kedua membalas dengan menggelengkan kepala. SP8 juga melihat terdapat sebuah kereta berwarna hitam gelap berada berhampiran bahagian belakang van itu. Kereta hitam gelap itu tidak ada sebelumnya ketika SP8 mula-mula melalui tempat tersebut. SP8 menyangka kereta tersebut milik Perayu Kedua kerana Perayu Kedua juga mempunyai sebuah kereta berwarna hitam. Oleh sebab telah terlewat ke tempat kerja, SP8 meneruskan perjalanan ke pejabatnya. SP8 bagaimana pun berasa was-was kerana mengikut SOP syarikat, semua pintu van keselamatan perlu berkunci dan hanya boleh dibuka di balai polis atau di ibu pejabat. [10] Sebaik sampai di pejabat, SP8 terus bertanyakan kepada rakan setugas bernama Mohd Saiful (SP12) iaitu ATM planner mengapa Perayu Kedua membuka pintu van di hadapan Pasaraya Giant. SP12 serta merta membuat panggilan telefon beberapa kali kepada Perayu Kedua tetapi tidak dapat seakan-akan telefon telah dimatikan. [11] SP8 kemudiannya mendapat makluman daripada ketuanya Puan Intan bahawa van syarikat mereka telah dirompak di hadapan Pasaraya Giant. SP8 memberitahu Puan Intan bahawa SP8 ada melihat Perayu Kedua. SP8 dan Puan Intan bergegas ke tempat van tersebut. Setiba di situ SP8 melihat telah ramai orang berkumpul sekitar van dan terdapat sebuah ambulan. SP8 pergi ke arah tempat pemandu van dan melihat rakan setugasnya Hasnul yang telah mati (arwah) masih di kerusi pemandu. SP8 tidak melihat Perayu Kedua berada di situ. SP8 mencamkan van dalam gambar P10(A) ialah van yang dilihatnya. SP8 juga mencamkan Perayu Kedua sebagai rakan setugas yang dilihatnya pada hari tersebut melalui rakaman cctv van yang ditayangkan semula di mahkamah (muka surat 91 Rekod Rayuan Jilid 2). [12] SP9 (Eddy Johan bin Azmi) ialah juruteknik ATM syarikat G4S. Pada 18.9.2012, SP9 mula bertugas pada pukul 7.00 pagi. Tugas SP9 adalah untuk memuatkan wang tunai ke dalam mesin-mesin ATM bank dan juga membuat kutipan wang tunai daripada Cash Deposit Machine (CDM) yang terdapat di bank-bank kawasan tugasannya. SP9 bertugas untuk zon Taiping. SP9 akan pergi dahulu ke bank-bank berkenaan dengan seorang lagi kakitangan bernama Syed dan menunggu ketibaan van syarikatnya. Pada hari tersebut SP9 menyempurnakan tugas mengisi wang tunai di mesin ATM dan membuat kutipan wang tunai daripada mesin CDM di Bank CIMB, Bank Maybank dan Bank Islam di Taiping dan mengisi wang kutipan ke dalam beg-beg syarikat G4S dan memuatkan ke dalam van. Bank terakhir yang dilawati ialah bank Ambank di Taiping. SP9 mengatakan pada hari tersebut van syarikat dipandu oleh Hasnul (simati) dan arm guard yang mengiring Hasnul di semua lokasi bank-bank yang dibuat pengisian dan kutipan wang ialah Perayu Kedua yang SP9 kenali dengan panggilan Pak Den. Hasnul akan membuka pintu van dengan menekan butang yang terdapat di dalam van. Perayu Kedua turun sama dengan Hasnul dan ikut sama masuk ke ruang mesin ATM dan CDM untuk membuat kawalan ketika urusan mengisi dan mengutip wang dilakukan oleh SP9. Pada hari tersebut SP9 melihat Perayu Kedua membawa bersama senjata api iaitu pistol. SP9 mengatakan selepas habis tugasan van perlu kembali ke pejabat. Tugasan SP9 tamat lebih kurang pulul 1.00 tengah hari, selepas tugasan terakhir mengisi wang dan kutipan wang di bank Ambank, Taiping. SP9 mencamkan van yang dipandu oleh Hasnol dan Perayu Kedua (P11A & P11B). SP9 juga mencamkan Perayu Kedua dan beg-beg kanvas hijau gelap yang diisikan wang (P19). [13] SP13 (Abdul Rani bin Ismail) bertugas sebagai controller di syarikat G4S. SP13 bertugas memantau pergerakan van syarikat dan kutipan wang di bank-bank. Ada 5 controller G4S yang bertugas pada pagi itu termasuk SP13. SP13 mengatakan pada 18.9.2012 van syarikat nombor pendaftaran WVP 3332 ditugaskan untuk mengangkut wang tunai dan kutipan wang untuk bank-bank di Taiping. Pemandu van ialah Hasnol (si mati) dan diiringi oleh armed guard bernama Hafizuddin iaitu Perayu Kedua. SP13 mengenali Perayu Kedua sebagai rakan setugas. Pada hari kejadian dia ada berhubungan telefon dengan Perayu Kedua bermula pukul 9.38 pagi dan setiap setengah jam kemudiannya sehingga pukul
section
2. 39 petang untuk Perayu Kedua melaporkan lokasi van dan tempat hentian. Pada jam 2.39 petang SP13 diberitahu oleh Perayu Kedua lokasi van adalah di hadapan Giant Taiping. Bagaimana pun pada pukul 3.09 petang panggilan SP13 kepada Perayu Kedua telah tidak lagi dijawab kerana hand set seperti telah dimatikan. Semua panggilan yang dibuat oleh SP13 kepada Perayu Kedua telah direkodkan dalam buku daftar 'Tele-Protection Run Monitoring' syarikat G4S (P26). SP13 mencamkan Perayu Kedua. [14] SP12 (Syaiful Azhar bin Saharudin) bertugas sebagai polis bantuan merangkap ATM planner di syarikat G4S. SP12 bertanggungjawab menyediakan jadual tugasan bulanan. Pada tarikh 18.9.2012, SP12 bertugas syif pagi di pejabat. SP12 seterusnya mengatakan pada hari tersebut seorang arm guard bernama Jamri yang sepatutnya bertugas bersama Hasnol telah dibatalkan tugasan kerana jadual tugasan telah dipinda oleh Perayu Kedua pada malam sebelumnya. SP12 mencamkan Perayu Kedua yang dipanggil sebagai Pak Den. [15] SP14 (Mohd Noor bin Mohd Yusof) bertugas sebagai controller di syarikat G4S. Tugas SP14 adalah untuk membekalkan senjata api kepada guard yang ditugaskan berkaitan mesin ATM. Setiap permohonan untuk senjata dan peluru akan direkodkan dalam 'Buku Daftar Ambil/Serah Pistol' (P31). Ada dua jenis senjata yang biasa dibekalkan sama ada pump gun atau pistol jenis .38 revolver. SP14 mengatakan pada 18.9.2012, Perayu Kedua ada dibekalkan senjata jenis revolver siri nombor UC91087 bersama 12 butir peluru pada pukul 8.00 pagi. Perayu Kedua menandatangani buku daftar dan menulis nombor kad pengenalan di muka surat 34 buku tersebut. Sebelum senjata dibekalkan, senjata itu akan diperiksa dahulu bagi menentukan senjata berfungsi baik. SP14 mencamkan Perayu Kedua dan P30 sebagai senjata yang diberikan kepada Perayu Kedua. [16] SP11 (Salehuddin bin Rahmat) bertugas sebagai pegawai ATM di syarikat G4S. Tugas SP11 adalah untuk menjaga operasi dan pemantauan mesin ATM. Pada 18.9.2014, SP11 bertugas pagi. SP11 mengatakan dia ada memeriksa jadual tugas hari itu dan mendapati jadual tersebut telah dipinda oleh Perayu Kedua yang dikenalinya sebagai Pak Den (P25A dan P25B). [17] SP15 (Maizan binti Mat Deris) bertugas sebagai pengurus cawangan G4S yang terletak Kg. Boyan, Taiping. SP14 telah bertugas di G4S selama 11 tahun dan sebagai pengurus selama 9 bulan. Tugas SP14 adalah untuk memantau pematuhan SOP syarikat. Menurut SP15, setiap van yang membawa wang akan diperuntukkan seorang pemandu dan seorang guard yang bersenjata. Tugas arm guard adalah untuk membuat kawalan keselamatan kepada van dan kawasan ATM bank ketika kerja pengisian dan kutipan wang dibuat oleh ATM crew yang ditugaskan. Arm guard dan pemandu tidak akan memegang wang. SP14 telah menyediakan jadual bulanan tugasan (P25A dan P25B). Menurut SP14, pada 18/9/2012 pemandu bernama Hasnul telah ditugaskan bagi zon tempatan iaitu Taiping dan Kemunting. Menurut SP14 lagi arm guard yang ditugaskan bersama Hasnul ialah Perayu Kedua yang mengambil alih daripada arm guard yang asal bernama Jamri. SP14 telah mengenali Perayu Kedua lebih kurang 2 tahun. SP14 mengatakan pada 18.9.2012, Hasnul dan Perayu Kedua telah keluar dengan van syarikat pada sebelah pagi tetapi tidak pulang ke pejabat. Maklumat laporan kes samun [18] Pada 18.9.2912, SP1 (Sjn Moh Razali bin Hamzah) ialah anggota polis yang bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping. Pada pukul 3.00 petang, SP1 menerima satu panggilan telefon memberitahu telah berlaku kejadian samun van syarikat keselamatan G4S di hadapan Giant Aulong, Taiping. SP1 serta merta membuat laporan polis atas maklumat yang diterimanya (P6). SP1 seterusnya memaklumkan maklumat tersebut kepada pegawai penyiasat bertugas, iaitu ASP Rahimi (SP25). Tangkapan atas Perayu Pertama dan rampasan wang tunai berjumlah