/akn/my/judgment/high-court/2026/684481bd-7c14-4c2c-b335-ac3b629cb602
High Court of Malaysia25 May 2026MA-45A-18-10/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“awah Seksyen 37(da) (xvi) ADB di samping menggunapakai tafsiran perbuatan mengedar di bawah Seksyen 2 ADB. [13] Antara kes yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan termasuklah PP v. Govindan Kurup & 2 Ors [1947] CLJU 77, PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 NS 1226, Parlen Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717, PP v. Reza Mohd Shah b”
“mas dan cuba melarikan diri; dan f) tidak ada keterangan yang dapat mengaitkan Tertuduh Pertama dengan kereta Perodua Axia. [57] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes-kes seperti Goh Ah Yew v. PP [1949] MLJ 150, PP v. Mohammadreza Aslanzad & Anor [2015] MLJU 2216, Parlan Bin Dadeh v. PP [2008] 6 MLJ 19, Simon Savari”
“engikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 12”
“enilai isu milikan barang dadah mengikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226;”
“t. Neither does it automatically mean that the court must therefore convict the accused person, on account that the defence has been a mere afterthought. Rather, on authority of the case of Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 it is still incumbent on the court to consider the entire evidence befor”
“mean that the court must therefore convict the accused person, on account that the defence has been a mere afterthought. Rather, on authority of the case of Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 it is still incumbent on the court to consider the entire evidence before it to see whether the accused p”
“san seseorang tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan musabah terhadap kes Pendakwaan. [44] Keraguan munasabah adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16; [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115, di mana keraguan itu timbul daripada keterangan atau akibat daripada tiadanya keterang”
“k oleh pihak Pendakwaan termasuklah PP v. Govindan Kurup & 2 Ors [1947] CLJU 77, PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 NS 1226, Parlen Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717, PP v. Reza Mohd Shah bin Ahmad Shah [2002] CLJU 157, PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan PP v. Mohd Farid Sukis”
“kemungkinan kereta tersebut mempunyai kaitan dengan dadah yang dirampas. [15] Pihak Pembelaan merujuk kepada kes-kes seperti PP v. Nordin b Murhaban [2005] 7 MLJ 412, PP v. Thomas bin Santekh Singh [2002] MLJU 470, Sia Soon Suan v. PP [1966] 1 MLJ 116, Loo Se Lee v. PP [2018] 5 CLJ 385, Chan Wei Loon v. PP [2021] 4 MLJ”
“6] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterangan bukan sahaja menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan menge”
“J 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterang”
“ndang untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, namun Tertuduh mempunyai beban keterangan untuk menyokong versi kes Pembelaan (lihat keputusan di dalam Sarumathi Rengasamy v. PP [2015] 1 LNS 1519; [2015] CLJU 1519). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29”
“2, PP v. Thomas bin Santekh Singh [2002] MLJU 470, Sia Soon Suan v. PP [1966] 1 MLJ 116, Loo Se Lee v. PP [2018] 5 CLJ 385, Chan Wei Loon v. PP [2021] 4 MLJ 660 dan PP v. Mohammadreza Aslanzad & Anor [2015] MLJU 2216. [16] Pihak Pembelaan turut berhujah bahawa keterangan tidak menunjukkan satu perbuatan yang dilakukan”
“dhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai”
“i beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692; [2014] 1 MLJ 49 dan PP v. Prabu A/L Nadaraja [2019] MLJU 1125; [2020] 4 CLJ 871; [2019] MLJU 1125). Seperti yang diputuskan didalam kes Wong Chee Tze & Anor v. PP [2”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 10/07/2026 09:40:42 MA-45A-18-10/2021 Kand. 116 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 di tempat letak kereta Pangsapuri Pandan Wangi, Jln Klebang Kechil, Klebang Kechil, 75200 Melaka, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, dalam mencapai niat bersama kamu didapati telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 21,826 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta dibaca bersama **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 [3] Seterusnya, dalam Kes Kedua, pertuduhan terhadap kedua-dua Tertuduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB adalah seperti berikut:- bertempat di kawasan parkir Pangsapuri Pandan Wangi, Jln Klebang Kechil, Klebang Kechil, 75250 Melaka, di dalam daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 14,667 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Seramai 19 orang saksi telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan. b) Pada 25/9/2020 jam lebih kurang 7.45 petang, SP3 bersama sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Pandan Wangi, Jalan Klebang Kechil, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 75200 Melaka, telah melihat sebuah kereta Honda City nombor pendaftaran VBX 4634 telah masuk ke dalam kawasan tempat letak kenderaan di tempat kejadian. Berdasarkan pemerhatian SP3, kereta Honda City tersebut telah diparkir di sebelah laluan keluar pangsapuri berkenaan. SP3 kemudiannya telah dimaklumkan oleh anggota SP3 iaitu D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz bin Jusoh bahawa terdapat dua orang lelaki berbangsa Cina iaitu Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua keluar daripada kereta Honda City tersebut dan telah menuju ke lobi lif lalu terus masuk ke dalam lif. Kemudian, SP3 telah dimaklumkan oleh D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz bin Jusoh bahawa kedua-dua Tertuduh telah keluar semula daripada lif, yang mana Tertuduh Kedua sedang menggalas beg pakaian warna hitam berjalan ke arah sebelah kiri manakala Tertuduh Pertama berjalan ke arah kanan. SP3 telah melihat Tertuduh Kedua yang sedang menggalas beg pakaian warna hitam telah menghampiri kereta Honda City nombor pendaftaran VBX 4634 tersebut dan melihat lampu penggera kereta menyala setelah dibuka oleh Tertuduh Kedua dengan menggunakan alat penggera kawalan jauh yang berada pada tangan kanan Tertuduh Kedua. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Kemudian, SP3 telah melihat Tertuduh Kedua membuka but belakang kereta lalu memasukkan beg pakaian tersebut ke dalamnya. SP3 seterusnya telah menghampiri Tertuduh Kedua dan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa lalu telah menahan Tertuduh Kedua. SP3 juga telah memberikan kata-kata amaran kepada Tertuduh Kedua. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh SP3 terhadap tubuh badan Tertuduh Kedua tidak menjumpai apa-apa barang salah manakala dalam tangan kanan Tertuduh Kedua terdapat alat penggera kawalan jauh berlogo H dan serangkai kunci serta kad akses di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh Tertuduh Kedua. Seterusnya dengan disaksikan oleh Tertuduh Kedua dan anggota serbuan yang lain, SP3 telah membuat pemeriksaan terhadap beg pakaian warna hitam bertulis Banstar Sports yang digalas oleh Tertuduh Kedua yang berada di dalam but belakang kereta Honda City tersebut. Hasil pemeriksaan telah menjumpai 20 bungkusan bertulis Chinese Pin Wei yang mana disyaki bahan tersebut berisi syabu. SP3 kemudiannya telah membuat tangkapan terhadap Tertuduh Kedua. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Seterusnya, SP3 telah membuat laporan polis Btg Tiga 2093/20 dan telah menyerahkan tangkapan, rampasan barang kes berserta dokumen-dokumen kepada SP18 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Melaka Tengah. Pada masa yang sama ketika semua perkara di atas berlaku, SP9 bersama anggotanya telah menuju ke arah jalan masuk pangsapuri lalu menghampiri Tertuduh Pertama yang turun bersama dengan Tertuduh Kedua daripada lif. Apabila SP9 menghampiri Tertuduh Pertama, SP9 telah melihat Tertuduh Pertama mencampakkan serangkai kunci berdekatan dengan kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281. Kemudian, SP9 telah menahan Tertuduh Pertama dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa. SP9 juga telah membacakan kata-kata amaran kepada Tertuduh Pertama. Kemudian, dengan disaksikan Tertuduh Pertama dan anggota serbuan, SP9 telah membuat pemeriksaan terhadap kereta Perodua Axia tersebut dan telah menjumpai dua (2) beg di tempat letak kaki bahagian penumpang belakang kiri dan kanan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 SP9 telah membuat pemeriksaan terhadap beg pertama warna hitam biru bertulis Sport yang dijumpai di tempat letak kaki bahagian penumpang belakang kiri dan mendapati di dalamnya mengandungi 10 bungkusan plastik bertulis Guanyinwang yang disyaki berisi syabu. Seterusnya, SP9 telah membuat pemeriksaan ke atas beg kedua bercorak petak-petak warna hitam kelabu putih bertulis Sport yang dijumpai di tempat letak kaki bahagian penumpang belakang kanan dan didapati di dalamnya mengandungi 20 bungkusan bertulis Guanyinwang yang disyaki berisi syabu. SP9 kemudiannya telah membuat tangkapan terhadap Tertuduh Pertama. SP9 kemudiannya telah membuat laporan polis Btg Tiga 2097/20, laporan polis MTR 7321/20, dan laporan polis MTR 7323/20 serta telah menyerahkan tangkapan, rampasan barang kes berserta dokumen-dokumen kepada SP19 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Melaka Tengah. SP1 telah membuat analisa terhadap dadah yang dijumpai di dalam kereta Honda City tersebut, yang mana SP1 telah menerima sebuah beg bertanda Y yang di dalamnya terdapat 20 bungkusan bertanda Y1 hingga Y20. Setelah SP1 membuat analisis, SP1 mengesahkan bahan tersebut merupakan dadah jenis **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Methamphetamine yang mengandungi secara keseluruhan berat bersih 14,667 gram. SP1 mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. SP2 pula telah membuat analisa terhadap dadah yang dijumpai di dalam kereta Perodua Axia tersebut, yang mana SP2 telah menerima dua buah beg bertanda A dan B. Bagi beg bertanda A, terdapat 10 bungkusan bertanda A1a hingga A10j manakala bagi beg bertanda B, terdapat 20 bungkusan bertanda B1a hingga B20t. Setelah SP2 membuat analisis, SP2 mengesahkan bahan tersebut ialah dadah jenis Methamphetamine yang mengandungi secara keseluruhan berat bersih 21,826 gram. SP2 mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [5] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah di akhir kes Pendakwaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk menetapkan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Mengikut Seksyen 180(4) KTJ, satu kes prima facie terbukti apabila pihak Pendakwaan telah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 mengemukakan bukti yang kredibel bagi membuktikan intipati kesalahan yang mana jika tidak disangkal atau diperjelaskan akan membolehkan kesalahan disabitkan. Sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah harus menilai secara maksima kesemua keterangan yang dikemukakan semasa kes Pendakwaan serta kredibiliti saksi Pendakwaan. Sekiranya terdapat lebih daripada satu inferens, maka inferens yang memihak kepada tertuduh harus diberikan untuk manfaat tertuduh. [6] Setelah menilai semua keterangan kes Pendakwaan, saksi dan mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut: Mengenai analisa yang dijalankan oleh ahli kimia (SP1 dan SP2):- [7] Pihak Pembelaan tidak membangkitkan apa-apa isu berkenaan jenis dan identiti dadah sama ada di dalam hujahan bertulis mahupun semasa hujahan lisan. [8] Namun begitu, ianya adalah menjadi sebahagian daripada tugas Mahkamah ini untuk membuat dapatan sendiri mengenai sifat dan berat barang kes dadah yang menjadi inti pertuduhan dalam kes ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [9] Setelah meneliti keterangan lisan SP1 dan SP2, kenyataan bertulis WSP1 serta WSP2 dan Laporan Kimia iaitu Eksibit P8 dan P33, Mahkamah ini mendapati SP1 dan SP2 telah memberikan keterangan yang jelas bahawa analisa yang dijalankan terhadap barang kes disyaki dadah mengesahkan bahan tersebut merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang tersenarai di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mempunyai berat bersih sepertimana kedua-dua pertuduhan. [10] Oleh yang demikian, jenis dan berat dadah yang menjadi asas setiap pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Mengenai milikan barang kes dadah Hujahan pihak-pihak di akhir kes Pendakwaan [11] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa milikan barang dadah di bawah setiap pertuduhan adalah terbukti berdasarkan pertimbangan keterangan, antara termasuklah:- a) Keterangan SP3 menyatakan bahawa anggota serbuan bernama Detektif Koperal Mohammad Nasrul Faiz telah melihat sebuah kereta Honda City nombor pendaftaran VBX 4634 memasuki perkarangan Pangsapuri Pandan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Wangi pada jam 7.20 petang dan apabila kereta tersebut di parkir, kedua dua Tertuduh dilihat keluar dari kereta tersebut serta menuju ke lobi lif pangsapuri dan menaiki lif; b) Kedua-dua Tertuduh kemudiannya dilihat turun semula dan keluar dari lif tetapi kali ini Tertuduh Kedua dilihat menggalas beg hitam sambil menuju ke arah kiri dan Tertuduh Kedua menuju ke arah kanan, yang mana pergerakan mereka disokong oleh keterangan gambar pegun CCTV (Eksibit P138); c) Tertuduh Kedua telah menghampiri kereta Honda City tersebut dan SP3 telah menangkap Tertuduh Kedua setelah SP3 melihat Tertuduh Kedua membuka but belakang kereta dengan menggunakan alat penggera kawalan jauh dan meletakkan beg (Eksibit P9) di dalam bonet; d) Hasil pemeriksaan beg membawa kepada penemuan dadah di bawah pertuduhan dalam Kes Kedua (Eksibit P11-29); e) Keterangan SP9 menyatakan Tertuduh Pertama menghampiri kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 dan apabila SP9 mendekatinya, Tertuduh Kedua telah dilihat melarikan diri sambil mencampakkan serangkai kunci berdekatan kereta tersebut; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 f) Kunci tersebut digunakan untuk membuka kereta dan hasil pemeriksaan SP9 menjumpai 2 beg di tempat letak kaki bahagian penumpang belakang kiri dan kanan(Eksibit P34 dan P45) yang membawa kepada penemuan barang dadah yang menjadi inti pertuduhan dalam Kes Pertama (Eksibit P35-P44 dan P46- P65); g) keterangan SP7 menyatakan semasa kereta disewakan kepada Tertuduh Kedua, kereta Perodua Axia tidak mengandungi apa-apa beg dan Tertuduh Kedua merupakan orang terakhir yang mengambil kereta tersebut daripadanya; h) perbuatan Tertuduh Pertama yang cuba melarikan diri dan mencampakkan kunci kereta apabila dihampiri menunjukkan akses Tertuduh Pertama kepada kereta tersebut dan pengetahuan mengenai barang dadah di dalam kedua-dua beg; dan i) keterangan mengenai sewaan kereta Perodua Axia oleh Tertuduh Kedua, akses oleh Tertuduh Pertama, perbuatan kedua-dua Tertuduh menaiki lif bersama dan turun lif bersama dengan Tertuduh Kedua menggalas beg menunjukkan mereka mempunyai niat bersama dalam milikan barang dadah di bawah kedua-dua pertuduhan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 [12] Berdasarkan jumlah dadah berbahaya Methamphetamine sebanyak 21,826 gram dan 14,667 gram di bawah pertuduhan masing-masing, pihak Pendakwaan menggunapakai anggapan perbuatan mengedar di bawah Seksyen 37(da) (xvi) ADB di samping menggunapakai tafsiran perbuatan mengedar di bawah Seksyen 2 ADB. [13] Antara kes yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan termasuklah PP v. Govindan Kurup & 2 Ors [1947] CLJU 77, PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 NS 1226, Parlen Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717, PP v. Reza Mohd Shah bin Ahmad Shah [2002] CLJU 157, PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan PP v. Mohd Farid Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814. [14] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa milikan dadah di bawah setiap pertuduhan tidak dibuktikan atas pertimbangan:- a) kereta Honda City tidak dimiliki oleh Tertuduh Pertama tetapi dimiliki oleh SP4 dan digunakan oleh SP5. SP5 pula telah menyewakan kereta itu kepada seorang individu bernama Bashahir. Bashahir tidak dipanggil sebagai saksi dan hal ini menyebabkan kelompangan dalam pembuktian kes Pendakwaan; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 b) kegagalan pihak Pendakwaan memanggil D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh yang dikatakan melihat pergerakan kedua-dua Tertuduh sebelum serbuan dibuat; c) Tertuduh Kedua hanya menyewa kereta Perodua Axia bagi tempoh sehari sebelum hari kejadian dan keterangan menunjukkan terdapat pengguna lain yang menggunakan kereta tersebut iaitu penama Gan Ser Haw. Terdapat persoalan tentang siapakah yang telah mempunyai akses kepada kereta tersebut apabila pihak Pendakwaan gagal memanggil Gan Ser Haw sebagai saksi; d) tiada keterangan DNA dan cap jari pada beg dan bungkusan yang mengandungi dadah; e) keterangan kimia DNA (Eksibit P82) menunjukkan terdapat DNA lelaki tidak dikenali pada sehelai seluar jeans di dalam satu beg lain yang dijumpai dalam but belakang kereta Perodua yang mana menunjukkan kemungkinan terdapat pihak lain yang mempunyai akses kepada kereta tersebut; f) kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan keterangan CCTV yang menunjukkan kedua-dua Tertuduh telah memandu kereta Honda dan Perodua ke pangsapuri dan menunjukkan Tertuduh Kedua meletakkan beg dalam but belakang kereta Honda; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 g) kegagalan pihak Pendakwaan menyiasat sebuah kereta Proton Savvy yang menjadi tumpuan dalam analisa gambar CCTV dan kemungkinan kereta tersebut mempunyai kaitan dengan dadah yang dirampas. [15] Pihak Pembelaan merujuk kepada kes-kes seperti PP v. Nordin b Murhaban [2005] 7 MLJ 412, PP v. Thomas bin Santekh Singh [2002] MLJU 470, Sia Soon Suan v. PP [1966] 1 MLJ 116, Loo Se Lee v. PP [2018] 5 CLJ 385, Chan Wei Loon v. PP [2021] 4 MLJ 660 dan PP v. Mohammadreza Aslanzad & Anor [2015] MLJU 2216. [16] Pihak Pembelaan turut berhujah bahawa keterangan tidak menunjukkan satu perbuatan yang dilakukan oleh kedua-dua Tertuduh dengan niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [17] Dalam menilai keterangan kes Pendakwaan, ianya adalah menjadi tugas Mahkamah untuk menentukan sama ada sesuatu keterangan saksi adalah munasabah apabila dinilai secara keseluruhan dengan semua keterangan pihak Pendakwaan. Perkara ini telah dibayangkan di dalam beberapa kes yang telah diputuskan, antaranya termasuklah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 PP v. Ng Sing Ting [2008] 7 CLJ 247; Ahmad Najib Aris v PP [2007] 2 CLJ 229; PP v. Nazri Muhd Jufri & Anor [2007] 10 CLJ 590 dan Gunalan a/l Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857. [18] Dalam menilai isu milikan barang dadah mengikut garis panduan yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti PP v. Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194; [2009] 2 CLJ 209, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17; [1956] 1 MLJ 237; [1956] CLJU 17, Pendakwa Raya v. Lim Chsung Meng & Anor & Anor Appeal [2015] 1 LNS 1226; [2015] MLJU 2234; [2015] CLJU 1226 dan Emmanuel Yaw Teiku v. PP [2006] 3 CLJ 597; [2006] MLJ 209, Mahkamah harus menilai sama ada keterangan bukan sahaja menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut tetapi juga mempunyai kawalan atau jagaan. Kawalan atau jagaan termasuk kuasa Tertuduh untuk berurusan atau melupuskan dadah tersebut pada bila bila masa jika diinginkan seolah olah ia adalah pemilik dadah berkenaan. Mengenai akses kepada kereta [19] Terhadap Tertuduh Pertama, Mahkamah menerima versi keterangan SP9 bahawa semasa menghampiri kereta Perodua, Tertuduh Pertama telah dilihat cuba melarikan diri dan membuang kunci berhampiran kereta tersebut. Walaupun **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 Tertuduh Kedua ialah penyewa kereta tersebut dan bukannya Tertuduh Pertama namun keterangan gambar pegun CCTV menunjukkan mereka saling mengenali dan bergerak bersama masuk ke pangsapuri serta juga keluar pangsapuri tersebut. Inferens yang dapat dibangkitkan ialah Tertuduh Pertama telah memberi kunci kereta Perodua Axia kepada Tertuduh Kedua. Sekiranya Tertuduh Pertama langsung tiada pengetahuan mengenai dadah di dalam beg yang dijumpai, maka tiada sebab untuk Tertuduh Pertama melarikan diri dan mencampakkan kunci kereta tersebut. Jika Tertuduh Pertama hanya melarikan diri kerana didekati orang yang tidak dikenali, tiada sebab untuk Tertuduh Pertama mencampakkan kunci kereta. Perbuatan mencampakkan kunci kereta tersebut jelas menunjukkan usaha Tertuduh Pertama untuk mengelakkan apa jua kaitan antara dirinya dengan kunci dan kereta Perodua Axia berkenaan. Hal ini menimbulkan inferens yang kuat mengenai pengetahuan Tertuduh Pertama terhadap dadah yang dijumpai serta Tertuduh Pertama mempunyai kawalan ke atas dadah tersebut. [20] Keterangan SP7 telah menjelaskan bahawa penama Gan Ser Haw hanyalah timbul untuk tujuan komunikasi jika terdapat apa-apa perkara yang berbangkit mengenai kereta Perodua Axia tersebut. Bahkan SP7 telah menghubungi penama Gan Ser Haw untuk tujuan pengesahan. Semasa kereta Perodua Axia diambil untuk disewa oleh Tertuduh Kedua, penama Gan Ser Haw tidak ada bersama dengan Tertuduh Kedua. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 [21] Keterangan SP7 juga menyatakan bahawa semasa SP7 menyerahkan kereta tersebut, kereta telah dibasuh dan diperiksa. SP7 memastikan bahawa apa jua barang yang tidak diingini akan dibuang. Semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan semula terhadap SP7, SP7 mengatakan tidak ada sebarang beg di dalam kereta tersebut semasa kereta diserahkan kepada Tertuduh Kedua. Berdasarkan keterangan Eksibit P79, ianya adalah jelas bahawa Tertuduh Kedua ialah penyewa kereta Perodua Axia tersebut. [22] Mengenai penama Gan Ser Haw, Mahkamah tidak mendapati ketidak hadiran beliau sebagai saksi menyebabkan kelompangan di dalam kes Pendakwaan. SP7 mengatakan penama Gan Ser Haw hanyalah diketahui sebagai seorang penjamin. Tidak pernah dicadangkan oleh pihak Pembelaan bahawa penama Gan Ser Haw pengguna kereta Perodua Axia tersebut dan tiada pula dicadangkan penama lain yang telah menggunakan kereta tersebut dalam tempoh masa Tertuduh Kedua mengambil kereta sehingga ditemui di tempat kejadian. [23] Mahkamah mendapati bahawa SP5 tidak menyerahkan dan menyewakan kereta Honda City kepada Tertuduh Kedua tetapi sebaliknya kepada seorang warga asing dari Yemen bernama Bashahir atau dikenali sebagai Raed. Terdapat kemungkinan di sini bahawa kereta tersebut telah disewakan kepada Tertuduh Kedua oleh penama Bashahir. Penama Bashahir tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 [24] Setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah tidak mendapati kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Bashahir sebagai saksi Pendakwaan telah melemahkan kes Pendakwaan. Fakta kes semasa tidak melibatkan penemuan beg mengandungi dadah yang telah berada di dalam kereta dan kereta tersebut berkunci tetapi sebaliknya menunjukkan perbuatan Tertuduh Kedua yang dilihat oleh SP3 sedang menggalas beg menuju ke kereta Honda City tersebut dan tindakan Tertuduh Kedua yang kemudiannya membuka but belakang dan meletakkan beg di dalamnya. Maka, beg yang berisi dadah tersebut dilihat telah berada dalam kawalan Tertuduh Kedua sebelum dan semasa but belakang kereta masih terbuka. Sehubungan dengan itu, fakta kes ini harus dibezakan dengan situasi di mana beg tersebut telahpun berada di dalam kereta