Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JA-21NCvC-13-10/2024
JA-21NCvC-13-10/2024
High Court of Malaysia20 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“u, Ronex Properties Ltd v John Laing Construction Ltd & Ors [1982] 3 ALL ER 961, yang telah diputuskan di ms 968 sepertimana berikut: Where it is thought to be clear that there is a defence under the Limitation Act, the defendant can either plead that defence and **Note : Serial number will be used to verify the origin”
“Kulasingam & Anor v Commisioner of Lands, Federal Territory & Ors [1982] 1 MLJ 204; [1982] CLJ (Rep) 314, dimana Eusoffe Abdoolcader J berpendapat seperti berikut: “It is a body registered under the Societies Act and Section 9 (c) thereof spesifically provides that a society may sue in the name of its registered public”
“49. Malah kebolehterimaan atau tidak tindakan plaintif sebenarnya termasuk dalam dictum oleh James Foong JCA di dalam kes Chin Mee Keong & Others v Pesuruhjaya Sukan [2007] MLJU 413; [2007] 5 CLJ 363, yang berbunyi seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILI”
“27. Kes-kes lain yang dirujuk adalah Duta Arif Sdn Bhd v chartered Development Corp [2008] 6 MLJ 139; Alliance Investment Bank Sdn Bhd v Good Quantum Sdn Bhd [2010] MLJU 1679, [2011] 4 CLJ 861 dan Cepatwawasan Group Bhd v Tengku Dato’ Kamal ibni Sultan Sir Abu Bakar [2008] 2 MLJ 915 yang mana di dalam kes-kes tersebut”
“Mahkamah, seperti tindakan yang difailkan dengan niat tidak betul atau cubaan mendapatkan manfaat sampingan (collateral benefit). Rujuk kes Tan Wei Hong & Ors v Malaysia Airlines System Berhad & Ors [2017] MLJU 487 (CA)”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: JA-21NCvC-13-10/2024
1
ANTARA CHIA SOON HUP (NO. K/P: 610502-01-5957) (menuntut sebagai pegawai awam
2
Persatuan Penjual-Penjual Daging Babi Johor) JACMAN SU HWAI JEAT (NO. K/P: 810123-01-5099) (menuntut sebagai pegawai awam
3
Persatuan Penjual-Penjual Daging Babi Johor) TAN TECK MENG (NO. K/P: 610902-01-5235) (menuntut sebagai pegawai awam Persatuan Penjual-Penjual Daging Babi Johor) ….PLAINTIF-PLAINTIF
1
DAN CELL DIVERSIFIED SDN BHD
4
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN 14/10/2025 17:16:08 JA-21NCvC-13-10/2024 Kand. 47 ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 7 DAN LAMPIRAN 25 SECARA BERSESAMA)
1
Defendan Pertama memfailkan permohonan bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15.10.2024 yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula, menurut kepada Aturan 18, kaedah 19(1)(a) dan/atau
b
dan/atau
d
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92, kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) [Lampiran 7] Alasan-alasan ringkas bagi menyokong permohonan Defendan Pertama adalah seperti yang berikut:-
a
Plaintif-Plaintif yang telah dinamakan di sini bukan merupakan pihak yang mempunyai kedudukan di sisi undang-undang (“locus standi”) untuk memulakan dan mempertahankan tindakan di sini terhadap Defendan Pertama berhubung dengan hal perkara bagi guaman di sini.
b
Tindakan dan/atau guaman yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif di sini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah yang Mulia ini atas alasan-alasan yang berikut:-
i
relif-relif utama yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif dalam tindakan dan/atau guaman di sini sepatutnya dipohon melalui satu permohonan bagi Semakan Semula (“Judicial Review”), antara lain, terhadap Defendan-Defendan Kedua hingga Keempat;
II
(ii) Plaintif-Plaintif telahpun berada di luar tempoh masa yang ditetapkan untuk memfailkan satu permohonan bagi Semakan Semula; dan
III
(iii) Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan dan/atau guaman di sini sebagai satu cara untuk mengatasi perkara tersebut, di mana tindakan dan/atau guaman di sini adalah dianggap sebagai satu pendekatan pintu belakang (“backdoor approach”) yang diambil oleh Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan relif-relif yang sama sepertimana yang sepatutnya hanya boleh dipohon melalui satu permohonan bagi Semakan Semula.
c
Tindakan dan/atau guaman yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama di sini tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama dan/atau adalah remeh atau menyusahkan. 4 2. Secara ringkasnya alasan-alasan yang menyokong permohonan ini adalah seperti berikut: i) Plaintif tidak mempunyai locus standi yang sepatutnya untuk memfailkan tindakan ini; ii) Pemfailan guaman ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah yang mulia ini yang sepatutnya difailkan menerusi Judicial Review (JR) bagi Defendan Kedua hingga Defendan Keempat; iii) Guaman ini tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Pertama.