RM581,365.00 [19] Pada 22.9.2012, tiga hari selepas kejadian samun, SP19 (ASP Shazeli bin Kahar) bersama sepasukan tujuh orang pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Khas D9 (Jenayah Berat), Bukit Aman telah membuat tangkapan terhadap Cheah Chong Tatt, iaitu Perayu Pertama di perkarangan stesyen minyak Petronas Bandar Sunway, Jalan Jelawat, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ketika ditangkap Perayu Pertama sedang duduk di bahagian penumpang hadapan sebuah kereta jenis Proton Waja nombor pendaftaran AES 9158. Turut ditangkap bersama ialah pemandu kereta tersebut bernama Susabrina binti Morat (SP17), dan dua orang penumpang di tempat duduk belakang kereta bernama Muniyati binti Saad dan Narizal bin Abdul Karim (suami Muniyati). SP19 membuat pemeriksaan atas Perayu Pertama dan menjumpai wang tunai sejumlah RM10,265.00 di dalam sebuah beg hitam bertompok unggu milik Perayu Pertama. SP19 juga merampas 3 buah telefon tangan daripada Perayu Pertama. SP19 membuat laporan tangkapan dan rampasan barang kes melalui Seberang Jaya Report/006795/12 (P36). Perayu Pertama dan tiga lagi tangkapan (Susabrina, Muniyati dan Naziral) bersama semua barang rampasan diserahkan oleh SP19 kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Rahim (SP25) di IPD Taiping. Satu borang akuan serah menyerah disempurnakan (P37). [20] Selanjutnya dengan dipandukan oleh Perayu Pertama, pada pukul 2.00 pagi, SP19 dan pasukannya telah pergi ke sebuah rumah No. 796, Lorong Serindit 3/1, Taman Putra, Kulim, Kedah. Sebelum pergi ke rumah tersebut SP19 telah membuat satu laporan polis berkaitan maklumat yang diterimanya daripada Perayu Pertama semasa soal siasat melalui Taiping Rpt/009386/12 (P52). Di rumah tersebut, SP19 telah menjumpai wang tunai dalam denominasi RM50 dan RM100 dalam laci almari bilik dan dalam bakul. SP19 telah membuat rampasan wang yang dijumpai dan membawa balik ke IPD Taiping untuk dibuat kiraan. SP19 turut menangkap pemilik rumah bernama Cheah Teik Leong, iaitu bapa Perayu Pertama. Setiba di IPD Taiping, SP19 dengan disaksi oleh Perayu Pertama dan Cheah Teik Leong, membuat kiraan atas wang yang dirampas dan didapati kesemuanya berjumlah RM211,900,00. SP19 menyediakan Senarai Pemeriksaan (P50) dan membuat laporan polis atas rampasan wang tunai tersebut serta tangkapan Cheah Teik Leong (P51). Wang yang dirampas berjumlah RM211,900.00 tersebut telah dibuat serahan oleh SP19 kepada SP25. [21] SP18 (Insp. Raja Munir Shah bin Raja Harun) pegawai daripada Bahagian Siasatan Khas D9, Bukit Aman mengatakan pada pukul 4.00 pagi selepas tangkapan dan soal siasat atas Perayu Pertama, dengan dipandukan oleh Perayu Pertama, SP18 dan pasukannya telah pergi ke sebuah apartment No.3, Tingkat 4, Blok 61, Jalan Penaga, Georgetown, Pulau Pinang. Di rumah tersebut SP18 bertemu dengan seorang perempuan bernama How Wun Ni. Di sebuah bilik rumah tersebut, SP18 telah menjumpai sejumlah besar wang tunai. SP18 telah membuat rampasan wang tersebut dan membawa balik sama How Wun Ni ke IPD Taiping. Setiba di IPD Taiping, dengan disaksikan oleh Perayu Pertama dan How Wun Ni, SP18 telah mengira wang yang dirampas dan mendapati wang tersebut berjumlah RM359,200.00. SP18 mengeluarkan Senarai Pemeriksaan (P33) dan membuat laporan polis melalui Jelutong Rpt/007609/12 (P32). SP18 kemudiannya membuat serahan wang rampasan tersebut kepada SP25. [22] SP7 (Koo Lay Choo) adalah pemilik rumah No.3, Tingkat 4, Blok 61, Jalan Penaga, Georgetown. Menurut SP7, pada 22.9.2012 satu pasukan polis telah datang ke rumahnya dan menjumpai wang yang banyak di dalam laci almari sebuah bilik di rumahnya. SP7 mengatakan kenal Perayu Pertama yang selalu datang ke rumahnya dan tidur di dalam bilik di mana wang yang banyak tersebut dijumpai oleh pihak polis. SP7 mempunyai seorang anak perempuan bernama How Wun Ni yang merupakan teman wanita Perayu Pertama. [23] Keseluruhan jumlah wang tunai yang dijumpai dan dirampas daripada Perayu Pertama oleh SP18 dan SP19 adalah sebanyak RM581,365.00. Keterangan SP17 mengenai hubungan Perayu Pertama dan Perayu Kedua [24] SP17 (Susabrina binti Morat) ialah seorang peniaga warung makanan di Kemunting, Taiping. SP17 mengenali Perayu Pertama sebagai "Brian". SP17 mencamkan Perayu Pertama ialah Brian yang dimaksudkannya. SP17 kenal Perayu Pertama telah hampir setahun. SP19 pernah meminjam wang sebanyak RM2,000.00 daripada Perayu Pertama yang menjalankan perniagaan peminjaman wang. SP19 ada memberikan nombor telefon SP19 kepada Perayu Pertama dalam urusan peminjaman wang tersebut. Pada sekitar awal bulan September 2012, SP17 menerima mesej dihantar oleh Perayu Pertama meminta bantuan untuk mendapatkan peluru .38. SP17 telah meminta adik SP19 mendapatkan peluru yang diminta oleh Perayu Pertama. Pada malam tersebut adik SP17 memberikan 6 butir peluru kepada SP17. SP17 kemudiannya mengaturkan pertemuan dengan Perayu Pertama pada keesokan hari dan menyerahkan 6 butir peluru yang diletakkan di dalam satu kotak kepada Perayu Pertama. Perayu Pertama memberikan RM350.00 kepada SP17 untuk bayaran peluru tersebut. Perjumpaan tersebut berlangsung di tempat letak kereta Giant, Taiping. SP17 melihat Perayu Pertama datang memandu sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu kehitaman. [25] Selepas perjumpaan tersebut, SP17 telah sekali lagi berjumpa Perayu Pertama di Giant, Taiping. Perayu Pertama dilihat memandu kereta Honda City yang sama. Perayu Pertama meminta SP17 untuk membantu membawa keluar rakan Perayu Pertama ke Siam (Thailand). SP17 mengatakan Perayu Pertama memberitahunya rakan Perayu Pertama telah difitnah berkaitan wang sebanyak RM2 juta. SP17 menghubungi rakannya bertanyakan jika ada sesiapa yang boleh membantu. SP17 telah mengaturkan perjumpaan Perayu Pertama dengan rakan SP17 bernama Muniyati dan suami Muniyati bernama Rizal untuk berjumpa di rumah SP17. Perayu Pertama telah datang ke rumah SP17 dan berbincang dengan Muniyati dan Rizal. SP17 hadir sama. SP17 mengatakan Perayu Pertama memberitahu bahawa rakannya berkerja di Kg Boyan, Taiping. SP17 mengatakan Muniyati dan Rizal bersetuju membantu Perayu Pertama. Pada hari berikutnya Perayu Pertama telah membawa SP17 pergi ke belakang pejabat tempat kerja rakan Perayu Pertama, iaitu pejabat 4GS. Rakan Perayu Pertama telah datang dan masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian tempat duduk belakang. Perayu Pertama memperkenalkan lelaki itu sebagai rakannya yang difitnah. SP17 mencamkan Perayu Kedua adalah lelaki yang dimaksudkan oleh Perayu Pertama. SP17 mengatakan Perayu Kedua telah bertanya kepada SP17 "betul ke saya boleh selamat di Siam". Selepas pertemuan itu Perayu Pertama menghantar SP17 balik ke rumah. SP17 selanjutnya mengatakan tidak berapa lama selepas itu SP17, Muniyati dan Rizal ada berjumpa lagi dengan Perayu Pertama di sebuah warung cendol di Taiping. SP17 hadir sama. Perayu Pertama datang memandu kereta Honda City. Perayu Pertama berbincang dengan Muniyati dan Rizal tentang cara untuk pergi ke Thailand dan bayaran. SP17 mendengar Muniyati mengatakan akan membantu dan bayaran akan dibincangkan. [26] Pada 17.9.2012, SP17 menerima mesej daripada Perayu Pertama mengatakan "esok kerja". SP17 membalas "kerja apa" dan Perayu Pertama menjawab "tunggu saya info". [27] Pada 18.9.2012 pukul 1.30 tengahari, SP12 menerima panggilan telefon daripada Perayu Pertama yang memberitahu "kak siap-siap lah nanti nak hantar kawan saya ke Siam". SP17 serta merta menelefon Muniyati memberitahu bahawa Perayu Pertama hendak hantar kawannya ke Siam. Pada jam 3.30 petang, SP17 menerima lagi panggilan telefon daripada Perayu Pertama yang mengatakan "cepat bergerak sekarang". SP17 serta merta memberitahu Muniyati perkara tersebut. SP17, Muniyati dan Rizal dengan menaiki kereta jenis Waja nombor AES 9158 pergi ke kawasan Masjid Seberang Jaya Pulau Pinang. SP17 telah berjumpa Perayu Pertama yang datang ke situ dengan sebuah kereta jenis