Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
10
Earlier cases and laws this decision relies on
Refers toAdoption ActExternal
“he view, with respect, that if the word 'parent' as appears in art. 14(1)(b) read with s. (1)(a) Part II, Second Schedule of the Federal Constitution was intended to include an adoptive parent in the Adoption Act 1952, as opposed to a biological parent, such intention would have been expressly provided for in the provi”
Refers toCivil Law ActExternal
“The part of the decision in Young v. Bristol Aeroplane in regard to the said exceptions to the rule of judicial precedent ought to be accepted by us as part of the common law applicable by virtue of Civil Law Act 1956 vide its s. 3. To recap, the relevant ratio decidendi in Young v. Bristol Aeroplane is that there are”
Refers toDeaths Registration ActExternal
“in the Certificate; and (b) to the natural or adoptive parent or parents, as the case may be, to surrender to the Registrar General the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957. (2) Upon receipt of an adoption order, the Registrar General shall, subject to due complianc”
“kut di perenggan 31 laporan: [31] What had become clear to us had been that one of the key ingredients stipulated in art. 14(1)(b) read together with s. 1(a) of Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution, is that the person seeking to be a citizen of Malaysia via this specific constitutional provision m”
Refers toJudicature ActExternal
“he legislative process under Article 159, such as the one under consideration, namely the Constitution (Amdt.) Act 1988 which introduces the new clause (1A) of Article 121. Accordingly, the Courts of Judicature Act 1964 including s. 4 does not qualify as an Act or a statutory provision "affecting the Constitution" beca”
Show 5 moreShow fewer
Refers toSubordinate Courts ActExternal
“a, boleh membatalkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dipetik perenggan 803B-D laporan seperti berikut: “It will be observed that although the 1948 Ordinance was revised in 1972 and retitled the Subordinate Courts Act 1948, no change was made to s 109 even though s 4 of the Courts of Judicature Act had been in exis”
“ar what the words in the citizenship provisions are supposed to mean. In other words, the citizenship provisions in the Federal Constitution are exclusively housed in the Federal Constitution itself. The Federal Constitution, like most other written Constitutions, is interpreted not in the like manner in which other st”
Cites[1944] KB 718External
“upra) dan Than Siew Beng (supra) atas alasan kedua-dua kes tersebut keputusannya adalah per incurium yang merupakan salah satu pengecualian berdasarkan prinsip dalam Young v. Bristol Aeroplane Co Ltd [1944] KB 718 untuk Mahkamah ini tidak terikat dengan keputusannya sendiri dalam keputusan terdahulu, yang perinsipnya t”
Cites[1947] KB 842External
“ecision of another of the High Court at first instance as a matter of judicial comity unless he is convinced that the prior decision was wrong (see for example Huddersfield Police Authority v. Watson [1947] KB 842 at p 848). [58] Kami berpandangan bahawa untuk memutuskan bahawa keputusan Mahkamah ini terdahulu adalah p”
“n for citizenship by operation of law upon the granting of an adoption order, such intent would 29 have been expressly provided for. It is not the province of this court to read into the Articles of the Constitution provisions that are not there. [28] Kami bersetuju dengan pernyataan undang-undang di atas. [29] Kami ju”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(A)-390-08/2019 ANTARA
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: W-01(A)-390-08/2019 ANTARA
section
1. CHO CHIANG HUAT
1. CHO CHIANG HUAT
section
2. AW DEY YONG (Memohon untuk pihak mereka sendiri dan sebagai wakil litigasi bagi Cho Yee Meng, seorang kanak-kanak) ... PERAYU-PERAYU DAN...
2. AW DEY YONG (Memohon untuk pihak mereka sendiri dan sebagai wakil litigasi bagi Cho Yee Meng, seorang kanak-kanak) ... PERAYU-PERAYU DAN PENDAFTAR BESAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN, MALAYSIA ... RESPONDEN [Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Permohonan untuk Semakan Kehakiman No.: WA-25-332-12/2017 2 Dalam perkara mengenai satu permohonan untuk Perintah-Perintah Deklarasi, Certiorari dan Mandamus Dan Dalam perkara mengenai Cho Yee Meng, seorang kanak-kanak Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam perkara Seksyen-seksyen 9 dan 25A Akta Pengangkatan 1952 dan 3 Artikel 14 Jadual Kedua Perlembagan Persekutuan Dan Dalam perkara mengenai satu keputusan oleh Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian bertarikh 21.9.2017 ANTARA
section
1. CHO CHIANG HUAT
1. CHO CHIANG HUAT
section
2. AW DEY YONG (Memohon untuk pihak mereka sendiri dan sebagai wakil litigasi bagi Cho Yee Meng, seorang kanak-kanak) … PERAYU-PERAYU DAN P...
2. AW DEY YONG (Memohon untuk pihak mereka sendiri dan sebagai wakil litigasi bagi Cho Yee Meng, seorang kanak-kanak) … PERAYU-PERAYU DAN PENDAFTAR BESAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN, MALAYSIA ... RESPONDEN] 4 KORAM : KAMARDIN BIN HASHIM, HMR HAS ZANAH BINTI MEHAT, HMR AZIZAH BINTI HAJI NAWAWI, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan perayu-perayu/pemohon-pemohon (“perayu-perayu”) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonan semakan kehakiman perayu-perayu untuk antara lain perintah deklarasi bahawa Cho Yee Meng (“Anak tersebut”) yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah menjadi anak angkat yang sah kepada perayu-perayu adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang kerana kelahirannya di dalam Persekutuan Malaysia menurut Perkara 14 (1)
b
(b), Bahagian II, seksyen 1 (a) dan/atau seksyen 1 (e) dibaca bersama seksyen 2(3) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. [2] Setelah meneliti dan menimbangkan hujahan kedua-dua pihak secara lisan dan bertulis, kertas-kertas kausa dalam rekod rayuan dan 5 penghakiman Mahkamah Tinggi, kami dengan sebulat suara telah menolak rayuan perayu-perayu tanpa perintah untuk kos. FAKTA DAN LATAR BELAKANG [3] Fakta dan latar belakang kes adalah berdasarkan kertas-kertas kausa dalam rekod rayuan dan penghakiman Mahkamah Tinggi dengan pengubahsuaian di mana perlu. Perayu-perayu adalah pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang telah berkahwin secara sah pada 24.9.1992. Dalam bulan Januari 2004, perayu-perayu telah mengambil Anak tersebut, seorang bayi yang baru lahir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur sebagai anak angkat. Ibu bapa kandung kepada Anak tersebut tidak diketahui. [4] Pada 20.2.2004, Sijil Kelahiran Anak tersebut telah diperolehi. Di dalam borang permohonan Sijil Kelahiran, perayu-perayu telah menyatakan bahawa mereka ialah ibu dan bapa kandung kepada Anak tersebut. Atas maklumat tersebut, Sijil Kelahiran telah dikeluarkan oleh responden di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (“Akta 299”). 6 [5] Pada tahun 2016, responden telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa perayu-perayu bukanlah ibu dan bapa kandung kepada Anak tersebut. [6] Pada 18.10.2016, perayu pertama telah membuat permohonan untuk mengeluarkan butiran ibu bapa kandung dari Sijil Kelahiran Anak tersebut melalui permohonan pembetulan kesilapan dan pengubahan dalam daftar yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) seksyen 27 Akta 299. [7] Pada 3.11.2016, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan Sijil Kelahiran yang baru dengan mencatatkan butiran ibu bapa kandung Anak tersebut sebagai “maklumat tidak diperolehi”. [8] Pada 29.11.2016, perayu-perayu telah memfailkan satu permohonan bagi pengangkatan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengambil Anak tersebut sebagai anak angkat yang sah menurut Akta Pengangkatan 1952 (“Akta 257”). Pada 20.7.2017, permohonan tersebut telah dibenarkan. [9] Seterusnya pada 21.9.2017, perayu-perayu telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk satu Sijil Kelahiran yang baru di bawah seksyen 25A Akta 257. Sijil Kelahiran baru kemudiannya telah dikeluarkan, 7 walau bagaimanapun butiran pendaftaran Anak tersebut dinyatakan sebagai bukan warganegara Malaysia. [10] Perayu-perayu kemudiannya telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk:
