Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-456-11/2022
BA-22NCvC-456-11/2022
High Court of Malaysia8 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(C) subject to the provision of the Debtors Act 1957, an order of committal against that person or, where that person is a body corporate, against any such officer.””
“10. Bagi maksud ini, peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif merujuk kes Koh Hsi-Pin Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd [2020] MLJU 394 yang memutuskan Mahkamah tidak disifatkan sebagai functus officio bagi tujuan menambah pengendorsan notis penal dalam penghakiman bermeterai. **Note : Serial number will be used to v”
“15. Plaintif-plaintif merujuk kes MRA International Sdn Bhd v SPC Diatech, Llc [2022] MLJU 1215 yang mana Mahkamah telah membenarkan notis penal diendorskan dalam perintah penzahiran yang termeterai setelah menilai impak prejudis kepada pihak pemohon akibat kegagalan pihak satu lagi mematuhi pe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-456-11/2022
1
CHONG CHEE WAI … PLAINTIF- (NO. K/P: 840703-14-6201)
2
CHONG CHEE SEONG (NO. K/P: 851112-05-5387) (menyaman sebagai pentadbir-pentadbir bersama dan waris-waris bagi harta pusaka Chong Kiw @ Chong Yen
3
KWAN MAI HAN
4
CHONG CHEE KHOON (NO. K/P: 900826-05-5053) (menyaman sebagai waris-waris bagi harta pusaka Chong Kiw & Chong Yen Wah (No. K/P: 460110-10-5143) DAN 03/12/2025 23:07:21
1
CHONG CHEE KING … DEFENDAN- (NO. K/P: 700227-10-5307)
2
CHONG CHEE YONG (NO. K/P: 710904-10-6083) (disaman sebagai pentadbir-pentadbir bersama bagi harta pusaka Chong Kiw @ Chong Yen Wah (No. K/P: 460110-10- 5143) ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan Interlokutori)
1
Ini adalah permohonan oleh plaintif-plaintif melalui Kandungan 72 yang difailkan selepas keputusan perbicaraan penuh. Permohonan ini bertujuan untuk mengendors notis penal dalam Penghakiman bertarikh 24.2.2025. Pada 8.10.2025, Mahkamah ini telah menolak permohonan plaintif-plaintif tanpa perintah terhadap kos.
2
Konflik pertikaian antara plaintif-plaintif dan defendan-defendan adalah berkaitan dengan pengurusan dan pengagihan harta pusaka Si mati, Chong Kiw @ Chong Yen Wah yang meninggal dunia pada 17.12.2003 tanpa wasiat.
3
Plaintif pertama, kedua dan keempat merupakan anak Si mati bersama dengan plaintif ketiga. Manakala defendan pertama dan kedua pula adalah anak-anak Si mati dengan Lee Yin. Pentadbir-pentadbir bersama bagi harta pusaka Si mati adalah plaintif pertama dan kedua dan defendan pertama dan kedua.
4
Penghakiman bersih selepas perbicaraan penuh difailkan pada 30.4.2025 iaitu setelah draf penghakiman dipersetujui oleh kedua-dua peguam cara pada 28.4.2025. Keputusan Mahkamah ini telah dirayu oleh kedua-dua pihak. Alasan penghakiman telah disediakan pada 15.5.2025.
5
Plaintif-plaintif telah memfailkan Kandungan 72 untuk mendapatkan relif-relif yang berikut –
i
Perintah bahawa plaintif-plaintif diberikan kebenaran untuk mengendors notis penal kepada Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025 mengikut Borang 83 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012;
II
(ii) Perintah bahawa Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025, bersama notis penal yang telah diendors, hendaklah diserahkan kepada Defendan-defendan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Perintah ini.
III
(iii) Berkaitan dengan Terma No. 26 dalam Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025, Perintah bahawa:
a
Defendan diarahkan untuk mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah bagi meminda
para
Pembahagian untuk memasukkan 10,000 saham Si Mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025 yang telah diendors dengan notis penal.
b
Setelah Perintah Pembahagian yang telah dipinda dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah, Plaintif-plaintif Pertama dan Kedua dan Defendan-defendan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk melupuskan 10,000 saham tersebut melalui penjualan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh penerimaan Perintah Pembahagian yang telah dipinda tersebut.
IV
(iv) Kos.
v
Relif lain atau lanjut sebagaimana Mahkamah ini anggap adil dan wajar.
6
Plaintif-plaintif telah memfailkan Afidavit Sokongan dan Afidavit Jawapan oleh Chong Chee Wai sementara Defendan-defendan bergantung dengan Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Chong Chee King. Pihak-pihak turut memfailkan hujahan bertulis sebagaimana dalam Kandungan 78 bagi plaintif-plaintif dan Kandungan 76 bagi defendan-defendan.