3
Defendan Kedua (D2), Ketiga (D3) dan Keempat (D4) pula melalui Lampiran 25 memohon perintah agar Mahkamah Yang Mulia di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) serta Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012 untuk :
1
Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 15.10.2024 dibatalkan;
2
Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 15.10.2024 hendaklah dibatalkan kerana gagal mendedahkan kausa tindakan munasabah;
3
Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarih 15.10.2024 dibatalkan kerana ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan;
4
Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarih 15.10.2024 dibatalkan kerana ia merupakan suatu Penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of process); dan/atau
5
Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarih 15.10.2024 dibatalkan dibawah kuasa sedia ada (inherent power) Mahkamah. Alasan yang dikemukakan oleh D2,D3 dan D4 adalah seperti berikut:
i
Plaintif tiada kausa tindakan yang munasabah terhadap D2,D3 dan D4;
II
(ii) Tindakan plaintif terhadap D2, D3 dan D4 adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan dan/atau adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
4
Secara kesimpulannya Permohonan yang dipohon oleh kesemua Defendan (D1, D2, D3 dan D4 ) adalah berdasarkan Aturan 18 k.19 (1)(a) dan/atau (b) dan/atau (d) dan Aturan 92 k.4 KKM 2012 serta alasan-alasan yang dinyatakan juga sama iaitu :- 1) Plaintif tiada kausa tindakan yang munasabah dan tiada locus standi; 2) Penyalahgunaan proses Mahkamah yang mulia ini yang sepatutnya difailkan menerusi JR bagi Defendan Kedua hingga Defendan Keempat dan ia adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan.
5
Oleh itu untuk tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini Mahkamah akan menyentuh berkenaan dua isu utama tersebut samada ia mematuhi kehendak Aturan 18 Kaedah.19(1)(a) dan/atau
b
dan/atau (d) dan Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012. FAKTA KES
6
Plaintif Pertama merupakan Pegawai Awam dan Pengerusi sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Penjual-penjual Daging Babi Johor Selatan (Persatuan tersebut) yang ditubuhkan dibawah Akta Persatuan, 1966 dan beralamat di No.116, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru.
7
Plaintif Kedua merupakan Pegawai Awam dan Setiausaha Persatuan tersebut dan mempunyai alamat di Lot 187, Jalan Ban Foo, Ulu Tiram, Johor Bahru.
8
Plaintif Ketiga adalah Pegawai Awam dan Bendahari Persatuan tersebut dan mempunyai alamat di No.57, Jalan Sagu 36, Taman Daya, Johor Bahru. Plaintif-plaintif membawa tuntutan ini selaku pihak Pegawai Awam Persatuan tersebut bagi faedah mereka dan bagi faedah ahli-ahlinya.
9
Defendan Pertama mengendalikan sebuah rumah sembelih (abattoir) untuk penyembelihan babi yang terletak di Johor Bahru. Defendan Ketiga menyewakan premis rumah sembelih tersebut kepada Defendan Pertama. Defendan Kedua merupakan badan yang mengawal selia perniagaan penyembelihan haiwan di Malaysia. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga berkhidmat di bawah kawalan Defendan Keempat.
10
Di bawah Akta Rumah Sembelih (Fi) 2003, kadar yang ditetapkan berkaitan dengan Defendan Pertama adalah sebanyak RM23 seekor babi. Walau bagaimanapun, Defendan Pertama bebas untuk menambah caj tambahan (surcharge) ke atas harga yang ditetapkan bagi menampung kenaikan kos logistik, tenaga kerja dan lain-lain. Oleh itu, sebelum melaksanakan harga baharu (iaitu harga ditetapkan beserta caj tambahan), Defendan Pertama perlu mendapatkan kelulusan atau pengesahan daripada Defendan Kedua.
11
Bagi tujuan tersebut, melalui surat bertarikh 23.10.2023, Defendan Pertama telah menulis kepada Defendan Kedua bagi mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Melalui surat bertarikh 18.12.2023, Defendan Kedua telah memaklumkan bahawa mereka tiada bantahan terhadap pengenaan caj tambahan tersebut. Kedua-dua surat ini ditunjukkan dalam Afidavit Sokongan sebagai “Eksibit CSW-1” dan “Eksibit CSW-2”.
12
Oleh itu, caj keseluruhan yang dicadangkan untuk dikenakan telah tanpa ragu-ragu diluluskan dan disahkan oleh Defendan Kedua melalui kedua-dua surat tersebut.
13
Susulan koresponden itu, Defendan Pertama telah memaklumkan kepada semua pelanggannya mengenai kenaikan harga yang akan berkuat kuasa pada 1.1.2024. Memo bertarikh 23.12.2023 ini ditunjukkan dalam Afidavit Sokongan sebagai “Eksibit CSW-3”.