a
(a) satu deklarasi bahawa Anak tersebut adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang disebabkan oleh kelahirannya dalam Persekutuan Malaysia menurut Perkara 14(1)(b), Bahagian II seksyen 1 perenggan (e) dan seksyen 2(3), Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan;
b
(b) satu deklarasi bahawa Anak tersebut adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang disebabkan bahawa dia telah diambil menjadi anak angkat secara sah di sisi undang-undang oleh perayu-perayu menurut Perintah Pengangkatan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bertarikh 20.7.2017 dalam Pengangkatan No. PA-34-3-01/2017, yang dibaca bersama dengan seksyen-seksyen 9 dan 25A Akta 257 dan Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II, perenggan (a) seksyen 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan; 8
c
(c) suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan responden bertarikh 21.9.2017 yang mengeluarkan Sijil Kelahiran (No. Daftar: 00019676, No. Siri: 001692XA) bertarikh 21.9.2017 bagi Anak tersebut yang telah ditandatangani oleh responden yang mendaftarkan Anak tersebut sebagai seorang bukan warganegara; dan
d
(d) suatu perintah mandamus yang mengarahkan responden untuk mengeluarkan semula Sijil Kelahiran bagi Anak tersebut untuk mendaftarkan Anak tersebut sebagai seorang warganegara Malaysia. [11] Mahkamah Tinggi kemudiannya pada 3.7.2019 telah menolak permohonan semakan kehakiman perayu-perayu tanpa perintah terhadap kos. ALASAN MAHKAMAH TINGGI [12] Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah membincangkan dahulu permohonan di perenggan [10] (b) di atas iaitu berkaitan seksyen-seksyen 9 dan 25A Akta 257 dan Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II, perenggan (a) 9 seksyen 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Kami di sini juga akan mengikut susunan turutan seperti dalam penghakiman Mahkamah Tinggi yang juga bersesuaian dengan susunan peruntukan yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasnya alasan Yang Arif dalam menolak permohonan semakan kehakiman ialah perayu-perayu bukan ibu bapa kandung Anak tersebut, maka keperluan perenggan (a) seksyen 1
part
Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan tidak dipenuhi. Di bawah perenggan (a) seksyen 1, Bahagian II Jadual Kedua, Sijil kelahi...
Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan tidak dipenuhi. Di bawah perenggan (a) seksyen 1, Bahagian II Jadual Kedua, Sijil kelahiran
Text
Anak tersebut hanya boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya semasa Anak tersebut dilahirkan, sekurang-kurangnya salah seorang ibu a...
Anak tersebut hanya boleh didaftarkan sebagai warganegara sekiranya semasa Anak tersebut dilahirkan, sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa kandung kepada Anak tersebut ialah seorang warganegara Malaysia. [13] Berkaitan permohonan di perenggan [10] (a) di atas Yang Arif juga berpendapat perayu-perayu juga telah gagal mematuhi perenggan (e) seksyen 1 Bahagian II dibaca bersama seksyen 2(3) Jadual Kedua Perlembagaan apabila gagal membuktikan bahawa Anak tersebut sejak lahir tidak menjadi warganegara kepada mana-mana negara dalam tempoh satu tahun dan selepas itu. Ini kerana pada pendapat Yang Arif kewarganegaran atau status ibu bapa kandung perlu dibuktikan terlebih 10 dahulu untuk memenuhi keperluan seksyen 1 perenggan (e), Bahagian II,
schedule
Jadual Kedua Perlembagaan dibaca dengan seksyen 2 (3). ALASAN RAYUAN PERAYU-PERAYU [14] Alasan rayuan perayu-perayu berdasarkan memorandum...
Jadual Kedua Perlembagaan dibaca dengan seksyen 2 (3). ALASAN RAYUAN PERAYU-PERAYU [14] Alasan rayuan perayu-perayu berdasarkan memorandum rayuan ialah Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal menimbangkan bahawa: (i) Anak tersebut yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah diambil sebagai anak angkat secara sah di bawah Akta 257 oleh ibu bapa angkat warganegara Malaysia. Oleh itu, adalah layak untuk diberi taraf kewarganegaraan di bawah perenggan (b) Perkara 14(1) Bahagian II perenggan (a) dan (e) seksyen 1
schedule
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan; (ii) perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II perenggan (a) seksyen 1 Jadual Kedu...
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan; (ii) perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II perenggan (a) seksyen 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk ibu bapa sah seorang kanak-kanak, dan adalah tidak terhad kepada ibu bapa kandung seorang kanak-kanak; 11 (iii) sijil kelahiran yang dikeluarkan kepada seorang kanak-kanak di bawah seksyen 25A Akta 257 adalah bukti konklusif identiti ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk segala tujuan di bawah subseksyen-subseksyen (5) dan (6) seksyen 25A Akta 257, termasuk penentuan sama ada kanak-kanak tersebut adalah berhak kepada kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II perenggan (a) seksyen 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan; (iv) sijil kelahiran yang telah “diserahkan” kepada Pendaftar Besar untuk “pembatalan” di bawah perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 25A Akta 257 dan digantikan dengan satu sijil kelahiran yang baru yang dikeluarkan di bawah subseksyen (5) seksyen 25A Akta 257, tidak boleh dirujuk lagi oleh Pendaftar Besar atau Mahkamah untuk tujuan menentukan “ibu bapa” seorang kanak-kanak; (v) Anak tersebut: (i) yang telah dilahirkan di Malaysia; dan 12 (ii) tidak memperolehi kewarganegaraan mana-mana negara dalam masa satu tahun dari tarikh kelahirannya, adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Artikel 14(1)(b) dan Bahagian II perenggan (e) seksyen 1 dan seksyen 2(3) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan; (vi) perkataan “tidak menjadi warganegara mana-mana negara” dalam perenggan (e) seksyen 1 Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan tidak memerlukan Anak tersebut untuk membuktikan identiti ibu bapa kandungnya dan bahawa mereka bukanlah warganegara asing; (vii) menurut seksyen 2(3) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, ia adalah mencukupi untuk Anak tersebut membuktikan bahawa beliau tidak memperolehi kewarganegaraan negara lain dalam masa satu tahun dari kelahirannya; dan (viii) perayu-perayu telah membuktikan atas imbangan kebarangkalian melalui sijil kelahiran Anak tersebut bahawa 13 Anak tersebut tidak memperolehi kewarganegaraan mana-mana negara lain dalam masa satu tahun dari tarikh kelahirannya di bawah seksyen 2(3) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. HUJAHAN PERAYU-PERAYU [15] Peguam perayu-perayu berhujah bahawa Anak tersebut yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah diambil sebagai anak angkat secara sah oleh ibu bapa angkat warganegara Malaysia di bawah Akta 257, oleh itu Anak tersebut adalah warganegara di bawah Perkara 14(1)(b) dan perenggan (a) seksyen 1 dan/atau perenggan (e) seksyen 1 Bahagian II
schedule
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan tidak menghadkan dan mentafsirkan bahawa perkataan ibu bapa (“parents”) han...
