Lampiran
Lampiran 18 Pemohon iaitu seksyen 254 dan 259 KTJ. Seksyen 254 ialah kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya manakala seksyen 259 ialah kuasa kepada Mahkamah. Bagi memudahkan kesemua pihak, kedua-dua seksyen ini diturunkan berikut. 23. Seksyen 254 KTJ memperuntukkan: Section 254. Public Prosecutor may decline to prosecute further at any stage. (1) At any stage of any trial, before the delivery of judgment, the Public Prosecutor may, if he thinks fit, inform the Court that he will not further prosecute the accused upon the charge and thereupon all proceedings on the charge against the accused shall be stayed and the accused shall be discharged of and from the same. (2) At any stage of any trial before a Sessions Court or a Magistrates Court before the delivery of judgment, the officer conducting the prosecution may, if he thinks fit, inform the Court that he does not propose further to prosecute the accused upon the charge, and thereupon all proceedings on the charge against the accused may be stayed by leave of the Court and, if so stayed, the accused shall be discharged of and from the same. (3) Such discharge shall not amount to an acquittal unless the Court so directs. 24. Seksyen 259 KTJ pula menyatakan: Section 259. Power to postpone or adjourn proceedings. (1) If, from the absence of a witness or any other reasonable cause, it becomes necessary or advisable to postpone the commencement of or adjourn any inquiry or trial the Court may, by order in writing, from time to time, postpone or adjourn the same on such terms as it thinks fit for such time as it considers reasonable and may, by warrant, remand the accused if in custody: Provided that no Magistrate shall remand an accused person to custody under this section for a term exceeding eight days at a time: Provided further that where a Government Medical Officer has certified that the complainant will not be able to give evidence before a certain date the accused may be remanded until such date notwithstanding that the term of remand may exceed eight days. (2) Every order made under this section by the Court of a Magistrate shall be in writing, signed by the presiding Magistrate, and shall state the reasons for it. Explanation - If sufficient evidence has been obtained to raise a suspicion that the accused may have committed an offence and it appears likely that further evidence may be obtained by a remand, this is a reasonable cause for a remand. 25. Mahkamah sedar keputusan kes PP v Zainuddin [1986] 2 MLJ 100 yang memutuskan Mahkamah tidak boleh melepas dan membebaskan OKT tanpa mendengar keterangan. Berbeza dalam kes di hadapan Mahkamah ini, saksi-saksi ada dipanggil. Di dalam kes PP v Mohamed Said [1984] 1 MLJ 50 keputusan Mohamed Azmi J (Mahkamah ini telah mengulangi membuat saranan semasa prosiding permohonan lampiran 18 ini berlangsung, untuk pihak-pihak membuat rujukan kepada kes ini,) yang memutuskan seperti berikut: “Before me, the learned Deputy Public Prosecutor contends that the Magistrate must have acted under section 173(g) Criminal Procedure Code and erred in law in ordering the discharge amounting to an acquittal without hearing the case for the Prosecution. Citing the case of Public Prosecutor v Hettiarachigae LS Perera [1977] 1 MLJ 12, Public Prosecutor v Mahmud [1974] 1 MLJ 85 and Chu Chee Peng v Public Prosecutor [1973] 2 MLJ 35 as authorities, it seems to be suggested that the law is now settled that on the facts of the present case, the court is helpless and impotent to do anything except to repeat the order of discharge not amounting to an acquittal and thereby enable the Prosecution to charge the Respondent for the same offence for the third time and, indeed, for any number of times in the future notwithstanding the delay of more than three years, and the Prosecution's clear inability to proceed with their case, apart from the six witnesses whose evidence had been