14
Plaintif-plaintif yang mendakwa mewakili semua ahli dan/atau pelanggan Defendan Pertama, telah menulis kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga tersebut. Surat bantahan ini ditunjukkan dalam Afidavit Sokongan sebagai “Eksibit CSW-4” dan “Eksibit CSW-5”.
15
Selain itu, Plaintif-plaintif juga telah menulis kepada Defendan Kedua pada 22.1.2024 untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga tersebut. Dalam surat itu, Plaintif-plaintif telah melampirkan satu memo mengandungi 74 tandatangan (didakwa ahli dan/atau pelanggan Defendan Pertama) yang tidak bersetuju dengan kenaikan harga. Surat ini ditunjukkan dalam Afidavit Jawapan Defendan Pertama sebagai “Eksibit CSW-7”.
16
Defendan Kedua sebagai pihak berkuasa kerajaan yang relevan telah menjawab surat Plaintif-plaintif dengan menyatakan bahawa mereka tiada bantahan terhadap caj tambahan yang dikenakan oleh Defendan Pertama. Surat bertarikh 9.2.2024 ini ditunjukkan dalam Afidavit Sokongan sebagai “Eksibit CSW-6”.
17
Oleh itu, isu kenaikan harga ini telah diselesaikan secara muktamad melalui surat Defendan Kedua bertarikh 9.2.2024 (“Eksibit CSW-6”).
18
Selepas itu, Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan ini pada 15.10.2024. Secara ringkasnya, Plaintif-plaintif menuntut remedi berikut: a. Deklarasi bahawa pungutan caj penyembelihan tambahan sebanyak RM20.00 bagi setiap ekor khinzir yang dihantar untuk disembelih di Rumah Sembelih (Babi) Johor Bahru oleh Defendan Pertama adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah; b. Deklarasi bahawa Defendan Pertama hanya berhak mengenakan caj RM23.00 sebagaimana caj yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Rumah Penyembelihan (Fi), 2005/Abattoirs (Fees) Rules,2005 dan/atau undang-undang berkaitan berkenaan penyembelihan setiap ekor khinzir; c. Deklarasi bahawa kandungan surat bertarikh 9.2.2024 dan 20.8.2024 daripada Defendan Kedua adalah ultra vires dan menyalahi peruntukan Kaedah-Kaedah Rumah Penyembelihan (Fi), 2005/Abattoirs (Fees) Rules,2005 ; d. Deklarasi bahawa kandungan surat bertarikh 9.2.2024 dan 20.8.2024 daripada Defendan Kedua yang membenarkan Defendan Pertama mengenakan caj tambahan adalah menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan e. Injuksi untuk menghalang Defendan Pertama daripada mengenakan caj tambahan tersebut; f. Perintah bahawa Defendan Pertama memulangkan jumlah RM1,533,880.00 yang merupakan caj tambahan RM20.00 yang telah dipungut olehnya dari 1.1.2024 sehingga 15.9.2024 terhadap ahli-ahli Persatuan Penjual-Penjual Daging Daging Babi Johor Selatan dalam tempoh 07 hari dikiran dari 16.9.2024 sehingga ke tarikh Perintah ini; g. Jumlah tersebut dibayar kepada peguam Plaintf-plaintif; h. Gantirugi untuk ditaksirkan; i. Faedah pada kadar 5% setahun dari tempoh caj tambahan mula-mula dikenakan dari 1.1.2024 sehingga penyelesaian penuh; j. Kos; dan k. Lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
19
Berdasarkan kepada Penyata Tuntutan, afidavit-afidavit yang difailkan, Plaintif-plaintif sebagai wakil persatuan sebenarnya tidak berpuas hati dengan kadar caj yang dikenakan oleh Defendan Pertama. Mereka kemudiannya telah memfailkan saman ini untuk mencabar kelulusan Defendan Kedua berhubung kenaikan harga keseluruhan tersebut.
20
Setelah Mahkamah membaca, meneliti dan menilai Permohonan di Lampiran 7 dan Lampiran 25, afidavit-afidavit yang difailkan dan Hujahan Kedua-dua belah pihak, Mahkamah pada 20 Ogos 2025 telah membenarkan permohonan di Lampiran 7 dengan kos sebanyak RM7000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama dan juga Lampiran 25 dibenarkan dengan kos RM7000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan kedua hingga Keempat tidak tertakluk kepada alokatur. Oleh itu Lampiran 1 iaitu Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif-Plaintif dibatalkan. Lantaran itu Pihak Plaintif-plaintif telah tidak berpuashati dengan keputusan ini dan telah memfailkan Notis Rayuan ini pada 18 September 2025.
21
Jelas sekali, Plaintif-plaintif sebenarnya berniat untuk mencabar keputusan eksekutif ini melalui jalan belakang bagi mencapai suatu Semakan Kehakiman (Judicial Review), sedangkan tempoh masa untuk berbuat demikian telah pun luput.
22
Penyalahgunaan proses Mahkamah ini merupakan teras utama hujahan Defendan-Defendan dalam kes ini.