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan tidak menghadkan dan mentafsirkan bahawa perkataan ibu bapa (“parents”) hanya kepada ibu bapa kandung sahaja. [16] Peguam perayu-perayu juga berhujah bahawa perenggan (a) seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibaca bersama seksyen 25A Akta 257. Di bawah subseksyen (5) dan (6) seksyen 25A, Sijil Kelahiran selepas pengangkatan Anak tersebut sebagai anak 14 angkat adalah bukti konklusif untuk menentukan sama ada Anak tersebut adalah berhak kepada kewarganegaraan. [17] Selain itu, peguam perayu-perayu juga berhujah bahawa perenggan (e) seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah bertujuan memelihara dan mengurangkan status tanpa kewarganegaraan mana-mana negara (statelessness) dalam negara ini. Oleh itu, apabila perenggan (e) seksyen 1 ini dibaca bersama seksyen 2(3), Bahagian II, Jadual Kedua, perayu-perayu tidak dikehendaki untuk membuktikan identiti dan kewarganegaraan ibu bapa kandung kepada Anak tersebut. Perayu-perayu hanya dikehendaki untuk membuktikan bahawa Anak tersebut bukan warganegara dari mana-mana negara dalam tempoh setahun dari tarikh kelahirannya iaitu 31.1.2004. HUJAHAN RESPONDEN [18] Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak responden berhujah bahawa Yang Arif Hakim adalah betul dalam menolak permohonan semakan kehakiman perayu-perayu. Ini kerana Akta 257 tidak setanding untuk dibaca bersama Perkara 14 (1)(b), Bahagian II seksyen 1 (a), Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan taraf kewarganegaraan. 15 Peguam Kanan Persekutuan menegaskan bahawa seksyen 1 (a) adalah merujuk kepada ibu bapa kandung yang berkahwin secara sah dan bukannya ibu bapa angkat. [19] Peguam Kanan Persekutuan juga berhujah bahawa beban pembuktian adalah ke atas perayu-perayu untuk membuktikan bahawa Anak tersebut bukan warganegara mana-mana negara. Tanpa pembuktian tersebut, perenggan 1 (e) telah gagal dipatuhi oleh perayu-perayu. KEPUTUSAN [20] Berkaitan dengan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi seorang yang lahir pada atau selepas hari Malaysia, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam Perkara 14 seperti berikut: Citizenship by operation of law 14. (1) Subject to the provisions of this Part, the following persons are citizens by operation of law, that is to say: 16 (a) every person born before Malaysia Day who is a citizen of the Federation by virtue of the provisions contained in Part I of the Second Schedule; and (b) every person born on or after Malaysia Day, and having any of the qualifications specified in Part II of the Second Schedule. [Penekanan ditambah] [21] Manakala seksyen 1 Bahagian II, Jadual kedua pula memperuntukkan seperti berikut: PART II [Article 14 (1) (b)] CITIZENSHIP BY OPERATION OF LAW OF PERSONS BORN ON OR AFTER MALAYSIA DAY 1. Subject to the provisions of Part III of this Constitution, the following persons born on or after Malaysia Day are citizens by operation of law, that is to say: (a) every person born within the Federation of whose parents one at least is at time of the birth either a citizen or permanently resident in the Federation; and 17 (b) every person born outside the Federation whose father is at the time of the birth a citizen and either was born in the Federation or is at the time of the birth in the service of the Federation or of a State; and (c) every person born outside the Federation whose father is at the time of the birth a citizen and whose birth is, within one year of its occurrence or within such longer period as the Federal Government may in any particular case allow, registered at a consulate of the Federation or, if it occurs in Brunei or in a territory prescribed for this purpose by order of the Yang di-Pertuan Agong, registered with the Federal Government; and (d) every person born in Singapore of whose parents one at least is at the time of the birth a citizen and who is not born a citizen otherwise than by virtue of this paragraph; and (e) every person born within the Federation who is not born a citizen of any country otherwise than by virtue of this paragraph. 2. (1) A person is not a citizen by virtue of paragraph (a), (d) or (e) of section 1 if, at the time of his birth, his father, not being a citizen, possesses such immunity from suit and legal process as is accorded to an envoy of a sovereign power accredited to the Yang di-Pertuan Agong, or if his father is then an enemy alien and the birth occurs in a place under the occupation of the enemy. 18 (2) In section 1 the reference in paragraph (b) to a person having been born in the Federation includes his having been born before Malaysia Day in the territories comprised in the States of Sabah and Sarawak. (3) For the purposes of paragraph (e) of section 1 a person is to be treated as having at birth any citizenship which he acquires within one year afterwards by virtue of any provisions corresponding to paragraph (c) of that section or otherwise. [Penekanan ditambah] Sama ada perayu-perayu adalah ibu bapa (parents) bagi maksud perenggan (a) seksyen 1? [22] Perayu-perayu bersandarkan kepada keperluan untuk mendapat kewarganegaraan di bawah kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14 (1) (b) seksyen 1 (a) dan/atau (e) dibaca bersama seksyen 2(3) Bahagian II, Jadual Kedua. [23] Isu pertama ialah sama ada ibu bapa angkat (perayu-perayu) adalah termasuk dalam tafsiran “parents” yang dimaksudkan oleh seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Isu yang sama pernah diputuskan oleh Mahkamah ini dalam kes Pendaftar Besar 19 Kelahiran dan Kematian Malaysia v Pang Wee See & Anor [2017] 7 CLJ 33; [2017] 1 LNS 382; [2017] 3 MLJ 309, melalui penghakiman Mahkamah oleh Abang Iskandar HMR (beliau pada ketika itu) yang telah memutuskan seperti berikut di perenggan 31 laporan: [31] What had become clear to us had been that one of the key ingredients stipulated in art. 14(1)(b) read together with s. 1(a) of Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution, is that the person seeking to be a citizen of Malaysia via this specific constitutional provision must show proof that when he was born in this country, one of his parents must either be a citizen of Malaysia or was permanently resident in this country. The phrase that is employed under that provision reads, 'is at the time of the birth'. To our minds, that phrase has categorically made a reference to the biological parent of the person, who must either be a Malaysian citizen or a person who is permanently resident in Malaysia. By virtue of this phrase, any person intending to claim citizenship by operation of law under the above stated constitutional provision, it is not sufficient that he or she was born in Malaysia. He must be a person, whose either parent was a Malaysian citizen or a Malaysian permanent resident, when he was born in Malaysia. That provision does not contain any reference to an adoptive parent, albeit a Malaysian adoptive parent.” [Penekanan ditambah] 20 [24] Fakta dalam kes di hadapan kami ini juga sama seperti Pang Wee See (supra) dan kami tidak bercadang untuk berbeza pendapat dengan kes tersebut dan menerima pakai tafsiran bahawa ibu bapa atau “parents” yang dimaksudkan oleh seksyen 1(a) adalah ibu bapa kandung semasa kelahiran Anak tersebut bukan ibu bapa yang kemudiannya menjadi ibu bapa berdasarkan proses pengangkatan di bawah Akta 257. Kami sependapat dengan Pang Wee See (supra) bahawa seksyen 1(a) tidak merujuk kepada ibu bapa angkat. Kami berpendapat sekiranya tafsiran lain diberikan adalah tidak munasabah dan bertentangan dengan peruntukan yang jelas iaitu setiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran (whose parents one at least is at time of the birth) adalah warganegara atau pemastautin tetap di Persekutuan. Kami berpendapat ibu bapa angkat berasaskan peruntukan Akta 257, bukanlah ibu bapa semasa kelahiran. Ibu bapa kandung adalah ibu bapa (“parents”) yang dimaksudkan oleh perenggan (a) seksyen 1, Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Kelayakan memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang mesti dipenuhi semasa lahir. Sekiranya kelayakan tidak dipenuhi, Mahkamah ini tidak bebas untuk menambah dan mengurangkan kelayakan atau kelayakan lain yang tidak dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan. 21 Sama ada perintah pengangkatan di bawah Akta 257 memberi hak kepada anak angkat untuk memperoleh kewarganegaraan dengan kuat kuasa undang-undang? [25] Peguam perayu-perayu yang bijaksana juga berhujah bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak memberi tafsiran perkataan “parents” hanya terhad kepada ibu bapa kandung kerana tiada tafsiran khusus dalam Perlembagaan Persekutuan. Peguam seterusnya berhujah oleh kerana ketiadaan tafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta 257 patut dirujuk untuk mendapat tafsiran dan kesannya. Hujahan peguam lagi persoalan siapakah ibu bapa adalah dijawab apabila merujuk kepada seksyen 25A Akta 257. Berdasarkan Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah seksyen 25A Akta 257, yang merupakan satu-satunya dokumen yang menentukan siapakah ibu bapa Anak tersebut. Status ibu bapa sebelum Sijil Kelahiran dikeluarkan di bawah seksyen 25A adalah tidak relevan mengenai siapa ibu bapa Anak tersebut. Peguam juga merujuk kepada seksyen 9 Akta 257 bahawa Anak tersebut adalah disifatkan telah dilahirkan oleh perayu-perayu. Peguam juga berhujah bahawa adalah tidak selaras dengan “deeming provision” dalam seksyen 9 Akta 257, sekiranya status ibu bapa kandung dijadikan asas bagi menentukan siapakah ibu bapa di bawah Perkara 14 (1) (b) Bahagian II seksyen 1 (a), Jadual Kedua Perlembagaan. 22 Tambahan lagi menurut peguam perayu, subseksyen (6) seksyen 25A, dengan penggunaan frasa “Not withstanding anything to the contrary in any written law” mempunyai maksud Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) seksyen 25A Akta 257 selepas perintah pengangkatan (adoption order) adalah dihasratkan oleh undang-undang untuk mengatasi sijil terdahulu yang dikeluarkan di bawah Akta 299. [26] Seksyen 9 dan seksyen 25A Akta 257 memperuntukan seperti berikut: 9 Effect of adoption order (1) Upon an adoption order being made, all rights, duties, obligations and liabilities of the parent or parents, guardian or guardians of the adopted child, in relation to the future custody, maintenance and education of the adopted child, including all rights to appoint a guardian or to consent or give notice of dissent to marriage shall be extinguished, and all such rights, duties, obligations and liabilities shall vest in and be exercisable by and enforceable against the adopter as though the adopted child was a child born to the adopter in lawful wedlock: Provided that, in any case where two spouses are the adopters, such spouses shall in respect of the matters aforesaid and for the purpose of the jurisdiction of any Court to make orders as to the custody and maintenance 23 of and right of access to children stand to each other and to the adopted child in the same relation as they would have stood if they had been the lawful father and mother of the adopted child, and the adopted child shall stand to them respectively in the same relation as a child would have stood to a lawful father and mother, respectively. (2) Where, at any time after the making of an adoption order, the adopter or the adopted child or any other person dies intestate in respect of any movable or immovable property, that property shall devolve in all respects as if the adopted child were the child of the adopter born in lawful wedlock and were not the child of any other person. (3) In any disposition of movable or immovable property made, whether by instrument inter vivos or by will (including codicil), after the date of an adoption order- (a) any reference (whether express or implied) to the child or children of the adopter shall, unless the contrary intention appears, be construed as, or as including, a reference to the adopted child; (b) any reference (whether express or implied) to the child or children of the adopted child's natural parents or either of them shall, unless the contrary intention appears, be construed as not being, or as not including, a reference to the adopted child; and 24 (c) any reference (whether express or implied) to a person related to the adopted child in any degree shall, unless the contrary intention appears, be construed as a reference to the person who would be related to him in that degree if he were the child of the adopter born in lawful wedlock and were not the child of any other person. (4) Where an adopted child or the spouse or issue of an adopted child takes any interest in any movable or immovable property under any disposition, whether by instrument inter vivos or by will (including codicil), or under any intestacy, or where an adopter takes any interest in any movable or immovable property under any disposition as aforesaid by an adopted child or by the spouse or issue of an adopted child, or under the intestacy of an adopted child or of the spouse or issue of an adopted child, any estate or other duty which becomes leviable in respect thereof shall be payable at the same rate as if the adopted child had been a child of the adopter born in lawful wedlock. (5) Notwithstanding anything in this section, trustees or personal representatives may convey or distribute any movable or immovable property to or among the persons entitled thereto without having ascertained that no adoption order has been made by virtue of which any person is or may be entitled to any interest therein, and shall not be liable to any such person of whose claim they have not had notice at the time of the conveyance or distribution; but nothing in this subsection shall prejudice the right of any such person to follow the property, or any property representing it, into the hands of any person, other than a purchaser, who may have received it. 25 (6) Where an adoption order is made in respect of a person who has been previously adopted, the previous adoption shall be disregarded for the purposes of this section in relation to the devolution of any property on the death of a person dying intestate after the date of the subsequent adoption order and in relation to any disposition of property made after that date. (7) For the purpose of any written law relating to marriage for the time being in force in Malaysia or any part thereof, an adopter and the child whom he has been authorized to adopt under an adoption order and all children and adopted children of the adopter shall be deemed to be within the prohibited degree of consanguinity; and this subsection shall continue to have effect notwithstanding that some person other than the adopter is authorized by a subsequent adoption order to adopt the same child. (8) For the purposes of any written law for the time being in force in Malaysia or any part thereof relating to the provisions of compensation to families for loss occasioned by the death of a person caused by actionable wrong, a person shall be deemed to be the parent or child of the person deceased notwithstanding that he was only related to him in consequence of adoption; and accordingly in deducing any relationship which under the provisions of such legislation is included within the meaning of the expressions "parent" and "child" and adopted child shall be treated as being the child of the adopter born in lawful wedlock and not the child of any other person. 