recorded in the first prosecution. With respect, I cannot accept that the law is now settled that a Magistrate cannot acquit an accused person in circumstances where there have been shocking and inordinate delays due to indolence on the prosecution's part and where the process of court has been so flagrantly abused as in the present case so as to make mockery of justice”. (penekanan oleh Mahkamah ini) 26. Meskipun kes di atas adalah kes di mana saksi pendakwaan tidak dapat dikemukakan meskipun setelah beberapa penangguhan diberikan dan tertuduh telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Bicara pada tarikh akhir bicara setelah permohonan untuk penangguhan ditolak. Pendakwaan telah menuduh semula tertuduh sebelum memastikan kedudukan saksi-saksi yang tidak dapat dikesan. 27. Fakta kes di hadapan Mahkamah ini tidak ada beza kerana TPR yang mengendalikan kes tidak bersedia tanpa alasan munasabah dikemukakan, sebagaimana menurut arahan amalan yang ditetapkan dan dipakai oleh Mahkamah. Sama ada kedudukan tertuduh ialah lepas bebas atau DNAA, ia bergantung kepada analisa oleh Mahkamah Bicara setakat keterangan yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. 28. Ia bukan suatu keadaan pendakwaan memohon di bawah seksyen 254 KTJ untuk kes tidak diteruskan. Ini bagi menjawab hujahan TPR bahawa saksi-saksi boleh dipanggil untuk meneruskan keterangan di mana keterangan mereka berhenti semasa bicara tamat, menggunapakai peruntukan seksyen 254A KTJ. Ini adalah kerana TPR tidak ada membuat permohonan di bawah seksyen 254 ini. 29. Hakim Bicara dalam menolak permohonan TPR untuk penangguhan sebenarnya telah bertindak di bawah seksyen 259 dan memutuskan tidak membenarkan penangguhan kerana tiada alasan munasabah diberikan. Oleh itu, Mahkamah mempunyai kuasa untuk melepas dan membebaskan tertuduh Pemohon pada tarikh bicara akhir ini, tertakluk kepada analisa keterangan yang ada, yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. 30. Kenapa Mahkamah ini memutuskan perlu adanya analisa keterangan adalah kerana permohonan ini melalui tajuknya di notis usul, juga merujuk kepada seksyen 173(g). Apakah dapatan jika seksyen 173(g) terpakai dan kesan pemakaiannya hanya boleh ditentukan menerusi analisa keterangan oleh Hakim Bicara. Malahan, kes Mohamed Said (supra), Mohamed Azmi J menekankan maksud seksyen 173(c) dan (f) “… the Court shall proceed to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution” bermaksud “available evidence at the time of trial”. 31. Ini membawa Mahkamah ini kepada isu Pemohon 1 dituduh semula selepas di DNAA oleh Hakim Bicara. Ini seolah-olah arahan Mahkamah tiada kesan kerana TPR telah 2 kali tidak mengutarakan kenapa perlu mengambil MC dengan kegagalan mengemukakan sijil sakit dan kenapa cuti kecemasan perlu diambil. Kegagalan ini berlaku di hadapan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonan ini. 32. Tujuan pengemukaan MC dan alasan cuti kecemasan hanyalah satu iaitu kewajaran untuk penangguhan diberikan oleh Mahkamah Bicara. Ini adalah kerana Mahkamah juga memainkan peranan memastikan hak Tertuduh di bawah Perlembagaan khususnya Artikel 5 (Hak kebebasan diri) dijamin tanpa berlakunya pendakwaan yang dilengah-lengahkan. 33. Kesannya telah dilihat oleh Mohamed Azmi J dalam kes Mohamed Said yang dipetik di atas apabila TPR bertindak menuduh semula apabila DNAA diberikan atas pandangan Pendakwa Raya mempunyai kuasa mutlak di bawah Artikel 145 Perlembagaan. 34. Kes Mohamed Said ini telah dipakai dalam beberapa kes dan juga dalam kes yang melibatkan tertuduh yang sama (lihat: Quek Suan Say & Cheng Ruey Hoe v Public Prosecutor [2026] MLJU 955) yang dituduh dengan pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B di Mahkamah Tinggi. Hakim Muniandy Kannyappan J telah membenarkan permohonan tertuduh untuk DNAA diubah kepada AAD dengan memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan atas penemuan berlakunya “delayed prosecution that subject the accused to arbitrary and unnecessarily long detention”. 