Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM TUNTUTAN SIVIL NO: JA-A72NCvC-457-04/2024
JA-A72NCvC-457-04/2024
Magistrates Court of Malaysia12 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“heart of free S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 consent, a foundational requirement under ss.13–20 of the Contracts Act 1950. Consent obtained through pressure, exploitation of vulnerability, or abuse of institutional dominance”
“pada keputusan House of Lords dalam kes Salomon lwn A S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 Salomon & Co Ltd [1897] AC 22. [55] Namun demikian, undang-undang adalah mantap bahawa tirai korporat ini boleh diangkat/dibuka apabila kea”
“ber will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 dan menjimatkan masa. [31] Perkara ini dapat diperhatikan dalam kes Ong Siang Pheng v Millennium Mall Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1019 seperti berikut: “[19] As the wording in O.14A. r.1 (a) and r.1(b) suggests, the primary objective of O.1”
“at kepada kes Lim Qiu Shi v Adenland (Damansara Jaya) Sdn Bhd (Sekarang dikenali sebagai Tropika Bumi Sdn Bhd) [2025] MLJU 1804 dan Parabhjot Singh a/l Kalwan Singh & Anor v Hari Krishnan a/l Perumal [2024] MLJU 779. [34] Berkenaan dengan isu sama ada keputusan permohonan ini boleh dirayu atau tidak, Mahkamah mengambil”
“Akta tersebut yang berkaitan rayuan ke Mahkamah Rayuan dari Mahkamah Tinggi. Rujukan dibuat kepada kes Lim Qiu Shi v Adenland (Damansara Jaya) Sdn Bhd (Sekarang dikenali sebagai Tropika Bumi Sdn Bhd) [2025] MLJU 1804 dan Parabhjot Singh a/l Kalwan Singh & Anor v Hari Krishnan a/l Perumal [2024] MLJU 779. [34] Berkenaan”
“tuskan melalui permohonan Aturan 14A KKM 2012 ini. [61] Mahkamah ini mengambil rujukan selanjutnya daripada kes International Islamic University Malaysia v Syed Abdul Khaliq bin Syed Abd Hamid & Ors [2026] MLJU 1629 seperti berikut: “[35] Both decided cases (Fadzil Mohamed Noor v. Universiti Teknologi Malaysia [1981] 1”
“engahkan pandangan yang berbeza dalam kes tersebut. Penghakiman “dissenting” (minority judgment) oleh YA Azizah Nawawi boleh dirujuk di bawah 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square [2026] MLJU 1840. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
“CJ dalam kes 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 [2026] MLJU 1976 di mana persoalan ini adalah terjawab. Petikan berkenaan adalah diperturunkan in-extenso bagi pemahaman k”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM TUNTUTAN SIVIL NO: JA-A72NCvC-457-04/2024
1
CHEN FONG JEE [No K/P: 841208135657]
2
THIAN SIAW FONG [No K/P: 830120135608] … PLAINTIF-PLAINTIF NUSAJAYA DEVELOPMENT SDN. BHD. [Company No.: 199601022586 (394938-M)] … DEFENDAN AHMAD RUSTAMI BIN RAMLEY [Identity Card No.: 561217065375] … PIHAK KETIGA AIG MALAYSIA INSURANCE BERHAD [Business Registration No.: 200701037463] … PIHAK KEEMPAT ALASAN PENGHAKIMAN 29/07/2026 14:44:43 JA-A72NCvC-457-04/2024 Kand. 123 S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w PENGENALAN [1] Ini adalah permohonan Pihak Ketiga melalui Notis Permohonan di bawah Lampiran 72 bagi Penghakiman Terus terhadap Defendan di bawah Aturan 14A, Kaedah 1(a)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (A.14A KKM 2012) untuk melupuskan tindakan ini berdasarkan suatu persoalan undang-undang tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. [2] Persoalan undang-undang yang telah dibangkitkan oleh Pihak Ketiga di bawah Lampiran 72 adalah seperti berikut: i. samada Defendan mempunyai priviti kontrak dengan Pihak Ketiga memandangkan Surat Perlantikan bertarikh 30.09.2013 adalah di antara satu entiti yang berasingan iaitu UEM Sunrise Berhad (830144-W) (dahulunya dikenali sebagai UEM Land Holdings Berhad) dan bukannya dengan Defendan; ii. samada Pihak Ketiga terikat terhadap liabiliti dengan Defendan dengan menandatangani Surat Akujanji Dan Indemniti bertarikh 13.10.2023 dengan satu entiti yang berasingan iaitu UEM Sunrise Berhad (830144-W) (dahulunya dikenali sebagai UEM Land Holdings Berhad) dan bukannya Defendan; iii. samada Pihak Ketiga terikat terhadap liabiliti dengan Defendan berdasarkan Surat Akujanji Dan Indemniti bertarikh 13.10.2023 yang dikeluarkan oleh UEM Sunrise Berhad (830144-W) yang ditandatangani sepuluh (10) tahun selepas selepas kerja-kerja telah dilakukan oleh Pihak Ketiga; dan S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w iv. samada Pihak Ketiga merupakan pihak yang bertanggungjawab atau mempunyai kawalan untuk memastikan penomboran dan terma nyata dalam perjanjian jual beli di antara Plaintif dan Defendan untuk mengenalpasti hartanah yang terlibat. [3] Setelah meneliti permohonan Pihak Ketiga dan setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa kes ini adalah tidak sesuai untuk suatu Penghakiman Terus atau pelupusan atas persoalan undang-undang dan wajar diputuskan melalui satu perbicaraan penuh. Maka, Mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan Pihak Ketiga untuk merekodkan satu penghakiman terus (berdasarkan penentuan persoalan undang-undang) terhadap Defendan dengan kos sebanyak RM 1,500.00 kepada pihak Defendan. [4] Tidak berpuashati dengan keputusan ini, Pihak Ketiga telah memfailkan Notis Rayuan pada 22 Mei 2026 terhadap keseluruhan keputusan ini. Disediakan di sini Alasan Penghakiman untuk keputusan Lampiran 72 tersebut. KERTAS-KERTAS KAUSA [5] Kertas-kertas kausa yang dirujuk dalam penentuan permohonan ini adalah seperti berikut: i. Writ Saman bertarikh 29.04.2024 (Lampiran 1) ii. Pernyataan Tuntutan Plaintif Terhadap Defendan bertarikh 29.04.2024 (Lampiran 2) iii. Notis Pihak Ketiga bertarikh 30.10.2024 (Lampiran 18) S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w iv. Pernyataan Tuntutan Defendan Terhadap Pihak Ketiga bertarikh 31.12.2024 (Lampiran 28) v. Pembelaan Pihak Ketiga bertarikh 03.12.2024 (Lampiran 29) vi. Jawapan kepada Pembelaan Pihak Ketiga bertarikh 29.01.2025 (Lampiran 30) vii. Notis Permohonan Di Bawah Aturan 14A Kaedah 1(a)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 28.11.2025 (Lampiran 72) viii. Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Ahmad Rustami Bin Ramley pada 28.11.2025 untuk menyokong Permohonan Aturan 14A Pihak Ketiga (Lampiran 73) ix. Afidavit Jawapan Defendan yang diikrarkan oleh Saniman Bin Md Apandi pada 12.12.2025 (Lampiran 75) x. Afidavit Balasan Pihak Ketiga yang diikrarkan oleh Ahmad Rustami Bin Ramley pada 19.12.2025 (Lampiran 76). LATAR BELAKANG KES DAN PERMOHONAN INI [6] Secara ringkasnya, latar belakang kes ini melibatkan pertikaian yang bermula daripada kesilapan teknikal dalam pembangunan hartanah, iaitu secara khusunya, projek pembangunan kediaman "Idaman Residences" Fasa 8C di atas Lot 147454, Mukim Pulai, Johor. Projek ini merupakan pangsapuri servis yang mengandungi 400 unit, termasuk unit-unit yang diperuntukkan sebagai Lot Bumiputera. [7] Dalam tindakan ini, Plaintif-Plaintif adalah pembeli manakala Defendan, yang merupakan subsidiari kepada UEM Sunrise Berhad adalah penjual dan pemaju hartanah melalui satu S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Perjanjian Jual Beli (SPA) bertarikh 01 Mei 2013. Di bawah perjanjian tersebut, Defendan bersetuju untuk menjual sebuah unit kediaman yang dikenali sebagai Parcel No. C#02-06, Idaman Residences (selepas ini dikenali sebagai “Hartanah tersebut”) kepada Plaintif-Plaintif dengan harga RM 491,888.00. Bayaran harga belian Hartanah tersebut telahpun diselesaikan oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan dengan sepenuhnya. [8] Berdasarkan perjanjian, sebagai pemaju dan penjual, Defendan mempunyai kewajipan berhati-hati (duty of care) serta tanggungjawab kontraktual terhadap Plaintif-Plaintif untuk memastikan butir-butir hakmilik strata adalah tepat dan menguruskan proses pindah milik dengan sempurna. [9] Kemudiannya, Plaintif-Plaintif telah dimaklumkan oleh Defendan bahawa hakmilik strata bagi Hartanah tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. [10] Lanjutan daripada itu, pada 27 Jun 2023, Plaintif-Plaintif menjual hartanah tersebut kepada Thilesh Rao A/L Raja (pembeli baharu) dengan harga RM 450,000.00. Melalui surat bertarikh 12 Julai 2023, Defendan mengesahkan bahawa hartanah tersebut adalah Lot Bukan Bumiputera (non-bumiputra lot) dan bersetuju untuk melaksanakan pindah milik secara terus (direct transfer) kepada pembeli baharu tersebut. [11] Defendan kemudiannya gagal menandatangani memorandum pindah milik kerana mendapati terdapat kesilapan di mana hartanah tersebut telah salah ditandakan sebagai "Lot Bumiputera" dalam hakmilik strata. Menurut Plaintif, Defendan mengakui kesilapan butiran dan klasifikasi tersebut melalui surat S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w bertarikh 11 Oktober 2023 (yang mana dinafikan oleh Defendan). [12] Disebabkan kesilapan ini dan ketiadaan tempoh masa yang pasti untuk proses pembetulan (rektifikasi), pembeli baharu telah menamatkan perjanjian jual beli tersebut, menyebabkan Plaintif menanggung kerugian. [13] Menurut Defendan, pertikaian timbul apabila berlaku kesilapan dalam butir-butir hakmilik strata. Berdasarkan "Senarai Jadual Petak" yang disediakan oleh Pihak Ketiga, beberapa hakmilik strata yang sepatutnya bukan Lot Bumiputera telah diendoskan secara salah sebagai Lot Bumiputera oleh Pejabat Tanah dan Galian. Akibatnya, hartanah tersebut telah dipindahmilik secara salah kepada pembeli, termasuk pembeli bukan Bumiputera. [14] Pihak Ketiga sebelum ini telah menandatangani satu Surat Akujanji dan Indemniti bertarikh 13.10.2023, di mana beliau bersetuju untuk menanggung rugi Defendan bagi sebarang tuntutan atau kerugian yang timbul daripada percanggahan hakmilik strata tersebut. [15] Atas dasar itu, Defendan kemudiannya memulakan prosiding terhadap Pihak Ketiga pada 30.10.2024. Defendan mendakwa Pihak Ketiga bertanggungjawab sepenuhnya kerana kesilapan itu berpunca daripada kerja ukur dan jadual petak yang disediakan olehnya. Pihak Ketiga ini (juruukur berlesen) telah dilantik oleh Defendan melalui Surat Pelantikan bertarikh 30.09.2013 untuk menyediakan penilaian hakmilik strata bagi pecah bahagi bangunan projek tersebut. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [16] Pihak Ketiga kemudiannya telah memfailkan permohonan ini di bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk melupuskan kes ini secara ringkas atas persoalan undang-undang (seperti disenaraikan di para (2) Alasan Penghakiman ini) tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. HUJAHAN PIHAK KETIGA [17] Hujahan teras Pihak Ketiga adalah bahawa Surat Pelantikan (bertarikh 30.09.2013) dan Surat Akujanji Dan Indemniti (bertarikh 13.10.2023) telah ditandatangani dengan entiti yang berasingan, iaitu UEM Sunrise Berhad, dan bukannya dengan Defendan (Nusajaya Development Sdn Bhd). Oleh itu, Defendan tidak mempunyai hak (priviti) untuk bergantung kepada dokumen-dokumen tersebut untuk menuntut kerugian daripada Pihak Ketiga. Dalam keadaan sedemikian, Pihak Ketiga menegaskan bahawa tiada hubungan kontrak antara Pihak Ketiga dan Defendan. [18] Pihak Ketiga menghujahkan bahawa prinsip undang-undang syarikat membenarkan setiap syarikat dalam sesebuah kumpulan dianggap sebagai entiti yang mempunyai liabiliti berasingan (separate legal entity). Pihak Ketiga juga menyatakan bahawa Defendan gagal membuktikan atau menyatakan dalam pliding mereka bahawa mereka adalah subsidiari kepada UEM Sunrise Berhad. [19] Pihak Ketiga berhujah bahawa mereka tidak mempunyai kawalan atau tanggungjawab untuk memastikan ketepatan penomboran dan terma dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) antara Plaintif dan S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Defendan. Tugas mereka hanya terhad kepada penyediaan penilaian hakmilik strata berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. [20] Pihak Ketiga juga memohon agar Mahkamah memutuskan kes ini di bawah Aturan 14A kerana isu-isu yang dibangkitkan adalah persoalan undang-undang yang jelas dan tidak melibatkan pertikaian fakta material yang memerlukan keterangan saksi melalui perbicaraan penuh. [21] Secara keseluruhannya, Pihak Ketiga memohon agar mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan tindakan terhadap mereka berdasarkan ketiadaan hubungan kontrak yang sah antara Pihak Ketiga dan Defendan. HUJAHAN DEFENDAN [22] Secara asasnya, pihak Defendan berhujah bahawa kes ini tidak sesuai untuk diputuskan di bawah Aturan 14A kerana ia melibatkan pertikaian fakta yang mendalam. [23] Pihak Defendan menyatakan bahawa terdapat banyak isu fakta yang perlu ditentukan, termasuk peranan sebenar Pihak Ketiga, komunikasi antara pihak-pihak, dan sama ada kerja ukur dijalankan mengikut garis panduan yang betul. Menurut Defendan, isu seperti priviti kontrak dan liabiliti tidak boleh diputuskan secara berasingan kerana ia berkait rapat dengan fakta hubungan antara syarikat (Defendan sebagai subsidiari UEM Sunrise Berhad) dan niat pihak-pihak semasa kontrak dibuat. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [24] Berkenaan dengan dakwaan Pihak Ketiga bahawa Surat Perlantikan adalah antara UEM Sunrise Berhad dan Pihak Ketiga, dan bukannya Defendan dan Pihak Ketiga; Defendan menghujahkan bahawa walaupun Surat Perlantikan telah dikeluarkan oleh UEM Sunrise Berhad, Defendan merupakan pemaju bagi Hartanah tersebut yang merupakan subjek utama Surat Perlantikan pada setiap masa material. Tambahan pula, Defendan merupakan subsidiari UEM Sunrise Berhad yang bertanggungjawab untuk memajukan Hartanah tersebut di mana kesemua perkara ini adalah di dalam pengetahuan penuh Pihak Ketiga. [25] Selain itu, Defendan juga menyatakan bahawa terdapat komunikasi dan mesyuarat antara Pihak Ketiga dan Defendan di mana Pihak Ketiga telah mengakui kesilapan atas Senarai Jadual Petak di mana Pihak Ketiga telah bersetuju untuk membuat pembetulan sewajarnya. [26] Pihak Defendan juga menyatakan bahawa Pihak Ketiga membuat dakwaan bahawa beliau menandatangani Surat Akujanji di bawah paksaan tanpa diberi masa yang mencukupi untuk mendapatkan nasihat peguam, dan selepas kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh Pihak Ketiga (perkara ini boleh disahkan di perenggan 11 Afidavit Sokongan Pihak Ketiga). Oleh itu, Defendan menegaskan bahawa dakwaan ini memerlukan pemeriksaan balas saksi dalam perbicaraan penuh dan tidak boleh diputuskan melalui afidavit semata-mata. [27] Defendan juga berhujah bahawa permohonan Aturan 14A ini hanya difailkan oleh Pihak Ketiga pada saat-saat akhir S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w (28.11.2025), iaitu berdekatan dengan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada 03.03.2026 (perbicaraan pada asalnya ditetapkan pada 14 dan 15 Januari 2026). Menurut Defendan, ini dianggap sebagai strategi untuk melengah-lengahkan kes dan meningkatkan kos. [28] Secara keseluruhannya, Defendan menegaskan bahawa keadilan hanya boleh dicapai melalui perbicaraan penuh di mana saksi-saksi boleh dipanggil untuk memberi keterangan dan diuji melalui pemeriksaan balas. Oleh itu, Defendan memohon agar permohonan Pihak Ketiga ditolak dengan kos. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama Ada Keputusan Permohonan Ini Boleh Dirayu Ke Mahkamah Tinggi [29] Sebelum saya menyentuh dengan lebih lanjut berkenaan undang-undang dan prinsip yang terpakai berkaitan dengan permohonan Pihak Ketiga ini, adalah penting untuk dibawa kepada perhatian Mahkamah Tinggi bahawa Pihak Ketiga telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan satu keputusan yang berpaksikan permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012, di mana Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut. [30] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa objektif utama pengenalan Aturan 14A adalah untuk memberikan Mahkamah kuasa budi bicara untuk melupuskan tindakan tersebut tanpa perbicaraan penuh melalui penentuan persoalan undang-undang yang sesuai, selaras dengan misi untuk pelupusan tindakan secara adil, cepat S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w dan menjimatkan masa. [31] Perkara ini dapat diperhatikan dalam kes Ong Siang Pheng v Millennium Mall Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1019 seperti berikut: “[19] As the wording in O.14A. r.1 (a) and r.1(b) suggests, the primary objective of O.14A is to confer upon the Court a discretionary power to finally dispose of the action without a full trial by way of determination on the suitable question(s) of law. Read with O.34 r. 1(1) of Rules of Court 2012, which also lays down the policy and/or fundamental feature of managing civil cases towards just, expeditious and economical disposal, the Court in the first stage of an O.14A application which has fulfilled the three prerequisites will also have to consider the degree of likelihood that the determination of the question(s) of law would avoid the necessity of a lengthy and protracted full trial. The phrase “or any claim or issue” in subrule 1(b) of O. 14A cannot be interpreted in isolation and out of context. In other words, the determination of a question of law is to be resorted only where it would or is likely to result in substantial saving in time and costs of full trial.” [32] Dalam konteks ini, wajar diperturunkan peruntukan Seksyen 28 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (selepas pindaan berkuatkuasa 1 Oktober 2022) berkenaan bidang kuasa rayuan, khususnya rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi: "28. Civil appeals from subordinate courts
1
No appeal shall lie to the High Court in any of the following cases: S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w
a
subject to any other written law, from a decision of a subordinate court in any civil cause or matter where the amount in dispute or the value of the subject matter is ten thousand ringgit or less except on a question of law;
b
where a subordinate court dismissed any application for a summary judgment;
c
where a subordinate court dismissed any application to strike out any writ or pleading; and
d
where a subordinate court allowed any application to set aside a judgment in default.