26 25A Certificate of Birth (1) In respect of the Certificate of Birth referred to in paragraph 25(2)(b), every adoption order shall contain a direction- (a) to the Registrar General that the word "adopted", "adopter" or "adoptive" or any word to like effect shall not appear in the Certificate; and (b) to the natural or adoptive parent or parents, as the case may be, to surrender to the Registrar General the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957. (2) Upon receipt of an adoption order, the Registrar General shall, subject to due compliance with paragraph (1)(b) and the payment by the adopter of the prescribed fee, issue a Certificate of Birth in respect of the child in the form set out in the Second Schedule. (3) Where a certified copy of an entry in the Adopted Children Register had been issued in respect of a child adopted under this Act, the Registrar General shall issue a Certificate of Birth in respect of the child- (a) upon application being made by the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the event of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, by the adopted child, for a Certificate of Birth; and (b) upon payment of the prescribed fee. 27 (4) Upon receipt of the Certificate of Birth under subsection (3), the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the event of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, the adopted child, shall cause the certified copy of an entry in the Adopted Children Register issued in respect of the adopted child to be surrendered to the Registrar General for cancellation. (5) The Certificate of Birth issued under this Act pursuant to an adoption order shall replace the Certificate of Birth of the child issued under the Births and Deaths Registration Act 1957, and shall for all purposes be known as the Certificate of Birth of the child. (6) Notwithstanding anything to the contrary in any written law, the Certificate of Birth under this Act, if given under the hand of the Registrar-General or any person authorized by him, shall be received without further or other proof as evidence of the facts and particulars relating to the birth of the child in respect of whom the Certificate of Birth was issued. (7) If the Certificate of Birth issued under this Act is lost, damaged or defaced, the adoptive parent or either of the adoptive parents, or in the case of the adoptive parent or both adoptive parents being dead, the adopted child, may apply to the Registrar General or any person authorized by him for a copy of the Certificate of Birth which, when issued, shall be marked with the word "Replacement". 28 (8) The Registrar General shall establish and maintain a register to be called the Register of Birth Certificates in which shall be made such entries pertaining to the issuance of a Certificate of Birth under this Act in respect of an adopted child. (9) Any person may apply in the prescribed form to have a search made of the Register of Birth Certificates upon payment of the prescribed fee and to have the result of the search certified in the prescribed form. [Penekanan ditambah] [27] Dalam kes Chin Kooi Nah (Suing By Herself And As Next Of Kin To Chin Jia Nee, An Infant) V. Pendaftar Besar Kelahiran Dan Kematian, Malaysia [2016] 1CLJ 73, isu sama ada dengan perintah pengangkatan, anak angkat berhak atau layak untuk didaftarkan sebagai warganegara melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan telah juga dibangkitkan. Yang Arif Collin Lawrence Sequerah PK (beliau pada masa itu) telah menjawab isu ini seperti berikut: [154] ………It is trite that Parliament does not legislate in vain. It is equally clear that if our Legislature had intended to make provision for citizenship by operation of law upon the granting of an adoption order, such intent would 29 have been expressly provided for. It is not the province of this court to read into the Articles of the Constitution provisions that are not there. [28] Kami bersetuju dengan pernyataan undang-undang di atas. [29] Kami juga telah meneliti peruntukan seksyen 9 Akta 257 dan kami dapati seksyen 9 hanya memperuntukan semua hak, tugas, kewajipan dan tanggungan ibu bapa angkat kepada anak angkat berkenaan penjagaan, nafkah dan pendidikan anak angkat dan hak serta tanggungjawab sedemikian hendaklah dipunyai dan dilaksanakan oleh ibu bapa angkat seolah-olah anak angkat adalah seperti anak dalam perkahwinan yang sah oleh kedua ibu bapa angkat. Sudah tentu hasrat penggubal undang-undang dengan memasukkan peruntukan ini adalah untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan anak angkat tersebut dalam keluarga angkat. Oleh itu kesan seksyen 9 Akta 257 adalah hanya dalam skop atau batasan pemakaiannya dan tafsirannya tidak wajar untuk menambah (supplement) kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara-perkara berkaitan kewarganegaraan. Berdasarkan peruntukan seksyen ini tidak disebut atau dinyatakan hak kewarganegaraan. Tidak juga disebut bahawa dengan menjadi anak angkat, seseorang itu secara kuat kuasa undang-undang menjadi warganegara. 30 [30] Kami berpandangan sama mengenai kesan terhadap pemakaian subseksyen (5) dan (6) seksyen 25A Akta 257. Frasa dalam subseksyen (5) “and shall for all purposes be known as the Certificate of Birth of the child” dan subseksyen (6) “shall be received without further or other proof as evidence of the facts and particulars relating to the birth of the child in respect of whom the Certificate of Birth was issued” hanyalah semata-mata peruntukan untuk mengiktiraf penggunaan Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta 257 dari segi undang-undang yang mengesahkan rekod butiran orang yang didaftarkan berdasarkan Sijil Kelahiran tersebut. Ini tidak sekali-kali menukar status ibu bapa angkat kepada ibu bapa kandung. [31] Seksyen 25A (1) (a) Akta 257 yang memperuntukan supaya perkataan “adopted”, “adopter” or “adoptive” atau seumpamanya tidak digunakan. Berdasarkan rujukan kepada nota huraian kepada Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 257 melalui Adoption Amendment Bill 2000 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16.10.2000, perenggan 4 huraian menjelaskan rasional perenggan 25A (1) (a) Rang Undang-Undang adalah untuk menjaga perasaan anak angkat yang mungkin mendatangkan kesan psikologi kepada anak angkat yang belum bersedia untuk menerima 31 statusnya yang sebenar. Kami petik perenggan 4 huraian kepada Rang Undang-Undang seperti berikut: 4. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 25A yang memperkatakan Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257. Di bawah perenggan 25A(1)(a), Mahkamah hendaklah dalam perintah pengangkatan mengarahkan Pendaftar Besar supaya memastikan bahawa perkataan “diangkat”, “pengangkat” atau “angkat” atau perkataan yang seumpamanya tidak terdapat dalam Perakuan Kelahiran. Peninggalan perkataan sedemikian dalam Perakuan Kelahiran dianggap perlu untuk mengelakkan kemungkinan pengetahuan hakikat bahawa beliau anak angkat akan mendatangkan kesan psikologi yang buruk pada seseorang anak angkat yang belum lagi bersedia untuk mengetahui latar belakang atau statusnya yang sebenar. Untuk memudahkan pengeluaran Perakuan Kelahiran baru ini di bawah Akta 257, perenggan 25A(1)(b) menghendaki ibu atau bapa atau ibu dan bapa kandung atau angkat, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya menyerahkan kepada Pendaftar Besar Perakuan Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Beranak dan Mati 1957 [Akta 299]. [Penekanan ditambah] [32] Berdasarkan nota huraian tersebut juga ada dijelaskan bahawa untuk memudahkan pengeluaran sijil kelahiran baru di bawah Akta 257, Sijil 32 Kelahiran asal di bawah Akta 299 hendaklah diserah kepada pendaftar untuk dibatalkan di bawah subseksyen (4). Kami berpendapat ini hanyalah melibatkan proses untuk menjadikan dokumen pengenalan iaitu Sijil Kelahiran yang sah dari segi undang-undang di bawah subseksyen (5) dan (6) dan boleh digunakan untuk maksud yang dikehendaki undang-undang untuk tujuan pengenalan diri. Pembatalan Sijil Kelahiran asal di bawah Akta 299 tidak menjadikan ibu bapa angkat kepada status ibu bapa kandung untuk maksud Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Keterangan bahawa Anak tersebut bukan anak kandung perayu-perayu akan kekal tersimpan di dalam daftar rekod kelahiran dan kematian di pejabat responden sebagai pendaftar kelahiran dan kematian. Oleh itu pada pendapat kami hujahan bahawa Sijil Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta 257 sebagai bukti konklusif untuk membuktikan status ibu bapa bagi maksud pembuktian di bawah Bahagian II, seksyen 1 (a), (b),(c),(d) dan (e)
schedule
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang. [33] Berkenaan pemakaian Akta Parlimen yang...