35. Tindakan TPR menuduh semula dalam kes semasa, seolah-olah memberi gambaran perintah Mahkamah tidak mempunyai kesan ke atas TPR kerana dilindungi oleh Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan. Ini membawa Mahkamah ini kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Sundra Rajoo a/l Nadarajah v Menteri Luar Negeri, Malaysia & Ors [2021] 5 MLJ 209 (MP). 36. Untuk lebih jelas, fakta dapat dibaca di dalam jurnal undang-undang sebagaimana dipetik rujukannya di atas dan secara ringkasnya sama ada tertuduh yang dituduh melakukan kesalahan pecah amanah di dalam kapasitinya sebagai Pengarah Asian International Arbitration Centre mempunyai apa-apa imuniti di bawah undang-undang. 37. 4 soalan undang-undang telah dirumus untuk dijawab oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut dan yang menjadi tumpuan ialah para (iii) dan (iv): (i) sama ada kata-kata ‘kekebalan dari tindakan atau dari sebarang proses undang-undang lain’ dalam Bahagian II Jadual Kedua Akta 485 termasuk prosiding jenayah; (ii) sama ada kekebalan yang diberikan kepada pelbagai orang di bawah Akta 485 dihalang oleh s 8A(1) hanya untuk tindakan dan perkara yang dilakukan yang bukan demi kepentingan peribadi mereka dan sama ada orang tersebut boleh didakwa apabila kekebalan mereka tidak dilucutkan oleh pihak berkuasa organisasi antarabangsa yang sesuai; (iii) sama ada dalam keadaan yang sesuai budi bicara Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan dan menghentikan prosiding jenayah di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda oleh semakan kehakiman; dan (iv) sama ada dalam prosiding semakan kehakiman, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa dan kuasa dalam kes-kes yang sesuai untuk menolak tuduhan jenayah yang dikemukakan oleh pendakwa raya dan mengeluarkan perintah larangan terhadap prosiding di mahkamah bawahan. 38. Secara ringas, meskipun Mahkamah Persekutuan menolak daripada menjawab soalan (4), Mahkamah Persekutuan telah menjawab soalan (i) dan (iii) yang dapat disimpulkan seperti berikut: “The AG/PP did not have absolute or unfettered discretion under art 145(3) of the Federal Constitution to institute, conduct or discontinue any proceeding for a criminal offence… In all challenges against the decisions of the AG/PP in exercising his powers under art 145(3) of the FC, the position was that his decisions were cloaked with the presumption of legality. The challenging party had the burden to overcome that presumption with compelling prima facie evidence of grounds to review the AG’s/PP’s decision …”. 39. Apa yang menarik ialah Mahkamah Persekutuan turut memutuskan: “… The courts had to presume, having regard to the doctrine of separation of powers that all or any of the grounds were not made out unless the evidence singularly led to the inevitable conclusion that they had been made out. It was only after that threshold was crossed that the AG/PP bore the burden of justifying his actions or inactions to the court. The assessment of the law and the facts would depend on the unique circumstances of each and every case regard being had to the doctrine of separation of powers. In making that factual assessment, the court had to be satisfied that judicial review was the only method of redress available to the litigant. In other words, if the court was satisfied that the arguments centred on the substantive criminal process then the appropriate forum would be the criminal court and not any other court.” 