2
An appeal shall lie from any decision of a subordinate court in any proceedings relating to maintenance of wives or children, irrespective of the amount involved.” [33] Perlu diambil perhatian bahawa Seksyen 28 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) di atas ini adalah in pari materia dengan Seksyen 68 Akta tersebut yang berkaitan rayuan ke Mahkamah Rayuan dari Mahkamah Tinggi. Rujukan dibuat kepada kes Lim Qiu Shi v Adenland (Damansara Jaya) Sdn Bhd (Sekarang dikenali sebagai Tropika Bumi Sdn Bhd) [2025] MLJU 1804 dan Parabhjot Singh a/l Kalwan Singh & Anor v Hari Krishnan a/l Perumal [2024] MLJU 779. [34] Berkenaan dengan isu sama ada keputusan permohonan ini boleh dirayu atau tidak, Mahkamah mengambil panduan dan iktibar daripada penghakiman YA Azimah Omar FCJ dalam kes 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [2026] MLJU 1976 di mana persoalan ini adalah terjawab. Petikan berkenaan adalah diperturunkan in-extenso bagi pemahaman keseluruhan konsep yang diperjelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut: [9] It is exceedingly pertinent that we highlight the distinct difference and design of a Summary Judgment under Order 14A and a ‘trial within a trial’ under Order 33 Rule 2 of the ROC
2012
A judgment if entered under Order 14A of the ROC would be a SUMMARY JUDGMENT (in that the Court finds that the summary determination of certain questions of law by Affidavits without trial can fully determine a case) … … [13] … And realizing this immovable truth, the Appellant clearly was attempting to ‘pivot’ their Appeal by opting to apply for a Summary Judgement under Order 14A instead of pursuing the typical provision to summarily strike out a suit on the grounds of time limitation label of “Summary Judgment” or “striking out” which would have been caught by the Statutory Bars under Section 68(1)(e) or (f) of the CJA 1964, the Appellant filed their Notice of Application under Order 14A under the ‘guise’ of a summary determination on the question of law. Although the inescapable fact remains that an Application under Order 14A throughout Malaysian legal history had still fallen within the specie of a Summary Judgment as well as a striking out Application. [14] It is expected that the inception of the new Statutory Bars shall inevitably spawn many attempts at legal acrobatics for would-be Appellants to escape the statutory prohibition. As S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w time passes on we are sure that there shall be many more legal acrobatics in which litigants would employ to obscure and obfuscate the simple and plain purpose of the new Statutory Bars were put in place. And the Appeal before us was undoubtedly an attempt at escaping the new amendments by way of semantics and syntax. It clearly gleaned from the Appellant’s framing of its Order 14A Application that the Appellant’s ultimate intention was to strike out the Respondent’s claim by summary means (without Full Trial). But the Appellant attempted to conceal its true intent behind Order 14A as the provision neither uses the literal descriptor of ‘striking out’ nor ‘summary judgment. Nevertheless, to the Appellant’s disadvantage and folly, an Application under Order 14A of the ROC 2012 HAD BEEN DESCRIBED AS BOTH A SUMMARY JUDGMENT AND A STRIKING OUT APPLICATION in the precedents below: a. Order 14A as means of Summary Judgment: The Federal Court in Busing ak Jali & Ors v Kerajaan Negeri Sarawak & Anor and other appeals [2022] 2 MLJ 273 had referred to an Application under Order 14A as an Application for Summary Judgment. The Court of Appeal very recently in Tuanku Nur Zahirah v Clare Louise Brown & Ors [2024] 3 MLJ 735 had referred to a judgment entered under Order 14A of the ROC 2012 as a Summary Judgment. Much earlier, the Federal Court in TRIUMPHAL ENTERPRISES SDN BHD v GAN HEAH SIEW [1981] 2 MLJ 79 had likened our local Order 14A provision with S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w the English Order 14A of the Rules of the Supreme Court 1957 which provides for Summary Judgment in the English Statute law; b. Order 14A as means of Striking Out: The Court of Appeal in JAKS Resources Bhd v Star Media Group Bhd and other appeals [2023] 6 MLJ 114 very recently dealt with an Application under Order 14A that was wielded as an Application to strike out the Plaintiff’s claim. Against which the Court of Appeal had proceeded to examine the propriety of the Application without any admonishment as to the Applicant’s reliance on Order 14A as means of striking out. In fact, very recently the Federal Court in Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd v Prema Bonanza Sdn Bhd and other appeals [2024] 5 MLJ 897 had affirmed the concurrent decisions of the Court of Appeal as well as the High Court for striking out the Plaintiff’s claim under Order 14A (which was actually filed in correspondence and opposition of an Order 14 Summary Judgment Application by the Plaintiff). [15] The above precedents considered, it was plain and obvious to see that the Appellant’s Appeal here would be caught with the statutory bar on both ends of the interlocutory application being a Summary Judgment Application and also a Striking Out Application. Notwithstanding to which side of the fence the Appellant might attempt to flip the script, the indubitable conclusion remains that the Appellant’s Appeal S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w here was incompetent and prohibited by the new Statutory Bars. [16] This is especially so considering the fact that the express semantics and syntax of the new Statutory Bars were intentionally left broad and open to the general descriptors of “Summary Judgment” and “striking out Application” WITHOUT ANY SPECIFIC REFERENCE OR QUALIFICATION OF ANY SPECIFIC LIMB OF THE ROC 2012. This we believe is in line with the existing framework of the law in which the ultimate end of striking out a case or summary disposal of a case can be interlocutorily applied for under the banner of different and interchangeable provisions of the ROC 2012. As the precedents above had already shown, despite the fact that the semantical and syntactical structure of Order 14A does not explicitly refer to ‘striking out’ or ‘summary judgment’, it is well settled and accepted that a summary disposal of a case on the point of law can be both applied for as means for Summary Judgment by a Plaintiff, and for striking out by a Defendant. Therefore, it does not lie against the Appellant here to insist that its Order 14A Application was not in the same species of a Striking Out Application or a Summary Judgment. [18] Even if we were to further follow the precedents’ purposive interpretation of the new Statutory Bars, the factum remains unmoved that the summary and determinative (or final) nature of an Order 14A judgment shall fall within the ‘specie’ of interlocutory