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang. [33] Berkenaan pemakaian Akta Parlimen yang lain (dalam kes di sini termasuk Akta 257) dalam mentafsir peruntukan Perlembagaan Persekutuan, telah ditegaskan 44 tahun yang lalu oleh Raja Azlan Shah HMP (Baginda ketika itu) dalam Loh Kooi Choon v. Government of 33 Malaysia [1975] 1 LNS 90; [1977] 2 MLJ 187 yang memetik Frankfurter J dalam mengingatkan kita "The ultimate touchstone of constitutionality is the Constitution itself and not any general principle outside it". Dalam penghakiman yang sama Raja Azlan Shah HMP (Baginda ketika itu) juga menegaskan bahawa Akta Parlimen tidak setara dengan kedudukan Perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi Persekutuan menyatakan seperti berikut: This reasoning, in my view, is based on the premise that the Constitution as the supreme law, unchangeable by ordinary means, is distinct from ordinary law and such cannot be inconsistent with itself. It is the supreme law because it settles the norms of corporate behaviour and the principle of good government. This is so because the Federation of Malaya, and later, Malaysia, began with the acceptance of the Constitution by the nine Malay States and the former Settlements of Penang and Melaka, by the acceptance of it by Sabah and Sarawak that entered the Federation in 1963, as “the supreme law of the Federation … “(clause 1 of Article 4). lt is thus the most vital working document which we created and possess. If it is urged that the Constitution is on the same level with ordinary law, then the Constitution is an absurd attempt on the part of the framers, to limit a power, in its own nature illimitable. In the context of clause (1) of Article 160, “law” must be taken to mean law made in exercise of ordinary legislative power and not made in exercise of the power of 34 constitutional amendment under clause (3) of Article 159 with the result that clause (1) of Article 4 does not affect amendment made under clause (3) of Article 159.” [Penekanan ditambah] [34] Oleh itu, rejim perlembagaan (constitutional regime) dan mekanisma untuk memperoleh kewarganegaraan di bawah Perkara 14 (1) (b) Bahagian II Jadual Kedua tidak boleh ditambah oleh mana-mana undang-undang lain yang dibuat oleh Parlimen, instrumen antarabangsa atau perkara-perkara di luar Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Peruntukan yang jelas (unequivocal words) Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang merupakan undang-undang tertinggi Persekutuan hendaklah dirujuk dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Justeru, Akta 257 bukanlah undang-undang yang kompeten untuk mentafsir seksyen 1 (a) bahawa ibu bapa angkat adalah juga ibu bapa yang dimaksudkan dalam seksyen 1 (a) tersebut. [35] Suffian KHN dalam kes Phang Chin Hock v PP [1980] 1 MLJ 70 membezakan Akta Pindaan yang dibuat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang dibuat di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang biasa (ordinary law) yang dibuat oleh proses biasa Parlimen. 35 [36] Dalam kes Mohamed Habibullah bin Mahmood v Faridah bte Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793 yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan dan Mahkamah Syariah selepas berkuatkuasanya pindaan Perlembagaan yang memasukkan Perkara 121(1A) yang menyatakan dengan jelas bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta A704) yang berkuatkuasa pada 10.6.1988, Mahkamah Agong menyatakan prinsip penterjemahan statut menuntut supaya peruntukan am tidak mengatasi peruntukan khusus, dan oleh itu Mahkamah Tinggi tidak boleh memakai bidangkuasa am yang diberi oleh seksyen 23 Akta Mahkamah Keadilan 1964 (Akta 91) untuk memulihkan satu bidangkuasa khusus Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 24 Akta tersebut yang telah dikecualikan oleh Perlembagaan melalui pindaan Perlembagaan melalui Akta A704. Atas sebab-sebab tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bahawa ia mempunyai bidangkuasa untuk mendengar tuntutan responden bagi kecederaan dan kekerasan yang dilakukan oleh perayu (kedua-dua pihak adalah suami isteri beragama Islam) dan pemberian injunksi diakas (reversed) oleh Mahkamah Agong. Dalam kes Habibullah (supra) Mahkamah Agong menjelaskan perbezaan antara undang-undang biasa (ordinary law) dan Perlembagaan Persekutuan. 36 [37] Mohamed Azmi HMA dalam kes Mohamed Habibullah (supra) menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Suffian KHN dengan “ordinary law” dalam kes Phang Chin Hock (supra) bahawa undang-undang biasa kecuali dibuat di bawah Perkara 159, tidak berupaya memberi kesan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di perenggan 813C-E seperti berikut: Now, arising from the judgment just quoted, what are "Acts affecting the Constitution" which the Federal Court was distinguishing from "ordinary laws enacted in the ordinary way"? In the context of the judgment, on the construction of Article 4(1) and Article 159, "Acts affecting the Constitution" mean no more than Acts of Parliament which amend the Constitution through the legislative process under Article 159, such as the one under consideration, namely the Constitution (Amdt.) Act 1988 which introduces the new clause (1A) of Article 121. Accordingly, the Courts of Judicature Act 1964 including s. 4 does not qualify as an Act or a statutory provision "affecting the Constitution" because it is an ordinary law or an ordinary statutory provision enacted not under Article 159 but enacted in the ordinary way. [Penekanan ditambah] [38] Dalam penghakiman yang sama dalam Mohamed Habibullah (supra) melalui Harun Hashim HMA (beliau ketika itu) ditegaskan bahawa tiada Akta 37 Parlimen walaubagaimana jelas perkataannya, boleh membatalkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dipetik perenggan 803B-D laporan seperti berikut: “It will be observed that although the 1948 Ordinance was revised in 1972 and retitled the Subordinate Courts Act 1948, no change was made to s 109 even though s 4 of the Courts of Judicature Act had been in existence since 1964. I do not, however, think that this distinction makes any difference to the effect of s 4 of the Courts of Judicature Act. The intention of Parliament in adding the words ‘other than the Constitution’ in that section is to exclude the Constitution since the Constitution is the Supreme Law of the land under art 4(1). I do not, therefore, see how s 4 of the Courts of Judicature Act can render the constitutional amendment ineffective. For that matter no Act of Parliament however precisely worded can nullify a provision of the Constitution. I accordingly hold that the words ‘in force at the commencement of this Act’ do not refer to the Constitution but to laws made before 1 January 1949. [Penekanan ditambah] [39] Undang-undang mengenai kewarganegaraan di Malaysia hanya terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertingi Persekutuan (Perkara 4 (1)). Oleh itu hak terhadap kewarganegaraan tidak boleh diberi kecuali dengan peruntukan yang jelas 38 dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh ditambah oleh Akta Parlimen. [40] Mahkamah ini dalam kes Pang Wee See (supra) berpendapat sama bahawa undang-undang lain atau Akta Parlimen tidak layak untuk diguna pakai bagi mentafsir Perlembagaan Persekutuan. Kami petik Pang Wee See (supra) seperti berikut: [21] We must state here that the law on citizenship is contained, both procedurally and substantively in the Federal Constitution itself. There is no statute that was specially legislated to house the specific provision pertaining to citizenship. Rather, these provisions reside in the Federal Constitution. We noted too, that these provisions make no reference to other specific statutes, especially in aid of its interpretation. In fact, the Federal Constitution itself provides for the interpretation required in order to make clear what the words in the citizenship provisions are supposed to mean. In other words, the citizenship provisions in the Federal Constitution are exclusively housed in the Federal Constitution itself. The Federal Constitution, like most other written Constitutions, is interpreted not in the like manner in which other statutes are normally interpreted. In relation to the Federal Constitution, all other statutes are subsidiary legislations. Thus, the constitutionality of the Federal Constitution is considered from the perspective of the Constitution itself. It is not to be interpreted by reference to other statutes, albeit they were passed by Parliament. [Penekanan ditambah] 39 [41] Pendapat berkenaan dengan status ibu bapa angkat di bawah Akta 257 dalam konteks Perkara 14(1) (b) yang dibaca dengan perenggan (a) seksyen 1 Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan telah juga dibincangkan di perenggan 22 dalam Pang Wee See (supra). Kami memetik pendapat tersebut seperti berikut: [22] In the context of this case, we are of the view, with respect, that