Lampiran
Lampiran 22 telah ditolak dan keputusan Timbalan Pendaftar dikekalkan. 6. Sementara itu, JC telah memfailkan Petisyen Pemiutang terhadap JD pada 5.6.2024. JD seterusnya memfailkan Notis Niat untuk membantah Petisyen pada 12.10.2024 (Lampiran 39) dan Afidavit yang diikrarkan JD pada 6.11.2024 (Lampiran 42) bagi membantah Petisyen Pemiutang yang difailkan JC yang menjadi subjek pertikaian di hadapan Mahkamah. Analisis dan keputusan Isu Pertama: Sama ada Notis Niat tidak disampaikan 3 hari sebelum tarikh bicara Petisyen Pemiutang? 7. Pada tarikh bicara Petisyen Pemiutang yang ditetapkan pada 16.10.2024, JC mengusulkan bantahan awal bahawa JD tidak menyampaikan notis niat untuk membantah Petisyen Pemiutang tiga hari sebelum tarikh bicara sebagaimana diperuntukkan menurut Kaedah 116 Kaedah-kaedah Insolvensi 2017 (selepas ini dirujuk sebagai “Kaedah Tersebut”). Kaedah 116 Kaedah tersebut memperuntukkan bahawa:- S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg “Where a debtor intends to show cause against a petition, he shall file a notice in form 45 with the Registrar specifying the statements in the petition which he intends to deny or dispute and submit by post or otherwise to the petitioning creditor and his solicitor, if known, a copy of the notice three days before the day on which the petition is to be heard.” 8. Memandangkan perkataan yang digunakan adalah “shall” maka sebagaimana dihujahkan JC, peruntukan tersebut adalah mandatori. Dalam menjelaskan perkara ini, Mahkamah dalam kes Development & Commercial Bank Bhd v Datuk Ong Kian Seng [1995] 2 MLJ 724; [1995] 3 CLJ 307; [1995] 1 MLRA 383; [1995] 1 AMR 178 memutuskan bahawa:- “Whereas, in our case here, r. 117 clearly provides that if a debtor intends to show cause against the petition, he shall file a notice in Form 16. We hasten to add that no breach of a mandatory rule can be described as a formal defect or an irregularity that can be cured (Au-Yong v. Dicum & Anor). [1963] 29 MLJ 349, 254, CA.” 9. Berdasarkan bantahan awal yang dikemukakan JC, JD telah memfailkan Afidavit yang diikrarkan pada 20.10.2024. Dalam afidavit tersebut, peguam JD menerangkan bahawa kedua-dua peguam JC dan JD telah bersetuju untuk penghantaran kertas kausa melalui emel. Berdasarkan persetujuan tersebut, peguam JD telah menghantar emel kepada peguam JC pada 14.10.2024 ke alamat emel siewhui@rdspartners.com namun hanya selepas bantahan diusulkan peguam JC pada 16.10.2024, peguam JD menyedari bahawa alamat emel peguam JC yang sepatutnya adalah siewhui@rdslawpartners.com. Maka, JD berhujah bahawa kesilapan tersebut adalah kesilapan tulen (genuine mistake). S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 10. Dalam Afidavit Balasan JC, JC antara lain mempersoalkan jikapun penyampaian didakwa JD diambil kira, penyampaian tersebut masih 2 hari sebelum tarikh bicara dan dengan demikian tidak mematuhi Kaedah 116 Kaedah Tersebut. Mahkamah bersetuju dengan hujahan JC bahawa dalam perhitungan 3 hari sebelum tarikh ditetapkan untuk bicara (3 days before the day on which petition is to be heard) dalam kaedah 116 Kaedah Tersebut, tarikh pendengaran tidak seharusnya diambil kira. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Jerry Ngiam Swee Beng v Abdul Rahman Mohd Rashid & Anor [2001] 1 MLJ 567; [2001] 1 MLRH 25; [2001] 1 CLJ 844; [2001] AMEJ 0270 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “Reading carefully s. 54(1)(a) of the [Interpretation Act 1967] it is clear that "a period of days from the happening of an event shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens". This is in line with the provision under r. 30(1) of the 1972 Rules which requires that a copy of the affidavit opposing the petition shall be served on the petitioner or his solicitor at least seven days before the time appointed for the hearing of the petition. I am of the view that the words "before the time" (in r. 30(1)) and "exclusive of the day on which the event happens" (in s. 54(1)(a) of the Act) clearly exclude the date of hearing of the petition in the computation of time.” 11. Maka, sekiranyapun emel telah dihantar pada 14.10.2024, emel tersebut masih tidak memenuhi tempoh 3 hari sebelum tarikh bicara pada 16.10.2024 dan hanya 2 hari notis diberikan kepada JC. Memandangkan JD telah gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Kaedah 116 Kaedah-kaedah Tersebut dan dalam keadaan JD gagal memperolehi sebarang perintah lanjutan masa dari Mahkamah, maka atas alasan ini sendiri Notis Niat untuk membantah Petisyen yang difailkan JD wajar ditolak tanpa mempertimbangkan merit. Namun, bagi kesempurnaan, Mahkamah akan mempertimbangkan isu-isu lain ditimbulkan pihak-pihak. S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg Isu Kedua: Sama ada Notis Niat yang difailkan JD mematuhi keperluan di bawah Kaedah 116 Kaedah Tersebut 12. JC berhujah bahawa JD telah gagal mematuhi keperluan di bawah Kaedah 116 Kaedah Tersebut yang menghendaki JD untuk menyatakan secara spesifik pernyataan mana yang tidak dipersetujui dalam Petisyen Pemiutang JC. Mahkamah dapati dalam kes ini Notis Niat yang difailkan JD memperuntukkan bahawa:- … memberi notis kepada kamu bahawa saya berniat untuk membantah terhadap pembuatan perintah kebankrapan sebagaimana dipohon dan bahawa saya berniat hendak mempertikaikan hutang pemiutang pempetisyen (atau perbuatan kebankrapan itu, atau mengikut mana-mana yang berkenaan). 13. Mahkamah dapati setelah memfailkan Notis Niat dalam bentuk tersebut di atas pada 12.10.2024, JD seterusnya mengusulkan bantahan-bantahan dalam bentuk Afidavit yang diikrarkan pada 6.11.2024 (Lampiran 42) mengutarakan isu-isu yang ingin dibantah antara lain seperti berikut:- (a) butiran tuntutan tidak tepat dan tidak sah kerana jumlah pengiraan faedah dalam Petisyen Pemiutang adalah tidak tepat; dan (b) JD adalah solven dan mampu untuk membayar hutang JC. S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 14. Mahkamah dapati bentuk bantahan yang dikemukakan JD dalam Notis Niat yang difailkan telah tidak mematuhi peruntukan undang-undang. Dalam mentaksirkan kaedah 116 Kaedah Tersebut, Mahkamah Persekutuan dalam kes Development & Commercial Bank Berhad v Datuk Ong Kian Seng [supra] memutuskan bahawa:- “Rule 117 provides that where a debtor intends to show cause against a petition, he shall file a notice specifying the statements in the petition which he intends to deny or dispute. The contents of the notice can be found in Form 16 of the rules wherein it must be stated that he intends to oppose the making of the receiving order as prayed and that he intends either to dispute the petitioning creditor's debt or the act of bankruptcy or as the case may be. Rule 18 of the Rules further provides that except where the rules or the Act provide, every application shall, unless the Court otherwise directs, be made by motion supported by an affidavit. In Datuk Lim Kheng Kim, the Supreme Court held that failure to follow r. 18, which requires an application to be made by motion supported by affidavit, renders an affidavit in opposition ineffective and bad in law because unless the Court otherwise directs, challenges to the creditor's petition or bankruptcy notice other than that the debtor has a counterclaim, set-off or cross demand which equals or exceeds the judgment debt, must be made by filing a notice of motion supported by an affidavit. This Court has no reason to disagree with the decision and will follow it. Accordingly, in our view, the respondent's affidavit in opposition cannot be substituted as a notice to show cause against the creditor's petition to challenge the validity of the bankruptcy notice.” 