matter that falls within the prohibitory ambit of the new Statutory Bars…. [19] Thus, it is abundantly clear that the new Statutory Bars S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w were purposefully designed to promote expediency and to avoid undue interlocutory delays when there were grounds to necessitate a given case to proceed and run its due course into a Full Trial. Notwithstanding the fact that an Order 14A Application might not expressly be referred to as a Summary Judgment or Striking Out Application, the very nature of a summary disposal of a case on the point of law or construction of a document that could lead to the dismissal of a case is inherently similar to that of a Striking Out Application under Order 18 Rule 19 of the ROC 2012 and a Summary Judgment Application under Order 14 of the ROC 2012. Therefore, when the High Court proceeded to dismiss the Appellant’s Order 14A Application, the High Court was naturally of the mind that the case would require further exploration and examination leading up to similarly set in to set the case’s course to expedite the Case to set for Full Trial (rather than the case to be protracted by a deluge of interlocutory Appeals perhaps up to the Federal Court). [20] Considering all of the above deliberations and findings, we hereby find that the new Statutory Bars (specifically Section 68(1)(e) and (f) of the CJA 1964) applies and therefore rendering the entirety of the Appellant’s Appeal incompetent and should be struck out. [35] Secara keseluruhannya, prinsip yang diperjelaskan (put to bed) dalam penghakiman tersebut adalah bahawa permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012 (penentuan persoalan undang-undang secara ringkas) adalah tergolong dalam "spesies" yang S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w sama dengan penghakiman terus dan permohonan pembatalan prosiding (di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012). Walaupun tajuk Aturan 14A tidak menggunakan istilah "pembatalan" atau "penghakiman terus", tujuannya adalah sama, iaitu pelupusan kes secara ringkas tanpa perbicaraan penuh. Oleh itu, penolakan permohonan Aturan 14A juga tertakluk kepada sekatan rayuan ke Mahkamah Rayuan di bawah Seksyen 68(1) CJA 1964. [36] Penghakiman tersebut juga menegaskan prinsip bahawa merujuk kepada Seksyen 3 CJA, keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan pembatalan atau penghakiman terus kerana terdapat keperluan untuk keterangan lisan (viva voce) dalam perbicaraan penuh dianggap sebagai "arahan" (ruling) yang tidak memutuskan hak pihak-pihak secara muktamad. Oleh itu, ia tidak boleh dirayu kerana pihak-pihak masih mempunyai hak untuk membentangkan kes mereka dalam perbicaraan penuh dan merayu selepas keputusan akhir perbicaraan tersebut. [37] Prinsip tersebut dijadikan panduan dalam penentuan isu ini memandangkan seperti yang dihuraikan sebelum, Seksyen 28 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA) adalah in pari materia dengan Seksyen 68 Akta tersebut. [38] Pada masa yang sama, YA Azizah Nawawi JCA (pada ketika itu) mengetengahkan pandangan yang berbeza dalam kes tersebut. Penghakiman “dissenting” (minority judgment) oleh YA Azizah Nawawi boleh dirujuk di bawah 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square [2026] MLJU 1840. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [39] Namun demikian, Mahkamah ini adalah terikat dengan keputusan majoriti sebagaimana doktrin stare decisis yang diputuskan dalam kes Dalip Bhagwan Singh v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 1; [1997] 4 CLJ 645 dan Public Prosecutor v Ahmad Saiful Islam bin Mohamad, [2023] 2 MLJ 950 bagi menjamin kemuktamadan sesuatu isu (finality of issue). [40] Akhir kata, berkenaan dengan isu ini, Mahkamah merujuk kepada kata-kata Edgar Joseph Jr FCJ dalam kes Auto Dunia Sdn Bhd v Wong Sai Fatt & Ors [1995] 2 MLJ 549 yang berbunti seperti berikut: “It is an elementary proposition that this court is a creature of statute and that equally a right of appeal is also a creature of statute, so that unless an aggrieved party can bring himself within the terms of a statutory provision enabling him to appeal, no appeal lies.” [41] Dalam nada yang sama, Mahkamah ini percaya bahawa rayuan dalam kes semasa yang dibawa ke Mahkamah Tinggi adalah tidak teratur dan terhalang di bawah keperluan statutori di bawah Seksyen 28 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. [42] Seperkara lagi, adakah keputusan Mahkamah ini yang menolak
Lampiran
Lampiran 72 melupuskan hak-hak pihak-pihak secara muktamad (finally dispose of the rights of the parties) selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd (registered owner and licensee of the higher learning institution Lincoln University College) v. Majlis Perubatan Malaysia & Anor [2020] 3 CLJ 153; [2020] 2 MLJ 1? S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Tidak. Maka, Mahkamah ini berpendapat sememangnya keputusan ini adalah bukan satu keputusan yang boleh dirayu. [43] Pun demikian, ia adalah keputusan dan penentuan yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Jadi saya sedia mengambil panduan selanjutnya dan iktibar daripada Yang Arif berkenaan perkara ini. [44] Dengan ini saya teruskan dengan analisa dan dapatan berkenaan merit permohonan ini bagi kelengkapan Alasan Penghakiman di sebalik keputusan Mahkamah ini bagi Lampiran 72. Prinsip Undang-Undang Berkenaan Permohonan Di Bawah Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [45] Aturan 14A Kaedah 1 KKM 2012 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh, atas permohonan atau atas usulnya sendiri, menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau tafsiran pada mana-mana peringkat di mana persoalan itu sesuai untuk diputuskan tanpa perbicaraan penuh dan penentuan sedemikian akhirnya akan menentukan keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu di dalamnya. ATURAN 14A PELUPUSAN KES MENGENAI PERKARA UNDANG-UNDANG Penentuan persoalan undang-undang atau pentafsiran (A. 14A, k.1) 1. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan sesuatu pihak atau S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w atas usulnya sendiri, menentukan apa-apa persoalan undang-undang atau pentafsiran apa-apa dokumen yang berbangkit dalam mana-mana kausa atau perkara pada mana-mana peringkat prosiding jika ternyata pada Mahkamah bahawa— (a) persoalan itu adalah sesuai bagi penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan itu; dan (b) penentuan itu akan menentukan secara muktamad keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu dalamnya. 2. Apabila diputuskan sedemikian Mahkamah boleh membuang kausa atau perkara itu atau membuat apa-apa perintah atau penghakiman sebagaimana yang difikirkannya adil. 3. Mahkamah tidak boleh menentukan apa-apa persoalan di bawah Aturan ini melainkan jika pihak-pihak telah diberi peluang untuk didengar mengenai persoalan itu. [46] Undang-undang mantap berkenaan prinsip pemakaian Aturan 14A KKM 2012 telah dinyatakan dalam kes Kerajaan Negeri Kelantan v Petroliam Nasional Bhd and other appeals [2014] 6 MLJ 31. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan secara komprehensif telah memperjelaskan prinsip-prinsip pemakaian Aturan 14A KKM 2012 dengan membuat rujukan kepada kes-kes terdahulu yang acapkali menjadi rujukan dalam permohonan di bawah aturan berkenaan seperti berikut: i. Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2007] 6 CLJ 741 – Mahkamah Rayuan ii. Bato Bagi & Ors v Kerajaan Negeri Sarawak and another appeal [2011] 6 MLJ 297 – Mahkamah Persekutuan iii. Thein Hong Teck & Ors v Mohd Afrizan bin Husain and S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w another appeal [2012] 2 MLJ 299 – Mahkamah Persekutuan iv. Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8 – Mahkamah Rayuan [47] Mahkamah ini percaya prinsip-prinsip yang diambil kira dalam kes tersebut amat membantu dalam memutuskan permohonan ini, khususnya berkenaan prinsip yang sepatutnya diambil kira oleh Mahkamah berkenaan permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012. Atas demikian, diperturunkan petikan daripada kes tersebut berkenaan isu ini di mana Mahkamah berpendapat petikan tersebut wajar dibaca dan dirujuk in extenso memandangkan fakta dan prinsip yang dinyatakan boleh dicerminkan dalam kes semasa yang dihadapkan di hadapan Mahkamah ini: “[25] It was further argued by learned counsel for the plaintiff that the correct proposition of law on O 14A now, as envisaged in the recent decisions of the Federal Court in the cases referred above, is that where facts are interwoven with legal issues, the splitting of legal and factual determination is considered inappropriate and hence negating such application in the determination of a matter. [26] Learned counsel for Petronas submitted that the decisions of the Federal Court on O 14A in cases referred to by learned counsel for the plaintiff do not depart from the Terengganu’s case and further, do not set up any new proposition of law. It was argued by learned counsel for Petronas that in Dream Property and Thein Hong Teck respectively, the Federal Court had decided that recourse to O 14A is unsuitable in the circumstances of those cases since there were serious dispute S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w of facts involved, which can be distinguished from the present case. It was further argued that the Federal Court in Bato Bagi also made no critical remark on the decision in the Terengganu’s case. In this regard, the same stand was also taken by learned senior federal counsel for the second defendant. [27] We are in agreement with the submission of learned counsel and senior federal counsel for Petronas and second defendant respectively that the decisions of the Federal Court on the application of O 14A in the three cases cited above do not in any way depart or steer away from the decision in the Terengganu’s case. In our view, the Court of Appeal in the Terengganu’s case did not attempt to lay down a hard and fast rule on the application of O 14A. The decision in the Terengganu’s case merely stated some of the relevant factors which should be considered in dealing with an application under O 14A and they are not meant to be exhaustive. This view had already been expressed by Richard Malanjum CJSS in Bato Bagi which says: With respect, I do not think the Court of Appeal in Petroleum Nasional Bhd laid down a hard and fast rule for courts to comply with when confronted with applications under O 14A. All the Court of Appeal did was to state the relevant factors which should be considered and which in my view the relevant factors to consider are not exhaustive ... [28] We share the same view as expressed in Bato Bagi above S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w and we are unable to understand how the decision in that case can be said to have steered away from the decision of the Court of Appeal in the Terengganu’s case, as argued by counsel for the plaintiff. [29] Meanwhile, Dream Property concerns the issue of the determination of delivery of vacant possession and the confirmation thereof pursuant to the special condition of a sale and purchase agreement entered into between the parties. In Thein Hong Teck, among the critical disputes were the issues of dissolution of a partnership before the filing of a petition for winding up and the preservation of rights of the partnership in respect of legal actions commenced before the dissolution of the partnership (as a result of the Federal Court order in one of the many suits filed in connection with the partnership). The issues in these two cases, as viewed by the Federal Court, were questions of facts which were seriously disputed between the parties and required to be determined in a full trial, to which the application of O 14A was held unsuitable in the circumstances of those cases. In addition, it is also to be noted that in Dream Property, there was no question of law framed or a specific question on the construction of the agreement forwarded by the plaintiff to the court for consideration. By the above decisions, it is clear that the position of the law in an O 14A application is that where there are serious disputes of facts involved, it is inappropriate and unsuitable to have recourse to an O 14A procedure. In contrast, the Court of Appeal in the Terengganu’s case, after having carefully scrutinised the pleadings, concluded that the S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w issues raised were purely legal issues based on the construction of documents which are suitable to be determined by the O 14A procedure. In our considered view, the facts and circumstances in the three cases above and in the Terengganu’s case must be distinguished. The decisions of the Federal Court in those three cases did not change or set up any new proposition of law on the application of O 14A laid down in Terengganu’s case and therefore, we answer the first question posed in the affirmative.” [48] Sebagai tambahan kepada kes-kes yang dirujuk di atas, Mahkamah ini juga mengambil panduan daripada kes Mahkamah Rayuan iaitu Dato’ Sivanathan a/l Shanmugam v. Artisan Fokus Sdn Bhd [2016] 3 MLJ 122 yang memperjelaskan skop pemakaian Aturan 14A seperti berikut: “[10] It is obvious that the power of the court under this order is discretionary, as clearly evident by the use of the word ‘may’ therein. The power, in our opinion, is only exercisable where the determination of any such question of law or construction of any document, as the case may be, appears to the court to be suitable without the full trial of the action and will finally determine the entire cause or matter or any claim or issue in such action. This is a required