dan terdapat keterangan yang menunjukkan ada pihak lain yang juga menggunakan kereta tersebut. [25] Oleh itu, pada pandangan Mahkamah, perkara ini merupakan isu mengenai akses terhadap kereta dan perkara tentang siapa individu yang telah menggunakan tersebut adalah isu yang tidak relevan untuk dipertimbangkan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 Mengenai kegagalan pihak Pendakwaan memanggil saksi D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh [26] Ianya adalah menjadi prinsip undang-undang keterangan bahawa keterangan yang dikemukakan hendaklah keterangan yang terbaik atau . Hal ini bermaksud dalam konteks kes semasa, hanya D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh yang boleh memberikan keterangan yang terbaik mengenai laporan beliau kepada SP3 mengenai pergerakan kedua-dua Tertuduh yang dikatakan keluar dari kereta Honda City dan kemudiannya menaiki lif bersama-sama serta seterusnya dilihat turun bersama-sama dan selepas itu berjalan ke arah yang berlainan. Keterangan SP3 mengenai urutan peristiwa tersebut bergantung kepada keterangan D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh kerana SP3 tidak menyaksikan sendiri. [27] Setelah meneliti keterangan, Mahkamah tidak mendapati kegagalan pihak Pendakwaan memanggil D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh adalah sebegitu penting sehinggakan tanpa keterangan beliau, kes Pendakwaan menjadi pincang. Kedua-dua Tertuduh telah dilihat oleh SP3 dan SP9 yang mana Tertuduh-Tertuduh berada berdekatan kereta Honda City dan Perodua Axia. Naratif fakta yang membawa kepada serbuan dan tangkapan telah diterangkan dengan jelas oleh SP3 dan SP9 sebagai pegawai tangkapan dan justeru tidak memerlukan keterangan D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh untuk melengkapkannya. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 [28] Meskipun jika keterangan tersebut penting, ianya berkait dengan perkara mengenai niat bersama yang akan dibincangkan selanjutnya. Mengenai keterangan DNA dan cap jari [29] Ianya adalah menjadi prinsip undang-undang keterangan bahawa keterangan DNA dan cap jari menjadi relevan dalam keadaan di mana tangkapan dibuat berdasarkan keterangan mengikut keadaan atau . Dalam sesuatu keadaan tertentu, keterangan DNA dan cap jari membantu dalam menyimpulkan keseluruhan keterangan dalam mencapai satu rumusan mengenai sesuatu perkara. Dalam keadaan di mana dadah ditemui bersama dengan tertuduh atau berhampiran dengan tertuduh, maka keterangan DNA dan cap jari hanya bersifat koroboratif. [30] Setelah mempertimbangkan keterangan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah tidak mendapati bahawa ketiadaan keterangan cap jari kedua-dua Tertuduh pada beg atau bungkusan yang mengandungi dadah telah menjejaskan pembuktian kes Pendakwaan. Berkenaan dengan kewujudan DNA seseorang individu yang tidak dikenali yang mana dikesan pada pakaian di dalam beg yang dijumpai di dalam kereta Perodua Axia, Mahkamah mendapati perkara tersebut tidak menimbulkan keraguan terhadap milikan dadah. Pada hemat Mahkamah, kewujudan DNA individu yang tidak dikenali pada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 pakaian di dalam beg lain di dalam kereta Perodua Axia tersebut tidak semestinya dengan secara langsung menimbulkan keraguan mengenai akses pihak lain terhadap kereta tersebut. Mahkamah mendapati tiada cadangan yang dikemukakan bahawa terdapat pihak lain selain daripada Tertuduh Kedua yang telah menggunakan kereta tersebut setelah kereta diterima daripada SP7. Keberadaan kunci kereta Perodua Axia dengan Tertuduh Pertama menunjukkan hanya dan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mempunyai akses kepada kereta tersebut. Mengenai keterangan CCTV [31] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan rakaman CCTV yang boleh menunjukkan kedua-dua Tertuduh telah menaiki kereta Honda City dan Perodua Axia, Tertuduh Kedua telah menggalas beg hitam menuju ke kereta Honda City dan tindakan Tertuduh Pertama mencampakkan serangkai kunci kereta Perodua Axia. [32] Setelah mempertimbangkan keterangan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati ketiadaan rakaman CCTV khusus untuk membuktikan perkara yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan tidak menjejaskan pembuktian kes Pendakwaan. Kedua-dua Tertuduh telah ditahan berhampiran kedua-dua kenderaan tersebut. Tertuduh Kedua ditahan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 semasa memasukkan beg hitam ke dalam but belakang kereta Honda City yang masih terbuka manakala Tertuduh Pertama ditangkap setelah cuba melarikan diri sambil mencampakkan kunci kereta Perodua Axia. Mahkamah tidak mendapati terdapat kelemahan dalam keterangan SP3 dan SP9 mengenai tangkapan kedua-dua Tertuduh dan justeru meskipun jika terdapat rakaman CCTV, ianya hanya bersifat koroboratif. [33] Tambahan pula, gambar pegun rakaman CCTV iaitu eksibit P138 (38-41) jelas menunjukkan Tertuduh Kedua menggalas beg hitam yang sama dengan beg yang dirampas (Eksibit P9). Walaupun tiada rakaman CCTV menunjukkan Tertuduh Kedua keluar dari lobi dan menghala ke kereta Honda City sambil membawa beg tersebut, rampasan yang dilakukan oleh SP3 semasa Tertuduh Kedua meletakkan beg tersebut dalam but belakang kereta adalah mencukupi untuk mengaitkan Tertuduh Kedua dengan beg berkenaan. Mengenai kereta Proton Savvy [34] Pihak Pembelaan membangkitkan kemungkinan terdapat kaitan antara sebuah kereta Proton Savvy yang telah dianalisa sebagaimana eksibit P138 dengan kejadian dalam kes ini. Setelah Mahkamah meneliti keterangan SP3, SP9, SP18 dan SP19, Mahkamah tidak mendapati kereta Proton Savvy mempunyai apa-apa kaitan dengan penangkapan kedua-dua **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 Tertuduh. Perkara utama yang perlu diambil kira dalam menentukan milikan adalah sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan dan kawalan atau jagaan ke atas dadah dan bukan untuk menentukan sumber barang dadah sumber diperoleh. Mengenai niat bersama [35] Pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama apabila rakaman CCTV tidak menunjukkan kedua-dua Tertuduh menaiki kereta Honda City bersama-sama atau mahupun menunjukkan mereka berjalan ke lobi lif pangsapuri bersama dan rakaman CCTV juga tidak menunjukkan mereka keluar dari lif bersama-sama. Bahkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua masing-masing telah menghala ke arah yang berasingan. Di samping itu, pihak Pembelaan turut berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal memanggil Detektif Koperal Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh sebagai saksi Pendakwaan untuk mengesahkan apa yang beliau lihat semasa pemerhatian dan apa yang dilaporkan kepada SP3. [36] Setelah Mahkamah mengambil kira kesemua keterangan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa terdapat niat bersama antara kedua-dua Tertuduh dalam melakukan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 kesalahan memiliki dan mengedar dadah berbahaya di bawah kedua-dua pertuduhan. [37] Hasil dapatan Mahkamah ini adalah berdasarkan keterangan gambar pegun CCTV dalam Eksibit P138 yang jelas menunjukkan pergerakan kedua-dua Tertuduh. Walaupun D/Kpl Mohammad Nasrul Faiz Bin Jusoh tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan, gambar-gambar tersebut mencukupi untuk menunjukkan kaitan antara kedua-dua Tertuduh. Di samping itu, walaupun kereta Perodua Axia telah disewa oleh Tertuduh Kedua, namun kunci kereta telah berada dengan Tertuduh Pertama semasa Tertuduh Pertama ditangkap. Hal ini menunjukkan mereka saling mengenali dan bertindak bersama. Gambar eksibit P138 (38-41) menunjukkan Tertuduh Kedua menggalas beg hitam di samping Tertuduh Pertama. Pergerakan Tertuduh Pertama bersama dengan Tertuduh Kedua menimbulkan inferens yang kuat bahawa kedua-dua Tertuduh mengetahui dan mempunyai kawalan serta jagaan bersama terhadap dadah yang telah dirampas. Sebagai kesimpulan, Mahkamah mendapati keterangan kes Pendakwaan menyokong dapatan bahawa terdapat niat bersama antara kedua-dua Tertuduh dalam milikan dadah bagi setiap pertuduhan mengikut ketetapan dalam kes Krishna Rao Gurumurhi v. PP & Anor [2009] 2 CLJ 603. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 Mengenai elemen milikan [38] Sebagai kesimpulan mengenai isu milikan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mempunyai milikan terhadap dadah di bawah kedua-dua pertuduhan. Mengenai perbuatan pengedaran dadah [39] Oleh kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua Tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah yang dirampas di bawah setiap pertuduhan dan berdasarkan berat dadah bagi kedua-dua pertuduhan, maka anggapan perbuatan mengedar dadah di bawah Seksyen 37 (da) ADB adalah terpakai terhadap kedua-dua Tertuduh dan menjadi beban pembuktian Tertuduh-Tertuduh untuk mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [40] Berdasarkan dapatan di atas dan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua bagi **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 kedua-dua kes ini. Oleh yang demikian, kedua-dua Tertuduh diperintahkan untuk membela diri. [41] Pihak Pembelaan telah memanggil 4 orang saksi iaitu Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua, Ng Liong Huat, iaitu rakan sekerja Tertuduh Kedua (SD3) dan Chew Chee How yang merupakan rakan Tertuduh Pertama (SD4). Tugas Mahkamah ini di akhir kes Pembelaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah iaitu untuk mempertimbangkan semua keterangan di hadapan Mahkamah ini dan untuk memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. Sekiranya pihak Pendakwaan berjaya melepaskan beban tersebut, maka Tertuduh akan disabitkan dengan kesalahan. Namun, sekiranya pihak Pendakwaan gagal melepaskan beban tersebut, maka Mahkamah akan merekodkan satu pelepasan dan pembebasan Tertuduh daripada pertuduhan. Prinsip undang-undang berkenaan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 tugas Mahkamah adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; dan Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP . Seperti yang telah diputuskan di dalam kes Mohd Radhi bin Yaakob v. PP (supra), untuk mendapatkan pelepasan dan pembebasan seseorang tertuduh hanya perlu menimbulkan keraguan musabah terhadap kes Pendakwaan. [44] Keraguan munasabah adalah seperti yang telah diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16; [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115, di mana keraguan itu timbul daripada keterangan atau akibat daripada tiadanya keterangan dan bukan keraguan yang bersifat khayalan atau yang diagak-agak. [45] Sama ada keraguan itu berjaya dibangkitkan adalah tertakluk kepada penilaian keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan. Walaupun Tertuduh tidak mempunyai beban undang-undang untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah, namun Tertuduh mempunyai beban keterangan untuk menyokong versi kes Pembelaan (lihat keputusan di dalam Sarumathi Rengasamy v. PP [2015] 1 LNS 1519; [2015] CLJU 1519). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 Naratif kes Pembelaan [46] Pada 20/9/2020, Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan penama Gan Ser Haw telah datang ke Melaka kerana Gan Ser Haw telah mengesyorkan kerja kepada kedua-dua Tertuduh. Tertuduh Kedua dan Gan Ser Haw telah menaiki sebuah kereta manakala Tertuduh Pertama menaiki kereta Proton Savvy yang mempunyai nombor pendaftaran JKP 7924. telah pergi berjumpa dengan rakannya yang merupakan pemilik sebuah unit pangsapuri di Pangsapuri Pandan Wangi. Gan Ser Haw telah mengupah Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua membuat kerja dan mengambil kunci unit pangsapuri tersebut lalu menyerahkan kunci tersebut dan memaklumkan kerja-kerja yang perlu dilakukan di pangsapuri tersebut. Gan Ser Haw menyuruh Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua pergi ke pangsapuri tersebut manakala Gan Ser Haw melepak dengan rakannya. [47] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah pergi ke pangsapuri tersebut dengan menaiki kereta masing-masing. Setelah sampai di Pangsapuri Pandan Wangi, Tertuduh Kedua membawa beg peralatannya lalu kedua-dua Tertuduh naik ke pangsapuri tersebut yang mana keadaan pangsapuri tersebut bersepah dan terdapat banyak barang. Kedua-dua Tertuduh telah menerima arahan untuk menukar pintu tandas dan dapur. Tertuduh Kedua telah meletakkan beg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30 peralatannya di dalam pangsapuri tersebut dan telah pergi ke MITC untuk mengambil Gan Ser Haw lalu pulang ke Johor, manakala Tertuduh Pertama pergi berjalan-jalan di sekitar Melaka. [48] Pada 24/9/2020, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah datang ke Melaka untuk membuat kerja di pangsapuri tersebut. Tertuduh Pertama datang dengan menaiki kereta Proton Savvy nombor pendaftaran JKP 7924 manakala Tertuduh Kedua bersama dengan penama Gan Ser Haw datang dengan menaiki kereta yang disewa oleh mereka iaitu kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281. Kedua-dua Tertuduh dan Gan Ser Haw telah bermalam di Hotel Riverside. [49] Pada pagi 25/9/2020, penama Gan Ser Haw memaklumkan bahawa beliau ingin menggunakan kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 tersebut. Tertuduh Kedua juga telah memaklumkan bahawa dia memerlukan kereta untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana mempunyai kerja lalu Tertuduh Kedua telah meminta Tertuduh Pertama membawanya pergi menyewa sebuah kereta iaitu kereta Honda City nombor pendaftaran VBX 4634. Selepas itu, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua pergi mencari barang untuk kerja aluminium di pangsapuri tersebut. Tertuduh Pertama kemudiannya telah pulang ke hotel pada tengah hari untuk berehat. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 [50] Pada jam lebih kurang 5.00 petang, Tertuduh Kedua telah pulang ke hotel dan membawa Tertuduh Pertama pergi makan dan seterusnya pergi semula ke pangsapuri tersebut dengan menaiki kereta Honda City. Kedua-dua Tertuduh telah naik ke pangsapuri tersebut untuk mengambil kunci kereta kerana Tertuduh Kedua meminta pertolongan Tertuduh Pertama untuk membawa balik kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 untuk dipulangkan kepada syarikat sewaan kereta tersebut. Apabila sampai di unit pangsapuri tersebut, penama Gan Ser Haw telah membuka pintu dan menyerahkan sebuah beg berwarna hitam berserta kunci kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 kepada Tertuduh Kedua lalu Tertuduh Kedua kemudiannya menyerahkan kunci kereta tersebut kepada Tertuduh Pertama. [51] Penama Gan Ser Haw telah meminta Tertuduh Kedua untuk menunggunya di tingkat bawah kerana Gan Ser Haw ingin mengambil barang dalam kereta Perodua Axia tersebut dan Gan Ser Haw telah meminta kedua-dua Tertuduh turun dahulu ke tingkat bawah kerana Gan Ser Haw ingin mandi sekejap. Selepas turun ke bahagian bawah pangsapuri tersebut, Tertuduh Kedua telah berjalan menghala ke arah kereta Honda City manakala Tertuduh Pertama berjalan pergi ke tandas. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 [52] Tertuduh Kedua telah membawa beg berwarna hitam tersebut ke kereta Honda City kerana penama Gan Ser Haw ingin menaiki kereta tersebut bersama Tertuduh Kedua. Selepas Tertuduh Kedua meletakkan beg berwarna hitam tersebut dalam but belakang kereta, Tertuduh Kedua telah ditangkap oleh pihak polis di luar kereta Honda City tersebut. Pada masa yang sama, semasa Tertuduh Pertama sedang berjalan ke arah tandas, tiba-tiba terdapat sekumpulan orang berlari ke arah Tertuduh Pertama. Tertuduh Pertama terperanjat dan tidak tahu apa yang berlaku serta tidak mengetahui sekumpulan orang tersebut. Tertuduh Pertama panik dan cuba untuk mengelakkan diri daripada sekumpulan orang tersebut. Tertuduh Pertama berasa takut dan kunci kereta terjatuh. Kemudian, Tertuduh Pertama telah ditahan oleh seseorang yang mengatakan dia adalah Polis. Pihak Polis telah menangkap dan menggari Tertuduh Pertama lalu membawa Tertuduh Pertama duduk di tepi jalan sambil pihak Polis sedang mencari sesuatu. Tertuduh Pertama telah melihat seorang anggota polis mengambil kunci dan membuka kereta Perodua Axia lalu mengeluarkan dua buah beg dari dalam kereta tersebut dan mengatakan beg-beg tersebut mengandungi dadah. [53] Tertuduh Pertama tidak mengetahui apa-apa dan baru sahaja menerima kunci kereta Perodua Axia tersebut daripada Tertuduh Kedua. Tertuduh Pertama mengatakan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 33 kereta tersebut bukan miliknya dan Tertuduh Pertama tidak pernah menaiki kereta tersebut. [54] SD3 merupakan rakan Tertuduh Kedua dan bekerja bersama-sama dengan Tertuduh Kedua. SD3 mengatakan bahawa Tertuduh Kedua sepatutnya sampai di Kuala Lumpur pada 26/9/2020 untuk melakukan kerja-kerja aluminium, namun Tertuduh Kedua tidak datang dan tidak ada memaklumkan apa-apa kepada SD3. [55] SD4 adalah merupakan rakan Tertuduh Pertama yang dikenali sejak kecil dan tinggal di kampung yang sama. SD4 juga merupakan pemilik kereta Proton Savvy nombor pendaftaran JKP 7924 yang mana SD4 mengesahkan bahawa kereta Proton Savvy tersebut selalu digunakan oleh Tertuduh Pertama. Hujahan pihak Pembelaan [56] Pihak Pembelaan berhujah bahawa keterangan kes Pembelaan telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan berdasarkan Pembelaan dan keterangan yang dikemukakan, antaranya termasuklah:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34 a) penama Gan Ser Haw bukan watak yang direka-reka; b) tidak ada keterangan bahawa Tertuduh Pertama mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kereta Perodua Axia yang mengandungi beg berisi dadah; c) Tertuduh Kedua tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam beg yang digalasnya kerana beg tersebut telah diserahkan oleh Gan Ser Haw kepada Tertuduh Kedua; d) perbuatan Tertuduh Pertama melarikan diri adalah munasabah kerana telah didekati dan dikejar oleh sekumpulan individu tidak dikenali yang berpakaian preman; e) keterangan Tertuduh Pertama bahawa kunci kereta Perodua Axia terjatuh adalah munasabah dalam keadaan dia sedang cemas dan cuba melarikan diri; dan f) tidak ada keterangan yang dapat mengaitkan Tertuduh Pertama dengan kereta Perodua Axia. [57] Pihak Pembelaan telah merujuk kepada kes-kes seperti Goh Ah Yew v. PP [1949] MLJ 150, PP v. Mohammadreza Aslanzad & Anor [2015] MLJU 2216, Parlan Bin Dadeh v. PP [2008] 6 MLJ 19, Simon Savarimuthu a/l Thevarajah v. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35 PP [2020] 2 MLJ 495, Mohd Fairus bin Salleh v. PP [2015] 5 MLJ 105 dan Masoumeh Gholami Kaveh v. PP [2013] 5 MLJ 688. [58] Berkenaan dengan isu penama Gan Ser Haw, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa nama tersebut telahpun dibangkitkan di peringkat kes Pendakwaan sewaktu pemeriksaan terhadap SP7 iaitu pihak yang telah menyewakan kereta Perodua Axia kepada Tertuduh Kedua. Keterangan menunjukkan nama Gan Ser Haw dan butiran nombor telefon bimbit terkandung dalam dokumen sewaan kereta (eksibit P79). Oleh itu, ia menjadi beban pihak Pendakwaan untuk menyiasat penama Gan Ser Haw lebih-lebih lagi apabila pihak Polis telah membawa Tertuduh Kedua untuk mengenalpasti rumah penama Gan Ser Haw di Pontian, Johor. [59] Oleh kerana penama Gan Ser Haw bukan watak rekaan tetapi sebenarnya wujud, maka Pembelaan kedua-dua Tertuduh mengenai peranan penama Gan Ser Haw tidak boleh dianggap sebagai satu keterangan yang difikirkan kemudian. Tambahan lagi terdapat DNA seorang individu tidak dikenali dijumpai di dalam kereta Perodua Axia yang menimbulkan kemungkinan bahawa kereta tersebut sebenarnya telah dipandu oleh penama Gan Ser Haw dan menunjukkan kehadiran Gan Ser Haw di Pangsapuri Pandan Wangi pada hari kejadian apabila Gan Ser Haw menyerahkan beg kepada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36 Tertuduh Kedua manakala kunci kereta Perodua Axia diserahkan kepada Tertuduh Pertama. [60] Seterusnya, berkenaan dengan akses terhadap kereta Perodua Axia, keterangan Tertuduh Pertama mengatakan dia telah datang ke Melaka dengan Proton Savvy nombor pendaftaran JKP 7924 yang dipinjam daripada SD4. Keterangan SP9 dan SP19 menunjukkan sebenarnya Tertuduh Pertama telah memandu Proton Savvy dan Tertuduh Pertama tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kereta Perodua Axia. Keterangan itu jelas menyokong Pembelaan Tertuduh Pertama bahawa pihak yang bertanggungjawab ke atas kereta Perodua Axia ialah penama Gan Ser Haw sebagai pengguna sebenar kereta tersebut dan bukan Tertuduh Pertama. [61] Sebagai kesimpulannya, Pembelaan kedua-dua Tertuduh berkisar kepada peranan Gan Ser Haw yang telah memberi peluang kerja kepada Tertuduh Kedua dan Tertuduh Kedua pula telah mengajak Tertuduh Pertama membuat kerja kontrak pintu dan aluminium di Pangsapuri Pandan Wangi. Penama Gan Ser Haw telah menyerahkan beg mengandungi dadah kepada Tertuduh Kedua. Tertuduh Kedua membawa beg tersebut ke kereta Honda City atas permintaan penama Gan Ser Haw. Tertuduh Pertama pula telah diminta oleh penama Gan Ser Haw untuk menghantar semula kereta Perodua Axia **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 yang disewa dan kunci kereta diserahkan kepada Tertuduh Pertama. Hujahan pihak Pendakwaan [62] Pihak Pendakwaan pula menghujahkan bahawa keterangan pihak Pembelaan telah gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan berdasarkan pertimbangan keterangan-keterangan yang dibangkitkan buat pertama kali di peringkat kes Pembelaan dan tidak pernah dicadangkan kepada saksi-saksi Pendakwaan. Maka keterangan tersebut tergolong sebagai keterangan yang difikirkan kemudian dan harus ditolak oleh Mahkamah ini. [63] Keterangan-keterangan yang dikatakan sebagai keterangan yang difikirkan kemudian termasuklah seperti berikut:- a) Pada pagi 25/9/2020, penama Gan Ser Haw memaklumkan bahawa dia ingin menggunakan kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281; b) Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah naik ke pangsapuri tersebut untuk mengambil kunci kereta daripada penama Gan Ser Haw kerana Tertuduh Kedua meminta pertolongan Tertuduh Pertama untuk membawa balik kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38 untuk dipulangkan kepada syarikat sewaan kereta tersebut; c) apabila sampai di unit pangsapuri tersebut, penama Gan Ser Haw telah membuka pintu dan menyerahkan sebuah beg berwarna hitam berserta kunci kereta Perodua Axia nombor pendaftaran RN 3281 kepada Tertuduh Kedua lalu Tertuduh Kedua kemudiannya menyerahkan kunci kereta tersebut kepada Tertuduh Pertama; d) Penama Gan Ser Haw telah meminta Tertuduh Kedua untuk menunggunya di tingkat bawah pangsapuri kerana Gan Ser Haw ingin mengambil barang dalam kereta Perodua Axia tersebut dan Gan Ser Haw telah meminta kedua-dua Tertuduh turun dahulu ke tingkat bawah kerana Gan Ser Haw ingin mandi dahulu; e) Tertuduh Kedua telah membawa beg berwarna hitam tersebut ke kereta Honda City kerana penama Gan Ser Haw ingin menaiki kereta tersebut bersama Tertuduh Kedua; f) Kedua-dua Tertuduh tidak mengetahui bahawa terdapat dadah di dalam beg warna hitam yang digalas oleh Tertuduh Kedua; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39 g) kunci kereta Perodua Axia terjatuh disebabkan Tertuduh Pertama berasa takut dan panik ketika Tertuduh Pertama cuba untuk mengelakkan diri daripada sekumpulan individu yang berlari ke arah Tertuduh Pertama semasa Tertuduh Pertama sedang berjalan ke arah tandas; h) Tertuduh Pertama tidak mengetahui apa-apa berkenaan dengan dua buah beg yang dijumpai dari dalam kereta tersebut yang dikatakan