Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KA - 22NCVC - 12 - 03 / 2023
KA-22NCvC-12-03/2023
High Court of Malaysia8 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: KA - 22NCVC - 12 - 03 / 2023
1
CHEK ZAHARAH BINTI AWANG
2
NOOR AZIAH BINTI ABDUL KARIM (NO. K/P: 750817-02-5054) … PLAINTIF-PLAINTIF
2
Wakil Di sisi Undang-Undang harta pusaka PUAN BINTI SAMAN YAHAYA BIN BAHAROM
3
ZAKARIA BIN BAHAROM
4
OSMAN BIN BAHAROM
5
AHMAD BIN AWANG KECHIK
6
KALTUM BINTI SAAD
7
PENTADBIR TANAH DAERAH YAN, KEDAH ...DEFENDAN-DEFENDAN 11/08/2024 18:52:33 KA-22NCvC-12-03/2023 Kand. 48 S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini ialah Alasan Penghakiman atas keputusan Mahkamah ini bagi
Lampiran
Lampiran 16, iaitu permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Aturan 15 kaedah 6A (4)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk menjadikan Defendan Kedua, Yahaya bin Baharom dilantik sebagai wakil diri kepada harta pusaka Osman bin Baharom Defendan Keempat, Ahmad bin Awang Kechik Defendan Kelima, dan Kaltum binti Saad Defendan Keenam, yang telah meninggal dunia. [2] Permohonan ini adalah bagi meneruskan tindakan terhadap harta pusaka Defendan Keempat, Kelima dan Keenam dalam tindakan utama di Lampiran 1, iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan-Defendan bagi perintah-perintah yang berikut: (a) supaya suatu injunksi bagi menghalang Defendan-Defendan daripada menceroboh masuk hartanah GM 4309, Lot 8796, Mukim Sala Besar, Bukit Besar, Daerah Yan, Kedah; (b) untuk suatu deklarasi bahawa Defendan-Defendan memegang hartanah GM 4309, Lot 8796, Mukim Sala Besar, Bukit Besar, Daerah Yan, Kedah sebagai amanah bagi penama Haji Saad bin Haji Haron; S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q (c) untuk Plaintif-Plaintif membayar baki harga pembelian dibayar oleh Plaintif-Plaintif menurut suatu Perjanjian Jual Beli tanah yang ditandatangani pada tahun 1970, setelah penama Haji Saad bin Haji Haron didaftarkan sebagai pemilik hartanah dalam daftar hak milik; dan (d) supaya Pentadbir Tanah Daerah Yan dan/atau Pendaftar Hakmilik dan/atau mana-mana pihak berkuasa tanah yang berkaitan meletakkan hak nama Haji Saad bin haji Haron sebagai pemilik berdaftar GM 4309, Lot 8796, Mukim Sala Besar, Bukit Besar, Daerah Yan, Kedah. [3] Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif-Plaintif di Lampiran 16 ini dan seterusnya telah membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif di Lampiran 1. Lanjutan daripada pembatalan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif di Lampiran 1, satu lagi permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 19, iaitu permohonan di bawah Aturan 18 kaedah 19 KKM 2012 untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif telah menjadi akademik. [4] Plaintif-Plantif merayu atas keputusan tersebut. Di sini disediakan Alasan Penghakiman atas keputusan tersebut. B. FAKTA KES [5] Menurut fakta kes, suatu perjanjian jual beli dikatakan telah ditandatangani antara Haji Saad bin Haji Haron sebagai (“Pembeli”) dengan Mek binti Saad, Baharom bin Saad, Ahmad bin Awang S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q Kechik (Defendan Kelima) dan Kaltum binti Saad (Defendan Keenam) (“Penjual”) atas tanah yang sekarang dikenali sebagai GM 4309, Lot 8796, Mukim Sala Besar, Bukit Besar, Daerah Yan, Kedah dengan jumlah RM800. Harga belian telah dibayar sebanyak RM600 dan berbaki RM200 yang dikatakan akan dibayar oleh Plaintif-Plaintif selepas nama Pembeli didaftarkan dalam surat hakmilik bagi hartanah tersebut. [6] Namun pada masa itu, Penjual bukanlah pemilik berdaftar hartanah tersebut dan hanya merupakan waris harta pusaka Mohamad bin Salam. Dalam Surat Perjanjian Jual Beli Kebun Getah yang telah diekshibitkan dalam Affidavit Balasan Plaintif-Plaintif kepada permohonan ini menyebut bahawa pihak Penjual adalah waris di atas harta pusaka peninggalan Mohamad bin Salam. [7] Plaintif Pertama ialah cucu Pembeli, iaitu anak kepada anak lelaki Pembeli bernama Awang bin Haji Saad, manakala Plaintif Kedua ialah cicit Pembeli. Defendan Pertama hingga Kelima ialah waris kepada Baharom bin Saad, salah seorang daripada Penjual. [8] Plaintif-Plaintif telah mengemukakan ekshibit bagi sijil kelahiran berkenaan dengan status Plaintif-Plaintif sebagai anak dan cicit kepada Pembeli masing-masingnya, dalam Affidavit Balasan kepada Permohonan ini. [9] Selepas perjanjian tersebut, Pembeli dan keluarganya telah masuk dan menduduki hartanah tersebut sehingga Pembeli meninggal dunia pada 11/5/1977. Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua yang S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q juga menduduki tanah tersebut sejak 1972, terus tinggal di situ sehingga sekarang. [10] Defendan Pertama hingga Keenam ialah waris-waris kepada Penjual, dan merupakan pemilik berdaftar terkini bagi hartanah tersebut. Pemilikan ini dibuat berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi pada 9/8/2003 di mana hartanah tersebut telah dibahagi dan dipindahmilik kepada semua Defendan-Defendan dan didaftarkan bahagian masing-masing menurut perintah tersebut. Permohonan itu dibuat oleh Defendan Kelima selaku pentadbir harta pusaka Mohamad Salam. [11] Plaintif-Plaintif mengambil tindakan terhadap Defendan-Defendan melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan sebagaimana di Lampiran 1. Tindakan ini diambil adalah berdasarkan Surat Perjanjian Jual Tanah Kebun Getah Pembeli dan keluarganya, termasuk Plaintif-Plaintif yang telah menduduki dan mengusahakan tanah tersebut. Malah mereka telah menikmati hasil perolehan selepas kematian Pembeli. [12] Cukai tanah hartanah itu juga telah dibayar oleh Plaintif-Plaintif dan keluarga sejak 1973 sehingga kini tanpa gagal. Suatu kaveat juga telah dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif pada 6/11/1978 dengan anggapan dan harapan bahawa kaveat pemegang lien boleh melindungi hak dan kepentingan Pembeli sementara menunggu kuasa harta pusaka diuruskan oleh pihak Penjual, waris kepada harta pusaka Mohamad bin Salam tersebut. S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q [13] Setelah mengetahui bahawa pindah milik hartanah kepada Defendan-Defendan telah berlaku dengan bahagian masing-masing didaftarkan sebagaimana perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 9/8/2003 itu, Plaintif-Plaintif telah cuba berbincang dengan Defendan-Defendan namun tidak mendatangkan sebarang hasil, malah sebaliknya telah dimaklumkan oleh Defendan Kedua untuk mengambil balik fizikal hartanah tersebut. [14 Defendan Keempat juga telah kemudiannya membawa masuk orang untuk menyukat tanah dengan tujuan untuk mendirikan rumah atas hartanah tersebut dan Plaintif-Plaintif telah membuat laporan polis berkaitan dengan pencerobohan itu. [15] Plaintif-Plaintif menuntut Defendan-Defendan melalui surat peguam cara untuk mematuhi Surat Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani oleh pihak-pihak Pembeli dan Penjual sebelum ini, untuk memindah milik hartanah tersebut ke atas nama Pembeli untuk diagihkan kepada waris pusaka Pembeli, dan juga menghentikan aktiviti pencerobohan itu. [16] Namun begitu, tuntutan itu tidak diendahkan oleh Defendan-Defendan. Plaintif-Plaintif seterusnya memfailkan tindakan ke Mahkamah ini. Bantahan Defendan-Defendan [17] Defendan-Defendan membantah permohonan di Lampiran 16 ini atas isu locus standi di mana Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif didapati tiada mempunyai surat kuasa S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q mentadbir harta pusaka Haji Saad bin Haji Haron untuk membawa tindakan terhadap Defendan-Defendan. Dalam Pembelaan kepada tuntutan utama iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan, pembelaan Defendan-Defendan adalah juga atas isu yang sama. Oleh itu, Defendan-Defendan berhujah bahawa tindakan terhadap Defendan-Defendan tidak boleh diteruskan oleh Plaintif-Plaintif. [18] Defendan-Defendan, dalam Affidavit Jawapan kepada Affidavit Balasan Plaintif-Plaintif juga membangkitkan isu bahawa Plaintif-Plaintif tidak berkelayakan untuk mewarisi harta pusaka Pembeli kerana Plaintif Pertama ialah anak kepada Awang bin Haji Saad yang telah pun meninggal dunia sebelum kematian Pembeli. Maka, Plaintif Pertama sebenarnya tidak berkelayakan untuk mewarisi harta pusaka Pembeli kerana bapanya telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pembeli walaupun beliau ialah cucu kepada Pembeli. [19] Hal berkenaan dengan tarikh kematian itu telah dirujuk kepada sijil kematian masing-masingnya bertarikh 11/5/1977 bagi Pembeli, dan bertarikh 8/7/1959 bagi bapa Plaintif Pertama. Sijil kematian itu telah diekshibitkan dalam permohonan di Lampiran 19, yang telah dirujuk oleh Plaintif-Plaintif dalam hujahannya bagi permohonan di Lampiran 16 ini. [20] Namun begitu, Plaintif-Plaintif telah berhujah bahawa oleh sebab Plaintif Pertama, ibu kepada Plaintif Kedua ialah anak kepada Awang bin Haji Saad, salah seorang daripada Penjual-Penjual, dan merupakan cucu kepada Pembeli, dan Plaintif Kedua ialah cicit kepada Pembeli, maka mereka berhak untuk memulakan tindakan S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q undang-undang terhadap Defendan-Defendan bagi melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai waris harta pusaka Pembeli. [21] Plaintif-Plaintif telah mengemukakan kes Al Rashidy bin Kassim & Ors lwn Rosman bin Roslan [2007] 4 MLJ 297 bagi menyokong hakikat bahawa sebagai waris Plaintif-Plaintif adalah berhak untuk memulakan tindakan undang-undang dalam keadaan untuk melindungi dan memelihara aset harta pusaka. [22] Selain itu, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa dalam permohonan di bawa Aturan 15 kaedah 16A KKM 2012 ini, apa yang perlu dipertimbangkan adalah untuk melantik Defendan Kedua sebagai wakil diri harta pusaka Defendan Keempat, Kelima dan Keenam bagi meneruskan prosiding dalam tindakan utama dan bukan isu berkaitan dengan kedudukan dan kelayakan Plaintif-Plaintif sebagai pihak yang menuntut. C. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [23] Permohonan di Lampiran 16 ini dibuat oleh Plaintif-Plaintif bagi melantik Defendan Kedua, Yahaya bin Baharom sebagai wakil diri kepada harta pusaka Defendan Keempat, Osman bin Baharom, harta pusaka Defendan Kelima, Ahmad bin Awang Kechik dan harta pusaka Defendan Keenam, Kaltum binti Saad dalam tindakan ini menurut peruntukan di bawah Aturan 15 kaedah 6A(4)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, bagi meneruskan tindakan ini terhadap harta pusaka Defendan Keempat, Kelima dan Keenam. S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q [24] Aturan 15 kaedah 6A KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: “Proceedings against estates (O. 15, r. 6A) 6A. (1) Where any person against whom an action would have lain has died but the cause of action survives, the action may, if no grant of probate or administration has been made, be brought against the estate of the deceased. (2) Without prejudice to the generality of paragraph (1), an action brought against “the personal representatives of A. B. deceased” shall be treated, for the purposes of that paragraph, as having been brought against his estate. (3) An action purporting to have been commenced against a person shall be treated, if he was dead at its commencement, as having been commenced against his estate in accordance with paragraph (1), whether or not a grant of probate or administration was made before its commencement” [25] Permohonan ini dibantah oleh Defendan-Defendan atas alasan bahawa Plaintif-Plaintif tidak boleh mengambil tindakan terhadap Defendan-Defendan atas sebab tidak mempunyai locus standi. [26] Mahkamah percaya isu locus standi wajar diputuskan terlebih dahulu tanpa mengira sama ada permohonan ini adalah merupakan suatu permohonan untuk melantik wakil diri atau apa-apa permohonan lain. Ini kerana isu locus standi merupakan suatu perkara asas dalam memastikan hanya pihak yang betul sahaja yang membawa tindakan di mahkamah dan hendaklah diputuskan seawall mungkin tanpa kelengahan. S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q [27] Dalam membuat pertimbangan atas bantahan ini, Mahkamah telah merujuk kepada Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif, Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan dan Affidavit-Affidavit yang berkaitan. Mahkamah dapati bahawa dari mula tindakan utama difailkan, isu locus standi ini telah dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan dalam Pembelaannya selain isu had