prior condition or a prerequisite which must be fulfilled before this order can be invoked. The court should not, as a matter of course, proceed to determine any such question without first considering the legal prerequisite in this order. In a nutshell, the conditions prescribed in r 1 are not that can be conveniently avoided or sidestepped.” S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [49] Maka, daripada peruntukan Aturan 14A KKM 2012 dan juga panduan yang diberikan menerusi autoriti-autoriti yang dirujuk di atas, dapatlah dirumuskan bahawa prinsip-prinsip yang sewajarnya dipertimbangkan bagi memutuskan permohonan di bawah Aturan 14A KKM 2012 ini adalah seperti berikut: i. Objektif utama Aturan 14A adalah untuk memberikan Mahkamah kuasa budi bicara untuk melupuskan tindakan tersebut tanpa perbicaraan penuh melalui penentuan persoalan undang-undang yang sesuai; ii. Aturan 14A KKM 2012 hanya terpakai untuk penentuan persoalan undang-undang dan persoalan undang-undang tersebut mestilah sesuai untuk penentuan tanpa perbicaraan penuh tindakan tersebut; iii. Penentuan persoalan undang-undang sedemikian akhirnya akan menentukan keseluruhan kausa atau perkara atau apa-apa tuntutan atau isu di dalamnya; dan iv. Aturan 14A KKM 2012 tidak terpakai jika terdapat pertikaian fakta yang serius dan fakta material yang hanya boleh dipastikan melalui pemeriksaan balas saksi-saksi semasa perbicaraan penuh. Isu-Isu Yang Menjadi Persoalan Dalam Penentuan Permohonan Lampiran 72 [50] Isu utama yang ditimbulkan oleh Pihak Ketiga adalah sama ada Defendan boleh bergantung kepada dokumen yang ditandatangani dengan entiti lain. Secara lanjutnya, Pihak Ketiga menghujahkan bahawa Surat Pelantikan (bertarikh 30.09.2013) dan Surat Akujanji Dan Indemniti (bertarikh 13.10.2023) adalah S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w ditandatangani dengan UEM Sunrise Berhad, dan bukannya dengan Defendan (Nusajaya Development Sdn Bhd). Pihak Ketiga menegaskan bahawa kedua-duanya adalah entiti undang-undang yang berasingan. [51] Pihak Ketiga membangkitkan isu “separate legal entity” dan mendakwa bahawa tiada priviti kontrak antara mereka dengan Defendan disebabkan dokumen tersebut ditandatangani dengan entiti lain. Pihak Ketiga menegaskan bahawa ini adalah isu undang-undang semata-mata yang tidak memerlukan keterangan saksi atau perbicaraan penuh. [52] Defendan mengakui bahawa surat tersebut dikeluarkan atas nama UEM Sunrise Berhad, namun mereka berhujah bahawa mereka adalah pemaju projek yang merupakan subjek kontrak tersebut dan juga merupakan subsidiari kepada UEM Sunrise Berhad. [53] Pengataan Defendan ini, pada hemat Mahkamah, adalah satu perkara yang perlu dibuktikan melalui perbicaraan penuh di mana Defendan akan diletakkan atas beban untuk membuktikan bahawa sememangnya Defendan adalah merupakan subsidiari kepada UEM Sunrise Berhad ini. [54] Berkenaan dengan isu “separate legal entity” yang dibangkitkan oleh Pihak Ketiga, tidak dinafikan, Mahkamah ini bersetuju dengan prinsip bahawa sesebuah syarikat merupakan entiti undang-undang yang berasingan daripada pemegang saham dan syarikat-syarikat lain, sebagaimana prinsip yang telah diputuskan daripada keputusan House of Lords dalam kes Salomon lwn A S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Salomon & Co Ltd [1897] AC 22. [55] Namun demikian, undang-undang adalah mantap bahawa tirai korporat ini boleh diangkat/dibuka apabila keadilan dan fakta sesuatu kes menuntut sedemikian (veil of incorporation can be lifted when the justice of the case so demands). Prinsip ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & Anor [1980] 1 MLJ 109 dan Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd & Ors [2021] 3 MLJ 622; [2021] 4 CLJ 821 (antara lain). [56] Bermakna, adalah menjadi beban pembuktian Defendan untuk membuktikan sedemikian di mana Mahkamah ini percaya, Defendan boleh berbuat demikian hanya melalui perbicaraan penuh dengan memanggil saksi-saksi berkenaan. Tambahan pula, akan menjadi pra-matang untuk Mahkamah ini membuat keputusan berkenaan isu tersebut berdasarkan bukti-bukti Afidavit sahaja tanpa memberikan peluang kepada Defendan untuk membuktikan yang sama melalui perbicaraan penuh. [57] Lebih-lebih lagi dalam keadaan jika mahkamah memutuskan bahawa tiada priviti kontrak antara Defendan dan Pihak Ketiga, Defendan mungkin tidak akan mempunyai asas undang-undang untuk menuntut ganti rugi atau indemniti daripada Pihak Ketiga atas kesilapan butir-butir hakmilik strata tersebut, di mana ini secara langsung menghalang tindakan Defendan terhadap Pihak Ketiga secara keseluruhan. [58] Dalam keadaan itu juga, Mahkamah ini bersetuju dengan penegasan pihak Defendan bahawa persoalan undang-undang S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w yang dibangkitkan tersebut adalah terjalin rapat dengan isu fakta dan ia tidak sesuai diputuskan melalui afidavit sahaja tanpa pemeriksaan balas saksi. [59] Di samping itu, Pihak Ketiga juga membuat dakwaan bahawa beliau menandatangani Surat Akujanji di bawah paksaan/dorongan tanpa diberi masa yang mencukupi untuk mendapatkan nasihat peguam, dan selepas kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan oleh Pihak Ketiga. Ini diakui oleh Pihak Ketiga sendiri di perenggan 11 Afidavit Sokongan beliau bagi permohonan ini. [60] Perkara ini secara jelasnya menunjukkan sememangnya ini merupakan satu isu yang hanya boleh dibuktikan melalui pemeriksaan saksi dan perbicaraan penuh, kerana adalah mustahil untuk Mahkamah membuat penilaian sama ada seseorang untuk ada dipaksa atau didorong untuk melakukan sesuatu perkara hanya melalui penilaian Afidavit sahaja. Ini jelas merupakan satu persoalan fakta dan tidak sesuai untuk diputuskan melalui permohonan Aturan 14A KKM 2012 ini. [61] Mahkamah ini mengambil rujukan selanjutnya daripada kes International Islamic University Malaysia v Syed Abdul Khaliq bin Syed Abd Hamid & Ors [2026] MLJU 1629 seperti berikut: “[35] Both decided cases (Fadzil Mohamed Noor v. Universiti Teknologi Malaysia [1981] 1 MLRA 66 & South East Asia Insurance Bhd v. Kerajaan Malaysia [1996] 2 MLRA 659) clearly demonstrated that the Court must exercise great circumspection, for an Order 14 judgment effectively shuts the S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w door of the Court to the Defendant without the benefit of a trial. The Court is not permitted to conduct a minitrial, weigh competing versions of fact, or resolve material conflicts of evidence on affidavit. [penekanan ditambah] [36] In the present case, the Defendants have raised multiple factual disputes which strike at the very foundation of the Plaintiff’s claim. These include allegations of coercion, undue influence, economic duress, retrospective execution of the agreements, nondisclosure of material terms, and disputes as to the commencement and validity of the alleged bond periods. ….. [38] These