23
Selain itu, Plaintif-plaintif juga telah memfailkan pliding yang tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang sah sebagai suatu tindakan wakil (representative suit) Persatuan Penjual-Penjual Daging Babi Johor dan seterusnya tidak mempunyai locus standi. PRINSIP UMUM BERKAITAN PEMBATALAN PLIDING
24
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Peruntukan yang relevan adalah seperti berikut: Pembatalan Pliding dan Endorsan (O.18, k.19) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012,
1
Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan-alasan bahawa:-
a
ia mendedahkan sebarang kausa tindakan atau pembelaan yang yang tidak munsabah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
b
ia mengaibkan, remeh (frivolous) atau menyusahkan (vexatious);
c
ia boleh menjejaskan, meghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
d
ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.” (Penakanan ditekankan)
25
Peruntukan Aturan 18 Kaedah 19, KKM 2012 digubal untuk kes-kes yang tidak mempunyai asas undang-undang atau sebaliknya bersifat remeh (frivolous) dan menyusahkan (vexatious).
26
Kes rujukan utama yang menjelaskan aplikasi Aturan 18 Kaedah 19 ialah penghakiman Mohamed Dzaiddin SCJ (kemudiannya Ketua Hakim Negara) dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 (SC), di mana beliau menyatakan: “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck v Wilkinson [1899] 1 QB 86, p 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (Attorney-General of Duchy of Lancaster v L & NW Ry Co [1892] 3 Ch 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v Moloney [1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 Rules of the High Court) (Hubbuck v Wilkinson)). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” (penekanan ditekankan)
27
Kes-kes lain yang dirujuk adalah Duta Arif Sdn Bhd v chartered Development Corp [2008] 6 MLJ 139; Alliance Investment Bank Sdn Bhd v Good Quantum Sdn Bhd [2010] MLJU 1679, [2011] 4 CLJ 861 dan Cepatwawasan Group Bhd v Tengku Dato’ Kamal ibni Sultan Sir Abu Bakar [2008] 2 MLJ 915 yang mana di dalam kes-kes tersebut Mahkamah memutuskan prinsip-prinsip yang menjadi panduan mahkamah dalam melaksanakan kuasanya di bawah mana-mana daripada empat cabang Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi telah pun mantap dan diterima pakai dengan jelas.
28
Mahkamah di dalam kes-kes tersebut memutuskan bahawa proses di bawah peraturan ini hanya boleh digunakan dalam kes yang jelas dan nyata sahaja, dan hanya boleh digunakan apabila ternyata secara jelas bahawa tuntutan atau pembelaan tersebut “tidak dapat dipertahankan sama sekali”.
29
Pernyataan tuntutan atau pembelaan itu mestilah benar-benar tidak berasas, tidak mempunyai sebarang sandaran, atau tidak mempunyai asas dalam undang-undang atau ekuiti sebelum boleh dibatalkan (struck out). ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ISU TIADA LOCUS STANDI DAN KAUSA TINDAKAN UNTUK MEMULAKAN TINDAKAN INI [A.18 k.19 (1) (a)] Cabang/limb (a): Tiada kausa tindakan atau pembelaan yang munasabah 30. Kuasa untuk membatalkan sesuatu tindakan yang tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah adalah satu kuasa summary (summary power), dan hanya boleh digunakan dalam kes yang pada zahirnya tidak dapat dipertahankan.
31
Kausa tindakan yang munasabah bermaksud satu kausa tindakan yang mempunyai sedikit peluang untuk berjaya, dan bukanlah sesuatu yang tidak berasas, tidak berlandaskan apa-apa asas, atau tiada asas dalam undang-undang. Selagi penyataan tuntutan mendedahkan suatu kausa tindakan atau menimbulkan persoalan yang wajar untuk diputuskan dalam perbicaraan, fakta bahawa kes itu lemah atau tidak mungkin berjaya bukanlah alasan untuk dibatalkan.
32
Bagi menentukan sama ada wujud kausa tindakan yang munasabah dan sah, adalah perlu untuk meneliti penyataan tuntutan bagi memastikan bahawa unsur-unsur penting sesuatu kausa tindakan wujud. Dalam penelitian ini, mahkamah menganggap dakwaan yang dibuat dalam tuntutan tersebut sebagai benar. Rujuk kes Tony Pua Kiam Wee v Government of Malaysia and another appeal [2019] 12 MLJ 1 (FC).
33
Tuntutan yang cacat tetapi boleh diperbaiki melalui pindaan tidak sepatutnya dibatalkan. Rujuk kes Metroplex Holdings Sdn Bhd v Commerce International Merchant Bankers Bhd [2013] 4
34
Defendan Pertama menghujahkan bahawa Plaintif-plaintif tidak mempunyai locus standi yang diperlukan untuk memulakan tindakan ini terhadap Defendan Pertama kerana: a. Tidak jelas sama ada ahli-ahli Persatuan terdiri daripada Individu dan/atau syarikat yang benar-benar mempunyai kepentingan dalam perkara ini; dan b. Plaintif-plaintif tidak mempunyai sebarang hubungan undang-undang atau komersial dengan Defendan Pertama.