7
Peruntukan berkenaan dengan pengendorsan notis penal dinyatakan dalam Aturan 45 Kaedah 5 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012, iaitu –
5
Enforcement of judgment to do or abstain from doing an act (O. 45 r. 5)
1
Where –
a
a person required by a judgment or order to do an act within a time specified in the judgment or order refuses or neglects to do it within that time or, as the case may be, within that time as extended or abridged under Order 3, rule 5; or
b
a person disobeys a judgment or order requiring him to abstain from doing an act, then, subject to these Rules, the judgment or order may be enforced by one or more of the following means:
a
(A) with the leave of the Court, an order of committal;
b
(B) where that person is a body corporate, with the leave of the Court, an order of committal against any director or other officer of the body;
c
(C) subject to the provision of the Debtors Act 1957, an order of committal against that person or, where that person is a body corporate, against any such officer.”
8
Bagi membolehkan perintah atau penghakiman dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan, peruntukan dalam Aturan 45 Kaedah 7(4) KKM 2012 mensyaratkan supaya penghakiman mengandungi endorsan notis penal.
9
Plaintif-plaintif menekankan bahawa Mahkamah ini tidaklah functus officio dan terhalang daripada membenarkan pengendorsan notis penal. Hal ini kerana notis penal yang diendorskan dalam perintah bukanlah sebahagian daripada penghakiman substantive, sebaliknya hanyalah bersifat prasyarat pentadbiran untuk penguatkuasaan perintah melalui prosiding komital.
10
Bagi maksud ini, peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif merujuk kes Koh Hsi-Pin Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd [2020] MLJU 394 yang memutuskan Mahkamah tidak disifatkan sebagai functus officio bagi tujuan menambah pengendorsan notis penal dalam penghakiman bermeterai.
11
Peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan pula berpandangan sebaliknya dan telah merujuk kes Sukhidir bin Kemat v Premium Proaktif Sdn Bhd [2025] 7 MLJ 930 – There is no power to over-ride the trite rule that this Court was functus officio after having allowed the plaintiff’s prayers and sealed the fair copy of the judgment filed by the plaintiff on 25 October 2023.
12
Saya telah meneliti penghujahan oleh kedua-dua peguam cara terpelajar dan membuat perbandingan dengan keadaan kes di sini. Permohonan plaintif-plaintif di sini lebih menyerupai keadaan dalam kes Koh Hsi-Pin Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd (supra) iaitu untuk memasukkan notis penal dalam penghakiman atau perintah bermeterai.
13
Meskipun saya sependapat dengan keputusan dalam kes Koh Hsi-Pin Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd (supra) bahawa Mahkamah ini tidak functus officio, namun Mahkamah ini telah menolak permohonan plaintif-plaintif berdasarkan kepada alasan-alasan yang dicerakinkan di bawah ini.
14
Plaintif-plaintif menegaskan bahawa Kandungan 72 terpaksa difailkan untuk mendapatkan relif-relilf yang dipohon setelah defendan-defendan enggan melaksanakan perintah yang diawardkan oleh Mahkamah ini dalam Penghakiman bertarikh 24.2.2025. Plaintif-plaintif memohon kebenaran Mahkamah ini supaya notis penal diendorskan. Antara lain alasan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif adalah –
a
Akibat kegagalan defendan-defendan mematuhi penghakiman Mahkamah ini, plaintif-plaintif berhasrat untuk memulakan prosiding komital terhadap defendan-defendan bagi menguatkuasakan peruntukan yang relevan.
b
Defendan telah enggan mematuhi perintah Mahkamah ini meskipun enam bulan telah berlalu dari tarikh penghakiman dan menjadikan penghakiman tersebut tidak berkesan.
15
Plaintif-plaintif merujuk kes MRA International Sdn Bhd v SPC Diatech, Llc [2022] MLJU 1215 yang mana Mahkamah telah membenarkan notis penal diendorskan dalam perintah penzahiran yang termeterai setelah menilai impak prejudis kepada pihak pemohon akibat kegagalan pihak satu lagi mematuhi perintah penzahiran.
16
Saya telah menolak permohonan Kandungan 72 setelah memberi pertimbangan terhadap hujahan pihak-pihak dan merujuk peruntukan Aturan 42 Kaedah 8(1) KKM 2012 berkaitan dengan penyediaan penghakiman atau perintah, iaitu – Preparation of judgment or order O 42 r 8
1
Where the party in whose favour a judgment or order is given or made is represented by a solicitor, a copy of the draft shall be submitted for approval to the solicitor, if any, of the other party who shall within two days of the receipt thereof, or within such extended or abridged time as may in any case be allowed by the Registrar, return such copy with his signed consent or any required amendments thereto.
2
When the solicitor omits to return the copy of the draft within the time prescribed, he shall be deemed to have consented to the terms thereof.