Waja berwarna putih. Perayu Pertama memberikan RM650.00 kepada SP17. Di dalam kereta Waja putih itu SP17 melihat terdapat Perayu Kedua duduk di sebelah tempat duduk penumpang hadapan. Selepas itu kereta Waja putih yang dipandu oleh Perayu Pertama bersama penumpangnya Perayu Kedua telah mengekori kereta SP17 ke Alor Setar dan selepas melepasi Tol Alor Setar Utara mereka menuju ke kawasan empangan Tasik Timah Tasoh di Perlis. Muniyati telah membuat panggilan telefon kepada seorang bernama "Abang Don". Mereka kemudiannya telah bertemu dengan "Abang Don" yang telah menunggu di kawasan empangan tersebut. "Abang Don" berbincang dengan Perayu Pertama dan meletakkan harga "RM30,000" untuk membawa Perayu Kedua ke Thailand. SP17 melihat Perayu Pertama menyerahkan sejumlah wang kepada "Abang Don". Selepas itu Perayu Pertama dan Perayu Kedua dilihat menaiki kereta "Abang Don" dan mereka pergi ke kawasan Stadium Kangar. SP17 dan Muniyati ikut sama. "Abang Don" kemudiannya memberitahu SP17 untuk menyimpan kereta Waja putih Perayu Pertama. SP17 bersama Muniyati telah menyimpan kereta Perayu Pertama di rumah ibu mertua Muniyati di Felda Mata Air Kangar. [28] SP17 seterusnya mengatakan pada 19.9.2012, Muniyati telah mendapat panggilan telefon daripada "Abang Don" meminta SP17 datang mengambil Perayu Pertama di kawasan sawah di Batang Empat, Perlis. SP17 telah memandu kereta Perayu Pertama ke sana. Ketika tiba "Abang Don" dan Perayu Pertama telah sedia menunggu. SP17 telah mengambil Perayu Pertama dan membawa Perayu Pertama untuk membeli pakaian kerana pakaian Perayu Pertama telah kotor. Perayu Pertama kemudian telah mandi dan menukar pakaian di sebuah hotel. SP17 menyerahkan semula kereta Waja putih kepada Perayu Pertama. Selepas makan mereka kemudiannya beredar pulang. Perayu Pertama telah memberikan RM1,000 kepada SP17. [29] Dua hari selepas itu, SP17 membuat panggilan kepada Perayu Pertama untuk memberitahu bahawa Muniyati mahukan wang RM4,000 yang dijanjikan. Perayu Pertama memberitahu "ok". Pada malam itu Perayu Pertama telah memasukkan wang sejumlah RM4,950.00 ke dalam akaun anak SP17 bernama Ikwan Shah (SP16) untuk wang tersebut diserah oleh SP17 kepada Muniyati. SP17 kemudiannya mendapat panggilan daripada Perayu Pertama untuk berjumpa SP17 dan Muniyati pada 23.9.2012 di KFC Seberang Jaya. Semasa perjumpaan itu Perayu Pertama memberitahu SP17 bahawa Perayu Pertama mahu menggunakan kereta SP17 untuk urusan membayar wang baki kepada "Abang Don" kerana kereta Perayu Pertama rosak. Ketika Perayu Pertama hendak memasuki kereta SP17, sepasukan polis telah datang menangkap Perayu Pertama, SP17 dan Muniayati serta Rizal yang berada di dalam kereta SP17. [30] Wang tunai sejumlah RM10,265.00 ditemui oleh SP19 daripada Perayu Pertama. SP19 juga telah merampas wang tunai sejumlah RM3,500.00 (P36) daripada SP17 di tempat yang sama. [31] SP16 (Muhammad Nurikhwan bin Mohd Raziff) ialah anak kepada SP17. SP16 mengatakan dia kenal Perayu Pertama kerana ibunya SP17 ada meminjam wang daripada Perayu Pertama. SP16 juga kenal Perayu Kedua kerana Perayu Pertama pernah memperkenalkan Perayu Kedua kepada SP16 semasa SP16 mencari kerja sebagai pegawai keselamatan. Perayu Pertama telah membawa SP16 berjumpa Perayu Kedua di Kg. Boyan, Taiping. SP16 mencamkan Perayu Pertama dan Perayu Kedua. SP16 mengatakan pada 18.9.2012 lebih kurang pukul 5.30 petang, SP16 telah pergi ke kawasan Giant Supermarket, Taiping setelah mendengar berita tentang kejadian bunuh di sana. Ketika sampai di situ SP16 melihat ramai orang telah berada dan terdapat sebuan van putih syarikat keselamatan G4S. SP16 tidak menghampiri van tersebut. Tangkapan atas Perayu Kedua [32] SP22 (ASP Ahmad Fauzi bin Saad) mengatakan pada 25.9.2012 dia telah menangkap Perayu Kedua di atas bukit kawasan Batu Pahat, Perlis. Ketika tangkapan Perayu Kedua berada di luar sebuah pondok dusun buah-buahan. Pondok tersebut telah dikepung oleh pasukan SP22 sebelum tangkapan dilakukan. SP22 telah merampas satu beg (P63) berisi wang tunai berjumlah RM6,450.00. SP22 mengeluarkan borang bongkar atas rampasan tersebut (P61). Turut dirampas daripada Perayu Kedua adalah satu sim card. Van WVP 3332 dan kelengkapan cctv [33] SP20 (Mohamad Zukhairi bin Abu Seman) pegawai eksekutifkanan, Internal Security Unit, Safeguard G4S, Petaling Jaya, Selangor bertugas menyelia peralatan sekuriti seperti cctv dan acces card control yang terdapat pada cawangan dan kenderaan keselamatan syarikat G4S. Setiap van keselamatan syarikat G4S adalah daripada jenis Toyota dan dilengkapkan dengan 4 cctv, iaitu 2 cctv di dalam van dipasang di bahagian tengah tempat duduk arm guard dan satu lagi cctv di bahagian vault di dalam van. Cctv ketiga dipasang di bahagian luar pintu belakang. Cctv keempat dipasang di bahagian luar pintu sisi van. Semua van keselamatan syarikat G4S mempunyai warna yang sama, iaitu putih serta berlogo syarikat. [34] Pada 19.9.2012, setelah dimaklumkan tentang rompakan ke atas van keselamatan nombor pendaftaran WVP 3332, SP20 telah pergi ke Taiping membawa bersama kunci DVR jenis bravo. SP20 terus ke IPD Taiping dan berjumpa dengan SP25 dan ASP Leong. Van WVP 3332 berada di dalam kawasan balai IPD Taiping. SP20 telah masuk ke dalam van tersebut dan dengan menggunakan kunci yang dibawanya SP20 telah mengeluarkan hard disc rakaman cctv van. SP20 membawa hard disc tersebut ke bilik mesyuarat IPD Taiping dan dimainkan dengan menggunakan software window player lap top SP20. Rakaman cctv berfungsi dengan baik. SP20 telah membuat salinan rakaman cctv dan burn ke dalam 4 CD. SP20 menyerahkan hard disc dan CD asal kepada SP25. [35] SP20 telah memainkan CD rakaman cctv yang dikumpulkan dalam 6 fail rakaman yang telah dibuat pencaman olehnya (P56(B)) semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim bicara. Kami mendapati adalah berfaedah kandungan rakaman cctv tersebut diperturunkan seperti berikut: Fail rakaman pertama : F150907P3N4P0
i
(i) Rakaman adalah pada jam 1509 pada 18.9.2012.
subparagraph
(ii) Melihatkan sebuah kereta dengan boot kereta terbuka. Ada seorang lelaki berpakaian t-shirt berwarna gelap.
subparagraph
(iii) Jam 1521 seorang lelaki berlari ke arah kereta di bahagian penumpang hadapan. Bentuk badan lelaki itu berlainan daripada dari lelaki pertama. Lelaki tersebut berpakaian uniform Safeguard G4S.
subparagraph
(iv) Lelaki tersebut membuka pintu bahagian belakang kereta.
v
(v) Lelaki berpakaian uniform G4S juga memakai cermin mata dan memegang kunci-kunci.
subparagraph
(vi) Pintu belakang van Totoya kelihatan dibuka. Fail rakaman kedua: F150907P3N3P0
i
(i) Rakaman adalah cctv bahagian vault.
subparagraph
(ii) Rakaman melihatkan beg-beg berisi wang.
subparagraph
(iii) Jam 15:09:01 melihatkan satu tangan dan cahaya masuk.
subparagraph
(iv) Seseorang datang dan masuk ke dalam vault. Pakaian orang tersebut mempunyai tulisan merah di belakang baju. Orang tersebut mengambil beg-beg di dalam vault. Fail rakaman ketiga: F150907P3N1P0
subparagraph
(ii) Jam 15:09:21 kelihatan seorang lelaki berlalu.
i
(i) Rakaman tersebut daripada cctv di bahagian pintu sisi van.
subparagraph
(iii) Jam 15:09:37 kelihatan lelaki yang memakai cermin mata yang memakai vest syarikat G4S berlalu dan pada jam 15:09:39 berpatah balik.
subparagraph
(iv) Jam 15:10:07 kelihatan lelaki yang memakai cermin mata yang memakai vest syarikat G4S berlalu sekali lagi.
v
(v) Jam 15:12:26 nampak kaki-kaki orang.
subparagraph
(vi) Jam 15:15:42 kelihatan orang-orang lain datang ke sisi van.
subparagraph
(vii) Jam 15:32:50 kelihatan seorang berbaju putih memakai sarung tangan dan seorang lagi lelaki memakai vest merah dengan huruf hospital. Fail rakaman keempat : F143907P3N2P0
i
(i) Rakaman pertama dimainkan semula.
subparagraph
(ii) Rakaman cctv ini ialah bahagian middle compartment yang terdapat pergerakan di bahagian hadapan.
subparagraph
(iii) Jam 14:50:58 kelihatan seorang memakai vest masuk ke dalam compartment.