35
Isu locus standi bukan sekadar persoalan ketidakaturan prosedur, tetapi ia merupakan satu isu substantif undang-undang atas alasan bahawa jika seseorang tidak mempunyai locus standi, tindakannya tidak boleh diteruskan. (Rujukan dibuat kepada kes Ch’ng Team Soo @ Cheng Chuy Seng & Ors v Khor Hok Kee & Ors [2012] 10 MLJ 280 oleh Defendan Pertama dipersetujui oleh Mahkamah ini).
36
Pernyataan Tuntutan tidak mendedahkan hubungan rapat (sufficient proximity) yang membolehkan Plaintif-plaintif memfailkan tindakan ini, kecuali dakwaan semata-mata bahawa sebahagian ahli mereka telah menanggung harga yang dinaikkan dan membuat tabulasi angka dari 1.1.2024 hingga 15.9.2024. Selepas itu, mereka menuntut jumlah sebanyak RM1,533,880.00 sebagai ganti rugi khas pada perenggan 20 Pernyataan Tuntutan.
37
Diperturunkan semula sebagaiman yang di nyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif di para 10 Pernyataan Tuntutan tersebut: BULAN JUMLAH (RM) Januari RM202,880.00 Febuari RM161,500.00 Mac RM175,580.00 April RM176,340.00 Mei RM192,520.00 Jun RM159,040.00 Julai RM181,840.00 Ogos RM197,340.00 September
i
Adakah jumlah dalam tabulasi itu benar-benar ditanggung oleh ahli mereka?
II
(ii) Siapakah ahli yang relevan? Untuk persoalan (i) dan (ii) Mahkamah ini mendapati tidak dapat dipastikan asas tuntutan tersebut kerana tiada dinyatakan kiraan terperinci dan berdasarkan apa kiraan tersebut dibuat samada melalui minit mesyuarat/Mesyuarat Agung/Mesyuarat Agung Luar Biasa?
III
(iii) Adakah Afidavit mereka mendedahkan sebarang bukti sokongan untuk mengukuhkan tabulasi tersebut?
38
Untuk persoalan ini tiada dikemukakan apa-apa bukti sokongan setakat yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan.
39
Plaintif hanya menyatakan bahawa satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada 8.7.2024 telah memutuskan untuk memulakan tindakan ini. Namun begitu, minit mesyuarat tersebut tidak dikemukakan, walaupun telah dicabar dalam Afidavit Jawapan Defendan Pertama.
40
Adalah hujahan Defendan Pertama bahawa berdasarkan fakta-fakta di atas sahaja yang mana dipersetujui oleh Mahkamah ini adalah jelas bahawa Plaintif dan ahli-ahlinya tidak mempunyai locus standi atau hubungan rapat (proximity) yang diperlukan dengan Defendan Pertama untuk memulakan Saman ini.
41
Berhubung isu locus standi dan memutuskan samada Plaintif Pertama sebagai Pengerusi Persatuan, Plaintif Kedua sebagai Setiausaha Persatuan dan Plaintif Ketiga sebagai Bendahari Persatuan berhak untuk menyaman Defendan-Defendan melalui tindakan representasi untuk dan bagi pihak kesemua ahli-ahlinya, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif mendakwa bahawa tindakan yang diambil adalah tindakan secara representatif bagi pihak ahli- ahlinya sebagaimana yang dinyatakan di para 7(i) Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif menyatakan bahawa Persatuan tersebut mempunyai alamat di No.28 & 28A, Jalan Tanjung, Taman Dato Penggawa Barat, Johor Bahru dan mempunyai seramai 148 orang ahli yang terdiri daripada pihak-pihak dan Syarikat-syarikat yang menternak khinzir bagi tujuan penyembelihan dagingnya untuk dinikmati oleh orang awam bukan beragama Islam di Johor Selatan dan Persatuan tersebut telah wujud sejak bulan Julai, 1979 lagi.
41
Namun tiada di dalam mana-mana afidavit jawapan plaintif-plaintif dikemukakan kepada Mahkamah bahawa plaintif-plaintif adalah yang dikatakan Pegawai Awam kepada persatuan tersebut dan mereka juga gagal memperincikan butiran setiap tuntutan atau ahli-ahli persatuan yang terlibat. Tiada apa-apa dokumen sokongan di dalam affidavit jawapan mereka. Yang ada hanyalah pernyataan yang sangat umum.