matters are not peripheral; they go directly to the existence, validity and enforceability of the contractual obligations upon which the Plaintiff’s claim is premised. [39] Such issues cannot be resolved on affidavit without the benefit of oral testimony and crossexamination. They require the Court to assess credibility, evaluate contemporaneous conduct, and determine whether free consent existed at the time the agreements were executed. [40] These are quintessentially matters for trial. In the circumstances, I am not satisfied that the Plaintiff has discharged the burden required under Order 14, and this application does not fall within the narrow confines of the summary judgment jurisdiction. ….. [55] These allegations, if established, go to the heart of free S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w consent, a foundational requirement under ss.13–20 of the Contracts Act 1950. Consent obtained through pressure, exploitation of vulnerability, or abuse of institutional dominance may render a contract voidable. The law is well settled that issues of coercion and undue influence are factintensive, often turning on the credibility of witnesses, the circumstances surrounding the execution of the documents, and the nature of the parties’ relationship. [56] Courts have consistently held that such issues cannot be resolved summarily on affidavit evidence alone, as they require oral testimony and crossexamination to determine whether the alleged pressure was applied and whether it vitiated consent.” [62] Dalam konteks itu, dalam kes semasa, adalah terang lagi bersuluh bahawa perbicaraan penuh adalah perlu bagi menentukan fakta-fakta yang dipertikaikan tersebut. KESIMPULAN [63] Secara kesimpulannya, memandangkan sebahagian besar isu fakta berkaitan dengan Surat Pelantikan (bertarikh 30.09.2013) dan Surat Akujanji Dan Indemniti (bertarikh 13.10.2023), isu priviti kontrak, isu fakta berkaitan dengan pembukaan tirai korporat (lifting of corporate veil), dan juga dakwaan dorongan/paksaan oleh Pihak Ketiga, penentuan awal bagi persoalan-persoalan yang dicadangkan oleh Pihak Ketiga tidak akan menyelesaikan tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga secara ringkas di bawah Aturan 14A KKM 2012. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [64] Walau apa pun keputusan mengenai persoalan undang-undang yang dicadangkan ini, Mahkamah ini masih perlu meneruskan perbicaraan bagi menentukan pelbagai isu lain yang ditimbulkan oleh kesemua pihak dalam tindakan ini. [65] Selanjutnya, untuk memudahkan pelupusan tindakan ini secara adil, cepat dan ekonomik (fair, expeditious and economical), adalah lebih wajar bagi Mahkamah ini untuk meneruskan pengurusan kes bagi memadatkan isu-isu yang dipertikaikan dan sekiranya perlu, mempercepatkan penetapan tarikh perbicaraan bagi tindakan ini tanpa sebarang kelengahan lagi. Berdasarkan keseluruhan keadaan kes ini, pihak-pihak harus bekerjasama dengan Mahkamah dalam usaha untuk meminimumkan pertikaian untuk memudahkan pelupusan/penyelesaian keseluruhan tindakan ini secara adil, cepat dan ekonomik (to facilitate a just, expeditious and economical disposal of the entire suit). [66] Akhir kata, Mahkamah ini mendapati terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan di mana Mahkamah berpendapat bahawa persoalan undang-undang yang dicadangkan oleh Pihak Ketiga adalah berjalin/berkait dengan pertikaian fakta rumit yang lain (the proposed questions are interwoven with complicated factual disputes), seperti yang dihujahkan oleh Defendan. Ini menjurus kepada penolakan permohonan Pihak Ketiga di bawah Aturan 14A KKM 2012 ini selaras dengan nas kes Mahkamah Persekutuan dalam Thein Hong Teck & Ors v. Mohd Afrizan bin Husain and another appeal [supra]. S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w [67] Atas dasar itu, Mahkamah mendapati bahawa persoalan undang-undang yang telah dibangkitkan oleh Pihak Ketiga di bawah Lampiran 72 (seperti yang disenaraikan di para 2 Alasan Penghakiman ini) adalah tidak sesuai untuk ditentukan/dilupuskan di bawah permohonan Aturan 14A KKM 2012. Oleh hal yang demikian, permohonan Pihak Ketiga di bawah Lamp 72 adalah dengan ini ditolak dengan kos sebanyak RM 1,500.00 kepada pihak Defendan. Bertarikh pada 21 Julai 2026 (DHILIP NAIR A/L R.N. ATCHUTHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (3) JOHOR BAHRU JOHOR DARUL TAKZIM S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Peguam yang mewakili pihak-pihak: Peguamcara Defendan: Cik Chen Wei Lin Tetuan Zul Rafique & Partners D3-3-8, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Peguamcara Pihak Ketiga: En. Ibrahim bin Hashim Tetuan Hassan Ibrahim & Co. Suites 508 & 510, 5th Floor, Merlin Tower, Jalan Meldrum, 80000 Johor Bahru, Johor. Kes-Kes Yang Dirujuk: 1. Ong Siang Pheng v Millennium Mall Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1019 2. Lim Qiu Shi v Adenland (Damansara Jaya) Sdn Bhd (Sekarang dikenali sebagai Tropika Bumi Sdn Bhd) [2025] MLJU 1804 3. Parabhjot Singh a/l Kalwan Singh & Anor v Hari Krishnan a/l Perumal [2024] MLJU 779 4. 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square [2026] MLJU 1976 5. 3 Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan 3 Two Square [2026] MLJU 1840 6. Dalip Bhagwan Singh v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 1; [1997] 4 CLJ 645 S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w 7. Public Prosecutor v Ahmad Saiful Islam bin Mohamad, [2023] 2 MLJ 950 8. Auto Dunia Sdn Bhd v Wong Sai Fatt & Ors [1995] 2 MLJ 549 9. Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd (registered owner and licensee of the higher learning institution Lincoln University College) v. Majlis Perubatan Malaysia & Anor [2020] 3 CLJ 153; [2020] 2 MLJ 1 10. Kerajaan Negeri Kelantan v Petroliam Nasional Bhd and other appeals [2014] 6 MLJ 31 11. Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2007] 6 CLJ 741 12. Bato Bagi & Ors v Kerajaan Negeri Sarawak and another appeal [2011] 6 MLJ 297 13. Thein Hong Teck & Ors v Mohd Afrizan bin Husain and another appeal [2012] 2 MLJ 299 14. Petroleum Nasional Bhd v Kerajaan Negeri Terengganu [2004] 1 MLJ 8 15. Dato’ Sivanathan a/l Shanmugam v. Artisan Fokus Sdn Bhd [2016] 3 MLJ 122 16. Salomon lwn A Salomon & Co Ltd [1897] AC 22 17. Hotel Jaya Puri Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers & Anor [1980] 1 MLJ 109 18. Ong Leong Chiou & Anor v Keller (M) Sdn Bhd & Ors [2021] 3 MLJ 622; [2021] 4 CLJ 821 19. International Islamic University Malaysia v Syed Abdul Khaliq bin Syed Abd Hamid & Ors [2026] MLJU 1629 S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w Perundangan Yang Dirujuk: 1. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [Akta 447] 2. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] Tarikh keputusan: 12 Mei 2026 S/N JhR/qtJjrkSgJIgXu9k4w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.