subparagraph
(iv) Jam 14:50:32 kelihatan lelaki tersebut masuk dari kokpit ke dalam middle compartment.
v
(v) Jam 14.50:54 kelihatan lelaki berkaca mata mengeluarkan telefon.
subparagraph
(vi) Jam 15:03:11 kelihatan lelaki berkaca mata tersebut memegang sepucuk pistol dengan tangan kanannya.
subparagraph
(vii) Jam 15:04:23 kelihatan dua tangan di bahagian kokpit.
subparagraph
(viii) Jam 15:04:24 kelihatan dua pasang tangan.
subparagraph
(ix) Pergerakan agresif di bahagian kokpit kelihatan telah berhenti pada jam 15:05:00.
x
(x) Jam 15:07:52 kelihatan seolah-olah ada pergerakan untuk keluar dari pintu bahagian passenger. Fail rakaman kelima: F14090P3N4P0
i
(i) Rakaman cctv bahagian pintu belakang van.
subparagraph
(ii) Jam 14:25:35 kelihatan sebuah kereta kelabu.
subparagraph
(iii) Jam 14:27:09 kelihatan kereta Honda mengekori van. Fail rakaman keenam: F133907P3N4P0
i
(i) Rakaman ini juga daripada cctv bahagian belakang van.
subparagraph
(ii) Jam 13:55:14 kelihatan kereta jenis Honda warna kelabu.
subparagraph
(iii) Jam 15:07:09 kelihatan kereta jenis Honda warna kelabu. [36] SP21 (ASP Fauziah binti Che Mat) bertugas di Unit Siasatan Forensik Audio Video PDRM Cheras. Tugas SP21 antara lain adalah untuk menganalisis rakaman video yang diperolehi daripada simpanan untuk meningkatkan kualiti imej supaya lebih jelas untuk kegunaan siasatan. SP21 telah menerima hard disc rakaman cctv yang dihantar oleh SP25 melalui anggota bernama L/Kpl. Marzuki. SP21 telah membuat analisis ke atas imej dalam rakaman video untuk tarikh 18.9.2012 dan membuat beberapa tanda bulatan pada imej yang dipaparkan bagi tujuan siasatan. SP21 telah menyediakan laporan analisisnya (P60 : muka surat 147 - 173 Rekod Rayuan Jilid 3). Semasa diperiksa balas oleh peguam cara, SP21 mengesahkan dalam imej 8 dan 9 kelihatan pergelutan antara dua orang dan terdapat juga senjata. Laporan P60 melihatkan beberapa imej yang signifikan. Imej 13 dan 18 memperlihatkan seorang lelaki yang memakai cermin mata sedang memegang pistol. Imej 19 dan 20 imej lebih dekat wajah lelaki bercermin mata yang memegang pistol. Imej 21 menunjukkan wajah seorang lelaki memakai t-shirt berwarna gelap. Imej 22 memperlihatkan lelaki bercermin mata sedang memegang beg (karung) berwarna hitam. Imej 23 dan 24 memperlihatkan wajah lelaki bercermin mata, lelaki yang sama yang memegang pistol di imej 13 dan 18 sedang berjalan di luar van. Imej 27, 29 dan 30 memperlihatkan lelaki bercermin mata dan lelaki yang memakai t-shirt berjalan dari arah sebuah kereta yang pintu sebelah kirinya terbuka (P60 : muka surat 156-173 Rekod Rayuan Jilid 4). Kereta Honda City warna kelabu [37] SP6 (Lee Min Quan) bertugas sebagai kerani di syarikat Ginwai sebuah syarikat pajak gadai. SP6 kenal dengan Perayu Pertama kerana Perayu Pertama ialah penyelia di situ. Menurut SP6, Perayu Pertama ada meminta SP6 untuk mendaftarkan telefon nombor 014 3035332 atas nama SP6. Telefon itu diletakkan di kedai untuk kegunaan am membuat panggilan kepada pelanggan. Perayu Pertama adalah antara yang menggunakan telefon itu. Menurut SP6, Perayu Pertama menggunakan kereta jenis Waja atau Honda City berwarna kelabu ketika datang bekerja. Imej hantaran chat/mesej dan perhubungan telefon antara Perayu Pertama dan Perayu Kedua [38] SP19 (ASP Shazeli bin Kahar) memberikan keterangan bahawa semasa dia melakukan tangkapan ke atas Perayu Pertama, SP19 telah merampas tiga buah handphone bersama sim card (P36). Handphone berserta sim card yang dirampas telah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes (SP25). [39] SP6 (Cik Lee Min Quan) telah memberikan keterangan bahawa Perayu Pertama meminta dia mendaftarkan satu handphone atas nama SP6 dan nombor handphone tersebut adalah 014-3035332. [40] SP22 (ASP Ahmad Fauzi bin Saad) mengatakan pada 25.9.2012 dia telah menangkap Perayu Kedua di atas bukit kawasan Batu Pahat, Perlis. Antara barang yang dirampas oleh SP22 daripada Perayu Kedua adalah satu sim card (P61). SP22 telah membuat serahan sim card kepada SP25. [41] SP25 telah menghantar handphone beserta sim card yang dirampas daripada Perayu Pertama dan sim card yang dirampas daripada Perayu Kedua kepada SP23 (DSP Muhammad Zulkifli bin Mohd Isa). [42] SP23 (DSP Muhammad Zulkifli bin Mohd Isa) bertugas sebagai Juru Analisis Seksyen Jenayah Komputer, Makmal Forensik PDRM telah lebih daripada lapan tahun. SP23 telah membuat analisis ke atas handphone dan sim card yang dirampas daripada Perayu Pertama bagi telefon nombor 014-3035332 (P40A) serta sim card yang dirampas daripada Perayu Kedua (P46A). SP22 telah menyediakan satu laporan hasil analisisnya (P76 (muka surat 197 Rekod Rayuan Jilid 3 hingga muka surat 267 Rekod Rayuan Jilid 3A). [43] SP23 mengatakan hasil daripada analisis yang dia lakukan, terdapat beberapa hantaran mesej pada tarikh 18.9.2012 dibuat antara handphone nombor 014-3035332 (P40A) (yang dirampas daripada Perayu Pertama) dan handphone nombor 016-6615354 yang masih tersimpan dalam sim card (P46A) (yang dirampas daripada Perayu Kedua). Petikan mesej yang relevan diperturunkan di bawah ini:
i
(i) Pi tempat lain nanti, u fikir dpt tak mana tempat I nak shoot dia? Mungkin dia nak p toilet juga.
subparagraph
(ii) Sini polis kecil banyak, jangan main disini kawan.
subparagraph
(iii) Ambil apa? U kena siap fikir Tau mau tempat apa u u nak seter dia.
subparagraph
(iv) Jangan tembak sini, line tak vagus.
v
(v) Sebelum sampai Ambank kita buat dekat sini kalu blh? Sana line tak banyak cantik.
subparagraph
(vi) Islam sini collect CDM lagi?
subparagraph
(vii) Jangan buang peluang lah kawan. PIs.
subparagraph
(viii) Dengan I ckp kawan, jangan saying peluang lagi. I ada lori belakang saja z.
subparagraph
(ix) Tempat mana yg cantik, I Nampak ku dah Islam.
x
(x) Pergi tggu sana ambank.
subparagraph
(xi) Mana tempat? Bagi tips.
subparagraph
(xii) Td I ckp tpt sunyi u flow saja. Blkg giant sana.
subparagraph
(xiii) Tau..u flow saja..nanti sampai sana i suruh dia henti van...I tembak... I keluar saja u trus standby kereta.