1
Akta Pertubuhan 1966 memperuntukan seperti berikut:
14
Information to be furnished by societies, order of the Registrar to furnish information, Registrar to approve audit and provisional order for dissolution
1
Every registered society shall, within sixty days after the holding of its annual general meeting or if no annual general meeting is held, within sixty days after the end of each calendar year, forward to the Registrar—
a
(a)a true and complete copy of any amendments to the rules of such society made since the date of registration or of the last return;
b
(b)a true and complete list of office-bearers and the number of members of such society residing in Malaysia or present therein at the date of such return or, if such society has no office-bearers residing or present in Malaysia, the name, address and occupation of the person in Malaysia uthorized to act for or on behalf of the society, and the number of members as aforesaid together with a true and complete list of the office-bearers of all the branches (if any) of the society;
c
(c)the address of the society or of the place of business of the society;
43
Di bawah peruntukan ini, Mahkamah dapat menilai dan mengesahkan kewujudan persatuan tersebut. Lazimnya, semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), satu Jawatankuasa baharu akan dilantik. Minit rasmi Mesyuarat Agung Tahunan tersebut akan merekodkan pelantikan Jawatankuasa baharu berkenaan, termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, dan hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha serta disahkan oleh Pengerusi Mesyuarat.
44
Tambahan pula di dalam kes ini Persatuan tersebut telah ditubuhkan sejak bulan Julai 1979 lagi. Tidak semestinya dengan hanya bersandarkan kepada Persatuan yang telah lama wujud Mahkamah ini seharusnya mengambil ’judicial notice’ berkenaan hal ini. Jika demikianlah anggapan plaintif-plaintif di dalam kes ini maka ianya adalah sesuatu yang telah salah arah. Dengan hanya menyatakan bahawa Persatuan tersebut telah lama wujud tidak semestinya mereka tidak perlu mengikuti peruntukan yang ada di bawah Akta Persatuan 1966 tersebut. Mahkamah ini tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan tersebut memandangkan ia membawa kesan kepada locus standi dan kausa tindakan pihak-pihak.
45
Selain itu, sekurang-kurangnya plaintif-plaintif boleh melalui permohonan rasmi kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengesahkan bahawa seseorang itu berdaftar sebagai Pengerusi/Presiden bagi tempoh tertentu. Perkara ini juga tiada dibuat oleh plaintif-plaintif. Kepala surat daripada Persatuan sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan locus yang ada kepada plaintif-plaintif.
46
Selain itu peruntukan di bawah s.9 (c) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan seperti berikut: Provisions applicable to registered societies. The following provisions shall apply to registered societies—
a
(a)the movable property of a society, if not vested in trustees, shall be deemed to be vested for the time being in the governing body of the society, and in all proceedings civil and criminal, may be described as the property of the governing body of the society by its proper title if known;
b
(b)the immovable property of a society may, if not registered in the names of trustees, notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, be registered in the name of the society, and all instruments relating to that property shall be as valid and effective as if they had been executed by a registered proprietor provided that they are executed by three office-bearers for the time being of the society, whose appointments are authenticated by a certificate of the Registrar, and sealed with the seal of the society;
c
(c)a society may sue or be sued in the name of such one of its members as shall be declared to the Registrar and registered by him as the public officer of the society for that purpose, and, if no such person is registered, it shall be competent for any person having a claim or demand against the society to sue the society in the name of any office-bearer of the society;
47
Melalui peruntukan ini suatu persatuan boleh menyaman atas kapasiti pegawai awamnya tetapi jika tiada pegawai awam yang didaftarkan, tuntutan representasi oleh seorang atau lebih daripada anggota jawatankuasa bagi pihak persatuan adalah mencukupi. Oleh itu peruntukan ini adalah penting kepada Mahkamah ini untuk menentukan siapakah yang layak untuk membawa sesuatu tindakan sivil terhadap seseorang atau terhadap sesebuah Syarikat atau terhadap sesiapa sahaja bagi mewakili sesebuah Persatuan.
48
Memandangkan tiada apa-apa dokumen yang membuktikan lokus plaintif-plaintif dalam tindakan ini selain daripada intitulment yang meletakkan nama-nama plaintif bersama jawatan mereka didalam persatuan sahaja, Mahkamah tidak boleh memastikan samada plaintif-plaintif adalah office bearers kepada Persatuan tersebut ataupun mereka adalah berkapasiti sebagai pegawai awam Persatuan tersebut.