berisi dadah dan Tertuduh Pertama baru sahaja menerima kunci kereta Perodua Axia tersebut daripada Tertuduh Kedua; dan i) Tertuduh Pertama mengatakan bahawa kereta Perodua Axia tersebut bukan miliknya dan Tertuduh Pertama tidak pernah menaiki kereta tersebut. [64] Antara kes-kes yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan termasuklah Siew Yoke Keong v. PP [2013] 3 MLJ 630, Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212, dan Jamaludin bin Md Kassim v. Public Prosecutor [2011] 2 MLJ 717. [65] Seterusnya pihak Pendakwaan berhujah bahawa kedua-dua Tertuduh telah gagal melepaskan beban pembuktian yang dapat menyokong naratif Pembelaan mereka apabila gagal mengemukakan penama Gan Ser Haw sebagai saksi Pembelaan yang dapat mengesahkan dakwaan Tertuduh Kedua bahawa Gan Ser Haw yang telah menyerahkan beg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 hitam mengandungi dadah kepada Tertuduh Kedua. Pihak Pendakwaan juga menghujahkan bahawa keterangan kedua-dua Tertuduh adalah tidak kredibel dan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [66] Pihak Pendakwaan telah merujuk kepada keputusan Mahkamah dalam kes-kes iaitu DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 dan Ali Tan bin Abdullah v. Public Prosecutor [2013] 2 MLJ 676. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [67] Pada peringkat kes Pembelaan, pihak Pendakwaan tetap mempunyai beban untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duis Akim & Ors v. PP [2013] 9 CLJ 692; [2014] 1 MLJ 49 dan PP v. Prabu A/L Nadaraja [2019] MLJU 1125; [2020] 4 CLJ 871; [2019] MLJU 1125). Seperti yang diputuskan didalam kes Wong Chee Tze & Anor v. PP [2016] 1 MLJ 186, tugas Mahkamah di akhir kes Pembelaan adalah hanya untuk menilai sama ada keterangan Tertuduh telah berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41 [68] Ianya adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa Pembelaan tertuduh hendaklah dikemukakan pada peluang paling awal iaitu semasa peringkat kes Pendakwaan supaya Pembelaan itu dapat di cabar oleh pihak Pendakwaan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan keterangan yang dibangkitkan pertama kali pada peringkat kes Pembelaan dianggap sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian (Lihat keputusan Mahkamah Agung dalam kes PP v. Li Lian Chen [1992] 4 CLJ 286, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho v. PP [2009] 3 CLJ 236 dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154). [69] Walaupun sesuatu kes Pembelaan itu adalah lemah dan tidak munasabah, Mahkamah perbicaraan tetap mempunyai tugas untuk menilai Pembelaan dan tidak menolaknya sewenang-wenang (lihat Azmer Mustafa v. Public Prosecutor [2014] 8 CLJ 413 CA; [2014] 3 MLJ 616; [2014] 1 LNS 413). [70] Setelah mempertimbangkan hujahan Peguambela terpelajar, pihak Pendakwaan serta keterangan saksi-saksi pihak Pembelaan, Mahkamah ini membuat penilaian dan dapatan seperti berikut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42 [71] Berdasarkan keterangan kedua-dua Tertuduh, ianya adalah jelas bahawa teras Pembelaan mereka adalah dadah yang ditemui di dalam beg yang digalas oleh Tertuduh Kedua dan dadah yang dijumpai dalam beg yang berada dalam kereta Perodua Axia sebenarnya dimiliki oleh penama Gan Ser Haw.
preamble
Menurut keterangan kedua-dua Tertuduh, penama Gan Ser Haw telah berada di Unit No 06-02 semasa mereka kembali ke Pangsapuri Pandan Wangi tetapi penama tersebut tidak lagi berada di situ semasa SP3 naik ke unit pangsapuri tersebut untuk membuat pemeriksaan. [72] Mahkamah merujuk semula kepada keterangan yang dikemukakan semasa peringkat kes Pendakwaan dimana penama Gan Ser Haw telah dibangkitkan pada kali pertama hanya melalui SP7 iaitu pihak yang telah menyewakan kereta Perodua Axia kepada Tertuduh Kedua. Penama Gan Ser Haw dinyatakan di dalam borang sewaan iaitu Eksibit P79 sebagai pemandu tambahan dan penjamin. Pemeriksaan balas terhadap SP7 hanya bertumpu kepada maklumat Gan Ser Haw sebagai pemandu tambahan dan penjamin. Mahkamah ingin menekankan bahawa pihak Pembelaan pada peringkat kes Pendakwaan tidak pernah membangkitkan nama Gan Ser Haw dalam Pemeriksaan Balas yang dilakukan terhadap SP3, SP9 dan SP19 sebagai individu yang sebenarnya menyerahkan beg mengandungi dadah kepada Tertuduh Kedua dan menyerahkan kunci kereta Perodua Axia kepada Tertuduh Pertama. Maka, naratif Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43 mengenai peranan Gan Ser Haw dan keberadaan Gan Ser Haw di unit pangsapuri bernombor 06-02 tidak pernah dicadangkan kepada pihak Pendakwaan. [73] Ianya jelas bahawa naratif Pembelaan kedua-dua Tertuduh hanya pertama kali dikemukakan kepada Mahkamah di peringkat kes Pembelaan. Maka berdasarkan kes-kes Li Lian Chen [supra], Tan Kim Ho [supra] dan Megat Halim Megat Omar [supra], kegagalan pihak Pembelaan mengemukakan Pembelaan yang berkaitan dengan penama Gan Ser Haw di peringkat kes Pendakwaan menyebabkan naratif yang ditimbulkan buat pertama kali pada peringkat kes Pembelaan dilihat sebagai satu Pembelaan yang difikirkan kemudian atau sekurang-kurangnya menyebabkan kredibiliti Pembelaan tersebut diragui. [74] Namun begitu, adalah menjadi tugas Mahkamah untuk tetap menilai Pembelaan tersebut walaupun kepercayaan terhadapnya diragui. Dalam kes Muhammad Faizal Dzulkifli v. PP [2017] 3 CLJ 424, Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: So, an afterthought defence is a defence that smacks of a recent invention on the part of an accused person. It is a defence that was never revealed during investigation, nor confronted to the relevant prosecution witnesses during their cross-examination in the prosecution stage. Such being its **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 44 nature, it is quite incapable, or difficulty of belief. Indeed, it arouses suspicion as to its veracity. But, the fact that it is unbelievable does not relieve the prosecution of its attendant duty throughout the entire case, to prove its case beyond reasonable doubt. Neither does it automatically mean that the court must therefore convict the accused person, on account that the defence has been a mere afterthought. Rather, on authority of the case of Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 it is still incumbent on the court to consider the entire evidence before it to see whether the accused person has raised a reasonable doubt in the prosecution's case. If such a lingering, as opposed to a fleeting or whimsical, doubt is created in the mind of the court, then the accused person is entitled, as a matter of law, to be acquitted and discharged forthwith, from the charge levied against [75] Seterusnya, dalam kes Ganapathy Rengasamy v. PP [1998]2 MLJ 577; [1988] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45 believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court's duty to consider the defence, the age old decision in Mat v PP [1963] MLJ 263 is still good law today as it was then. This was followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169 [78] Apabila Mahkamah menilai dari segi kegagalan pihak Pembelaan membangkitkan penama Gan Ser Haw dalam Pemeriksaan Balas terhadap SP3, SP9 dan SP19, maka Pembelaan kedua-dua Tertuduh bahawa penama Gan Ser Haw sebenarnya bertanggungjawab terhadap beg dan kereta Perodua Axia yang mengandungi dadah tidak dapat membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [79] Namun begitu, terdapat 3 perkara dalam keterangan kes Pembelaan yang memerlukan Mahkamah ini membuat penilaian selanjutnya. Pertama sekali, ianya adalah mengenai keberadaan kereta Perodua Axia di parkir pangsapuri tersebut. Keduanya, mengenai keterangan rakaman CCTV dan ketiga, adalah mengenai keterangan Tertuduh Kedua yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 mengatakan dia telah dibawa oleh pihak Polis ke Pontian untuk mengenalpasti