subparagraph
(xiv) U suruh dia henti pun mau ada alasan kalau taka da, dia blh henti meh? Satu biji saja u kena seter jangan biar dia ada chance balas. I sudah tahu kalau u dah nak keluar nak buka. I pun mesti turun mari. Kematian Hasnul pemandu van WVP 3332 [44] SP25 (ASP Rahimi bin Abd Rahman) ialah pegawai penyiasat kes ini. Pada 18.9.2012, setelah dimaklumkan tentang kejadian samun dan bunuh, SP25 telah pergi ke tempat kejadian pada lebih kurang pukul 3.30 petang bersama juruphoto L/Kpl. Fauzi (SP5). Tempat kejadian adalah di luar pagar hadapan Pasaraya Giant Jalan Aulong. SP25 mendapati sebuah van keselamatan syarikat Safeguard G4S berada di bawah sebatang pokok dengan pintu kiri van bahagian penumpang terbuka dan pintu belakang juga terbuka. SP25 melihat mangsa iaitu pemandu van yang telah meninggal dunia masih di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dada dan perut (P10 gambar A-J, muka surat 56-61 Rekod Rayuan Jilid 3). Identiti mangsa dikenal pasti bernama Hasnul Hafis bin Saad berumur 28 tahun. Di dalam van tersebut SP25 telah menjumpai dan merampas satu revolver (P30), satu sarung pistol (P89B), 4 kelongsong peluru dalam chamber pistol (P84(d), P85(c), P86(c) dan P97(c) (lihat gambar P10K, P10L dan P10M Rekod Rayuan Jilid 3). SP25 dibantu oleh Inspektor Zafrul pegawai forensik IPD Taiping. SP25 telah mengambil sejumlah 25 gambar tempat kejadian (P11). Setelah selesai tugas siasatan di tempat kejadian, SP25 telah mengarahkan anggotanya membawa mayat Hasnul Hafis ke Hospital Taiping. [45] Mayat Hasnul Hafis bin Saad telah dibuat pengecaman oleh abangnya SP4 (Hasnul Helmi bin Saad). [46] SP10 (Dr. Mohammad Shafie bin Othman @ Osman) Pakar Forensik dan Ketua Jabatan Forensik Jabatan Forensik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh membuat bedah siasat mayat Hasnul Hafis pada 19.9.2012 pukul 9.30 pagi. SP10 juga telah menyediakan laporan post mortem (P21) (muka surat 121-126 Rekod Rayuan Jilid 3). Sebab kematian simati adalah "Luka Tembakan Di dada". [47] Keterangan dan laporan SP10 dalam ringkasan dan kesimpulan pemeriksaan bedah siasatnya adalah seperti berikut: Ringkasan dan Kesimpulan Pemeriksaan menunjukkan simati mengalami empat luka tembakan. Tiga daripada luka ini telah menembus keluar. Luka tembakan no.1 merupakan luka tembakan paling parah di mana ianya telah menembusi struktur vital iaitu rongga dada kiri, aorta, kelenjer adrenal kanan dan buah pinggang kanan yang menyebabkan pendarahan pantas berlaku yang membawa kepada kematiannya hampir serta merta. Berdasarkan kepada kesan kecederaan sekitar luka, tembakan dilihat dilepaskan dari jarak separa lekap dan dekat. Jarak tembakan di sini bermaksud jarak di antara kulit mangsa dan muncung senjata api. Kesan lecet pada dagu dan rahang mencadangkan kemungkinan pergelutan berlaku sebelum kematianya. Keterangan SP24 ahli kimia tentang revolver (P30) dan kelongsong peluru [48] SP24 (Nurul Fadlina binti Harun) ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia telah menerima sepucuk revolver (P30) dan empat kelongsong peluru daripada SP25 untuk dibuat analisis. SP24 telah melakukan pemeriksaan dan ujian balistik atas revolver (P30) dan mendapati P30 boleh melepaskan tembakan dan berfungsi dengan baik (serviceable). SP24 mengatakan berdasarkan ciri-ciri peluru yang telah ditembak/diguna, menunjukkan bahawa peluru yang telah diguna/ditembak (4 kelongsong) tersebut boleh ditembak dengan menggunakan revolver P30. Keputusan Mahkamah Tinggi diakhir kes pendakwaan [49] Kami telah meneliti alasan penghakiman Hakim bicara yang telah membuat analisis dan penilaian kes pendakwaan seperti yang terdapat di perenggan (64) hingga (125) penghakiman (muka surat 38-62 Rekod Rayuan Jilid 1). [50] Kesimpulannya Hakim bicara pada perenggan (126) penghakiman memutuskan seperti berikut: [126] I have considered all the evidence adduced by the prosecution, and subjected them to maximum evaluation; PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 (FC). I am satisfied that the prosecution has adduced credible evidence to prove each ingredient of the offence under s. 3 FIFA 1971 against Hafizuddin, as stipulated in the charge against him. I am also satisfied that the prosecution has also presented sufficient and credible evidence to prove the offence committed by Cheah under s. 3A FIFA. The evidence adduced against Hafizuddin and Cheah respectively would be sufficient to warrant their conviction should they chose to remain silent." [51] Hakim bicara telah memerintahkan Perayu Pertama dan Perayu Kedua membela diri atas pertuduhan masing-masing. Kami tidak mendapati Hakim bicara melakukan apa-apa kekhilafan dalam analisis dan menilai keterangan yang diasaskan oleh pihak pendakwaan berdasarkan "circumstantial evidence". Kami bersetuju atas keputusan Hakim bicara bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu Pertama dan Perayu Kedua (muka surat 146 Rekod Rayuan Jilid 2). Pembelaan diri Perayu Kedua [52] Kedua-dua Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh. Dengan demikian tiada pemeriksaan balas boleh dibuat oleh pihak pendakwaan. Perayu Kedua telah memilih untuk memberikan keterangan dahulu dan diikuti oleh Perayu Pertama. Tiada saksi-saksi lain dipanggil. [53] Keterangan Perayu Kedua telah sepenuhnya diperturunkan oleh Hakim bicara sepertimana yang dapat dilihat di perenggan (129) alasan penghakiman (muka surat 63-68 Rekod Rayuan Jilid 1). [54] Keterangan Perayu Pertama juga telah diperturunkan sepenuhnya oleh Hakim bicara sepertimana yang dapat dilihat di perenggan (130) alasan penghakiman (muka surat 68-71 Rekod Rayuan Jilid 1). Pembelaan Perayu Kedua [55] Secara ringkasnya pembelaan Perayu Kedua adalah dia dan Hasnul (si mati) ada meminjam wang sebanyak RM5,000 tiap seorang daripada Perayu Pertama yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang. Perayu Kedua hanya membayar balik ansuran bulanan pinjaman tersebut dalam dua bulan dan selepas itu gagal membayar. Perayu Kedua juga mengatakan Hasnul juga hanya membayar ansuran bulanan selama dua bulan dan selepas itu gagal membayar. Perayu Kedua mengatakan bahawa dia telah memperkenalkan Perayu Pertama kepada Hasnul untuk urusan permohonan pinjaman oleh Hasnul. Oleh sebab masih berhutang dengan Perayu Pertama, Perayu Kedua mengatakan bahawa dia dan Hasnul telah merancang untuk mencuri wang syarikat G4S yang dibawa mereka dengan van. Untuk tujuan tersebut Perayu Kedua telah meminta bantuan Perayu Pertama menyediakan kereta dan mengikuti van yang akan dipandu oleh Hasnul dan Perayu Pertama akan membawa lari Perayu Kedua dan Hasnul sebaik wang dicuri. Pada hari kejadian 18.9.2012, Perayu Kedua telah memaklumkan kepada Perayu Pertama untuk mengikut van dan Perayu Pertama telah mengekori van sejak awal pagi. Perayu Kedua mengatakan mereka ada berhenti beberapa kali untuk mencari tempat yang sesuai untuk melakukan curian tersebut tetapi tiada tempat yang sesuai kerana ramai orang. Akhirnya van dipandu Hasnul pergi ke kawasan Pasaraya Giant dan Perayu Kedua mengekori van dari belakang. Setelah van tersebut berhenti, Perayu Kedua dan Hasnul berbincang bagaimana mereka akan mencuri wang yang dibawa. Ketika sedang berbincang, mereka melihat SP8 (Muhammad Khairul) rakan setugas mereka lalu di situ lebih kurang pukul 2.40 petang dan SP8 melambai tangan. Perayu Kedua dan Hasnul membalas balik lambaian tersebut. Perayu Kedua mengatakan setelah Hasnul melihat SP8, Hasnul mula berasa takut untuk meneruskan niat mencuri wang yang dibawa. Perayu Kedua mengatakan Hasnul telah mengambil pistol yang terletak di bahagian tengah tempat duduk dan mengacukan kepada Perayu Kedua dan memberitahu akan melaporkan rancangan mencuri tersebut kepada majikan dan untuk tidak meneruskan niat mencuri wang tersebut. Perayu Kedua selanjutnya mengatakan dia berasa nyawanya terancam dan cuba mempertahankan diri. Berlaku pergelutan antara dia dan Hasnul ketika Perayu Kedua cuba merampas pistol daripada tangan Hasnul. Dalam pergelutan itu, beberapa das tembakan telah dilepaskan daripada pistol tersebut. Perayu Kedua mendapati Hasnul telah tercedera akibat tembakan. Perayu Kedua mengatakan tembakan berlaku secara "accident" semasa pergelutan. Perayu Kedua dengan segera membuka pintu dan lari ke kereta Perayu Pertama yang sedia menunggu dan beredar dari tempat tersebut. Perayu Kedua mengatakan dia mengenali SP17 (Susabrina binti Morat) selepas kejadian tersebut. Perayu Kedua telah dibawa masuk ke Thailand untuk bersembunyi di sana. Setelah beberapa hari di Thailand, Perayu Kedua telah memasuki Malaysia semula tetapi telah ditangkap di Kangar, Perlis. Pembelaan Perayu Pertama [56] Perayu Pertama dalam pembelaan diri mengakui kenal Perayu Kedua dan Hasnul kerana Perayu Kedua dan Hasnul ada meminjam wang daripada Perayu Pertama sebanyak RM5,000 setiap seorang. Perayu Pertama mengatakan Perayu Kedua dan Hasnul telah membuat rancangan untuk mencuri wang yang dibawa. Mereka pernah berjumpa bagi membincangkan perkara tersebut dan peranan Perayu Pertama hanya menyediakan kereta untuk membawa lari Perayu Kedua dan Hasnul untuk masuk ke Thailand setelah wang dicuri. Pada hari kejadian Perayu Pertama telah memandu kereta Honda City nombor WRR 2302 ke Taiping dan mengekori van Perayu Kedua yang dipandu oleh Hasnul sejak awal pagi lagi daripada satu bank ke satu bank. Akhirnya van tersebut berhenti di kawasan depan Giant Aulong dan Perayu Pertama juga turut berhenti berdekatan dengan van tersebut. Selepas itu Perayu Pertama melihat Perayu Kedua datang ke arah keretanya. Perayu Pertama telah membawa lari Perayu Kedua dan mereka memasuki Satun, Thailand. Setelah beberapa hari di Thailand, Perayu Pertama telah masuk semula ke Malaysia. Perayu Pertama telah ditangkap di sebuah stesyen minyak di Butterworth. Perayu Pertama menafikan melakukan rompakan dan bunuh serta mengatakan tidak ada mendengar apa-apa bunyi tembakan pada hari kejadian. Keputusan Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan [57] YA Hakim bicara telah menimbangkan dan membuat analisis ke atas pembelaan diri Perayu Pertama dan Perayu Kedua tersebut seperti yang dapat dilihat di perenggan (131) hingga (167) alasan penghakiman (muka surat 71-84 Rekod Rayuan Jilid 1). [58] YA Hakim bicara memutuskan bahawa pembelaan diri Perayu Pertama dan Perayu Kedua gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan seterusnya mensabitkan kedua-dua mereka atas pertuduhan masing-masing, iaitu Perayu Pertama di bawah seksyen 3A FIFA 1971 dan Perayu Kedua di bawah seksyen 3 FIFA 1971. Rayuan di hadapan mahkamah ini dan keputusan kami [59] Perayu Pertama dalam petisyen rayuannya telah memberikan 15 alasan rayuan bagi mencabar keputusan Hakim bicara. [60] Perayu Kedua juga dalam petisyen rayuannya telah memberikan 15 alasan rayuan bagi memcabar keputusan Hakim bicara. [61] Kesemua 15 alasan rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua boleh dikatakan sama kandungannya. Pemerhatian kami ke atas keduadua petisyen rayuan, masing-masing bertarikh 14.8.2017 dan 3.1.2018, kedua-duanya menyebutkan Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, sedangkan sabitan sebenar ke atas Perayu Pertama adalah di bawah seksyen 3A FIFA 1971 dan terhadap Perayu Kedua di bawah seksyen 3 FIFA 1971. [62] Alasan rayuan dan hujahan peguam cara untuk Perayu Pertama dan Perayu Kedua bolehlah dikumpulkan secara bersama seperti berikut:
a
(a)Hakim bicara khilaf dalam keputusannya bahawa kes pendakwaan yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) berjaya dibuktikan tanpa apa-apa bukti sokongan.