15. Dalam menjelaskan lanjut prinsip ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Dato’ Sri Teong Teck Leng v Jupiter Securities Sdn Bhd [2004] 1 MLJ 1; [2003] 4 CLJ 34; [2003] 1 MLRA 612; [2003] 5 AMR 672 memutuskan bahawa:- “In our view, where the judgment debtor only wishes to show cause against the petition, all he has to do is to file a notice in Form No. 16 specifying the statements in the petition which he intends to deny or dispute. That is all he has to do… S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg As we have said earlier, the inclusion of the words "creditor's petition or" in that sentence is rather unfortunate. But, we think that even that can be explained if we draw a distinction between "to show cause against a petition" and "to challenge a petition". In the case of the former, the method is provided by rule 117 (Form No. 16). But, where the debtor wants to apply to set aside the petition on other grounds, eg, for non-compliance with the rules regarding the petition, then a summons in chambers must be filed. This is understandable because such grounds arise separately from the statements in the petition and therefore cannot be "specified" in the notice (Form No. 16). The difference between the two may be likened to a defendant in a civil suit who wants to defend the action and a defendant who wants to strike out the writ and the statement of claim. In the case of the former, he merely files a statement of defence. In the latter case, he has to file a summons in chambers under O. 18 r. 19 RHC 1980.” 16. Berdasarkan nas-nas di atas, sekiranya JD ingin menunjuk sebab terhadap Petisyen Pemiutang yang difailkan, JD hanya perlu mengemukakan notis niat dalam bentuk borang 45 dengan menyatakan secara spesifik pernyataan-pernyataan dalam Petisyen tersebut yang tidak diakui atau dicabar JD. Sekiranya JD ingin mengetepikan Petisyen Pemiutang atas alasan-alasan lain yang tidak terlingkung dalam kandungan Petisyen Pemiutang yang difailkan, JD boleh memfailkan Saman Dalam Kamar yang disokong dengan affidavit. 17. Dalam kes ini, JD telah memfailkan Notis Niat untuk membantah Petisyen (Lampiran 39) dan menyatakan dalam notis niat tersebut bahawa JD “berniat untuk membantah terhadap pembuatan perintah kebankrapan sebagaimana dipohon dan bahawa saya berniat hendak mempertikaikan hutang pemiutang pempetisyen (atau perbuatan kebankrapan itu, …”. S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 18. Sebagaimana dihujahkan oleh JC, JD dengan jelas tidak memperincikan pernyataan-pernyataan yang tidak diakui atau dicabar dalam Petisyen Pemiutang yang telah difailkan JC sebagaimana dikehendaki menurut undang-undang. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Gamel Nasir Taib v Dopag Far East Sdn Bhd [2021] MLJU 551; [2021] 1 LNS 389; [2021] MLRHU 365; [2021] AMEJ 0446 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[33] The notice in form 45 herein, being enclosure 30, did not specify the statements in the petition which the JD intends to deny or dispute but had only averred that "saya berniat untuk menentang pendengaran petisyen ini untuk suatu perintah penerimaan seperti dipohon dan saya juga berminat untuk mempertikaikan hutang yang dituntut oleh Pemiutang Penghakiman dan tindakan kebankrapan yang didakwa.." In the circumstances, the JD is therefore deemed not to have shown cause against the Petition herein as required by the law.” 19. Malah, kegagalan JD untuk