rumah penama Gan Ser Haw. [80] Berkenaan dengan perkara pertama, keterangan saksi SP3 dan SP9 tidak mengatakan mereka telah melihat mana-mana Tertuduh memandu kereta Perodua Axia masuk ke kawasan parkir Pangsapuri. SP9 hanya menyerbu Tertuduh Pertama setelah menerima isyarat daripada SP3 mengenai pergerakan Tertuduh Pertama menuju ke kawasan parkir setelah keluar dari lif. [81] Semasa diperiksa balas oleh pihak Pendakwaan, Tertuduh Kedua telah memberi keterangan bahawa apabila dia dan Tertuduh Pertama kembali ke pangsapuri tersebut sekitar jam 7 malam, kereta Perodua Axia telahpun berada di situ. Berdasarkan laporan analisa rakaman CCTV iaitu Eksibit P138 pada muka surat 13 Tertuduh Kedua bersetuju bahawa kereta Perodua telah memasuki perkarangan pangsapuri pada jam 3.20 petang pada hari kejadian. Tertuduh Kedua bersetuju berdasarkan gambar dalam Eksibit P138 muka surat 14 dan 15, lelaki yang kelihatan berdiri berhampiran dengan kereta yang dipandu tersebut adalah Tertuduh Kedua sendiri. Kedua-dua Tertuduh menafikan bahawa kereta tersebut dipandu oleh Tertuduh Pertama. Semasa pemeriksaan utama, Tertuduh Kedua mengatakan bahawa penama Gan Ser Haw ingin meletakkan kereta Perodua Axia di kawasan parkir kereta pangsapuri dan Tertuduh Kedua telah menggunakan kad akses yang berada dalam simpanannya untuk membolehkan penama **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 47 Gan Ser Haw meletakkan kereta tersebut. Keterangan forensik tidak mengesahkan sama ada pemandu kereta Perodua Axia ialah Tertuduh Pertama atau orang lain kerana keadaan gambar yang tidak jelas. Berdasarkan keterangan Tertuduh Kedua, semasa penama Gan Ser Haw membawa kereta tersebut ke pangsapuri, Tertuduh Pertama berada di hotel. [82] Setelah Mahkamah menilai keterangan dan membuat dapatan, Mahkamah ini tidak yakin bahawa penama Gan Ser Haw mempunyai apa-apa peranan dalam hal milikan dadah yang ditemui di dalam beg yang digalas oleh Tertuduh Kedua serta beg-beg yang dijumpai dalam kereta Perodua Axia. Mahkamah mendapati tidak ada keterangan lain yang dapat menimbulkan keraguan bahawa penama Gan Ser Haw sebenarnya memandu kereta Perodua Axia dan bahawa kedua-dua Tertuduh tidak mempunyai akses kepada kereta tersebut pada masa yang material. [83] Seterusnya mengenai keterangan rakaman CCTV. Semasa peringkat kes Pendakwaan, Mahkamah telah mengarahkan pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kepada satu salinan CD yang mengandungi semua rakaman audio/visual yang dianalisa oleh SP16 dan SP17 kepada pihak Pembelaan untuk disemak juga oleh pihak Pembelaan. Rakaman yang terkandung di dalam CD tersebut bukan terhad hanya kepada gambar yang dirujuk di dalam Laporan Analisis iaitu eksibit P133 dan P138 tetapi keseluruhan rakaman CCTV pada 20.9.2020 dan 25.9.2020 yang mana tempoh rakaman **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48 berjumlah lebih daripada 20 jam. Maka, sekiranya penama Gan Ser Haw telah pergi ke pangsapuri tersebut pergerakan dia akan turut dirakam juga. Namun, Mahkamah mendapati tidak ada mana-mana bahagian rakaman telah dirujuk oleh pihak Pembelaan yang boleh menyokong naratif kes Pembelaan bahawa penama Gan Ser Haw berada di kawasan atau sekitar pangsapuri tersebut. [84] Akhir sekali, mengenai keterangan Tertuduh Kedua yang menyatakan dia telah memberitahu pihak Polis bahawa beg tersebut telah diserahkan oleh penama Gan Ser Haw dan bagi tujuan membuktikan kewujudan Gan Ser Haw, Tertuduh Kedua mengatakan pihak Polis telah membawa dia ke Johor untuk mengenalpasti rumah Gan Ser Haw. Perkara ini tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes Pendakwaan sedangkan perkara ini, jika benar, merupakan satu maklumat penting untuk Pembelaan Tertuduh Kedua. Namun begitu, Tertuduh Kedua tidak dapat mengemukakan apa-apa keterangan lanjut untuk menyokong dakwaannya. Selain itu, Tertuduh Kedua tidak memberitahu Mahkamah ini tentang sama ada pihak polis yang membawanya ialah anggota serbuan termasuk SP3 atau SP19. Tertuduh Kedua juga tidak memberitahu Mahkamah ini tentang tarikh sebenar dia dibawa oleh pihak Polis ke Johor selepas dia ditangkap. Semua perkara ini tidak dijelaskan semasa perbicaraan di hadapan Mahkamah. Oleh itu, tanpa apa-apa keterangan sokongan, Mahkamah melihat keterangan tersebut hanya sebagai satu dakwaan kosong. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 49 KESIMPULAN [85] Berdasarkan pertimbangan dan dapatan semua perkara termasuklah segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati kedua-dua Tertuduh telah gagal melepaskan beban keterangannya untuk membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap isu milikan dadah oleh kedua-dua Tertuduh yang mana mereka mempunyai jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah yang menjadi inti pertuduhan dalam kedua-dua kes. Di samping itu, setelah Mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua, Mahkamah juga mendapati kedua-dua Tertuduh telah gagal di atas imbangan kebarangkalian mematahkan anggapan perbuatan pengedaran dadah di bawah Seksyen 37(da) ADB 1952 bagi pertuduhan dalam kedua-dua kes. [86] Setelah menilai keseluruhan keterangan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah dan berpandukan kepada keputusan di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169; [1991] 3 CLJ 2073, Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua Tertuduh telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. Oleh yang demikian, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua Tertuduh di bawah setiap pertuduhan bagi Kes Pertama dan Kes Kedua. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 50 SABITAN [86] Oleh yang demikian, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua disabitkan dengan kesalahan mengedar berbahaya jenis Methamphetamine seberat 21,826 gram di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(1) Akta yang sama di bawah kes nombor MA-45A-16-10/2021 dan seterusnya kedua-dua Tertuduh juga disabitkan dengan satu kesalahan mengedar berbahaya jenis Methamphetamine seberat 14,667 gram di bawah peruntukan Seksyen dan akta yang sama di bawah kes nombor MA-45A- 18-10/2021. MITIGASI [87] Bagi tujuan mitigasi terhadap hukuman, pihak Pembelaan telah memohon agar hukuman pemenjaraan paling minima bermula dari tarikh tangkap dijatuhkan terhadap Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua. Hal ini kerana Tertuduh Pertama berusia 33 tahun dan merupakan yang menyara kedua-dua ibu bapanya manakala Tertuduh Kedua berumur 55 tahun, telah berkahwin dan menyara 3 orang anak. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 51 [88] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 52 Setelah mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati fakta di dalam kes ini tidak menyokong kewajaran hukuman mati dijatuhkan kepada kedua-dua Tertuduh. Mahkamah ini telah memberikan pendapatnya di dalam kes PP v. Umapathi Ganesan [2023] 9 CLJ 625 bahawa hukuman mati lebih wajar dijatuhkan dalam kes yang sangat serius berdasarkan faktor-faktor yang telah digariskan di dalam kes tersebut. [90] Berdasarkan pertimbangan semua perkara yang dihuraikan, Mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh 30 tahun dari tarikh tangkap iaitu 25/9/2020 terhadap kedua-dua Tertuduh bagi setiap pertuduhan di bawah kedua-dua kes. Hukuman 12 kali sebatan juga dijatuhkan terhadap Tertuduh Pertama manakala hukuman sebatan dikecualikan terhadap Tertuduh Kedua memandangkan umur Tertuduh Kedua telah melepasi had umur 50 tahun sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 289(c) Kanun Tatacara **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54 (MELAKA) Pihak Pendakwaan : Puan Nur Syazwanie Binti Marizan Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Aras 2 Wisma Persekutuan, Jalan Business City bandar MITC, 75450 Ayer Keroh Melaka. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.