masa. [28] Daripada keterangan Affidavit-Affidavit yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif, Plaintif Pertama ialah anak kepada Awang bin Haji Saad yang merupakan anak kepada Pembeli. Namun begitu, Awang bin Haji Saad ini telah meninggal dunia lebih awal daripada sebelum Pembeli , iaitu masing-masingnya 11/5/1977 bagi Pembeli manakala 8/7/1959 bagi bagi bapa Plaintif Pertama. [29] Malah, Mahkamah dapati dalam Surat Perjanjian Jual Beli yang menjadi dokumen rujukan dalam tuntutan ini telah menunjukkan bahawa Penjual hanyalah waris kepada harta pusaka peninggalan seorang bernama Mohamad bin Salam. Dalam erti kata lain, fakta tersebut tidak menunjukkan bahawa Penjual mempunyai hakmilik secara mutlak sama ada mengikut faraid atau tidak, atas hartanah tersebut dan hanya bersandarkan status waris kepada harta pusaka hartanah milik Mohamad bin Salam. Tiada apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa Penjual itu telah diberikan hakmilik berdaftar masing-masingnya atas hartanah tersebut semasa Surat Perjanjian itu dibuat dan dimasuki oleh pihak-pihak. S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q [30] Daripada dokumen sijil kelahiran yang diekshibitkan, Pembeli, iaitu si mati merupakan bapa kepada bapa Plaintif Pertama (iaitu datuk Plaintif Pertama), yang membeli tanah tersebut dengan bayaran sebanyak RM800 pada masa itu di mana pembayaran sebanyak RM600 telah dibuat. Baki harga jualan sebanyak RM200 yang diakui masih lagi terhutang sehingga kini dikatakan akan dibayar oleh Plaintif-Plaintif selepas nama Pembeli didaftarkan dalam hakmilik hartanah tersebut sebagaimana yang dipohon dalam tindakan utama kes ini. [31] Namun begitu, dalam apa jua keadaan sekalipun, Mahkamah dapati bahawa daripada penelitian terhadap fakta kes dan dokumen yang dikemukakan, isu waris sebenar dan pewarisan atas hartanah tersebut tidak pernah diputuskan dan ditentukan sama ada melalui pembahagian mengikut faraid atau atas apa-apa perkiraan lain. [32] Dalam hal ini, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa status mereka sebagai waris Pembeli layak mengambil tindakan terhadap Defendan-Defendan. Namun begitu, setakat yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, tiada apa-apa dokumen yang boleh dibuktikan untuk membuat suatu penentuan tentang hak pewarisan dan hak kepada bahagian Pembeli si mati. Mahkamah sesungguhnya percaya bahawa tidak memadai untuk Plaintif-Plaintif bergantung kepada sijil kelahiran dan sijil kematian semata-mata bagi membuktikan bahawa Plaintif-Plaintif adalah waris sebenar yang berhak untuk mengambil tindakan menuntut atas hartanah tersebut. Faktor ini ditambah dengan wujudnya suatu dokumen lain, iaitu Surat Perjanjian Jual Beli Kebun Getah yang telah diekshibitkan dalam Affidavit Balasan Plaintif-Plaintif sendiri. S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q [33] Malah, Penjual yang berurusan dengan Pembeli dalam Surat Perjanjian tersebut juga tidak pernah ditentukan hak dan bahagian masing-masih dari segi pewarisan harta pusaka Mohamad bin Salam. [34] Oleh itu, Mahkamah percaya bahawa penentuan waris dan pembahagian harta pusaka si mati hendaklah sewajarnya diuruskan terlebih dahulu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan isu penentuan locus standi pihak-pihak yang terlibat. [35] Sehubungan dengan itu, permohonan Plaintif-Plaintif di Lampiran 16 ditolak tanpa kos dan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan di Lampiran 1 dibatalkan dengan kos sebanyak RM2,000. Lanjutan daripada itu juga, permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 19 untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tidak lagi relevan dan menjadi akademik. Bertarikh : 11 Ogos 2024. t.t ……………………………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q Peguam Plaintif-Plaintif : Puan Noorlaili binti Aziz Encik KC Ang (Tetuan Laili & Co.) Peguam Defendan 1 hingga 6 : Encik Rafidi bin Mohamad (Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi) Peguam Defendan 7 : Puan Nurul Liyana binti Mohammad Nasir (Pejabat Penasihat Undang-Undang, Negeri Kedah) S/N ZprvN/steUy16a6at2oq5Q
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.