membutirkan pernyataan yang dicabar atau dinafikan dalam Petisyen Pemiutang akan bertindak fatal kepada JD sebagaimana diputuskan dalam kes Cho Yu-Lon v Arab-Malaysian Finance Bhd [2003] 5 MLJ 289; [2003] 2 CLJ 186; [2003] 1 MLRH 89 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “Cik Rusmin for the judgment creditor pointed out that what the said notice filed by the judgment debtor showed was that the judgment debtor intended to dispute the debt. All that the judgment debtor has said is that he intends to oppose the prayers sought in the creditor's petition and that he therefore is disputing the debt. However, pursuant to r 117 of the Rules, the judgment debtor must specify the statement in the petition which he intends to deny or dispute. The detailed particulars as contained in the creditor's petition contains 20 different items with their respective calculations. S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg There are also set out 16 instances when payments were credited. The judgment debtor has indeed failed to identify the items he intended to dispute. This to my mind is clearly a breach of r 117 of the Rules. On this preliminary issue itself, I find for the judgment creditor.” 20. Bagi tujuan rekod, Mahkamah ini pernah memutuskan isu yang sama iaitu ketidakaturan format Notis Niat untuk Menentang Petisyen sebagaimana dilaporkan dalam kes Perkara Hai Cher Seng; Ex-Parte Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2024] MLJU 88. Tidak berpuas hati dengan keputusan saya, JD dalam kes tersebut telah membuat rayuan kepada Hakim Dalam Kamar dan pada 22.10.2024, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Noor Hisham Bin Ismail telah menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan saya. 21. Maka, atas alasan-alasan ini juga Mahkamah berpendapat bahawa Notis Niat untuk membantah Petisyen yang difailkan JD wajar ditolak. Namun, bagi kesempurnaan, Mahkamah akan meneliti isu-isu yang ditimbulkan JD dalam Afidavit JD. Isu Ketiga: Sama ada isu-isu yang ditimbulkan JD dalam Afidavit JD adalah “res judicata” 22. Sebagaimana dibutirkan terdahulu di perenggan 13 penghakiman ini, isu-isu yang ditimbulkan JD dalam Afidavit yang difailkan JD adalah isu-isu yang sama yang telah ditimbulkan JD dalam permohonan untuk mengetepikan Notis Kebankrapan (Lampiran 6). S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 23. Setelah mendengar pihak-pihak, Mahkamah ini telahpun menolak lampiran 6 atas alasan-alasan yang diperincikan sebagaimana dilaporkan sebagai [2024] MLJU 1013. Tidak berpuas hati dengan keputusan saya, JD telah memfailkan rayuan kepada Hakim Dalam Kamar. Dalam hujahan balas JD dalam rayuan tersebut, disamping berhujah berkenaan jumlah pengiraan yang tidak tepat, JD juga berhujah lanjut berkenaan isu bahawa JD adalah solven seperti berikut:- “a. Penghutang penghakiman ingin Mahkamah merujuk kepada Afidavit Sokongan Lampiran 7 m/s 27-33 di mana, telah menunjukkan bahawa Penghutang Penghakiman sebelum membuat rayuan di Mahkamah Tinggi bagi tindakan asal, telah mendepositkan wang jaminan sebanyak RM22,000.00 (iaitu termasuk dengan kos-kos yang diperolehi oleh Pemiutang Penghakiman di peringkat Mahkamah Sesyen) dan bagi rayuan didengar. Selanjutnya, wang tersebut juga telah diterima dan dilepaskan kepada Pemiutang Penghakiman setelah rayuan Penghutang Penghakiman ditolak;… c. Penghutang Penghakiman berhujah bahawa RM22,000.00 (iaitu termasuk dengan kos-kos yang diperolehi oleh Pemiutang Penghakiman di peringkat Mahkamah Sesyen) telah diterima dan dilepaskan kepada Pemiutang Penghakiman setelah rayuan Penghutang Penghakiman ditolak di mana Penghutang Penghakiman sebenarnya masih mampu untuk membuat pembayaran;… 