40. Mahkamah Persekutuan seterusnya menyatakan berhubung aspek kuasa Pendakwa Raya seperti berikut: “(5) The High Court was the proper forum to determine by way of judicial review whether the charges against the appellant were nullities as the issue was not capable of being resolved in a criminal court, much less before a subordinate court. The appellant could not avail himself of any other form of legal redress in any other court. He had correctly identified illegality as a ground for judicial review and had adduced compelling prima facie evidence to show that the AG had acted in contravention of the law — specifically Act 485 — in exercising his powers under art 145(3) of the Federal Constitution, thus rendering the criminal charges against the appellant null and void. The AG was unable to rebut the allegations and the presumption of legality of his exercise of discretion under art 145(3) was successfully overcome”. 41. Berpandukan kepada dicta di atas, apa yang dapat dirumuskan daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang telah dipetik ini adalah sama ada pertuduhan adalah batal (dan dalam kes ini merujuk kepada pertuduhan semula tertuduh oleh TPR) sama ada boleh diputuskan oleh Mahkamah Jenayah atau melalui semakan Kehakiman di Mahkamah Sivil atas alasan ia satu penyalahgunaan proses. 42. Mahkamah ini menggunapakai peruntukan seksyen 259 KTJ yang membenarkan Mahkamah Bicara untuk tidak membenarkan penangguhan dan membuat keputusan dilepaskan. Pelepasan ini boleh terjumlah kepada pembebasan tertakluk kepada analisa keterangan saksi-saksi pendakwaan yang telah dipanggil. Ini meskipun di dalam ketiadaan pemeriksaan balas, dengan memakai alasan yang sama sebagaimana keputusan Muniandy Kannyappan J bahawa telah berlakunya “delayed prosecution”. Apa yang berbeza ialah perbicaraan belum bermula di dalam kes di hadapan Hakim Muniandy Kannyappan J, berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah Sesyen. 43. Mahkamah ini mengulangi dapatan sebagaimana di para 28 dan seterusnya yang dinyatakan dalam alasan penghakiman ini, bahawa pihak pendakwaan tidak menggunapakai seksyen 254 KTJ sebaliknya Hakim Bicara menolak permohonan penangguhan menurut kuasa yang diberi di bawah seksyen 259 KTJ kerana pihak pendakwaan tidak bersedia. 44. Mahkamah ini juga telah melihat kes PP v Ambika a/p MA Shanmugam [2021] 2 MLJ 723 (MR) di mana fakta sedikit berbeza kerana di dalam kes Ambika setelah beberapa saksi dipanggil, TPR telah memohon di bawah seksyen 254 KTJ untuk tertuduh diberi DNAA dan setelah 2 kali soalan diajukan oleh Mahkamah ‘kenapa’, penjelasan yang diberi ialah kerana pendakwaan tidak ingin meneruskan kes pada tahap itu. Mahkamah Rayuan bersetuju dengan perintah lepas bebas yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 254(3) KTJ. 45. Kes-kes ini dengan sendirinya menunjukkan apabila kes telah berada di hadapan Mahkamah, Mahkamah diberikan bidang kuasa “seized with jurisdiction” untuk membuat apa-apa dapatan atau keputusan dalam menjamin pematuhan kepada undang-undang sama ada hak mangsa ataupun hak tertuduh untuk tidak ditahan secara “arbitrarily”. 46. Ini juga bermaksud, pertuduhan semula bukan hak mutlak Pendakwa Raya dan Mahkamah juga, pada pandangan Mahkamah ini, tidak boleh mengetepikan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan seolah-olah tiada saksi yang dipanggil. Ini menjadikan keterangan yang ada adalah tertakluk pada proses seksyen 173 KTJ untuk analisa oleh Hakim Bicara berdasarkan keterangan yang ada “available evidence at the time of trial”. 47. Atas alasan ini, pertuduhan semula melalui kes WA-62D-800- 12/2025 diputuskan oleh Mahkamah ini sebagai “bad in law” dan diketepikan kerana keterangan yang ada dalam kes asal WA-62D- 544-08/2024 masih tertakluk kepada proses di bawah seksyen 173 KTJ. Kes diremit semula ke Mahkamah Sesyen untuk tujuan analisa keterangan yang ada bagi tujuan pematuhan kepada seksyen 173(g), 173(f) dengan seksyen 173(c) “all such evidence” membawa maksud “all such available evidence at trial”. Bertarikh 6hb Mei 2026 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR Bagi pihak Pemohon Tertuduh 1. Gan Hsien Yang 2. Raqib Osman 3. Anastacia Ezral Tetuan Law Chambers of HY Gan Bagi pihak Responden TPR 1. Haslina Isamail 2. Noor Syafina Bte Mohd Radzuan Jabatan Peguam Negara