b
(b)Hakim bicara khilaf dalam memutuskan berlakunya rompakan wang sedangkan tiada keterangan oleh pendakwaan atas jumlah wang yang dibawa dan yang dirompak.
c
(c)Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Kedua sedangkan tiada keterangan menunjukkan Perayu Kedua ada menggunakan senjata bagi melakukan rompakan.
d
(d)Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Pertama berdasarkan keterangan 'bad character' yang tidak wajar diterima masuk sebagai keterangan terhadap Perayu Pertama.
e
(e)Hakim bicara khilaf dalam menimbangkan pembelaan Perayu Pertama dan Perayu Kedua mengikut perspektif yang betul. Hakim bicara khilaf dalam memutuskan berlakunya rompakan wang sedangkan tiada keterangan oleh pendakwaan atas jumlah wang yang dirompak seperti dalam pertuduhan. [63] Kami menimbangkan dahulu secara bersama hujahan Perayu Pertama dan Perayu Kedua untuk alasan rayuan di perenggan (b). Peguam cara terpelajar menegaskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan jumlah wang dirompak seperti yang dicatatkan dalam pertuduhan sejumlah RM1,235,715.00 dan jumlah wang yang hilang akibat rompakan dan yang demikian terdapat keraguan sama ada berlaku suatu rompakan. [64] Kami telah mengamati alasan panghakiman Hakim bicara dalam isu ini. Dalam perenggan-perenggan (15), (19), (21), (23), (33), (34), (35), (69), (70), (71), (72), (74), (76), (77), (78), (79), (80) dan (81) penghakiman, Hakim bicara telah memperincikan tentang rompakan yang berlaku, laporan polis berkaitan samun ke atas van dan jumlah wang yang telah ditemui daripada Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Pada perenggan (27), (74), (79) dan (89) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada imej rakaman cctv yang dimainkan oleh saksi SP20 semasa memberikan keterangan. Rakaman tersebut memperlihatkan bagaimana rompakan dan wang dilarikan daripada van tersebut. Pada perenggan (53), (54) dan (81) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada keterangan SP10 tentang bedah siasat atas mayat si mati yang mati akibat luka tembakan. Dalam perenggan (22) dan (82) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada keterangan SP25 yang pergi ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang kejadian samun dan mendapati Hasnul telah meninggal dunia dan tersandar di tempat duduk pemandu van dengan dada dan perut berlumuran darah dan SP25 menjumpai senjata revolver (P30) bersama 4 kelongsong peluru dalam van tersebut. Perenggan (83) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada keterangan SP24 bahawa senjata revolver (P30) berfungsi baik. SP24 juga berpendapat 4 kelongsong peluru yang diperiksa boleh ditembak jika SP30 digunakan. [65] Berdasarkan keterangan yang disebutkan di atas, kami dapati Hakim bicara tidak terkhilaf dalam membuat jumpaan fakta bahawa telah berlaku rompakan sejumlah wang daripada van tersebut, berlaku kehilangan wang dan kematian akibat tembakan dalam rompakan tersebut. Walau pun tiada keterangan tentang jumlah wang syarikat G4S yang dibawa oleh van tersebut dan jumlah yang kena rompak seperti dalam pertuduhan, itu tidak fatal kepada kes pendakwaan. Keterangan yang jelas yang tidak dicabar adalah: terdapat laporan tentang kejadian samun ke atas van syarikat G4S; berlaku kematian ke atas pemandu van bernama Hasnul Hafis; kematian Hasnul adalah akibat daripada tembakan pistol dari jarak yang sangat dekat; Perayu Kedua dengan bantuan Perayu Pertama telah lari bersembunyi di negara Thailand sebaik lepas kejadian; SP18 dan SP19 masing-masing telah membuat rampasan wang tunai berjumlah RM581,365.00 daripada Perayu Pertama dan RM6,450.00 daripada Perayu Kedua selepas mereka ditangkap. Kami dapati tiada merit atas hujahan peguam cara dalam isu ini. Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Kedua sedangkan tiada keterangan menunjukkan Perayu Kedua adamenggunakan senjata dalam rompakan. [66] Kami menimbangkan pula alasan rayuan di perenggan (c) bahawa Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Kedua sedangkan tiada keterangan menunjukkan Perayu Kedua ada menggunakan senjata semasa rompakan. [67] Kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara. Dalam perenggan (14), (16), (17), (18), (24), (71), (74), (81) dan (82) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada keterangan rakan-rakan setugas Perayu Kedua iaitu SP8, SP9, SP11, SP12, SP13, SP14 dan SP15 yang kesemuanya mengesahkan Perayu Kedua bertugas sebagai arm guard mengiringi Hasnul pada tarikh 18.9.2012 dan Perayu Kedua dibekalkan dengan sepucuk revolver bersama 12 butir peluru. Keterangan SP25 mengesahkan sepucuk revolver dan 4 kelongsong peluru yang masih berada di dalam chamber revolver dijumpai di dalam van di bahagian kokpit sebaik selepas kejadian. [68] Perenggan (39), (46), (47), (114) dan (115) penghakiman, Hakim bicara telah merujuk kepada keterangan SP23 berkaitan imej mesej atau pesanan ringkas (sms) yang berlaku antara telefon Perayu Pertama dan Perayu Kedua dan pengetahuan Perayu Pertama bahawa Perayu Kedua mempunyai senjata api pada hari kejadian. Imej cctv (P60) mendedahkan berlakunya pergelutan antara dua orang lelaki iaitu pemandu van dan lelaki yang duduk di sebelah pemandu yang sedang memegang pistol dan dicamkan sebagai Perayu Kedua. [69] Berdasarkan keterangan yang terdapat, kami dapati Hakim bicara tidak khilaf dalam dapatannya bahawa Perayu Kedua adalah orang yang telah melepaskan empat tembakan ke atas Hasnul dalam rompakan tersebut yang menyebabkan kematian Hanul. Tiada sebarang keterangan yang dapat melihatkan terdapat pencerobohan orang lain atas van tersebut sebelum rompakan. Kami juga dapati Hakim bicara tidak khilaf dalam dapatannya bahawa Perayu Pertama ada pengetahuan bahawa Perayu Kedua memiliki senjata api sepanjang masa sewaktu bersama Hasnul di dalam van tersebut. Keterangan melalui mesej pesanan ringkas memperlihatkan Perayu Pertama dan Perayu Kedua mempunyai niat dan rancangan bagi membunuh Hasnul dengan menggunakan senjata api yang ada dalam milikan Perayu Kedua dalam melaksanakan dan menjayakan rompakan. Jelasnya empat das tembakan yang dilepaskan yang membawa kepada kematian Hasnul bukan disebabkan tembakan yang "accidental" semasa pergelutan dengan Perayu Kedua. [70] Dalam kes Lim Teong Seng & Satu lagi lwn PP [2011] 5 CLJ 1, Mahkamah Rayuan telah mengesahkan sabitan perayu-perayu dalam kes tersebut untuk kesalahan di bawah seksyen 3 FIFA 1971 dan seksyen 3A FIFA 1971, masing-masing. Perayu Pertama (Lim) telah dituduh di Mahkamah Tinggi dengan satu kesalahan melepaskan tembakan dengan senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan, ketika melakukan kesalahan berjadual, iaitu rompakan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37). Manakala, perayu kedua (Wang) berada bersama-sama dengan Lim, dan bahawa pada masa kesalahan dilakukan oleh Lim, Wang dengan semunasabahnya tahu bahawa Lim memiliki senjatapi, iaitu satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 3A Akta 37. Lim dan Wang telah dibicarakan dalam satu perbicaraan yang sama. Di akhir kes, Lim dan Wang telah didapati bersalah atas pertuduhan yang masing-masing dihadapi oleh mereka. Kedua-dua mereka telah disabitkan dan dikenakan hukuman mati mandatori masing-masingnya di bawah s. 3 dan 3A Akta 37. Satu-satunya isu yang berbangkit dalam rayuan kes adalah atas isu identifikasi perayu-perayu oleh saksi-saksi pendakwaan yang dihujahkan samar dan meragukan dan kemungkinan berlakunya kesilapan identiti atau pencaman. Dalam perenggan (60), Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “[60] Dari keterangan SP5 dan SP6 itu adalah jelas bahawa selepas Lim mengeluarkan pistol dan mengugut SP5, tiada apa-apa yang menunjukkan Wang terperanjat atau tidak tahu apa yang berlaku atau apa yang sedang dilakukan oleh Lim. Wang juga tidak melakukan apa-apa untuk cuba memisahkan dirinya dari apa yang sedang dilakukan oleh Lim. Malahan Wang juga turut mengugut SP6 dengan suara yang garang. Dengan keterangan yang sedemikian itu hanya satu kesimpulan sahaja yang boleh dibuat, iaitu Wang adalah rakan sejenayah Lim dan Wang dengan semunasabahnya dianggap telah mengetahui bahawa Lim ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya pistol tersebut. Keterangan juga menunjukkan tiada sebarang tindakan telah diambil oleh Wang untuk menghalang Lim melepaskan tembakan dari pistolnya.” [71] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami ini. Keterangan memperlihatkan terdapat pakatan antara Perayu Pertama dengan Perayu Kedua untuk merompak wang yang dibawa oleh van syarikat G4S. Keterangan juga menunjukkan terdapat komunikasi antara Perayu Pertama dengan Perayu Kedua tentang bagaimana dan di mana rompakan akan dilakukan dan Perayu Kedua akan menembak mati Hasnul iaitu pemandu van untuk menjayakan rompakan tersebut. Perayu Kedua memiliki senjata api yang dibekalkan oleh majikannya. Perayu Pertama tahu bahawa Perayu Kedua ada senjata api dan senjata api itu akan digunakan dalam rompakan tersebut. Malahan Perayu Pertama seperti yang diperlihatkan dalam mesej pesanan ringkas menyuruh Perayu Kedua menembak mati Hasnul. Perayu Pertama telah mengekori van tersebut sejak pagi sehingga kepada kejadian tembak dan rompak. Perayu Pertama