3. Penghutang Penghakiman berhujah, bahawa bukan sahaja notis kebankrapan adalah tidak tepat dengan pengkiraan faedah yang tidak betul malah tindakan ini dibuat tergesa-gesa untuk menekan Penghutang Penghakiman yang sememangnya, berdasarkan rekod di peringkat Mahkamah Tinggi masih boleh membayar sejumlah wang yang diarahkan oleh Mahkamah untuk kos-kos yang dituntut.” S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 24. Rayuan tersebut telah didengar dan ditolak oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Puan Nurulhuda Nur'aini Binti Mohamad Nor pada 4.12.2024. Maka, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam JC bahawa prinsip “res judicata” akan menghalang Mahkamah ini dari mendengar semula isu-isu yang sama yang telah diputuskan Mahkamah ini dan disahkan di peringkat rayuan di hadapan Hakim Dalam Kamar. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes ECH Development & Management Sdn Bhd v Prabagaran Perumal & Anor and Another Appeal [2020] 5 MLRA 266; [2020] 7 CLJ 451; [2020] 4 AMR 761 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[113] The doctrine of res judicata is a flexible doctrine to be applied to a factual matrix to prevent injustice and to bring finality to matters which the court has already decided, either between the same parties or even to a non-party if the underlying factual substratum is the same. No further litigation is allowed on the ground that the issue is already res in that the court has already decided on it.” 25. Maka, dengan demikian, Mahkamah menolak bantahan-bantahan yang dikemukakan JD dalam Afidavit JD kerana telah dipertimbangkan dan diputuskan Mahkamah ini dan disahkan melalui keputusan rayuan kepada Hakim Dalam Kamar. Kesimpulan: 26. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa Notis Niat untuk membantah Petisyen pada 12.10.2024 (Lampiran 39) dan Afidavit yang diikrarkan JD pada 6.11.2024 (Lampiran 42) wajar ditolak. S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg 27. Setelah mendengar pihak-pihak, Mahkamah menolak lampiran 39 dan lampiran 42 dengan kos RM1,000.00 dibayar JD kepada JC tertakluk kepada pembayaran fi alokatur. Bertarikh: 18 Disember 2024 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg Pihak-pihak: 1. Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership Peguambela & Peguamcara Peguam Pemiutang Penghakiman Level 16, Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas, No.1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur (Ruj:RDS/LZJ/NLJ/2022/1040) … Encik K C Chong 2. Tetuan Chiong & Partners Peguambela & Peguamcara Peguam Penghutang Penghakiman No.33 & 33A, Jalan Dedap 19, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor (Ruj: C&P/JB/SU/APP 4027/01-23/SU (aa)) … Puan Ain Nurawanis S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg Kes-kes yang dirujuk: 1. Development & Commercial Bank Bhd v Datuk Ong Kian Seng [1995] 2 MLJ 724; [1995] 3 CLJ 307; [1995] 1 MLRA 383; [1995] 1 AMR 178 2. Jerry Ngiam Swee Beng v Abdul Rahman Mohd Rashid & Anor [2001] 1 MLJ 567; [2001] 1 MLRH 25; [2001] 1 CLJ 844; [2001] AMEJ 0270 3. Dato’ Sri Teong Teck Leng v Jupiter Securities Sdn Bhd [2004] 1 MLJ 1; [2003] 4 4. CLJ 34; [2003] 1 MLRA 612; [2003] 5 AMR 672 Gamel Nasir Taib v Dopag Far East Sdn Bhd [2021] MLJU 551; [2021] 1 LNS 389; [2021] MLRHU 365; [2021] AMEJ 0446 5. Cho Yu-Lon v Arab-Malaysian Finance Bhd [2003] 5 MLJ 289; [2003] 2 CLJ 186; [2003] 1 MLRH 89 6. Perkara Hai Cher Seng; Ex-Parte Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [2024] MLJU 88. 7. ECH Development & Management Sdn Bhd v Prabagaran Perumal & Anor and Another Appeal [2020] 5 MLRA 266 ; [2020] 7 CLJ 451; [2020] 4 AMR 761 S/N 0I4cjTwe0kmQT69meGtHHg