if the word 'parent' as appears in art. 14(1)(b) read with s. (1)(a) Part II, Second Schedule of the Federal Constitution was intended to include an adoptive parent in the Adoption Act 1952, as opposed to a biological parent, such intention would have been expressly provided for in the provisions on interpretations in the Federal Constitution itself. Any submission to the effect that the Adoption Act 1952 provides a perceived missing link in the meaning of parents in art. 14(1)(b) read with s. (1)(a) Part II, Second Schedule of the Federal Constitution, to our respectful view, is seriously flawed. [Penekanan ditambah] [42] Berdasarkan prinsip yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dan kemudiannya Mahkamah Agong dan diikuti oleh Mahkamah ini, kami tidak ada sebab untuk tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan kami menerima pakai sepenuhnya pendapat tersebut dalam penghakiman ini. Sekali lagi kami ingin tekankan bahawa kelayakan untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang adalah 40 ditentukan semasa kelahiran. Sekiranya kelayakan tidak dipenuhi Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menambah atau membuang atau menimbangkan kelayakan-kelayakan yang lain yang tidak di peruntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kami berpandangan bahawa Peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya berkaitan kewarganegaraan hendaklah diberi tafsiran yang ketat dengan menghayati bahawa penggubal Perlembagaan berniat untuk melindungi hak istimewa tersebut kepada orang-orang yang benar-benar layak berdasarkan pematuhan yang yang rigid dan spesifik mengenai kelayakannya. Ini disokong bahawa peruntukan ini amat penting kerana untuk meminda peruntukan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah hanya dengan persetujuan Majlis Raja-Raja (Perkara 159 (5) Perlembagaan Persekutuan). Sama ada seorang kanak-kanak yang telah dilahirkan di Malaysia dan tiada bukti memperolehi kewarganegaraan negara lain dalam satu (1) tahun dari tempoh kelahirannya, adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang menurut Pekara 14 (1) (b) dan Bahagian II seksyen 1 (e) dibaca bersama seksyen 2 (3) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. 41 [43] Alasan kedua selain dari alasan Anak tersebut adalah warganegara di bawah perkara 14 (1) (b) Bahagian II, seksyen 1 (a) yang telah dibincangkan di atas, perayu-perayu juga bergantung kepada alasan di bawah seksyen 1(e) dibaca bersama dengan seksyen 2 (3) Bahagian II. [44] Dalam kes ini Anak tersebut adalah dilahirkan di Malaysia. Namun isu di sini ialah sama ada Anak tersebut adalah bukan warganegara mana-mana negara. Peguam perayu berhujah bahawa frasa “not born a citizen of any country” di bawah seksyen 1 (e) tidak menghendaki Anak tersebut untuk membuktikan identiti ibu bapa kandungnya dan bahawa ibu bapa kandungnya adalah warganegara. Peguam perayu-perayu selanjutnya berhujah bahawa adalah memadai jika perayu-perayu boleh menunjukkan melalui afidavit yang telah diikrarkan dengan merujuk kepada Sijil Kelahiran yang dikeluarkan selepas menjadi anak angkat dan ikrar yang menyatakan Anak tersebut tidak pernah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara dalam tempoh setahun sejak kelahirannya (31.1.2004). Perayu-perayu berhujah bahawa beban pembuktian berpindah dan terletak kepada responden untuk membuktikan bahawa Anak tersebut bukan warganegara. [45] Peguam Kanan Persekutuan pula berhujah bahawa hujahan peguam perayu-perayu adalah salah tafsiran undang-undang kerana pemerolehan 42 kewarganegaraan adalah bukan semata-mata kerana kelahiran dalam Persekutuan. Di bawah Perkara 14 (1) (b) dibaca bersama seksyen 1 (e) ia merangkumi dua prinsip iaitu jus soli dan jus sanguis di mana Anak tersebut perlu memenuhi keperluan jus soli iaitu tempat lahirnya manakala 1 (e) pula penentuan dari segi keturunan (lineage) ibu atau bapa kandungnya apabila terdapatnya syarat tidak dilahirkan sebagai warganegara mana-mana negara lain (not born as a citizen of any other country). Peguam Kanan Persekutuan bersandarkan tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah ini melalui penghakiman Badariah Sahamid HMR (beliau pada ketika itu) dalam kes Than Siew Beng & Another v. Ketua Pengarah Jabatan Pedaftaran Negara & Others [2017] 5 MLJ 662. Kami petik penghakiman Than Siew Beng (supra) di perenggan [23] dan [24] seperti yang berikut: [23] Article 14(1)(b) of the Federal Constitution encapsulates the requirement of citizenship by jus soli ie, place of birth; while s. 1(e) of Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution ("not born a citizen of any country") encapsulates the requirement of citizenship by jus sanguinis ie, by blood or lineage. [24] Thus, it would appear that the second appellant would need to satisfy both the requirements of jus soli and jus sanguinis in order to fulfil the requirements of art. 14(1)(b) and s. 1(e) of Part II, Second Schedule of the Federal Constitution. 43 (Refer to Chin Kooi Nah v. Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia [2016] 1 CLJ 736; [2016] 7 MLJ 717). [46] Kami bersetuju dan menerima pakai pandangan dalam Than Siew Beng (supra) bahawa Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan merangkumi keperluan kewarganegaraan oleh jus soli iaitu tempat kelahiran; sementara seksyen 1(e) Bahagian II
schedule
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan ('not born a citizen of any country') merangkumi keperluan kewarganegaraan oleh jus sanguinis iaitu m...
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan ('not born a citizen of any country') merangkumi keperluan kewarganegaraan oleh jus sanguinis iaitu melalui keturunan. [47] Kami juga bersetuju dengan Than Siew Beng (supra) atas tafsiran frasa "was not born a citizen of any country" yang seperti berikut: [35] A plain reading of s. 1(e) "was not born a citizen of any country" refers to the relationship of the second appellant to his biological and lawful parents at the time of his birth. The only available documentary evidence-the second appellant's birth certificate (exh. TSB6) contained no information pertaining to the biological parents and the relevant particulars were endorsed with "Maklumat Tidak Diperolehi". [36] Since the identity of the child's lawful and biological parents are unknown, it is not possible to determine the lineage of the second appellant that would 44 enable the second appellant to be conferred citizenship by lineage ie, jus sanguinis. [37] Thus in our view, the second appellant has not fulfilled the requirement to be a citizen by operation of law within the meaning of s. 1(e) of Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution. (Refer to Chin Kooi Nah v. Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian Malaysia (supra)). [38] We cannot accept the contention of the appellants that the evidence that the second appellant was born in the Federation and had resided in the Federation all his life, as well as the absence of particulars on the second appellant's birth certificate in respect of his lineage can be construed as sufficient proof that the second appellant "was not born a citizen of any country". As was stated earlier, what is required is evidence of the second appellant's lineage, which evidence is absent. [39] Thus, we agree with the finding of the learned High Court Judge that the second appellant has failed to prove on the balance of probabilities that the requirement of s. 1(e) of Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution abovementioned has been satisfied. [48] Perkataan di perenggan 1(e) “was not born a citizen of any country” merujuk pada perhubungan Anak tersebut dengan ibu bapa kandungnya pada waktu dia dilahirkan. Kes di hadapan kami ini faktanya adalah serupa 45 seperti Than Siew Beng (supra) di mana keterangan dokumentar iaitu Sijil Kelahiran anak tersebut yang dikeluarkan di bawah Akta 299 sebaik sahaja dilahirkan tidak mengandungi apa-apa maklumat berkenaan ibu bapa kandungnya dan butir-butir relevan yang diendorskan dalam Sijil Kelahiran asal di bawah Akta 299 dengan “Maklumat Tidak Diperolehi”. Oleh kerana identiti ibu bapa kandung Anak tersebut tidak diketahui, agak mustahil untuk menentukan keturunan Anak tesebut yang membolehkannya layak kepada kewarganegaraan berdasarkan keturunan iaitu jus sanguinis. Dengan itu, Anak tersebut tidak memenuhi keperluan untuk menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang dalam maksud seksyen 1(e) dibaca bersama seksyen 2(3) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. [49] Kami juga berpandangan bahawa tafsiran dalam Than Siew Beng (supra) adalah harmoni dengan peruntukan sekyen 1(a),(b),(c) dan (d) yang mementingkan keturunan atau pertalian darah (lineage) dengan seorang bapa atau ibu warganegara untuk mengiktiraf kewarganegaraan dari segi kuat kuasa undang-undang. Seseorang yang dilahirkan di Malaysia tidak secara otomatik menjadi warganegara mengikut kuat kuasa undang-undang tanpa pertalian darah atau keturunan melalui ibu atau bapa kandungnya seorang warganegara Malaysia. Dalam kes ini perayu telah gagal 46 membawa keterangan mengenai ibu atau bapa kandung dalam afidavit menyokong permohonan untuk semakan kehakiman. [50] Undang-undang mantap adalah sesiapa yang menegaskan dialah yang perlu membuktikan. Ini telah diperuntukan dalam seksyen 103 Akta Keterangan 1950. Seksyen ini juga terpakai kepada kes-kes yang melibatkan pembuktian bahawa seseorang itu semasa dilahirkan bukanlah warganegara asing. Mahkamah Rayuan dalam kes Lim Jen Hsien & Another v. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & Others [2017] 8 CLJ 412 di muka surat 423 laporan mengekalkan prinsip ini. Dalam kes ini beban membukti adalah di atas perayu bahawa Anak tersebut bukan warganegara asing dalam tempoh setahun dari tarikh dilahirkan. Pembuktian bukan warganegara asing adalah melalui pertalian darah dengan ibu atau bapa kandungnya. [51] Berdasarkan di atas kami berpendapat Anak tersebut atau perayu kedua perlu memenuhi kedua-dua keperluan jus soli dan jus sanguinis untuk memenuhi keperluan Perkara 14(1)(b) dan seksyen 1(e) Bahagian II, Jadual Kedua di baca bersama seksyen 2 (3) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. 47 [52] Dalam menimbangkan alasan di bawah seksyen 1 (e) Kami juga mengguna pakai pandangan kami mengenai Akta 257 seperti yang telah dibincangkan di perenggan-perenggan terdahulu setakat yang relevan mengenai pemakaian dan kesan Akta tersebut. Kami juga telah meneliti nas-nas yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dalam hujahan masing-masing selain daripada yang dirujuk dalam penghakiman ini namun, kami hanya memetik nas-nas yang relevan untuk mencapai keputusan kami sahaja dalam penghakiman ini. [53] Peguam perayu-perayu juga dalam hujahan balas bertulisnya meminta Mahkamah ini untuk berbeza pendapat dengan keputusan terdahulu dalam Pang Wee See (supra) dan Than Siew Beng (supra) atas alasan kedua-dua kes tersebut keputusannya adalah per incurium yang merupakan salah satu pengecualian berdasarkan prinsip dalam Young v. Bristol Aeroplane Co Ltd [1944] KB 718 untuk Mahkamah ini tidak terikat dengan keputusannya sendiri dalam keputusan terdahulu, yang perinsipnya telah diterima pakai oleh Mahkamah Malaysia. [54] Dalam Young v. Bristol Aeroplane (supra) di muka surat 25-726 laporan, Lord Greene MR menyatakan: 48 In considering the question whether or not this court is bound by its previous decisions and those of courts of coordinate jurisdiction, it is necessary to distinguish four classes of case. The first is that with which we are now concerned, namely, cases where this court finds itself confronted with one or more decisions of its own or of a court of coordinate jurisdiction which cover the question before it and there is no conflicting decision of this court or of a court of coordinate jurisdiction. The second is where there is such a conflicting decision. The third is where this court comes to the conclusion that a previous decision, although not expressly overruled, cannot stand with a subsequent decision of the House of Lords. The fourth (a special case) is where this court comes to the conclusion that a previous decision was given per incuriam. In the second and third classes of case it is beyond question that the previous decision is open to examination. In the second class, the court is unquestionably entitled to choose between the two conflicting decisions. In the third class of case the court is merely giving effect to what it considers to have been a decision of the House of Lords by which it is bound. [Penekanan ditambah] [55] Prinsip di atas telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Mahkamah Persekutuan oleh Peh Swee Chin HMP dalam kes Dalip Bhagwan Singh v. PP [1997] 4 CLJ 645; [1998] 1 MLJ 1 at p. (CLJ); di muka surat 12-13 (MLJ), di mana Peh Swee Chin HMP menyatakan: 49 The doctrine of stare decisis or the rule of judicial precedent dictates that a court other than the highest court is obliged generally to follow the decisions of the courts at a higher or the same level in the court structure subject to certain exceptions affecting especially the Court of Appeal. The said exceptions are as decided in Young v. Bristol Aeroplane Co Ltd [1944] KB 718. The part of the decision in Young v. Bristol Aeroplane in regard to the said exceptions to the rule of judicial precedent ought to be accepted by us as part of the common law applicable by virtue of Civil Law Act 1956 vide its s. 3. To recap, the relevant ratio decidendi in Young v. Bristol Aeroplane is that there are three exceptions to the general rule that the Court of Appeal is bound by its own decisions or by decision of courts of coordinate jurisdiction such as the Court of Exchequer Chamber. The three exceptions are first, a decision of Court of Appeal given per incuriam need not be followed; secondly, when faced with a conflict of past decisions of Court of Appeal, or a court of coordinate jurisdiction, it may choose which to follow irrespective of whether either of the conflicting decisions is an earlier case or a later one; thirdly it ought not to follow its own previous decision when it is expressly or by necessary implication, overruled by the House of Lords, or it cannot stand with a decision of the House of Lords. There are of course further possible exceptions in addition to the three exceptions in Young v. Bristol Aeroplane when there may be cases the circumstances of which cry out for such new exceptions so long as they are not inconsistent with the three exceptions in Young v. Bristol Aeroplane. 50 A few words need be said about a decision of Court of Appeal made per incuriam as mentioned above. The words 'per incuriam' are to be interpreted narrowly to mean as per Sir Raymond Evershed MR in Morelle v. Wakeling [1955] 2 QB 379 at p 406 as a 'decision given in ignorance or forgetfulness of some inconsistent statutory provision or of some authority binding in the court concerned so that in such cases, some part of the decision or some step in the reasoning on which it is based, is found on that account to be demonstrably wrong '. It should be borne in mind that the year of Morelle 's case is 1955 whereas our s. 3 of the Civil Law Act was enacted in 1956. The ratio in Morelle 's case is also part of the common law applicable to us. [Penekanan ditambah] [56] Keputusan dalam Dhilip Bhagwan Singh (supra) diikuti oleh Mahkamah Persekutuan kemudiannya melalui penghakiman Augustine Paul HMP dalam Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] 6 MLJ 19 at p. 731 (CLJ); p. 32 (MLJ) yang menyatakan: [15] It is therefore beyond doubt that the Court of Appeal is bound by its previous decisions subject to the exceptions enumerated in the passage above. [57] Dalam kes Kesatuan Pekerja-pekerja Bukan Eksekutif Maybank Bhd v. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank & Anor [2017] 4 51 CLJ 265; [2018] 2 MLJ 590 sekali Mahkamah Persekutuan menegaskan perkara sama seperti berikut: [66] Therefore, the Court of Appeal may not depart from its earlier decision unless one of the exceptions identified by Lord Greene MR in Young v. Bristol Aeroplane exists. This is unlike the situation in respect of decisions of the High Court where the general rule is that a judge at first instance will abide by the decision of another of the High Court at first instance as a matter of judicial comity unless he is convinced that the prior decision was wrong (see for example Huddersfield Police Authority v. Watson [1947] KB 842 at p 848). [58] Kami berpandangan bahawa untuk memutuskan bahawa keputusan Mahkamah ini terdahulu adalah per incuriam tidak boleh dibuat mudah. Berdasarkan nas-nas di atas suatu penghakiman boleh dikatakan adalah per incuriam hanya apabila dalam membuat keputusan oleh kerana sama ada tiada pengetahuan atau terlupa mengenai peruntukan statut atau nas-nas yang mengikat Mahkamah. Kami telah meneliti penghakiman dalam kedua Pang Wee See (supra) dan Than Siew Beng (supra) dan terikat dengannya kerana pada pendapat kami keputusan dalam kedua-dua kes tersebut tidak dibuat dengan per incuriam. 52 [59] Berdasarkan pandangan kami di atas kami dapati tidak terdapat apa-apa kesilapan undang-undang atau kegagalan untuk menilai keterangan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang mewajarkan Mahkamah ini di peringkat rayuan untuk campur tangan. Oleh itu dengan sebulat suara rayuan adalah ditolak dengan tiada apa-apa perintah untuk kos. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan. BERTARIKH: 12 SEPTEMBER 2021 - signed - (HAS ZANAH BINTI MEHAT) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya PEGUAM PERAYU: En. Raymond Mah & Cik Jasmine Wong (Tetuan Mah Weng Kwai & Associates) PEGUAM RESPONDEN: Pn. Mazlifah bt Ayob Peguam Kanan Persekutuan (Jabatan Peguam Negara, Putrajaya)
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.