49
Malah kebolehterimaan atau tidak tindakan plaintif sebenarnya termasuk dalam dictum oleh James Foong JCA di dalam kes Chin Mee Keong & Others v Pesuruhjaya Sukan [2007] MLJU 413; [2007] 5 CLJ 363, yang berbunyi seperti berikut: … the approach should be these: Firstly, for certain, an association cannot sue in its own name. Preferably an action should be commenced by its registered public officer. If none is registered as such, then it is permissible for any office-bearer of the association to mount a claim for and on behalf of its members. This would put him on the same footing as a representative for others having the same interest in the proceeding which is permitted under Order 15 r 12 of the RHC.” Di dalam kes Mahkamah Persekutuan S Kulasingam & Anor v Commisioner of Lands, Federal Territory & Ors [1982] 1 MLJ 204; [1982] CLJ (Rep) 314, dimana Eusoffe Abdoolcader J berpendapat seperti berikut: “It is a body registered under the Societies Act and Section 9 (c) thereof spesifically provides that a society may sue in the name of its registered public officer. If there is no member registered as such, but we have not been told that is so, then we would think that if it was at all necessary for the Association to sue jointly as a Plaintif a representative claim by one or more of its office bearers on behalf of members would be the solution’
50
Oleh itu adalah penting untuk plaintif-plaintif sekurang-kurangnya menunjukkan kepada Mahkamah ini apa-apa dokumen untuk memenuhi keperluan asas tersebut sebelum memulakan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan dan kegagalan tersebut menyebabkan Mahkamah ini mendapati bahawa tiada lokus dan juga tiada kausa tindakan untuk plaintif-plaintif memulakan tindakan ini dan sememangnya tuntutan plaintif-plaintif adalah remeh dan menyusahkan Mahkamah ini dan ia telah terangkum di dalam A.18 k,19 limb (a) KKM 2012. ISU PENYALAHGUNAAN PROSES MAHKAMAH [A.18 k.19(1)(b) dan/atau(d)]
b
dan/atau
d
(d): Penyalahgunaan Proses Mahkamah.
51
Ini merupakan asas paling luas bagi permohonan pembatalan (striking out). Ia berkait rapat dan bertindih dengan cabang-cabang lain. Penyalahgunaan proses Mahkamah berlaku apabila proses Mahkamah digunakan bukan dengan niat baik dan bagi tujuan yang sah, tetapi sebagai alat untuk menindas, menyusahkan atau bagi tujuan tersembunyi, atau dengan lebih mudah, apabila proses tersebut disalahgunakan. Cabang (d) ini merupakan alat penting dalam senjata Mahkamah untuk mencegah penyalahgunaan proses. Kaedah 19(1)(d) melangkaui asas-asas lain dan merangkumi semua bentuk penyalahgunaan proses Mahkamah, seperti tindakan yang difailkan dengan niat tidak betul atau cubaan mendapatkan manfaat sampingan (collateral benefit). Rujuk kes Tan Wei Hong & Ors v
52
Kategori kelakuan yang menjadikan sesuatu tuntutan sebagai penyalahgunaan proses tidaklah tertutup, dan ia akan bergantung kepada semua keadaan yang relevan dalam sesuatu kes.
53
Di dalam kes ini Plaintif-plaintif telah memulakan tindakan dengan mode permulaan tindakan yang salah terhadap D2,D3 dan D4 kerana Keputusan D2 yang membenarkan caj tambahan tersebut melalui surat bertarikh 9.2.2024 adalah suatu Keputusan oleh Pihak Berkuasa Awam (Public Authority), maka tindakan writ ini bukanlah mode yang wajar dan yang ditetapkan oleh Undang-Undang untuk memulakan tindakan.
54
Mode tindakan yang betul adalah melalui Semakan Kehakiman (Judicial Review) yang diperuntukan dibawah Akta Relief 1950, kuasa sedia ada (inherent powers) yang diberikan kepada Mahkamah di bawah Akta Kehakiman Mahkamah 1964, serta peruntukan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
55
Tiada cara lain yang diperuntukkan untuk mencabar keputusan sesuatu badan eksekutif di Mahkamah, melainkan dengan mematuhi kehendak Aturan 53
2012
Inilah perlindungan yang dimaksudkan oleh Akta Relief 1950 untuk memastikan bahawa keputusan yang dibuat oleh badan eksekutif tidak diganggu dengan cabaran yang tidak perlu atau bersifat remeh. Tiada jalan pintas untuk mencabar keputusan Defendan Kedua, Ketiga an Keempat kecuali melalui Semakan Kehakiman dengan memohon perintah certiorari dan mandamus.
56
Saman Plaintif-Plaintif dalam kes ini pada pandangan Mahkamah ini sebenarnya adalah satu Semakan Kehakiman yang berselindung disebalik tuntutan deklaratori. Hakikatnya, Plaintif-plaintif tidak mahu membayar harga yang telah disemak semula dan diluluskan oleh Defendan Kedua. Keputusan inilah yang sebenarnya dicabar. Satu-satunya remedi yang betul dan wajar bagi Plaintif-plaintif ialah dengan memfailkan permohonan Semakan Kehakiman untuk membatalkan keputusan tersebut menurut peruntukan Akta Relief 1950.
57
Dalam berbuat demikian, Plaintif-plaintif mempunyai tempoh 90 hari di bawah Aturan 53, Kaedah 3(6) KKM 2012, bermula daripada tarikh keputusan dimaklumkan iaitu pada 9.2.2024 untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi memulakan prosiding Semakan Kehakiman. Plaintif-plaintif kini telah luput masa yang sepatutnya untuk memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman pada/sebelum 19.11.2024 untuk mencabar surat bertarikh 9.2.2024 tersebut.