3
In any case where the solicitors concerned are unable to agree upon the draft, any one of them may obtain an appointment before the Registrar, of which notice shall be given to the other, to settle the terms of the judgment or order. (4) Every judgment or order shall be settled by the Registrar, but in the case of a judgment or order made by a Judge or Magistrate, any party may require the matter in dispute to be referred to the Judge or Magistrate for his determination. (5) Where the other party has no solicitor, the draft shall be submitted to the Registrar.
17
Saya juga turut membandingkan fakta dalam kes Koh Hsi-Pan Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd (supra) dengan keadaan kes semasa di sini berhubung penyediaan draf perintah dan perintah bermeterai. Dalam kes Koh Hsi-Pan Vivian v RSD Hospitals Sdn Bhd (supra), draf perintah persetujuan disediakan oleh peguam cara plaintif dengan memasukkan notis penal dalam Borang 83. Draf tersebut dikemukakan kepada peguam cara defendan untuk kelulusan namun peguam cara defendan telah memadam kandungan notis penal tersebut. Berikutan timbulnya isu ketidaksefahaman antara peguam-peguam berkenaan kemasukan notis penal, rujukan dibuat kepada Penolong Kanan Pendaftar yang telah membenarkan notis penal dikekalkan dalam perintah. Jelas ketara, sejak dari awal peringkat pendrafan perintah lagi, peguam cara plaintif dalam kes tersebut telah mengarahkan mindanya untuk memasukkan peruntukan notis penal sebagaimana yang dibenarkan melalui prosidur dalam Aturan 42 Kaedah 8(1) KKM 2012.
18
Manakala dalam kes di hadapan Mahkamah ini, kedua-dua peguam cara tidak pun memberi pertimbangan atau pun mengarahkan minda untuk memasukkan notis penal semasa mendraf dan menandatangani draf perintah untuk diluluskan oleh Mahkamah ini. Hal ini membawa kepada satu kesimpulan iaitu, meskipun berlakunya perdebatan hangat berhubung obligasi pentadbir-pentadbir bersama harta pusaka Si Mati dalam kalangan adik beradik berlainan ibu ini yang terjelma semasa sesi perbicaraan penuh, namun selepas Mahkamah ini membuat dapatan fakta dan keputusan, tidak timbul langsung hasrat oleh mana-mana pihak untuk memasukkan notis penal. Sebaliknya, pihak-pihak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
19
Selanjutnya saya merujuk relif ketiga yang dipohon oleh plaintif-plaintif melalui Kandungan 72 sebagaimana berikut – Berkaitan dengan Terma No. 26 dalam Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025, Perintah bahawa:
3
3.1. Defendan diarahkan untuk mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah bagi meminda Perintah Pembahagian untuk memasukkan 10,000 saham Si Mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Penghakiman bertarikh 24 Februari 2025 yang telah diendors dengan notis penal.
3
3.2. Setelah Perintah Pembahagian yang telah dipinda dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah, Plaintif-plaintif Pertama dan Kedua dan Defendan-defendan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk melupuskan 10,000 saham tersebut melalui penjualan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh penerimaan Perintah Pembahagian yang telah dipinda tersebut.
20
Peguam cara bagi defendan-defendan berhujah bahawa permohonan plaintif-plaintif pada asasnya bertujuan mengubah penghakiman muktamad Mahkamah ini yang sedang dirayu di Mahkamah Rayuan. Dalam konteks perenggan 26 Penghakiman bertarikh 24.2.2025, peguam cara defendan-defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah ini berhubung 10,000 saham Si Mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd. Menurut peguam cara defendan-defendan, keputusan Mahkamah ini bertentangan dengan Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam Saman Pemula No: BA-24NCC-136-10/2023 bertarikh 25.4.2024.
21
Menelusuri penghujahan oleh kedua-dua pihak, saya turut merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Hock Hua Bank Bhd v Sahari bin Murid [1981] 1 MLJ 143 yang menyentuh tentang sekatan bagi Mahkamah untuk mengubah, meminda atau mengenepikan penghakiman yang telah diperolehi secara teratur dan perintah setelah dimeterai kecuali di bawah slip rule atau membetulkan kesilapan bagi menzahirkan hasrat Mahkamah.
22
Lebih daripada itu, Mahkamah ini berpandangan tidaklah adil untuk membenarkan pindaan-pindaan sedemikian sebagaimana dalam perenggan 3 Kandungan 72 dalam keadaan kedua-dua pihak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah ini. Pada hemat saya, senario kes ini tidak mewajarkan Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 digunapakai.
23
Justeru, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menolak permohonan plaintif-plaintif dalam Kandungan 72 tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh pada 3 Disember 2025. Ditandatangani .................................................. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi pihak Plaintif-Plaintif : Nashvinder Singh Gill Tetuan Sharif & Khoo (Port Dickson, Negeri Sembilan)
2
Bagi pihak Defendan-Defendan : Tan Hui Chuan Tetuan H. C. Tan & Zahani (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.