telah membuat persediaan untuk melarikan Perayu Kedua dan wang rompakan. Rakaman cctv mendedahkan berlaku pergelutan antara Perayu Kedua dengan Hasnul. Perayu Kedua melepaskan tembakan 4 kali ke atas Hasnul dengan niat membunuh Hasnul supaya tiada saksi yang tinggal. Adalah tidak munasabah untuk berlaku tembakan “accidental” sebanyak 4 kali. Rakaman cctv juga mendedahkan Perayu Kedua keluar daripada pintu kiri van dan membuka pintu belakang van dan mengangkut beg-beg berisi wang. Rakaman cctv juga menunjukkan Perayu Pertama menghampiri van setelah Perayu Kedua keluar daripada van dan membuka pintu belakang van. Perayu Pertama tahu Hasnul telah ditembak kerana Hasnul tidak muncul untuk menghalang perbuatan mereka memunggah wang daripada van tersebut. Perayu Pertama kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa Perayu Kedua. Perayu Pertama telah mengatur menghantar Perayu Kedua untuk bersembunyi di Thailand atas bantuan SP17. Sejumlah besar wang hasil rompakan dijumpai daripada Perayu Pertama dan Perayu Kedua setelah mereka ditangkap. Semua keterangan ini memperlihatkan persediaan, motif dan perilaku Perayu Pertama dan Perayu Kedua yang relevan menurut sekyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk diambil kira oleh Hakim bicara. Jelasnya Perayu Pertama ialah rakan sejenayah Perayu Kedua dalam melakukan kesalahan rompakan berjadual tersebut. Berdasarkan semua keterangan yang dinyatakan tadi, kami dapati hujahan peguam cara Perayu Pertama dan Perayu Kedua untuk isu ini tidak mempunyai merit. Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Pertama berdasarkan keterangan 'bad character' yang tidak wajar diterima masuk sebagai keterangan. [72] Kami menimbangkan pula alasan rayuan di perenggan (d) bahawa Hakim bicara khilaf dalam mensabitkan Perayu Pertama berdasarkan keterangan 'bad character' yang tidak wajar diterima masuk sebagai keterangan kerana akan memprejudiskan Perayu Pertama. Peguam cara Perayu Pertama dalam hujahan bertulis telah menegaskan bahawa keterangan SP17 tentang pemintaan Perayu Pertama meminta SP17 mendapatkan peluru .38 dan keterangan SP17 menyerahkan 6 butir peluru .38, dan Perayu Pertama membayar RM360.00 kepada SP17 bagi peluru tersebut tidak boleh dibenarkan di bawah kaedah keterangan "bad character" yang dilarang daripada dikemukakan sebagai keterangan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 54(1) Akta Keterangan 1950. Peguam cara merujuk kepada kes Kiew Foo Mei & Ors v Public Prosecutor [1995] 3 MLJ 505 untuk menyokong hujahannya. [73] Kami telah mengamati alasan penghakiman Hakim bicara. Dalam perenggan (106) penghakiman, Hakim bicara ada membuat rujukan kepada keterangan SP17 tetapi hanya tentang permintaan Perayu Pertama untuk membantu Perayu Kedua keluar negara, iaitu ke Thailand tanpa perlu ikut laluan keluar yang sah. Kami tidak mendapati Hakim bicara membuat apa-apa rujukan atau pertimbangan berkaitan pemintaan peluru, penyerahan peluru dan bayaran bagi enam butir peluru oleh Perayu Pertama kepada SP17 dalam mensabitkan Perayu Pertama. Perayu Pertama tidak mengalami sebarang prejudis oleh Hakim bicara dalam isu ini. Oleh itu kami tidak melihat sebarang merit untuk isu tersebut. Hakim bicara khilaf dalam menimbangkan pembelaan Perayu Pertama mengikut perspektif yang betul. [74] Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah memilih untuk memberikan keterangan pembelaan diri dari kandang tertuduh. Hakim bicara telah memperturunkan keseluruhan keterangan pembelaan diri Perayu Pertama seperti yang terdapat di perenggan (130) penghakiman. Hakim bicara juga telah memperturunkan sepenuh keterangan pembelaan diri Perayu Kedua seperti mana yang terdapat di perenggan (129) penghakiman. Seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) ialah peruntukan statutori yang memberi hak kepada mana-mana tertuduh yang tuduhan atasnya telah dibuktikan secara prima facie untuk membuat pilihan atas kaedah memberikan keterangan membela diri, sama ada (i) memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi; (ii) memberikan keterangan pembelaan diri dari kandang tertuduh; atau (iii) berdiam diri. [75] Undang-undang mantap berkaitan nilai berat yang diberikan oleh mahkamah untuk keterangan oleh tertuduh dari kandang tertuduh dengan jelasnya diterangkan oleh Hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (beliau ketika itu) dalam kes PP v Mohd Amin Mohd Razali [2002] 5 CLJ 281 yang mengatakan seperti berikut: "The position in law is that the right of an accused person to make unsworn statement from the dock is a substantive right. However we must bear in mind that statement from the dock is not sworn evidence, which can be the subject of cross-examination. Not so much weight can be given to what the accused said in the dock when compared to what the accused would give under sworn evidence. This is so because when a man gives evidence one can cross-examine him and test his evidence and generally have a better opportunity of assessing him. Nevertheless the law is very clear that the court cannot outright reject such evidence. The court must consider it and give it such weight for what it is worth and think fit having regard to the evidence adduced as a whole before the court." [76] Berlandaskan prinsip undang-undang tersebut, kami meneliti alasan penghakiman Hakim bicara yang berkaitan dengan pertimbangan Hakim bicara atas keterangan sedemikian. Kami dapati Hakim bicara pada perenggan (145) dan (146) penghakimannya telah membuat rujukan kepada kes Azahan Mohd Aminallah v PP [2005] 1 CLJ 374 dan kes PP v Mohd Amin Mohd Razali (supra) iaitu kes yang sama yang kami membuat rujukan. [77] Seterusnya kami dapati Hakim bicara telah membuat analisis yang mendalam atas keterangan pembelaan diri Perayu Pertama dan Perayu Kedua seperti yang terdapat di perenggan (154) hingga perenggan (167) penghakiman beliau. [78] Di akhir analisis beliau, Hakim bicara membuat keputusan seperti berikut - perenggan (168): [168] I have evaluated both accused's evidence against the prosecution's evidence, and subjected them to critical examination. As stated earlier, I have also given both accused's evidence due weight." [79] Hakim bicara memutuskan pembelaan diri Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan kes pendakwaan telah dibuktikan tanpa apa-apa keraguan yang munasabah. Perayu Pertama dan Perayu Kedua dengan itu telah disabitkan atas pertuduhan masing-masing dan dijatuhkan hukuman mandatori, iaitu hukuman mati. [80] Kami tidak mendapati apa-apa salah arahan atau kekhilafan di sisi undang-undang atau fakta oleh Hakim bicara dalam menimbangkan pembelaan Perayu Pertama dan Perayu Kedua tersebut dan menolaknya. Hakim bicara telah memberikan alasan mengapa beliau menolak pembelaan Perayu Pertama dan Perayu Kedua sebagai gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan yang telah dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan dan sokongan barang bukti. Kami bersetuju dengan dapatan dan keputusan oleh Hakim bicara itu. Dengan yang demikian, kami dapati alasan rayuan bagi mencabar keputusan Hakim bicara dalam isu ini tidak mempunyai merit. Hakim bicara khilaf dalam keputusannya bahawa kes pendakwaan yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) berjaya dibuktikan walau pun tanpa apa-apa bukti sokongan. [81] Kami menimbangkan pula alasan rayuan terpenting yang dibangkitkan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua bahawa Hakim bicara khilaf dalam memutuskan pihak pendakwaan yang bergantung sepenuhnya kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap perayuperayu. [82] Prinsip undang-undang yang berkaitan dengan "circumstantial evidence" telah dibincangkan dalam banyak kes duluan yang menjadi keskes autoritatif untuk dijadikan panduan. Memadai untuk kami merujuk kepada beberapa kes tersebut. [83] Dalam kes Dato' Mokhtar Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] CLJ (Rep) 101, Mahkamah Persekutuan di muka surat 113 mengatakan seperti berikut: "Where circumstantial evidence is the basis of the prosecution case the evidence must irresistibly point to one and only one conclusion, the guilt of the accused, but in a case tried without a jury the failure by the Court to expressly state this is not fatal and it would suffice if it merely says that it is satisfied as to guilt of the accused beyond reasonable doubt (Jeyaraman & Ors. v PP [1982] CLJ (Rep) 130, [1982] 2 MLJ 306 (at p. 310)). [84] Dalam menilai keterangan 'circumstancial evidence', Thomson C.J. dalam kes Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 28 MLJ 307 mengatakan di muka surat 308 dan 309 seperti berikut: "The real question in the case was not whether the witnesses were to be believed but whether the various circumstances to which they spoke pointed irresistibly in one direction being the guilt of the prisoner." [85] Dalam kes Gambier v State of Maharashtra [1982] 2 SCC 351; [1982] Indian Law SC 87; 1982 MLJ 396, AIR 1982 SC 1157, Mahkamah Agong India melalui penghakiman Misra J. mengatakan seperti berikut: "11. It has been pointed out that there is no direct evidence of eye witness in this case and the case is based only on circumstantial evidence. The law regarding circumstantial evidence is well-settled. When a case rests upon the circumstantial evidence, such evidence must satisfy three tests:
subsection
(1) the circumstances from which an inference of guilt is sought to be drawn, must be cogently and firmly established;
subsection
(2) those circumstances should be of a definite tendency unerring towards guilt of the accused;
subsection
(3) the circumstances, taken cumulatively, should form a chain so complete that there is no escape from the conclusion that within all human probability the crime was committed by the accused and none else." [86] Seksyen 3 FIFA 1971, dalam mana Perayu Kedua dituduh memperuntukkan seperti berikut: "Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan suatu kesalahan berjadual
section
3. Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum mati walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya. [87] Seksyen 3A FIFA 1971, dalam mana Perayu Pertama dituduh memperuntukkan seperti berikut: "Penalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api
section
3A. Jika, dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang, seseorang melepaskan tembakan senjata api pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual, setiap seorang daripada rakan sejenayah mengenai kesalahan itu yang berada di tempat kesalahan itu dilakukan atau cuba dilakukan atau disubahati dilakukan, yang mungkin dengan munasabah dianggap telah mengetahui bahawa orang itu telah membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya senjata api itu hendaklah, walaupun tiada apa-apa kecederaan yang disebabkan oleh lepasan tembakan itu, dihukum mati melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah lepasan tembakan itu." [88] Kami mengamati alasan penghakiman Hakim bicara dalam isu ini. Pada perenggan (60) penghakiman, Hakim bicara telah menyatakan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu Kedua untuk kesalahan di bawah seksyen 3 FIFA 1971. Tiga elemen tersebut adalah: " (i) That he (Hafizzudin) committed robbery of G4S's property;
subparagraph
(ii) That he had at the time of committing the robbery, discharged a firearm; and
subparagraph
(iii)That he intended to cause death or hurt to Hasnul." Kami bersetuju dengan elemen-elemen tersebut. [89] Pada perenggan (62) Hakim bicara menyebutkan pula elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu Pertama di bawah seksyen 3A FIFA 1971. Empat elemen tersebut adalah seperti berikut:
i
(i) That he (Cheah) was present at the crime scene;
subparagraph
(ii) That he was Hafizuddin's accomplice;
subparagraph
(iii) That it was reasonable to presume, that Cheah knew Hafizuddin had in his possession, or custody, or control, of a firearm; and
subparagraph
(iv) That Cheah had taken reasonable steps reasonable steps to prevent Hafizuddin from discharging his firearm." Kami bersetuju dengan elemen-elemen tersebut kecuali elemen keempat yang pada pendapat kami adalah terletak atas tertuduh untuk membuktikan dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang Hafizuddin daripada melepaskan tembakan. [90] Kami mengamati alasan penghakiman hakim bicara dalam menilai keterangan kes pendakwaan. Daripada penghakiman Hakim bicara dan rekod rayuan yang terdapat, Hakim bicara menyedari dan peka bahawa kes pendakwaan di hadapan beliau bergantung pada keterangan mengikut keadaan. Kami dapati Hakim bicara telah membuat analisis beliau atas perkara ini seperti yang dapat dilihat di perenggan (64) hingga (125) penghakiman beliau (muka surat 38-62 Rekod Rayuan Jilid 1). [91] Setelah memberikan perincian keterangan yang terdapat terhadap Perayu Kedua, pada perenggan (101) penghakiman, Hakim bicara telah membutirkan keterangan mengikut keadaan terhadap Perayu Kedua, seperti berikut: "[110] These are therefore the circumstantial evidence before the court in respect of Hafizuddin:
i
(i) Hafizuddin had amended the planner to place himself as armguard on duty with Hasnul on the day of the incident;
subparagraph
(ii)The G4S van with Hasnul and Hafizuddin on duty did not return to the office, and was found abandoned with some of its bags containing cash missing;(iii)Hasnul died a gunshot wounds from bullet fired from a revolver;(iv)Hasnul was shot from a very close range;(v)The bullet s found in the van and in Hasnul's body could be fired from the revolver (exhibit P30) which was serviceable;(vi)Hafizuddin was issued with the revolver (exhibit P30) and seen holding a revolver when on duty and also in the van;(vii)Hafizuddin was the last and only person seen with Hasnul just before the latter was found dead;(viii)The revolver (exhibit P30) that was issued to Hafizuddin with four shells in it was found in the van;(ix)Hasnul (sic)(Hafizuddin) was seen unloading the bags from the van when he was not authorised to do so;(x)Hafizuddin was no where to be found after the van and a dead Hasnul was discovered;
subparagraph
(xi) Hafizuddin and Cheah had made plans with SP17's assistance to abscond to Thailand illegally prior to the heist;
subparagraph
(xii) Hafizuddin had fled the scene with Cheah and met up with SP17 with the intention of fleeing to Thailand;
subparagraph
(xiii) Hafizuddin was caught by the police eight days later in Kangar, Perlis. [102] When combining all these circumstantial evidence together, I find it formed a complete picture, one that suits the theory propagated by the prosecution. I find that these circumstantial evidences when pieced and considered together, points to the irresistible conclusion that Hafizuddin had planned to rob the van of its contents, carried out the robbery, and had shot Hasnul in the process with the intention of causing hurt or death." [92] Dalam perenggan (124) penghakiman, setelah memberikan butiran keterangan yang terdapat terhadap Perayu Pertama, Hakim bicara telah membutirkan keterangan mengikut keadaan terhadap Perayu Pertama, seperti berikut: "[124] These are the circumstantial evidence before the court in respect of Cheah:-
i
(i) Cheah had enlisted SP17 to help him and Hafizuddin to escape to Thailand before and after the robbery;
subparagraph
(ii) Cheah had tailed the van from the time that Hafizuddin and Hasnul made their rounds;
subparagraph
(iii) Chead and his car was parked behind the van after Hasnul was shot dead;
subparagraph
(iv) Cheah had led the police to the recovery of some of the loot robbed;
v
(v) Cheah had fled the scene with Hafizuddin and met up with SP17 with the intention of fleeing to Thailand;
subparagraph
(vi) Cheah was arrested in Seberang Jaya, Pulau Pinang with SP17 after the robbery. [125] When combining all these circumstantial evidence together, I find that it formed a complete picture, one that suits the theory propagated by the prosecution. I find that these circumstantial evidences when pieced and considered together, proves that Cheah was Hafizuddin's accomplice. It is abundantly clear that Cheah had planned the robbery with Hafizuddin, knew that the latter was armed with a revolver and that is to be used during the robbery, which in this case it was." [93] Kami tidak mendapati Hakim bicara khilaf dalam dapatan fakta dan kesimpulan yang dibuat mengenai keterangan mengikut keadaan yang terdapat terhadap Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Mengamati keterangan mengikut keadaan yang terdapat, kami juga akan membuat dapatan dan kesimpulan yang serupa. Tambahan lagi keterangan rakaman cctv dan mesej pesanan ringkas antara Perayu Pertama dengan Perayu Kedua pada tarikh kejadian menyokong dapatan dan kesimpulan tersebut. [94] Prinsip undang-undang mantap ialah mahkamah di peringkat rayuan sangat perlahan dalam mencampuri dapatan fakta yang dibuat oleh Hakim bicara. Dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah memutuskan seperti berikut: [32] Now, it is settled law that it is not part of the function of an appellate court in a criminal case - or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. The reason is obvious. An appellate court is necessarily fettered because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial court." [95] Prinsip yang sama juga dinyatakan dalam kes Herchun Singh & Ors v PP [1969] 2 MLJ 209 FC dan Gobinanth Reddy a/I Gopal v PP [2014] 1 MLJ 446 CA. Kesimpulan [96] Setelah menimbangkan dengan teliti keterangan yang terdapat dalam rekod rayuan dan penghakiman YA Hakim bicara, serta berdasarkan huraian dan alasan-alasan yang telah kami nyatakan di atas, kami berpuas hati bahawa keputusan yang telah dibuat oleh Hakim bicara mensabitkan Perayu Pertama dan Perayu Kedua dan hukuman terhadap mereka adalah betul dan selamat. Terdapat keterangan yang melimpah ruah terhadap mereka. [97] Oleh itu rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua ditolak. Sabitan dan hukuman terhadap mereka dikekalkan. (YAACOB BIN HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 06 April 2020 Peguam cara bagi Perayu Pertama: Tetuan Ranjit Singh Sandhu & Co Peguambela & Peguamcara No.87, Jalan Istana 30000 Ipoh, Perak. Peguam cara bagi Perayu Kedua: Tetuan Yunos Ali & Khan Peguambela & Peguamcara No. 67, Tingkat Pertama Jalan Tun Sambanthan 30000 Ipoh, Perak. Peguam cara bagi pihak Responden: TPR Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.