58
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa didalam Afidavit Jawapan Plaintif di Lampiran 27, Plaintif-plaintif telah cuba mengelak daripada isu ini dengan menyatakan bahawa tuntutan mereka bukan berasaskan mana-mana keputusan atau arahan. Mereka menyatakan: “Tuntutan ini tidak bersandarkan apa-apa keputusan, arahan, atau direktif yang diperbuat oleh Defendan Kedua sepertimana yang diadukan.” 59 Selepas itu, Plaintif-plaintif mengemukakan hujahan alternatif dengan menyatakan bahawa Defendan Kedua tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan caj tambahan tersebut. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa walau apa cara sekalipun Plaintif mengolah atau mengubah cara tuntutannya, pada akhirnya ia tetap merupakan suatu cabaran terhadap keputusan yang dibuat oleh Defendan Kedua.Jelas bahawa tindakan Plaintif-Plaintif adalah dihalang oleh had masa dan menggunakan jalan belakang dengan memfailkan writ saman ini akibat kelewatan dan melebihi had masa tersebut yang mana jika membenarkan writ saman plaintif-plaintif ini diteruskan, maka Mahkamah akan bertindak di luar bidangkuasa kerana plaintif-plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah.
60
Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Yasak bin Ibrahim (bertindak sebagai pemegang kuasa kepada pewaris-pewaris si mati Shuaib@Shuib bin Hussain) v Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang dan satu lagi [2024] 4 MLJ 656, Y.A. Nantha Balan (JCA) memutuskan;
1
Secara prinsipnya. Jika sesuatu tindakan itu telah dihalang oleh had masa, maka responden-responden berhak untuk membatalakn tindakan tersebut kerana dianggap mengaibkan, remeh, menyusahkan dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Y.A JCA juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Inggeris iaitu, Ronex Properties Ltd v John Laing Construction Ltd & Ors [1982] 3 ALL ER 961, yang telah diputuskan di ms 968 sepertimana berikut: Where it is thought to be clear that there is a defence under the Limitation Act, the defendant can either plead that defence and seek the trial of a preliminary issue, or in a very clear case, he can seek to strike out claim on the ground that it is frivolous, vexatious and an abuse of the process of the court and support his application with evidence.”
61
Oleh itu tindakan plaintif-plaintif secara jelas telah menyalahgunakan proses Mahkamah dan ia adalah mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta mengganggu proses keadilan. Oleh itu ia tertakluk dibawah peruntukan A.18 k.19(1)(b) dan (d) KKM 2012 yang membolehkan Mahkamah ini menggunakaan budibicaranya untuk membatalkan writ saman dan penyata tuntutan plaintif-plaintif di dalam kes ini.
62
Mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (ROC 2012) untuk membatalkan pliding yang didapati remeh, menyusahkan atau mengaibkan, serta untuk menangguhkan atau menolak sesuatu tindakan, atau membatalkan tuntutan atau pembelaan yang merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
63
Kuasa untuk membatalkan, menangguhkan atau menolak sesuatu tindakan di bawah bidang kuasa sedia ada ini adalah bersifat budi bicara. Ia adalah satu bidang kuasa yang hanya akan digunakan dengan berhati-hati dan hanya apabila ternyata dengan jelas bahawa tuntutan atau pembelaan tersebut tidak boleh berjaya. Kuasa ini hendaklah digunakan secara berhati-hati dan hanya dalam keadaan yang luar biasa.
64
Terdapat pertindihan yang jelas antara perenggan (1)(d) dan bidang kuasa sedia ada Mahkamah, apabila kelihatan berlaku penyalahgunaan proses Mahkamah. Namun begitu, bidang kuasa sedia ada adalah lebih luas dari segi skop dan pelaksanaannya berbanding bidang kuasa di bawah peraturan tersebut, kerana ia tidak terhad kepada kes di mana penyalahgunaan itu nyata dalam pliding atau endosmen sahaja, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa apabila terbukti melalui fakta (termasuk melalui afidavit) bahawa telah berlaku penyalahgunaan proses Mahkamah.
65
Berdasarkan alasan diatas, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Defendan Pertama (Lampiran 7), dan permohonan Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat (Lampiran 25) untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif yang jelas tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh dan tidak boleh dipertahankan dan penyalahgunaan proses Mahkamah menurut A.18 k.19(1)(a),(b) dan (d) KKM 2012. BERTARIKH : 13.10.2025 t.t (MANIRA BINTI MOHD NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Bagi Pihak Plaintif C.Kumaresun with Gowri Ramanathan Francis Pereira & Shan Bagi Pihak Responden Pertama Ahmad Redza bin Abdullah with Zahrin Eleena Redza Eleena Chong Bagi pihak Defendan 2 dan 3 Puan Zahilah binti Mohammad
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.